Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, October 30, 2008

Pembelian Eurocopter helikopter dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Dr Tan Seng Giaw mempercayai bahawa semua orang mestilah menghormati PAC termasuk kementerian-kementerian. Ini bermakna bila sebuah kementerian dijemput untuk menghadiri mesyuarat PAC, Ketua Setiausha haruslah datang. Jika beliau tidak dapat hadir atas sebab yang tidak boleh dielakkan dengan jawapan berltulis, timbalannya boleh mengganti.

Ketua Audit Negara atau timbalannya atau kedua-duanya menghadiri setiap mesyuarat PAC.

PAC merupakan sebuah parlimen yang kecil dan yang sangat penting. Ia adalah dilantikkan oleh Dewan menurut Peraturan Tetap 76 untuk memeriksa akaun-akaun Persekutuan, akaun-akaun badan-badan awam, laporan audit negara serta perkara-perkara yang difikirkan tepat.

Pagi ini, PAC memanggil Kementerian Kewangan untuk memberi taklimat terhadap perolehan 12 unit helikopter EC 725 bagi menggantikan pesawat Nuri Tentera Utara Diraja Malaysia (TUDM) secara tender terbuka antarabangsa. Ketua Setiausaha tidak hadir dan beliau tidak hantar surat. Tiga setiausaha bahagian kementeriannya hadir, termasuk Dato' Norrizan Shafie, Bahagian Kawalan dan Pemantauan, Dato' Syed Nasir Syed Ahmad and Dato' Farhana Mohd Razali. Mesyuarat itu dibatalkan.

Semalam, Dato' Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri General Azizan Ariffin, Penglima TUDM dan kakitangan-kakitangan tekniknya memberi taklimat tentang pembelian Eurocopter tersebut untuk utiliti dan search and rescue (SAR) TUDM.

Kementerian tidak membuat penilaian fizikal ke atas helikopter-helikopter yang akan dibeli; ketua setiausaha menerangkan juruterbang (test pilots) kementerian pernah membawa helikopter-helikopter seperti EC725 ketika pameran air shows seumpama Farnborough, Paris, Brunei adn Langkawi. Anggara harga untuk tiga jenis helikopter yang disenaraipendekkan: Agusta Westland RM 2.4 bilion, Eurocopter EC725 RM 1.6 bilion and Sikorsky RM 1.26 bilion.

Matlamat PAC ialah untuk memeriksakan pembelian helikopter tersebut. Surat niat, the letter of intent (LOI), telah dikeluarkan kepada Eurocopter Corporation pada 15 September, 2008. Terdapat kesangsian orang ramai terhadap LOI ini kerana disyaki wujudnya kecurangan. Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan penundaan perolehan helikopter itu pada 28 Oktober, 2008, sebab krisis ekonomi dunia.

Malaysia patut membeli senjata seperti helikopter tentera cocok dengan doktrin dan keperluannya. Tetapi, semua pembelian mestilah telus dan akauntabel.

Dr Tan Seng Giaw

Sunday, October 19, 2008

Perdana Menteri mesti mengotakan janji seperti kehakiman yang bebas dan adil

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw berpendapat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mestilah diberi peluang untuk mengotakan janji seumpama kewujudan kehakiman yang bebas dan adil, suruhanjaya pencegah rasuah, kebebasan akhbar dan lain-lain.

Dr Tan berkata demikian ketika mengambil bahagiana di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 (Bajet) pada 20.10.2008.

Saya bangunan untuk mengambil bahagian di dalam bajet 2009 ketika krisis ekonomi dunia dan kemerosotan ekonomi yang akan datang ke negara ini beberapa bulan lagi. Saya berharap langkah-langkah yang telah diambil sejak 1998 (waktu kegawatan ekonomi negara yang dahsyat), adalah mencukupi bagi menghadapi cabaran-cabaran kemelesetan kelak.

Perdana Menteri telah mengumumkan persaraan dari jawatannya pada Mac tahun depan. Sebab itu, ada orang yang tidak menghormatkan beliau lagi.

Pulau Selising ada balai
Bukan diikuti jalan putus;
Kalau kucing tiada misai,
Takkan ditakuti tikus.

Orang besar yang hendak bersara dari jawatannya tidak disegani orang lagi.

Datuk Seri abdullah telah membuat banyak janji termasuk kehakiman yang bebas dan adil, kebebasan akhbar, suruhanjaya pencegahan rasuah, koridor-koridor ekonomi dan sebagainya. Belaiu perlu diberi kesempatan untuk menunaikan janji-janji ini.

Media di Malaysia adalah dikongkong oleh segelintir orang. Misalnya, Utusan Malaysia, Berita harian dan The News Straits Times adalah dimonopoli oleh UMNO. Maka, berita dan rencana kadangkala berat sebelah. PM hendak media yang lebih bebas.

Saya mengesyorkan supaya media yang bebas dan bertanggungjawab diadakan di negara ini. Di dalam masyarakat yang majmuk, sambil kita mengamalkan kebebasan media, kita tidak boleh membangkitkan perkara-perkara yang menyinggungkan sesuatu kaum atau agama. Hak-hak semua kaum mestilah dipelihara mengikut semangat perlembagaan persekutuan.

Dr Tan Seng Giaw

Thursday, October 16, 2008

Semua majlis tempatan termasuk DBKL mestilah membantu semasa krisis ekonomi

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya 144 pihakberkuasa tempatan menyediakan langkah-langkah yang berkesan bagi membantu semua pihak termasuk pekedai kecil dan peniaga.

Ini adalah perlu terutamanya kerana krisis ekonomi dunia berpunca dari skandal subprime di Amerika Syarikat (AS). Sifat ketamakan memusnahkan.

Cara-cara untuk menyelamatkan ekonomi dari kegawatan ini telah diambil oleh AS, Eropah, Jepun dan lain-lain. Pada peringkat awal, parlimen AS meluluskan USD 7,00 bilion untuk menolong.

Negara ini mempunyai 144 buah majlis tempatan. Mereka haruslah mempertingkatkan usaha bagi membantu rakyat. Misalnya Dewan Bandaraya KL mengatakan ia sentiasa berusaha membantu semua wargakota menghadapi tekanan inflasi seperti menyediakan pusat-pusat penjaja dan mewujudkan Bazaria Larut Malam di sekitar KL serta mengurangkan kadar sewa gerai sehingga 25%.

Semua pihak patut mematuhi kepada undang-undang. Pihak-pihak tempatan juga haruslah menghapuskan segala kepincangan dan memberi peluang kepada para penduduk termasuk peniaga dan penjaja agar mereka dapat bernafas. Kalau para penguatkuasa adalah terlalu ketat dan tidak fleksibel, maka rakyat akan menderita.

Krisis ekonomi memerlukan langkah-langkah yang benar-benar dapat membantukan semua pihak. Sikap para penguatkuasa yang liberal adalah penting.

Dr Tan Seng Giaw

Tuesday, October 14, 2008

Penambahan penduduk di Kuala Lumpur ke 2.2 juta?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw minta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab. Hakim menyatakan cara-cara yang digunakan bagi meningkatkan kependudukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari 1.4 juta ke 2.2 juta pada 2020.

Dr Tan membangkitkan darihal bilangan penduduk KL di dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur(PSKL) yang diwartakan pada November 2004. Draf Pelan Tempatan iaitu Pelan Bandar Raya KL 2020 (PBRKL2020) telah terlewat lebih dua tahun.

Menurut DBKL, pelan struktur telah menganggarkan jumlah penduduk KL seramai 1.6 juta pada 2005, perlu ditambahkan sejumlah 0.6 juta penduduk dalam tempoh 15 tahun. Cadangannya adalah unit kediaman dan ruang pekerjaan akan diwujudkan bagi menampung keperluan 2.2 juta penduduk dan 1.4 juta pekerjaan serta pertambahan 11 laluan rel yang baru, laluan khas bas dan pembangunan 14 pusat daerah.

Kini, DBKL telah menerima 5,147 pandangan awam. Ia melanjutkan tempoh pendengaran sehingga Jun, 2009.

Saya akan bangkitkan perkara kependudukan di KL ketika masa pendengaran. Pokoknya, pelan struktur melibatkan bukan sahaja KL bahkan juga seluruh Lembah Klang. Kawasan lain mempunyai pelan struktur sendiri. Ramai penduduk pindah ke luar KL. Bagaimana DBKL boleh menambahkan bilangan penduduk di pusat bandar?

Dr Tan Seng Giaw

Monday, October 13, 2008

Kaji semula Bajet Malaysia 2009

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya Kerajaan mengkaji semula Bajet 2009, cocok dengan krisis kewangan dunia semasa kerana bajet ini telah dibentangkan lebih satu bulan dahulu sebelum krisis ini muncul.

Dr Tan membuat syor ini disebabkan keadaan ekonomi di Malaysia yang menghadapi krisis ekonomi antarabangsa pada 12.10.2008.

Pergolakan politik Malaysia dengan Perdana Menteri bersara sebelum tempoh mencetuskan buah fikiran. Krisis ekonomi dunia melihat saham terjatuh 30% di Amerika Syarikat, 40% di Eropah dan 30-60% di Asia. Ini mungkin beterusan satu tahun atau lebih.

Malapetaka subprime Amerika dan kehilangan etika kewangan menyebabkan kebangkrapan syarikat seperti bank-bank. Ini telah menjejaskan ekonomi dunia. A.S. sentiasa menentang pemiliknegaraan dan memupukkan keusahawanan bebas; ia sudah menjadi sebuah negara yang hebat untuk memiliknegara syarikat di dalam sejarah. Pada mulanya, Kongres meluluskan USD 700 bilion untuk menyelamatkan syarikat-syarikat; jumlah yang diperlukan mungkin mencecah berbilion dolar.

Dana Matawang Antarabangsa (IMF) meperuntukkan USD200 billion bagi membantu negara-negara yang susah. Singapura ditimpa kemerosotan ekonomi menurut definisinya. Terdapat pertukaran Perdana Menteri lebih awal dan pergelutan kuasa oleh sesetengah pemimpin, seolah-olah melupakan tsunami kewangan dunia.

Setakat ini, tidak ada gejala yang menunjukkan Malaysia sedang menuju ke krisis seperti 1998. Tetapi, kita hendaklah sediakan payung sebelum hujan. Misalnya, dalam 10 tahun ini, langkah-langkah telah diambil untuk memperkuatkan sektor perbankan. Bolehkah ini menyelamatkan bank-bank kita dari kemelut tersebut?

Bajiet 2009 adalah RM 207.9 billion, 154.2 billion bagi mengurus dan RM 53.7 billion pembangunan. Ketika krisis dunia ini, adakah peruntukan yang cukup bagi semua sektor? Jika peruntukan tidak cukup, maka perbahasan terhadapnya tidak bererti.

Setelah Bajet 2009 dibentangkan lebih satu bulan yang lepas, Dewan ditangguhkan semasa Ramadan. Ia dibahas selepas Hari Raya. Wujudnya perubahan. Sekiranya, bajet dikemukakan sesudah Adilfitri, ia boleh didebatkan tanpa menunggu sebulan.

Dr Tan Seng Giaw

Sunday, October 12, 2008

Kaji semula Bajet Malaysia 2009

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya Kerajaan mengkaji semula Bajet 2009, cocok dengan krisis kewangan dunia semasa kerana bajet ini telah dibentangkan lebih satu bulan dahulu sebelum krisis ini muncul.

Dr Tan membuat syor ini disebabkan keadaan ekonomi di Malaysia yang menghadapi krisis ekonomi antarabangsa pada 12.10.2008.

Pergolakan politik Malaysia dengan persaraan Perdana Menteri lebih awal dan perebutan kuasa menjadi buah fikiran. Krisis ekonomi dengan terjatuh harga saham yang paling hebat boleh berlanjutan mungkin satu tahun atau lebih. Saham di Amerika Syarikat turun 30%, Eropah 40% dan Asia 30-60%.

Malapetaka subprime Amerika dan kehilangan etika telah menyebabkan kebankrapan bank-bank dan kehilangan kepercayaan yang menjejaskan ekonomi dunia. Amerika Syarikat sentiasa menentang pemiliknegaraan dan memupuk keusahawanan bebas, telah menjadi negara yang terhebat untuk memiliknegarakan syarikat di sejarah.

Kongres A S meluluskan USD 700 billion di peringkat awal untuk menyelamatkan ekonominya, dan jumlah yang diperlukan mungkin mencecah bertrilion dolar. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan USD 200 bilion untuk membantu negara-negara menghadapi krisis ini dan Singapura telah mencatat kemerosotan ekonomi secara definisi.

Jawatan PM yang bakal ditukar dan sesetengah pemimpin yang asyik merebut kuasa adalah seolah-olah kurang mengambil perhatian terhadap permasalahan ekonomi negara terkini. Setakat manakah tsunami kewangan menjejaskan ekonomi Malaysia?

Kini, tidak ada tanda yang menunjukkan negara ini akan mengikut jejak krisis ekonomi 1998. Tetapi, kita terpaksa berwaspada. Kita mestilah berhemat. Misalnya, setelah mewujudkan langkah-langkah mengukuhkan bank-bank selama 10 tahun, adakah sektor ini selamat? Bajet 2009 RM 207.9 bilion, RM154.2 bilion mengurus dan RM53.7 bilion pembangunan telah disiapkan sebelum meletupnya krisis dunia. Adakah kita mempunyai cukup peruntukan bagi semua sektor? Kalau tidak cukupnya peruntukan, maka perbahasannya adalah sesia sahaja.

Bajet ini telah dibentangkan sebelum Ramadan. Selepas lebih satu bulan dan suasana sudah berubah, barulah kita membahasnya. Adalah lebih tepat jika bajet dibentang sekarang, diikuti dengan perbahasannya.

Dr Tan Seng Giaw