Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, September 30, 2012

Projek perumahan terbengkalai dan agihan unit dengan adil

Bajet 2013 memberi 4 galakan termasuk mengurangkan cukai kepada kontraktor supaya mereka menyelesaikan 30 projek terbengkalai. Selain daripada galakan cukai, pihaknya mestilah mengatasi faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan projek seperti kontraktor tidak mampu. Selepas projek disiapkan, unit-unit rumah terutamanya kos rendah harus diagihkan dengan adil.

Terserahlah kepada rakyat untuk menentukan dasar PR

Hari ini, PM YAB Najib bersikap bengkeng terhadap PR, misalnya beliau berpandang dasar PR dalam Buku Jingga tidak boleh pakai. Terserahlah kepada rakyat untuk memastikan kebaikan dasar PR, termasuk menentang rasuah, kronisme, mentaliti dapat wang mudah dan pembaziran.

Saturday, September 29, 2012

Parti memerintah tidak perlu majoriti 2/3

Malaysia memerlukan sistem dwi parti. PR bersedia untuk mengganti BN. Parti memerintah tidak semestinya perlu memperolehi majoriti dua pertiga sebelum ia boleh mentadbir dengan berkesan. Majoriti dua pertiga adalah untuk memelihara minoriti seperti meminda perlembagaan persekutuan.

Hutang, defisit & retorik bajet 2013

Walaupun PM YAB Najib menegaskan bahawa Bajet 2013 bukan untuk memancing undi, retorik menjolok Pembangkang adalah lebih 20 minit. Ia hanya boleh dilulus di Parlimen pada hujung bulan Disember, 2012. Defisit untuk Bajet RM251.6bil ialah RM43 bil. Hutang negara adalah lebih RM456 bil. Rakyat khuatir defisit & hutang ini, cara durian runtuh dibayar & retorik dilaksanakan.

Friday, September 28, 2012

Defisit bajet membimbangkan

Hari ini, PM YAB Datuk Seri Nasib mengemukakan Bajet 2013 jumlah RM251.6 bil. Beliau meluahkan perasaan politik dan kehebatan Barisan Nasional. Hasil negara adalah dianggarkan sejumlah RM208.6 bil. Defisit adalah RM43 bil. Ini adalah membimbangkan.

Thursday, September 27, 2012

Pastikan kualiti perkhidmatan telefon bimbit

Pastikan kualiti perkhidmatan telefon mudah alih


Suruhanjaya Komunikasi& Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati bahawa pada tahun 2011, terdapat 9,832,441 telefon bimbit di Malaysia. Ia mestilah menentukan kualiti perkhidmatannya. Kadang kala, perkhidmatannya adalah kurang memuaskan. Adakah benar pemain telekomunikasi seperti Maxis, Axiata dan Digi tidak memasang talian yang cukup?





Wednesday, September 26, 2012

Ketelusan projek dan kekurangan kos

Beberapa tahun ini, bangunan mahkamah Klang telah uzur. Ini menjejaskan perjalanan mahkamah.Kerajaan telah melaksanakan projek bangunan baru. Tetapi ia terbengkalai. Maka, lain kontraktor telah dilantik. Kos pembinaan meningkat dari RM40 juta kepada lebih RM52juta. Bila ia akan siap?

Ada projek-projek di seluruh negara yang mengalami nasib yang sama dengan projek tersebut. Ketelusan dan akauntabiliti adalah penting. Misalnya, tender terbuka membolehkan kontraktor yang baik dilantik. Projek boleh disiapkan nengikut jadual. Kos dapat dikurangkan.

Kursus are baik untuk mempertingkatkan kualiti guru

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin menegaskan bahawa latihan mestilah diberi kepada guru-guru yang tidak berupaya. Ada guru yang baik. Ada yang kurang berupaya. Pelan Pelajaran (2012-2025) haruslah menyediakan kursus-kursus yang berkesan. Ia perlu mencapai standard dunia.

Tuesday, September 25, 2012

Pencegahan jenayah berkesan

Menteri Dalam Negeri YB Hisham menekankan bahawa angka kadar jenayah adalah betul. Misalnya, pada 2011terdapat 229,997 kes jenayah di Malaysia. YB Hisham mestilah ingat bahawa rakyat mahu pencegahan jenayah yang berkesan.

Filem The Innocence of Islam menghina

Amerika Syarikat mengizinkan filem The Innocence of Islam. Ini menyebabkan bantahan seluruh dunia dengan pengorbanan nyawa. Kebebasan bersuara tidak sepatutnya mewujudkan provokasi yang mengakibatkan reaksi yang ganas.

Hari ini dari Jam 4.30 petang hingga 5.30 petang, Dewan Rakyat membahaskan usul di bawah Peraturan 18(1) untuk mengutuk filem tersebut. Kita menyokong usul ini.

Kita tidak menyokong kenyataan atau kegiatan yang menghina sebarang agama. Kita mestilah mencegahkannya.

Monday, September 17, 2012

Pelajaran Malaysia dan Kualiti Dunia

Pelan Pelajaran Malaysia bertujuan menjadikan sistem di negara ini mencapai tahap dunia. Tetapi, ada pelbagai kelemahan seperti kualiti guru dan saiz kelas. Terdapat saiz kelas yang lebih 50 murid sekelas walhal standard antarabangsa adalah kurang daripada 25 murid sekelas. Kementerian haruslah menggubal kaedah yang berkesan untuk memperoleh matlamat tersebut.

Sunday, September 16, 2012

Perumahan yang mampu dibayar rakyat mestilah diagih dengan adil

Menteri Perumahan YB Datuk Seri Chor berjanji untuk membina lebih unit perumahan yang mamu dibayar rakyat. Perumahan seperti ini haruslah diperlihatkan diagih dengan adil.

Perubahan kuasa politik yang bererti

PM YAB Najib berkata bahawa kita mahu perubahan yang membawa kemajuan yang sebenar, bukan yang tidak teratur dan kuca-kacir. Setakat ini, di negeri-negeri yang menukar kerajaan seperti Pulau Pinang dan Selangor, pentadbirannya adalah teratur dan bersih. Menggantikan kerajaan pusat yang korup dengan pentadbiran yang bersih adalah hasrat rakyat.

Semangat Malaysia 1963

Di bawah latar belakang sejarah yang tertentu, Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 1963 dengan 20 & 18 Artikel Khas untuk Sabah dan Sarawak masing-masing. Pada Hari Malaysia Ke-49 ini, kita mestilah melihat semangat perjanjian tersebut dan setakat mana kerajaan yang memerintah memesong daripadanya seperti Bahasa Malaysia dan Inggeris sebagai bahasa rasmi dan royalti minyak 20% bukan 5% untuk negeri-negeri yang mengeluar minyak.

Saturday, September 15, 2012

Cegah pembaziran berleluasa

PM YAB Najib berkata perjuangan bermakna mestilah dialami oleh sebuah parti yang berjaya. Malaysia melihat banyak pemborosan wang rakyat termasuk projek-projek seperti zon bebas pelabuhan Klang yang membazir berbilion ringgit. Ingatlah: pencegahan pembaziran berleluasa merupakan salah satu perjuangan yang bererti.

Friday, September 14, 2012

Ketelusan melaksana projek

Kerajaan Pusat mengatakan ia sedang melaksanakan tujuh lagi projek dengan nilainya RM5.6 bilion termasuk RM4 bil Pengerang LNG Terminal. Ia mestilah memberi butiran yang lengkap untuk projek-projek tersebut dengan ketelusan dan akauntabiliti. Ada bantahan terhadap projek Pengerang.

Dasar PR untuk masyarakat majmuk

Pakatan Rakyat mempunyai dasar untuk menarik semua kaum di Malaysia. Misalnya, dasar pelajaran PR menekankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan pelbagai bahasa dan bantuan yang munasabah kepada semua jenis sekolah.

Monday, September 10, 2012

Tingkatkan kualiti kolej perubatan di Malaysia

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib menyeru supaya semua sekolah perubatan di Malaysia meningkatkan kualitinya agarlebih ramai doktor boleh dilatih di negara ini. Kita adalah sangat bimbang dengan standard 33 buah kolej perubatan di Malaysia, berbanding dengan 22 buah di UK dalam semua aspek. Kualiti termasuk latihan houseman mestilah ditambahbaikkan dengan sebenarnya.

Menumpukan perhatian ke atas transformasi pelajaran

Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Muhyiddin bercakap dengan lantang tentang apa yang disebutkan sebagai transformasi pendidikan atau pelajaran. Rakyat mestilah menumpukan perhatian kepada perubahan ini untuk mengetahui kelemahan dan kebaikannya serta implikasi dan konsekwensinya.

Sunday, September 09, 2012

Pembunuhan ramai di Batang Kali 60 tahun lalu

<p>Lebih 60 tahun yang lalu, keadaan darurat telah diisytiharkan untuk menentang Komunis di Malaya. Segelintir askar British telah dituduh membunuh beramai-ramai berapa penduduk yang tidak berdosa di Batang Kali. Pada tempoh hari, Mahkamah Tinggi London memutuskan bahawa penyiasatan terhadap peristiwa ini tidak akan diadakan.

Kita berkehendakkan keadilan. Ia mestilah diperlihatkan.

Saturday, September 08, 2012

Memerlukan lebih pekerja mahir pada 2020

Di Malaysia, ada hanya 28% pekerja mahir atau separuh mahir. Di Singapura, ianya 52%. Pada 2020, negara ini akan memerlukan 3.3 juta pekerja mahir. Ini bererti Kementerian Sumber Manusia mestilah menggubal pelan yang berkesan untuk melatih pekerja mahir tanpa mengira kaum dan agama.

Friday, September 07, 2012

Peruntukan untuk Hospital-Hospital Uzur

Menteri Kesihatan Datuk Seri Leow Theong Lai mengata bahawa bajet 2013 akan memberi peruntukan untuk memperbaiki perkhidmatan kesihatan. Yang terpentingnya kementerian ini mestilah menyiasat semua hospital yang uzur seperti Hospital Klang: para pelajar perubatan  dari Universiti Malaya yang menerima latihan dari hospital itu hanya boleh menggeleng kepala. Kerajaan perlu memperuntukkan wang untuk menambahbaik hospital-hospital ini.

Lembaga Atom menimbulkan ketakjuban

Lembaga Lesen Tenaga Atom (AELB) memberi Lynas lesen sementara, tetapi ia tidak mempunyai hak undang-undang memastikan syarikat Australia itu membawa sisa toksid keluar dari Malaysia. Keputusan Lembaga itu menimbulkan ketakjuban rakyat. Apakah erti sebenarnya perlindungan alam sekitar?

Thursday, September 06, 2012

hukuman keras untuk perogol

Pada tempoh hari, hukuman ke atas dua orang muda yang ditetapkan salah oleh undang-undang kerana merogol kanak-kanak telah diringankan oleh mahkamah. Selepas keriuhan masyarakat, Peguam Negara mengatakan perogol mestilah dihukum keras.

Kita haruslah mencegah jenayah terhadap kanak-kanak dan wanita.

Wednesday, September 05, 2012

Mata Wang RM 10 Palsu


Mata Wang RM10 Palsu

Pagi ini, Bahagian Mata Wang,Bank Negara, mula menjawab panggilan pada

kira-kira 11 pagi. Seorang pegawai mula-mula mengambil perhatian

laporan wang kerta palsu RM10 dan RM100 in Sin Chew Jit Poh. Wang

tiruan ini mempunyai warna yang tidak sama keadaannya dan kertas yang

kasar. Ia tidak ada cap yang dapat dilihat.

BankNegara mestilah menjelaskan bagaimana ia mengatasi mata wang palsu.




Monday, September 03, 2012

Kilang emas di Bukit Koman

Sebelum sebuah kilang lombong emas sianida diadakan, Kajian Impak Alam
mestilah diadakan. Kini, para penduduk di Raub sangat bimbang mengenai
kilang emas di Bukit Koman. Kerajaan harus menubuhkan satu badan
siasatan yang diiktiraf antarabangsa untuk menyiasat kesan kimia
seperti sianida ke atas para penduduk dan di kawasan dengan demografi
yang serupa.

Sikap Kementerian Pelajaran terhadap sekolah-sekolah Cina & Tamil

Suhakam mengatakan bahawa Kementerian pelajaran mengenepikan keperluan sekolah-sekolah Cina & Tamil. Menteri Pelajaran menegaskan ia adalah adil. Bilangan pelajar di sekolah rendah Cina adalah 21% daripada jumlah pelajar sekolah rendah. Dalam beberapa Rancangan Malaysia Ke-5, peruntukan pembangunan hanya 2.4% hingga 3.6% kepada sekolah-sekolah rendah Cina, berbanding dengan 95% kepada sekolah-sekolah kebangsaan.

Ukuran untuk kebahagiaan rakyat

PM YAB Najib berfikir darihal pendapatan perseorangan & kesejahteraan orang sebagai dua kriteria utama untuk mengukur kejayaan pembangunan negara. Terdapat banyak aspek. Pengurangan penyelewengan seperti rasuah, birokrasi dan pembaziran wang rakyat boleh menyumbang kepada kegembiraan & kebahagiaan.

Sunday, September 02, 2012

Perlu badan siasatan yang diiktiraf antarabangsa untuk kilang emas di Bukit Koman




Sebelum sebuah kilang lombong emas sianida diadakan, Kajian Impak Alam

mestilah diadakan. Kini, para penduduk di Raub sangat bimbang mengenai

kilang emas di Bukit Koman. Kerajaan harus menubuhkan satu badan

siasatan yang diiktiraf antarabangsa untuk menyiasat kesan kimia

seperti sianida ke atas para penduduk dan di kawasan dengan demografi

yang serupa.



Saturday, September 01, 2012

Para pengundi Malaysia akan menentukan PR atau BN layak memergi ke Putrajaya

PM YAB Najib mengatakan bahawa UMNO-BN akan mewujudkan sekatan jalan untuk menghalang PR menuju ke Putrajaya. Rakyat perlu sedar bahawa sekatan jalan seumpama ini tidak seharusnya melibatkan penyelewengan seperti pengundi haram dan persempadanan kawasan pilihanraya yang tidak adil. Para pengundi mestilah diberi peluang yang munasabah untuk memilih sebuah kerajaan di Putrajaya yang efisien, berkemanusiaan dan tidak korup.

Kerajaan bersih, efisien, telus & akauntabel

PM YAB Najib menegaskan bahawa peranan generasi muda kini ialah membawa erti kepada kemerdekaan negara. Salah satu erti terpenting adalah termasuk kerajaan yang bersih, telus dan akauntabel.