Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, September 30, 2017

Ibu pejabat SPRM

Ini adalah ibu pejabat baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. Ketua Pesuruhajaya percaya ia adalah bangunan pencegah rasuah yang terbesar di dunia. Perdana Menteri ada sebut.

Kita berharap bahawa SPRM adalah paling berkesan di dunia.

Labels:

. MACC HQ, Putrajaya

This is the new headquarters of the Malaysia Anti-Corruption Commission in Putrajaya.  The Chief Commissioner believes that it is the biggest anti-corruption complex in the world. The Prime Minister has said it.

We hope that MACC is the most effective
In the world.

Labels:

ديمينسيا دان كهيلڠن دريا هيدو Demensia dan kehilangan

ديمينسيا اتاو ڤپاكيت تيدق داڤت ايڠت لاݢي اداله ڤڽاكيت يڠ تروق. ساءينتيس كاجي ڤركاءيتن كهيلڠن دريا هيدو دان ديمينسيا. اين مڠمبيل ماسا.

Demensia atau penyakit tidak dapat ingat lagi adalah teruk. Saintis kaji perkaitan kehilangan deria hidu dan demensia. Ini mengambil masa.

Labels:

Pantun, hidup berjasa

هيدوڤ برجاس (برارتي)

سركوڤ ڤينتو دڤݢڠ ݢاجه،
سركوڤ رومبيا بيار دراسا روسا; 
هيدوڤ كايو ميمڠ بربواه،
هيدوڤ ماءنسي بيار برجاس.

Hidup Berjasa (Bererti)

Serkup pintu dipegang gajah,
Serkup rumbia biar dirasa rusa;
Hidup kayu memang berbuah,
Hidup manusia biar berjasa.

Labels:

Friday, September 29, 2017

جنايه ڤرڠ د يمن Jenayah perang di Yemen

ڤرڠ ممباوا ڤندريتاءن. د يمن، اوجودڽ جنايه ڤرڠ. ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو مڠهنتر ڤاكر اونتوق مپاست.

Perang membawa penderitaan. Di Yemen, wujudnya jenayah perang. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar pakar untuk menyiasat.

Labels:

Thursday, September 28, 2017

ڤروجيق ريل لاجو تيڠݢي. (HSR) Projek Rel Laju Tinggi KL-Singapura

ڤروجيق ريل لاجو تيڠݢي (HSR) كوالا لومڤور- سيڠاڤورا اداله 350 كيلوميتر. كوسڽ لبيه RM50 بيليون. MyHSR Corporation، مليسيا دان Agensi Pengangkutan Darat سيڠڤورا كات تيندر اداله تربوك دان عاديل. اي مستيله تلوس.
Projek Rel Laju Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura adalah 350 kilometer. Kosnya lebih RM50 bilion.  MyHSR Corporation, Malaysia, dan Land Transport Agency (LTA), Singapura, kata tender adalah terbuka dan adil.
Ia mestilah telus.

Labels:

سوروهنجاي ڤنچݢهن راسوال مليسيا Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM

سڤرتي سوروهنجاي ڤنچݢهن راسواه. يبس هوڠ ݢوڠݢوڠ، ICAC, سوروهنجاي ڤنچݢهن راسياليس مليسيا، SPRM, مستيله بنر٢ بيبس.

Seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, ICAC, Hong Kong, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, mesti benar-benar bebas.

Wednesday, September 27, 2017

كباكرن اسراما سكوله تيڠݢي اسلم

اداكه دباكر دڠن سڠاج? ڤاݢي اين، اسراما سكوله تيڠݢي اسلم اس صوۏا ترباكر. 37 ڤلاجر ڤرمڤوان سلامت.

Adakah dibakar dengan sengaja? Pagi ini, asrama Sekolah Tinggi Islam As Sofa terbakar. 37 pelajar perempuan selamat.

Labels:

Pantun, jaga anak

انق مرڤاتي دكيري رومه،
ايبو باڤ سلالو بلا دڠن باءيك;
كانق٢ لاري دري رومه،
ايبو باڤ ڤرلو جاݢ دڠن باءيك.

Anak merpati di kiri rumah,
Ibu bapa selalu bela dengan baik;
Kanak-kanak lari dari rumah,
Ibu bapa perlu jaga dengan baik.

Labels:

ICAC, Hong Kong سوروهنجاي ڤنچݢه راسواه هوڠ كوڠ

مهكامه تيڠݢي منجاتوهكن حكومن ڤنجارا 20 بولن كاتس بكس كتوا ايكسيكوتيۏ هوڠ كوڠ دونلد تسڠ كران منداڤت كاونتوڠن ڤريبادي كتيك دالم ڤرخدمتن. بليو حاضير دمهكامه. سوروهنجاي ڤنچݢهن راسواه بيبس (ICAC) برتيندق تنڤا مڠيرا ڤڠكت.

سوروهنجاي ڤنچݢهن راسواه مليسيا (SPRM) اداله برداسركن كڤد ICAC.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan ke atas bekas Ketua Eksekutif Hong Kong Donald Tsang kerana mendapat keuntungan peribadi ketika dalam perkhidmatan. Beliau hadir di mahkamah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Bebas (ICAC) bertindak tanpa mengira pangkat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah berdasarkan kepada ICAC.

Labels:

Tuesday, September 26, 2017

Wanita boleh memandu وانيتا بوليه ممندو

Mulai bulan Jun 2018, wanita boleh memandu kereta di Arab Saudi. Sebelum ini, beratus ribu (? 800,000) pemandu asing membawa wanita di negara itu.

مولاءي جوڠ 2018, وانيتا بوليه ممندو كريتا دءارب ساودي. سبلوم اين، براتوس ريبو(? 800000) ڤمندو اسيڠ ممباوا وانيتا.

Labels:

Budak lari dari rumah بودق لاري دري رومه

Penolong Pesuruhjaya Polis Ong Chin Lan kata setiap hari empat budak lari dari rumah. Biasanya umur 13 hingga 15 tahun. Ada juga bawah 12. Ramai budak perempuan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mesti bertambah usaha untuk mengatasi masalah ini.

ڤنولوڠ ڤسوروهجاي ڤوليس وڠ چين لان كات ستياڤ هاري امڤت بودق لاري دري رومه دمليسيا. بياساڽ اومور 13 هيڠݢ 15 تاهون. اد جوݢ باوه 12. راماي بودق ڤرمڤوان. كمنتريان ڤمباڠونن وانيتا، كلوارݢ دان مشراكت مستي منمبه اوسها اونتوق مڠاتاسي مسءله اين.

Labels:

Monday, September 25, 2017

Hak untuk dapat maklumat benar

Canselor (Perdana Menteri) Jerman Angela Merkel dapat bertahan penggal keempat dengan kehilangan lebih satu juta pemilih. Beliau berhadapan dengan parti yang menentang pengambilan satu million pelarian.

چنسيلور (ڤردان منتري) جرمن انجيلا مركيل داڤت برتاهن ڤيڠݢل كامڤت دڠن كهيلڠن لبيه ساتو جوتا ڤميليه. بليو برهادڤن دڠن ڤرتي يڠ مننتڠ ڤڠمبيلن ساتو جوتا ڤلاريان.

Labels:

Pertubuhan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN

Perdana Menteri kata pihaknya sedang mengkaji untuk menyelesaikan masalah terlalu ramai pemohon PTPTN. Setakat ini, lebih 1.8 juta peminjam perlu membayar balik (RM15.3 bilion)dan lebih 600,000 daripadanya tidak membayar hutang (RM5.4 bilion).

PTPTN mesti diurus dengan efisien, adil dan munasabah.

ڤردان منتري كات ڤيهقڽ سدڠ مڠكاجي اونتوق مڽلسايكن ترلالو راماي ڤموهون PTPTN. ستاكت اين، لبيه 1.8 جوتا ڤمينجم ڤرلو. مباير باليق (RM15.3 بيليون) دان لبيه 600000 درڤدڽ تيدق ممباير هوتڠ (RM5.4 بيليون )

تابوڠ PTPTN مستي داوروس دڠن ايۏيسيان, عديل دان مناسبه.

Labels: ,

Sunday, September 24, 2017

Keselamatan siber كسلامتن سيبر

مليسيا ڤرلو كسلامتن سيبر دالم ڤلباݢاي لاڤڠن. سوروهنجاي كومونيكاسي دان ملتيميديا مستي ممستيكن شريكت٢ يڠ مناوركن كڤاكرن كسلامتن سيبر اداله تولي.
Malaysia perlu keselamatan siber dalam pelbagai lapangan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mesti memastikan syarikat-syarikat yang menawarkan kepakaran keselamatan siber adalah tulen.

Labels:

Saturday, September 23, 2017

Pelarian Rohingya dan pekerja Bangladesh ڤلاريسن روهيڠءي دان ڤكرجا بڠلاديش

ترداهت راماي ڤلاريان روهيڠءي دان ڤكرجا بڠݢلاديش دمليسيا. كيت برهارڤ ڤرتوبوهن بڠسا ٢ برساتو تروس مپاست دان ممليهارا لبيه 400,000 اورڠ يڠ ملاري دري راكاين، ميانمر, كبڠݢلاديش. ڤپلسايان?
Terdapat ramai pelarian Rohingya dan pekerja Bangladesh di Malaysia. Kita berharap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terus menyiasat dan memelihara lebih 400,000 orang yang melari dari Rakhine, Myanmar, ke Bangladesh. Penyelesaian?

Labels:

تهنيءه ڤارا اتليت Tahniah para atlet

تهنيءه كڤد ڤارا اتليت اتس كجاياءنڽ دسوكن ASEAN KL2017.

Tahniah kepada para atlet atas kejayaannya di Sukan Para ASEAN KL2017.

Labels:

Pantun, Air terjun dan sukan

دري اتس تورون كسيمڤڠ،
ليهتكن اير ترجون كن هيبت;
دري كلس تورون كڤادڠ،
سوكن اير، تكون دان سمڠت.
Dari atas turun ke simpang,
Lihatkan air terjun kan hebat;
Dari kelas turun ke padang,
Sukan air, tekun dan semangat.

Labels:

روكيت ايرن Roket Iran

ترامڤ منچرچا كوريا اوتارا دان ايرن دڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو. مريك مڠايڠكر. ايرن برجاي چوبا ملنچر روكيت دان كوريا اوتارا منومڤو كڤد بوم هيدروݢن.

Trump mencerca Iran dan Korea Utara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mereka mengingkar. Iran berjaya cuba melancar roket dan Korea Utara menumpu kepada bom hidrogen.

Labels:

Friday, September 22, 2017

سكوله چينا بنتو ڤمباڠونن نݢارا Sekolah Cina bantu pembangunan negara

Perdana Menteri menyatakan bahawa sekolah Cina boleh memberi sumbangan kepada pembangunan Malaysia. Kerajaan mesti menghapuskan halangan. Selain menguasai Bahasa Malaysia, kefasihan pelbagai bahasa adalah bijak.

ڤردان منتري مپاتاكن بهوا سكوله چينا بوليه ممبري سومباڠن كڤد ڤمباڠونن مليسيا. كراجاءن مستي مڠهاڤوسكن هالڠن. سلاءين مڠواساءي بهاس مليسيا، كۏصيحن ڤلباݢاي بهاس اداله بيجق.

Labels:

Pantun, didikan. ديديقن

ڤندڠ دڤن ڤرݢي سكوِله،
سدر ديديق مستي دالم;
اورڠ ڤنداي تيڠݢي درجه،
باير باليق ڤيتيس دڤينجم.
Pandang depan pergi sekolah,
Sedar didik mesti dalam;
Orang pandai tinggi darjah
Bayar balik pitis dipinjam

Labels:

Thursday, September 21, 2017

13,837 syor untuk bajet 2018

سلڤس منريما 13,837 شور درڤد اورڠ راماي، كراجاءن مستي ممستيكن مسءله ڤوكوق رعيت سڤرتي سواسان لمبڤ ڤرنياݢاءن دمليسيا داڤت دكورڠكن.
Selepas menerima 13,837 syor daripada orang ramai, Kerajaan mesti memastikan masalah pokok rakyat seperti suasana lembap perniagaan di Malaysia dapat dikurangkan.

Labels:

اميريكا تمبه سكتن ترهادڤ كوريا اوتارا Amerika tambah sekatan terhadap Korea Utara

اميريكا منمبه سكتن ايكونومي ترهادڤ كوريا اوتارا. كيم جوڠ-اون ڤڠݢيل ترامڤ 'اورڠ ݢيلا' يڠ منونجوقءن ڤرلو ڤروݢريم نوكليارڽ.

Amerika menambah sekatan ekonomi terhadap Korea Utara. Kim Jung-un panggil Trump 'orang gila' yang menunjukkan perlu program nuklearnya.

Labels:

ݢرق بالس كڤد اوچڤن ترامڤ د Gerak balas kepada ucapan Trump di PBB

اوچاڤن ݢاراو ترامڤ ترهادڤ كوريا اوتارا دان ايرن دPBB اد ݢرق بالس. كوريا اوتارا كات ايت سالقن انجيڠ. ڤريسيدن روهاني سبوت ترامڤ سباݢاي جاهل، بوكن٢ دان تركوتوق.

Ucapan garau Trump terhadap Korea Utara dan Iran ada gerak balas. Korea Utara kata itu salakan anjing. Presiden Rouhani sebut Trump sebagai jahil, bukan-bukan dan terkutuk.

Labels:

Wednesday, September 20, 2017

سوروهنجاي ڤيليهنراي مليسياSuruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Suruhanjaya Pilihanraya mestilah berikhtiar mendafter 3.7 juta warga Malaysia sebagai pemilih.

سوروهنجاي ڤيليهنراي مستيله براختيار مندۏتر 3.7 جوتا ورݢ مليسيا سباݢاي ڤميليه.

Labels:

Pantun, Remaja berkumpul رماج بركومڤول

Belia tergolong, merokok, menghidu gam dan membakar bangunan. 23 pelajar sekolah tahfiz terkorban di Kuala Lumpur. 

Tolong jaga helang di Bukit Mertajam,
Ibu bela anak di pokok rambutan;
Golongan remaja merokok, hidu gam,
Ibu bapa dan guru nak pengsan.

. بليا ترݢولوڠ، مروكوق، مڠهيدو ݢام دان
ممباكر باڠونن. 23 ڤلاجر سكوله تهۏيز ترقربان دكوالا لومڤور.

تولوڠ جاݢا هلڠ دبوكيت مرتاجم،
ايبو بلا انق دڤوكوق رمبوتن;
ݢولوڠن رماج مروكوق، هيدو ݢام،
ايبو باڤ دان ݢورو نق ڤيڠسن.

Labels: , ,

Tuesday, September 19, 2017

ترامڤ اوچڤ د Trump ucap di PBB

ترامڤ براوچڤ دڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو، مڠاوتاماكن اميريكا، مڠݢلر كيم جوڠ-اون اورڠ روليت، مڠنچم مموسنه كوريا اوتارا دان ممبيدس ڤرجنجيان نوكليار ايرن. كيم جوڠ-اون دان ڤريسيدن روحاني اكن ممبالس.

Trump berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mengutamakan Amerika, menggelar Kim Jung-un Orang Roket, mengancam untuk memusnahkan Korea Utara dan membidaskan Perjanjian Nuklear Iran. Presiden Kim dan Presiden Ruhani, Iran, akan membalas.

Labels: , ,

ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

كيت مپرو سوڤاي ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو براوسها دڠن سداي اوڤاي منچاري كبنرن تنتڠ لبيه 400,000 ڤلاريان روهيڠءي دبڠݢلاديش دان ڤپلسايءنڽ.

Kita menyeru supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berusaha dengan sedaya upaya mencari kebenaran tentang lebih 400,000 pelarian Rohingya di Bangladesh dan penyelesaiannya.

Labels:

Monday, September 18, 2017

ليݢ ڤردان ايڠݢريس Liga Perdana Inggeris

ڤد اول موسيم بولاسيڤق ليݢ ڤردان ايڠݢريس، ڤڠوروس منچيستر اونايتد منونجوقءن ڤاسوقنڽ برموتو تيڠݢي. ايۏرتون منجوالكن ڤماءين لوكاكو كمنچيستر اونايتد دڠن هرݢ تيڠݢي. لوكاكو منجاريڠ ݢول. 

Pada awal musim bolasepak Liga Perdana Inggeris, pengurus Manchester United menunjukkan pasukannya bermutu tinggi. Everton menjualkan pemain Lukaku ke Manchester United dengan harga tinggi. Lukaku menjaring gol.

Labels:

ڤمبليان ڤساوت بوءيڠ Pembelian pesawat Boeing

كيت برچاكب تنتڠ چريتا ڤنجڠ MAS اونتوق باڽق تاهون. سكارڠ اي موڠكين ممبلنجا لبيه US$10 بيليون باݢي ممبلي لبيه 25 بواه ڤساوت بوءيڠ. اي ڤرلو تيلوس دان برتڠݢوڠجاوب كڤد رعيت.

Kita bercakap tentang cerita panjang MAS untuk banyak tahun. Sekarang, ia mungkin membelanja lebih US$10 bilion bagi membeli lebih 25 buah pesawat Boeing. Ia perlu telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. 

Labels:

بنچان كباجرن سكوله تهۏيز دكوالا لومڤورtahfiz, KL Bencana kebakaran sekolah

ڤوليس مپاست بنچان كباكرن سكوله تهۏيز دكوالا لومڤور. سموݢ كيت دبريتاهو كبنرن.

Polis menyiasat bencana kebakaran sekolah tahfiz di Kuala Lumpur. Semoga kita diberitahu kebenaran.

Labels:

Saturday, September 16, 2017

Pantun, bangunan selamat

Bencana kebakaran di sekolah tahfiz، Kuala Lumpur, mengorbankan 23 orang. Pihaknya mesti mencari puncanya.

Ciak kicau di bangunan kanan,
Biasa mudah lari dari bahaya;
Pihak mesti pantau bangunan,
Sentiasa cegah api cahaya.

بنچان كباكرن دسكوله تهۏيز، كوالا لومڤور، مڠقربانكن 23 اورڠ. ڤيهقڽ مستي منچاري ڤونچاڽ.

چياق كيچاو دباڠونن كانن،
بياسا موده لاري دري بهاي;
ڤيهق مستي ڤنتاو باڠونن،
سنتياسا چݢه اڤي چهاي.

Labels:

Friday, September 15, 2017

سلامت هاري مليسيا Selamat Hari Malaysia

سلامت هاري مليسيا Selamat Hari Malaysia

Labels:

ڤريستيوا ݢانس لندون Peristiwa ganas London

كتيك ماسا ماسقن، ڤريستيوا لتوڤن ݢانس منچدراكن سكورڠ٢ڽ 18 اورڠ چدرا، ستيسين ڤرسونس ݢرين، كريتاڤي باوه تانه، لندون.

كتوا ڤولي داتوء سري ۏوزي كات بليو اكن ݢون ڤلباݢاي چارا اونتوق منچݢه سرڠن ݢانس دمليسيا.

Ketika masa kesesakan, peristiwa letupan ganas mencederakan sekurang-kurangnya 18 orang di Stesen Parsons Green, keretapi bawah tanah, London.

Labels:

Thursday, September 14, 2017

روكيت كجڤون Roket ke Jepun

كيم جوڠ-اون ملنچر ساتو روكيت لاݢي ك اودارا جڤون سباݢاي ممبالس سكتن بارو PBB دونلد ترامڤ.

Kim Jung-un melancar satu roket lagi ke udara Jepun sebagai membalas sekatan baru PBB Donald Trump.

Labels:

Pantun, perbezaan ڤربيزاءن

دنيا بربيلڠ بڠسا ممرلوكن تولرنسي.

اير دري هولو سوڠاي كلنتن،
تيبا دلابوت ملالوءي كوالا;
ۏيكير لاءين بڠسا اد ڤربيذاءن،
تريما طابيت تيدق سروڤا.

Dunia berbilang bangsa memerlu toleransi.

Air dari hulu Sungai Kelantan,
Tiba di laut melalui kuala;
Fikir lain bangsa ada perbezaan,
Terima tabiat tidak serupa.

Labels:

Wednesday, September 13, 2017

Pantun, Perubahan sekolah

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir sebut tentang perbincangan untuk mengganti UPSR. Guru, murid dan ibu-bapa terasa geli-geman.

Ibu bapa dan anak ke Cyberjaya,
Sekolah pagi tawar pengajaran;
Ibu bapa mimpi anak berjaya,
Perubahan mesti bawa kebaikan.

Labels:

Tuesday, September 12, 2017

Ganti UPSR ݢنتي

Datuk Seri Mahdzir sebut mengenai perbincangan untuk mengganti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Guru, murid dan ibu-bapa terasa geli-geman. Sistem baru mesti benar-benar membawa kemajuan.

داتوء سري محظير سبوت مڠناءي ڤربينچڠن اونتوق مڠݢنتي اوجيان ڤنچاڤاءين سكوله رنده (UPSR). ݢورو، موريد دان ايبو-باڤ تراس ݢلي-ݢمن. سيستم بارو مستي بنر-بنر ممباوا كماجوان.

Labels:

Pantun, Tukun tiruan توكون تيروان

Kita buat tukun tiruan kerana dasar laut telah dirosak. Hidupan memerlukan tukun.

Malam laut dibelasah ombak,
Tekun tujuan memelihara lautan;
Alam dasar laut telah dirosak,
Tukun tiruan memulih keadaan.

كيت بوات توكون تيروان كران داسر لاءوت تله دروسق. هيدوڤن ممرلوكن توكون.

مالم لاءوت دبلاسه اومبق،
تكون توجوان ممليهارا لاءوتن;
علام داسر لاءوت تله دروسق،
توكون تيروان مموليه كاءداءن.

Labels:

Monday, September 11, 2017

توكون تيروان. tukun tiruan Pulau Mensirip, Mersing.

كيت بوات توكون تيروان كران علام داسر لاءوت تله دروسقكن. سلطان ايبراهيم، جوهور، ملنچركن توكون تيروان دڤولاو منسيريڤ، مرسيڠ. ڤليهاراله علام لاءوت دان دارت.

Kita buat tukun tiruan kerana alam dasar laut telah dirosakkan. Sultan Ibrahim, Johor, melancarkan tukun tiruan di Pulau Mensirip, Mersing. Peliharalah alam laut dan darat.

Labels:

ڤڽو بليمبيڠ باليق ك رنتاو ابڠ Penyu belimbing balik ke Rantau Abang

سلڤس توجوه تاهون ساءيكور ڤڽو بليمبيڠ باليق ك رنتاو ابڠ، ترڠݢانو. 92 بيجي تلورڽ دارمكن. سموݢ باڽق ڤپو لاݢي اكن كمبالي.

Selepas tujuh tahun,  seekor penyu balik Ke Rantau Abang, Terengganu. 92 biji telurnya dieramkan. Semoga banyak penyu lagi akan kembali.

Labels:

Sunday, September 10, 2017

ڤاسرن كريتا اوتام چينا Pasaran kereta utama China

ڤاسرن كريتا اوتام چينا مرنچڠ اونتوق مڠݢنتي كريتا ديسيل دان ڤيترول.

Pasaran kereta utama China merancang untuk mengganti kereta diesel dan petrol.

Labels:

Saturday, September 09, 2017

چاوڠن خاس مليسيا Cawangan khas Malaysia

كوميشينر داتوء سري محمد موختر اد ڤڠالمن دڠن كرجا چاوڠن خاس مليسيا. بليو دلنتيق سباݢاي ڤڠارهڽ. كيت برهارڤ بليو داڤت ممبنتو منچݢه سرڠن ݢانس.  

Komisyener Datuk Seri Mohd Mokhtar ada pengalaman. Dengan kerja Cawangan Khas Malaysia. Beliau dilantik sebagai pengarahnya. Kita berharap beliau dapat membantu mencegah serangan ganas.

Labels:

Friday, September 08, 2017

اينوۏاسي، ڤڽليديقن دان ڤمباڠونن Inovasi, penyelidikan dan pembangunan

ڤروۏيسور ايميريتوس دوايت ڤركينس دري سكوله هارورد كينيدي، اميريكا، ممبريتاهو ساتو سيمينر دكوالا لومڤور، بهوا اونيۏرسيتي٢ مليسيا تيدق منديديق ݢرادوان يڠ سسواي اونتوق اينووساۏاسي، ڤپليديقن دان ڤمباڠونن.

كراجاءن مستي منداڤت تاهو بيلڠن ݢرادون يڠ ترليبت دڠن اينوۏاسي، ڤپليديقن دان ڤمباڠونن ستياڤ تاهون. براڤ باكت برهجرت?

Profesor Emeritus Dwight Perkins dari Sekolah Harvard Kennedy, Amerika, memberitahu satu seminar di Kuala Lumpur, bahawa universiti-universiti Malaysia tidak mendidik graduan yang sesuai untuk inovasi, penyelidikan dan pembangunan.

Kerajaan mesti mendapat tahu bilangan graduan yang terlibat dengan inovasi, penyelidikan dan pembangunan. Bakat berhijrah?

Labels:

Thursday, September 07, 2017

بلنجا هيدوڤ دمليسيا Belanja hidup di Malaysia

كتوا ستياءوسها نݢارا سبوت مڠناءي سوبسيدي اونتوق بلنجا هيدوڤ دمليسيا. راماي هندق مڠتاهوءي اڤاكه ارتي سوبسيدي اين?

Ketua Setiausaha Negara sebut mengenai subsidi untuk belanja hidup di Malaysia. Ramai hendak mengetahui apakah erti subsidi ini?

Labels:

Monday, September 04, 2017

Berita palsu dan tulen

ساتو تيجاوان اونيۏرسيتي ناسيونل سيڠاورا تونجوق 51% اورڠ مليسيا مروجوق كڤد ميديا ترديسيونل سڤرتي سورت خابر دان تيليۏيشين اونتوق بريتا تولين. ترامڤ كات نيو يورك تايمس، BBC دان CNN ممبري بريتا ڤالسو. كيت هندق بريتا تولين.

Satu tijauan Universiti Nasional Singapura tunjuk 51% orang Malaysia merujuk kepada media tradisional sperti surat khabar dan television. Trump kata New York Times, BBC dan CNN memberi berita palsu. Kita hendak berita tulen.

Labels:

Sunday, September 03, 2017

كتوا ڤوليس بارو داتوء سري ۏوزي هارون.Ketua Polis baru Datuk Seri Fuzi Harun

ورݢ مليسيا برهارڤ كتوا ڤوليس بارو داتوء سري ۏوزي هارون اكن بروسها دڠن سبوليه٢ڽ اونتوق منچݢه سرڠن ݢانس، برخيدمت تنڤا تاكوت اتاو موره هاتي، سرتا بنتو ممباوا كامنن دان كهرمونيان دالم مشراكت مجموق.

Warga Malaysia berharap Ketua Polis baru Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun akan berusaha dengan seboleh-bolehnya untuk mencegah serangan ganas, berkhidmat tanpa takut atau murah hati, serta bantu membawa kaamanan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk.

Labels:

بوم نوكليار كوريا اوتارا. Bom nuklear Korea Utara

سلڤس كوريا اوتارا مڠوجي بوم نوكليار ك-6, ترامڤ منمبه سكاتن دان ممبري امارن تيندقن تنترا بسر-بسرن.اين اݢن ممباوا كروݢيان جڤون دان كوريا سلاتنڤون بسر-بارن. جالن بونتو!
Selepas Korea Utara menguji bom nukliar ke-6,Trump menambah sekatan dan memberi amaran tindakan tentera besar-besaran. Ini akan membawa kerugian besar-besaran Jepun dan Korea Selatan. Jalan buntu!

Labels:

اوجيان بوم نوكليار ك6. Ujian bom nuklear

كوريا اوتارا عمومكن اي برجاي مڠاوجي بوم نوكليار ك6. ترامڤ همدق مڠسهكن.  لاتيهن تنترا اميريكا، جڤون دان كوريا سلاتن دان سلاتن ايكونومي دبالس دڠن روكيت تربڠ داودارا جڤون دان ايجيقن نوكليار.
Korea Utara umumkan ia berjaya menguji bom nuklear ke-6.Trump hendak mengesahkan. Latihan tentera Amerika, Jepun, Korea Selatan dan sekatan ekonomi dibalas dengan roket terbang di udara Jepun dan ujian nuklear.

Labels:

Saturday, September 02, 2017

جالن لوچيڠ، كوالا لومڤور Jalan Kuching, Kuala Lumpur

 هوجن لبت سمالم? سوڠاي باتو مليمڤه.  بنجير كيلت ملندا جالن كوچيڠ، كوالا لومڤور. سموا تروتام ديون بنداراي مستي تروس منجاݢ كبرسيه سوڠاي.


Hujan lebat semalam. Sungai Batu melimpah. Banjir kilat melanda Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Semua terutama Dewan Bandaraya mesti menjaga kebersihan sungai. 


Labels:

Banjir, kemarau

Banjir dan kemarau berlaku di banyak tempat di dunia. Berjuta-juta orang menderita. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kata banjir menjejaskan lebih 45 jiuta orang di Bangladesh, India dan Nepal. Hurikan Harvey melanda Luisiana dan Texas, Amerika. Perubahan iklim? Bencana semula jadi?

بنجيس دان كماراو برلاكو د باڽق تمڤت ددنيا. برجوتا٢ اورڠ مندريتا. ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو كات بنجير منججسكن لبيه 45 جوتا اورڠ دبڠلاديش، اينديا دان نڤل. هوريكن هارۏي ملندا لويسيانا دان تيكسيس، اميريكا. ڤروبهن اقليم! نچان سمولا جادي?

Labels:

Pantun, polis terikat. ڤنتون ڤوليس ترايكت

Ancaman pengganas diambil berat. Semua pihak perlu terikat untuk mencegah serangan ganas.

Membetis perlahan ke luar kota,
Tersekat sebelah kemalangan bas;
Polis Malaysia keluar berjaga,
Terikat mencegah serangan ganas.

انچمن ڤڠݢانس دامبيل برت. سموا ڤيهق ڤرلو تريكت اونتوق منچݢه سرڠن ݢانس.

ممبتيس ڤرلاهن ك لوار كوتا،
ترسكت سبله كمالڠن باس;
ڤوليس مليسيا كلوار برجاݢا،
تريكت منچݢه سرڠن ݢانس.

Labels:

Friday, September 01, 2017

زاحيد، ڤوليس ترايكت. Zahid, polis terikat

داتوء سري زاحيد سبوت تنتڠ كوميتمن دان ڤرخيدمتن ڤوليسن كتيك سوكن سي 2017.

ڤوليس دان لاءين ڤيهق بركناءن ڤرلو ترايكت اونتوق منچݢه سرڠن ݢانس دمليسيا.

Datuk Seri Zahid sebut tentang komitmen dan perkhidmatan polis ketika Sukan SEA 2017.

Polis dan lain pihak berkenaan perlu terikat untuk mencegah serangan ganas di Malaysia.

Labels: