Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, August 31, 2018

Tahniah kepada pasukan basikal

Tahniah kepada pasukan basikal yang meraih pingat emas kelima untuk Malaysia di Sukan Asia.

Labels:

تهنيءه كڤد ڤاسوقن باديكل

باسيكل
تهنيءه كڤد ڤاسوقن باسيكل يڠ مراءيه ڤيڠت امس ك-5 اونتوق مليسيا دسوكن اسيا.

Labels:

Thursday, August 30, 2018

Pantun, cergas semangat

Cergas semangat

Hidup hampir dunia mengagumkan,
    Tegas berhasrat ghairah tinggi;
Hidup berfikir benda diharapkan,
     Cergas semangat senanglah hati.

چرݢس سماڠت
هيدوڤ همڤير دنيا مڠاݢومكن،
     تݢس برحسرت غاءيره تيڠݢي؛
هيدوڤ برۏيكير بندا دهارڤكن،
     چرݢس سماڠت سنڠله هاتي.

Labels:

Pertubuhan Perdagangan Seduia

Perdagangan
Malaysia adalah sebuah negara yang terlibat dengan perdagangan. Sebagai ahli Pertubuhan Perdagangan Sedunia, ia mesti mengambil peduli darihal badan itu. Tramp membidas organisasi tersebut dan mengugut akan membawa Amerika keluar daripadanya.

Labels:

ڤرتوبوهن ڤرداݢڠن دنيا

ڤرداݢڠن
مليسيا اداله سبواه نݢارا يڠ ترليبت دڠن ڤرداݢڠن. سباݢاي اهلي ڤرتوبوهن ڤرداݢڠن دنيا، اي مستي مڠمبيل ڤدولي دريحال ڤركمبڠن ڤرتوبوهن ايت. ترامڤ ممبيدس بادن ترسبوت سرتا مڠاوݢوت اكن ممباوا اميريكا كلوار درڤدڽ.

Labels:

ڤكرجا اسيڠ تنڤا ايزين

ڤكرجا
باڽق نݢارا ترماسوق مليسيا اد ڤنداتڠ تنڤا ايزين. سلڤس ڤڠامڤونن، كاءداءن تيدق براوبه كران ڤلباݢاي سبب سڤرتي بيروكراسي. كالي اين، كيت برهارڤ ترداڤت لڠكه عاديل دان بركسن.

Labels:

Pengampunan Amnesty for illegal workers

特赦非法外劳
许多国家包括大马都有非法外劳。由于各种原因诸如繁文缛节,以前特赦后,情况没有改变。希望这次有公平与有效外劳措施。

Amnesty for illegals.
Many countries including Malaysia have illegal immigrants. Because of various reasons such as bureaucracy,  the situation did not change after amnesty. This time we hope that there are effective and fair measures.

Pekerja tanpa izin
Banyak negara termasuk Malaysia ada pekerja tanpa izin.  Selepas pengampunan keadaan tidak berubah kerana pelbagai sebab seperti birokrasi. Kali ini, kita berharap terdapat langkah adil dan berkesan.

Labels:

Wednesday, August 29, 2018

Telur ayam Malaysia

Telur

Setiap hari orang Malaysia makan telur ayam kira-kira 40 juta biji. Pihaknya mestilah mengkaji dengan sungguh-sungguh ladang ayam cara kilang seperti keadaan sebenar, cubaan kurang kos dan tambah hasil, bahan makanan, antibiotik dan warna telur.

تلور ايم مليسيا

تلور
ستياڤ هاري اورڠ مليسيا ماكن كيرا-كيرا 40 جوتا بيجي تلور ايم. ڤيهقڽ مستي مڠكاجي دڠن سوڠݢوه-سوڠݢوه لادڠ ايم چارا كيلڠ سڤرتي كاءداءن سبنر، چوباءن كورڠ كوس دان تمبه حاصيل، باهن ماكنن، انتيباوتيك دان ورنا تلور.

Labels:

Tuesday, August 28, 2018

Pantun, Telan Batu.

Telan Batu.

Orang faham hak belanjawan,
     Belanja dimakan hingga jalan buntu?
Orang awam hendak ketelusan,
     Ada insan terpaksa telan batu.

Labels:

ڤنتون، تلن باتو

تلن باتو.
اورڠ ۏاهم حاق بلنجاون،
     بلنجا دماكن هيڠݢ جالن بونتو؟
اورڠ عوام هندق كتلوسن،
     اد انسن ترڤقسا تلن باتو.

Labels:

Pencemaran udara jejas kecerdasan

Satu kajian dari China menunjukkan bahawa pencemaran udara menjejaskan kebolehan akal. Kita perlu lebih penyelidikan. Berhatilah sungguh-sungguh ketika masyarakat menghadapi jerebu dan wasap kereta dan kilang serta tempat buang sampah.

Labels:

ڤنچمرن اودارا ججس كچردسن

ڤنچمرن
ساتو كاجيان دري چينا منونجوقءن ڤنچمرن اودارا منججسكن كبوليهن اكل. كيت ڤرلو لبيه كاجيان. برهتيله دڠن سوڠݢوه-سوڠݢوه كتيك مشاركت مڠهادڤي جربو دان واسڤ كريتا دان كيلڠ سرتا تمڤت بواڠ سمڤه.

Labels:

Monday, August 27, 2018

Orang gemuk

Orang gemuk mesti menukar cara hidup. Ada yang hendak cuba ubat biji untuk menyekat nafsu makan. Satu kajian di kalangan warga tambun di Amerika Syarikat mengenai ubat locaserine menunjukkan hasil yang menggalakkan. Apakah kesannya terhadap jantung, kencing manis dan kanser?

Labels:

اورڠ ݢنوق


اورڠ ݢموق مستي توكر چارا هيدوڤ. اد يڠ هندق چوبا اوبت بيجي اونتوق مڽكت نۏسو ماكن. ساتو كاجيان دكالڠن 12،000 ورݢ تمبون داميريكا شريكت مڠناءي اوبت لوكاسرين منونجوقءن حاصيل يڠ مڠݢالقن. تتاڤي، اڤاكه كسنڽ ترهادڤ جنيونڠ، كنچيڠ مانيس دان كنسر؟

Labels:

Sunday, August 26, 2018

Pekerja asing

Pengampunan.
Perkara pokok pekerja asing adalah rumit. Berapa pendatang tanpa izin? Tindakan pengampunan hampir berakhir. Semua pihak mesti adil dan munasabah.

Labels:

ڤكرجا اسيڠ

ڤڠامڤونن.
ڤركارا ڤوكوق ڤكرجا اسيڠ اداله روميت. براڤ ڤنداتڠ تنڤا ايزين؟ تيندقن ڤڠامڤونن همڤير براخير. سموا ڤيهق مستيله عاديل دان مناسبه.

Labels:

Akts Rahsis Rasmi

Tujuannya bertindak.
Ketika upacara perlantikan, Perdana Menteri berteguh janji untuk menyimpan rahsia. Akta Rahsia Rasmi tidak berubah. Setiap orang ada tujuannya bagi bertindak.

Labels:

اكتا رهسيا رسمي

رهسيا
كيتيك اوڤاچارا ڤرلنتيقءن، ڤردان منتري برتݢوه جنجي اونتوق مڽيمڤن رهسيا. اكتا رهسيا رسمي تيدق براوبه. ستياڤ اورڠ اد توجوانڽ باݢي برتيندق.

Labels:

Menarik pelancong

Ramai bercakap tentang bilangan pelancong ke Malaysia. Pihaknya mestilah membantu dengan membangun dan menyenggara kemudahan serta memperbaiki keselamatan.

Labels:

مناريق ڤلنچوڠ

ڤلنچوڠ
راماي چاكڤ تنتڠ ڤناريقن بيلڠن ڤلنچوڠ كمليسيا. ڤيهقڽ مستيله ممبنتو دڠن ممباڠون دان مڽڠݢارا كمودهن سرتا ممڤرباءيقي كسلامتن.

Labels:

Saturday, August 25, 2018

Mendiang John Sidney McCain (1936-2018)

Takziah kepada keluarga Mendiang John Sidney McCain (1936-2018) yang meninggal dunia kerana kanser otak. Beliau adalah tawanan Perang Vietnam, Senator Republican America yang tahan lasak serta orang yang berani melawan Presiden Donald Trump.

Labels:

مندياڠ جون سيدني ميكاءين( 1936-2018)

مندياڠ
جون سيدنيميكاءين(1936-2018) منيڠݢل دنيا كران كنسر اوتق. بليو اداله تاونن ڤرڠ ۏيتنم دان سينيتور ريڤابليكن اميريكا يڠ تاهن لاسق سرتا براني ملاون ڤريسيدن دونلد ترامڤ.

Labels:

Friday, August 24, 2018

Malaysia dan orang gemuk

Orang gemuk Malaysia.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Malaysia ada terbanyak orang gemuk di Asia Tenggara: populasi wanita dan lelaki 48.6% dan 43.8% masing-masing. Bolehkah mengurangkan makanan?

Labels:

اورڠ ݢموق مليسيا

اورڠ ݢموق مليسيا.
منوروت ڤرتوبوهن كصيحتن سدنيا، مليسيا اد ترباڽق اورڠ ݢموق داسيا تڠݢارا: ڤوڤولاسي وانيتا دان للاكي48.6% دان 43.8% ݢموق ماسيڠ-ماسيڠ. بوليهكه مڠورڠكن ماكنن.

Labels:

ڤنتون، نݢارا ڤڠلوار.

كريتا
تون محضير هندق كريتا ناسيونل كتيݢ دڠن ݢاݢاسن منجاديكن مليسيا سباݢاي نݢارا ڤڠلوار. اڤاكه بيدڠ-بيدڠ سسواي دتروكاءي؟

كوات نݢارا سديا مڠارتي،
     تيادا ڤواسهاتي ݢون بندا ساج؛
بوات كريتا مليسيا سنديري،
     مليسيا مستي بينا بندا جوݢ.

Labels:

Pantun, Negara pengeluar

Negara pengeluar.
Tun Mahathir hendak kereta nasional ketiga dengan gagasan menjadi negara pengeluar. Apakah bidang-bidang yang sesuai diterokai?

Kuat negara sedia mengerti,
    Tiada puashati guna benda saja;
Buat kereta Malaysia sendiri,
    Negara mesti bina benda juga.

Labels:

Pengeluar barang

Berapa negara seperti Amerika, China, Jepun dan Jerman mengeluarkan barang untuk dunia. Tun Mahathir hendak kereta nasional ke-tiga bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang membuat benda, bukan hanya mengguna.

Labels:

ڤڠلوار بارڠ

نݢارا ڤڠلوار
براڤ نݢارا سڤرتي اميريكا، چينا، جڤون دان جرمن مڠلواركن بارڠ اونتوق دنيا. تون محصير هندق كريتا ناسيونل ك-تيݢ باݢي منجاديكن مليسيا سباݢاي نݢارا يڠ ممبوات بندا، بوكن هاڽ مڠݢون.

Labels:

Thursday, August 23, 2018

Internet bersih

Banyak negara termasuk Amerika dan Britain mengawalkan internet. Presiden Xi Jinping, China, kata bahawa internet mestilah bersih dan adil. Pada tahun 2010, Google menarik enjin carian dari China. Amazon, Apple dan Microsoft tidak. Sekarang, Google mungkin membawa enjin carian kembali ke China.
     Kita hendak kebebasan bersuara. Tetapi, kita mesti mencegah bahasa yang kasar dan lucah serta mengelakkan sensitiviti agama, budaya dan kaum. 

Labels:

Wednesday, August 22, 2018

اينترنيت برسيه

اينترنيت برسيه
باڽق نݢارا ترماسوق اميريكا دان بريتون مڠاول اينترنيت. ڤريسيدين سي چينڤيڠ كات بهوا اينترنيت مستي برسيه دان عاديل. ڤد تاهوم 2010، ݢوݢل مناريق اينجين چاريان دري چينا. تتاڤي، ايڤل، اماجون دان مايكروسوۏ تيدق. سكارڠ، ݢوݢل موڠكين ممباوا اينجين چاريان اونتوق كمبالي كچينا.
     كيت هندق كبيبسن برسوارا. تتاڤي، كيت مستي منچݢه بهاس كاسر دان لوچه سرتا مڠاءيلقءن  سنسيتيۏيتي اݢام، بوداي دان قوم.  

Labels:

سومبوڠ

سومبوڠ

تق ڤوچوق داءتس اناو: ساڠت سومبوڠ، ممندڠ رنده كڤد اورڠ.

اورڠ كمڤوڠ رنده ديري،
     نق چوچوق دباتس راناو؛
باتڠ نيبوڠ سوده بردوري،
     تق ڤوچوق داءتس اناو.

Labels:

Tuesday, August 21, 2018

Rumah kebajikan

Kebajikan
     Dunia menyambut  perayaan Aidiladha. Malaysia mestilah mengkaji bilangan dan keadaan rumah kebajikan dalam negara seperti untuk warga emas, anak yatim dan orang kurang upaya.  Berapa yang haram dan apa layanan terhadap penghuni?

رومه كباجيكن دمليسيا

كباجيكن
دنيا مپمبوت ڤراياءن عيدالاءضح. مليسيا مستي مڠكاجي بيلڠن دان كاءداءن رومه كباجيكن دالم نݢارا سڤرتي اونتوق ورݢ امس، انق ياتيم دان اورڠ كورڠ اوڤاي. براڤ يڠ حرام دان اڤ لاينن ترهادڤ ڤڠهوني ؟

Labels:

سلامت عيدالاءضح Selamat Aidiladha

سلامت عيدالاءضح
Selamat Aidiladha

Labels:

Monday, August 20, 2018

Pantun, Sombong.

Sombong

Orang kampung rendah diri,
     Nak cucuk di batas Ranau;
Batang nibung sudah berduri,
     Tak pucuk di atas enau.

Labels:

Kancil dan gajah

Kancil dan gajah

Pertikaian dagang di antara Amerika dan China menjejaskan dunia. Malaysia adalah negara kecil berbanding dengan dua gergasi tersebut. Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah.

Labels:

كنچيل دان ݢاجه

كنچيل
ڤرتيكايان داݢڠ دانتارا اميريكا دان چينا منججسكن دنيا. مليسيا اداله نݢارا كچيل بربنديڠ دڠن دوا ݢرݢاسي ترسبوت. دوا ايكور ݢاجه برجواڠ، ساءيكور كنچيل ماتي ترسڤيت دتڠه.

Labels:

تياد ڤروبهن داسر ترهادڤ چينا

ڤراليهن
دالم زمان ڤراليهن اين، چينا منومڤو ڤرهاتيان كڤد اره بارو ددنيا. تون محصير ممبريتاهي توان رومه دبيجيڠ: "تيدق اد ڤروبهن داسر مليسيا ترهادڤ چينا." ڤرداݢڠن دان ديڤلوماسي تيدق بوليه دڤيسهكن.

Labels:

Tiada perubahan dasar terhadap China

Dalam zaman peralihan ini, China menumpu perhatian kepada arah baru di dunia. Tun Mahathir memberitahu tuan rumah di Beijing, " Tidak ada perubahan dasar Malaysia terhadap China." Perdagangan dan diplomasi tidak boleh dipisahkan.

Labels:

Sunday, August 19, 2018

Sibuk hebuh PERKESO

Sibuk heboh PERKESO.
     Gunakan nombor kad pengenalan untuk masuk ke laman PERKESO, Malaysia, dan catatkan e-mel dan kata laluan. Jalan buntu.

Labels:

سيبوق هيبوه ڤركيسو

ݢوناكن نومبور كاد ڤڠنلن ماسوق كلامن ڤركيسو دان چاتتكن اي-ميل دان كات لالوان. جالن بونتو.

Labels:

ڤنتون، ݢندڠ بربوڽي.

سام سهاج
سيتو جوݢ ݢندڠ بربوڽي: سام سهاج تيدق براوبه.

راماي برحصرت كاءداءن دتوكر،
     تنتو سوك ڤندڠ رزقي؛
سماي متلامت ڤروبهن سكيتر،
     سيتو جوݢ ݢندڠ بربوڽي.

Labels:

Pantun, Gendang Berbunyi.

Gendang Berbunyi.
Situ juga gendang berbunyi: Sama sahaja, tidak berubah.

Ramai berhasrat keadaan ditukar,
     Tentu suka pandang rezeki;
Semai matlamat perubahan sekitar,
     Situ juga gendang berbunyi.

Labels:

Ruang sesuai

Tun Mahathir hendak belajar dari China untuk mencari ruang bagi Kereta Nasional Ketiga, Malaysia.
     Lihat negara Sweden. Ia berjaya menemui setengah  ceruk sesuai dalam dunia perbuatan seperti alat mesin. Akhirnya, kereta Volvo bergabung dengan Geely, China.

Labels:

ساتو رواڠ

كريتا
تون محصير ماهو بلاجر دري چينا اونتوق منچاري رواڠ سسواي باݢي كريتا ناسيونل كتيݢ مليسيا.
     ليهت نݢارا سويدين. اي برجاي داڤت چروق يڠ تڤت سڤرتي دالم ستڠه بيدڠ ڤربواتن دنيا سڤرتي الت ميسين. اخيرڽ، كريتا ۏولۏو برݢابوڠ دڠن ݢيلي، چينا.

Labels:

Menteri Pendidikan Malaysia

Menteri Pendidikan Malaysia bercakap tentang pelaksanaan 41 initiatif untuk sekolah dan universiti. Sila memberitahu rakyat: berapa universiti pentadbirannya berjalan dengan  baik? Bilangan sekolah yang kerusi dan mejanya cukup serta bumbungnya tidak rosak?

Labels:

منتري ڤنديديقن مليسيا

اينيتياتيۏ
منتري ڤنديديقن مليسيا برچاكڤ تنتڠ ڤلقساناءن41 اينيتياتيۏ اونتوق سكوله دان اونيۏرسيتي. سيلا ممبريتاهو رعيت: براڤ اونيۏرسيتي ڤنتدبيرنڽ برجالن دڠن باءيق؟ بيلڠن سكوله يڠ كروسي دان ميجاڽ چوكوڤ سرتا بومبوغڽ تيدق روسق؟

Labels:

Saturday, August 18, 2018

Zaman peralihan moden

Zaman peralihan moden melihat China terlibat dengan projek infrastruktur di banyak negara. Ketika Amerika Syarikat mempunyai lebih'600' pangkalan tentera luar negaranya di dunia, China ada satu.
     Lawatan Tun Mahathir ke China membayang erti yang baru.

Labels:

زمان ڤراليهن

ڤراليهن
زمان ڤراليهن مودن مليهت چينا ترليبت دڠن ڤروجيق اينۏراستروكتور دباپق نݢارا. كتيك اميريكا شريكت ممڤوڽاءي لبيه '600' ڤڠكالن تنترا لوار نݢاراڽ، چينا اد ساتو.
     لاوتن تون محصير ممبايڠ ارتي يڠ بارو.

Labels:

Lawatan ke China

Zaman peralihan moden melihat China terlibat dengan projek infrastruktur di banyak negara. Ketika Amerika Syarikat mempunyai lebih '600' pangkalan tentera luar negaranya di dunia, China ada satu.
     Lawatan Tun Mahathir ada erti yang baru.

Labels:

Kofi Annan berikhtiar

Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan (1938-2018) pernah berikhtiar membawa keamanan kepada dunia. Tetapi, cabaran amat besar. Lima anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu ada pendapat berlainan. Pemimpin negara-negara mengisytiharkan tujuannya. George Bush menceroboh Iraq. Donald Trump membuat tweet untuk menonjol ancaman kuasa Amerika.

Labels:

كوۏي انن براختيار

كوۏي
بكس ستياءوسها اݢوڠ ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو كوۏي انن (1938--2018) براختيار ممباوا كاءمنن كڤد دنيا. تتاڤي، چابرنڽ امت بسر. ليم اهلي تتڤ مجليس كسلامتن بڠسا-بڠسا برساتو اد ڤنداڤت  برلاءينن. ڤميمڤين ستڠه نݢارا مڠاشتهاركن توجوانڽ. جورچ بوسه منچروبوه ايرق. دونلد ترامڤ ممبوات تويت منونجولكن انچامن كواس اميريكا.

Labels:

سوكن اسيا ك-18


سوكن اسيا ك-18دجاكرتا-ڤاليمبڠ برمولا سچارا رسمي هاري اين. ايندونيسيا بلنجا US$2.4 بيليون اونتوق تماشا اين. دڠن ڤولوهن ريبو اهلي كسلامتن، كيت برهارڤ 11،000 اتليت دري 45 نݢارا دان 5000 ڤݢاواي ترسلامت.
     تهنيءه كڤد ڤاسوقن بولاسيڤق مليسيا باوه 23 تاهون يڠ داڤت مڠاتسي كوريا سلاتن 1:2.

Labels:

Sukan Asia Ke-18.

Sukan Asia Ke-18 di Jakarta-Palembang bermula secara rasmi hari ini. Indonesia belanja US$2.4 bilion untuk temasya ini. Dengan puluhan ribu ahli keselamatan, kita berharap 11,000 atlet dari 45 negara dan 5000 pegawai adalah selamat.
     Tahniah kepada pasukan bolasepak bawah 23 tahun kerana mengatasi Korea Selatan 2:1.

Labels:

Friday, August 17, 2018

Sajian makanan (diet)

Kita mesti berhati-hati terhadap kajian. Adakah benar?
     Satu kajian dari Boston  menunjukkan orang yang hendak mengurangkan berat badan guna sajian makanan (diet) dengan kurang karbohidrat yang diganti dengan protein dan lemak binatang. Ini mungkin boleh memendekkan umur.
     Protein dan lemak dari sayur-sayuran, buah-buahan dan kacang adalah lebih baik.

Labels:

ساجيان ماكنن كورڠ كاربوهيدرت

كاجيان
كيت مستي برهاتي-هاتي ترهاده ڤنموان كاجيان. اداكه ايڽ بنر؟
     اورڠ يڠ هندق كورڠكن برت بادن ݢون ساجيان ماكنن خاص (دايت).
ساتو كاجيان دبوستون منونجقءن بهوا ساجيان يڠ كورڠ كابوهيدرت يڠ دݢنتيكن دڠن ڤروتين دان لمق بيناتڠ موڠكين ممينديقءن اوسيا.
     ڤروتين دان لمق دري سايور-سايورن، بواه-بواهن دان كاچڠ اداله لبيه باءيق. 

Labels:

Thursday, August 16, 2018

Pantun, Aretha Franklin.

Aretha Franklin (1942-2018) meninggal dunia pada 16.8.2018. Umur 76.
Penyianyi Amerika terkenal.

Suka bermuzik amalan tinggi,
     Juara hidang molek amat;
Aretha bermuzik deritaan atasi,
     Suara kumandang cantik sangat.

Labels:

ڤنتون، ڤڽاڽي اريطا ۏرنكلين

ڤپابي
اريطا ۏرنكلين (1942-2018) منيڠݢل دنيا ڤد 16.8.18. ڤڽاڽي اميريكا تركنل.

سوك برموزيك عملن تيڠݢي،
     جوارا هيدڠ موليق امت؛
اريطا برموزيك دريتاءن اتسي،
     سوارا كومندڠ چنتيق ساڠت.

Labels:

Projek-projek hijau

Projek-projek hijau seperti 'sungai penuh hidupan' bertujuan mewujudkan Kuala Lumpur sebagai ibu kota hijau. Warga kota tidak tahu apa akan terjadi.

Labels:

ڤروجيك هيجاو ايبو كوتا

هيجاو
ڤروجيك-ڤروجيك هيجاو كوالا لومڤور سڤرتي 'سوڠاي ڤنوه هيدوڤن' برتوجوان ماءوجودكن ايبو كوتا هيجاو. ورݢ كوتا تيدق تاهو اڤ اكن ترجادي.

Labels:

ڤنتون، چوكاي واڠ رعيت


چوكاي ايله واڠ رعيت. جاڠن ساله ݢون.

كراجاءن ݢون واڠ اونتوق تدبيرن،
     چوكاي داتڠ دري بيدڠ ڤلباݢاي؛
كراجاءن جاݢ واڠ اونتوق جيمتن،
     چوكاي ميمڠ دري اورڠ راماي.

Labels:

Wednesday, August 15, 2018

Jerebu dan kepanasan

Ada berapa sebab berlakunya jerebu dan kepanasan di Malaysia. Kita sebutkan hal ini bertahun-tahun termasuk kebakaran hutan dalam dan luar negara dan perubahan iklim. Kerajaan perlu memperuntukkan lebih sumber bagi mengatasi masalah tersebut.

Labels:

جربو دان كڤانسن

جربو
اد براڤ سبب برلاكوڽ جربو دان كڤانسن دمليسيا. كيت سبوتكن حال اين برتاهون-تاهون ترماسوق كباكرن هوتن دالم دان لوار نݢارا. كراجاءن مستيله ممڤراونتوقءن لبيه سومبر اونتوق مڠاتاسي مسءله ترسبوت.

Labels:

Parasit dalam air untuk diminum

Pertubuhan Akademik Dan Persatuan Sains Malaysia memberi amaran tentang parasit dalam air di negara-negara Asia Tenggara.
     Adalah paling penting bagi Malaysia untuk menentukan air di semua negeri selamat diminum.

Labels:

ڤاراسيت دالم اير اونتوق دمينوم

اير
ڤاراسيت دالم اير اونتوق دمينوم.
ڤرتوبوهن اكاديمي دان ڤرساتوان ساءينس اسيا ممبري امارن تنتڠ ڤاراسيت دالم اير دنݢارا-نݢارا اسيا تڠݢارا.
     اداله ڤاليڠ ڤنتيڠ باݢي مليسيا اونتوق مننتوكن اير دسموا نݢري سلامت دمينوم.

Labels:

Pantun, Cukai,Wang Rakyat.

Kerajaan guna wang tadbir(urus) negara,
     Cukai datang  ;
Kerajaan jangan biar salah guna
     Cukai memang wang (duit) rakyat.

Labels:

سيستم عاديل

سيستم عاديل

دنيا ڤوسيڠ ستاكت سنجا،
     عملن كرجا سمبيل براوبه؛
ڤكرجا اسيڠ ممبوات كرجا،
     جاياكن اكتا عاديل مناسبه.

Labels:

Pantun, Pekerja Asing

Pekerja Asing

Dunia pusing setakat senja,
     Amalan kerja sambil berubah
Pekerja asing membuat kerja,
     Jayakan akta adil munasabah.

世界旋转到黄昏,
     工作习惯随着变;
外劳替代工作顺,
     落实公平合理法案。

The world turns until dusk,
     The ways of working are changeable;
Foreign workers take up the task,
     The system must be fair and reasonable.

Labels:

Sistem tunggal untuk pekerja asing

Pekerja asing
Tun Mahathir cakap mengenai sistem tunggal untuk pekerja asing. Perkara pokok pekerja asing menimbulkan ketidakpuasan bertahun-tahun. Amalan buruk seperti eksploitasi merumitkan. Kita perlu sistem adil dan munasabah yang boleh dijayakan.

Labels:

سيستم توڠݢل اونتوق ڤكرجا اسيڠ

ڤكرجا اسيڠ
تون محصير سبوت مڠناءي سيستم توڠݢل اونتوق ڤكرجا اسيڠ. ڤركارا ڤوكوق سڤرتي اين منيمبولكن كتيدقڤواسن رعيت برتاهون-تاهون. عملن بوروق سماچم ايسڤلويتاسي مروميتكن. كيت ڤرلو سيستم يڠ عاديل دان مناسبه يڠ داڤت دجاءياكن.

Labels:

Tuesday, August 14, 2018

Bencana jejambat Genoa, Itali.

Semalam, jejambat jalanraya Genoa, Itali, runtuh. Lebih 26 orang terkorban. Takziah kepada keluarga mangsa. Jejambat tersebut dibina kira-kira 50 tahun lepas dan kononnya diperbaiki dua tahun lalu.

Jejambat lebuhraya Kepong, Malaysia, (MRR2) pernah ada tiangnya retak. Pihaknya mesti memastikan ia adalah selamat.

Labels: ,

بنچان ججمبت ݢنوا، ايتالي.

ججمبت
سمالم، ججمبت جالنراي ݢنوا، ايتالي، رونتوه. لبيه 26 اورڠ ترقربان. تعزيت كڤد كلوارݢ مڠسا. ججمبت ترسبوت دبينا كيرا-كيرا 50 تاهون لڤس دان، كونونڽ، دڤرباءيقي دوا تاهون لالو.
     ججمبت لبوهراي كڤوڠ، مليسيا، ڤرنه اد تياڠ يڠ رتق. ڤيهقڽ مستي ممستيكن اي سلامت.

Labels:

Monday, August 13, 2018

Mungkinkah Jakarta tenggelam

Adakah Jakarta akan tenggelam? Segolongan pakar meramalkan bahawa Jakarta akan karam pada tahun 2050. Nampaknya, 60% daripada 10 juta warga kota mengguna air bawah tanah dan hutan bakau dimusnah.

Benarkah penjagaan alam sekitar Kuala Lumpur cukup berkesan?

Labels:

جاكرتا تڠݢلم

كوتاراي
اداكه جاكرتا اكن تڠݢلم؟ سݢولوڠن ڤاكر مراملكن جاكرتا اكن كارم ڤد تاهون 2050 جك تيدق وجود لڠكه ڤنچݢهن. نمڤقڽ، 60% درڤد 10 جوتا ورݢ كوتا مڠݢون اير باوه تانه دان هوتن باكاو دموسنهکن.
     بنركه ڤنجاݢاءن علام سكيتر كوالا لومڤور چوكوڤ بركسن؟

Labels:

Jabatan Ketua Audit Negara

Langkah-langkah Pencegah Rasuah: Tun Mahathir kata bahawa Jabatan Ketua Audit Negara akan dipindah dari Jabatan Perdana Menteri ke Jawatankuasa Pilihan Parliamen. Adalah perlu bagi memastikan langkah-langkah tersebut sungguh berkesan.

Labels:

جابتن كتوا اوديت نݢارا

ڤنچݢهن
لڠكه-لڠكه ڤنچݢهن راسواه: تون محصير كات جابتن كتوا اوديت نݢارا اكن دڤيندهکن دري جابتن ڤردان منتري كجاوتنكواس ڤيليهن ڤرليمن. اداله ڤرلو باݢي ممستيكن لڠكه-لڠكه ترسبوت سوڠݢوه بركسن.

Labels:

Sunday, August 12, 2018

Sekatan ekonomi

Sekatan.
Trump mengenakan sekatan ke atas berapa negara seperti Iran, Korea Utara, Rusia dan Venezuela. Amerika merintang Cuba selama lebih 50 tahun. Tindakan tarif berterusan. Ini adalah senjata ekonomi.

Labels:

سكاتن ايكونومي

سكاتن.
ترامڤ مڠناكن سكاتن كاءتس براڤ نݢارا سڤرتي ايرن، كوريا اوتارا، روسيا دان ۏينيزولا. اميريكا مرينتڠ كوبا سلام لبيه 50 تاهون. تيندقن تاريۏ برتروسن. اين اداله سنجات ايكونومي.

Labels:

بالس دندم

بالس دندم
ڽاموق ماتي ݢاتل تق لڤس: ماسيه مناروه دندم والاوڤون اورڠ يڠ داڠݢڤ ساله سوده ڤون دحوكوم.

سيڠا ڤندڠ لاون جاتوه سوسه،
     سيبوق كلاهي بطل نق ݢانس؛
اد اورڠ لاون موسوه كاله،
     ڽاموق ماتي ݢاتل تق لڤس.

Labels:

Malaria

Malaria. Ada kira-kira 260 juta pesakit malaria khasnya kanak-kanak berumur bawah lima tahun di dunia. Sekarang, terdapat kelambu yang siratnya diisi tepu dengan racun serangga. Ia boleh mengurangkan jangkitan penyakit malaria.

Labels:

Saturday, August 11, 2018

مالاريا

مالاريا.
اد كيرا-كيرا 260 جوتا ڤساكيت مالاريا خاصڽ كانق-كانق باوه ليم تاهون، ددنيا. سكارڠ، ترداڤت كلمبو يڠ سيرتڽ  دايسي تڤو دڠن راچون سرڠݢ. اي داڤت مڠورڠكن جڠكيتن ڤپاكيت مالاريا.

Labels:

Kecemerlangan

Tun Mahathir sebut tentang sistem pendidikan untuk memupuk kepimpinan masa depan dan ikutan jejak kecemerlangan negara seperti kebudayaan Jepun. Kementerian Pendidikan Jepun mesti membantu murid, guru dan ibu-bapa dengan langkah baru yang dilaksanakan dan memastikan lembaga universiti dapat menjalankan tugas ke arah kecemerlangan.

Labels: ,

كچمرلڠن

كچمرلڠن.
تون محصير سبوت تنتڠ سيستم ڤنديديكن اونتوق مموڤوق كڤيمڤينن ماس دڤن دان ايكوتن ججق كچمرلڠن نݢارا سڤرتي كبوداياءن جڤون. كمنتريان ڤنديديقن مليسيا مستي ممبنتو موريد، ݢورو دان ايبو-باڤ دڠن لڠكه بارو يڠ دلقساناكن دان ممستيكن لمباݢ اونيۏرسيتي بوليه منجالنكن توݢس كاءره كچمرلڠن.

Labels:

Friday, August 10, 2018

ڤركارا ڤوكوق ڤيكا

ڤنتون
مليسيا اداله نݢارا بربيلڠ اݢام.
ڤركارا ڤوكوق ڤيكا

مليسيا هادڤي براڤ اݢام،
     ڤركارا ڤوكوق موده ترسيڠݢوڠ؛
برسديا تاڠني ڤركارا ڤيكا،
     لقسان توكوق لڠكه تراݢوڠ.

Labels:

اونيۏرسيتي عوام مليسيا

اونيۏرسيتي
منتري ڤنديديقن مليسيا مڠمبيل تيندقن ترهادڤ اونيۏرسيتي-اونيۏرسيتي عوام. بوليهكه بليو ممبريتاهو رعيت سام اد لمباݢ اونيۏرسيتي داڤت منجالنكن توݢس؟ باݢايمان بليو سڠݢوڤ ممبنتو اونيۏرسيتي ترسبوت منجاديكن ستندرد يڠ تيڠݢي؟

Labels:

Universiti awam Malaysia

Menteri Pendidikan Malaysia mengambil tindakan terhadap universiti-universiti awam. Bolehkah beliau memberitahu rakyat sama ada lembaga-lembaga universiti boleh menjalankan tugas? Bagaimana beliau dapat membantu universiti tersebut mencapai standard tinggi?

Labels:

Perang Yemen

Perang Yemen. Perang adalah kejam. Ia memusnahkan terliput kanak-kanak. Kita berharap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dapat membawa keamanan kepada Yemen.

Labels:

ڤرڠ كجم


ڤرڠ يمن. ڤرڠ اداله كجم. اي مموسنهكن ترليڤوت كانق-كانق. كيت برهارڤ ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو داڤت ممباوا كاءمنن كڤد يمن.

Labels:

Thursday, August 09, 2018

Elit terlalu banyak kuasa

Ada banyak faktor rasuah. Sultan Perak bertitah mengenai elit yang mempunyai terlalu banyak kuasa sebagai satu faktor. Ke Bawah Duli dan lain orang termasuk Tun Mahathir mendesak supaya dilaksanakan pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang.

Labels:

ايليت ترلالو باپق كواس

ايليت.
اد باڽق ۏكتور راسوه. سلطان ڤيرق برتيته مڠناءي ايليت ممڤوڽاءي ترلالو باڽق كواس سباݢاي ساتو سبب. كباوه دولي دان لاءين اورڠ ترماسوق تون محصير مندسق سوڤاي دلقسانكن ڤميسهن كواس دان كدولتن اوندڠ-اودڠ.

Labels:

Wednesday, August 08, 2018

Udara Matahari 1370 Celsius


Udara Matahari, 1370 darjah Celsius.

Pada 11.8.18, Nasa, Amerika, akan melancarkan kapal angkasa lepas dengan perisai haba. Ia akan terbang ke udara matahari untuk mengkaji iklim angkasa yang mempengaruhi bumi.

Labels:

اودارا ماتاهاري 1370درجه سيلسيوس


اودارا ماتاهاري 1370 درجه سيلسيوس.    ڤد 11.8.2018، ناسا، اميريكا، اكن ملنچركن كاڤل اڠكاس لڤس دڠن ڤريساي هابا اونتوق تربڠ كاءودارا ماتاهاري. كاڤل اين اكن مڠكاجي اقليم اڠكاس يڠ ممڤڠاروهي بومي.

Labels:

Keberangan

Syor mempertimbang untuk menggabungkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia mewujud keberangan ahli-ahli. KWSP menguruskan dana kira-kira RM800 bilion dan PERKESO hampir RM26 bilion. Jika digabung, ada kerumitan undang-undang. Kedua dana tersebut mesti dijaga dengan baik dan utuh.

Labels:

كبيرڠن

دانا
كبيرڠن. شور ممڤرتيمبڠ اونتوق مڠݢابوڠكن ڤرتوبوهن كسلامتن سوسيال دان كومڤولن واڠ سيمڤنن ڤكرجا ماءوجودكن كبيرڠن اهلي-اهلي. KWSP مڠوروسكن دانا كيرا-كيرا RM800 بيليون دانPERKESOM همڤير RM26 بيليون. اد كروميتن اوندڠ-اوندڠ. كدوا كومڤولن واڠ ترسبوت مستي دجاݢ دڠن باءيق دان اوتوه.

Labels:

Tuesday, August 07, 2018

Gempa bumi Lombok

Takziah kepada lebih 100 insan yang terkorban dalam gempa bumi Lombok, Indonesia. Bersimpati dengan nasib kira-kira 80,000 mangsa yang terpaksa dipindah.

Labels:

ݢمڤا بومي لومبوق

بنچان
ݢمڤا بومي لومبوق كدوا. تعزيت كڤد كلواݢ لبيه 100 انسن يڠ ترقربان. برسيمڤاتي دڠن ناصيب كيرا-كيرا 80،000 مڠسا يڠ ترڤقسا دڤيندهکن.

Labels:

2380 murid dengan HFMD

Kementerian Pendidikan Malaysia berkata sehingga 5.8.18, seramai 2380 murid dalam negara dijankiti penyakit tangan, kaki dan mulut: demam, ulser mulut, bintik-bintik kaki dan tangan. Semua pihak seperti ibu-bapa dan sekolah mesti menambah usaha untuk mencegah ketularan virus ini.

Labels:

2380 ڤساكيت تاڠن-مناڠن كاكي دان مولوت

كمنتريان ڤنديديقن مليسيا بركات سهيڠݢ 5.8.18، 2380 موريد دجڠكيتي ڤپاكيت تاڠن، كاكي دان مولوت: دمم، اولسر مولوت دان بينتيق-بينتيق تاڠن دان كاكي. سموا ڤيهق سڤرتي ايبو-باڤ دان سكوله مستي منمبه اوسها اونتوق منچݢه كتولرن ۏيروس اين.

Labels:

Monday, August 06, 2018

Perang dagang Amerika China

Adakah perang dagang besar Amerika dan China baik atau buruk? Tun Mahathir kata bagus untuk Malaysia. Orang lain berasa tidak. Perang dagang hebat menjejaskan banyak orang.

Labels:

ڤرڠ داݢڠ بسر اميريكا دان چينا

ڤرڠ داݢڠ
اداكه ڤرڠ داݢڠ بسر اميريكا دان چينا  باءيق اتاو بوروق؟ تون محصير كات باݢوس اونتوق مليسيا. لاءين اورڠ براس تيدق. ڤرڠ داݢڠ هيبت اداله بوروق باݢي باڽق اورڠ.

Labels:

ڤنتون، اير برڤرچيقن.

تمڤياس. ڤركارا ڤوكوق اير سلاڠور اداله سوليت. كراجاءن نݢري مناور RM2.55 بيليون اونتوق مڠمبيل اليه شريكت ڤڠلوار اير سوڠاي سلاڠور. اڤاكه اقيبت؟

بربيليون ماءنسي ڤرلوكن اير،
     اداله ببن هيدوڤن مشاركت؛
بربيليون دبلنجا اوروسكن اير،
     اداكه سمبورن ڤنتيڠكن رعيت؟

Labels:

Sunday, August 05, 2018

Pusat jagaan usia emas

Penjagaan usia emas adalah rumit. Pada tempoh hari,penjaga Pusat Kebaikan, Klebang Besar, Melaka, membiarkan 35 penghuni. Jabatan Kebajikan cuba membuat sesuatu. Pusat-pusat seperti ini memerlukan pemantauan yang berkesan.

Labels:

ڤوست جاݢاءن ورݢ امس

ڤنجاݢاءن اوسيا امس اداله روميت. ڤد تيمڤوه هاري، ڤنجاݢ ڤوست كباجيكن اوسيا امس كلبڠ بسر، ملاݢڠ، ممبياركن 35 ڤڠهوني. جابتن كباجيكن چوبا ممبوات سسواتو. سلاءين براڤ ڤوست يڠ باءيق، ڤوست-ڤوست سڤرتي اين ڤرلو ڤمنتاوءن يڠ بركسن.

Labels:

Kejohanan Badminton Dunia

Kejohanan Badminton Dunia, Nanjing.
Lee Chong Wei tidak hadir di Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing kerana sakit. Tetapi, pemain lelaki Daren Liu berikhtiar sehingga meraih pingat gangsa dunia. Tahniah.

Labels:

Kejohanan Badminton Dunia, Nanjing

Badminton Dunia, Nanjing.
Pada peringkat akhir perseorangan lelaki, Momota menewas Shi yuqi 21:11, 21:17. Selepas diharam lebih satu tahun kerana memasuk Casino, Momota berazam dengan kekuatan mental dan fizikal serta keyakinan diri yang dahsyat. Shi yuqi berumur 22 tahun, johan All-England, mempunyai kemahiran dan disiplin mental dan fizikal, tetapi perlu lebih pengalaman. Beliau akan muncul sebagai pemain yang hebat.

Labels:

Kejohanan Badminton Dunia, Nanjing.

Kejohanan Badminton Dunia, Nanjing.
Marin, Spanyol, mengatasi Sindhu, India,21:19, 21:10 pada peringkat akhir. Disiplin fizikal dan mental serta keyakinan diri yang sangat ketara membolehkan Marin menjadi juara dunia kali ke-3.

Labels:

كجوهنن بيدمينتون دنيا، ننجيڠ.

كجوهنن
لي چوڠ وي تيدق حاضير دكجوهنن دنيا كران ساكيت. تتاڤي دارين ليو بنر-بنر براختيار دان منداڤت ڤيڠت ݢڠسا للاكي.تهنيءه.

Labels:

ڤرتنديڠن اخير بيدمينتون دنيا ننجيڠ

كجوهنن
موموتا، جڤون، منيوس شي يو چي، چينا، 17:21،11:21. سلڤس دحرام كران ماسوق كاسينو، موموتا سوڠݢوه برعزام دڠن ككواتن منتل، ۏيزيكل دان كاءياكينن ديري. شي يو چي برعمور 22 تاهون ممڤوڽاءي كماهيرن دان ككواتن بادن تتاڤي ممرلوكن ڤڠالامن. شي، جوهن اول ايڠلند، اكن مونچول سباݢاي ڤماءين هيبت. 

Labels:

كجوهانن بيدمءنتون دنيا

كجوهنن
ڤرتنديڠن اخير بيدمينتون دنيا دننجيڠ مليهت ڤماءين وانيتا سڤاپول، مارين، مڠاتسي سيندو دري اينديا 10:21،19:21. مارين يڠ اد ديسيڤلين منتل دان ۏيزيكل سرتا كياكينن ديري يڠ كوات مونچول سباݢاي جوارا دنيا كالي ك-3.

Labels:

Saturday, August 04, 2018

Lebih tujuh juta ahli KWSP

Lebih tujuh juta ahli KWSP.
Tunku Alizakri Alias dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang ada harta pelaburan kira-kira RM600 bilion. Kita berharap beliau berikhtiar bagi menjaga ahli yang menghadapi masalah pergolakan masyarakat. Mereka mempercayai bahawa pentadbiran Kumpulan Wang itu adalah baik dan utuh.

Labels:

لبيه توجوه جوتا اهلي KWSP


لبيه توجوه جوتا اهلي KWSP.
سكارڠ، تونكو عليزكري الياس دلنتيق سباݢاي كتوا ڤݢاواي ايكسيكوتيۏ كومڤولن واڠ سيمڤانن ڤكرجا يڠ اد هرتا ڤلابورن كيرا-كيرا RM600 بيليون. كيت برهارڤ بليو براختيار باݢي منجاݢ لبيه توجوه جوتا اهلي يڠ مڠهادڤي مسءله ڤرݢولقن مشاركت. مريك ممڤرچايءي بهوا ڤنتدبيرن كومڤولن واڠ ترسبوت اداله باءيق دان اوتوه.

Labels:

Pantun, Air Berpercikan

Tempias.
Perkara pokok air Selangor adalah sulit. Anak syarikat Kerajaan Negeri, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd dengan harga RM2.55 bilion. Air berpercikan. Kita berharap persemburan ini sungguh-sungguh mementingkan rakyat.

Berbilion manusia memerlukan air,
     Adalah beban hidupan masyarakat;
Berbilion dibelanja uruskan air,
     Adakah semburan pentingkan rakyat?

Labels:

Friday, August 03, 2018

Air Berpercikan

Air Berpercikan.
Perkara pokok air Selangor adalah sulit. Syarikat Kerajaan Negeri, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd dengan harga RM2.55 bilion. Air berpercikan. Kita berharap persemburan ini sungguh-sungguh mementingkan rakyat.

Labels:

اير برڤرچيقن

اير برڤرچيقن.
ڤركارا ڤوكوق اير سلاڠور اداله سوليت. شريكت كراجاءن نݢري، ڤڠوروسن اير سلاڠور سنديرين برحد، مڠمبيل اليه شريكت ڤڠلوار اير سوڠاي سلاڠور سنديريان برحد دڠن هرݢ RM2.55 بيليون. اير برڤرچيقن (SPLASH). كيت برهارڤ ڤرسمبورن اين سوڠݢوه-سوڠݢوه ممنتيڠكن رعيت.

Labels:

Pantun, Raksasa kini

Raksasa kini terdiri daripada media sosial, internet, dunia maya dan kecerdasan buatan. Ada yang baik dan buruk. Manusia ketagih.

Raksasa jadi dunia berubah,
     Manusia berpegang kepada robot;
Raksasa kini sedia bercambah,
     Manusia merintang benda merosot.

Labels: ,

رقساس كيني

رقساس كيني اداله ترديري درڤد ميديا سوسيال، اينترنيت، دنيا ماي دان كچردسن بواتن. اد يڠ باءيق دان بوروق. ماءنسي كتاݢيهن.

رقساس جادي دنيا براوبه،
     ماءنسي برڤݢڠ كڤد روبوت؛
رقساس كيني سديا برچمبه،
     ماءنسي مرينتڠ بندا مروسوت.

Labels:

Thursday, August 02, 2018

Pengerusi baharu Petronas

Petronas new Chairman:
Kerajaan Malaysia melantikkan Datuk Ahmad Nizam Salleh sebagai Pengerusi baharu Petronas yang ada harta lebih US$148 bilion.  Rakyat berharap beliau memastikan wang syarikat itu tidak disalahguna.

Labels:

ڤڠروسي ڤيترونس

ڤيترونس بهارو ڤيترونس:
كراجاءن مليسيا ملنتيق داتوء احمد نيزم صالح سباݢاي ڤڠروسي بهارو ڤيترونس يڠ اد هرتا لبيه US$148 بيليون. رعيت برهارڤ بليو ممستيكن واڠ شريكت ايت تيدق دسالهݢون.

Labels:

Wednesday, August 01, 2018

ڤنيڤوان 'ماكاو'


ڤنيڤوان 'ماكاو' تروس برلاكو. منوروت كتوا ڤوليس كوالا لومڤور داتوق مزلن، دري جنواري هيڠݢ جون تاهون اين اد 447 كيس دڠن كروݢيان RM14.7 جوتا، بربنديڠ دڠن 197 كيس دان كروݢيان RM10 جوتا تاهون لڤس.
     ڤارا ڤنجاهت دري دالم دان لوار مليسيا مملسوكن نام جابتن سڤرتي سوروهنجاي ڤنچݢهن راسواه دان بڠك نݢارا اونتوق منيليۏون مڠسا. جاڠن ڤرچاي كڤد ڤڠݢيلن تيدق بنر.

Labels:

Penipuan 'Macau'

Penipuan 'Macau' terus berlaku. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan, dari Januari hingga Jun tahun ini, ada 447 kes dengan kerugian RM14.7 juta, berbanding dengan 197 kes dan kehilangan RM10 juta tahun lepas.

Para penjahat dari dalam dan luar Malaysia memalsukan nama jabatan seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah dan Bank Negara  untuk menelefon mangsa. Jangan percaya.

Labels: