Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, December 30, 2012

Peguam Negara & saman AES

Kemalangan lalulintas berlaku dengan kerap kali di Malaysia. Ada lebih 6,000 orang terkorban setiap tahun. Semua pihak mestilah berusaha untuk mengurangkan kemalangan ini. Baru-baru ini, Kementerian Pengangkutan melaksanakan Sistem Eksekutif Automatik (AES). Ini menimbulkan kontroversi.

Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa kes kesalahan AES tidak dihadapkan ke mahkamah. Orang ramai masih menerima saman AES. Oleh itu, Peguam Negara mestilah menerangkan terhadap kes seumpama ini untuk kepentingan rakyat.

Thursday, December 27, 2012

Bantuan untuk mangsa banjir yang tulen di Malaysia

Bantuan untuk mangsa banjir yang tulen di Malaysia

Setakat ini, terdapat lebih 15,000 mangsa banjir yang telah dipindahkan di Kelantan, Terengganu & Pahang. YAB Tan Sri Muhyiddin mengumumkan RM500 bantuan kepada setiap rumah yang terlibat. Majlis Keselamatan Nasional mengenalpastikan mangsa yang tulen dan memastikan pelbagai bantuan samai ke sasaran.





Wednesday, December 26, 2012

YAB Muhyiddin & guru Bahasa Inggeris

Pada tempoh hari, langkah YAB Muhyiddin mengambil 74 orang guru Amerika untuk mengajar Bahasa Inggeris loghat Amerika & syor untuk menjemput guru dari India untuk mengajar Bahasa Inggeris loghat India menimbulkan kebimbangan. Kita memerlukan guru baik untuk mengajar matapelajaran ini. Menteri Pelajaran mestilah memberitahu keadaan sebenar kekurangan guru-guru ini dan langkah penyelesaian yang praktikal.

Terdapat kira-kira 400,000 guru di Malaysia. Ada yang berdedikasi. Ada yang kurang. Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan Pengajaran dan Pembelajaran Sians dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah adanya guru yang tidak mampu menggunakan Bahasa Inggeris untuk mengajar mata-mata pelajaran itu.



Sunday, December 23, 2012

Dana haram

Orang ramai terus memberi perhatian kepada dana-dana haram yang diambil keluar dari Malaysia. Misalnya, satu anggaran menunjukkan pada 2009, RM90 billion wang haram telah hilang dari negara ini. Pada 2010, ia meningkat kepada RM196 bilion. Kerajaan Pusat masih tidak mengumumkan keadaan yang sebenarnya serta langkah-langkah berkesan yang diambil untuk memberhentikan kegiatan-kegiatan ini.

Selamat Hari Krismas.

Selamat Hari Krismas.

Friday, December 21, 2012

Ketelusan projek MRT

MRT Corp mengatakan bahawa kos projek MRT Sungai Buloh-Kajang tidak akan lebih dari RM23 bil. Kerajaan Pusat mestilah memberitahu rakyat dari awal lagi, misalnya bilangan kontraktor MRT yang terkenal di dunia yang mengemukakan tender dan pilihan yang muktamadnya Gamuda. Apakah kriteria untuk memilih kontraktor utama? Semua matlumat ini adalah perlu untuk mengatasi syak wasangka mengenai kekurangan ketelusan.

Non-corrupted candidates

Discussion and Anti-Corruption Panel proposes the compulsory submission of the list of candidates by political parties in the 13th General Elections (GE) to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). If this can be seen to be done with fairness & reasonableness & MACC is not partisan, it can be considered. Some candidates are selected at the last moment. This must be taken into consideration. The voters must have confidence in all the processes of GE including the Election Commission (EC) being seen to be clean.

Saturday, December 15, 2012

Kongres Nasional DAP

Hari ini, Kongres Nasional DAP di Pulau Pinang membangkitkan semangat parti dan menggembeleng tenaga di seluruh negara untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 bersama-sama dengan PAS dan PKR. Kita berikhtiar. PR membentangkan dasar-dasar di semua bidang berbanding dengan dasar-dasar BN. Misalnya, PR akan cuba mewujudkan belanjawan kebangsaan yang seimbang sambil mengurangkan hutang negara. Selain dari Bahasa Kebangsaan, PR mempercayai kepada dasar berbilang bahasa. PR menentang rasuah.

Semoga para pengundi Malaysia akan memberi sokongan yang sepenuhnya kepada PR untuk menuju ke Putrajaya.

Wednesday, December 12, 2012

Kongres Nasional DAP 15 & 16 Disember, 2012.

Kongres Nasional DAP pada 15 & 16.12.12 di Pulau Pinang adalah untuk mewujudkan suasana bersemangat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13. Ini adalah termasuk usaha menggalakkan perpaduan dan menggembleng tenaga di seluruh nagara. Lemah melapis condong menopang.


Adalah diharapkan bahawa para pemimpin yang dipilih terdiri daripada yang muda, yang pertengahan umur dan yang veteran. Hanya dengan kombinasi ini akan kita memastikan timbulnya golongan yang dinamik dan yang bijaksana. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Tuduhan rasis adalah berdasawarsa. Cuba lihatlah apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di dalam pelbagai projek yang berteraskan kepada konsep berbilang kaum.

Walaupun masih ada golongan yang menimbulkan soal-soal perkauman, para pengundi semakin sedar mengenai betapa pentingnya kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum.





Tuesday, December 11, 2012

Pentadbiran Iskandar yang bersih dan efisien

PM YAB Najib mempercayai bahawa prestasi pelaburan di Iskandar Malaysia, Johor, adalah lebih dari ekspektasi tahun ini seperti RM20 bilion pelaburan yang dikomited 11 bulan tahun ini, dengan jumlahnya pelaburan komited RM105 bilion. Kita berharap komitmen ini dapat ditunaikan. PM mestilah melihat setakat mana pentadbiran Iskandar adalah bersih dan efisien. Kekurangan birokrasi dan rasuah adalah faktor-faktor penting untuk menarik pelaburan.

Semoga perincian eksport sisa Lynas diumumkan

Hari ini, empat menteri mengeluarkan kenyataan bersama mengenai pengeksportan produk sisa Lynas kepada negara lain. Mereka tidak menerangkan peruntukan undang-undang antarabangsa tentang sisa seperti ini. Kita hendak mengetahui cara sisa radioaktif dieksport kepada negara lain dan bagaimana sisa Lynas boleh diproses untuk eksport. Setelah mengeksport bijih nadi bumi ke Kuantan, Kerajaan Australia tidak pernah mengatakan ia akan mengambil balik sisanya.

Sunday, December 09, 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat PR, terpaksa pindah tempat

Himpunan Kebangkitan Rakyat telah djadualkan untuk mengadakan di tanah lapang di sebelah Masjid Negeri Melaka pada 8 Disember, 2012. Tetapi selepas kawasan itu dibersihkan oleh Pakatan Rakyat pada saat yang terakhir, tuanpunya tanah menarik balik kebernarannya. Kemudian, saya diberitahu UMNO-BN menganjurkan rapat umum di situ. PR terpaksa pindahkan perhimpunan ke halaman ibu pejabat DAP di Melaka:beribu-ribu rakyat datang ke situ untuk mengetahui dasar PR berbanding dengan dasar UMNO-BN.

Memperbaiki Imej Malaysia

Adalah benar bahawa para pelabur melihat imej sesebuah negara. Indeks Persepsi Korupsi Malaysia ialah 54, berbanding dengan  3 untuk Singapura. Maka, terlintas dalam pertimbangan mereka adalah Malaysia mestilah berusaha dengan lebih untuk memperbaiki imejnya. Hong Kong telah berjaya melalui ICACnya. Begitu juga dengan Australia.

Friday, December 07, 2012

Usaha untuk mentransformasikan Malaysia

PM YAB Najib hendak menepati apa yang dijanjikan selepas pilihan raya akan datang. Ini adalah termasuk pelbagai aspek misalnya transformasi ekonomi, perkhidmatan awam berkesan, ketelusan, pembasmian rasuah dan penarikan bakat. Terdapat banyak kecurangan, keangkuhan pentadbir, ketirisan dan kelemahan-kelemahan yang lain. Orang ramai mahu mengetahui setakat mana YAB Najib boleh mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara yang benar-benar maju.

MOU mesti termasuk SPR yang bersih

Ada orang hendak memoradum persefahaman (MOU) untuk calon.Jika ada MOU calon untuk pilihan raya, ia mesti meliputi kebersihan SPR, perbelanjaan mengikut undang-undang & perangai para calon & pengikutnya yang teratur dan budi pekerti.

Tuesday, December 04, 2012

Bagaimana SPAD memantau kenderaan berat?



 Bagaimana SPAD memantau kenderaan berat?

Menurut Jabatan Perdana Menteri, dari Januari 2011 hingga November, 2012, SIstem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Malaysia telah melaksanakan 64 operasi terhadap kenderaan berat di Semenanjung, meliputi pemeriksaan 4,141 kenderaan dan 837 kes telah direkod. SPAD, Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengambil tindakan yang berkesan terhadap para pemilik kenderaan berat yang melanggar undang-undang, termasuk lori-lori beroda 10 yang mengangkut pasir dan tanah di kawasan kediaman dan luar bandar. Kenderaan berat yang tidak menurut peraturan menjejaskan orang ramai terutamanya dengan berlakunya kemalangan, kecederaan dan kematian. Rakyat mempunyai syak wasangka tentang sikap dan tindakan pihak berkuasa terhadap para pemilik kenderaan berat yang melanggar peraturan.   

Bagaimana SPAD memantau kenderaan berat?



 Bagaimana SPAD memantau kenderaan berat?

Menurut Jabatan Perdana Menteri, dari Januari 2011 hingga November, 2012, SIstem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Malaysia telah melaksanakan 64 operasi terhadap kenderaan berat di Semenanjung, meliputi pemeriksaan 4,141 kenderaan dan 837 kes telah direkod. SPAD, Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengambil tindakan yang berkesan terhadap para pemilik kenderaan berat yang melanggar undang-undang, termasuk lori-lori beroda 10 yang mengangkut pasir dan tanah di kawasan kediaman dan luar bandar. Kenderaan berat yang tidak menurut peraturan menjejaskan orang ramai terutamanya dengan berlakunya kemalangan, kecederaan dan kematian. Rakyat mempunyai syak wasangka tentang sikap dan tindakan pihak berkuasa terhadap para pemilik kenderaan berat yang melanggar peraturan.   

Sunday, December 02, 2012

Makna Pusat Serenti (OSC)

Pada 1.8.2005, Kerajaan mewujudkan Pusat Serenti (OSC) untuk pekerja asing dengan izin (PADI). Miskipun masalah perkerja asing didapati di banyak negara, ianya adalah serius di Malaysia. Terdapat ramai pekerja asing tanpa izin (PATI); tahun ini Kementerian Dalam Negeri melancarkan Proses Pemutihan untuk PATI. Agensi lain termasuk Kementerian Sumber Manusia adalah terlibat. Ada syak wasangka di kalangan rakyat mengenai kekurangan kesan OSC dan tindakan Kementerian Dalam Negeri.

Percakapan mengenai transformasi perkhidmatan awam

Kerajaan berkata adanya 1.46 juta kakitangannya untuk 28.62 juta penduduk Malaysia. Jabatan PM menekankan bahawa ia sentiasa berusaha untuk menrasionalisasikan saiz & efisiensi perkhidmatan. Setakat ini, tanda-tanda penambahbaikan adalah tidak ketara. Kita memerlukan tindakan berkesan untuk mengurangkan birokrasi.

Saturday, December 01, 2012

Kilang Nadi Bumi Lynas Mula Beroperasi


Semalam, Lynas mula beroperasi. Pengurusnya menegaskan bahawa sisa kilang akan dijual dan tidak akan disimpan di Malaysia. Meurutnya, kilang ini tidak akan menjejaskan kesihatan para penduduk. Orang ramai memang berperihatin. Australia membenarkan bijih nadi bumi dieksport ke Kuantan. Tetapi, rakyat Malaysia hendak mengetahui bilangan kilang seperti Lynas di Australia serta cara membuangkan sisanya. Setakat ini, maklumat ini tidak boleh didapati.

Para pengundi akan pilih

Dalam pilihan raya umum akan datang, rakyat Malaysia akan memilih PR atau BN, berdasarkan kepada dasar masing-masing dalam semua sektor. Para pengundi akan memutuskan sama ada memberi Umno-BN majoriti dua per tiga dan empat negeri yang ditadbir oleh PR seperti yang disarankan oleh perhimpunan Umno yang riuh rendah. Selepas 55 tahun, rakyat membuka mata untuk melihat rekod-rekod termasuk kecurangan, rasuah, birokrasi dan ketirisan. Meskipun, YAB Najib dipanggil Bapa Transformasi, para pengundi mengetahui sama ada sistem Umno-BN yang lapuk boleh ditransformasikan.