Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, July 21, 2010

Pengurusan pangsapuri dengan para penghuni

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menekankan bahawa Kerajaan mestilah memantau keadaan pengurusan pangsapuri awam dan swasta untuk memastikan para penghuni tidak hidup dalam suasana yang teruk.

Dr Tan akan membangkitkan perkara ini ketika berdialog dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur petang ini. Misalnya, pangsapuri kos rendah di Metro Prima Batu 7 Kepong sedang menghadapi kesusahan. Adalah dikatakan 40% tidak membayar bil air. Tetapi, bila pihak yang berkenaan memotong air, 60% yang bayar juga menghadapi masalah air. Pelbagai masalah seperti sampah, lif, sambungan unit dan pengkhianatan timbul.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) haruslah mengambil tindakan jika didapati pengurusannya tidak berkesan.

Bandaraya-bandaraya di seluruh Malaysia melihat permasalahan pengsapuri yang sama, terutamanya di Kuala Lumpur. Menurut DBKL, pada 2004 terdapat 129,000 setinggan di 220 kawasan. Kerajaan telah membuat beberapa pengumuman untuk menghapuskan kawasan setinggan termasuk pada 2005. Matlamatnya belum tercapai. Sesetengah setinggan ditempatkan di rumah panjang untuk sementara sahaja, yang menjadi selama-lamanya. Kerajaan membina pangsapuri. Sejak 2001, Program Perumahan Rakyat (PPR) dibina dengan subsidi. Kadar sewanya RM124 seunit. Permintaannya tinggi.

Pihak swasta berkecimpung di dalam pembangunan kawasan-kawasan setinggan. Salah satu syaratnya ialah mendirikan pangsapuri untuk setinggan. Syarikat swasta enggan mengadakan pangsapuri kos rendah kerana seunit dijualkan hanya RM30,000-40,000. Ada yang mewujudkan pangsapuri seumpama di Metro Prima tersebut. Tetapi, pengurusannya kurang memuaskan. Sesetengah penghuni tidak bekerjasama.

Walaupun pengurusan PPR boleh dipertingkatkan lagi, ia adalah lebih baik dari sesetengah pangsapuri swasta. Meskipun disebutkan swasta, DBKL terlibat juga.

Dr Tan Seng Giaw

Monday, July 05, 2010

Rancangan konkrit untuk menjadikan SPRM benar-benar bebas

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya orang Malaysia di dalam dan luar negara menumpukan visi dan fokus terhadap ekspektasi rakyat yang sedang meningkat, persepsi, pengurusan dan pentadbiran baru. Kita menumpu perhatian kepada hakikat dan pilihan (opsyen).

Dr Tan beucap di seminar untuk melancarkan Kawan-Kawan Pakatan Rakyat(PR)pada
4.7.2010 di Conway Hall, 25 Red Lion Square, Holborn, London WC1R 4RL kepada kira-kira 350 orang pelbagai kaum diaspora Malaysia. Seminar dari 11 pagi hingga 5 petang ini adalah dianjurkan oleh Jawatankuasa Sementara yang diketuai Brian Morais. friendsofpakatanrakyat@gmail.com http://fprlaunch.eventbrite.com

Para penceramah adalah terdiri dari Raja Petra Kamarudin, Zaid Ibrahim (Keadilan), YB Nurul Izzah (Keadilan), YB Dr Hatta (Pas), YB Kamaruddin (Pas).

Ekspektasi sedang meningkat di kalangan orang Malaysia, bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di diaspora seperti di London dengan visi yang baru. Di Pilihanraya Umum pada 8.3.2008 PR telah menjadi Kerajaan di lima negeri. Di Pilihanraya Umum akan datang adakah Kerajaan Pusat Barisan Nasional(BN) akan diambil alih oleh Kerajaan Pusat PR? Ini akan berlaku. Masa sahaja akan menentukannya.

Negara ini telah merdeka 53 tahun. Ada banyak perubahan. Misalnya, terdapat pembangunan prasarana dan fizikal serta lebih ramai orang terdidik dan terdedah kepada dunia. Yang terjadinya, berapakah yang baik dan berapakah yang buruk?

Kuasa itu merasuah. Kuasa yang mutlak merasuah dengan mutlak (Power corrupts. Absolute power corrupts absolutely--Lord Acton). Rakyat menyedar tentang penyelewengan semacam rasuah, birokrasi yang teruk,politik wang (politih),dan kekurangan ketelusan dan akauntabiliti. BN bergantung kepada politik wang dan rangkaiannya. Misalnya, ketua bahagian Umno memerlukan beratus ribu ringgit untuk menyelenggara kegiatan partinya. Dari mana dan bagaimana beliau memperolehi wang ini? Berapakah seseorang calon bahagian, negeri dan kebangsaan belanja? Apakah yang dibelanja sebagai calon BN untuk dewan undangan negeri dan parlimen semasa pilihanraya umum?

Berbanding dengan negara yang lebih maju, apakah tahap birokrasi dan prestasi 1.2 juta kakitangan kerajaan?

The end of all our exploring
Will be to arrive where we started
And know the place for the first time. T. S. Eliot

Ada nasi di balik kerak.

Setelah mengenang balik ke tapak permuaan pada 1957, kami hendak melihat kepimpinan berintegriti, bersih dan cekap.

Seorang menteri merupakan ketua eksekutif (CEO) sesebuah syarikat korporat. Beliau patut menerima gaji yang cocok dengan seorang CEO. Gaji mestilah munasabah, selari dengan masakini. Jika kami kira gaji CEO katakan 50 buah syarikat korporat dan menghitung gaji puratanya, maka seorang menteri dan pegawai yang kanan harus mendapat kadar gaji itu. Sekiranya beliau bersabit dengan rasuah, beliau dihadapkan ke mahkamah tanpa ketakutan atau pilih kasih.

Sekiranya, masa pejabat adalah 8 pagi hingga 5 petang, seorang menteri atau pegawai kanan mestilah berada di pejabat sebelum dan selepas masa itu. Kemudahan-kemudahan yang diberi haruslah munasabah, bukan keterlaluan.

Kepimpinan PR mestilah melalui teladan. Bagi yang menyeleweng, akibatnya padah.

SPRM benar-benar bebas

Ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri, Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)telah diluluskan di Dewan Rakyat. Ini adalah langkah ke arah yang betul. Tetapi, menurut Perlembagaan Persekutuan, SPRM wajib mengemukakan kes-kes yang disiasatkan kepada Peguam Negara untuk tindakan mahkamah.

Misalnya, kira-kira 10 tahun yang lepas, Projek Jejambat Kepong (Middle Ring Road 2, MRR2)dengan 21 tiang dan berharga lebih RM200 juta telah dilaksanakan. Sesetengah tiang retak dengan teruk. Rm60 juta dibelanja untuk memperbaikinya. SPRM atau sebelum ini Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat kontraktor projek. Bila yang terlibat berada di mahkamah, Peguam Negara memerintah bahawa kes ini ditangguh. Bilakah kontraktor ini akan dihadap ke mahkamah?

SPRM telah ditubuhkan menurut contoh=contoh seumpama ICAC (Independent Commission Agiainst Corruption), Hong Kong (HK). Pada 2009, bajet ICAC adalah RM328.3 million, 0.34% dari bajet operasi HK sebanyak RM95.9 billion. Sebaliknya, pada 2010, SPRM memohon bajet RM324.1 million. 51.61% dipotong. Yang diperolehi ialah RM156.8 juta atau 0.08% dari bajet operasi negara RM191 bilion.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, SPRM dirancang menambah pegawainya 5,000 orang atau 1,000 setahun. Kini, ia terpaksa memain dengan rombakan 53 jawatan baru.

Biasanya, Peguam Negara HK mendakwakan kes-kes yang dikemukakan oleh ICAC, Tetapi, Peguam Negara Malaysia mempunyai cara yang berlainan. Bagi membolehkan SPRM mempunyai hak mendakwa kes-kes yang disyaki, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda. Ia berkehendakkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Kita perlu SPRM yang betul-betul bebas. Satu caranya, ialah menjadikan SPRM hanya bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat sahaja.

Pembohongan dan mitos

For the great enemy of the truth is very often not the lie--deliberate, contrived and dishonest--but the myth: persistent, persuasive and unrealistic. John F. Kennedy.

Siapa cerdik tinggi nilai,
Siapa calak menang berhitung.

BN sudah mengemukakan beberapa pembohongan dan mitos untuk bertahun-tahun, seperti 'Hanya BN boleh memerintah','Peristiwa 13 Mei akan berulang' dan 'Hanya Umno untuk Orang Melayu'. Rakyat menyedari dan menginsafi akan hakikat dan kenyataan. Mereka sedang menyaksikan Kerajaan-Kerajaan PR di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor serta pencerobohan Kerajaan PR oleh BN melalui politik wang di Perak.

Terdapat banyak perubahan di negara. Lebih ramai orang Melayu (dan kaum-kaum lain)terdidik dan terdedah. Tetapi, amalan patronage dan kronyisme Umno menguntungkan segelintir sahaja. Contohnya, di manakah perginya kebanyakan wang dari pembelian kapal selam?

Kita wajib melaksanakan dasar merit dan keperluan tanpa mengira kaum atau agama. Kalau kita tidak mengira keperluan Orang Asli, di mana akan mereka pergi?

Rancangan konkrit untuk semua sektor

PR haruskah merangka rancangan konkrit untuk semua sektor, termasuk sektor awam, ekonomi,pendidikan, pembasmian kemiskinan dan kesihatan. Di dlam 20 minit ini, saya cuma menyentuh Projek Pengajaran Sains dan Matematik dengan Inggeris). Sambil memastikan Baahasa Malaysia diajarkan dengan berkesan di semua sekolah (layanan yang munasabah kepada sekolah China dan Tamil), Malaysia tidak sepatutnya mengenepikan bahasa Inggeris. Yang telah dilakukan oleh Kerajaan bertahun-tahun adalah tidak betul. Untuk menaikkan semula standard Inggeris, kita mestilah menggunakan cara-cara yang praktikal.

Seperti mata-mata pelajaran yang lain, kita memerlukan guru yang baik atau kompeten untuk mengajar sains dan matematik. Ada guru yang baik dan berdedikasi. Ada juga yang kurang baik di kalangan 386,000 guru di Malaysia. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyetujui bahawa ada kualiti sesetengah guru yang rendah. Beliau mempercayai kepada kursus-kursus untuk mempertingkatkan kualiti guru. Apakah keberkesanan kursus-kursus seumpama ini?

Ada yang memilih profesyen perguruan sebagai pilihan yang terakhir. Minatnya adalah dalam profesyen lain.

Dari 2003 hingga 2009, Kementerian Pelajaran melaksanakan PPSMI dengan perbelanjaan lebih RM 5 bilion. Projek ini adalah tidak berjaya. (Setiap tahun Malaysia memperbelanjakan 24% dari bajet kebangsaan RM191 bilion, dari pra-sekolah kepada universiti dan pendidikan sepanjang hayat. Tradisi ini mestilah dikekalkan. Yang pentingnya, wang ini wajib digunakan dengan berkesan, tanpa pembaziran.)

Dr Tan Seng Giaw