Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, February 27, 2013

Era baru untuk perubahan

Hari ini, perasmian Markas Negeri DAP, Johor, di Iskandar, Johor Baru, mencatatkan era baru untuk perubahan. Rakyat hendak perubahan. DAP bersama-sama dengan PAS dan PKR mara ke hadapan dengan jalan yang penuh dengan cabaran.

Tuesday, February 26, 2013

Dapat ruang di pasaran kereta dunia

Dapat ruang di pasaran kereta dunia

Laporan media menyatakan Proton Preve menerima hadiah tertinggi dari Program Penilaian Kereta Baru Australia (Ancap). Rakyat Malaysia berkeinginan benar untuk mengetahui jumlah wang awam untuk kereta nasional ini sejak tahun1983. Dengan pemegang saham besarnya DRB-Higcom yang terkait dengan Volkswagen, adakah Proton memperolehi ruang yang sesuai di pasaran dunia?



Latihan guru Bahasa Inggeris

Selain Bahasa Malaysia, negara ini perlu meningkatkan standard Bahasa Inggeris. Kerajaan mengatakan bahawa kita berkehendakkan 60, 000 guru Bahasa Inggeris. Bagaimana mereka dilatih?  Adalah sistem latihan bertaraf dunia?

Sunday, February 24, 2013

Daftar pemilh bersih & pilihanraya adil

Pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi.  Rakyat hendak daftar pemilih benar-benar bersih & pilihanraya sungguh adil. Ia mestilah diperlihatkan adil. Suruhanjaya Pilihanraya perlu mempercayakan para pengundi bahawa ia betul-betul bebas.

Friday, February 22, 2013

Integriti untuk semua projek bagi membantu rakyat

Mentri Besar Selangor Tan Sri Khaled telah menangguhkan semua projek persekutuan dalam Selangor termasuk jalan & infrastruktur, sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai ketiadaan kuasa bagi Majlis Perbandaran Sepang untuk membuangkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Berapa kontraktor telah dilantik selepas tender terbuka bagi semua projek? Apakah projek yang dilaksanakan benar-benar untuk membantu rakyat? Berapa bilion yang telah dibelanjakan cocok dengan nilainya? Menteri Besar cuba mengelakkan orang awam daripada ditipu oleh pihak yang tertentu.

Tender terbuka untuk projek sekolah

Dalam belanjawan 2013, peruntukan untuk pembangunan pendidikan adalah RM38.7 bilion & peruntukan bagi penyelenggaraan sekolah ialah RM1 bilion. YAB Tan Sri Muhyiddin berkata mengenai RM10 juta untuk penyelenggaraan sekolah-sekolah di Pensiangan. Kita mmerlukan tender terbuka & kawalan yang berkesan untuk semua projek agar ketirisan & ketidakcekapan boleh dielakkan.

Mutu doktor-doktor terlatih di Malaysia

Kerajaan mengatakan bahawa Majlis Perubatan Malaysia mengawalselia kira-kira 4,000 graduan perubatan (housemen) setiap tahun serta memberi tauliah. Orang ramai adalah sangat perihatin terhadap mutu para graduan dari 35 kolej perubatan dalam negara dan 350 universiti seberang laut. Sistem kawalan dan latihan yang berkesan adalah terpenting.

Tuesday, February 19, 2013

Perkhidmatan hospital yang berkesan

YAB Tan Sri Muhyiddin menggalakkan pemeriksaan badan untuk mencegah penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Ini adalah penting.  Tetapi, hospital dan klinik awam mestilah memberi perkhidmatan yang berkesan dan munasabah.

Friday, February 15, 2013

Cerita panjang Proton

Sejak 1983, cerita panjang Proton memperingatkan rakyat Malaysia tentang jumlah yang besar wang awam dibelanjakan untuk syarikat itu. Prestasinya adalah kurang. DRB-Highcom Berhad telah membeli 42.7% saham Proton Holdings Berhad dari Khazanah Nasional Berhad. Warga Malaysia sangat ingin mengetahui beberapa bilion telah digunakan untuk menopang pembuat kereta nasional ini.

Penyelenggaraan jalan dengan baik

Menteri Kerja Raya YB Datuk Seri Shaziman berkata bahawa terdapat 144 kawasan hitam yang mempunyai risiko tinggi untuk kemalangan jalan di Semenanjung. Dulu, peruntukan bagi penyenggaraan jalan adalah RM25 juta. Kini, ia ditambah menjadi RM60 juta. Peruntukan bagi jalan-jalan persekutuan adalah RM37.4 juta. Efisiensi & kualiti penyelenggaraan mestilah dipertingkatkan. Sementara itu, pihak-pihak berkuasa tempatan haruslah memperbaiki perkhidmatan penyelenggaraannya. Jika tidak, jalan berlubang-lubang menjadikan para pengguna gelisah.

Thursday, February 14, 2013

Nisbah hutang kepada KDNK 53% adalah tidak sihat


Nisbah hutang kepada KDNK 53% adalah tidak sihat

Nisbah hutang negara Malaysia kepada keluaran kasar dalam negeri (KDNK) pada 53% adalah tidak sihat. Miskipun negara mendapat kelebihan perdagangan untuk 15 tahun berturut-turut, defisit belanjawan persekutuan juga 15 tahun beruntun-untun.



Tuesday, February 12, 2013

Prosedur pilihanraya mesti adil

Ada banyak percakapan mengenai dakwat kekal untuk jari setiap pengundi semasa pilihanraya. Semua prosedur pilihanraya termasuk dakwat untuk pengundi haruslah mudah diikuti, bersih & adil.

Friday, February 08, 2013

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina.

Thursday, February 07, 2013

BN tak mampu menukar sistem lapuk

Media tradisonal mengungkap banyak berita dan cerita BN. Misalnya, YAB Muhyiddin berkata bahawa BN akan menukar sistem selepas pilihanraya akan datang. Setelah memerintahkan 55 tahun, BN mewujudkan sistem lapuk yang menjejaskan rakyat. Orang ramai berfikir secara mendalam mengenai kemampuan BN menukar sistem ini.

Saturday, February 02, 2013

Peruntukan RM726 juta bagi Syabas


PM YAB Najib mmperuntukkan RM120 juta bagi Syabas, sebuah syarikat air Selangor, sebagai tambahan kepada RM606 juta, untuk membantu mengatasi permasalahan air. Rakyat tertarik kepada kenyataan ini. Kerajaan Selangor mampu mengambil alih pengurusan dari Syabas. Najib mestilah menjelaskan permasalahan air yang dimaksudkan, termasuk cara-cara untuk mengekalkan syarikat swasta itu.

Memelihara keharmonian agama & kaum


PM YAB Najib bercakap mengenai isu-isu sensitif & pemeliharaan keharmonian kaum & agama. Semua orang Malaysia mestilah mencari jalan untuk mengekalkan keharmonian. Meskipun beliau mengulas tentang golongan yang menggunakan isu sentitif untuk kepentingan jangka pendek, beliau haruslah menunjukkan kepada orang ramai bahawa beliau akan bertindak terhadap golongan ini tanpa ketakutan dan pilih kasih.

Peruntukan untuk keselamatan di Wilayah Persekutuan

PM YAB Najib menginsafi keselamatan sebagai isu utama. Beliau memberi peruntukan tambahan RM5 juta untuk 1 Dana Wilayah Persekutuan. Walaupun semua pihak mestilah perihatin terhadap keselamatan, kami berharap YAB Najib menunjukkan kepada orang ramai keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil, termasuk relevannya kejiranan terjaga (guarded neighbourhood).

Friday, February 01, 2013

Alam Pembelajaran Maya Katak

Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya KementerianPelajaran menjelaskan kepada para penduduk matlamat untuk mendirikan tiangtinggi dalam kawasan sekolah. Ini adalah untuk mengatasi salah faham terhadap peralatanradioaktif

Ramai orang Malaysia mempunyai syak wasangka darihal tiang tinggi,kabel dan cakera besar. Mereka takut bahan radioaktif.


Pada 1.2.13, Dr Tan mengeluarkan kenyataan mengenai tiang tinggi dikawasan Sekolah La Salle, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Terdapat hampir 10,000 sekolah di Malaysia. Dalam satu tahun ini,tiang besi tinggi muncul di pekarangan sekolah-sekolah. Misalnya, minggu ini iatimbul di Sekolah La Salle, Jinjang Utara dan Sekolah Tamil, Sri Segambut. Parapenduduk mengeluh.


Setelah berbincang dengan sekolah tersebut dan 1 BistariNet, kamimendapati bahawa syarikat itu telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran untukmembekalkan Internet bergerak 4G yang sangat laju dan berdasarkan Alam PembelajaranMaya Katak (Frog Virtual Learning Environment) untuk 10,000 sekolah. Kami mendengar idealisme akses kepada alat-alat pembelajaran berstandard dunia,transformasi pelajaran, solusi pembelajaran berintegrasi dan kelengkapan untukgenerasi mendatang. Kami menyusul. Kami hendak menyaksikan bukti pelajaranberstandard dunia.

Kementerian Pelajaran haruslah menerangkan kepada para penduduk apabilamembangunkan tiang tinggi di pekarangan sekolah. Ini adalah untuk mengelakkandugaan tentang peralatan radioaktif.