Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, March 30, 2013

PR akan menukar defisit kepada lebihan dalam belanjawan

Kementerian Kewangan mengatakan manifesto PR akan menambahkan defisit belanjawan persekutuan dari 4% kepada 11.5%. Tetapi, BN sudah mewujudkan defisit belanjawan 15 tahun berturut-turut. Sebaliknya, PR akan mengurangkan ketirisan dan menguruskan belanjawan dengan berkesan, agar defisit dijadikan lebihan dalam tempoh yang tertentu seperti yang dilakukan di negeri-negeri semacam Selangor. Adalah penting bagi rakyat Malaysia membandingkan manifesto PR dengan manifesto BN kerana terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya.

Tuesday, March 26, 2013

Suruhanjaya Diraja & Rasuah di Sarawak

Rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada ketirisan seperti rasuah dalam negara, termasuk Sarawak. Ramai orang sedang menandatangani petisyen mendesak Kerajaan Pusat menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kegiatan rasuah di negeri itu. Ini adalah munasabah. Negeri yang besar ini adalah sangat kaya dengan sumber, misalnya hutan dan pembalakan besar-besaran. Dalam puluhan tahun ini, orang ramai hendak mengetahui setakat mana hasil dari sumber ini dapat memanfaatkan mereka.

Sunday, March 24, 2013

Diperlihatkan adil untuk memberi lesen teksi kepada seseorang

PM YAB Najib mengumumkan bahawa 1,000 lesen akan diberi kepada seseorang pemandu yang mempunyai rekod baik dan sudi mendapat ganjaran RM5,000 dari Yayasan Rakyat 1 Malaysia untuk membeli Proton Exora. Kami mempercayai bahawa Kerajaan mestilah diperlihatkan ikhlas bagi memberi lesen tersebut dan tidak ada sebarang muslihat.

Prinsip adil & munasabah untuk tampil ke TV

Menteri Multimedia Datuk Seri Rais mengatakan bahawa PR juga akan diberi peluang untuk mengumumkan manifestonya dalam TV. Kenyataan ini hanya boleh dipercayai jika ia berdasarkan kepada prinsip adil dan munasabah. Menteri tersebut mestilah menegakkan prinsi ini dengan ikhlas.

Saturday, March 23, 2013

Hapuskan agenda politik parti dalam pendidikan

Pendidikan di Malaysia adalah dibelenggu agenda politik parti & kaum untuk berdekad-dekad. Mutu & kualiti pendidikan negara ini susah mencapai standard antarabangsa. Namun,  Kerajaan menonjolkan hasrat untuk mencapai tahap dunia. Jika rakyat hendak pendidikan bertaraf dunia, agenda politik parti dan agenda kaum dalam pendidikan mestilah dihapuskan.

Friday, March 22, 2013

Dasar perumahan adil & munasabah

PM YAB Najib akan melancarkan PR1MA Kuantan pada Sabtu, 23.3.13, sebagai usaha untuk memberi perumahan yang mampu dimiliki orang berpendapatan sederhana.
Soal yang pokoknya ialah semua skim perumahan awam mestilah mempunyai dasar yang adil & munasabah.

Kurangkan hutang negara & isi rumah

Hutang negara adalah hampir RM500 bilion atau 53% KDNK dan hutang isi rumah adalah 80% KDNK ada 2012. Gubenor Bank Negara Tan Sri Zeti mengatakan Banknya sedang mengawal hutang isi rumah dalam negara & langkah-langkah pinjaman sudah diperketatkan.
Kita mempercayai bahawa rakyat hendak melihat hutang negara & isi rumah dikurangkan dengan berkesan.

Friday, March 15, 2013

Dasar kereta mistilah cocok dengan persaingan pasaran kereta

Dasar cocok dengan persaingan pasaran kereta


YAB Tan Sri Muhyiddin menyebutkan proses liberalisasi teratur untuk industri automobil negara dan menyarankan semua syarikat kereta memperkukuhkan aktiviti. Malaysia memerlukan dasar yang adil. Ini adalah termasuk dasar subsidi yang dianggar lebih RM100 juta setahun kepada Proton, kereta nasional.







Thursday, March 07, 2013

Mempertahan Kedaulatan Malaysia

Masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia. Kita mempertahankan kedaulatannya.

Sunday, March 03, 2013

Dasar & sistem PR dengan perubahan bererti

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib menegaskan bahawa beliau akan membawa perubahan membina. Dasar dan sistem Barisan Nasional telah dilaksanakan 56 tahun. Adakah BN mampu berbuat demikian?  Sebaliknya, para pengundi menafsirkan dasar Pakatan Rakyat dan sistemnya di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, lalu membuat keputusan samada PR atau BN lebih mampu mewujudkan perubahan yang bererti.

Saturday, March 02, 2013

Laporan aliran kewangan haram

Institut Kewangan Global melaporkan aliran kewangan haram Malaysia sebagai US$ 285.4 bilion. Bank Negara menyifatkannya sebagai dibesar-besarkan,  sambil mengatakan bahawa aliran kewangan todak dirakamkan adalah US$227.1 bilion. Semoga ia mengemukakan laporan lengkap mengenai aliran kewangan haram negara ini.