Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, June 29, 2017

Taman rekreasi تامن ريكرياسي

Insan berpusu pergi taman dinihari,
Inikan masa murai kicaukan;
Insan cuba senam, jalan dan lari,
Inikan cara jaga kesihatan.

انسان برڤوسو ڤرݢي تامن دينيهاري،
اينيكن ماسا موراي كيچاوكن،
انسان چوبا سنم، جالن دان لاري،
اينيكن چارا جاݢ كصيحت. ''

Labels:

Tuesday, June 27, 2017

Alam عالم

Iklim berubah dan alam sekitar terjejas. Paras laut naik. Lebih 200 negara menandatangani Perjanjian Paris untuk mengatasi masalah tersebut.

Cahaya menerang kinabatangan,
Kita cinta suasana hijau dan segar;
Bahaya binasa binatang dan hutan,
Kita memelihara alam sekitar.

اقليم براوبه دان عالم سكيتر ترججس. ڤارس لاءوت ناءيك. لبيه 200 نݢارا مننداتاڠني ڤرجنجيان ڤاريس اونتوق مڠاتسي مسءله ترسبوت.

چهاي منرڠ كيناباتڠن،
كيت چينتا سواسان هيجاو دان سݢر;
بهاي بيناسا بيناتڠ دان هوتن.
كيت ممليهارا عالم سكيتر.

Labels:

Monday, June 26, 2017

Setakat ini 75 blok menara tak selamat

Terdapat 600 blok menara dengan salutan di England. Setakat ini, 75 menara gagal ujian kebakaran.

Di England ada 600 pangsapuri,
Pihaknya sedari 75 buah mudah nyala;
Di Malaysia ada juga pangsapuri,
Pihaknya mesti pantau blok menara.

ترداڤت 600 بلوق منارا دڠن سالوتن دايڠݢلند. ستاكت اين، 75 منارا ݢاݢل اوجيان كبكرن.
داڠݢلند اد 600 ڤڠساڤوري،
ڤيهقڽ سدري 75 بواه موده پالا;
دمليسيا اد جوݢ ڤڠساڤوري،
ڤيهقڽ مستي ڤنتاو بلوق منارا.

Labels:

اد ڤڠساڤوري تق سلامت Ada pangsapuri tak selamat

سلڤس كبكرن منارا ݢرينۏيل، 25 كراجاءن تمڤتن اونايتد كيڠدوم ستاكت اين منداڤتي 60 منارا ݢاݢل اوجيان كبكرن. براڤ منارا دمليسيا سلامت?
Selepas kebakaran Menara Grenfell, 25 kerajaan tempatan United Kingdom setakat ini mendapati 60 menara gagal ujian kebakaran. Berapa menara di Malaysia selamat?

Labels:

Sunday, June 25, 2017

تمبه منوليه سيبر Tambah kebolehan siber

باڽق نݢارا سڤرتي اميريكا دان روسيا ملابور دالم اوسها اونتوق منمبه كبوليهن سيبر. مريك مڠعملكن ڤرڠ كاچوقن. اميريكا منودوه روسيا چمڤور تاڠن دالم ڤيليهنراي ڤريسيدن 2016.

Banyak negara seperti Amerika dan Rusia melabur dalam usaha untuk menambah kebolehan siber. Mereka mengamalkan perang kacukan. Amerika menuduh Rusia campur tangan dalam pilihanraya presiden 2016.

Labels:

Saturday, June 24, 2017

عيدالۏيتري Aidilfitri

هاري راي عيدالۏيتري تيبا،
نݢارا نق سموا بڠسا جادي كاون;
هاري راي بوليه وجود سواسان،
نݢارا برساتو ڤادو دان امن.

Hari Raya Aidilfitri tiba,
Negara nak semua bangsa jadi kawan;
Hari Raya boleh wujud suasana,
Negara bersatu padu dan aman.

Labels:

سلامت هاري راي عيدالۏطري Selamat Hari Raya Aidilfitri

سلامت هاري راي عيدالۏيتري

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Labels:

Friday, June 23, 2017

Menara untuk kediaman

England ada 600 menara kediaman dengan salutan yang mudah terbakar. Kebakaran Menara Grenfell, London Barat, merebak dengan cepat. Sekurang-kurangnya, 79 orang terkorban. Pihaknya berundur 4000 penduduk dari 5 menara pangsapuri dengan salutan semacam Grenfell di London.

Terdapat benyak menara di Malaysia. Kita tidak tahu berapa yang salutannya seperti tersebut.

Burung tiong nyanyi beramai-ramai, Penduduk nampak burung di sekitar;
Burung sedar menara diduduk ramai,
Penduduk berdoa menara tak terbakar.

اڠݢلند اد 600  منارا كديامن دڠن سالوتن يڠ موده ترباكر. كبكرن منارا ݢرينۏيل، لوندون بارت، مريبق دڠن چڤت. سكورڠ-كورڠڽ، 79 اورڠ ترقربان. ڤيهقڽ براوندور 4000 ڤندودوق دري 5 منارا ڤڠساڤوري دڠن سالوتن سماچم ݢرينۏيل دلوندون.

ترداڤت باپق منارا دمليسيا. كيت تيدق تاهو براڤ يڠ سالوتنڽ سڤرتي ترسبوت.

بوروڠ تيوڠ ڽاڽي براماي-راماي،
ڤندودوق نمڤق بوروڠ دسكيتر;
بوروڠ سدر منارا ددودوق راماي،
ڤندودوق بردعا منارا تق ترباكر.

Labels:

Thursday, June 22, 2017

自欺欺人

草书,自欺欺人,出自<朱子语类>:欺骗自己,也欺骗别人。

Labels:

Wednesday, June 21, 2017

تيته دراج دڤرلومن اونايتد كيڠدوم Titah diraja di parlimen United Kingdom

ثريسا مي برجاي ممبنتڠ تيته اوچاڤن دراج دڤرليمن(ۏيسمينستر)، اونايتد كيڠدوم دڠن براڤ راڠ اوندڠ٢ بريكسيت. ڤرونديڠن اونتوق مڠلوار كساتوان ايروڤه اداله روميت. ڤرداݢڠن تاهونن دانتارا EU دان UK منچاتت US$660 بيليون.
Theresa May berjaya membentang titah ucapan diraja di parlimen (Westminster), United Kingdom, dengan berapa rang undang-undang Brexit. Perundingan untuk mengeluarkan EU adalah rumit. Perdagangan tahunan di antara EU dan UK mencatat US660 bilion.

Labels:

Tuesday, June 20, 2017

تمڤور س. جات نݢارا جيرن Tempur senjata negara jiran

ڤرڠ ممبيناس نݢارا دان ماءوجود 65.6 جوتا ڤلاريان ترماسوق يڠ براد دمليسيا.

تمڤور سنجات دنݢارا جيرن،
كيت جاݢ كونفليق تق لارت سكارڠ;
تمڤور بيناس دان اوجود ڤلاريان،
كيت اوسها منچݢه ڤرڠ.
Perang membinasa negara dan mewujud 65.6 juta pelarian termasuk yang berada di Malaysia.

Tempur senjata negara jiran,
Kita jaga konflik tak larat sekarang;
Tempur binasa dan wujud pelarian,
Kita usaha mencegah perang.

Labels:

Sunday, June 18, 2017

ماكرون دان ڤرليمن

ڤرتي ڤريسيدن ماكرون، LREM,(اوموت ساتو تاهون)  منڠ 355 درڤد 577 كروسي دالم ڤرليمن ڤرنچيس. بليو منچاتت سجاره دان ممارا كاءره يڠ تيدق دكتاهوءي.

Parti Presiden Makron, LREM, menang 355 daripada 577 kerusi dalam Parlimen Perancis. Beliau mencatat sejarah dan memara ke arah yang tidak diketahui.

Labels:

pulau mutiara indah

Pulau Pinang adalah Pulau Mutiara, elektronik microchips dan perkhidmatan.

Pulau Mutiara memang indah,
Lihatlah sekolah dan universiti;
Pulau Mutiara tuju ke mana arah,
Elaklah cemaran, sesakan dan bunyi.

ڤولاو ڤينڠ اداله ڤولاو موتيارا، ايليكترونيك,  ميكروچيڤ دان ڤرخيدمتن.

ڤولاو ڤينڠ اداله ڤولاو موتيارا،
ليهتله سكوله دان اونيورسيتي;
ڤولاو موتيارا توجو ك مان اره،
ايلقله چمارن، سسقن دان بوپي.

Labels: ,

Saturday, June 17, 2017

وانيتا دالم ڤراياءن Wanita dalam perayaan

ڤراياءن اولڠتاهون ك100سكوله منڠه چوڠ ليڠ مليهت راماي ڤلاجر ڤرمڤوان. دالم ڤرݢوروان دان اونيۏرسيتي، بيلڠن وانيتا اداله لبيه درڤد للاكي.

Perayaan ulangtahun ke-100 Sekolah Menengah Chung Ling melihat ramai pelajar perempuan. Dalam bidang perguruan dan universiti, bilangan wanita adalah lebih daripada lelaki.

Labels:

Thursday, June 15, 2017

ڤولوق دان اورڠ ترباليق Pokok dan orang terbalik

ڤوكوق جاتي تومبوه دتڤي لبوهراي،
اورڠ دان كريتا ترلالو چڤت;
ڤوكوق جاتي سوڠݢوه هيجاو داءونڽ،
اورڠ دان كريتا ترباليق ستمڤت.

Pokok jati tumbuh di tepi lebuhraya,
Orang dan kereta terlalu cepat;
Pokok jati sungguh hijau daunnya,
Orang dan kereta terbalik setempat.

Labels:

Dari Petaling Jaya ke Pulau Pinang دري ڤتاليڠ جاي كڤولاو ڤينڠ

Kira-kira seminggu sebelum Hari Raya, segolongan alumni Sekolah Menengah Chung Ling naik pas pesiaran ke Pulau Pinang untuk menyambut Ulangtahun ke-100 sekolahnya. Kenderaan dipandu dengan cermat. Kita tiba di Pulau Mutiara dengan selamat.

Sambal belacan disukai rakyat,
Kita ke Pulau Mutiara sebelum Raya;
Sampai ke destinasi dengan selamat,
Kereta pandu cermat di lebuhraya.

كيرا-كيرا سميڠݢو سبلوم هاري راي، سݢولوڠن الومني سكوله منڠه چوڠ ليڠ ناءيك باس ڤسيارن كڤولاو ڤينڠ اونتوق مڽمبوت اولڠ تاهون ك-100 سكولهڽ. كندراءن دڤندو دڠن چرمت. كيت تيبا دڤولاو موتيارا دڠن سلامت.

سمبل بلاچن دسوكاءي رعيت،
كيت كڤولاو موتيارا سبلوم راي;
سمڤاي كديستيناسي دڠن سلامت،
كريتا ڤندو چرمت دلبوهراي.

Labels:

قاتر بلي جيت ڤجواڠ Qatar beli jet pejuang

قاتر ممبلي جيت ڤجواڠ US12 بيليون دري اميريكا. اداكه كڤوڠن نݢارا ايت اوليه نݢارا تلوق اكن براخير?

Qatar membeli jet pejuang US12 bilion dari Amerika. Adakah kepongan negara itu oleh negara Teluk akan berakhir?

Labels:

سياستن ڤنوه منارا ݢرينۏيك Siadatan penuh Menara Grenfell

ثريسا مي ممرينته اݢر سياستن ڤنوه داداكن اتس كباكرن منارا ݢرينۏيل، لوندون بارت. سكورڠ٢ڽ 17 اورڠ ماتي. كيت هندق تاهو اڤ سبنرڽ برلاكو.

مليسيا اد بلوق منارا. كمودهن كسلانتن كباكرن ستڠه منارا تيدق منچوكوڤي.

Theresa May memerintah agar siasatan penuh diadakan atas kebakaran Menara Grenfell, London Barat. Sekurang-kurangnya, 17 orang mati. Kita hendak tahu apa sebenarnya berlaku.

Malaysia ada blok menara. Kemudahan untuk keselamatan kebakaran di setengah blok tidak mencukupi.

Labels:

Tuesday, June 13, 2017

ڤرماءينن ڤرصحبتن بولاسيڤق Permainan persahabatan bolasepak

سمالم، ثريسا مي دان ماكرون منونتون ڤرماءينن ڤرصحبتن بولاسيڤق دڤاريس. ايڠݢلند 3:2 ڤرنچيس. ماكرون كات جرمن دان ڤرنچيس ڤرچاي كساتوان ايروڤه تربوك كڤد بريتون برهنتي بريكسيت دان كمبالي كڤڠكل.

Semalam, Theresa May dan Macron menonton permainan persahabatan bolasepak di Paris. England 2:3 Perancis. Macron kata Jerman dan Perancis percaya Kesatuan Eropah terbuka kepada Britain berhenti Brexit dan mengembali ke pangkal.

Labels:

Monday, June 12, 2017

مسبه داده Drug disaster

داده اداله مسءله انتارابڠسا. كلمهن ماءنسي مڠكلكن مصبه اين. 

مسءله داده سنتياس داوروسكن،
لڠكه باپق ڤيهق تق ڤاته مصبه;
مسءله داده ميمڠ برتروسن،
لڠكه دڤلباݢايكن باݢي منچݢه.

Dadah adalah masalah antarabangsa. Kelemahan manusian mengekalkan musibah ini.

Masalah dadah sentiasa diuruskan,
Langkah banyak pihak tak patah musibah;
Masalah dadah memang berterusan,
Langkah dipelbagaikan bagi mencegah.

Labels:

Theresa May apologizes

Theresa May gambled and lost her parliamentary majority. She apologizes to her Conservative Party members of parliament, saying humbly, "I got us into this mess. I'll get us out". Contrite.

Labels:

Sunday, June 11, 2017

ديستيناسي ۏيلدا Destinasi Felda


ڤنوبوهن Felda اداله اونتوق ممبنتو رعيت. سكارڠ، وجودڽ كاچاو- يلاو. سديه ڤريه.  كمبالي ك ڤڠكل جالن.

Penubuhan Felda adalah untuk membantu rakyat. Sekarang, wujudnya kacau-bilau. Sedih perih. Kembali ke pangkal jalan.

Labels:

Saturday, June 10, 2017

رماج همڤا Remaja hampa

ستڠه اورڠ سڤرتي ثريسا مي، ڤرتي كونسرۏاتيۏ، ممندڠ سڤي ڤميمڤين ڤرتي بوروه، جيريمي كوربين. دالم ڤيليهنراي عموم اونايتد كيڠدوم، كوربين برجاي مرڠسڠ ڤمودا-ڤمودي يڠ همڤا اݢر ككچيواءن منجادي دوروڠن. 
لاءوتن ڤرماناي ناݢ انتابوݢا،
ككچيواءن هاڽ سوا ايكن ڤندن;
دارتن راماي اورڠ مودا همڤا،
ككچيواءن منجادي دوروڠن.

Setengah orang seperti Theresa May, Parti Konservatif, memandang sepi pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn. Dalam pilihanraya umum United Kingdom, Corbyn berjaya merangsang pemuda-pemudi yang hampa agar kekecewaannya menjadi dorongan.

Lautan permanai naga antaboga,
Kekecewaan hanya sua ikan pandan;
Daratan ramai orang muda hampa, Kekecewaan menjadi dorongan.

Labels:

Friday, June 09, 2017

Perangi keganasanڤرڠي كݢانسن

Keganasan berpunca dari banyak sebab. Negara mestilah mencari punatnya.

Pemimpin bincang strategi,
Perangi pembunuhan laknat;
Pemimpin cuba mengerti,
Perangi segala punat.

كݢانسن برڤونچا دري باڽق سبب. نݢارا مستيله منچاري ڤونت.

ڤميمڤين بينچڠ ستراتيݢي،
ڤرڠي ڤمبونوهن لعنت;
ڤميمڤين چوبا مڠارتي،
ڤرڠي سݢالا ڤونت.

Labels:

Wednesday, June 07, 2017

سرڠن ݢانس دباپق تمڤت Serangan ganas di banyak tempat

سرڠن ݢانس برلاكو دباڽق تمڤت. يڠ تراخير منيمڤا ايرن دڠن 12 قربان دان 42 چدرا.

بوروڠ ݢاݢق سيڠݢه دبومبوڠ،
مشراكت ميمڠ سجهترا;
بوروڠ نمڤق ڤڠݢانس منمبوڠ،
مشراكت داتڠ ڤورقڤرندا.

Serangan ganas berlaku di banyak tempat. Yang terakhir menimpa Iran dengan 12 korban dan 42 cedera.

Burung gagak singgah di bumbung,
Masyarakat memang sejahtera;
Burung nampak pengganas menembung,
Masyarakat datang porakperanda.

Labels:

ڤلستيك دالم لاءوتن Plastik dalam lautan

Lautan tercemar teruk seperti dengan berbilion tan plastik yang meracunkan semacam batu karang, ikan,  penyu, burung dan manusia.

لاءوتن ترچمر تروق سڤرتي دڠن بربيليون تان ڤلاتيلت يڠ مراچونكن باتو ݢارڠ، ايكن، ڤڽو، بوروڠ دان ماءنسي.

Labels:

سرڠن ݢانس دايرن Serangan ganas di Iran

سرڠن ݢانس دڤرليمن دان مقام ايهتوله خومايني، ايرن مڠوربان 12 ڽاوا دان منچدرا 42. ڤوليس منيمبق ماتي 4 ڤنجنايه. تعزيت كڤد كلوارݢ مڠسا.

Serangan ganas di Parlimen dan Makam Ayahtollah Khomeini, Iran, mengorban 12 nyawa dan mencedera 42. Polis menembak mati 4 penjenayah. Takziah kepada keluarga mangsa.

Labels:

Tuesday, June 06, 2017

رمضان 2017 Ramadan

Bulan Ramadan ujian dan harapan,
Berpauh-pauh perasaan dengan tekun;
Bulan akhir dengan raya dan persiapan,
Jauhkan diri dari bahana mercun.

بولن رمضان اوجيان دان هارڤن،
برڤاءوه-ڤاءوه ڤراساءن دڠن تكون;
بولن اخير دڠن راي دان ڤرسياڤن،
جاءوهكن ديري دري بهان مرچون.

Labels:

Monday, June 05, 2017

KWAP (Diperbadankan) دڤربادنكن

Datuk Seri Najib sebut bahawa Dana Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) adalah RM125 bilion dan dijangka mencapai RM500 bilion pada 2050.

Sebenarnya, kita berharap dana ini sentiasa diurus dengan cekap, telus dan beramanah.

داتوء سري ناجيب سبوت بهوا دانا كومڤولن واڠ ڤرساراءن(KWAP) اداله RM125 بيليون دان دجڠك منچاڤاي RM500 بيليون ڤد 2050.

سبنر، ݢيت برهارڤ دانا اين سنتياس داوروس دڠن چكڤ، تلوس دان برامانه.

Labels:

7 Arab states cut ties with Qatar

Seven Arab states such as Saudi Arabia and Egypt have cut ties with Qatar, claiming that the latter supports terrorist groups. No nation should promote extremism. Malaysia is watching.

Labels:

3.6.17 serangan ganas سرڠن ݢانس

Pada 3 Jun, 2017, tiga pengganas menembusi kawasan Jambatan London yang terkenal. 7 orang terbunuh dan 48 tercedera. Polis menembak mati tiga penjenayah itu.

Jambatan London terkenal destinasi,
Semua bersiar kawasan pelancongan;
Jambatan London penjenayah tembusi,
Semua ikhtiar lawan pengganasan.

ڤد 3 جون، 2017, تيݢ ڤڠݢانس منمبوسي كاواسن جمبتن لوندو يڠ تركنل. 7 اورڠ تربونوه دان 48 ترچدرا. ڤوليس منيمبق ماتي تيݢ ڤنجنايه ايت.

جمبتن لوندون تركنل ديستيناسي،
سموا برسيار كاواسن ڤلنچوڠن;
جمبتن لوندون ڤنجنايه تمبوسي،
سموا اختيار لاون ڤڠݢانسن.

Labels:

Penambahbaikan sekolah ڤنمبهباءيكن سكوله

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad mengumumkan 8,171 projek menambahbaikan 6697 sekolah. Ini menelan belanja RM300 juta dari Peruntukan Tabung Khas 2017.

Rakyat Malaysia menumpu perhatian kepada sama ada tender benar-benar terbuka dan telus, kemampuan kontraktor dan pemantauan.

كتوا ستياوسها كمنتريان ڤنديديقن داتوء سري علياس احمد مڠعمومکن 8,171 ڤروجيق منمبهباءيككن 6697 سكوله. اين منلن بلنجا RM300 جوتا دري ڤرݢنتوڠن تابوڠ خاس 2017.

رعيت مليسيا منومڤو ڤرهاتيان ݢلدڠ سام اد تيندر بنر٢ تربوك دان تولوس، كممڤوان كونترقتور دان ڤمنتاوءن.

Labels:

Sunday, June 04, 2017

Menaik taraf Antikeganasan. ناءيك تات انتيكݢانسن

Datuk Seri Zahid kata bahawa Kementerian Dalam Negeri akan menaik taraf Unit Antikeganasan, dikuai seorang pegawai paling kanan.

Rakyat hendak melihat tindakan bererti. Semoga langkah ini membolehkan polis mencegah serangan ganas dengan berkesan.

داتوء سري زاحيد كات بهوا كمنتريان دالم نݢري اكن مناءيك تارۏ اونيت انتيكݢانسن، دكتواءي ساءورڠ ڤݢاواي ڤاليڠ كانن.
رعيت هندق مليهت تيندقن برارتي. سموݢ لڠكه اين ممبوليهكن ڤوليس منچݢه سرڠن ݢانس دڠن بركسن.

Labels:

Polis dilatih hadapi pengganas ڤوليس چلاتيه هادڤي ڤڠݢانس

سجومله توجوه اورڠ ماتي دان 48 چدرا دالم سرڠن ݢانس دكاواسن جمبتن لوندون. ڤوليس يڠ دلاتيه اونتوق ملاون ڤلمڤاو تيبا دتمڤتکن كجاديان دالم لاڤن مينيت،  لالو منيمبق ماتي تيݢ ڤنجاهت يڠ دشكي. كيت برهارڤ ڤوليس مليسيا داڤت منچݢه سرڠن سڤرتي اين.
Sejumlah tujuh orang mati dan 48 cedera dalam serangan ganas di kawasan Jambatan London. Polis yang dilatih melawan pelampau tiba di tempat kejadian dalam lapan minit, lalu menembak mati tiga penjahat yang disyaki. Kita berharap polis Malaysia dapat mencegah serangan seperti ini.

Labels:

ڤرتنديڠن اخير ليݢ جوارا٢ ايروڤه Pertandingan akhir Liga Juara-juara Eropah

ڤرتنديڠن اخير ليݢ جوارا٢ ايروڤه دانتارا ريال مادريد (4 ݢول)  دان جوۏينتوس(1ݢول)  اداله دهشت. ريال جادي جوهن كالي ك12.جوۏينتوس ڤرنه منڠ دوا كالي. رونلدو جاريڠ دوا ݢول دان ڤڠوروس ريال, زيدان،  سڽوم.

Pertandingan akhir Liga Juara-Juara Eropah di antara Real Madrid (4 gol) dan Juventus (1 gol) adalah dahsyat. Real jadi johan kali ke12. Juventus pernah menang dua kali. Ronaldo jaring dua gol dan pengurus Real, Zidane, senyum.

Labels:

Saturday, June 03, 2017

كاواسن جمبتن لوندون Kawasan Jambatan London

كاواسن جمبتن لوندون تله دسرڠ ڤڠݢانس. سكورڠ٢ڽ ساتو ماتي دان 20 چدرا. مڠريكن.

Kawasan Jambatan London telah diserang pengganas. Sekurang-kurangnya 1 mati dan 20 cedera. Mengerikan.

Labels:

Thursday, June 01, 2017

ڤروتون دان ݢيلي Proton dan Geely

Pada 1983,saya kata di Dewan Rakyat bahawa Malaysia tidak mampu menyokong Proton. Dalam 34 tahun, adakah ia rugi RM15 bilion atau lebih? Subsidi RM3 billion? Ia menjual 49.9% saham kepada Geely. Ini disangkakan. Syarikat baru mesti memelihara ribuan (? 12000) kakitangan dan ribuan (50000) pekerja kilang hiliran. Kita berharap masa depannya lebih baik.

ڤد 1983,ساي كات دديون رعيت بهوا مليسيا تيدق ممڤو مڽوكوڠ ڤروتون. دالم 34 تاهون،. اداكه اي روݢي RM15 بيليون اتاو لبيه? سوبسيدي RM4 بيليون?  اي منجوال 49.9% ساهم كڤد ݢيلي. اين دسڠكاكن. شريكت بارو مستي مميليهارا ريبوان كاكيتاڠن (12000?) دان ريبوان (? 50000) ڤكرجا كيلڠ٢ هيليرن. كيت برهارڤ ماسا دڤنڽ لبيه باءيك.

Labels: