Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, April 30, 2019

Selamat Hari Buruh

Selamat Hari Buruh
劳动节快乐
Happy Labour Day
سلامت هاري بوروه

Labels:

Monday, April 29, 2019

Serangan Daesh

Pengganasan
     Para pejuang Daesh telah diusir dari Iraq dan Syria. Di mana pemimpin Al-Baghdadi? Dunia akan melihat lebih banyak serangan ganas.

Labels:

سرڠن داعش

ڤڠݢانسن
     ڤارا ڤجواڠ داعش تله داوسير دري ايرق دان سيريا. دمان ڤميمڤين البغدادي؟
دنيا اكن مليهت لبيه باڽق سرڠن ݢانس.

Labels:

سرڠن مسجيد دان ݢريج

ڤڠݢانس مڽرڠ مسجيد دكرايسچوره، ݢريجا كاتوليك دكولومبو دان ساومعاۏ يهودي دكيليۏورنيا.  راتوسن اورڠ ترقربان. كيت مڠوتوق ڤربواتن ترسبوت.

Labels:

Serangan masjid dan gereja

Pengganas menyerang masjid di Christchurch, gereja Katolik di Colombo dan saumaah Yahudi di California. Ratusan orang terkorban. Kita mengutuk perbuatan tersebut.

Labels:

Sunday, April 28, 2019

Ping Pong, Kejohanan Dunia, Budapest.

Ping Pong, Kejohanan Dunia, Budapest, perseorangan lelaki, peringkat akhir: Ma Long 4:1 M Falck. Inilah kali pertama pemain dari Sweden layak ke peringkat akhir. Ma Long dari China menjadi juara dunia tiga kali berturut-turut sebagai 'diktator' dalam alam ping pong.

Labels:

ڤيڠ ڤوڠ، كجوهنن دونيا، بوداڤيست.

ڤيڠ ڤوڠ، كجوهنن دنيا، بوداڤيست، ڤرتنديڠن اخير ڤرساءورڠن للاكي: ما لوڠ 1:4 M ۏالك. اينيله كالي ڤرتام ڤماءين سويدين لايق كڤريڠكت اخير. ما لوڠ دري چينا مونچول جوارا تيݢ كالي برتوروت-توروت سباݢاي 'ديكتاتور' دالم عالم ڤيڠ ڤوڠ.

Labels:

Saturday, April 27, 2019

Ping pong, Kejohanan Dunia, Budapest,

Ping pong, Kejohanan Dunia, Budapest, Hungary: Li Shi-wen 4:2 (game) Chen Meng. Kemahiran dan keazaman terunggul.
     Liu Shi-wen dari China adalah juara dunia.

Labels:

ڤيڠ ڤوڠ كجوهنن دونيا، بوداڤيست

ڤيڠ ڤوڠ كجوهنن دنيا، بوداڤيست، هاڠݢاري، ڤرتنسيڠن اخير ڤرساءورڠن وانيتا: ليو شي-وين 2:4 (ݢيم) چين ميڠ. كماهيرن دان كتيكدن اوڠݢول.
     ليو شوق وين دري چينا اداله جوارا دنيا.

Labels:

Pantun, Remaja.

Remaja

Remaja serupa seluruh dunia,
     Tetapi, latarbelakang kelainan;
Remaja ada penuh cita,
     Variasi, peluang pelajaran.

رماج

رماج سروڤا سلوروه دنيا،
     تتاڤي، لاتربلاكڠ كلاءينن؛
رماج اد ڤنوه چيتا،
     ۏارياسي، ڤلواڠ ڤلاجرن.

青少年

全球青年都相像,
     但背景迥然差异;
青少年都有志愿,
     差异机会受教育。

Teenagers

Teenagers of the world aren't different,
     But, their background varies;
Teenagers are full of ambitions,
     Differences are in education opportunities.

Labels:

Friday, April 26, 2019

ڤپاكيت چمڤق

ڤپاكيت چمڤق كمبالي.
     ڤرتوبوهن كصيحتن دنيا كات بهوا كيني بيلڠن ڤپاكيت چمڤق برتمبه 50%. ڤد تاهون 2018، ترداڤت 2،500 كيس دمليسيا.
ڤمۏاكسينن منچݢه ڤپاكيت اين.
    
    

Labels:

Penyakit Campak

Penyakit Campak
     Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kata kini bilangan penyakit campak di dunia bertambah 50%. Adalah dilaporkan terdapat 2500 kes di Malaysia.
     Pemvaksinan melawan campak.
    
    

Labels:

ترامڤ اد تاريۏ اتس چينا

ترامڤ مڠاداكن تاريۏ ترهادڤ بارڠ چينا دان سوءال كسلامتن كاءتس شريكت ݢرݢاسي تيكنولوݢي چينا، هوا وي. سي جينڤيڠ تيدق ݢلابه.
     تون محضير ملاوت چينا دان ممڤرهاتي اينيسياتيۏ 'وان بيلت وان رواد' دباپق نݢارا دڠن جومله ساتو ڤرتيݢ ڤوڤولاسي دنيا.

Labels:

Tarif Trump terhadap China

Trump mengadakan tarif terhadap barang China dan soalan keselamatan ke atas Huawei. Beliau melihat Xi Jinping tidak gelabah.
     Tun Mahathir melawat China dan memperhati One Belt One Road. Initiatif ini melibatkan negara-negara dengan jumlah satu pertiga populasi dunia.

Labels:

Thursday, April 25, 2019

سيدڠ كمونچق ڤوتين-كيم

سيدڠ كمونچق ڤوتين-كيم
     ترامڤ كلوار دڠن ترݢوڤوه-ݢاڤه دري سيدڠ كمونچق بليو كالي كدوا دڠن كيم جوڠ-اون دهانوي. كمدين، كيم مڠوجي ڤلورو برڤندو تيكتيكل دان ڤرݢي كروسيا اونتوق برسيدڠ كمونچق دڠن ڤوتين كالي ڤرتام.
     ترامڤ ممڤرهاتيكن.

Labels:

Sidang kemuncak Putin-Kim

Sidang kemuncak Putin-Kim.
     Trump mengeluar dari sidang kemuncak Trump-Kim kedua di Hanoi dengan tergopoh-gapah. Kemudian, Kim Jung-un menguji peluru berpandu taktikal dan memergi ke Rusia untuk bersidang kemuncak dengan Putin buat kali pertama.
     Trump memperhatikan.

Labels:

Wednesday, April 24, 2019

مليسيا جادي تمڤت سيسا ڤلستيك

سيسا ڤلستيك اونتوق مليسيا.
منوروت جابتن سيسا ڤڤجل، 33 نݢارا ترماسوق جرمن مڠهنتر 1.8 جوتا تان سيسا ڤلستيك كمليسيا دري 2015 هيڠݢ 2018. چينا سوده برهينتي منريما سيسا ايت. مليسيا منجادي تمڤت سيسا ڤلستيك. مسءله مليڤوتي ڤڽالهݢوناءن كواس دان ڤنچمرن.

Labels:

Tuesday, April 23, 2019

Di mana pergi sisa plastik

Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 33 negara seperti Jerman hantar lebih 1.8 juta tan sisa plastik ke Malaysia dari 2015 hingga 2018. China sudah tidak menerima sisa plastik. Malaysia menjadi tempat sisa plastik. Pelbagai masalah semacam penyalahgunaan kuasa dan pencemaran berlaku.

Labels:

Keselamatan siber

Keselamatan siber
     Jenayah siber berlaku seperti penggodaman. Pengguna internet mesti berhati-hati termasuk pemilihan kata laluan. National cyber Security, United Kingdom, mendapati bahawa ada peminat siber memakai kata laluan yang mudah dilanggar semacam 123456. Penggodam suka.

Labels:

كسلامتن سيبر

كسلامتن سيبر
     جنايه سيبر سڤرتي ڤڠݢودمن وجود. ڤڠݢون اينترنيت مستي برهاتي-هاتي ترمسدوق مماكاي كات لالوان. ڤوست كسلامتن سيبر ناسيونل، اونايتيد كيڠدوم، منداڤتي اد ڤمينت سيبر يڠ مميليه كات لالوان يڠ سنڠ دڤچه سماچم 123456. ڤڠݢودم سوكا.

Labels:

Monday, April 22, 2019

Selamat Hari Buku Sedunia

Selamat Hari Buku Sedunia
世界读书日快乐!
Happy World Book Day
سلامت هاري بوكو سدنيس

Labels:

Letupan ganas Columbo

Letupan bom ganas Colombo menyebabkan lebih 290 orang mati dan 500 cedera. Kerajaan Sri Lanka mengesyaki segolongan Islam dalam negeri dengan hubungan antarabangsa.

Labels:

لتوڤن بوم ݢانس دكولومبو

لتوڤن بوم كولومبو ممبونوه لبيه 290 اورڠ دان منچدرا 500 اورڠ. كراجاءن سري لنكا مڠشقي سݢولوڠن اسلم دالم نݢري دڠن هوبوڠن انتارابڠسا.

Labels:

Letupan bom ganas Colombo

Letupan bom di Colombo membunuh lebih 290 orang Dan mencedera 500. Kerajaan Sri Lanka mengesyaki segolongan Islam dalam negeri dengan perhubungan antarabangsa.

Labels:

Sunday, April 21, 2019

Pantun, Sederhana Senang.

Sederhana Senang
    
Cuaca ada lega hujan,
     Hari tak sentiasa tenang;
Siapa ada semua memuaskan,
     Jadi nak sederhana senang.
    
سدرهان سنڠ

چواچ اد لݢا هوجن،
     هاري تق سنتياس تنڠ؛
سياڤ اد سموا ممواسكن؟
     جادي نق سدرهان سنڠ.

半称心

气候有晴也有雨,
     不是每天都是暗;
那有人万事如意?
     但求能有半称心。

Half satisfied

The weather is either rain or shine,
     Don't expect every day to be fine;
Can anyone be happy all the time?
     Aim only for being half satisfied.
     

Labels:

Hari Easter di Sri Lanka

Hari Easter Di Sri Lanka: berapa serangan bom membunuh lebih 200 dan mencedera 400 orang. Takziah kepada keluarga mangsa.

Labels:

هاري ايستر دسروت لنكا

هاري ايستر دسري لنكا: براڤ سرڠن بوم سڤرتي دكولومبو ممبونوه لبيه 200 دان منچدرا 400 اورڠ. تعزيه كڤد كلوارݢ مڠسا.

Labels:

Easter Sunday in Sri Lanka

Easter Sunday in Sri Lanka: a series of bomb attacks such as in Colombo killed over 200 and injured 400. Condolences to the families of the victims.

Labels:

تونجوق ڤراساءن ڤروبهن اقليم

ݢولوڠن ڤمبرونتق ڤوڤوس مڠاداكن تونجوق ڤراساءن دبراڤ بندراي سڤرتي لوندون. مريك مينتا كراجاءن مڠورڠكن ݢاس رومه تومبوهن بركاچ (ݢرينهاءوس) كڤد ايدرن سيۏر ڤد تاهون 2025. راماي دتاهن.

Labels:

Tunjuk perasaan kerana Perubahan Iklim

Golongan Pemberontak Pupus mengadakan tunjuk perasaan di berapa bandaraya seperti London. Mereka minta kerajaan mengurangkan pengedaran gas rumah tumbuhan berkaca (greenhouse) semacam karbon  dioksida kepada edaran sifar pada tahun 2025. Ramai ditahan.

Labels:

Saturday, April 20, 2019

Ketua Hakim Negara


Jika seorang wanita yang benar-benar layak dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, ini adalah baik untuk Malaysia.

Labels:

وانيتا جادي كتوا حاكيم

جك ساءورڠ وانيتا يڠ بنر-بنر لايو دلنتيق سباݢاي كتوا حاكيم نݢارا، اين اداله باءيق اونتوق مليسيا.

Labels:

Friday, April 19, 2019

Laporan Mueller disunting

Adakah Trump terlibat dengan Rusia untuk mengganggu pilihan raya Amerika pada tahun 2016? Peguam khas Robert Mueller membentangkan laporan yang telah disunting sebelum diumumkan. Walaupun Trump kata beliau tidak berpakat sulit dengan Rusia, soalan seperti halangan keadilan ditonjolkan. Laporan sepenuhnya?

Labels:

لاڤورن مولر

اداكه ترامڤ ترليبت دڠن كݢياتن روسيا اونتوق مڠݢڠݢو ڤيليهن راي اميريكا ڤد تاهون 2016؟ ڤݢوام خاص روبرت مولر ممبنتڠكن لاڤورن يڠ دعمومكن ستله دسونتيڠ. والاوڤون ترامڤ كات بليو تيدق برڤاكت سوليت دڠن روسيا، سوالن سڤرتي هالڠن كاءاديلن دتونجولكن. لاڤورن سڤنوه؟

Labels:

Thursday, April 18, 2019

Kebakaran Gereja Notre Dam

Pemeliharaan warisan seperti Gereja Notre Dam adalah sifat manusia. Bangunan itu telah rosak kerana kebakaran.
     Pemusnahan warisan semacam peninggalan sejarah adalah perbuatan jenayah.

Labels:

كباكرن ݢريجا نوتر دام

ڤمليهاراءن وارثن اداله سيۏت ماءنسي سڤرتي اوسها اونتوق ممبينا سمولا ݢريجا نوتر دام دڤاريس. باڠونن ايت تله روسق كران كباكرن.
      ڤموسنهن ڤنيڠالن سجاره اداله ڤربواتن جنايه.

Labels:

Wednesday, April 17, 2019

Bolasepak Liga Juara Eropah

Bolasepak Liga Juara Eropah, pertandingan suku akhir, Liverpool 6:1 (agregat) Porto; Tottenham Hotspur (away) 4:4 (agreget) Manchester City. Persembahan Liverpool dan Tottenham Hotspur adalah baik. Mereka mara ke peringkat separuhnya akhir.

Labels:

ليݢ جوارا ايروڤه

بولاسيڤق ليݢ جوارا ايروڤه، ڤرتنديڠن سوكو اخير، ليۏرڤول 1:6 (اݢيݢيت) ڤورتو؛ توتينم سڤورسي 4:4 (اݢريݢيت) منچيستر سيتي. ڤرسمبهن ليۏرڤول دان توتينم سڤورسي اداله باءيق. مريك مارا كسڤاوه اخير.

Labels:

5G penting

Teknologi 5G adalah penting. Pamiran 5G Malaysia menunjukkan berapa bidang termasuk penglibatn syarikat seperti Celcom, Huawei, Ericsson, Digi dan Maxis. Apakah tahap persiapan negara ini untuk mengguna 5G?

Labels:

5G ڤنتيڠ

تيكنولوݢي 5G اداله ڤنتيڠ. ڤاميرن 5G مليسيا منونجقن براڤ بيدڠ دڠن بيلڠن شريكت سڤرتي سيلكوم، ديݢي، ايريكسون، ميكسيس دان هوا وي. اڤاكه تاهڤ ڤرسياڤن نݢارا اين اونتوق مڠݢون 5G?

Labels:

Tuesday, April 16, 2019

Liga Kejuaraan Eropah

Liga Kejuaraan Eropah, Barcelona 4:0 (aggregate) Manchester United. Barcelona was better. Then, MU tries to improve itself.

Labels:

ليݢ كجواراءن ايروڤه

ليݢ كجواراءن ايروڤه، بارسيلونا 0:4 (ايݢريݢيت) منچيستر اونايتيد. بارسيلونا برماءين دڠن باءيق. كمدين، منچيستر چوبا منمبه باءيق.

Labels:

كباكرن ݢريجا نوتر دام ڤاريس

كباكرن ݢريجا نوتر دام، ڤاريس.
     جوتاءن اورڠ برجنجي اونتوق ممبينا سمولا ݢريجا يڠ برسجاره. كتيكدن انسان ممستيكن وارثن دڤليهارا.

Labels:

Kebakaran Notre Dame

Kebakaran Gereja Notre Dame, Paris.
     Jutaan orang berjanji untuk membina semula gereja yang bersejarah. Ketekadan insan memastikan warisan dipelihara.

Labels:

Monday, April 15, 2019

Kebakaran gereja besar, Paris.

Kelmarin, gereja besar Notre-Dame di Paris terbakar. Ramai menangis. Bangunan mercutanda 850 tahun itu sedang diubah elok. Pihaknya akan cuba mengembalikan ke bentuk dahulu.
     Cegah kebakaran.

Labels:

كباكرن ݢريجا بسر نوتر دام، ڤاريس.

كلمارين، ݢريجا بسر نوتر دام دڤاريس ترباكر. راماي منڠيس. باڠنن مرچوتندا 850 تاهون ايت سدڠ داوبه ايلوق. ڤيهقڽ اكن چوبا مڠمباليكن كڤد بنتوق دهولو.
     چݢه كباكرن.

Labels:

Taman Negara Endau-Rompin

Taman Negara Endau-Rompin terletak di Johor dan Pahang. Jabatan Hutan Pahang kata ia tidak membenar pembalakan. Jabatan Hutan Johor tidak ulas. Adakah taman itu luasnya 488 atau 340 batu persegi?

Labels:

تامن نݢارا اينداو-رومڤين

تامن نݢارا اينداو-رومڤين ترلتق دجوهور دان ڤاهڠ. جابتن هوتن ڤاهڠ كات اي تيدق ممبنر ڤمبالقن. جابتن هوتن جوهور تيدق اولس. اداكه لواسڽ تامن ايت 488  اتاو 340 باتو ڤرسݢي؟

Labels:

Sunday, April 14, 2019

Jaguh golf Tiger Woods

Sungguh berazam.
     Semalam, jaguh golf Amerika, Tiger Woods, menang Piala Masters di Augusta National buat kali kelima, iaitu 15 kali juara Major, selepas mengalami masalah peribadi dan sakit pinggang 11 tahun.

Labels:

سوڠݢوه برعزام، تايݢير وودس

سوڠݢوه باعزم.
    سمالم، جاݢوه ݢولۏ اميريكا، تايݢر وودس (43 تاهون) منڠ ڤيالا ماسترس
اوݢستا ناسيونل، كالي كليم سلڤس مسءله ڤريبادي دان ساكيت ڤيڠݢڠ 11 تاهون.

Labels:

Pertandingan akhir Badminton Terbuka Singapura

Genting, Indonesia, dan Momota, Jepun, menunjukkan kehandalan dalam pertandingan akhir Badminton Terbuka Singapura. Momota mengalami pukulan hebat dari Genting untuk hampir satu jam. Apabila Genting letih dalam game ketiga, Momota menyambar dan menang.

Labels:

ڤرتنديڠن اخير، بيدمينتون تربوك سيڠاڤورا.

ݢنتيڠ دري ايندونيسيا، دان موموتا، جڤون، منونجوقءن كهندلن دالم ڤرتنديڠن اخير ڤرساءورڠن بيدمينتون تربوك، سيڠاڤورا. موموتا مڠالمي ڤوكولن هيبت دري ݢنتيڠ اونتوق همڤير ساتو جم. اڤابيلا ݢنتيڠ لتيه دݢيم كتيݢ، موموتا مپمبر دان منڠ. دالم ڤرلاونن سبلوم اين، ݢنتيڠ مڠاتاسي موموتا.

Labels:

ڤرتنديڠن اخير، بيدمينتوب تربوك، سيڠاڤورا.

ݢنتيڠ، ايندونيسيا، دان موموتا، جڤون، منونجوقءن كهندلن دڤرتنديڠن اخير للاكي ڤرساءورڠن بيدمينتون تربوك، سيڠاڤورا. موموتا مڠالمي ڤوكولن هيبت ݢنتيڠ همڤير ساتو جم. بيلا ݢنتيڠ لتيه دالم ݢيم كتيݢ، موموتا مپمبر دان منڠ. دڤرماءينن يڠ لڤس، موموتا كاله كڤد ݢنتيڠ.

Labels:

ڤرتنديڠن اخير، بيدمينتون تربوك سيڠاڤورا.

ݢنتيڠ، ايندونيسيا، دان موموتا، جڤون، منونجقءن كهندلن مريك دڤرتنسيڠن اخير، بيدمينتون تربوك، سيڠاڤورا. موموتا مڠالمي سرڠن هيبت دري ݢنتوڠ همڤير ساتو جم. بيلا ݢنتيڠ لتيه دݢين كتيݢ، موموتا مپمبر دان منڠ: 10:31، 21:19 دان 21:13.

Labels:

Saturday, April 13, 2019

Risiko ekonomi

Prospek Keadaan Ekonomi Dunia, Bangsa-Bangsa Bersatu, menjangka pertumbuhan ekonomi sedunia adalah 3% bagi 2019 dan 2020. Tetapi, Ada risiko seperti perang dagang Amerika-China dan Amerika-Kesatuan Eropah serta perubahan sosial dan alam sekitar.
     Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2018 adalah 4.7%. Bank Dunia meramal 4.6% untuk 2019 Dan 2020.
     Orang Malaysia bimbang risiko tersebut.

Labels:

ريسيكو ايكونومي

ڤروسڤيك كاءداءن ايكونومي دنيا دري بڠسا-بڠسا برساتو منجڠك ڤرتومبوهن ايكونومي سدنيا اداله 3% ڤد 2019 دان 2020. تتاڤي، اد ريسيكو سڤرتي ڤرڠ داݢڠ چينا-اميريكا دان كساتوان ايروڤه-اميريكا سرتا ڤروبهن سوسيال دان عالم سكيتر.
     ڤرتومبوهن ايكونومي مليسيا 2018 اداله 4.7%. باڠك دنيا مرامل ڤرتومبهن 2019 دان 2020 سباݢاي 4.6%.
    ريسيكو ترسبوت ممبيمبڠكن اورڠ مليسيا.
    

Labels:

Friday, April 12, 2019

Julian Assenge

Julian Assange dari Australia, menggodam & membocor data rahsia spt pencerobohan Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq.Beliau dapat perlindungan di Kedutaan Ecuador, London, selama 7 tahun. Pada 11.4.19,Presiden Ecuador, Moreno, jemput polis London untuk menahannya di kedutaan itu.Amerika hendak Assenge diserahkan kepadanya. Sweden membuka semula siasatan kes rogol terhadapnya.

Labels: ,

جوليان اسڠز

جوليان اسڠز، ساءورڠ اوستراليا، مڠݢودم دان ممبوچور داتا رهسيا سڤرتي ڤنچروبوهن اميريكا شريكت دايرق دان اۏݢانيستن. اسڠز داڤت ڤرليندوڠن دكدوتاءن ايكوادور، لوندون، سلام توجوه تاهون. ڤد 11.4.2019، ڤريسيدن ايكوادور، مورينو، جمڤوت ڤوليس لوندون اونتوق مناهن اسڠز دكدوتاءن. اميريها هندق اسڠز دسرهكن كڤدڽ. سويدين ممبوك سمولا سياساتن كيس روݢول ترهادڤڽ. 

Labels:

Thursday, April 11, 2019

ڤنتون، موڠكير جنجي

موڠكير جنجي

اورڠ سنتياس حاضير ڤرتي،
     اد تلادن باݢي اخلاق؛
اورڠ سنتياس موڠكير جنجي،
     اڤ اكن ترجادي كلو؟

Labels:

Pantun, Mungkir Janji

Mungkir Janji

Orang sentiasa hadir parti,
     Ada teladan bagi akhlak;
Orang sentiasa mungkir janji,
     Apa akan terjadi kelak?

موڠݢور جنجي

اورڠ سنتياس حاضير ڤرتي،
     اد تلادن باݢي اخلاق؛
اورڠ سنتياس موڠكير جنجي،
     اڤ اكن ترجادي كلق؟

违背诺言

人时常出席会议,
     希望领袖有道义;
对诺言时常背弃。
     将会面对何结局?

Against Promises

Some often attend meetings as promised,
     They hope to see good examples among leaders;
Some often don't fulfil promises,
     What will happen to them in future?

Labels:

Pilihanraya India

Sejumlah 900 juta orang membuang undi semasa pilihanraya India dalam tempuh lima minggu. Pengundi sangat ramai.

Labels:

ڤيليهنراي اينديا

سجومله 900 جوتا اورڠ ممبواڠ اوندي سماس ڤيليهنراي اينديا دالم تيمڤوه ليم ميڠݢو. ڤڠوندي ساڠت راماي.

Labels:

لوهوڠ هيتم (لوبڠ ݢلڤ)

لوهوڠ هيتم (لوبڠ ݢلڤ) M87.
     لبيه 200 ساءينتيس دنيا دڠن لاڤن تيليسكوڤ رقساسا مريكود ايميج لوهوڠ هيتم M87 يڠ جاءوهڽ 500 جوتا تريليون كيلوميتير دري بومي. اي مروڤاكن كاواسن اڠكاساماس دڠن ݢراۏيتي ترلالو كوات يڠ مناريق بينتڠ-بينتڠ دان چهاي يڠ تيدق بوليه كلوار دريڽ. اي اداله 40 بيليون كيلوميتير دري ساتو اره ك ساتو اره، ساءيز 3 جوتا كالي بومي دان جيسيم 6.5 بيليون كالي ماتاهاري.

Labels:

M87 Lohong Hitam (Lubang Gelap)

Lohong Hitam (Lubang Gelap).
      Lebih 200 saintis dunia dengan 8 teleskop raksasa merekodkan imej lohong hitam M87 buat kali pertama. Lohong ini adalah 500 juta trilion kilometer dari bumi. Ia merupakan satu kawasan angkasamasa dengan graviti terlalu kuat yang menarik masuk bintang-bintang dan cahaya yang tidak boleh keluar darinya. Ia berukur 40 bilion km dari satu arah ke satu arah, saiznya 3 juta kali bumi dan jisimnya 6.5 trilion kali matahari.

Labels:

Wednesday, April 10, 2019

Brexit tangguh sekali lagi

Brexit ditangguh sekali lagi.
     Kesatuan Eropah dan United Kingdom bersetuju untuk menangguh Brexit sampai 31 Oktober, 2019. Ahli-ahli Parlimen British masih bertengkar. Perdana Menteri Theresa May bertemu dengan Ketua Pembangkang Jeremy Corbyn. Adakah persetujuan dengan cara tinggalkan Eropah?

Labels:

بريكسيت تڠݢوه لاݢي

بريكسيت دتڠݢوه سكالي لاݢي
    كساتوان ايروڤه دان اونايتيد كيڠدوم برستوجو منڠݢوه بريكسيت سمڤاي 31 اوكتوبر 2019. اهلي-اهلي ڤرليمن بريتيش ماسيه برتڠݢر. ڤردان منتري ثيريسا مي برتمو دڠن كتوا ڤمبڠكڠ جيريمي كوربين. اداكه ڤرستوجوان دڠن چارا تيڠݢلكن ايروڤه؟

Labels:

Pindaan Perlembagaan Persekutuan

Semalam, Dewan Rakyat tidak meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. 138 undi sokong dan 59 tidak mengundi. Pindaan tidak dapat majoriti dua pertiga (148 undi).

Labels:

ڤينداءن ڤرلمباݢاءن ڤرسكوتوان

سمالم، ديون رعيت تيدق ملولوسكن ڤينداءن ڤرلمباݢاءن ڤرسكوتوان اونتوق مڠباليكن ستاتوس سابه دان ساراوق سڤرتي يڠ ترمعتوب دالم ڤرجنجيان مليسيا 1963. 138 اوندي سوكوڠ دان 59 تيدق مڠوندي. ڤينداءن ترسبوت  تيدق داڤت ماجوريتي دوا ڤرتيݢ (148) اونتوق دلولوسكن.

Labels:

Tuesday, April 09, 2019

Perkara pokok Malaysia dan Singapura

Malaysia dan Singapura ada banyak perkara pokok seperti air. Tun Mahathir sebut cara kondusif (baik) dan Lee Hsien Loong kata gaya konstruktif (membina) untuk komitmen (kewajipan) menguruskan perkara tersebut.

Labels:

ڤركارا ڤوكوق مليسيا دان سيڠاڤورس

مليسيا دان سيڠاڤورا اد باڽق ڤركارا ڤوكوق سڤرتي اير. تون محضير سبوت چارا كوندوسيۏ(باءيق) دان لي سيان لوڠ كات ݢاي كونستروكتيۏ(ممبينا) اونتوو كوميتمن (كاءواجيڤن) مڠوروسكن ڤركارا ترسبوت.

Labels:

Monday, April 08, 2019

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengawal internet. Bagaimana ia mengawasi berita palsu, ganas dan benci tanpa menjejaskan benda baik?

Labels:

سوروهنجاي مولتيميديا

سوروهنجاي كومونيكاسي دان مولتيميديا مليسيا مڠاول اينترنيت. باݢايمان اي مڠاواسي بريتا ڤلسو، ݢانس دان بنچي تنڤا منججسكن بندا باءيق؟

Labels:

Kereta elektrik

Seorang pemandu Wiebe Wakker mengguna kereta elektrik melintasi 60,000 batu melalui 33 negara.
     Apakah keadaan kereta elektrik di Malaysia? Apakah pandangan para pengguna mengenai harga, kos penyelenggaran, insentif kerajaan dan stesen bateri dicaj.
    

Labels:

كريتا ايليكتريك

ساءورڠ ڤمندو ويبي واككير مڠݢون كريتا ايليكتريك اونتوق ملينتسي 60،000 باتو ملالوءي 33 نݢارا.
     اڤاكه كاءداءن كريتا ايليكتريك دمليسيا؟ اڤاكه ڤندڠن ڤڠݢون مڠناءي هرݢ، كوس ڤڽلڠݢاراءن، اينسينتيۏ كراجاءن دان ستيسين باتري دچاج سمولا؟

Labels:

Sunday, April 07, 2019

زون اودارا برسيه

هاري اين،ڤوست بندراي لوندون اد زون كلوارن اسڤ ڤاليڠ رنده. ستياڤ كالي سبواه كريتا براسڤ كوتور ماسوق زون ايت ممباير £12.50. بندراي لاءين سڤرتي كوالا لومڤور منيڠوق اڤ اكن ترجادي.

Labels:

Zon udara bersih

Hari ini, London ada Zon Pengeluar Asap Paling Rendah. Kereta yang berasap kotor bayar £12.50 setiap kali memasuki zon itu. Bandaraya lain seperti Kuala Lumpur tengok apa akan terjadi.

Labels:

Saturday, April 06, 2019

باكت

باڽق نݢارا اد اورڠ يڠ برباكت. مريك برهجره كنݢارا يڠ داڠݢڤ سسواي. براڤ اورڠ برباݢت باليق كمليسيا؟

Labels:

Bakat

Banyak negara ada orang berbakat. Mereka berhijrah ke negara yang dianggap sesuai. Berapa orang berbakat balik ke Malaysia ?

Labels:

Perang saudara Libya

Perang saudara Libya
     Pada tahun 2011, Nato terutama Amerika Syarikat, Britain dan Perancis, memainkan peranan di Libya. Gadaffi dibunuh. Hulubalang-hulubalang meneruskan perang saudara.

Labels:

ڤرڠ ساودارا ليبيا

ڤرڠ ساودارا ليبيا
     ڤد تاهون 2011، Nato تراوتاما اميريكا شريكت، بريتاين دان ڤرنچيس مماءينكن ڤرانن دليبيا. ݢاداۏي دبونوه. هولوبالڠ-هولوبالڠ منروسكن ڤرڠ ساودارا.

Labels:

Pantun, Jerat Cakap Manis

Jerat Cakap Manis

Manis sungguh manisan Kenyalang,
     Tembaga ikan jadi karat;
Manis sungguh ucapan orang,
     Kata insan jadi jerat.

جيرت چاكڤ مانيس

مانيس سوڠݢوه مانيسن كنپالْڠ،
     تمباݢ ايكن جادي ݢادي؛
مانيس سوڠݢوه اوچڤن اورڠ،
     كات انسان جادي جرت.

甜言诱惑

甘雅朗的甜密糖。
     鱼铜器具竟生锈;
甜甜蜜蜜人言谈,
     却被甜言所引诱。

Fooled By Sweet Words

Kenyalang honey is very sweet,
     Copper container is corroded;
People's words are so sweet,
     With sweet words, some are fooled.
    

Labels:

Friday, April 05, 2019

Kemalangan Boeing 737 Max 8

Kemalangan dua pesawat Boeing 737 Max 8 mengorbankan 346 orang. Lebih  300 jet diberhentikan sementara itu. Syarikat Boeing cuba memperbetulkan sistem keselamatan kapal model tersebut.

Labels:

كمالڠن بوءيڠ 737 ميكس 8

كمالڠن دوا ڤساوت بوءيڠ 737 ميكس 8 مڠقربان 346 اورڠ. لبيه 300 جيت دبرهنتيكن سمنتارا ايت. بوءيڠ چوبا ممڤربتولكن سيستم كسلامتن كاڤل موديل اين.

Labels:

مينتا تاريخ بريكسيت دلنجوتكن

دالم كاءداءن سربا ساله ڤرليمن بريتيش، ڤردان منتري ثيريسا مي مينتا كساتوان ايروڤه سوڤاي ملنجوت تاريخ بريكسيت ك 30 جون 2019. سنديوارا.

Labels:

Brexit, serba salah.

Dalam keadaan serba salah di Parlimen British, Perdana Menteri Theresa May minta Kesatuan Eropah supaya melanjutkan tarikh Brexit ke Jun 30, 2019. Sandiwara.

Labels:

5G كوريا سلاتن

سمالم، كوريا سلاتن برمولا ڤرخيدمتن اينترنيت 5G اونتوق اورڠ عاوم. جك سموا برجالن دڠن باءيق، اداكه مليسيا اكن داڤت 5G ڤد تاهون 2021؟

Labels:

5G South Korea

Semalam, Korea Selatan bermula perkhidmatan internet 5G untuk orang awam. Jika semua berjalan dengan baik adakah Malaysia akan dapat 5G pada tahun 2021?

Labels:

Thursday, April 04, 2019

Masalah jenis makanan

Satu anggaran menunjukkan bahawa 11 juta orang mati lebih muda di dunia kerana masalah jenis makanan. Kurangkanlah haram. Nikmatilah lebih biji-bijian penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Labels:

مسءله جنيس ماكنن

ساتو اڠݢارن منونجوقءن 11 جوتا اورڠ ماتي لبيه مودا كران مسءله جنيس ماكنن ددنيا. مستيله كيت كورڠكن ݢارم دان نعمتيله لبيه بيجي-بيجيان ڤنوه، كاچڠ-كاچڠ، بواه-بواهن دان سايور-سايوفن.

Labels:

Wednesday, April 03, 2019

Pantun, Tangga Susah.

Tangga susah

Saya jejaki tangga bergerak,
     Ada orang yang diketepi;
Saya alami nyawa bergolak,
     Ada orang yang simpati.

تڠݢ سوسه

ساي ججقي تڠݢ برݢرق،
     اد اورڠ يڠ دكتڤي؛
ساي عالمي ڽاوا برݢولق،
     اد اورڠ يڠ سيمڤاتي.

动荡

跑上了电动楼梯,
     有人被搁在一隅;
遭遇到生活更替,
     也有人同情相辅。
 
Life Changes

I step on escalator to go high,
     Someone's stranded by the turn;
I experience ups and downs in life,
     Still, someone shows concern.

Labels:

Berita boleh dipercayai

Pengasas Facebook Zuckerberg sedang membuat persiapan untuk mengadakan perkhidmatan berita yang boleh dipercayai. Apple menambah baik produk berita. Kita berharap  mereka juga menghapuskan muatan merbahaya.

Labels:

2021 5G دمليسيا

سوروهنجاي كومونيكاسي دان مولتيميديا سبوت تاهون 2021 سباݢاي تاريخ اونتوق تيكنولوݢي 5G دمليسيا. باݢايمان منڤتي تاريچ؟

Labels:

5G di Malaysia pada 2021

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sebut tahun 2021 sebagai tarikh untuk 5G di Malaysia. Bagaimana menepati tarikh?

Labels:

بريتا بوليه دڤرچاياءي

ۏيسبوك زاكيربرݢ سدڠ موجودكن ڤرخيدمتن بريتا يڠ بوليه دڤرچاءيي. ايڤل سدڠ منمبه باءيق ڤرودوك بريتاڽ. كيت برهارڤ مريك جوݢ مڠهاڤوسكن مواتن مربهاي.

Labels:

Tuesday, April 02, 2019

نݢارا برسوكن

مليسيا هندق منجادي نݢارا برسوكن. هرݢاءي دان ڤليهارا اهلي-اهلي سوكن.

Labels:

Negara bersukan

Malaysia hendak menjadi negara bersukan. Hargai dan pelihara ahli-ahli sukan.

Labels:

Monday, April 01, 2019

اوندڠ-اوندڠ كتت

سيڠاڤورا مڠݢوبل اوندڠ-اوندڠ كتت اونتوق مڠاتاسي بريتا ڤلسو اينترنيت. ۏيسبوك بيمبڠ.

Labels:

Undang-undang ketat

Singapura menggubal undang-undang yang ketat untuk mengatasi muatan palsu  internet. Facebook bimbang.

Labels:

Kawal internet

Internet membawa kebaikan dan juga keburukan seperti diguna oleh pengganas. Pengasas Facebook minta kerajaan-kerajaan bantu mengawal muatan merbahaya. Bagaimana kawalan dapat menghalang keburukan sambil mengekalkan kebaikan?

Labels:

كاول اينترنيت

اينترنيت ممباوا كباءيقن دان جوݢ كبوروقن. ڤڠاساس ۏيسبوك زاكربرݢ مينتا كراجاءن بنتو مڠاول مواتن مربهاي. باݢايمان ڤيهقڽ مڠهالڠ كبوروقن سمبيل ممليهارا كباءيقن؟

Labels:

Bolasepak Liga Perdana Inggeris

Bolasepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool 2:1 Spurs. Buat sementara, Liverpool berada di teratas liga. Pengurusnya Klopp kata bahawa mereka perlu nasib baik untuk mengatasi pasukan elok.

Labels:

ليݢ ڤردان اڠݢريس

بولاسيڤق ليݢ ڤردان اڠݢريس، ليۏرڤول 1:2 سڤورس. بوات سمنتارا، ليۏرڤول براد دتراتس ليݢ. ڤڠوروسڽ كلوڤ كات مريك ڤرلو ناصيب باءيق اونتوق مڠاتاسي ڤاسوقن ايلوق.

Labels: