Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, August 31, 2015

هاري مرديك. Hari Merdeka

سلاين دري جغكاءن، ڤغوروسن دان اساس ايكهنهمي, ڤغورغن قادر كميسكينن دان اينيشياتيۏ, مليسيا ممرلوكن ڤنتدبيرن يغ باءيك, تلوس دان اكاوءتتبل.
Selain dari jangkaan, pengurusan dan asas ekonomi, pengurangan kadar kemiskinan dan initiatif, Malaysia memerlukan pentadbiran yang baik, telus dan akauntabel.

Labels: , ,

Sunday, August 30, 2015

ڤرهيمڤونن امن. Perhimpunan aman

ڤرهيمڤونن برصيه دسكيتر داتارن مرديك كوالا لومڤور ڤد 29 دان 30 اوگوس 2015 اداله امن دان ڤوليس ممنتاوڽ دغن امن. مليسيا بوليه منريما ڤربنتهن امن.
Perhimpunan Bersih di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos 2015 adalah aman dan polis memantaunya dengan aman. Malaysia boleh menerima perbantahan aman.

Labels:

Selamat Hari Merdeka سلامت هاري مرديكا

Selamat Hari Merdeka سلامت هاري مرديكا

Labels:

ڤرهيمڤونن دسميتر داتارن مرديكا لنتس امن. Perhimpunan di sekitar Dataran Merdeka lantas aman

ڤرهيمڤونن دسكيتر داتارن مرديكا ملنتسكن امن. ڤارا ڤسرتا برباجو كونيغ هارڤ ڤوليس مپمبوغكن چارا امن.
Perhimpunan di sekitar Dataran Merdeka melantaskan aman. Para peserta berbaju kuning berharap polis menyambungkan cara aman.

Saturday, August 29, 2015

ڤميمڤين برخيدمت دغن ترباءيك. Pemimpin berkhidmat dengan terbaik

داتوء سري ناجيب كات رعيت ڤيليه ڤميمڤين يغ برخيدمت دغن ترباءيك. ڤميمڤين ڤرلو ممنتيغكن اورغ راماي بوكن ديري سنديري.
Datuk Seri Najib kata rakyat pilih pemimpin yang berkhidmat dengan terbaik. Pemimpin perlu mementingkan orang ramai bukan diri sendiri.

Labels:

ڤراساءن رعيت ترهادڤ ڤرگولقءن. Perasaan rakyat terhadap pergolakan

ڤد 2 ڤتغ هاري اين، ريبوان ڤسرتا برباجو كونيغ نرارق ددڤن ڤاسر سني كوالا لومڤور. سينتيمن رعيت ترهادڤ ڤرگولقءن دالم دان لوار نگارا اداله بنر.
Pada 2 petang hari ini, ribuan peserta berbaju kuning berarak di depan Pasar Seni Kuala Lumpur. Sentimen rakyat terhadap pergolakan di dalam dan luar negara adalah benar.

Labels:

Friday, August 28, 2015

كومڤول سچارا سڤونتن. Kumpul secara spontan

راماي كومڤول دسكليليغ داتارن مرديكا سچارا سڤونتن امن هاري اين كران سواسان كتيدقتنتوان ددالم دان لوار نگارا. مريكا توغگو لغكه سڤونتن دان موناسبه كراجاءن.
Ramai kumpul di sekeliling Dataran Merdeka Kuala Lumpur secara spontan dan aman hari ini kerana suasana ketidaktentuan di dalam dan luar negara. Mereka tunggu langkah spontan dan munasabah Kerajaan.

Labels:

Thursday, August 27, 2015

ڤرهيمڤونن برصيه مستي امن. Perhimpunan bersih mesti aman

ڤرهيمڤونن برصيه اداله امن. كيت برهارڤ ڤوليس داڤت مغاول كاءداءن دسكيتر داتارن مرديكا كوالا لومڤور دان ممنتاي ڤغاچاو.
Perhimpunan Bersih adalah aman. Kita berharap polis dapat mengawal keadaan di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan memantau pengacau.

Labels:

Wednesday, August 26, 2015

ڤرهيمڤونن برصيه4. Perhimpunan Bersih 4

بريبو-ريبو اورغ دري ڤلباگاي تمڤت اكن بركومڤول دسكيتر داتارن مرديكا كوالا لومڤور سلڤس جالن-جالن دتوتوڤ ڤد 29 اوگوس 2015. ڤارا اغگوتا ڤوليس، ديوب نبداراي دان لاءين-لاءين اكن براد دڤرهيمڤونن برصيه دان ڤرهيمڤونن انتي برصيه. كيت برهارڤ كراجاءن اكن مغگوناكن چارا امن اونتوق مناغني ڤرهيمڤونن امن.
Beribu-ribu orang dari pelbagai tempat akan berkumpul di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur selepas jalan-jalan ditutup pada 29 Ogos, 2015. Para anggota polis, Dewan Bandaraya dan lain-lain akan berada di perhimpunan Bersih dan perhimpunan anti-Bersih. Kita berharap Kerajaan akan menggunakan cara aman untuk menangani perhimpunan aman.

Labels:

10 اغگوتا جاوتنكواس خاس ايكونومي. 10 anggota Jawatankuasa Khas Ekonomi

سڤولوه اغگوتا جاوتنكواس خاس ايكونومي تله داومومكن اوله داتوء سري ناجيب اونتوق مغوكوهكن اساس ايكونومي مليسيا. سموگ مريك بوليه مرداكن سينتيمين رعيت.
Sepuluh anggota Jawatankuasa Khas Ekonomi telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib untuk mengukuhkan asas ekonomi Malaysia. Semoga mereka boleh meredakan sentimen rakyat.

Labels:

Tuesday, August 25, 2015

جاوتنكواس خاس ايكونومي. Jawatankuasa Khas Ekonomi

داتوء سري ناجيب توبوه جاوتنكواس خاس ايكونومي اونتوق ممستيكن دان مغكلكن مومينتوم ڤرتومبوهن ايكونومي كتيك كتيدقتنتوان دنيا. كيت سغت ڤرلو ممڤرباءيكي مومينتوم سينتيمين, انسايءن دان ڤرسيڤسي رعيت مليسيا.
Datuk Seri Najib tubuh Jawatankuasa Khas Ekonomi untuk memasti dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi ketika ketidaktentuan dunia. Kita sangat perlu memperbaiki momentum sentimen, andaian dan persepsi rakyat Malaysia.

Labels:

اثنين هيتم دچينا ججس سدنيا.Isnin Hitam di Chima jejas sedunia

اثنين هيتم دچينا منججسكن سدبيا. هرگ ميپق جاتوه كباوه US$45 ستوغ. سموا بورسا ساهم ترماسوق داميريكا شريكت تورون. US$1 سام نيلاي دغن RM4.2. مليسيا مستي برسديا مغهاداڤي كاءداءن اين.
Isnin hitam di China menjejaskan sedunia. Harga minyak jatuh ke bawah US$45 setong. Semua bursa saham termasuk di Amerika Syarikat turun. US$1 sama nilai dengan RM4.20. Malaysia mesti bersedia menghadapi keadaan ini.

Labels:

بولاسيڤق EPL: ارسينل 0:0 ليۏرڤول. Bolasepak EPL: Arsenal 0:0 Liverpool

ليۏرڤول براد د4 كاتس ليگ دان ارسينل ك9. ڤغوروس ليۏرڤول رودزيرس گمبيرا دان ڤغوروس ارسينل ويغير كسل كران ڤاسوقءنڽ تيدق منجاريغ گول.

Labels:

Monday, August 24, 2015

ڤغاسيغن سيسا ڤڤجل.Pengasingan sisa pepejal

ڤغاسيغن سمڤه اكن برمولا ڤد 1.9.15. رعيت دري كوالا لومڤور, ڤوترجاي, ڤهغ, جوهور, ملاك, نگري سمبيلن, ڤرليس دان كده هندق تاهو چارا ڤلقساءنڽ.
Pengasingan sampah akan bermula pada 1.9.15. Rakyat dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah hendak tahu cara pelaksaannya.

Labels:

Sunday, August 23, 2015

بولاسيڤق EPL: چيلسي 2:3 ويست بروم. Bolasepak

كڤتين جون تيري دبواغ ڤادغ. چيلسي منغ كالي ڤرتام موسيم اين. ويست بروم تيدق داڤت مغمبيل كسمڤتن.
Kapten John Terry dibuang padang. Chelsea menang kali pertama musim ini. West Brom tidak dapat mengambil kesempatan.

Labels:

قصه ڤنجغ 1MDB. حل Kisah panjang 1MDB

قصه ڤنجغ برورنا-ورني 1MDB دان سومبغن ڤوليتيك RM2.6 بيليون ترماسوق صۏت ڤرقومن دچريتاكن بربولن-بولن. رعيت براسا جيغكيل. مريك ترتاڽ-تاڽ: بيلاكه داڤت حقيقت؟
Kisah panjang berwarna-warni 1 MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion termasuk sifat perkauman dicerita berbulan-bulan. Rakyat berasa jengkel. Mereka tertanya-tanya: bilakah dapat hakikat?

Labels:

Friday, August 21, 2015

سيۏت كڤيمڤينن لالو. Sifat kepimpinan lalu

داتوء سري ناجيب سبوت سيۏت كڤيمڤينن لالو سڤرتي ممبري ڤرهاتيان، كمشغولن دان قربان كڤد نگارا. مليسيا ممرلوكن ڤارا ڤميمڤين يغ ممڤوپاءي سيۏت-سيۏت اين تروتام كتيك وجودڽ ڤلباگاي ڤريستيوا.
Datuk Seri Najib sebut sifat kepimpinan lalu seperti memberi perhatian, kemasyghulan dan pengorbanan kepada negara. Malaysia memerlukan para pemimpin yang mempunyai sifat ini terutamanya semasa wujud pelbagai peristiwa.

Labels:

تانم ڤوكوق دكوالا لومڤور. Tanam pokok di Kuala Lumpur

منتري ويلايه ڤرسكوتوان كو نان چاكڤ بهاوا دري 2012 هيغگ 2015 ديون بندراي كوالا لومڤور تله منانم 120000 ڤوكوق, لنيه دري ساسرن 100000. تتاڤي, بليو تيدق سبوت حل ڤپلغگاراءن ڤوكوق-ڤوكوق اين.
Menteri Wilayah Persekutuan Ku Nan cakap bahawa dari 2012 hingga 2015, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, telah menanam 120, 000 pokok, lebih dari sasaran 100, 000. Tetapi, beliau tidak sebut hal penyelenggaraan pokok-pokok ini.

Labels:

Thursday, August 20, 2015

IS di Malaysia

Pengikut IS bertambah 10 orang dengan jumlah dalam tahanan 121. Menurut Ketua Polis, Tan Sri Khalid, mereka merancang untuk melakukan keganasan di Malaysia. Rakyat perlu sentiasa berhati-hati.
ڤغيكوت IS برتمبه 10 اورغ دغن جومله دالم تاهنن 121. منوروت كتوا ڤوليس, تن سري خاليد, مريك مرنچغ اونتوق ملاكوكن كگانسن دمليسيا. رعيت ڤرلو سنتياس برهاتي-هاتي.

Labels:

Wednesday, August 19, 2015

هرگ داگيغ دمليسيا.Harga daging di Malaysia

هرگ داگيغ سڤرتي كمبيغ, لمبو, كينسير دان ايم مستي دجاگ دغن بركسن. سموا ڤيهق هاروس بروسها ممستيكن هرگڽ مونسنه.
Harga daging seperti kambing, lembu, kinsir dan ayam mesti dijaga dengan berkesan. Semua pihak harus berusaha memastikan harganya munasabah.

Labels:

ايۏلاسي دمليسيا.Inflasi di Malaysia

ستياوسها اگوغ تن سري ايرون سبوت مغناءي اينۏلاسي. كيت برهارڤ بليو داڤت ممبري اغكا يغ ممبايغكن كاءداءن يغ سبنرڽ. اداكه ايۏلاسي 3.3%؟

Labels:

Tuesday, August 18, 2015

لتوڤن بوم ڤغگانس دبغگوق. Letupan bom pengganas di Bangkok.

لتوڤن درتچاڤراسوغ ممبونوه لبيه 20 اورغ دان منچدراكن لبيه 100. كباپقنڽ ڤلنچوغ. ڤارا ڤغگانس سرغ ڤوست-ڤوست ڤلنچوغ. تعزيت كڤد كلوارگ سموا مغسا. سموگ ڤيهق ظاي داڤت منغكڤ ڤنجنايه.
Letupan di Ratchaprasong membunuh lebih 20 orang dan mencederakan lebih 100. Pengganas serang pusat-pusat pelancong. Takziah kepada keluarga semua mangsa. Semoga pihak Thai dapat menangkap penjenayah.

Labels:

Monday, August 17, 2015

بولاسيڤق EPL: چيلسي 3:0 منچيستر سيتي.Bolasepak EPL: Cheldea 0:3 Manchester City

ڤغوروس چيلسي موريپو كات كڤوتوسن ايت ڤلسو. ڤد ڤرمولاءن موسيم, ڤارا ڤاسوقءن مپسوايكن ديري.
Pengurus Chelsea Mourinho kata keputusan itu palsu. Pada permulaan musim, para pasukan menyesuaikan diri.

Labels:

Sunday, August 16, 2015

حرمت كڤد سموا اگام. Hormat kepada semua agama

تيمبالن ڤردان منتري داتوء سري زاحيد منگسكن بهاوا بليو ممليهارا اسلم دان سكالي-كالي تيدق ممندغ رنده اگام لاءين. كيت سنتياس بوليه مليهت.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid menegaskan bahawa  beliau memelihara Islam dan sekali-kali tidak memandang rendah agama lain. Kita sentiasa boleh melihat.

Labels:

Friday, August 14, 2015

لبيه 70 اورغ ترقربان كران لتوڤن باهن بهاي دتيانجيغ. Lebih 70 orang terkorban kerana letupan bahan bahaya di Tianjing

تعخيت كڤد كلوارگ مغسا لتوڤن باهن بهاي دتيانجيغ, چينا دان سيمڤاتي كڤد اورغ يغ چدرا دان هيلغ تمڤت كديامن.
Takziah kepada keluarga mangsa letupan bahan bahaya di Tianjing, China, dan simpati kepada yang cedera dan hilang tempat kediaman.

Labels:

مس بارو MAS baru

كيت منومڤو ڤرهاتيان كڤد ناحس MH370 دان MH17. رعيت مستي مليهت ڤپوسونن سمولا شريكت ڤنربغن اين ترماسوق سام اد لاينن عديل كاءتس ڤارا ڤكرج.
Kita menumpu perhatian kepada nahas MH370 dan MH17. Rakyat mesti melihat penyusunan semula syarikat penerbangan ini termasuk sama ada adil layanannya ke atas para pekerja.

Labels:

اكتا دانا ڤوليتيك. Akta Dana Politik

دالم سواسان سومبغن ڤوليتيك RM2.6 بيليون, مليسيا ساغت ڤرلو اكتا دانا ڤوليتيك دان بادن بيبس باگي مغواتكواساكنڽ.
Dalam suasana sumbangan politik RM2.6 bilion, Malaysia sangat perlu Akta Dana Politik dan badan bebas untuk menguatkuasakannya.

Labels:

Thursday, August 13, 2015

ڤرتوكسرن اسيغ. Pertukaran asing

ڤرتوكارن US$1 اوتوق RM4.1223 منيمبولكن مسءله. هرگ بارغ ايمڤورت ناءيك. دالم سواسان 1MDB, رعيت برهارڤ كراجاءن امبيل لغكه مغهاداڤي كتورونن نيلاي يوان چينا.
Pertukaran US$1 untuk RM4.1223 menimbulkan masalah. Harga barang import naik. Dalam suasana 1MDB, rakyat berharap Kerajaan ambil langkah menghadapi keturunan nilai Yuan China.

Labels:

ڤغگودم مغانچم.Penggodam mengancam

ايترنيت اد ڤغگودم يغ بوليه منججسكن سگالا بيدغ. كسلامتن سيبر ساغت مستاحق. سموا ڤيهق مستي سنتياس بروسڤادا. جاغن گون السن اين اوتوق سكت كبيبسن.
Internet ada penggodam yang boleh menjejaskan segala bidang. Keselamatan siber sangat mustahak. Semua pihak mesti sentiasa berwaspada. Jangan guna alasan ini untuk sekat kebebasan.

Labels:

Wednesday, August 12, 2015

كراجاءن تروس تغگوه سياستن 1MDB اوليه.Kerajaan terus tangguh siasatan1MDB oleh PAC

كراجاءن مليديا تروس منغگوهكن سياستن 1MDB اوليه PAC سلام همڤير 3 بولن سهيغگ كاءغگوتاءن جاوتنكواس ڤميليه ديون رعوت دسلسايكن.ڤد تيوريڽ, جاوتنكواس ڤميليه ملنتيق اهلي PAC. منتري ازالينا كات بهاوا كراجاءن تيدق ملاكوكن ڤنغگوهن ترسبوت دغن سغاج.
Kerajaan Malaysia terus menangguhkan siasatan 1MDB oleh PAC selama hampir 3 bulan, sehingga keanggotaan Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat diselesaikan. Pada teorinya, Jawatankuasa Pemilih melantik ahli PAC. Menteri Azalina kata bahawa Kerajaan tidak melakukan penangguhan tersebut dengan sengaja.

Labels:

Tuesday, August 11, 2015

ساتو بيل اونتوق اير دان ڤمبتوغن. Satu bil untuk air dan pembetungan

داوستراليا دان نيو زيلند, ڤغگون باير اونتوق اير دان ڤمبتوغن دالم ساتو بيل. منتري داتوء سري ميكسيميس هندق چوبا دلابوان سام اد سيستم اين بوليه دڤاكاي. ڤرلو سيست بايرن يغ سسواي دغن مليسيا.
Di Australia dan New Zealand, pengguna bayar untuk air dan pembetungan dalam satu bil. Menteri Datuk Seri Maximus hendak cuba di Labuan sama ada sistem ini boleh dipakai. Perlu sistem bayaran yang sesuai dengan Malaysia.

Labels:

چينا تورون نيلاي يوان. China turun nilai Yuan

چينا تورونكن نيلاي يوان همڤير 2%.دنيا ترماسوق مليسيا تركنا تمڤياس. اميريكا مميرهاتي. مليسيا چوبا سلساي مسءله 1MDBدان سومبغن ڤوليتيك RM2.6 بيليون: ڤربيزاءن دانتارا رمبوتن دان ڤولاسن.
China turunkan nilai Yuan hampir 2%. Dunia termasuk Malaysia terkena tempias. Amerika memerhati. Malaysia cuba selesai masalah 1MDB dan sumbangan politik: perbezaan di antara rambutan dan pulasan.

Labels:

Monday, August 10, 2015

دوا ڤگاواي كمبالي ك Two officers return to SPRM

داتوء بهري دان داتوء روحايزد كمبالي كSPRM. لغكه بتول. ڤليهارا ايميج سوروهنجاي. سموا ڤگاواي هاريس مندولتكن اوندغ-اوندغ.
Datuk Bahri dan Datuk Rohaizad kembali ke SPRM. Langkah betul. Pelihara imej suruhanjaya itu. Semua pegawai harus mendaulatkan undang-undang.

Labels:

)GLC شريكت بركاءيتن كراجاءن . Syarikat berkaitkan kerajaan

شريكت ڤلابورن بركاءيتن كراجاءن (GLIC) دان شريكت بركاءيتن كراجاءن (GLC) ممڤراونتوقءن سهيغگ RM46 بيليون باگي ڤلقساناءن اگيندا. سموگ واغ اين دگون دغن باءيك, تلوس دان چكڤ. جاغن اد ڤپليويغن.
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memperuntukkan sehingga RM46 bilion bagi pelaksanaan agenda. Semoga wang ini diguna dengan baik, telus dan cekap. Jangan ada penyelewengan.

Labels:

英超足球

英超足球新季节开始前夕, 切西尔与阿申纽有喧嚣声。第一场赛事: 切西尔 2: 2 斯万西; 阿申纽 0:2 西罕联。新季节初已具竞争性。

Labels:

Sunday, August 09, 2015

Musim bolasepak EPL موسيم بولاسيڤق EPL

موسيم برمولا دغن كگمڤارن دانتارا ارسينل دان چيلسي سبلومڽ. ڤردنديغن ڤرتام: چيلسي 2:2 سوانسي؛ ارسينل 2:0 ويست هيم اونايتد. ڤرساءيغن اول.
Musim bermula dengan kegemparan di antara Arsenal dan Chelsea sebelumnya. Pertandingan pertama: Chelsea 0:2 Swansea; Arsenal 0:2 West Ham United. Persaingan awal.

Labels:

Ketua Polis tangguh penyiasatan SPRM كتوا ڤوليس تغگوه ڤپاستن

Tan Sri Khalid tangguh penyiasatan ke atas SPRM kerana dakwaan bocor maklumat 1MDB. Tolong pelihara imej badan pencegahan raduah.
تن سري خاليد تغگوه ڤپاستن كاءتس SPRM كران دعواءن بوچور معلومت 1MDB. تولوغ ڤليهارا ايميج بادن ڤنچگهن راسواه.

Labels:

Letupan bom plutonium di Nagasaki. لتوڤن بوم ڤلوتونيوم دناگاساكي

ڤد 9 اوگوس, 1945 لتوڤن بوم ڤلوتونيوم د ناگاساكي, جڤون, ممبونوه 70000 اورغ دان لبيه راماي ماتي كران ڤپاكيت رادياسي. كيني, براڤ نگارا اد بوم نوكليار لبيه كوات.
Pada 9 Ogos, 1945, letupan bom plutonium di Nagasaki, Jepun, membunuh 70000 orang dengan serta-merta dan lebih ramai mati kerana penyakit radiasi. Kini, berapa negara ada bom nuklear yang lebih kuat.

Labels:

داتوء سري ناجيب كات بليو تربوك كڤد كريتيكن Datuk Seri Najib kata beliau terbuka kepada kritikan

كامي مغشوركن بهاوا كراجاءن برهنتي تيندقءن منغگوه ڤپاستن PAC كاءتس 1MDB دان تيدق لاگي مغگغگو ڤگاواي-ڤگاواي SPRM سبب دعواءن كبوچورن معلومت 1MDB.
Kami mengesyorkan bahawa Kerajaan berhenti tindakan menangguh penyiasatan PAC ke atas 1MDB dan tidak lagi mengganggu pegawai-pegawai SPRM sebab dakwaan kebocoran maklumat 1MDB.

Labels:

Saturday, August 08, 2015

ايميج SPRM ڤنتيغ Isu SPRM penting

ايسو 1MDB دان سومبغن ڤوليتيك RM2.6  يليون مناريق ڤرهاتيان دنيا. جاغن ججسكن ايميج SPRM يغ مستي مندولتكن اوندغ-اوندغ اوتوق ممبوات ڤپاستن. ڤولي سرغ SPRM, سوءال 9 ڤگاواي دان ڤينده 2 ڤگاواي كجابتن ڤردان منتري. اين منيمبولكن ڤراساءن تيدق ڤواس هاتي دان شك وسغك دكالغن رعيت.
Isu 1 MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion menarik perhatian dunia. Jangan jejaskan imej SPRM yang mesti mendaulatkan undang-undang untuk membuat penyiasatan. Polis serang SPRM, soal 9 pegawai dan pindah 2 pegawai ke Jabatan Perdana Menteri. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dan syak wasangka di kalangan rakyat.

Labels:

Friday, August 07, 2015

Syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC; G20). شريكت بركاءيتن دغن كراجاءن

20  syarikat GLC (G20) melabur dalam negara RM153.9 bilion, memberi dividen RM108.3 bilion dan membayar RM63.5 bilion cukai. Syarikat-syarikat ini mesti mengurus dengan berkesan dan menjaga kepentingan rakyat.
20 شريكت GLC ملابور دالم نگارا RM153.9g بيليون, ممبري ديۏيديم RM108.3 بيليون دان ممباير RM63.5 بيليون چوكاي. شريكت-شريكت اين مستي مغوروس دغن بركسن دان منجاگ كڤنتيغن رعيت.

Labels:

Thursday, August 06, 2015

كاءونتر تيكيت كوموترKaunter tiket komuter

ڤردان منتري ناجيب گمبيرا دغن كاءونتر تيكيت كوموتر ديتمبڤ دري 6 ك12. كيت هارڤ ڤرخيدمتن دان كتتڤن ڤد ماس برتمبه باءيك.
Perdana Menteri Najib gembira dengan kaunter tiket komuter ditambah dari 6 ke 12. Kita harap perkhidmatan dan ketetapan pada masa bertambah baik.

Labels:

Wednesday, August 05, 2015

اولغتاهون 70 لتوڤن اتوم هيروشيما.Ulangtahun 70 letupan atom Hiroshima

هاري اين اولغتاهون 70 لتوڤن اتوم دهيروشيما، جڤون, دايكوتي لتوڤن دناگاساكي 3 هاري كمدين. دهيروشيما, لبيه 70000 اورغ ترقوربن سرتا-مرتا دان لبيه 100000 ايسان ماتي كران ڤپاكيت رادياسي. كيني, براڤ نگارا اد بوم نوكليار.
Hari ini, ulangtahun 70 letupan atom di Hiroshima, Jepun, diikuti dengan letupan di Nagasaki 3 hari kemudian. Di Hisroshima, lebih 70000 orang terkorban serta-merta dan lebih 100000 insan mati kerana penyakit radiasi. Kini, berapa negara ada bom nuklear.

Labels:

Tuesday, August 04, 2015

Dunia peka kepada sumbangan politik.دنيا ڤيكا كڤد سومبغن ڤوليتيك

سومبغن ڤوليتيك RM2.6 بيليون مناريق ڤرهاتيان دنيا. كپاتاءن ڤوتر بليت ممبوروقءن كاءداءن. اورغ ماهو حاقيقت.
Sumbangan politik RM2.6 bilion menarik perhatian dunia. Kenyataan putar belit memburukkan keadaan. Orang mahu hakikat.

Labels:

Akta kawal sumbangan politik. اكتا كاول سومبغن ڤوليتيك

اداله سغت ڤرلو مغگوبل اكتا كتت مغاول سومبغن ڤوليتيك اونتوق مغايلق ڤرتيكايءن سڤرتي RM2.6 بيليون دالم اكءون. مليسيا بلوم اد اوندزغ-اوندغ ساءومڤام اين.
Adalah sangat perlu menggubal akta ketat mengawal sumbangan politik untuk mengelakkan pertikaian seperti RM2.6 bilion dalam akaun. Malaysia belum ada undang-undang seumpama ini.

Labels:

Monday, August 03, 2015

مشوارت PAC دتغگوه 3 بولن. Mesyuarat PAC ditangguh 3 bulan

بيليك مشوارت PAC اونتوق سوءال كتوا ڤگاواي ايكسيكوتيۏ 1MDB دكونچي كران ڤروسيديغ PAC دتغگوهكن همڤير 3 بولن. YAB اد ڤروگرام اونتوق سلساي هوتزغ 1MDB. كامي برسديا منروسكن سياستن 1MDB.
Bilik mesyuarat PAC untuk soal ketua pegawai eksekutif 1MDB dikunci kerana prosiding PAC ditangguhkan hampir 3 bulan. YAB Najib ada program untuk selesai hutang 1MDB. Kami bersedia meneruskan siasatan 1MDB.

Labels:

Sunday, August 02, 2015

ناجيب دان تيندوءن تگس ترهادڤ ميفيا سوشيال.lNajib dan tindakan tegas terhadap media sosialk

داتوء سري ناجيب برعزم مغمبيل تيندقءن تگس ترهادڤ اورغ يغ مپياركن بريتا يغ تيدق براساس ترماسوق مميندا اكتا باگي مغاواسي ميديا سوشيال. جاغن گون الاسن سكت سوارا يغ بربوكتي.
Datuk Seri Najib berazam mengambil tindakan tegas terhadap orang yang menyiarkan berita tidak berasas, termasuk meminda akta bagi mengawasi media sosial. Jangan guna alasan sekat suara yang berbukti.

Labels:

كهيلغن غاءيب MH370 دان سايڤ برتريتيڤ دي ڤولاو رياونيون Kehilangan ghaib MH370 dan

سايڤ برتريتيڤ دتربغ دري ڤولاو رياونيون كتولوس, ڤرنچيس, اوتوق دكاجي دان دسهكن سام اد اي دري ڤساوت MH370. جك دسهكن, ڤارا كلوارگ 239 مغسا توغگو لغكه يغ سلنجوتڽ.
Sayap berteritip diterbang dari Pulau Reunion ke Tolouse, Perancis, untuk dikaji dan disahkan sama ada ia dari pesawat MH370. Jika disahkan, para keluarga 239 mangsa tunggu langkah yang selanjutnya.

Labels:

Saturday, August 01, 2015

Najib dan program Kerajaan kurang hutang 1MDB ناجيب دان ڤروگرام كراجاءن كورغ هوتغ 1MDB

داتوء سري ناجيب سبوت بهاوا كراجاءن اد ڤروگرام اونتوق مغورغ هوتغ 1MDB دالم 6 بولن دان توغگو لاڤورن اچير 1MDB اوليه كتوا اوديت نگارا. سمنتارا ايت, سياستن 1MDB اوليه PAC دتغگوه سلام همڤير 3 بولن.
Datuk Seri Najib sebut bahawa Kerajaan ada program untuk mengurang hutang 1MDB dalam 6 bulan dan tunggu laporan terakhir 1MDB oleh Ketua Audit Negara. Sementara itu, siasatan 1MDB oleh PAC ditangguh selama hampir 3 bulan.

Labels:

Zahid kata tiada agenda tersembunyi dalam perlantika pengerusi PAC زاحيد: تيادا اگيندا ترسمبوپي دالم ڤرلانتيكن ڤغروسي PAC.

داتوء سري زاحيد كات تيادا اگيندا ترسمبوپي دالم ڤرلانتيكن ڤغروسي دان 3 اهلي PAC اوليه كابينيت. ڤد رسميڽ, ڤرلانتيكن مريك دبوات اوليه جاوتنكواس ڤميليه ديون رعيت. ڤنغگوهن ڤروسيديغ PAC سلام همڤير 3 بولن منيمبولكن سوءالن.
Datuk Seri Zahid kata tiada agenda tersembunyi dalam perlantikan pengerusi dan 3 ahli PAC oleh Kabinet. Pada rasminya, perlantikan mereka dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat. Psnangguhan prosiding PAC selama hampir 3 bulan menimbulkan soalan.

Labels: