Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru.

Selamat Tahun Baru.

Semoga tahun baru membawa keamanan dan kebahagiaan kepada semua.

Wednesday, December 21, 2011

Semoga SPRM dapat kebenaran mengenai NFC

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dapat kenenaran dalam pertikaian lembu, Natioanl Feedlot Corporation (NFC).

Pada 22.12.2011, Dr Tan melihat SPRM menubuhkan sebuah pasukan khas untuk memeriksa pertikaian NFC.

Sejak Laporan Audit Negara 2010 dibentangkan di Parlimen dua bulan yang lepas, kontroversi timbul berkaitan NFC kerana sebahagian wang RM250 juta dikatakan digunakan untuk membeli kondominium mewah One Menerung dan syarikat itu adalah dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

SPRM mengatakan bahawa pasukan khas ini adalah diketuai oleh pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. Diharapkan beliau dapat menyiasat kes ini dengan berkesan.

Apa yang disoalkan oleh awam ialah SPRM mengambil masa untuk menubuhkan pasukan tersebut. Menurut kenyataan SPRM, ia 'telah menerima aduan terbaru berhubung kes berkenaan.'

Mudah-mudahan SPRM boleh membongkarkan hakikatnya.

Tan Seng Giaw


Saturday, December 10, 2011

Harap Kementerian Perumahan membantu mengatasi masalah di Green View Apartment, Kepong.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membantu para penghuni di Pangsapuri Green View, Taman Pusat Kepong, mengatasi pelbagai masalah termasuk penyelenggaraan.

Pada 11.12.2011, Dr Tan melawat Pangsapuri Green View untuk mendengar aduan para penduduk.

Malaysia mempunyai beribu-ribu pangsapuri dan kondominium,sama ada swasta atau awam. Semua memerlu pengurusan yang berkesan. Pada akhir ini, lebih 2,000 Badan Pengurusan Bersama (PMB) telah ditubuh di seluruh negara. PMB memungut bayaran penyenggara dari setiap unit, untuk memberi perkhidmatan seperti keselamatan, pembersihan, pemungutan sampah dan tempat letak kereta.

Ada PMB yang berjalan dengan baik dan ada yang kurang elok. Para penghuni bersungut mengenai bayaran. Sesetengahnya tidak membayar. Jika tidak menerima bayaran dari penghuni, JMB susah berfungsi. Pangsapuri Green View yang mempunyai kira-kira 1,000 unit menghadapi kebuntuan bebrapa tahun. PMB memungut bayaran RM65. Kini, ia hendak naik kepada RM85. Para penghuni tidak puas hati dengan perkhidmatannya, maka sebahagiannya tidak mahu membayar.Berbilang hal termasuk keselamatan, tempat letak kereta, pembersihan, sampah-sarap, meter air dan elektrik serta alam sekitar tidak dapat diurus dengan baik.

Kami seringkali membangkitkan isu pangsapuri dan kondominium di Dewan Rakyat. Kementerian Perumahan meminda undang-undang agar pelbagai hal boleh diatasi. Semoga ia boleh menolong para penduduk di Geen View.

Kami pernah memberitahu Kementerian Perumahan bahawa PMB tidak akan menyelesaikan semua hal, tertutamanya di pangsapuri sederhana ke bawah. Kami berhubung dengan Kementerian tentang masalah di Green View.

Tan Seng Giaw

Wednesday, December 07, 2011

Mengatasi kerenah birokrasi & penyelewengan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah membantu mengatasi kerenah birokrasi dan kecurangan di sesetengah jabatan.

Pemberian pembalasan dan ganjaran kepada kakitangan yang rajin dan berkebolehan adalah munasabah. Usaha mengalah kerenah birokrasi dan kecurangan membawa manfaat kepada khalayak ramai.

Pada 8.12.2011, Dr Tan mengulas kenyataan Ketua Pengarah JPA mengenai cara beliau menangani kenaikan gaji dan pangkat kakitangan perkhidmatan awam.

Semalam, pengumuman Tan Sri Abu Bakar menarik perhatian ramai. Skim Gaji Baru yang boleh menghadiahkan kakitangan yang berkerja kuat dan berbakat memang mendatangkan kebaikan. Jika 1.3 juta kakitangan kerajaan lebih rajin dan berdedikasi, masyarakat menyambut menguntung.

Kami membangkit keberkesanan dan birokrasi jabatan-jabatan kerajaan di Dewan Rakyat. Kami akan terus berbuat demikian kerana pengawalan perkhidmatan awaam adalah penting.

Sambil mengurniakan pembalasan kepada mereka yang benar-benar bekerja, kita perlu melihat sikap dan keberkesanan jabatan-jabatan. Misalnya, Projek Bersih Biometrik mendaftarkan lebih dua juta pekerja asing. Kita masih tidak mengetahui bilangan pendatang tanpa izin, PATI. Di bawah Bersih, birokerasi dan kekangan menyusahkan orang awam.

Semua pihak mestilah berusaha untuk mengatasi kecurangan tersebut. Semoga Tan Sri Abu Bakar boleh membantu.

Tan Seng Giaw

Saturday, December 03, 2011

Proses pilihan raya hendaklah ditambahbaik

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya syor-syor awal (interim )untuk menambahbaikkan proses pilihan raya yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen benar-benar dilaksanakan.

Pada 2.12.2011, YB Datuk Dr Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya membentangkan usul di Dewan Rakyat.

Penyata Jawatankuasa tersebut mengandungi 10 syor termasuk penggunaan dakwat kekal dan cara-cara lebih telus untuk mengundi.

Dr Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan tersebut. Di dalam mssa 10 minut dan di tengah gangguan para ahli parlimen BN,Dr Tan berkata:

Cuaca negara memang bermusim,
Suhu dan air turun dan naik;
Jawatankuasa ada syor interim,
Proses pilihan raya ditambahbaik.


Putera puteri kumpul di padang,
Melambai tangan sedia bersembah;
Menteri hendaklah mencadang,
Bilangan kakitangan SPR ditambah.

Selain dari 10 syor, kita perlu satu syor lagi iaitu peruntukan dari Kementerian Kewangan dan kakitangan dari Jabatan Perkhidmatan Awam haruslah ditambahkan agar syor-syor tersebut betul-betul dijalankan.

Kini, hanya warganegara yang umur genap 21 tahun boleh mendaftar menjadi pengundi. Lebih empat juta orang belum mendaftar. Jika kita kira warganegara yang berusia 18 ke atas diberi hak untuk mengundi, maka bilangannya tentu berjuta-juta lagi. Semua pihak terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya mestilah mempertingkatkan usaha untuk mendaftar mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Tan Seng Giaw