Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, November 30, 2011

Uruskan kes-kes pencurian elektrik dengan adil

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi seruannya supaya Tenaga Nasional Berhad, TNB, menggunakan kaedah yang adil untuk mengatasi kegiatan mencuri elektrik seluruh negara, terutamanya TNB memakai alat dan cara yang canggih untuk mengesan kegiatan yang haram ini.

Pada 30.11.2011, Dr Tan menanya Menteri Tenaga Datuk Peter Chin soalan tambahan di Dewan Rakyat mengenai hal pencurian aliran elektrik.

Malaysia mempunyai jutaan pengguna elektrik, misalnya tujuh juta pengguna di Semenanjung. Menurut Menteri, pada 2011, 9,450 pengguna disyaki mencuri elektrik. Setakat ini, terdapat 27 kes pencurian elektrik di mahkamah, 23 kes telah diselesaikan luar mahkamah.TNB pernah kalah seperti satu kes ia mengganti rugi RM1.2 juta.

TNB bergantung kepada cara dan alat yang canggih untuk memantau kegiatan pncurian elektrik, termasuk aduan awam, analisa, alat canggih dan pemeriksaan berjadual.Pada 2011, TNB telah menukar 1,183,701 meter lama dengan meter baru. Pada 2007-2008 2 kakitangan TNB terlibat dengan penyelewengan ini, 2008-2009 4, 2009-2010 1 dan 2010-2011 2. Angka yang sebenar tidak diketahui.

Di dalam lebih dari 10 tahun ini, TNB telah memungut beratus juta ringgit dari pengguna-pengguna yang disyaki mencuri elektrik. Ia akan meneruskan usahanya.

Memandangkan TNB bergantung kepada teknik dan alat yang canggih untuk mengesan kegiatan mencuri elektrik, ia boleh mengatasi masalah ini dengan cara yang adil.

Tan Seng Giaw

Thursday, November 17, 2011

Pemberian subsidi RM33bil harus tepat pada sasaran

Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Kerajaan Pusat supaya memastikan semua jenis subsidi benar-benar diberikan kepada sasaran, bukan dinikmati oleh orang-orang lain seperti orang-orang tengah.

Pada 17.11.2011, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lim Siang Chai menjelaskan di Dewan Rakyat mengenai jumlah subsidi RM33bilion dan cara menyampaikan kepada sasaran, misalnya penanam padi.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan, YB Datuk Lim mengatakan jumlah subsidi tahun 2012 adalah RM33 bilion, seumpama kepada petroleum (RM17 bilion), padi dan beras, elektrik dan penangkapan ikan. Pemberian RM100 kepada keluarga yang pendapatan bulanannya di bawah RM3,000 adalah untuk satu kali sahaja.

Memberi subsidi memang senang, tetapi menarik balik paling susah. Membantu orang yang benar-benar susah termasuk yang miskin adalah betul. Yang berupaya haruslah berusaha untuk berdikari. Masalah timbul apabila pihak pengurus tidak cekap dan tidak menepati sasaran.

Misalnya dengan subsidi petroleum, terdapat sindiket yang menyalahgunakan. Ada para pelancong yang mengambil kesempatan disebabkan kelemahan-kelemahan para pengurus subsidi.

Kita mestilah menentukan bahawa pemberian dan penerimaan subsidi berjumlah RM33 bilion tepat pada sasarannya. Cegahkanlah pembaziran dan penyelewengan subsidi.

Editor TMI editor+canned.response@themalaysianinsider.com
4:2

Wednesday, November 16, 2011

Dakwat kekal mestilah digunakan di pilihanraya umum

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi bahawa dakwat kekal mestilah digunakan di pilihanraya umum (PRU) untuk mengatasi penyelewengan.

Pada 16.11.2011, Dr Tan mengulas jawapan lisan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail di hadapan Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk menambahbaikkan PRU hari ini.

PRU haruslah adil dan saksama tanpa penyelewengan termasuk pemilih palsu. Selepas kemerdekaan 54 tahun, Kerajaan Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pilihan tersebut. Hari ini, Peguam Negara menerangkan bahawa penggunaan dakwat kekal untuk PRU tidak perlu pindaan Perlembagaan, hanya pindaan Peraturan sahaja.

Kami berharap syor-syor Jawatankuasa tersebut benar-benar membayangkan amalan yang adil, cocok dengan kehendak rakyat. Syor-syor ini patut diterima dan dikuatkuasakan dengan seboleh yang mungkin. Ini akan dapat mengatasi kebimbangan bahawa Jawatankuasa itu hanya untuk publisiti sahaja, bukan untuk menambahbaikkan PRU.

Tan Seng Giaw

Thursday, November 03, 2011

Perbendaharaan mesti tingkatkan prestasinya

Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kementerian Kewangan memperbaiki prestasi dan keberkesanaannya termasuk analisis ekonomi.

Menteri kewangan mestilah mengkaji semula semua aspek kegiatan kementeriannya untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang pesat, berbanding dengan agensi yang lain termasuk Bank Negara.

Pada 2.11.2011, Dr Tan mengambil baahagian di dalam perbahasan peruntukan RM34.7 bilion bagi Kementerian Kewangan tahun 2012 di peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat.

Menteri Kewangan dan timbalannya menjawab soalan ekonomi di dalam Dewan. Tetapi, pada akhir-akhirnya, perbendaharaan menunjukkan kelemahan di dalam beberapa aspek termasuk analisis ekonomi di dalam dan luar negara.

Sementara itu, Kementerian hendak menjadikan sistem perolehan elektronik bertaraf dunia dengan kerajaan elektronik diperuntukan RM5 juta dan pengurusan teknologi maklumat RM5.5 juta. Mewujudkan IT yang canggih cocok dengan zaman moden adalah betul. Kita hendak mengetahui syarikat yang telah dilantik.

Perbendaharaan mestilah mempertingkatkan analisis ekonomi. Misalnya, krisis zon Euro dengan kebangkrapan ekonomi Yunani mempengaruhi ekonomi dunia termasuk Malaysia. Bantuan dari China telah disebutkan. Jepun campurtangan terhadap Yen dengan ugutan menjual lebih Yen. Apakah kesannya? Kebankrapan MF Global, Amerika Syarikat dengan aset US28.7billion ada implikasinya. Walaupun ia lebih kecil berbanding dengan Lehman Brothers yang muflis, ia menjejaskan ekonomi. Banjir besar di Thailand menimbulkan masalah seperti sektor pembuatan. Pada 2010, Thailand mendapat pelaburan asing US5.8bil dan Indonesia US13.3 bilion, lebih besar dari Malaysia. Apakah akibat banjir di negara itu?

Tan Seng Giaw