Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, February 26, 2016

بادن بولازيڤق دنيا, FIFA. Badan bolasepak dunia

ڤريسيدن بارو FIFA, جياني اينۏنتينو, ادله ورگ ساءيتزرلند بركتورونن ايتالي. ڤارا ڤمينت بولاسيڤق  برهارڤ جياني براينتيگريتي دان داڤت مپلسايكن مسءله يڠ دتيڠگلكن بكس ڤريسيدنڽ سيڤ بلاتر.
Presiden baru FIFA, Gianni Infantino, adalah warga Switzerland berketurunan Itali. Para peminat bolasepak berharap Gianni berintegriti dan dapat menyelesaikan masalah yang ditinggalkan bekas presidennya Sepp Blatter.

Labels:

Thursday, February 25, 2016

توليسن خط ارتي باكت يغ تيدق اد بنديڠن. Tulisan khat erti bakat yang tidak ada bandingan

توليسن خط اين اداله ڤتيقءن دري ڤوجڠگا سو شي, دينستي سوڠ, لييه 1000 تاهون. اي برارتي باكت يڠ تيدق اد بنديڠن. مليسيا هندق ممليهارا باكت. منتري ڤنديديقءن تيڠگي داتوء سري ايدريس اولڠي ڤروگرام MyMaster دڠن 15000 بياسيسوا دان ڤروگرام MyPhd دڠن 5000 بياسيسوا. ڤرونتوقءن 2016 يڠ دسيمقءن اداله RM300 جوتا باگي ڤروگرام ترسبوت. اد 20 بياسيسوا اونتوق ڤلاجر SPM يڠ ترباءيك ڤرگي ك اونيۏرسيتي دمان-مان ددنيا. سموگ ڤيليهن چالون اونتوق بياسيسوا اداله عديل دان ستاندارد انتارابڠسا دچاڤاي. باگايمان اميريكا مناريق ايءنستاين؟
Tulisan khatc  ini adalah petikan dari pujangga Su Shi, Dinasti Song, lebih 1000 tahun. Ia berertibakat yang tidak ada bandingan. Malaysia hendakvmemelihara bakat. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris ulangi program MyMaster dengan 15,000 biasiswa dan program MyPhD dengan 5000 biasiswa. Peruntukan 2016 yang disemakkan adalah RM300 juta bagi program tersebut. Ada 20 biadiswa untuk pelajar SPM yang terbaik pergi ke universiti di mana-mana di dunia. Semoga pilihan calon untuk biasiswa adalah adil dan standard antarabangsa dicapai. Bagaimana Amerika menarik Einstein?

Labels:

Wednesday, February 24, 2016

ليگ ايوروڤا دان ڤيالا ڤرساتوان بولاسيڤق اڠگلند. Liga Europa dan Piala FA

ليگ ايوروڤا, مانچيستر اونايتد 1:2ميتجيلن؛ ڤيالا ڤرساتوان بولاسيڤق اڠگلند, مانچيستر اونايتد 3:0 شروسبيري. ككالهن داتس تاڠن كلب دينمارك ممبري تكنن كاءتس ڤڠوروس مانچيستر ۏان گاءعل. كمنڠن اتس شروسبيري ملگاكن سديكيت تكننڽ.
Liga Europa, Manchester United (MU) 1:2 Midtjyllan; Persatuan Bolasepak (FA) England, MU 3:0 Shrewsbury. Kekalahan MU atas tangan kelab Denmark memberi tekanan ke atas pengurus MU, van Gaal. Kemenangan MU ke atas Shrewsbury melegakan sedikit tekanannya.

Labels:

Tuesday, February 23, 2016

مت رمڤيت. Mat rempit

منتري ويلايه ڤرسكوتوان كو نان چاكڤ تنتڠ ڤنوتوڤن براڤ جالن دكوالا لومڤور اونتوق ممبوليهكن مت رمڤيت ملومبا باسيكل. سيلا دڠر ڤنداڤت اورڠ عوام.
Menteri Wilayah Persekutuan Ku Nan cakap tentang penutupan berapa jalan di Kuala Lumpur untuk membolehkan mat rempit melumba motosikal. Sila dengar pendapat orang awam.

Labels:

اوستراليا بري امارن كڤد ورگ دمليسيا تنتڠ سرڠن ڤڠگانس. Australia beri amaran kepada warga tentang serangan pengganas

كتوا ڤوليس نگارا تن سري خاليد هاروس تونجوق كڤد اوستراليا دان نگارا-نگارا يڠ لاءين كبوليهن ڤوليس مليسيا سنتياس منچگه سرڠن ڤڠگانس.
Ketua Polis Negara Tan Seri Khalid harus tunjuk kepada Australia dan negara-negara lain kebolehan sentiasa mencegah serangan pengganas.

Labels:

Monday, February 22, 2016

سرڠن ڤڠگانس دكوالا لومڤور. Serangan pengganas di Kuala Lumpur

اداكه IS اكن سرڠ كوالا لومڤور؟ اوستراليا ممبري امارن كڤد ورگڽ دKL. كتوا ڤوليس KL داتوء تاجودين كات بندراي اين اداله سلامت. كيت برهارڤ سموا ڤيهق خاسڽ ڤوليس دان تنترا برايختيار منچگه سرڠن ڤڠگانس.
Adakah IS akan serang Kuala Lumpur? Australia memberi amaran kepada warganya di Kuala Lumpur. Ketua Polis KL Datuk Tajudin kata bandaraya ini selamat. Kita berharap semua pihak khasnya polis dan tentera akan berikhtiar mencegah serangan pengganas.

Labels:

Sunday, February 21, 2016

ميسيج بوروق دالم اينترنيت.Mesej buruk dalam Internet

كراجاءن تروس مڠاتاكن اي هندق گوبل اوندڠ-اوندڠ اونتوق مڠاول اينترنيت باگي منچگه ميسيج بوروق. اڤ يڠ كوات اونتوق كباءيكن اداله جوگ كوات اونتوق كبوروقءن. اورڠ مليسيا ماهو كبيبسن اونتوق مپوارا كبنرن.
Kerajaan terus mengatakan ia hendak gubal undang-undang untuk mengawal Internet bagi mencegah mesej buruk. Apa yang kuat untuk kebaikan adalah juga kuat untuk keburukan. Orang Malaysia mahu kebebasan untuk menyuara kebenaran.

Labels:

Friday, February 19, 2016

ايسو ڤكرجا اسيڠ باپق تاهون. Isu pekerja asing banyak tahun

ايسو ڤكرجا اسيڠ اداله روميت. برجوتا داتڠ. كيت براس بيڠوڠ مڠناءي بريتا بهاوا كراجاءن اكن مڠايزينكن 1.5 جوتا ڤكرجا بڠگلاديش دالم تيگ تاهون. سكارڠ, منتري سومبر ماءنسي كات بهاوا بيلڠن برگنتوڠ كڤد ڤرمينتاءن كيلڠ, لادڠ دان شريكت ڤرنياگاءن. كراجاءن مستي مڠاتاسي بيروكراسي, بايرن تيدق مونسبه دان سيكڤ ترهادڤ اورڠ يڠ ممرلوكن ڤكرجا.
Isu pekerja asing adalah rumit. Berjuta datang. Kita berasa bingung mengenai berita bahawa kerajaan akan mengizinkan 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tiga tahun. Sekarang, Menteri Sumber Manusia, Datuk Riot, kata bilangan bergantung kepada permintaan kilang, ladang dan syarikat perniagaan. Kerajaan mesti mengatasi birokrasi, bayaran tidak munasabah dan sikap terhadap orang yang memerlukan pekerja.

Labels: , ,

Wednesday, February 17, 2016

گبنور بڠك نگارا مليسيا. Gabenor Bank Negara Malaysia

گبنور بڠك نگارا تن سري زيتي ڤرچاي بهاوا چالون گبنور تيدق ڤاتوت دڤڠاروهي ڤوليتيك ڤرتي. كيت ستوجو بهاوا بليو ڤرلو جادي برسيه, برايتيگريتي دان بركبوليهن.
Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti percaya bahawa calon gabenor tidak patut dipengaruhi politik parti. Kita setuju bahawa beliau perlu jadi bersih, berintegriti dan berkebolehan.

Labels: , ,

Monday, February 15, 2016

دۏتر برتاليان باگي ڤنداتڠ اسيڠ. Daftar bertalian bagi pendatang asing

كتوا ڤڠاره جابتن ايميگريشين داتوء سركي كات دۏتر برتاليان اونتوق PATI اداله RM1200 ساءورڠ. جك تمبه كوس لاءين سڤرتي ۏيسا دان ڤرميت, ماجيكن موڠكين باير لبيه RM3000. كراجاءن ملنتيق دوا شريكت دان ساتو كونسورتيام(3 شريكت) باگي مڠوروسكن دۏتر اين. اورڠ عوام برۏيكير بهاوا كراجاءن وجود ڤلواڠ باگي ليم شريكت. براڤ جوتا PATI دنگارا اين؟
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sarki kata daftar PATI bertalian adalah RM1200 seorang. Jika tambah kos lain seperti visa dan permit, majikan mungkin bayar lebih RM3000. Kerajaan melantik dua syarikat dan satu konsortium (tiga syarikat) untuk menguruskan daftar ini. Orang awam berfikir bahawa Kerajaan wujud peluang bagi tiga syarikat. Berapa juta PATI di negara ini?

Labels:

Saturday, February 13, 2016

ڤرڠ دتيمور تڠه. Perang di Timur Tengah

دالم 15 تاهون اين, اميريكا شريكت بارڠكالي بلنجا USD 5 اتاو 6 تريليون, ترماسوق مندودوقءي ايرق دان مپوكوڠ ڤواق-ڤواق يڠ مننتڠ كراجاءن سيريا. سكارڠ, منتري لوار اميريكا, كاءيري، ڤرچاي بهاوا ڤرڠ سيريا هاڽ داڤت دسلسايكن ملالوي ڤوليتيك.
Dalam 15 tahun ini, Amerika Syarikat barangkali belanja USD5 atau 6 trilion, termasuk menduduki Iraq dan menyokong puak-puak yang menentang Kerajaan Syria. Sekarang, Menteri Luar Amerika, Kerry, percaya bahawa perang Syria hanya dapat disekesaikan melalui politik.

Labels:

Friday, February 12, 2016

داسر هرگ توڠگل. Dasar harga tunggal

كراجاءن مليسيا موڠكين اد داسر هرگ توڠگل. جك دبوات دڠن عديل, اورڠ عوام موڠكين داڤت هرگ بارڠ دان خيدمت يڠ مناسبه. سموا ڤيهق خاصڽ 2000 اڠگوتا ڤڠواتكواساءن مستيله مماءينكن ڤرانن.
Kerajaan Malaysia mungkin ada dasar harga tunggal. Jika dibuat dengan adil, orang awam mungkin dapat harga barang dan khidmat yang munasabah. Semua pihak khasnya 2000 anggota pdnguatkuasaan mestilah memainkan peranan.

Labels: ,

سيدڠ كمونچق هوبوڠن اميريكا دان اسيان دلهس انجيليس.Sidang kemuncak hubungan Amerika dengan ASEAN di Los Angelis

داتوء سري ناجيب حاضير سيدڠ كمونچق هوبوڠن اميريكا دان اسيان دلوس انجيليس. جومله ڤرداگڠن اميريكا دڠن اسيان USD240 بيليون, اميريكا دڠن مليسيا USD12 يليون؛ چينا دڠن اسيان USD500 بيليون دان چينا دڠن مليسيا USD100 بيليون. مليسيا ڤرلو ارت هوبوڠن دڠن نگارا-نگارا سڤرتي اميريكا دان چينا.
Datuk Seri Najib hadir sidang kemuncak hubungan Amerika dan ASEAN di Los Angelis. Jumlah perdagangan Amerika dengan ASEAN USD240 bilion setahun, Amerika dengan Malaysia USD12 bilion; ASEAN dengan China USD500 bilion dan Malaysia dengan China USD100 bilion. Malaysia perlu erat hubungan dengan negara-negara seperti Amerika dan China.

Labels:

سراماي 1.5 جوتا ڤكرجا بڠلاديش. Seramai 1.5 juta pkerja Bangladesh

Datuk Seri Zahid mempertahankan keputusan untuk membawa 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia dalam tiga tahun. Beliau mestilah memberitahu rancangan untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan pekerja asing, sama ada dengan atau tanpa izin.

Labels:

Tuesday, February 09, 2016

توليسن خط ارتي توكر يڠ بوروق دڠن يڠ باءيك. Tulisan khat erti tukar yang buruk dengan yang baik

توليسن خط اين اداله ڤتيقءن درڤد ڤوجڠگا دينستي سوڠ سو شي. اي برارتي مڠگنتي يڠ بوروق دڠن يڠ باگوس دڠن سنڠ هاتي. تاهون موپيق منوكر يڠ لام دڠن يڠ بارو. اي هاروس مڠگنتيكن عملن تيدق بتول 1MDB دغن يڠ ايلوق.
Tulisan khat ini adalah petikan daripada pujangga Dinasti Sung, Su Shi. Ia  bererti menggantikan yang buruk dengan yang bagus dengan senang hati. Tahun Monyek menukar yang lama dengan yang baru. Ia harus menggantikan amalan tidak betul seperti di 1MDB dengan yang baik.

Labels:

ڤكرجا اسيڠ. Pekerja asing

كراجاءن-كراجاءن مليسيا دان بڠگلاديش مڠاتور 1.5 اورڠ اونتوق بكرجا د نگارا اين دالم تيگ تاهون. سكارڠ, اد 2.2 جوتا ڤكرجا اسيڠ دڠن ايزين (PADI) دان بيلڠن ڤكرجا تنڤا ايزين (PATI) تيدق دكتاهوءي(موڠكين 8 اتاو 10 جوتا). حل اين سڠت روميت.
Kerajaan-kerajaan Malaysia dan Bangladesh mengatur 1.5 juta orang untuk bekerja di negara ini dalam tiga tahun. Sekarang, ada 2.2 juta pekerja dengan izin(PADI) dan bilangan pekerja tanpa izin tidak diketahui (mungkin 8 atau 10 juta orang). Hal ini sangat rumit.

Labels:

هرگ بارڠ دباوه سكيم كاولن هرگ

داتوء سري ناجيب مڠيڠت سموا ڤنياگ مماتوهي هرگ 13 جنيس بارڠ ترماسوق ايم دباوه سكيم كاولن هرگ. كيت برهارڤ لبيه 2000 اهكي ڤڠواتكواس كراجاءن برتيندق دڠن بركسن.
Datuk Seri Najib mengingat semua peniaga supaya mematuhi harga 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga. Kita berharap lebih 2000 ahli penguatkuasa Kerajaan bertindak dengan berkesan.

Labels:

Sunday, February 07, 2016

كوريا اوتارا لنچر روكيت. Korea Utara lancar roket

كوريا اوتارا كات اي ملنچركن روكيت يڠ ممباوا ساتليت اونتوق ڤڠگوناءن امن داڠكاس لڤس. سباليقڽ,اميريكا, جڤون دان كوريا سلاتن مڠشكي نگارا ايت مڠاوجي ميسيل باليستيك باگي ممباوا بوم نوكليار. ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو مڠچمكن ڤربواتن كوريا اوتارا.
Korea Utara kata ia melancarkan roket yang membawa satelit untuk penggunaan aman di angkasa lepas. Sebaliknya, Amerika, Jepun dan Korea Selatan mengesyaki bahawa negara itu menguji misil balistik bagi membawa bom nukliar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam perbuatan Korea Utara.

Labels:

Saturday, February 06, 2016

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru. Tahun Kambing melihat pelbagai pergolakan. Semoga Tahun Monyek
membawa keamanan dan kemakmuran.

سلامت تاهون بارو. تاهون كمبيڠ مليهت ڤلباگاي ڤرگولقءن. سموگ تاهون موپيت ممباوا كاءامنن دان كمعمورن.

Labels:

Thursday, February 04, 2016

مليسيا دان نگري بادين ويرتيمبيرگ، جرمن, ڤروگريم كجوروتراءنMalaysia dan Negeri Baden-Wurttemberg, Jerman

كراجاءن مستيله منجلسكن جنيس ايجازه كجوروتراءن جرمن يڠ تيدق دايختيرۏ دمليسيا. كونونڽ، سجق 90هن لبيه 650 ڤلاجر تله منريما بياسيسوا ڤرگي كجرمن اونتوق كجوروتراءن دبادين-وورتيمبيرگ. اداكه ڤروگرم يڠ لاءين؟
Kerajaan mestilah menjelaskan jenis ijazah kejuruteraan Jerman yang tidak diiktiraf di Malaysia. Kononnya, sejak 90han lebih 650 pelajar telah menerima biasiswa pergi ke Jerman untuk kejuruteraan di Baden-Wurttemberg. Adakah program dan ijazah yang lain?

Labels:

Wednesday, February 03, 2016

هاري كنسير دنيا. Hari Kanser Dunia

كنسير تيدق كنل اڤ اتاو سسياڤ ڤون. ڤرتوبوهن كصيحتب دنيا كات ڤد 2012, 8.2 جوتا اورڠ ماتي كران كنسير. اد 14 جوتا كيس بارو ددنيا ستياڤ تاهون. سوكوڠ ڤپليديقءن كنسير.
Kanser tidak mengenal sesiapapun. WHO kata pada 2012, 8.2 juta orang mati kerana kanser. Ada 14 juta kes baru di dunia setiap tahun. Sokong penyelidikan kanser.

Labels:

Tuesday, February 02, 2016

توليسن خط, چريتا يڠ بنر.Tulisan khat, cerita yang benar

ڤوحڠگا روسيا يڠ تركنل, تولستوي, منچيتقءن نوۏيل ڤرڠ دان امن ڤد 1869. بلياو ڤرنه بركات," دالم هيدوڤ سام سڤرتي سني, ساتو ڤركارا يڠ ڤرلو اداله منچريتاكن يڠ بنر.
دالم كنچه ڤوليتيك, يڠ بنر دان بوهوڠ سريڠ دڤوتربليتكن. راماي بيڠوڠ.
Pujangga Rusia yang terkenal, Tolstoy, mencetakkan novel, Perang dan Aman, pada 1869. Beliau pernah berkata," Dalam hidup sama seperti seni, satu perkara yang perlu adalah menceritakan yang benar.
Dalam kancah politik, yang benar dan bohong sering diputarbelitkan. Ramai bingung.

Labels: , ,

ڤرتوبوهن كصيحتن دنيا دان زيكا.Pertubuhan Kesihatan Dunia dan Sika

ڤرتوبوهن WHO مڠايشتيهركن ۏيروس زيكا سباگاي ظارورت كصيحتن عوام انتارابڠسا. اي مڠشكي ۏيروس ايت مروسقءن اوتق بايي دان امڤت جوتا اورڠ ترجڠكيت. پاموق ايديس ممباوا ۏيروس دڠگي دان زيكا. مليسيا مستي مڠهاڤوسكن ايديس دڠن بركسن. چگه زيكا دري داتڠ كنگارا اين.
WHO mengisytiharkan virus Zika sebagai darurat kesihatan awam antarabangsa. Ia mengesyaki virus itu merosakkan otak bayi dan empat juta orang terjangkit. Nyamuk Aedes membawa virus Dengue dan Zika. Malaysia mesti menghapuskan Aedes dengan berkesan. Cegah Zika dari datang ke negara ini.

Labels: