Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, September 30, 2016

هرگ ڤيترول ناءيك Harga petrol naik

دمليسيا، هرگ ڤيترول RON95 دان RON97 ناءيك 10 سين سليتر دان ديسيل 5 سين سليتر. كمنتريان ڤرداگڠن دالم نگري دان كڤڠگوناءن مستيله منجلسكن كاءداءن يڠ سبنر.
Di Malaysia, harga petrol RON95 dan RON97 naik 10 sen seliter dan disiel 5 sen. Kementerian Dalam Negeri dan Kepenggunaan mestilah menjelaskan keadaan yang sebenar.

Labels:

Thursday, September 29, 2016

سكواس 7248 حيكتر هوتن ريزب ددودوقي سچارا حرام دكلنتن Seluas 7248 hektar hutan rizab di Kelantan diduduki secara haram

"كيرا-كيرا 7248 حيكتر دري لبيه 600000 حيكتر هوتن ريزب ككل دكلنتن تله ددودوقي سچارا حرام سجق 1980هن،" كات ڤڠاره هوتن كلنتن زاهاري ايبراهيم. جابتن هوتن نگارا مستي منددهكن كلواسن هوتن ريزب يڠ دچروبوهي دسكوروه مليسيا دان لڠكه-لڠكه يڠ تله دامبيل.
"Kira-kira 7248 hektar dari 600000 hektar hutan rizab kekal di Kelantan telah diduduki secara haram  sejak 1980han," kata pengarah hutan Kelantan Zahari Ibrahim. Jabatan Hutan Negara mesti mendedahkan keluasan hutan yang telah dicerobuhi di seluruh Malaysia dan langkah-langkah yang telah diambil.

Labels:

مجليس ڤنخڠرن كونزگريس اميريكا Majlis pendengaran Kongres

كوڠگريس اميريكا اكن مندڠر جاوبن دري، سترامڤ، كتوا ايكسيكوتيۏ باڠك ويلس ۏارگو يڠ ماءوجودكن دوا جوتا اكاءون ڤلسو. ناگايمان باڠك ايت منجاگ اينتيگريتي دان سيمڤانن واڠ جوتاءن ڤڠگون؟
Kongres Amerika akan mendengar jawaban dari Strumpf, Ketua Eksekutif Bank Wells Fargo, yang mewujudkan dua juta akaun palsu. Bagaimana bank itu menjaga integriti dan simpanan wang jutaan pengguna?

Labels:

Wednesday, September 28, 2016

ڤساوت MH17 تركنا ڤلورو برڤندو بواتن روسيا Pesawat MH17 terkena peluru berpandu buatab Rusia

لاڤورن ڤاسوقن سياساتن برسام بلندا كات ڤساوت MAS MH17 تركنا ڤلورو برڤندو بواتن روسيا داءوكرين تيمور ڤد 2014. ڤاسوقن ترسبوت چاري ڤنجنايه ترليبت.
Laporan Pasukan Siadasan Bersama Belanda kata pesawat MAS MH17 terkena peluru berpandu buatan Rusia di Ukraine Timur pada 2014. Pasukan tersebut cari penjenayah terlibat.

Labels:

دبت ڤرتام چالون ڤريسيدن اميريكا Debat pertama calon presiden Amerika

دبت ڤرتام چالون ڤريسيدن اميريكا هيلاري دان ترامڤ منونجقءن هيلاري لنيه برڤڠالامن. بورسا-بورسا دنيا سمبوت دڠن بايك. ڤربحثن ساءومڤام اين منددهكن كلبيهن دان كلمهن چالون ماسيڠ-ماسيڠ.
Debat pertama calon presiden Amerika Hillary dan Trump menunjukkan Hillary lebih berpengalaman. Bursa-bursa saham dunia sambut dengan baik. Perbahasan seumpama ini mendedahkan kebolehan dan kelemahan calon masing-masing.

Labels:

Saturday, September 24, 2016

ڤڠگودمن دري 500 جوتا ڤڠگون ياهوPenggodaman dari 500 juta pengguna YahooF

"ڤڠگودم منچاري داتا (معلومت) دري 500 جوتا ڤڠگون ياهو ڤد تاهون 2014،" كات شريكت ياهو كتيك ۏيريزون كومونيكيشين مناور USD4.8 بيليون اونتوق مڠمبيل شريكتڽ. ڤنچوريان اين اداله تربسر دري ساتو شريكت. باگايمان جنايه اين بوليه برلاكو؟
"Penggodam mencuri data (maklumat) dari 500 juta pengguna Yahoo pada tahun 2014," kata Syarikat Yahoo ketika Verizon Communications menawar USD4.8 bilion untuk mengambil alih syarikat itu. Pencurian tersebut adalah terbesar ke atas sebuah syarikat. Bagaimana jenayah ini boleh berlaku?

Labels:

Friday, September 23, 2016

Kenderaan berat di Malaysia

Tiga hari ini, dua murid mati dan seorang cedera parah dilanggar kenderaan di hadapan sekolah mereka di Perak, Terengganu dan Melaka. Jabatan Keselamatan Jalan Raya mengemukakan syor melarang kenderaan berat melalui kawasan sekolah waktu sekolah paling sibuk. Ada pelbagai peraturan seperti melarang kenderaan berat memasuki pusat bandar dan kelajuan di lebuhraya. Yang terpentingnya penguatkuasaan yang berkesan dan kerjasama semua pihak.

تيگ هاري اين، دوا موريد ماتي دان ساءورڠ چدرا ڤاره دلڠگر كندراءن دهادڤن سكوله مريك دڤيرق، تريڠگانو دان ملاك. جابتن كسلامتن جالن راي مڠموكاكن شور ملارڠ كندراءن برت ملالوءي كاواسن سكوله وكتو سكوله ڤاليڠ سيبوك. اد ڤلباگاي ڤراتورن سڤرتي ملارڠ كندراءن برت مماسوقي ڤوست بندر دان كلاجوان دلبوهراي. يڠ ترڤنتيڠڽ ڤڠواتكوساءن دان كرجاسام سموا ڤيهق.

ت

Labels:

ڤرونجيك مات دلڠيت كاول ترافيك دان جنايهProjek mata dilangit kawal trafik dan jenayah

"ڤروجيك مات دكڠيت كاول تراۏيك دان جنايه ترماسوق ڤڠگانس دلمبه كلڠ،" كات كتوا ڤوليس نگارا تن سري خاليد،" اي مڠگون هيليكوڤتر دان جوروهيبه بركاءيتن دڠن ستيسين-ستيسين راديو." ڤوليس بكرجاسام دڠن كومڤولن ميديا ستار. اداكه ڤروجيك اين اكن مڠورڠكن مسءله تراۏيك دان جنايه؟
"Projek Mata di Langit kawal trafik dan jenayah termasuk pengganas di Lembah Klang," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid, " ia mengguna helikopter dan juruhebah berkaitan dengan stesen-stesen radio." Polis berkerjasama dengan Kumpulan Media Star. Adakah projek ini akan mengurangkan masalah trafik dan jenayah?

Labels:

ماتا دلڠيت كاول تراۏيك دان جنايه.Mata di Langit kawal trafik dan jenayah

"ڤوجيق ماتا دلڠيت اكن مڠاول تراۏيك دان جنايه ترماسوق ڤڠگانس دلمبه كلڠ،" كات كتوا ڤوليس تن سري خاليد،" اي گون هيليكوڤتر دان ڤڠاچارا يڠ بركاءيتن دڠن ستيسين-ستيسين راديو." ڤوليس بكرجاسام دڠن كومڤولن ميديا ستار. اداكه ڤروجيق اين اكن داڤت مڠورڠكن ترافيك دان جنايه؟
"Projek Mata di Langit akan mengawal trafik dan jenayah termasuk pengganas di Lembah Klang," kata Ketua Polis Tan Sri Khalid, " ia guna helikopter dan pengacara yang berkaitan dengan stesen-stesen radio." Polis bekerjasama dengan Kumpulan Media Star. Adakah projek ini akan mengurangkan trafik dan jenayah?

Labels:

Thursday, September 22, 2016

كاجيان سمولا سمڤانن بهاگيان ڤيليهنراي تيمبول ڤرتيكاءي Kajian semula sempadan pilihanraya

كاجيان سمولا سمڤادن بهاگيان ڤيليهنراي منيمبولكن ڤرتيكاءين. هيروق-ڤيكوق؟ سوروهبجاي ڤيليهنراي مليسيا مستي منونجوقءن اي اداله عاديل دان مناسبه.
Kajian semula sempadan bahagian pilihanraya menimbulkan pertikaian. Hiruk-pikuk? Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mesti menunjukkan ia adalah adil dan munasabah.

Labels:

سالهگون انتيبيوتيك وجود كومن لوار بياس Salahguna antibiotik wujud kuman luar biasa

ڤپالهزگوناءن انتيبيوتيك وجود كومن لوار بياس يڠ تيدق داڤت داءوبتي. سراماي 700000 اورڠ ماتي ددنيس ستياڤ تاهون كران كومن سڤرتي اين. سمالم، واكيل 193نگارا مننداتاڠني ڤراشتهارن ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو اونتوق مڠهادڤي مسءله كومن ترسبوت.
Penyalahgunaan antibiotik wujud kuman luar biasa yang tidak dapat diubati. Seramai 700000 orang mati di dunia setiap tahun kerana kuman seperti ini. Semalam, wakil 193 negara menandatangani Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghadapi masalah kuman tersebut.

Labels:

Sunday, September 18, 2016

ريۏورماسي ڤرليمن Reformasi parlimen

" ڤد 2013,  ساي كات ماهو ريۏورماسي ڤرليمن، " يڠ دڤرتوا مڠولڠيڽ كتيك سيدڠ خاس ديون هاري اين،" دان ستله راماي اهلي سوكوڠ، كيت برمولا دڠن ڤروجيق اين." ميثلڽ، ديون مننبه ماس سوءلن منتري دان كامر خاس باگي ڤركارا ترتنتو. رعيت هندق مليهت ڤرليمن منجادي ديون اوندڠن نگارا يڠ بركسن.
"Pada 2013, saya kata mahu reformasi parlimrn," yang di-Pertua mengulanginya ketika sidang khas dewan hari ini,"dan setelah ramai sokong, kita bermula dengan projek ini." Misalnya, Dewan menambah masa soalan menteri dan kamar khas bagi perkara tertentu. Rakyat hendak melihat parlimen menjadi Dewan Undangan Negara yang berkesan.

Labels:

ماس اونتوق مموهون ڤسڤورت مليسيا Masa untuk memohon pasport Malaysia

"ساي توڠگو دوا جم دستيدين ڤودو بارو داڤت نومبور،"كات ساءورڠ ڤموهوم ڤسڤورت مليسيس، " دان ساي برهارڤ كراجاءن ممبوليهكن ماس ڤرموهونن لبيه چڤت." جابتن ايميگريسين مستي ممڤرتيمبڠكن سموا سگي اونتوق ممبنتو ڤارا ڤموهون ترماسوق ماس ڤرموهونن.
"Saya tunggu dua jam di Stesen Pudu baru dapat nombor, "kata seorang pemohon pasport Malaysia, "dan saya berharap Kerajaan membolehkan masa permohonan lebih cepat." Jabatan Imigresen mesti mempertimbangkan semua segi untuk membantu para pemohon termasuk masa permohonan.

Labels:

Saturday, September 17, 2016

تاهون 2016 ڤاليڠ ڤانس داءبومي Tahun 2016 paling panas di bumi

ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو ممبري امرن بهوا سوهو بومي تاهون 2016 اداله ڤاليڠ تيڠگي دالم 137 تاهون. گاس رومه هيجاو سڤرتي كاربون داءوكسيدا لبيه تيڠگي: كمراو، ڤوتيڠ بليوڠ دان بنجير.كورڠكن گاس اين.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa suhu bumi tahun 2016 adalah paling tinggi dalam 137 tahun. Gas rumah hijau seperti karbon dioksida lebih tinggi: kemarau, puting beliung dan banjir. Kurangkan gas ini.

Labels:

Friday, September 16, 2016

كراجاءن دان داسر ساءيمبڠ Kerajaan dan dasar seimbang

داتوء سري ناجيب بركات بهوا كراجاءن ڤستيكن داسر نگارا ساءيمبڠ، اينكلوسيۏ اونتوق سلوروه رعيت.
رعيت برحسرت سوڤاي كراجاءن ڤستيكن اي مڠواتكواساكن داسر يڠ عاديل.
Datuk Seri Najib berkata bahawa Kerajaan pastikan dasar negara seimbang, inklusiv untuk seluruh rakyat.
Rakyat berhasrat supaya Kerajaan menguatkuasakan dasar dengan adil.

Labels:

توليسن خط، بيمبڠ تنتڠ نصيب نگارس Tulisan khat bimbang tentang masa depan negara

توليسن چط برارتي ڤارا ڤميمڤين بيمبڠ تنتڠ ماس دڤن نگارا دان ناصيب رعيت. بيدلن اين براصل دري بوكو چريتا نگارا-نگارا برڤرڠ، 2400 تاهون.
Tulisan khat bererti para pemimpin bimbang tentang masa depan negara dan nasib rakyat. Bidalan ini berasal dari buku, Cerita Negara-Negara Berperang, 2400 tahun.

Labels:

Thursday, September 15, 2016

سلامت هاري مليسيا Selamat Hari Malaysia

سلامت هاري مليسيا Selamat Hari Malaysia

Labels:

بالق حلل. Balak halal

ايدونيسيا مننداتاڠني ڤرجنجيان دڠن كساتوان ايروڤه ممبنركن هاڽ بالق حلل دنياگ. كيت مڠگالقءن توجوان اين، سمبيل ممڤرهاتيكن چارا ڤيهق مننتوسهكن ڤونچا بالق. باپق نگارا ترماسوق مليسيا مڠهادڤي ڤمبالقن حرام يڠ سوكر دكاول.
Indonesia menandatangani perjanjian dengan Kesatuan Eropah membenarkan hanya balak yang halal diniaga. Kita menggalakkan tujuan ini, sambil memperhatikan cara pihaknya menentusahkan punca balak itu. Banyak negara termasuk Malaysia menghadapi pembalakan haram yang sukar dikawal.

Labels:

Wednesday, September 14, 2016

گنچتن سنجات دسيريا Gencatan senjata di Syria

گنچاتن سنجات دسيريا تروس 3 هاري. دالم 5 تاهون، ڤرڠ ممبونوه 400000 اورڠ، منچدرا لبيه 1 جوتا دان وجود لبيه 4 جوتا ڤلاريان. هاڽ گنچتن داڤت ايلقءن بنچان ترسبوت.
Gencatan senjata di Syria terus 3 hari. Dalam 5 tahun, perang membunuh 400000 orang, mencedera lebih 1 juta dan mewujud lebih 4 juta pelarian. Hanya gencatan dapat elakkan bencana tersebut.

Labels:

Tuesday, September 13, 2016

مسءله تركندسڽ Masalah terkandasnya LRT

داتوء سري ناجيب مڠاره PRASARANA دان SPAD مپاست مسءله تركندسڽ سيستم ترنسيت اليرن ريڠن كلان جاي دان ممڤرباءيكي 15 ڤنچاوڠ ايليكتريك. كيت برهارڤ اداڽ ڤپلڠگاراءن بركسن باگي سموا جنيس ڤڠڠكوتن عوام.
Datuk Seri Najib mengarah SPAD dan PRASARANA menyiasat  masalah terkandasnya Sistem Transit Aliran Ringan, LRT, dan memperbaiki 15 pencawang elektrik. Kita berharap adanya penyelenggaraan berkesan bagi semua jenis pengangkutan awam.

Labels:

اوسها منيڠكتكن لاڤڠن تربڠ دمليسيا Usaha meningkatkan lapangan terbang di Malaysia

ڤڠاره اوروسن MAHB بدليشم غازالي كات كراجاءن اكن بلنجا US$1 بيليون دالم ليم تاهون باگي منيڠكت لاڤڠن تربڠ دمليسيا. كيت هندق مليهت لاڤڠن تربڠ سڤرتي KLIA بنر-بنر دڤرباءيكي.
Pengarah urusan MAHB Badlisham Ghazali kata Kerajaan akan belanja US$1 bilion dalam lima tahun bagi meningkat lapangan terbang di Malaysia. Kita hendak melihat lapangan terbang seperti KLIA benar-benar diperbaiki.

Labels:

Sunday, September 11, 2016

Jagoh paralimpikجاگوه ڤاراليمڤيك

Tahniah kepada pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, atlet lompat Abdul Latif Romly dan atlet lontar peluru Mohammad Ziyad Zolkefli yang memenangi emas di Sukan Paralimpik Rio 2016.

تهنيءه كڤد ڤلاري ڤچوت محمد ريظوان، اتليت لومڤت عبدول لاتيۏ دان اتليت لونتر محمد زولكيۏلي يڠ ممنڠي امس دسوكن ڤاراليمڤيكريو 2016

Labels:

هيلڠ تانه گرسڠ. Hilang tanah gersang.

ستياڤ تاهون مليسيا هيلڠ تانه گرسڠ. كهيلڠن سڤرتي اين برلاكو ددنيا. ڤارا ساءينتيس ممبري امرب بهوا دالم كيرا-كيرا 20 تاهون، دنيا تله هيلڠ لبيه 10% هوتن.
Setiap tahun, Malaysia hilang tanah gersang. Kehilangan seperti ini berlaku di dunia. Para saintis memberi amaran bahawa dalam kira-kira 20 tahun dunia telah hilang lebih 10% hutan.

Labels:

سلامت عيدالاءضح.Happy Eid-ul-adha Selamat Aidiladha哈芝节快乐

سلامت عيدالاءضح.Happy Eid-ul-adha. Selamat Aidiladha哈芝节快乐

Labels:

Saturday, September 10, 2016

سيستم ترانسيت اليرن ريڠن تركندس. Sistem Transit Aliran Ringan terkandas.

سيستم ترانسيت اليرن ريڠن تركندس انتارا ستيسين داتوء كرامت دان داماي دوا هاري لڤس كران مسءله  كالن كواس ايليكتريك. ڤارا ڤنومڤڠ ترسيڠگوڠ. سوروهنجاي ڤڠڠكوتن عوام دارت مستي مڠمبيل تيندقءن سوڤاي مسءله اين داڤت دايلقءن.
Sisten Transit Aliran Ringan terkandas antara stesen Datuk Keramat dan Damai dua hari lepas kerana masalah bekalan kuasa ekektrik. Para penumpang tersinggung. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mesti mengambil tindakan supaya masalah ini dapat dielakkan.

Labels:

Friday, September 09, 2016

Daesh atau IS dan kepercayaannya. داءش اتاو IS دان كڤرچايءنڽ

Daesh atau IS menyebar kepercayaannya melalui media sosial kepada dunia meliputi Malaysia. Kita mesti mengguna cara-cara yang berkesan termasuk kursus akademik untuk menentang ideologi pengganas ini.
داءيش اتاو IS مپيبر كڤرچاياءنڽ ملالوءي ميديا سوشيال كڤد دنيا مليڤوتي مليسيا. كيت مستي مڠگون چارا-چارا يڠ بركسن ترماسوق كورسوس اكاديميك اونتوق مننتڠ ايديولوگي ڤڠگانس اين.

Labels:

Nyamuk Aedes dan Zika. پاموق ايديس دان زايكا

اNyamuk Aedes suka rantau tropika seperti Malaysia. Virus denggi dan zika tersebar. Selain langkah Kerajaan, semua orang mesti berusaha membasmi Aedes. Namuk membiak kerana kecuaian manusia.
پاموق ايديس سوكا رنتاو تروڤيكا سڤرتي مليسيا. ۏيروس ديڠگي دان زايكا ترسيبر. سلاءين لڠكه كراجاءن، سموا اورڠ مستي براوسها ممبسمي ايديس. پاموق ممبياق كران كچواءين ماءنسي.

Labels:

Thursday, September 08, 2016

اميريكا شريكت هوجنكن دوا جوتا تان بوم دلاءوس. Amerika Syarikat hujankan dua juta tan bom di Laos

كتيك ڤرڠ ۏيتنم 60 تاهون لڤس، اميريكا شريكت مڠهوجنكن لبيه دوا جوتا تان بوم دلاءوس. 50000 ڤندودوو ترقربن دان ريبوان چاچت. باپق لاگي بوم تيدق ملدق. بارو-بارو اين، ڤريسيدن اوباما مڠحاطير دالم ڤرسيدڠن ASEAN دۏيانتياڠ. بليو براس كسل ترهادڤ بنچان بوم ترسبوت.
Ketika Perang Vietnam 60 tahun lepas, Amerika Syarikat menghujankan lebih dua juta tan bom di Laos. 50000 penduduk terkorban. Ribuan cacat. Banyak lagi bom tidak meledak. Baru-baru ini, Presiden Obama menghadir dalam Persidangan ASEAN. Beliau berasa kesal terhadap bencana bom tersebut.

Labels:

زايكا دمليسيا. Zika di Malaysia

دمليسيا ساءورڠ وانيتا يڠ حاميل امڤت بولن دجڠكيتي ۏيروس زايكا. كيت بيمبڠ ۏيروس اين مروسقءن اوتق جانين. سموا اورڠ بروسڤادا.
Di Malaysia, seorang wanita yang hamil empat bulan dijangkiti virus Zika. Kita bimbang virus ini merosakkan otak janin. Semua orang berwaspada.

Labels:

Sunday, September 04, 2016

كاءداءن لاڤڠن تربڠ كوالا لومڤور، KLIA

لاڤڠن تربڠ كوالا لومڤور مستي داوروسكن دڠن باءيك. ميثلڽ، جالور اتاو كاروسيل اونتوق بيگ-بيگ، تاندس دكاروسيل C سرتا بهاگيان ايميگريسين ترماسوق لالوان لاجو ڤرلو دڤرباءيكي.
Lapangan Terbang Kuala Lumpur mesti diuruskan dengan baik. Misalnya, jalur atau karusel untuk beg-beg, tandas dekat Karusel C dan bahagian imigresen termasuk laluan laju perlu diperbaiki.

Labels:

Saturday, September 03, 2016

ڤساكيت زايكا دسابه منيڠگل. Pesakit zika di Sabah meninggal

ڤساكيت زايكا دسابه سوده منيڠگل. مليسيا مستي تروسكن اوسها اونتوق منچگه ۏيتوس يڠ مريبق ملالوءي پاموق ايديس اين.
Pesakit zika di Sabah sudah meninggal. Malaysia mesti teruskan usaha untuk mencegah virus yang merebak melalui nyamuk Aedes ini.

Labels:

Friday, September 02, 2016

سرڠن IS هاري مليسيا. Serangan IS Hari Malaysia.

ڤوليس كات IS موڠكين مپرڠ ڤد هاري مليسيا. ستاكت ايب، مريك داڤت مڠسن ڤارا ڤڠگانس. كيت برهارڤ سموا اداله لبيه برهاتي-هاتي.
Polis kata IS mungkin menyerang pada Hari Malaysia. Setakat ini, mereka dapat mengesan para pengganas. Kita berharap semua pihak adalah lebih berhati-hati.

Labels:

Thursday, September 01, 2016

ڤساكيت زايكا. Pesakit zika

اداله دداڤتي بهوا ڤساميت زايكا ڤرتام تيمبول دمليسيا. كراجاءن مستيله مڠصحكن.
Adalah didapati bahawa pesakit zika pertama timbul di Malaysia. Kerajaan mesti mengesahkan.

Labels: