Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, May 31, 2019

تاريۏ دان ترامڤ

كبرانيان دتونجوق-تونجوقءن.
كتيك ترامڤ منجاديكن اميريكا شريكت دان چينا ساليڠ مڠناكن تاريۏ بارڠن، بليو مڠاوݢوت نݢارا-نݢارا لاءݢن سڤرݢي ميكسيكو دڠن تيندقن سروڤ. كبرانيان يڠ دتونجوق-تونجوقءن ترامڤ منججسكن ايكونومي دنيا.

Labels:

Keberanian diunjuk-tunjukkan

Ketika Trump menjadikan Amerika Syarikat dan China saling mengenakan tarif barangan, beliau mengugut negara-negara seperti Mexico dengan tindakan yang serupa. Keberanian yang ditunjuk-tunjukkan Trump menjejaskan ekonomi dunia.

Labels:

Birokrasi

Setengah orang berasa sakit kepala bila pergi ke jabatan kerajaan. Ada jabatan yang baik seperti permohonan untuk kelengkapan elektrik diluluskan jika mematuhi peraturan.
     Orang Malaysia berharap birokrasi dapat dikurangkan dengan berkesan.

Labels:

بيروكراسي

ستڠه اورڠ براس ساكيت كڤالا بيلا ممرݢي كجابتن كراجاءن. اد ڠ نصيب  باءيق منموءي كاكيتاڠن يڠ ميسرا سڤرتي ڤرموهونن اونتوق كلڠكڤن ايليكتريك دلولوسكن جك مماتوهي ڤراتورن.
     رعيت مليسيا  برهارڤ بيروكراسي داڤت دكورڠكن دڠن بركسن.

Labels:

Thursday, May 30, 2019

Sisa plastik bukan industri

Malaysia tidak mahu sisa plastik yang tercemar dan yang bukan daripada industri. Bagaimana sampah ini sampai ke negara kita? Apa yang tidak betul?

Labels:

سيسا ڤلستيك ترچمر

سيسا ڤلستيك ترچمر.
     مليسيا بوكن نݢارا يڠ ماهو سيسا ڤلستيك ترچمر دان بوكن دري ايندوستري. باݢايمان سمڤه اين سمڤاي كنݢارا كيت؟ اڤ يڠ تيدق بتول؟

Labels:

Pantun, Beban Sejarah

Beban Sejarah

Orang tekun gali tempat purba,
     Gigih dapat benda zaman hilang;
Moyang tamadun dari takat lama,
     Lebih berat reka lembaran gilang.

ببن سجاره

اورڠ تكون ݢالي تمڤت ڤوربا،
     ݢيݢيه داڤت بندا زامن هيلڠ؛
مويڠ تمدون دري تاكت لام،
     لبيه برت ريك لمبرن ݢيلڠ.

历史包状

学者繁忙掘旧址,
     辛苦获历史文物;
祖先文化成历史,
     要开新更辛苦。

Burden of History

Archaelogists busy excavate old sites,
     It's hard work to get the artefacts;
Ancestors went through history to be civilized,
     It's more difficult to open a new page in fact.
    

    
    
    

    

Labels:

Tuesday, May 28, 2019

ستيرويد انابوليك دان كسوبورن

ستيرويد انابوليك اد كسن سمڤيڠن يڠ بوروق سڤرتي كورڠ كسوبورن. اي دحرام دالم دنيا سوكن. ڤپالهݢوناءن برلامو. داميريكا لبيه تيݢ جوتا اورڠ مڠݢون اوبت اين. براڤ اورڠ دمليسيا؟

Labels:

Steroid anabolik

Steroid anabolik ada kesan sampingan yang buruk seperti kurang kesuburan. Ia diharam dalam dunia kesukanan. Penyalahgunaan ubat ini berlaku. Di Amerika Syarikat lebih tiga juta orang guna kimia tersebut. Berapa orang di Malaysia?

Labels:

مهاراج جڤون دان ترامڤ

ترامڤ دان ايبنكا ݢمبيرا منموءي مهاراج ناروهيتو دان مهاراني ماساكو دجڤون. لغت اميريكا ملاون لغت اوكسۏورد. مونكين مريك تيدق ممبينچڠکن كاءساءيمبڠن ڤرداݢڠن.

Labels:

Maharaja Jepun dan Trump

Trump dan Ivanka gembira menemui Maharaja Naruhito dan Maharani Masako. Mereka bersembang dalam Bahasa Inggeris: loghat Amerika melawan loghat Oxford. Mungkin mereka tidak membincang keseimbangan perdagangan.

Labels:

Monday, May 27, 2019

Mas dan MOU

Mas dan Japan Airlines menandatangan memorandum persefahaman perniagaan Kita berharap bahawa ini skan memberi perkhidmatan yang baik dan amalan yang elok.

Labels:

مس دان ميمورندوم ڤرسۏاهمن

مس دان جاڤن ايرلاءينس مننداتاڠن ميمورندوم ڤرسۏاهمن ڤرنياݢاءن. كيت برهارڤ بهوا اين اكن ممبري ڤرخدماتن يڠ باءيق دان عاملن يڠ ايلوق.

Labels:

Sunday, May 26, 2019

Badminton Piala Sudirman peringkat akhir

Badminton Piala Sudirman peringkat akhir, China 3:0 Jepun. Permainannya menggoda untuk China dan menderita bagi Jepun. Para pemain menunjukkan kemahiran, cara bermain dan daya tahan. Kali ini, China lebih tajam.

Labels:

بدمينتون ڤيالا سوديرمن ڤتيڠݢي اخير

بدمينتون ڤيالا سوديرمن ڤريڠكت اخير، چينا 0:3 جڤون. ڤرماءيننڽ مڠݢودا اونتوق چينا دان مندريتا باݢي جڤون. ڤارا ڤماءين منونجوقءن كماهيرن، چارا برماءين دان داي تاهن. كالي اين، چينا اداله لبيه تاجم.

Labels:

Pantun, Daya Tahan

Daya tahan
     Kita menonton pertandingan badminton Piala Sudirman, Nanning, China, pada 26 May, 2019, peringkat akhir, China lawan Jepun: Chen Yu-fei
mengatasi Yamaguchi 2:1. Mereka menonjolkan kemahiran,  cara bermain da tahan lasak.

Pemain dalam masa tanding,
     Cepat tayang dengan cara handalan;
Bermain dalam masa genting,
     Dapat menang dengan daya tahan.

Labels: ,

Saturday, May 25, 2019

Hua Wei and perang dagang

Selepas mencerca Huawei, Tramp kata ia boleh dijadikan sebahagian daripada perjanjian dagang. Amerika dan China saling mengguna bahasa kegusaran. Perang dagang menjejaskan dunia.

Labels:

ڤرڠ داݢڠ دان هوا وي

سلڤس منچرچا هوا وي، ترامڤ كات اي بوليه جادي سبهاݢيان درڤد ڤرجنجيان داݢڠ. اميريكا دان چينا ساليڠ مڠݢون بهاس كبيرڠن. ڤرڠ داݢڠ منججس دنيا.

Labels:

ڤروبهن اقليم

اقليم دنيا منجادي لبيه تروق. كراجاءن-كراجاءن تراݢق-اݢق. ڤارا ڤلاجر كلوار دري بيليق درجه اونتوق ممبوات بنتاهن اݢر ڤيهقڽ بنر-بنر مڠمبيل تيندقن. اداكه موريد-موريد درڤد لبيه 100 نݢارا منونجوت ڤراساءن؟

Labels:

Friday, May 24, 2019

Perubahan iklim

Iklim dunia menjadi lebih teruk. Kerajaan-kerajaan teragak-agak. Pelajar tinggalkan bilik darjah untuk membantah agar tindakan benar-benar diambil. Adakah murid-murid di lebih 100 negara menunjuk perasaan?

Labels:

Brexit (keluar dari Kesatuan Eropah)

Brexit (keluar dari Kesatuan Eropah) adalah kejam terhadap Perdana Menteri. Pada 7 Jun, 2019, Theresa May akan meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri British. Beliau telah berusaha dengan sedaya upaya.

Labels:

بريكسيت

بريكسيت (كلوار دري كساتوان ايروڤه) اداله كجم ترهادڤ ڤردان منتري. ڤد 7 جون، 2019، ثريسا مي اكن ملتق جاوتن سباݢاي ڤردان منتري بريتيش. بليو تله براوسها دڠن سداي اوڤاي.

Labels:

Badminton Piala Sudirman

Badminton Piala Sudirman peringkat kalah mati: Malaysia 0: 3 Jepun. Bergu campuran Malaysia tetap tekun tetapi nasib kurang. Perlu kerja lebih kuat.

Labels:

بدمينتون ڤيالا سوديرمن

بدمينتون، ڤيالا سوديرمن ڤريڠݢي كاله ماتي : مليسيا 3:0 جڤون. برݢو چمڤورن مليسيا تتڤ تكون. نصيب كورڠ سديكيت. ڤرلو كرجا لبيه كوات.

Labels:

ايميݢريسين

ڤركارا ڤوكوق ايميݢريسين اداله ساڠت روميت. براڤ جوتا ڤنداتڠ تنڤا ايزين دمليسيا؟
     كمنتريان دالم نݢري تله منامتكن سكيم كاولن ايميݢريسين ناسيونل يڠ داءوروس اوليه ڤرستارياڠ برحد. ڤݢوام شريكت ايت منونتوت ݢنتي روݢي 733 جوتا ريڠݢيت اونتوق سيستم يڠ برهرݢ 3.5 بيليون ريڠݢيت.

Labels:

Imigresen

Perkara pokok imigresen adalah sangat rumit. Berapa juta pendatang tanpa izin di Malaysia?
     Kementerian Dalam Negeri telah menamatkan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang diuruskan oleh Prestariang Berhad. Peguam syarikat itu menuntut ganti rugi RM733 juta bagi sistem berharga RM3.5 bilion.

Labels:

Thursday, May 23, 2019

Badminton Piala Sudirman

Badminton Piala Sudirman peringkat kalah mati: Thailand mengatasi Korea Selatan 3:1 dan China mengalah Denmark 3:1. Thailand dan China mara ke separuh akhir.
     Besok Malaysia melawan Jepun. Pasukan negara mesti bertabah.

Labels:

بدمينتون ڤيالا سوديرمن ڤريڠكت كاله ماتي

بدمينتون ڤيالا سوديرمن ڤريڠكت كاله ماتي: ثايلند مڠاتاسي كوريا سلاتن 1:3 دان چينا مڠالهكن دينمارك 1:3. چينا دان ثايلند مارا كسڤاروه اخير. بيسوق مليسيا لاون جڤون. ڤاسوقن نݢارا مستي برتابه.

Labels:

Wednesday, May 22, 2019

Perbelanjaan Tentera

Perbelanjaan Tentera
 Institut Keamanan Antarabangsa Stockholm kata  pada 2018 perbelanjaan tentera dunia ialah US$1.82 trillion: Amerika US$649 bilion dan China 250 bilion (Rusia US$61.4 bilion).
      Amerika, China, Arab Saudi, India dan Perancis merupakan 60% daripada perbelanjaan tentera sejagat.

Labels:

ڤربلنجاءن تنترا

ڤربلنجاءن تنترا
    اداله سوكر اونتوق منداڤت اڠك يڠ سبنر. اينستيتوت كاءمنن انتارابڠسا ستوكهولم كات بهوا ڤد تاهون 2018، ڤربلنجاءن تنترا دنيا اداله US$1.82 تريليون: اميريكا شريكت US$649 بيليون دان چينا US$250 بيليون (روسيا US$61.4).
     اميريكا، چينا، ارب ساءودي، اينديا دان ڤرنچيس مروڤاكن 60% درڤد جومله ڤربلنجاءن تنترا سجاݢت.

Labels:

Badminton Piala Sudirman

Badminton Piala Sudirman: Malaysia 3:2 India. Malaysia dan China mara ke peringkat kalah mati. Semoga Malaysia tetap tekun.

Labels:

بدمينتون ڤيالا سوديرمن

بدمينتون ڤيالا سوديرمن: مليسيا 2:3 اينديا. مليسيا دان چينا مارا ك ڤريڠكت كاله ماتي. سموݢ مليسيا تتڤ تكون.

Labels:

Tuesday, May 21, 2019

Joko Widodo terus jadi Presiden

Komisi Pemilihan Umum mengesahkan Joko Widodo mendapat 55.5% undi. Beliau terus menjadi Presiden Indonesia. Tahniah.

Labels:

جوكو ويدودو تروس جادي ڤريسيدن

كوميسي ڤميليهن عموم مڠصحكن جوكو ويدودو داڤت 55.5% اوندي. بليو تروس منجادي ڤريسيدن ايندونيسيا. تهنيءه.

Labels:

امرن منمڤه ڤرڠ

امرن منيمڤه ڤرڠ، اميريكا دان ايرن.
     اميريكا براد دسلوروه ڤلوسوق دنيا. ايرن برݢيات دتيمور تڠه. ترامڤ مناريق اميريكا كلوار درڤد ڤرجنجيان نوكليار ايرن، مڠناكن سكاتن كاءتسڽ دان مڠهنتر كاڤل ايندوق ڤساوت اودارا. ڤرڠ؟ كدوا-دوا نݢارا كات تيدق ماهو.

Labels:

Amaran menempah perang

Amaran menempah perang, Amerika dan Iran.
     Amerika Syarikat berada di semua pelosok dunia. Iran bergiat di Timur Tengah. Trump menarik Amerika daripada Perjanjian Nuclear Iran, mengenakan sekatan keatasnya dan menghantar kapal induk pesawat udara ke Timur Tengah. Perang? Kedua-dua negara kata tidak mahu.

Labels:

هوا وي هادڤي لبيه چابرن

ترامڤ دان كاونڽ منجاديكن اميريكا شريكت لبيه ݢارڠ دڠن ݢوݢيل ممبرهنتيكن هوا وي درڤد مڠݢون سبهاݢيان اڤليكاسيڽ. اين اداله ساءوله-اوله شريكت اميريكا ترماسوق بوءيڠ تيدق مماكاي بارڠ اورڠ لاءين. هوي وي دري چينا كات اي سوده ممبوات الترناتيۏ.

Labels:

Huawei hadapi lebih cabaran

Trump dan kawannya menjadikan Amerika Syarikat lebih garang dengan Google berhenti Huawei daripada mengguna aplikasi androidnya. Ini dilakukan seolah-olah syarikat negara itu termasuk Boeing tidak memakai bahan orang lain. Huawei kata ia sudah membuat alternatif.

Labels:

Sunday, May 19, 2019

Tenis Pertandinan Terbuka Rome

19.5.2019, Tenis Terbuka Rome, peringkat akhir, Novac Djokovic 0:6, 6:4, 1:6 Rafael Nadal. Keduanya adalah legenda, pahlawan dan pesaing.  Mereka menonjolkan kemahiran, ketekadan dan pembawaan.
     Hari ini, Nadal bermain dengan lebih baik. Beliau jadi jaguh Rome kali yang ke-11.

Labels:

Badminton Piala Sudirman 2019

Badminton Piala Sudirman 2019, Nanning, China, 19-26 Mei, 2019: pasukan campuran dari 31 negara dibahagikan kepada Empat Kumpulan. Malaysia terletak dalam Kumpulan 1, salah satu daripada 12 pasukan elit. Ia perlu bertekad. Walaupun kalah 0:5 kepada pasukan China, ia berusaha.

Labels:

ڤيالا سوديرمن 2019، نان نيڠ، چينا.

بيدمينتون ڤيالا سوديرمن 2019، نان نيڠ، چينا، 19 هيڠݢ 26 مي، 2019: اد ڤاسوقن چمڤورن دري 31 نݢارا دالم 4 كومڤولن. مليسيا ترلتق دالم ݢولوڠن ايليت دڠن 12 ڤاسوقن. اي ڤرلو برتيكد. اي بروسها سماس كاله 5:0 مڠهادڤي ڤاسوقن چينا.

Labels:

Selamat Hari Wesak

Selamat Hari Wesak
卫塞节快乐
Happy Wesak Day
سلامت هاري ويسك

Labels:

Saturday, May 18, 2019

Berhijrah ke bandaraya

Orang berhijrah ke bandaraya. Ramai rakyat Malaysia berpindah ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Populasi kedua bandaraya ini adalah lebih 1.8 juta masing-masing. Berapa bandar negara ini menghadapi bilangan penduduk berkurangan? Bandar mengecutkan?

Labels:

برهجره ك بندراي

اورڠ برهجره كبندراي. راماي رعيت مليسيا برڤينده ككوالا لومڤور دان ڤولاو ڤينڠ. ڤوڤولاسي كدوا بندراي اين ادله لبيه 1.8 جوتا ماسيڠ٢ . براڤ بندر نݢارا كيت مڠهادڤي بيلڠن ڤندودوق بركورڠن؟ بندر مڠچوتكن؟

Labels:

Friday, May 17, 2019

Penceroboh hutan simpanan

Mahkamah Sesi Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM1.56 juta dan penjara dua tahun ke atas dua penceroboh Vietnam. Mereka ditangkap kerana menjerat binatang liar di Taman Negara, Ulu Terengganu.
     Ada ramai penceroboh di hutan-hutan simpanan di Malaysia. Pembalak di hutan ini adalah  perampas. Masalah utamanya penguatkussaan.

Labels:

ڤنچروبوه هوتن سيمڤانن

مهكامه سيسي تريڠݢانو مڠحكوم دوا ڤنچروبوه دري ۏيتنم دڠن دندا 1.56 جوتا ريڠݢيت دان ڤنجارا دوا تاهون. مريك منجرت بيناتڠ ليار دتامن نݢارا، اولو ترڠݢانو. 
     اد راماي ڤنچروبوه دهوتن-هوتن سيمڤنن دمليسيا. ڤمبالق دهوتن سيمڤانن اداله ڤرمڤس. مسءله اوتاماڽ ڤڠواتكواساءن.

Labels:

Trump himpit Syarikat Huawei

Trump menghimpit syarikat teknologi China, Huawei, dengan menyebar masalah 'keselamatan', mengarah Kanada menahan Ketua Pegawai Kewangan dan melarang Amerika membekal barang ganti kepadanya. Dunia dagang adalah sangat pintar. Adakah Trump akan menang?

Labels:

Thursday, May 16, 2019

ترامڤ هيمڤيت شريكت هوس وي

ترامڤ مڠهيمڤيت شريكت تيكنولوݢي چينا، هوا وي، دڠن مڽونت مسءله 'كسلامتن'، مڠاره كانادا مناهن كتوا ڤݢاواي كاءواڠن، ملارڠ شريكت اميريكا ممبكل بارڠ ݢنتي كڤدڽ. تتاڤي دنيا داݢڠ اداله ساڠت ڤينتر. بوليهكه ترامڤ منڠ؟

Labels:

Media sosial

Ratusan juta orang mengguna media sosial. Semua pihak mesti mengambil lebih langkah untuk menjaga para pengguna daripada jenayah siber dan pembunuhan diri melalui pengundian siber.

Labels:

ميديا سوسيال

راتوسن جوتا اورڠ مڠݢون ميديا سوسيال. سموا ڤيهق مستي مڠمبيل لبيه لڠكه اونتوق منجاݢ ڤارا ڤڠݢون درڤد جنايه سيبر دان ڤمبونوهن ديري ملالوءي ڤڠونديان سيبر.

Labels:

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru
教师节快乐!
Happy Teachers Day
سلامت هاري ݢورو

Labels:

Wednesday, May 15, 2019

ڤمبونوهن ديري دان ميديا سوسيال

ميديا ملاڤوركن ساءورڠ رماج ڤرمڤوان 16 تاهون دري ساراوق ممبونوه ديري سلڤس ڤڠاونديان ملالوءي انستاݢريم.
     ڤوليس مستي سياست كيس ايت اونتوق منداڤت حقيقت. ميديا سىوسيال هندقله ڤيكا كڤد تراݢيدي سڤرتي اين.

Labels:

Pembunuhan diri dan media sosial.

Media melaporkan seorang belia perempuan dari Sarawak membunuh diri selepas pengundian melalui Instagram.
     Polis mesti menyiasat kes itu untuk mendapat hakikat. Media sosial hendaklah peka kepada tragedi seperti ini.

Labels:

Tuesday, May 14, 2019

Perjanjian Paris

Trump telah menarik Amerika dari Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim. Amerika Syarikat telah melepaskan kepimpinannya. Perusahaan tenaga boleh dibaharui seperti turbin angin dan sel suria berkembang pesat.
     Apakah usaha Malaysia untuk mengguna tenaga boleh dibaharui?

Labels:

ڤرجنجيان ڤاريس

ترامڤ تله مناريق اميريكا كلوار دري ڤرجنجيان ڤاريس مڠناءي ڤروبهن اقليم. اميريكا ملڤسكن كڤيمڤيننڽ. ڤراوسهاءن تناݢ يڠ بوليه دبهاروءي بركمبڠ ڤست سڤرتي توربين اڠين دان سيل سوريا.
     اڤاكه اوسها مليسيا اوتوق مڠݢون تناݢ يڠ بوليه دبهاروءي؟

Labels:

Monday, May 13, 2019

ڤمليهاراءن هوتن سيمڤنن

ڤمليهاراءن هوتن سيمڤانن اولو مودا، كده، مليسيا.
     هوتن يڠ لواسڽ 162،000 هيكتر اين اد مسءله ڤمبالق دان ڤنچروبوه.
     ستڠه نݢري برݢنتوڠ كڤد ڤموسنهن هوتن سباݢاي ساله ساتو ڤونچ كواڠن. كراجاءن ڤرسكوتوان يڠ چينتا هوتن ڤرلو مماءينكن ڤرانن ڤمليهاراءن.

Labels:

Pelihara hutan simpanan

Pemeliharaan Hutan Simpanan Ulu Muda, Kedah, Malaysia.
     Hutan yang luasnya 162,000 hektar ini ada masalah pembalak dan penceroboh.
     Setengah negeri bergantung kepada pemusnahan hutan sebagai salah satu punca kewangan. Kerajaan Persekutuan yang cinta hutan perlu memainkan peranan pemeliharaan.
 

Labels:

Perang dagang bertambah buruk

Perang dagang China dan Amerika Syarikat bertambah buruk. Ini menjadikan bursa-bursa saham gentar. Trump percaya tarif tinggi keatas barang China adalah berkesan. Xi Jin-ping faham ini menjejaskan ekonomi Amerika, China dan dunia.

Labels:

ڤرڠ داݢڠ برتمبه بوروق

ڤرڠ داݢڠ چينا دان اميريكا شريكت برتمبه بوروق. اين منجاديكن بورسا-بورسا ساهم ݢنتر. ترامڤ ڤرچاي تاريۏ تيڠݢي اداله بركسن. سي جين-ڤيڠ ۏاهم اين منججسكن ايكونومي اميريكا،  چينا دان دنيا.

Labels:

Terlalu ramai penyelam

Terlalu ramai penyelam mencemarkan dasar laut. Banyak karang mati. Apakah cara berkesan untuk memelihara karang?

Labels:

ترلالو راماي ڤپلم

ترلالو راماي ڤڽلم منچمركن داسر لاءوت. باڽق كارڠ ماتي. اڤاكه چارا بركسن ممليهارا كارڠ؟

Labels:

Sunday, May 12, 2019

Liga Perdana Inggeris

Bolasepak Liga Perdana Inggeris: Manchester City 4:1 Brighton dan Liverpool 2:0 Wolves. Manchester City muncul juara liga, mengatasi Liverpool dengan hanya satu mata, 98-97. Kedua pasukan mampu mendapat pengurus dan pemain yang terbaik.

Labels:

ليݢ ڤردان اڠݢريس

بولاسيڤق ليݢ ڤردان اڠݢريس: منچيستر سيتي 1:4 برايتون دان ليۏرڤول 0:2 وولۏرهمتون. منچيستر سيتي مونچول جوارا ليݢ مڠاتاسي ليۏرڤول دڠن هاڽ ساتو ماتا 97:98. كدوا ڤاسوقن ممڤو منداڤت ڤڠوروس دان ڤماءين يڠ ترباءيق.

Labels:

ليݢ ڤردان اڠݢريس

بولاسيڤق ليݢ ڤردان اڠݢريس: منچيستر سيتي 1:4 برايتون دان ليۏرڤول 0:2 وولۏرهيمتون.منچيستر سيتي مونچول جوارا دڠن كلبيهن هاڽ ساتو ماتا 98-97. كدوا ڤاسوقن ممڤو ممبلي ڤڠوروس دان ڤماءين يڠ ترباءيق ددنيا.

Labels:

Pantun, Batu Kenangan.

Batu Kenangan

Banyak debu dalam tanah,
     Ada balu akibat perang;
Banyak berlaku dalam sejarah,
     Ada batu tempat kenangan.

باتو كنڠن

باڽق دبو دالم تانه،
     اد بالو اقيبت ڤرڠ؛
باڽق برلاكو دالم سجاره،
     اد باتو تمڤت كنڠن.

地上有很多灰尘,
     留寡归战争经验;
历史上很多旅程,
     设立石碑作留念

Memorial Stones

The earth shows much dust in reality,
     Wars with widows are evident;
Many events occur in history,
     Memorial stones are for remembrance.

Labels:

اورڠ مليسيا بيمبڠ

اورڠ مليسيا بيمبڠ مڠناءي ڤوڠوتن چوكاي، ڤلابورن، ڤلواڠ كرجا دان سينتيمن قوم.

Labels:

Orang Malaysia bimbang

Orang Malaysia bimbang mengenai pungutan cukai, pelaburan, peluang kerja dan sentimen kaum.

Labels:

Saturday, May 11, 2019

Tarif 25%


Dunia memperhatikan Trump mengenakan tarif 25% keatas barang China dan Xi Jin-ping membalas. Trump mengambil kira pilihanraya presiden Amerika kelak. Tetapi, beliau membebankan para pengguna?

Labels:

تاريۏ 25%

دنيا ممرهاتيكن ترامڤ مڠناكن تاريۏ 25% كاءتس بارڠ چينا دان سي جين-ڤيڠ ممبالس. ترامڤ مڠمبيل كيرا ڤيليهن راي ڤريسيدن اميريكا كلق. تتاڤي، بليو ممببنكن ڤارا ڤڠݢون؟

Labels:

تمڤت ڤلنچوڠ

ڤارا ڤلاوت مليسيا مڠاتاكن بهوا اد باڽق تمڤت مناريق ڤلنچوڠ. تتاڤي، ڤيهقڽ ڤرلو سلڠݢارا تمڤت-تمڤت اين دڠن لبيه باءيق.

Labels:

Tempat pelancong

Para pelawat Malaysia kata ada banyak tempat pelancong yang menarik. Tetapi, pihaknya perlu selenggara tempat-tempat ini dengan lebih baik.

Labels:

12.5.2019 Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu
母亲节快乐!
Happy Mother's Day
سلامت هاري ايبو

Labels:

Wednesday, May 08, 2019

Bolasepak Liga Johan-Johan Eropah

Bolasepak Liga Johan-Johan Eropah, separuh akhir: Tottenham Hotspur 3:3 (agreget) Ajax Amsterdam. Spurs menang kerana dapat gol di tempat lawan. Strategi pengurus Spurs, Pochettino, adalah berkesan seperti tidak turunkan Harry Kane lebih awal. Pemain Moura menyempurnakan.
     Spurs akan menentang Liverpool di peringkat akhir di Madrid.

Labels:

بولاسيڤق ليݢ جوهن-جوهن

بولاسيڤق ليݢ جوهن-جوهن ايروڤه، سڤاروه اخير، توتنم هوتسڤور 3:3 (اݢريݢيت) ايءاس امستردم. سڤورسي منڠ كران داڤت ݢول دتمڤت لاون. ستراتيݢي ڤڠوروس سڤورس، ڤوچيتينو، اداله بركسن سڤرتي تيدق تورونكن هيري كين لبوه اول. ڤماءين مورا مپمڤورناكن.
     سڤورس اكن لاون ليۏرڤول دڤريڠكت اخير دميدريد.

Labels:

Tuesday, May 07, 2019

Liga Johan-Johan Eropah

Liga Johan-Johan Eropah, separuh akhir: Liverpool 4:3 (agreget) Barcelona. Pengurus Liverpool Klopp pergi ke padang lawan dan dapat mengatasi ketinggalan 3:0 dengan cara luar biasa. Liverpool mara ke peringkat akhir.

Labels:

ليݢ جوهن-جوهن ايفوڤا

ليݢ جوهن-جوهن ايروڤه سڤاروه اخير، ليۏرڤول 3:4 (ايݢريݢيت) بارسيلونا. ڤڠوروس ليۏرڤول ڤرݢي كڤادڠ لاون دان داڤت مڠاتاسي مسءله كتيڠݢلن 0:3 دڠن چارا لوار بياسا. ليۏرڤول مارا ك ڤريڠكت اخير.

Labels:

Perang dagang China-Merika

Rundingan dagang Amerika-China terus diadakan. Trump mengugut untuk kenakan tarif 25% keatas barang China. China kata tarif lebih tinggi tidak akan menyelesaikan masalah.
     Perang dagang menjejaskan ekonomi dunia.

Labels:

ڤرڠ داݢڠ چينا دان اميريكا

رونديڠن داݢڠ چينا دان اميريكا شريكت تروس داءداكن. ترامڤ مڠوݢوت كناكن تاريۏ 25% كاءتس بارڠ چينا. چينا كات تاريۏ لبيه تيڠݢي تيدق اكن مپلسايكن مسءله.
     ڤرڠ داݢڠ منججسكن ايكونومي دنيا.

Labels:

Monday, May 06, 2019

Initiatif Belt dan Road

Initiatif Belt dan Road China melibatkan 153 negara. Lebih negara akan sertai. Ada ratusan projek dan ratusan bilion dolar. Selepas kontrak ditandatangan dan kerja bermula, rundingan semula tidak berlaku kecuali perubahan yang menguntungkan pihak China.

Labels:

اينيشياتيۏ بيلت اند رواد

اينيشياتيۏ بيلت اند رواد چينا مليبتكن 153 نݢارا. لبيه نݢارا اكن سرتاءي. اد راتوسن ڤروجيق دان راتوسن بيليون دولر اميريكا. سلڤس كونترق دتنداتاڠن دان كرجا برمولا، تيدق اد لاݢي رونديڠن سمولا كچوالي ڤروبهن يڠ مڠونتوڠكن ڤيهق چينا.

Labels:

Sunday, May 05, 2019

تيكنولوݢي 5G

تيكنولوݢي 5G سدڠ وجود، اداكه ۏريكوينسيزڽ اكن ݢڠݢو دڠن داتا راملن كاجي چواچ؟

Labels:

Teknologi 5G

Teknologi 5G sedang wujud. Adakah frequensi teknologi itu akan mengganggu dengan data penting ramalan kaji cuaca?

Labels:

Saturday, May 04, 2019

چارا بكرجا

سيكڤ بكرجا
     چارا بكرجا دبيدڠ تيكنولوݢي چينا اداله 9 ڤاݢي هيڠݢ 9 ڤتڠ، 10 جام سهاري دان جومله 6 هاري سميڠݢو‌. ڤڠاساس علي با با جيك ما ڤرچاي كڤد ماس بكرجا كوات يڠ لبيه ڤنجڠ. اين منيمبولكن ڤرتيكاءين.
     اڤاكه ڤنداڤت سودارا-سوداري مڠناءي چارا بكرجا؟

Labels:

Sikap bekerja

Sikap bekerja
     Cara 996 adalah masa bekerja bidang teknologi China: 9 pagi hingga 9 petang, 10 jam sehari dan jumlah 6 hari seminggu. Pengasas Ali Ba Ba Jack Ma percaya kepada masa kerja kuat yang lebih panjang. Ini menimbulkan pertikaian.
     Apakah pendapat saudara-saudari mengenai cara bekerja?

Labels: ,

Friday, May 03, 2019

Kebebasan kehakiman

Sebagai wanita pertama yang menyandang jawatan Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun menekankan kebebasan kehakiman. Kita berharap meritokrasi dan tempoh berkhidmat dititikberatkan.

Labels:

كحاكيمن بيبس

سباݢاي وانيتا يڠ ڤرتام مڽاندڠ جاوتن كتوا حاكيم نݢارا، داتوء تڠكو مايمون منكنكن كبيبسن كحاكيمن دمليسيا. كيت برهارڤ ميريتوكراسي دان تيمڤوه برخدمت دتيتيقبرتكن.

Labels:

Thursday, May 02, 2019

Ketua Hakim Negara

Datuk Tengku Maimun dari Gok Kapur menyandang jawatan Ketua Hakim Malaysia. Tahniah. Negara memerlukan kahakiman yang bebas dan bergantung kepada meritokrasi.

Labels:

كتوا حاكيم نݢارا

داتوء تڠݢو مايمون دري ݢوق كاڤور  مپاندڠ جاوتن كتوا حاكيم مليسيا. تهنياه. نݢارا ممرلوكن كحاكيمن يڠ بيبس دان برݢنتوڠ كڤد ميريتوكراسي.

Labels:

Pantun, Wang Kelian.

Wang Kelian, Perlis
     Pada tahun 2015, polis Malaysia menemui kubur dan lebih 130 bangkai manusia di hutan Wang (Bukit) Kelian, Perlis, Malaysia.

Kita panjat Wang Kelian,
     Perhati pacat dan ular;
Kita lihat orang sekalian,
     Perhati tepat dan kasar.

واڠ كليان ڤرليس
     ڤد تاهون 2015، ڤوليس منموءي كيم، كوبور دان لبيه 130 بڠكاي ماءنسي دواڠ (بوكيت) كليان، ڤرليس، مليسيا.

كيت ڤنجت واڠ كليان،
      ڤرهاتي ڤاچت دان اولر؛
كيت ليهت اورڠ سكاليان،
     ڤرهاتي تڤت دان كاسر.
吉辇山
     2015年,大马警察在马泰边境旺吉辇(山), 发现营帐,坟墓和超过130具屍体。

我们吉辇山爬攀,
     提防毒蛇与山蛭;
我们人间有观看,
     见到善良与残极。

Wang  Kelian
     In 2015, police discovered camps, graves and over 130 corpses in the jungle of Wang (Hill) Kelian, at the Malaysia-Thai border.

We climb Wang Kelian to pry,
     Watching for leeches and cobra;
We meet many people in life,
      Seeing good ones and murderers in this era.