Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, October 19, 2008

Perdana Menteri mesti mengotakan janji seperti kehakiman yang bebas dan adil

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw berpendapat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mestilah diberi peluang untuk mengotakan janji seumpama kewujudan kehakiman yang bebas dan adil, suruhanjaya pencegah rasuah, kebebasan akhbar dan lain-lain.

Dr Tan berkata demikian ketika mengambil bahagiana di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 (Bajet) pada 20.10.2008.

Saya bangunan untuk mengambil bahagian di dalam bajet 2009 ketika krisis ekonomi dunia dan kemerosotan ekonomi yang akan datang ke negara ini beberapa bulan lagi. Saya berharap langkah-langkah yang telah diambil sejak 1998 (waktu kegawatan ekonomi negara yang dahsyat), adalah mencukupi bagi menghadapi cabaran-cabaran kemelesetan kelak.

Perdana Menteri telah mengumumkan persaraan dari jawatannya pada Mac tahun depan. Sebab itu, ada orang yang tidak menghormatkan beliau lagi.

Pulau Selising ada balai
Bukan diikuti jalan putus;
Kalau kucing tiada misai,
Takkan ditakuti tikus.

Orang besar yang hendak bersara dari jawatannya tidak disegani orang lagi.

Datuk Seri abdullah telah membuat banyak janji termasuk kehakiman yang bebas dan adil, kebebasan akhbar, suruhanjaya pencegahan rasuah, koridor-koridor ekonomi dan sebagainya. Belaiu perlu diberi kesempatan untuk menunaikan janji-janji ini.

Media di Malaysia adalah dikongkong oleh segelintir orang. Misalnya, Utusan Malaysia, Berita harian dan The News Straits Times adalah dimonopoli oleh UMNO. Maka, berita dan rencana kadangkala berat sebelah. PM hendak media yang lebih bebas.

Saya mengesyorkan supaya media yang bebas dan bertanggungjawab diadakan di negara ini. Di dalam masyarakat yang majmuk, sambil kita mengamalkan kebebasan media, kita tidak boleh membangkitkan perkara-perkara yang menyinggungkan sesuatu kaum atau agama. Hak-hak semua kaum mestilah dipelihara mengikut semangat perlembagaan persekutuan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home