Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, March 28, 2017

كيراكيرا RM190جوتا بكالن تمبهن اونتوۋ كمودهن اساس سكوله

ديون رعيت بحث ڤرونتوقن تمبهن كيرا-كيرا RM190 جوتا اونتوۋ كمودهن اساس دسكوله-سكوله.
ترداڤت همڤير 10000 سكوله دان ليم جوتا ڤلاجر دمليسيا.  جك اد بندا يڠ روسق دسكوله سڤرتي بيليق درجه، ݢورو بسر دان ڤڠتوا يڠ لبيه تاهو. ساي مندڠر بهوا ستڠه كونتراكتور ممستيكن بندا يڠ دباءيكي. سيستم ڤرلنتيقن كونتراكتور دان كريتيرياڽ ڤرلو دكاجي سمولا. كمنتريان مستي مننتوكن هاڽ كونتراكتور يڠ ممڤو دان جوجور دلانتيق. 

Dewan Rakyat bahas peruntukan tambahan kira-kira RM190 juta untuk kemudahan asas di sekolah-sekolah. Terdapat hampir 10000 sekolah dan lima juta pelajar di Malaysia. Jika ada benda yang rosak di sekolah seperti bilik darjah, guru besar dan pengetua lebih mengetahui. Saya dengar bahawa setengah kontraktor memastikan benda yang dibaiki. Sistem perlantikan kontraktor dan kriteria perlu dikaji semula. Kementerian mesti menentukan hanya kontraktor yang mampu dan jujur dilantik.

Labels:

Monday, March 27, 2017

اڠكتن ڤناهنن عوام جادي رينجير هوتن

منتري YB اراو چوبا ماءيكينكن ديون رعيت بهوا اڠكتن ڤرتاهنن عوام مليسيا ممڤو منجادي رينجير اونتوق ممبنتو باݢي منچݢه ڤمبالقن حرام.

ڤيهقڽ مستي مڠاتسي مسءله اوندڠ-اوندڠ، لاتيهن دان ايلاءون.

Labels:

50%tanah negara ditutupi pokok

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengulangi bahawa Malaysia terikat di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50%daripada keluasan tanah negara ditutupi pokok-pokok dan kawasan berhutan.

Undang-undang dan penguatkuasaan di negeri-negeri membimbangkan.

كمنتريان سومبر اصلي دان عالم سكيتر مڠولڠي بهوا مليسيا تريكت دڤريڠكت انتارابڠسا اونتوق مڠكلكن سكورڠ-كورڠڽ 50% درڤد كلواسن تانه نݢارا دتوتوڤي ڤوكوك-ڤوكوك دان كاواسن برهوتن.

اوندڠ-اوندڠ دان ڤڠواتكواساءن دنݢري-نݢري ممبيمبڠكن.

Labels:

Sunday, March 26, 2017

Pelan strategik 5 tahun ڤلن ستراتيݢيك ليم تاهون

Datuk Seri Najib sebut di Dewan Rakyat mengenai Pelan Strategik Lima Tahun untuk mengamalkan wasatiyyah (kesederhanaan) di pelbagai bidang.

Kita berharap konsep sejagat ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

داتوء سري ناجيب سبوت دديون رعيت مڠناءي ڤلن ستراتيݢيك ليم تاهون اونتوق معملكن وساتيعه (كسدرهاناءن) دڤلباݢاي بيدڠ.
كيت برهارڤ كونسيڤ برسجاݢت اين داڤت دلقساناكن دڠن بركسن.

Labels: ,

Saturday, March 25, 2017

Masyarakat pandang, lampau bahaya مشراكت ڤندڠ لمڤاو بهاي

Pokok hijau langit biru,
Umum kumpul semangat riang;
Pokok hijau langit kelabu,
Umum kumpul semangat bimbang.

Umum kumpul semangat riang,
Masyarakat pandang buruk gejala;
Umum kumpul semangat bimbang,
Masyarakat pandang lampau bahaya.

Masyarakat pandang buruk gejala,
Polis awasi pelampau dikesan;
Masyarakat pandang lampau bahaya,
Polis awasi ramai ditahan.

ڤوكوق هيجاو لاڠيت بيرو،
عموم كومڤول سماڠت رياڠ;
ڤوكوق هيجاو لاڠيت كلابو،
عموم كومڤول سماڠت بيمبڠ.

عموم كومڤول سماڠت رياڠ،
مشراكت ڤندڠ بوروق ݢجالا;
عموم كومڤول سماڠت. بيمبڠ،
مشراكت ڤندڠ لمڤاو بهاي.

مشراكت ڤندڠ بوروق ݢجاكا،
ڤوليس اواسي ڤلمڤاو دكسن;
مشراكت ڤندڠ لمڤاو بهاي،
ڤوليس اواسي راماي دتاهن.

Labels: ,

انچمن ڤلمڤاو. Ancaman pelampau

چواچ چره تموءي اڠين كرس،
نݢارا هادڤي ڤلمڤاو بهاي;
چواچ چره تموءي هوجن ڤانس،
. نݢارا هادڤي جڠكاو ارتڽ.

Cuaca cerah temui angin keras,
Negara hadapi pelampau bahaya;
Cuaca cerah temui hujan panas,
Negara hadapi jangkau eratnya.
.

Labels:

Wednesday, March 22, 2017

46 buah hospital berusia lebih 50 tahun

Timbalan Menteri Kesihatan memberitahu Dewan Rakyat bahawa banyak hospital di Malaysia perlu diperbaiki seperti 46 buah hospital yang berusia lebih 50 tahun. Kita berkehendakkan lebih RM300 juta untuk kerja renovasi bagi mengelakkan kejadian seumpama kebakaran di Hospital Sultan Aminah, Johor Baharu.
   Kita berharap kementerian dapat melaksanakan kerja renovasi dengan berkesan.

Labels:

Serangan ganas Westminster, سرڠن ݢانس ۏيسمينستر

Serangan ganas Westminster mengakibatkan 5 orang terkorban dan lebih 40 orang cedera. Penyiasatan cemas dijalankan. Takziah kepada keluarga yang terkorban. سرڠن ݢانس ۏيسمينستر،. لندون،. مڠاقيبتكن ليم ترقربن دان لبيه امڤت ڤولوه چدرا. ڤوليس بوات سياستن چمس. تعزيت كڤد. كلوارݢ مڠسا

Labels:

Jenayah siber

Polis Malaysia menunjukkan sebanyak 11,186 kes jenayah siber melibatkan kerugian kira-kira RM213 juta pada tahun 2016 berbanding dengan 9,085 kes dan kerugian RM179 juta pada 2015.
   Rakyat mestilah sedar dan polis menambah usaha pencegahan jenayah siber.

Labels:

Tuesday, March 21, 2017

راماي ڤناݢيه داده Ramai penagih dadah

داده اداله مسءله انتارابڠسا. داتوء نور جسلن ممبريتاهو ديون رعيت بهوا تاهون 2016 اد 30،886 ڤناݢيه داده. كيت تيدق تاهو بيلڠن ڤڠيدر. كيت برهارڤ سموا ڤروݢرم داده سڤرتي ڤرڠي داده هابيس-هابيسن(PDH) داڤت دتروسكن.

Dadah adalah masalah antarabangsa. Datuk Nor Jaslan memberitahu Dewan Rakyat bahawa tahun 2016, ada 30,886 penagih dadah. Kita tidak tahu bilangan pengedar. Kita berharap semua program dadah termasuk perangi dadah habis-habisan (PDH) diteruskan dengan bersungguh-sungguh.

Labels:

Monday, March 20, 2017

ݢوݢول مينتا مراب Google minta maaf

ݢوݢيل مينتا معاۏ كران اعلانڽ اد عنصر ڤلمڤاو سڤرتي نيونازي. ريسيكوڽ بسر.

Google minta maaf kerana iklannya adz unsur pelampau seperti Neo-Nazi. Risikonya tinggi.

Labels:

نݢارا چاري چارا كوكوهكن ريڠݢيت Negara cari cara kukuhkan ringgit

سواسان انتارابڠسا تكن ريڠݢيت،
   نݢارا چاري چارا اونتوق مناهن؛
سواسان انتارابڠسا اوبه سديكيت،
   نݢارا چاري چارا اونتوق كوكوهكن.

نݢارا چاري چارا اونتوق مناهن،
   نيلاي ريڠݢيت تيڠݢي دبيلا؛
نݢارا چاري چارا اونتوق كوكوهكن،
   نيلاي ريڠݢيت تيڠݢي دتريما.

Suasana antarabangsa tekan ringgit,
   Negara cari cara untuk menahan;
Suasana antarabangsa ubah sedikit,
   Negara cari cara untuk kukuhkan.

Negara cari cara untuk menahan,
   Nilai ringgit tinggi dibela;
Negara cari cara untuk kukuhkan,
   Nilai ringgit tinggi diterima.

Labels:

Sunday, March 19, 2017

Penyusutan nilai ringgit ڤڽوسوتن نيلاي ريڠݢيت

Datuk Seri Najib memberitahu Dewan Rakyat bahawa ada pelagai faktor yang mengakibatkan penyusutan nilai Ringgit. Yang paling besar ialah kadar faedah Amerika dan bon-bon yang dipegang orang bukan bermastautin (34%).
   Kita berharap langkah-langkah yang berkesan untuk mengukuhkan keadaan ekonomi Malaysia bagi memastikan nilai Ringgit lebih stabil.

داتوء سري ناجيب ممبريتاهو ديون رعيت بهوا اد ڤلباݢاي ۏكتور يڠ مڠاقيبتكن ڤڽوسوتن نيلاي ريڠݢيت. يڠ ڤاليڠ بسر اوله كناءيكن قادر ۏاءيده اميريكا دان بون-بون يڠ دڤݢڠ اوليه اورڠ بوكن برمستاوتين(34%).
   كيت برهارڤ لڠكه-لڠكه يڠ بركسن اونتوق مڠوكوهكن كاءداءن ايكونومي مليسيا باݢي ممستيكن نيلاي ريڠݢيت لبيه ستابيل.

  

Labels:

كݢياتن ماءنسي بروبه اقليم Kegiatan manusia berubah iklim

راماي ممڤرچاياءي بهوا كݢياتن ماءنسي بروبه اقليم. ترامڤ تيدق. بليو مڠورڠ ڤرونتوقن باݢي اݢينسي ڤميليهاراءن علام سكيتر 31%. اداكه بليو بتول؟

Ramai memperpayai bahawa kegiatan manusia berubah iklim. Trump tidak. Beliau mengurangkan peruntukan bagi Agensi Pemiliharaan Alam Sekitar 31%. Adakah beliau betul?

Labels:

Saturday, March 18, 2017

كوريا اوتارا بينا ڤلورو برڤندو Korea Utara bina peluru berpandu nuklear

كوريا اوتارا تروس ممبينا ڤلورو برڤندو نوكليار. ستياءوسها نݢارا اميريكا، تيليرسون، ملاوت كوريا سلاتن، جڤون دان چينا اونتوق منچاري لڠكه ممبرهنتيكن اوسها كوريا اوتارا. مليسيا مڠيكوت ڤركمبڠن.

Korea Utara terus membina peluru berpandu nuklear. Setiausaha Negara Amerika melawat Korea Sekatan, Jepun dan China untuk mencari jalan memberhentikan usaha Korea Utara. Malaysia mengikuti perkembangan.

Labels:

ڤميمڤين جرمبڠ تمو ترامڤ Pemimpin Jerman temu Trump

اهلي ڤوليتيك برڤڠعالمن، مركيل، منموءي ساوداݢر بسر، ترامڤ. ڤرسيدڠن ميديا سلڤس ايت اداله لوار بياسا. مركيل منريما راتوسن ريبو ڤلاريان. سباليقڽ، ترامڤ منولق ڤلاريان. كونتروۏرسي برتروسن.

Ahli politik berpengalaman, Merkel, menemui saudagar besar, Trump. Persidangan media selepas itu adalah luar biasa. Merkel menerima ratusan ribu pelarian. Sebaliknya, Trump menolak pelarian. Kontroversi berterusan.

Labels:

Friday, March 17, 2017

Selamat Hari Tidur سلامت هاري تيدور

دنيا هيلڠ راتوسن بيليون دولر اميريكا كران اورڠ كورڠ تيدور. ميثلڽ، اميريكا روݢي US$411 بيليون ستاهون.

Dunia hilang ratusan bilion dolar Amerika kerana orang kurang tidur. Misalnya, Amerika rugi US$411 bilion setahun.

Labels:

Wednesday, March 15, 2017

مسءله ݢرادوان ڤروبتن Masalah graduan perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia cuba memberi kerja kontrak kepada graduan perubatan. Ia tidak ada pengaruh terhadap bilangan dan kualiti graduan dari 375 kolej perubatan yang diikhtiraf di 34 negara. Ada 32 buah kolej perubatan dalam negara.
كمنتريان كصيحتن مليسيا چوبا ممبري كرجا كونترق كڤد ݢرادوان ڤروبتن. اي تيدق اد ڤڠاروه ترهادڤ بيلڠن دان كواليتي ݢرادوان دري 375 كوليج ڤروبتن يڠ داختيرۏ د34 نݢارا. اد 32 كوليج ڤروبتن دالم نݢارا.

Labels:

ڤرتمڤورن سيريا Pertempuran Syria

ڤرتمڤورن دسيريا برتروسن سلام انم تاهون: 300،000 اورڠ ماتي دان جوتاءن منجادي ڤلاريان. باݢايمان كيت منچݢه كونۏليق؟

Pertempuran di Syria berterusan selama enam tahun: 300,000 orang mati dan jutaan menjadi pelarian. Bagaimana kita mencegah konflik?

Labels: ,

ڤڠݢودمن Penggodaman

اميريكا منودوه دوا ڤڠاينتيڤ روسيا كران چوبا مڠݢودم ياهو ستڠه بيليون كالي. ڤڠݢودمن اداله ممبيمبڠكن دمليسيا. اي مستي ممڤركوكوهكن كسلامتن سيبر.

Amerika menuduh dua pengintip Rusia kerana cuba menggodam Yahoo setengah bilion kali. Penggodaman adalah membimbangkan di Malaysia. Ia mesti memperkukuhkan keselamatan siber.

Labels:

دوݢن كومومۏيلث Sukan Commonwealth

بندراي ديربون هيلڠ حق اونتوق منجادي توان رومه سوكن كومونۏيلث 2022. اداكه كوالا لومڤور اكن  دبري ڤلواڠ؟

Labels:

Tuesday, March 14, 2017

e-dagang

Datuk Seri Mustafa kata e-dagang sedang berkembang di Malaysia. Pada 2000, e-bay bermula. Ali Ba Ba adalah e-dagang yang terbesar di dunia. Penyelewengan berlaku. Cara mengatasinya adalah termasuk pendidikan dan kesedaran.

داتوء سري موستاۏا كات e- داݢڠ سدڠ بركمبڠ دمليسيا. ڤد 2000، e-bay برمولا. علي با با اداله شريكت e-داݢڠ يڠ تربسر سدنيا. ڤڽليويڠن برلاكو. چارا مڠاتاديڽ اداله ترماسوق ڤنديديكن دان كسدرن.

Labels:

Pasaran Amerika

Datuk Seri Mustafa kata Malaysia berminat dengan TPPA yang termasuk Amerika. Sekarang Trump menolak TPPA, Malaysia merunding dua hala dengan Amerika. Perjanjian yang lain seperti RCEP adalah tidak serupa.

Labels:

Monday, March 13, 2017

بولاسيڤق اڠݢريس، ڤيالا Bolasepak Inggeris Piala FA

موريپو بياس دڠن چيلسي دان ݢلڠݢنڽ. بليو مستي براسا انيه مليهت ڤاسوقنڽ، منچيدتر اينايتد، كاله.

Mourinho biasa dengan Chelsea dan gelanggangnya. Beliau mesti berasa anih melihat pasukannya, Manchester United, kalah.

Labels:

ريزاب ڤرسكوتوان Federal Reserve

ريزاب ڤرسكوتوان اميريكا سدڠ منيمبڠ منمبه قدر ۏاءيده. كيت مڠمبيل برت.

Rizab Persekutuan Amerika sedang menimbang menambah kadar faedah. Kita mengambil berat.

Labels:

Sunday, March 12, 2017

Lembaga Tenusu Negara لمباݢ تنوسو نݢارا

Datuk Seri Najib umum penubuhan Lembaga Tenusu Negara dengan harapan untuk memajukan pengusahaan tenusu seperti setiap orang minum 50 liter susu segar setahun pada 2050. Berapa kementerian semacam pendidikan akan terlibat.
   Dalam empat dekad ini terdapat projek-projek tenusu. Kita berharap Kerajaan mempunyai langkah-langkah berkesan untuk industri tenusu. Jangan membazir.

داتوء سري ناجيب عموم ڤنوبوهن لمباݢ تنوسو نݢارا دڠن هارڤن اونتوق مماجوكن ڤڠوسهاءن تنوسو سڤرتي ستياڤ اورڠ مينوم 50 ليتر سوسو سݢر ستاهون ڤد 2050. براڤ كمنتريان ترليبت.

دالم امڤت ديكد اين، ترداڤت ڤروجيق-ڤروجيق تنوسو. كيت برهارڤ كراجاءن ممڤوڽاءي لڠكه-لڠكه بركسن اونتوق ايندوستري تنوسو. جاڠن ممبازير.

Labels:

Tradisi badminton Malaysia

Malaysia mempunyai tradisi dalam badminton. Malam ini, kita menyaksi pertandingan akhir All England, Bermingham. Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kalah tipis.  Lee Chong Wei menang dengan unggul dan penonjolan simpati kepada lawannya Shi Yuqi yang cedera pada saat akhir.

Tradisi badminton beri alas,
   Orang Malaysia berasa bangga;
Tradisi badminton jadi asas,
   Orang Malaysia cari yang upaya.

Orang Malaysia berasa bangga,
   Pemain negara beraksi di seberang;
Orang Malaysia cari yang upaya,
   Pemain negara jadi pemenang.

مليسيا ممڤوڽاءي تراديسي دالم بيدمينتون.مالم اين، كيت مپقسيكن ڤرتنديڠن اخير ول ايڠݢلند، بيرميڠهم.
چان ڤيڠ سون دان ݢوه ليو ايڠ كاله تيڤيس. لي چوڠ وي منڠ دڠن اوڠݢول دان ڤنونجولن سيمڤاتي كڤد لاونڽ شي يو-چي يڠ چدرا ڤد ساعت اخير.

ترديسي بيدمينتون بري الس،
   اورڠ مليسيا براسا بڠݢ؛
تراديسي بيدمينتون جادي اساس،
   اورڠ مليسيا چاري يڠ اوڤاي.

اورڠ مليسيا براسا بڠݢ،
   ڤماءين نݢارا برماءين دسبرڠ؛
   اورڠ مليسيا چاري يڠ اوڤاي،
   ڤماءين نݢارا جادي ڤمنڠ.

Labels: ,

Saturday, March 11, 2017

ثيريسا مي دان بريكسيت Theresa May dan Brexit

ڤد 14 مچ 2017، ثيريسا مي اكن برمولا ممبينچڠ دڠن كساتوان ايروڤه چارا تيڠݢل كساتوان ايت، بريكسيت. مليسيا برهاتي-هاتي. بليو اكن برونديڠ دڠن نݢارا-نݢارا كومينۏيلث سڤرتي نݢارا اين.

Pada 14 Mac, 2017, Theresa Mei akan bermula membincang dengan Kesatuan Eropah cara tinggal kesatuan itu، Brexit. Malaysia berhati-hati. Beliau akan berunding dengan negara-negara Commonwealth seperti negara ini.

Labels:

نݢارا وجود راماي ڤڠاجر Negara wujud ramai pengajar

ايبو باڤ منومڤو ڤرهاتيان كڤد اينستيتوسي ڤڠاجيان اونتوق منديديق انق. ڤيهق يڠ بركناءن هاروس سلالو منيڠكت ستاندارد. 

اورڠ هندق انق ك اونيۏرسيتي،
   نݢارا وجود باڽق تمڤت بلاجر؛
اورڠ هندق ڤلاجر داڤت ممڠت،
   نݢارا وجود راماي ڤڠاجر.

نݢارا وجود باڽق تمڤت بلاجر،
   سموا ڤيهق سنتياس تݢق كواليتي؛
نݢارا وجود راماي ڤڠاجر،
   سموا ڤيهق سنتياس باءيكي چيري.

Ibu bapa menumpu perhatian kepada institusi pengajian untuk mendidik anak. Pihak yang berkenaan harus sentiasa meningkat standard.

Orang hendak anak ke universiti,
   Negara wujud banyak tempat belajar;
Orang hendak pelajar dapat menangi,
   Negara wujud ramai pengajar.

Negara wujud banyak tempat belajar,
   Semua pihak sentiasa tegak kualiti;
Negara wujud ramai pengajar,
   Semua pihak sentiasa baiki ciri.

Labels:

راڠكيڠ اونيۏرسيتي Ranking universiti QS

راڠكيڠ اونيۏرسيتي QS منونجقءن 11 سوبجيق دري 4 اونيۏرسيتي دمليسيا اداله دالم 50 تراتس سڤرتي ليم سوبجيق دري اونيۏرسيتي ملايا.
   سموا ڤيهق مستي تروس براختيار ممڤرباءيكي ستاندارد داونيۏرسيتي-اونيۏرسيتي دمليسيا.

Ranking universiti QS menunjukkan 11 sujek dari 4 universiti di Malaysia adalah dalam 50 teratas seperti lima subjek dari Universiti Malaya.
   Semua pihak mesti terus berikhtiar memperbaiki standard di universiti-universiti di Malaysia.

Labels:

Friday, March 10, 2017

Tingkat produktiviti تيڠكت ڤرودوكتيۏيتي

Kebawah Duli bertitah menyeru supaya semua pihak berganding bahu menghadapi cabaran-cabaran dengan meningkatkan lagi produktiviti.
   Kerajaan perlu mewujudkan suasana yang baik seperti pentadbiran yang cekap dan beramanah.

جناوي دولي برتيته مڽرو سوڤاي سموا ڤيهق برݢندوڠ باهو مڠهاداڤي چابرن-چابرن دڠن منيڠكت لاݢي ڤرودوكتيۏيتي.
   كراجاءن ڤرلو موجودكن سواسان يڠ باءيك سڤرتي ڤنتدبيرن يڠ چكڤ دان برامانه

Labels:

Thursday, March 09, 2017

洞见症结

草书,洞见症结,出自汉朝。司马迁<史记。扁鹊仓公列传>:比喻看透了问题的真相。自从1957年独立,大马在各领域产生变化,诸如数百万外劳,行政效率及舞弊现象,我们必须洞见症结。

Labels:

Kim Jong-nam diracuni VX. كيم جوڠ-نام دراچوني VX

Pada 13 Februari, 2017, KimJong-nam diracuni VX di Lapangan Terbang KLIA2. Ini menjejaskan hubungan di antara Malaysia dan Korea Utara. Kita terpaksa mencari sebab kematian dan mengurusnya mengikut amalan antarabangsa.

Negara tertimpa kes berbisa,
   Kita terpaksa catat sebab korban;
Negara tertimpa kes perlu terjaga,
   Kita terpaksa tingkat kawalan.

ڤد 13 ۏيبرواري، 2017، كيم جوڠ-نام دراچونيVX دلاڤڠن تربڠ KLIA2. اين منججسكن هوبوڠن دانتارا مليسيا دان كوريا اوتارا. كيت ترڤقسا منچاري سبب كماتيان دان مڠوروسڽ مڠيكوت عملن انتارابڠسا.

نݢارا ترتيمڤا كيس بربيسا،
   كيت ترڤقسا چاتت سبب قربان؛
نݢارا ترتيمڤا كيس ڤرلو ترجاݢا،
   كيت ترڤقسا تيڠكت كاولن.

Labels:

Wednesday, March 08, 2017

Lawan ajaran sesat

Seperti negara lain, Malaysia menghadapi jenayah, fahaman radikal dan ajaran sesat termasuk kegiatan Daesh atau IS. Kita mesti sentiasa berusaha membasmikannya.

Kita berharap:

Malaysia berjuang lawan ajaran sesat,
   Polis berikhtiar kawalan berkesan;
Malaysia berjuang dengan tindakan tepat,
   Polis berikhtiar menentang militan.

سڤرتي نݢارا لاءين، مليسيا مڠهاداڤي جنايه، ۏاهمن راديكل، دان اجارن سست ترماسوق كݢياتن داءيش اتاو IS. كيت مستي سنتياس براوسها ممبسميكنڽ.

كيت برهارڤ:

مليسيا برجواڠ لاون اجارن سست،
   ڤوليس براختيار كاولن بركسن؛
مليسيا برجواڠ دڠن تيندقن تڤت،
   ڤوليس براختيار مننتڠ ميليتن. 

Labels:

ساءيز ايكونومي مليسيا Saiz ekonomi Malaysia

كباوه دولي برتيته دڤرليمن بهوا ساءيز ايكونومي مليسيا RM1.3 تريليون اكن دتيڠكتكن كڤد RM2 تريليون ڤد 2025.
   كيت هندق مليهت لڠكه-لڠكه يڠ كوڠكريت سڤرتي ڤنتدبيرن يڠ چكڤ دان اينتيݢريتي.

Kebawah Duli bertitah di Parlimen bahawa saiz ekonomi Malaysia RM1.3 trilion akan ditingkatkan kepada RM2 trilion pada 2025.
   Kita hendak melihat langkah-langkah yang kongkrit seperti pentadbiran yang cekap dan integriti.

Labels:

Tuesday, March 07, 2017

Transformasi Nasional 2050

Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Hari ini, Datuk Seri Najib menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa beliau memulakan wacana-wacana untuk menentukan hala tuju negara di bawahTransformasi Nasional 2050 (TN50) yang dipacu oleh generasi muda. Rakyat tunggu dan lihat.

واواسن 2020 اداله اونتوق منجاديكن مليسيا سباݢاي سبواه نݢارا ماجو. هاري اين، داتوء سري ناجيب منجلسكن دديون رعيت بهوا بليو ممولاكن واچان-واچان اونتوق مننتوكن هالا توجو نݢارا دباوه ترنسۏورماسي ناسيونل 2050(TN50) يڠ دڤاچو اوليه ݢنراسي مودا. رعيت توڠݢو دان ليهت.

Labels:

سلامت هاري وانيتا انتارابڠسا

سلامت هاري وانيتا انتارابڠسا 
Selamat Hari Wanita Antarabangsa

Labels:

Kebawah Duli dan gaya hidup sihat كباوه دولي دان ݢاي هيدوڤ صيحت

كباوه دولي يڠ دڤرتوان اݢوڠ برتيته مڠناءي ݢاي هيدوڤ صيحت،ڤپاكيت برجڠكيت، ڤرخدمتن دان كمودهن كصيحتن.

كيت ايكوت نصيحت كباوه دولي. كراجاءن مستي ممڤرتيڠكتكن ڤڽلڠݢاراءن ڤراساران دان كمودهن سرتا ڤرخدمتن كصيحتن.

Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong bertitah mengenai gaya hidup sihat, penyakit berjangkit, perkhidmatan dan kemudahan kesihatan.
   Kita ikut nasihat Kebawah Duli. Kerajaan mesti mempertingkatkan penyelenggaraan prasarana dan kemudahan serta perkhidmatan kesihatan.

Labels:

Monday, March 06, 2017

ڤرداݢڠن ماءنسي Perdagangan manusia

داتوء سري زاحيد كات مليسيا براد ڤد تير(تاهڤ) 2 دالم اوسها اونتوق مناڠني مسءله ڤمرداݢڠن اورڠ. نݢارا مستي چوبا براد ڤد تير1 دان ممستيكن مڠسا-مڠسا تيدق دتيندس سباݢاي همبا عبدي. 

Datuk Seri Zahid kata Malaysia berada pada Tier (Tahap) 2 dalam usaha untuk menangani masalah pemerdagangan orang. Negara mesti cuba berada pada Tier 1 dan memastikan mangsa-mangsa tidak ditindas sebagai hamba abdi.

Labels: ,

تيته دراج Titah Diraja

كباوه دولي يڠ دڤرتوان اݢوڠ برتيته تنتڠ كجاياءن ڤوليس دالم ممبسمي ۏاهمن راديكل، اجارن سست دان ايديولوݢي ميليتن دمليسيا.

كݢياتن ميليتن دان اجارن سست برتروسن. سموا ڤيهق ترماسوق ڤوليس مستي ممڤرتمبهكن اوسها.

Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong bertitah tentang kejayaan polis dalam membasmi fahaman radikal, ajaran-ajaran sesat dan ideologi militan di Malaysia.

Kegiatan militan dan ajaran sesat berterusan. Semua pihak termasuk polis
mesti mempertambahkan usaha.

Labels:

Sunday, March 05, 2017

Istiadat Pembukaan Parlimen ايستيادت ڤمبيلاءن ڤرليمن

Kebawah Duli Yang Maha Mulia merasmikan pembukaan penggal kelima Majlis Parlimen Yang Ketiga Belas 2017, diikuti dengan titah ucapan.

Para ahli parlimen mesti membangkitkan isu negara seperti ekonomi, politik dan sosial.

كباوه دولي يڠ ماها موليا مرسميكن ڤمبوكاءن ڤڠݢل كليم، مجليس ڤرليمن يڠ كتيݢ بلس 2017، دايكوتي دڠن تيته اوچاڤن.

ڤارا اهلي ڤرليمن مستي ممبڠكيت ايسو نݢارا سڤرتي ايكونومي، ڤوليتيك دان سوسيال.

Labels:

هرف سيليڠ ميڽق دعموم ستياڤ ميڠݢو Harga siling minyak diumum setiap minggu

"هرݢ سيليڠ ميڽق اكن دعموم ستياڤ ميڠݢو مولاءي 1 اڤريل، 2017،" كات منتري ڤرداݢڠن دالم نݢري، كوڤراسي دان كڤڠݢوناءن داتوء سري همزة.
يڠ ترڤنتيڠ اداله ڤستيكن عديل دان مناسبه.

Harga siling minyak diumum setiap minggu mulai 1 April, 2017," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan Datuk Seri Hamzah.
   Yang terpenting adalah adil dan munasabah.

Labels:

Saturday, March 04, 2017

كماتيان كيم جوڠ-نام Kematian Kim Jong-nam

امباسادهر كوريا اوتارا، كاڠ چول، تله داوسير دري مليسيا كران مڠهينا نݢارا اين. كملوت برتروسن.

Ambassador Korea Utara, Kang Chol, telah diusir dari Malaysia kerana menghina negara ini. Kemelut berterusan.

Labels:

Friday, March 03, 2017

بوقتي ۏوسيل تنتڠ هيدوڤن Buti fosil tentang hidupan

بوقتي ۏوسيل منونجقءن هيدوڤن امڤت جوتا تاهون. بوقتي منجلسكن ماءنسي براد دبومي 200،000 تاهون.

Bukti fosil menunjukkan hidupan empat juta tahun. Bukti juga menjelaskan manusia berada di bumi 200,000 tahun.

Labels: ,

Thursday, March 02, 2017

Dasar Perumahan Negara (DARN 2.0)

Majlis Perumahan Negara (MPN) menetapkan enam penambahbaikan dalam Dasar Perumahan Negara, 2018-2022 (DRN 2.0). Lebih RM 6 bilion dibelanjakan untuk Rumah Mampu Milik (RMM).

Sila melaksana dengan adil dan munasabah termasuk 1000 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Kepong.

مجليس ڤرومهن نݢارا منتڤكن انم ڤنمبهباءيكن دالم داسر ڤرومهن نݢارا، 2018-2022(DRN 2.0). لبيه RM6 بيليون دبلنجا اونتوق رومه ممڤو ميليق.

سيلا ملقساناکن دڠن عديل دان موناسابه ترماسوق 1000 يونيت رومه ڤروݢرم ڤرومهن رعيت سري امبي، كڤوڠ.

Labels:

13.2.17, kematian Kim Jong-nam كماتيان ݢون جوڠ-نام

Pada 13 Februari, 2017, Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh dengan racun VX di KLIA2. Dua pembunuh ditahan lalu dihadap ke Mahkamah Sepang dengan  keselamatan pada 1 Mac, 2017. Berapa subahat dipercayai berlari dengan kapal terbang berapa jam selepas kejadian tersebut.

Lapangan terbang orang ramai
   Penumpang semak destinasi;
Lapangan terbang pembunuh capai,
   Penumpang cepat diracuni.

Penumpang semak destnasi,
   Dua Pembunuh guna tuala;
Penumpang muka ditutupi,
   Dua pembunuh ditahan segera.

Dua pembunuh guna tuala,
   Polis azam cari lain perancang;
Dua pembunuh segera dibicara,
  Polis azam cari hakikat sekarang.

ڤد 13 ۏيبرواري 2017، كيم جوڠ-نام، ابڠ كڤد ڤميمڤين كوريا اوتارا كيم جوڠ-اون، دبونوه دڠن راچون VX دKLIA2. دوا ڤمبونوه ڤرمڤوان دتاهن لالو دهادڤکن كمهكامه سڤڠ دڠن كسلامتن ڤد امچ،2017. براڤ سبحت دڤرچاياءي برلاري دڠن كاڤل تربڠ براڤ جم سلڤس كجاديان ترسبوت.
  
لاڤڠن تربڠ اورڠ راماي،
   ڤنومڤڠ سيمق ديستيناسي؛
لاڤڠن تربڠ ڤمبونوه چاڤاي،
   ڤنومڤڠ چڤت دراچوني.

ڤنومڤڠ سيمق ديستيناسي،
   دوا ڤمبونوه ݢون توالا؛
ڤنومڤڠ موكا دتوتوڤي،
   دوا ڤمبونوه دتاهن سݢرا.

دوا ڤمبونوه ݢون توالا،
   ڤوليس عجم چاري لاءين ڤرنچڠ؛
دوا ڤمبونوه سݢرا د بيچارا،
   ڤوليس عجم چاري حقيقت سكارڠ.

Labels: