Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, April 30, 2018

Tarif Trump

Trump tambah cukai ke atas barang China. Ini juga menjejaskan negara lain seperti Korea Selatan, Malaysia dan Vietnam.

ترامڤ تمبه  چوكاي كاءتس بارڠ چينا. اين جوݢ منججسكن نݢارا لاءين سڤرتي كوريا سلاتن، مليسيا دان ۏيتنم.

Labels:

26 terbunuh

Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh termasuk 9 pemberita dalam serangan pengganas Di Kabul. Takziah kepada keluarga mangsa.

سكورڠ-كورڠڽ 26 اورڠ تربونوه ترماسوق 9 ڤمبريتا دالم سرڠن ڤڠݢانس دكابول. تعزيت كڤد كلوارݢ مڠسا.

Labels:

Sunday, April 29, 2018

Penghapusan bom nuklear ڤڠهاڤوسن بوم نوكليار

Adakah Korea Utara akan menerima kawalan antarabangsa untuk menutup tempat ujian nuklear? Apakah tawaran Amerika?

اداكه كوريا اوتارا اكن منريما كاولن انتارابڠسا اونتوق منوتوڤ تمڤت اوجيان نوكليار؟ اڤاكه تاورن اميريكا؟

Labels:

Pantun, tak berprinsip

Berkempen cuba naik atas,
     Apakah pilihan nak mengacip?
Berkempen cara baik bebas,
     Adakah tindakan tak berprinsip?

بركيمڤي چوبا ناءيق اتس،
     اڤاكه ڤيليهن نق مڠاچيڤ؟
بركيمڤين چارا باءيق بيبس،
     اداكه تيندقن تق برڤرينسيڤ؟

争取选票想上跑,
     是否大选要胜算?
争取选票自由好,
     是否要不择手段?

Labels:

Saturday, April 28, 2018

لبيه چالون وانيتا Lebih calon wanita

لبيه راماي وانيتا منجادي چالون دالم ڤيليهن راي. كيت برهاره مريك برجاي.

Lebih ramai wanita menjadi calon dalam pilihan raya. Kita berharap mereka berjaya.

Labels:

Friday, April 27, 2018

Pilihan raya 2018 ڤيليهن راي

Hari ini bermula pilihan raya 2018. Ia mesti adil, bebas dan telus.

هاري اين برمولا ڤيليهن راي 2018. اي مستي عديل، بيبس دان تلوس.

Labels: ,

Panmanjom ڤنمنجوڠ

Para tahun 1953, mesyuarat gencatan senjata berlangsung di Panmanjom. Hari in, Pengerusi Korea Utara Kim Jung-un berjumpa Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, di Panmanjom. Adakah ini akan terjadi perdamaian dan kemakmuran?

ڤد تاهون 1953، مشوارت ݢنچتن سنجات كوريا برلڠسوڠ دڤنمنجوڠ. هاري اين، ڤڠروسي كوريا اوتارا، كيم جوڠ-اون برجومڤا ڤريسيدن كوريا سلاتن، مون جي-اين دڤنمنجوم. اداكه اين اكن ترجادي ڤردامايءن دان كمعمورن؟

Labels:

Thursday, April 26, 2018

Pantun, Kim dan Moon

Sejak 1945, Soviet Union (Rusia) dan Amerika Syarikat mencari pengaruh di Korea. Pada 1950-1953, perang terjadi di antara China-Korea (Soviet Union) dan PBB (Amerikaa  Syarikat). Pada 1953, gencatan senjata ditandatangani di Panmanjom, Korea. Hari ini, Kim Jong-un (Korea Utara) dan Moon Jae-in bertemu di Panmanjom. Adakah ia kan wujud perdamaian dan kemakmuran?

Pemimpin singa keluarga dan turunan,
     Ada kalanya simpati dan cindur;
Pemimpin Korea Utara dan Selatan,
     Bila adanya damai dan makmur?

Labels:

Wednesday, April 25, 2018

Pantun, cogankata چوݢنكات

Pengundi minati kan pilihanraya,
     Sambil suka waktu akan ucapan;
Pengundi dihujani dengan cogankata,
     Ambil masa tentu bukan tiruan.

ڤڠوندي مينتي كن ڤيليهنراي،
     سمبيل سوك وقتو اكن اوچڤن؛
ڤڠوندي دهوجني دڠن چوݢنكات،
     امبيل ماس تنتو بوكن تيروان.
    

Labels:

Minyak US$75 setong ميڽق ستوڠ

Harga minyak naik ke US$75 setong. Bolehkah ini membantu menurunkan kos sara hidup?

هرݢ ميڽق ناءيق كUS$75 ستوڠ. بوليهكه اين ممبنتو منورونكن كوس سارا هيدوڤ.

Labels:

Tuesday, April 24, 2018

Kesihatan كصيحتن

Kesihatan adalah penting. Di hospital awam, pesakit berbaris panjang dan di hospital swasta, perbelanjaan tinggi. Kurangkan beban rakyat.

كصيحتن اداله ڤنتيڠ. دهوسڤيتل عوام، ڤساكيت برباريس ڤنجڠ دان دهوسڤيتل سواستا، ڤربلنجاءن تيڠݢي. كورڠكن ببن رعيت.

Labels:

Monday, April 23, 2018

Pantun, Baca باچا


Bergiat cuba pergi Salak,
     Hanya temu baca buku;
Tabiat membaca mesti digalak,
     Warga berilmu negara maju.

برݢيات چوبا ڤرݢي سالق،
     هاڽ تمو باچا بوكو؛
تابيات ممباچاءي مستي دݢالق،
     ورݢ برعلمو نݢارا ماجو.
    

Labels:

Selamat Hari Buku Dunia سلامت هاري بوكو دنيا

Selamat Hari Buku Dunia
سلامت هاري بوكو دنيا

Labels:

Sunday, April 22, 2018

Piala FA Inggeris ڤيالا FA ايڠݢريس

Bolasepak Piala FA Inggeris, Chelsea 2:0 Southampton. Chelsea mara ke peringkat akhir untuk menemui Manchester United. Sangat menarik.

بولاسيڤق ڤيالا FA ايڠݢريس، چيلسي 1:2 سوثمتون. چيلسي مارا كڤريڠكت اخير اونتوق منموءي منچيستر اونايتيد. ساڠت مناريق.

Labels:

Pantun, kebebasan كبيبسن

Sungguh diuja, dipegang ekor prb walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya.

Helang terbang untuk makanan,
     Teguh pada padang teratur;
Orang berjuang untuk kebebasan,
     Sungguh diuja, dipegang ekor.

سوڠݢوه داوجا دڤݢڠ ايكور: والاوڤون دبري كبيبسن تتاڤي اد هدڽ.

هلڠ تربڠ اونتوق ماكنن،
     تݢوه ڤد ڤادڠ تراتور؛
اورڠ برجواڠ اونتوق كبيبسن،
     سوڠݢوه داوجا دڤݢڠ ايكور.

Labels:

Piala Persatuan Bolasepak Inggeris (FA Cup)

Pertandingan di antara
Manchester United dan Tottenham Hotspur adalah hebat. Tottenham kalah pada separuh akhir Piala FA untuk kali yang ke tujuh. Manchester United mara ke peringkat akhir sekali lagi.

Labels:

Pantun, belajar dengan rendah diri بلاجر دڠن رنده ديري

Orang sedar didikan teguh,
     Biasanya bergiat tingkah tinggi;
Orang belajar dengan sungguh,
     Biasanya tabiat rendah diri.

اورڠ سدر ديديقن تݢوه،
     بياساڽ برݢيات تيڠكه تيڠݢي؛
اورڠ بلاجر دڠن سوڠݢوه،
     بياساڽ طبيعي رنده ديري.
    

Labels:

Saturday, April 21, 2018

Selamat Hari Bumi سلامت هاري بومي

Selamat Hari Bumi
سلامت هاري بومي

Labels:

Parti Demokrat Amerika ڤرتي ديموكات اميريكا

Parti Democrat Amerika mendakwa Trump dan Rusia kerana berpakat sulit cenderung ke Trump semasa pilihan raya presiden tahun 2016.  Apakah tujuan yang sebenar?

ڤرتي ديموكرت اميريكا مندعوا ترامڤ دان روسيا كران برڤاكت سوليت چندروڠ كڤد ترامڤ سماس ڤيليهن راي ڤريسيدن تاهون 2016. اڤاكه توجوان يڠ سبنر؟

Labels:

Friday, April 20, 2018

بولاسيڤق ليݢ ايڠݢريس

ارسين ويڠير مڠوروس ڤاسوقن ارسينل سلام 22 تاهون، ساله ساتو يڠ برخدمت  ڤاليڠ لاما. ڤد اخير موسيم اين، بليو اكن ملتق جاوتن. سومبڠنڽ بسر.

Arsene Wenger mengurus pasukan Arsenal selama 22 tahun, salah satu pengurus yang berkhidmat paling lama. Pada akhir musim ini, beliau akan meletak jawatan.
Sumbangannya besar.

Labels:

Pantun, Bebas Nuklear بيبس نوكليار

Sejak tahun 1950, Amerika dan Korea berperang, lalu negara itu dibahagi kepada Utara dan Selatan. Saling menuduh. Sekatan ekonomi dahsyat. Kini, Korea Utara membeku ujian nuklear menjelang Sidang Kemuncak Donald Trump dan Kim Jong-un.

Korea berkelahi dengan Amerika,
     Bolehkah dunia aman bebas liar?
Korea berhenti ujian senjata,
     Adakah dunia akan bebas nuklear?

سجق تاڤين 1953، اميريكا ڤرڤرڠ دڠن كوريا، لالو نݢارا ايت دبهاݢي كڤد اوتارا دان سلاتن. ساليڠ منودوه. سكاتن ايكونومي دهشت. كيني، كوريا اوتارا ممبكو اوجيان نوكليار منجلڠ سيدڠ كمونچق دونلد ترامڤ دان كيم جوڠ-اون.

كوريا بركلهي دڠن اميريكا،
     بوليهكه دنيا امن بيبس ليار؟
كوريا برهنتي اوجيان سنجات،
     اداكه دنيا اكن بيبس نوكليار؟
    

Labels:

Thursday, April 19, 2018

Fidel dan Raul Castro ۏيديل دان رسول كسترو

Saya mula dengar nama Fidel Castro pada tahun 1959. Beliau, kemudian adiknya, Raul, menjadi Presiden Cuba. Sekarang, 2018, Miguel Diaz-Canel adalah Presiden negara itu.

ساي مولا دڠر ناما ۏيديل كسترو ڤد تاهون 1959. بليو ،كمودين اديقڽ، راول، منجادي ڤريسيدن كيوبا. سكارڠ، 2018، ميݢوءيل دياز-كانيل اداله ڤريسيدن نݢارا ايت.

Labels:

Pantun, Tindakan Ikut Gerak Hati تيندقن ايكوت ݢرق هاتي

Kelipan bintang pada kitaran,
     Bulan edaran ikut gerak bumi;
Pimpinan pegang pada wajaran,
     Elakkan tindakan ikut gerak hati.

كليڤن بينتڠ ڤد كيترن،
     بولن ايدرن ايكوت ݢرق بومي؛
ڤيمڤينن ڤݢڠ ڤد واجرن،
     ايلقءن تيندقن ايكوت ݢرق هاتي.

Labels:

Wednesday, April 18, 2018

Agensi Perisikan Pusat Amerika

Trump kata Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) sudah menemui Kim Jong-un. Beliau hendak berjumpa dengan Kim, cara fleksibel dan menhapuskan senjata nuklear Korea Utara.

ترامڤ كات ڤڠاره اݢينسي ڤريسيقن ڤوست(CIA)سوده منموءي كيم جوڠ-اون. بلياو هندق برجومڤا دڠن كيم، چارا ۏليكسيبيل دان مڠهاڤوسكن سنجات نوكليار كوريا اوتارا.

Labels: ,

Takziah kpd Allahyarham Napsiah Omar

Takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Napsiah Omar.

تعزيت كڤد كلوارݢ اللهيرهم  تن سري نۏسياه اومر.

Labels:

Tuesday, April 17, 2018

Buka pasaran kereta Chin بوكا ڤاسرن كريتا چينا

Xi Jin-ping membuka pasaran kereta bagi syarikat-syarikat antarabangsa. Ini adalah pasaran kereta yang terbesar di dunia.

سي چين-ڤيڠ ممبوكا ڤاسرن كريتا چينا اونتوق شريكت انتارابڠسا. اين اداله ڤاسرن كريتا يڠ تربسر دنيا.

Labels:

Banyak jenis pelastik باڽق جنيس ڤلستيك

Ada banyak jenis pelastik seperti setengahnya diguna untuk botol. Universiti Portsmouth, UK, menyelidik enzyme untuk menghancur botol pelastik. Adakah ini akan membantu  mengurangkan pencemaran pelastik?

اد باڽق جنيس ڤلستيك سڤرتي ستڠهڽ دݢون اونتوق بوتول. اونيۏرسيتي ڤورتسميث، بريتون، مڽليديق اينزيم اونتوق مڠهنچورکن ڤلستيك. اداكه اين اكن ممبنتو مڠورڠكن ڤنچمرن ڤلستيك؟

Labels:

Pantun, Perkembangan Seimbang

Ketika sedar perubahan era,
     Bantu tunai keperluan sekarang;
Ketika kejar perkembangan semasa,
     Perlu mencapai keadaan seimbang.

كتيك سدر ڤروبهن ايرا،
     بنتو توناي كڤرلوان سكارڠ؛
كتيك كجر ڤركمبڠن سماسا،
     ڤرلو منچاڤاي كاءداءن ساءيمبڠ.

Labels:

Monday, April 16, 2018

Kawasan Felda

Lebih 50 bahagian pilihan raya Parlimen mempunyai kawasan Felda di Malaysia. Dalam pilihan raya umum perebutan untuk sokongan para pengundi Felda adalah hangat.

لبيه 50 بهاݢيا ڤيليهن راي دمليسيا ممڤوڽاءي كاواسن ۏيلدا. دالم ڤيليهن راي عموم، ڤربوتن اونتوق سوكوڠن ڤارا ڤڠوندي ۏيلدا اداله هاڠت.

Labels:

Pantun, bukti بوكتي

Rebut rampas bertanda beti=semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya.

Semua tahanan mesti jelas,
Ribut deras timpa jati;
Semua tuduhan mesti berasas
Rebut rampas bertanda beti.

ربوت رمڤسبرتندا بيتي=سموا ڤركارا بهارو بوليه دڤوتوسكن سسوده چوميل بوقتيڽ.

سموا تاهنن مستي جلس،
     ريبوت درس تيمڤا جاتي؛
سموا تودوهن مستي براساس،
     ربوت رمڤس برتندا بيتي.

Labels:

Pantun, kemarahan terpendam كمارهن ترڤندم

Seperti api dalam sekam=perbuatan jahat yang tersembunyi; cinta atau kemarahan yang terpendam.

Semut cetus belanar sekarang,
    Mengerti tabii dalam alam;
Ribut hembus layar terentang,
     Seperti api dalam sekam.

سهرتي اڤي دالم اݢم= ڤربواتن جاهت ترسمبوڽي؛ چينتا اتاو كمارهنيڠ ترڤندم.

سموت چتوس بلانر سكارڠ،
     مڠارتي ثابعي دالم عالام؛
ريبوت همبوس لاير ترنتڠ،
     سڤرتي اڤي دالم سكم.

Labels:

Sunday, April 15, 2018

Tiung dan buah palma merah تيوڠ دان بواه ڤلما ميره

Tiung tertarik buah tepi rumah,
     Ramai ikut saingan atas bumbung;
Tiung terbalik kunyah biji merah,
     Ramai rebut lawan keras sabung.

تيوڠ ترتاريق بواه تڤي رومه،
     راماي ايكوت ساءيڠن اتس بومبوڠ؛
تيوڠ ترباليق كوپه بيجي ميره،
     راماي ربوت لاون كرس سابوڠ.

Labels:

Pantun, senjata kimia

Siapa guna senjata kimia di Perang Syria?

Kalau perang Syria mengorban,
     Bukankah nyawa manusia binasa?
Kalau perang Syria berterusan,
     Adakah senjata kimia diguna?

سياڤ ݢون سنجات كيميا دالم ڤرڠ سيريا؟

كالاو ڤرڠ سيريا مڠوربن،
     بوكنكه ڽاوا ماءنسي بيناسا؟
كالاو ڤرڠ سيريا برتروسن،
     اداكه سنجات كيميا دݢون؟

Labels:

Syria dan senjata kimia

Assad, Iran dan Rusia sedang menang dalam Perang Syria. Amerika, UK dan Perancis menuduh Kerajaan Syria guna senjata kimia, lalu mengebom tiga tempat kimia negara itu. Mereka cuba mengelak orang Iran dan Rusia.

عصد، ايرن دان روسيا سدڠ منڠ دالم ڤرڠ سيريا. اميريكا، بريتين دان ڤدنچيس منودوه كراجاءن سيريا ݢون سنجات موميا، لالو مڠبوم تيݢ تمڤت كيميا نݢارا ايت. مريك ايلق اورڠ ايرن دان روسيا.

Labels:

Saturday, April 14, 2018

Pantun, berkhidmat برخدمت

Pilihan Raya Umum

Satu dua tiga tonton ribut,
     Orang gigih, benarkah selamat?
Satu dua tiga calon rebut,
     Orang dipilih, benarkah khidmat?

ڤيليهن راي عموم

ساتو دوا تيݢ تونتون ريبوت،
     اورڠ ݢيݢيه بنركه سلامت؟
ساتو دوا تيݢ چالون ربوت،
     اورڠ دڤيليه بنركه خدمت؟

Labels:

TPPA, Trans-Pacific Partnership Agreement

Hampir setahun lepas, Trump membawa Amerika keluar dari TPPA. Kemudian, 11 negara termasuk Malaysia menjadikan Comprehensive Progressive TPP untuk memupuk perdagangan. Adakah Trump hendak berunding semula dengan Amerika diutamakan?

همڤير ستاهون لڤس، ترامڤ ممباوا اميريما كلوار دري TPPA. كمديان، 11 نݢارا ترماسوق مليسيا منجاديكن TPPA كومڤريهينسيۏ ڤروݢريسيۏ. اداكه ترامڤ هندق بروندوڠ سمولا دڠن اميريكا داوتاماكن؟

Labels:

Friday, April 13, 2018

Pantun, ingar-bingar اڠر-بيڠر

Media penuh berita tidak benar

Gagak ada banyak ingar,
     Ada bencah kini kelabu;
Banyak berita tak benar,
     Kena pisah asli palsu.

ميديا ڤنوه بريتا تيدق بنر.

ݢاݢق اد باڽق ايڠر،
     اد بنچه كيني كلابو؛
باڽق بريتا تق بنر،
     كنا ڤيسه عصلي ڤلسو.

Labels:

Pantun, kenyataan palsu dan benar كپاتاءن ڤلسو دان بنر

Pilihanraya umum 2018

Banyak permintaan bandaran kita,
     Pengundi hadapi juta tempat undian;
Banyak kenyataan pilihan raya,
     Pengundi mesti cuba dapat benaran.

ڤيليهنراي عموم 2018

باڽق ڤرمينتاءن بندرن كيت،
     ڤڠوندي هادڤي جوتا تمڤت اونديان؛
باڽق كپاتاءن ڤيليهن راي.
     ڤڠوندي مستي چوبا داڤت بنرن.

Labels:

Thursday, April 12, 2018

Global economic growth 4.7% in 2017

World Trade Organization (WTO) recorded global economic growth at 4.7%. This year is forecast at 4.4%. But, WTO is worried as Trump adds more tariffs on Chinese goods and China retaliates. Trump thinks he will win in a trade war.

Wednesday, April 11, 2018

Pantun, perang dagang. ڤرڠ داݢڠ

Menyandang lemang hangat orang=menderita kerana akibat perbuatan orang.

Dagang barang Amerika lawan China,
     Pandang panjang gelagat perang;
Perang dagang kena bilangan negara,
     Menyandang lemang hangat orang.

مپندڠ لمڠ هاڠت اورڠ= مندريتا كران اقيبت ڤربواتن اورڠ.

داݢڠ بارڠ اميريكا لاون چينا،
     ڤندڠ ڤنجڠ ݢلاݢت ڤرڠ؛
ڤرڠ داݢڠ كنا بيلڠن نݢارا،
     مپندڠ لمڠ هاڠت اورڠ.

Labels:

Perang dagang ڤرڠ داݢڠ

Trump mengenakan tarif ke atas barang China. Xi membalas dengan cukai tambahan bagi import Amerika. Ini boleh mencetus perang perdagangan dunia. Ada setengah negara Eropah yang telah guna alasan alam sekitar untuk menyekat minyak kelapa sawit Malaysia dan jirannya.

ترامڤ مڠناكن تاريۏ كاءتس بارڠ چينا. سي ممبالس دڠن چوكاي دتمبهكن باݢي ايمڤورت اميريكا. اين بوليه منچتوسكن ڤرڠ ڤرداݢڠن. اد ستڠه نݢارا ايروڤه يڠ ݢون الاسن عالم سكيتر اونتوق مپكت ميڽق كلاڤا ساويت مليسيا دان جيرنڽ.

Labels:

زاكربرݢ درڤد ۏيسبوك Zuckerberg daripada Facebook

زاكربرݢ بريتاهو سينيت اميريكا،" كيت اكن لبيه اكتيۏ منجاݢ داتا ڤرساءورڠن."
      مليسيا مستي مليهارا داتا ڤرساءورڠن ڤڠݢون دڠن بركسن.

Zuckerberg beritahu Senet Amerika," Kita akan lebih aktif menjaga data perseorangan."
   Malaysia mestilah memelihara data perseorangan pengguna dengan berkesan.

Labels:

Monday, April 09, 2018

Facebook

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg mengakui kepada Kongres Amerika bahawa beliau gagal dalam menangani data perseorangan di Cambridge Analytica.

ڤڠاساس ۏيسبوك مرك زاكربرݢ مڠاكوءي كڤد كونݢريس اميريكا بهوا بليو ݢاݢل دالم مناڠني داتا ڤرساءورڠن دكيمبريدز اناليتيكا.

Labels:

Sunday, April 08, 2018

Laporan media Malaysia لاڤورن ميديا مليسيا

Laporan media Malaysia adalah penuh dengan berita pilihanraya. Ada yang berat sebelah. Ada yang palsu. Para pengundi terpaksa membeza.

لاڤورن ميديا مليسيا اداله ڤنوه دڠن بريتا ڤيليهنراي. اد يڠ برت سبله. اد يڠ ڤلسو. ڤارا ڤڠوندي مستي ممبيذا.

Labels:

Pantun, cela orang

Jika lanyak pendeta hilang,
   Jadilah buta kurangnya terang;
Bila banyak mencela orang,
   Itulah tanda dirinya kurang.

جك لاڽق ڤنديتا ݢيلڠ،
   جاديله بوتا كورڠڽ ترڠ؛
بيلا باڽق منچلا اورڠ،
   ايتوله تندا ديريڽ كورڠ.

Labels:

ڤيليهنراي عموم مليسيا Pilihanraya umum Malaysia 2018

ڤيليهنراي عموم مليسيا 2018 اد باڽق چيري. ڤارا ڤڠوندي مستي ڤيليه يڠ تولين.

Pilihanraya umum Malaysia 2018 ada banyak ciri. Para pengundi mesti memilih yang tulen.

Labels:

Saturday, April 07, 2018

Pantun, tunggu pilihanraya توڠݢو ڤيليهنراي

Hari ini Perdana Menteri membubarkan Parlimen Malaysia. Dalam 60 hari, Suruhanjaya mesti menetapkan tarikh pilihanraya.

Minggu bandaraya bersilih harta
Orang ingin beku bela luang ganti
Tunggu Suruhanjaya pilih masa
Orang ingin tahu bila buang undi

هاري اين ڤردان منتري ممبوبرکن ڤرليمن. دالم 60 هاري سوروهنجاي مستي منتڤكن تاريخ ڤيليهنراي.

ميڠݢو بندراي برسيليه هرتا،
   اورڠ ايڠين ݢورو بيلا لواڠ ݢنتي؛
توڠݢو سوروهنجاي ڤيليه ماسا،
   اورڠ ايڠين تاهو بيلا بواڠ اوندي.

Labels:

Thursday, April 05, 2018

Gangguan psikologi ݢڠݢوان ڤسيكولوݢي

Menteri Pendidikan kata pada tahun 2017, 176 guru dan 10 murid direkod hidap gangguan psikologi. Ada yang tidak dilaporkan.  Kementerian mesti  mengkaji keadaan di semua sekolah.

منتري ڤنديديقن كات ڤد تاهون 2017، 176 ݢورو دان 10 موريد دريكودكن مڠيدڤ ݢڠݢوان ڤسيكولوݢي. اد يڠ تيدق دلاڤوركن. كمنتريان مستي مڠكاجي كاءداءن دسموا سكوله مليسيا.

Labels: ,

Wednesday, April 04, 2018

Bomba Malaysia بومبا مليسيا

Dewan Rakyat membahaskan Rang Undang-undang meminda Perkhidmatan Bomba seperti untuk Pasukan Bomba Sukarela selain daripada Bomba Biasa dan Bomba Bantuan. Keberkesanan dan kecekapan adalah penting. Kawalan dan pencegahan seperti bangunan tinggi harus ditingkatkan. Laporan kebakaran bangunan KWSP, Petaling Jaya, mesti diumumkan.

ديوان رعيت ممبحثكن رڠ اوندڠ-اوندڠ مميندا ڤرخدمتن بومبا سڤرتي اونتوق ڤاسوقن بومبا سوكاريلا سلاءين درڤد بومبا بياسا دان بومبا بنتوان.
     كبركسنن دان كچكڤن اداله ڤنتيڠ. كاولن دان ڤنچݢهن سڤرتي باڠونن تيڠݢي مستي دڤرتيڠكتكن. لاڤورن كباكرن باڠونن KWSP, ڤتاليڠ جاي، مستي دعمومكن.

Labels:

Pantun,Dewan Rakyat ديوان رعيت

4.4.2018

Penggal Dewan Rakyat hampir genap lima tahun. Semua tunggu pembubarannya.

Dara jalan dekat menara,
   Biru angkasa tukar benar;
Susana Dewan Rakyat teruja,
   Tunggu masa isytihar bubar.

ڤڠݢل ديوان رعيت همڤير ݢنڤ ليم تاهون. سموا توڠݢو ڤمبوبرنڽ.

دارا جالن دكت منارا،
   بيرو اڠكاس توكر بنر؛
سواسان ديوان رعيت تراوجا،
   توڠݢو ماسا اشتهار بوبر.

Labels:

Tuesday, April 03, 2018

Pantu, Kolej swasta كوليج سواستا

Menteri Pendidikan Tinggi kata 33 kolej swasta ditutup di Malaysia tahun lepas. Pastikan semua kolej bermutu tinggi.

Kolej sedia lapangan pendidikan,
   Tentukan hidup yang selesa;
Kolej swasta sempatan pengetahuan,
   Pastikan menyerkup yang esa.

منتري ڤنديديقن تيڠݢي كات 33 كوليج سواستا دتوتوڤ دمليسيا تاهون لڤس. ڤستيكن سموا كوليج برموتو تيڠݢي.

كوليج سديا لاڤڠن ڤندودوقن،
   تنتوكن هيدول يڠ سليسا؛
كوليج سواستا سمڤتن ڤڠتاهوان،
   ڤستيكن مپركوڤ يڠ اسا.

Labels:

كوليج سواستا مليسيا Kolej swasta Malaysia


Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, 33 kolej tutup pada 2017 di Malaysia. Kementerian mesti memastikan Sistem Pendidikan Kualiti Malaysia (MyQuest) dapat menentukan semua kolej bermutu tinggi.

منوروت منتري ڤنديديقن تيڠݢي، 33 كوليج سواستا دتوتوڤ دمليسيا تاهون لڤس. كمنتريان مستي ممستيكن سيستم ڤنديديقن كواليتي مليسيا داڤت ممستيكن سموا كوليج برموتو تيڠݢي.

Labels:

Monday, April 02, 2018

Tarif, Amerika dan China. تاريۏ، اميريكا دان چينا

Trump mengenakan tarif ke atas barang China. China mula membalas seperti tambah cukai bagi hasil pertanian Amerika. Rumah Putih kata ini salah. Beijing menekan perbincangan untuk masalah perdagangan.

ترامڤ مڠناكن تاريف كاءتس بارڠ چينا. نݢارا ايت مولا ممبالس سڤرتي تمبه چوكاي حاصيل ڤرتانيان اميريكا. رومه ڤوتيه كات اين ساله. بيجيڠ منكنكن ڤربينچڠن اونتوق مسءله ڤرداݢڠن.

Labels:

RUU Antiberita Tidak Benar انتيبريتا تيدق بنر

Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar terus dibahaskan di Dewan Rakyat. Masalah ini adalah rumit dan sukar diatasi: bukti, takrif, hukuman dan pemakaian di luar wilayah.
   Ia perlu dibincang dalam Jawatankuasa Parlimen dengan menyeluruh.

رڠ اوندڠ-اوندڠ انتيبريتا تيدق بنر تروس دباحثكن دديوان رعيت. مسءله اين اداله روميت دان سوكر داتسي: بوقتي، تعريۏ، هوكومن دان ڤماكايءن دلوار ويلايه.
   اي ڤرلو دبينچڠ دالم جاوتنكواس ڤرليمن دڠن مڽلوروه.

Labels:

Sunday, April 01, 2018

Pantun, Dewan Rakyat ديوان رعيت

Dewan Rakyat adalah pusat menggubal undang-undang negara.

Kadang awan dahsyat Syawal,
   Tempat kumpul hormat orang;
Datang Dewan Rakyat awal,
   Pusat unggul buat undang-undang.

ديوان رعيت اداله ڤوست مڠݢوبل اوندڠ-اوندڠ نݢارا.

كادڠ اوان دهشت شاول،
   تمڤت كومڤول حرمت اورڠ؛
داتڠ ديوان رعيت اول،
   ڤوست اوڠݢول بوات اوندڠ-اوندڠ.

Labels: