Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, October 18, 2006

Peristiwa tanah runtuh di Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw telah meminta Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya memberi layanan yang adil kepada para penyewa dan para pemilik 160 unit rumah kos rendah yang terpaksa berpindah kerana kejadian tanah runtuh.

Dr Tan menghantar faks kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Haji Zulhasnan Bin Rafique dan Datuk Bandar, Dato' Hj Ruslin B Hj Hasan, tengah hari ini.

"Adalah dimaklumkan bahawa hari ini YB-YB Bukit Bintang, Cheras, Seputih dan saya telah dijemput berdialog dengan para pemilik 160 unit dari empat blok rumah kos rendah yang terbabit dengan kejadian tanah runtuh minggu lepas.

Saya melihat YB pernah hadir ke situ untuk memberi saguhati RM2,000 seorang. YB Dato’ Seri S. Samy Vellu hendak memberi sumbangan dan DBKL telah menempatkan mangsa-- kebanyakannya penyewa-- di PPR.

Pagi ini para pemilik memberitahu kami kebimbangannya mengenai pelbagai masalah ekoran daripada peristiwa itu. Ini adalah termasuk: Pertama, adakah selamat untuk balik ke blok-blok tersebut? Kedua, apakah jenis bantuan kepada pemilik yang terpaksa meneruskan bayaran ansuran kepada institusi kewangan? Ketiga, adakah kawalan polis berkesan untuk mencegah jenayah pecah rumah yang pernah berlaku. Keempat, para pemilik akan menubuhkan jawatankuasa sementara untuk memelihara hak-hak mereka.

Saya berharap YB dapat membantu bukan sahaja para penyewa, bahkan juga para pemilik unit-unit tersebut."

Kawasan-kawasan perumahan di Genting Highlands di Ulu Klang, Taman Antarabangsa dan Wangsa Maju merupakan kawasan-kawasan tanah runtuh, terutamanya bangunan-bangunan di lereng bukit. Walaupun Kerajaan berjanji mengambil tindakan setiap kali bencana tanah runtuh berlaku, tetapi peristiwa seperti ini masih terjadi. Ini bermakna semua pihak mestilah sentiasa berhati-hati, bukan sahaja di kawasan-kawasan tersebut, bahkan juga di seluruh negara, terutamanya pembangunan di sisi bukit. Diharapkan adanya tindakan tegas and peraturan ketat pihak berkuasa terhadap pembangunan di kawasan-kawasan yang kurang mantap.

Dr Tan Seng Giaw
Ahli Parlimen kepong