Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, March 31, 2018

Allahyarham Mazlan Ahmad

Takziah kepada keluarga Allahyarham Mazlan Ahmad.

تعزيت كڤد كلوارݢ اللهيرهم مزلن احمد.

Labels:

Pantun, Balik Kampung

Naik kapal terbang dari Subang, Selangor, ke Kota Bharu, Kelantan.

Murai tumpu binaan sarang,
    Suka didik mulai rebung;
Ramai tunggu Lapangan Subang,
   Gembira balik pergi kampung.

ناءيق كاڤل تربڠ دري سوبڠ، سلاڠور، ك كوتا بهارو، كلنتن.

موراي تومڤو بيناءن سارڠ،
   سوكا ديديق مولاءي ربوڠ؛
راماي توڠݢو لاڤڠن سوبڠ،
   ݢمبيرا باليق ڤرݢي كمڤوڠ.
  

Labels:

Friday, March 30, 2018

MRR2, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2

Semalam, kejadian paip pecah di MRR2, Dataran Ukay, Hulu Kelang, menjejaskan bekalan air ratusan ribu orang. Apakah punca? Jambatan MRR2 di Kepong pernah ada keretakan tiangnya. Kawalan mesti diteruskan.

سمالم،  كجاديان ڤاءيڤ ڤچه دلبوهراي ليڠكارن تڠه (MRR2), داترن اوكي، هولو كلڠ، منججسكن بكالن اير راتوسن ريبو اورڠ. اڤاكه ڤونچا؟ جمبتن MRR2 دكڤوڠ ڤرنه اد ݢتيقن تياڠڽ. كاولن مستي دتروسكن.

Labels:

Trump dan tarif

Adakah perang perdagangan akan berlaku? Defisit perdagangan Amerika Syarikat dengan China adalah US$375 bilion. Trump hendak mengenakan tarif ke atas barang China, US$60 bilion. Jika dilaksana,China akan membalas. Rundingan perdagangan berterusan.

Labels:

Thursday, March 29, 2018

Pantun, berita tidak benar بريتا تيدق بنر

Dewan Rakyat bincang Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar.

Dunia ada cerita patung,
   Dewan tabah tahan hiba;
Dunia ada berita lancung,
   Dewan cegah perbuatan hina.

ديوان رعيت بينچڠ رڠ اوندڠ-اوندڠ انتيبريتا تيدق بنر.

دنيا اد چريتا ڤاتوڠ،
   ديوان تابه تاهن هيبا؛
دنيا اد بريتا لنچوڠ،
   ديوان چݢه ڤربواتن هينا.

Labels:

Wednesday, March 28, 2018

Antiberita tidak benar

Hari ini, Dewan Rakyat membahaskan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar. Hal berita palsu adalah rumit.
     Tubuhkan Jawatankuasa Parlimen untuk membincangkan masalah ini sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Rakyat.

هاري اين، ديوان رعيت ممبحص راڠ اوندڠ-اوندڠ انتيبريتا تيدق بنر. حال بريتا ڤلسو اداله روميت.
     توبوهكن جاوتنكواس ڤرليمن اونتوق ممبينچڠكن مسءله اين سبلوم راڠ اوندڠ-اوندڠ ترسبوت دبنتڠكن دديوان رعيت.

Labels:

Tuesday, March 27, 2018

كيم تمو سي دبيجيڠ

سمالم، كيم جوڠ-اون تمو سي جين-ڤيڠ دبيجيڠ. سواسان براوبه.

Semalam, Kim Jong-un temu Xi Jin-ping di Beijing. Suasana berubah.

Labels:

Monday, March 26, 2018

Saliran KL

Hujan hampir setiap hari. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ada RM60 juta untuk saliran. Ia mesti diguna dengan baik bagi mencegah banjir.

هوجن همڤير ستياڤ هاري. ديوان بندراي كوالا لومڤور اد RM60 جوتا اونتوق ساليرن. اي مستي دݢون دڠن باءيق باݢي منچݢه بنجير.

Labels:

Sunday, March 25, 2018

Google, gergasi teknologi

Google, sebuah gergasi technology, hendak menangani masalah berita palsu. Kita berharap tindakannya berkesan.

ݢوݢيل، سبواه ݢرݢاسي تيكبولوݢي، هندق مناڠني مسءله بريتا ڤلسو. كيت برهارڤ تيندقنڽ بركسن.

Labels:

MRT1,2&3

Timbalan Menteri Kewangan memberitahu Dewan Rakyat bahawa Transit Aliran Massa (MRT)1 & 2 memakai model PDP (Projek Delivery Partner). MRT3 akan mengguna model Turnkey (bawah tanah). Kos dianggarkan RM100 bilion.
     Dalam pelaksanaannya, kepentingan rakyat mesti sentiasa dipelihara, termasuk mengurangkan kesesakan dan kemalangan.

Pantun, pengganas ditahan ڤڠݢانس دتاهن

Pada 23 March, 2018, pengganas membunuh tiga orang di Perancis sebelum ditembak mati. Di Johor, enam yang disyaki pengganas IS (Daesh) ditahan sebelum mereka melancar serangan.

Para pengganas terus memusuhkan,
   Manusia terus rasa deritaan;
Para pengganas terus membunuhkan,
   Manusia terus reka keamanan.

ڤد 23 مك، 2018، ڤڠݢانس ممبونوه تيݢ اورڠ دڤرنچيد سبلوم دتيمبق ماتي. دجوهور، انميڠ دشكيڤڠݢانس IS (داءش) دتاهن سبلوم مريك ملنچر سرڠن.

ڤارا ڤڠݢانس تروس مموسوهكن،
   ماءنسي تروس راسا دريتاءن؛
ڤارا ڤڠݢانس تروس ممبونوهكن،
   ماءنسي تروس ريك كاءمنن.

Labels:

Saturday, March 24, 2018

Doktor pakar di Malaysia دوكتور ڤاكر دمليسيا

Malaysia ada 4843 doktor pakar yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan manakala yang terdaftar seramai 9632. Negara perlu lebih pakar bermutu tinggi seperti untuk usia emas.

مليسيا اد 4843 دوكتور ڤاكر يڠ برخدمت دكمنتريان كصيحتن ماناكالا  يڠ تردۏتر 9632. نݢارا ڤرلو لبيه ڤاكر برموتو تيڠݢي سڤرتي اونتوق اوسيا امس.

Labels:

Teknologi digital تيكنولوݢي

Bagaimana Malaysia menyesuaikan diri dengan teknologi digital yang membawa perubahan. Dalam banyak bidang seperti pelabuhan, kedai, kilang dan pertanian, robot dan dron megganti kemahiran manusia. Macam mana manusia menyesuaikan diri dengan perubahan ini, sambil mewujudkan kerja yang tidak boleh diganti dengan kecerdasan buatan.

باݢايمان مليسيا  مپسوايكن ديري دڠن تيكنولوݢي ديݢيتل يڠ ممباوا ڤروبهن. دالم باڽق بيدڠ سڤرتي ڤلابوهن، كداي، كيلڠ دان ڤرتانيان، روبوت دان درون مڠݢانتي كماهيرن ماءنسي. ماچم مان ماءنسي مپسوايكن ديري دڠن ڤروبهن اين، سمبيل موجودكن كرجا يڠ تيدق بوليه دݢنتي دڠن كچردسن بواتن؟

Labels:

Friday, March 23, 2018

Cabaran hidup چابرن هيدوڤ

Kehidupan penuh cabaran. Ada yang pilih cara menipu. Ada yang pegang kepada lunas.

Manusia cari hidupan selesa,
   Bolehkah senang tanpa asas?
Terpaksa hadapi perbuatan cela,
   Adakah pegang kepada lunas?

كهيدوڤن ڤنوه چابرن.اد يڠ ڤيليه چارا منيڤو. اد يڠ ڤݢڠ كڤد لونس.

ماءنسي چاري هيدوڤن سليسا،
   بوليهكه سنڠ تنڤا اساس؟
ترڤقسا هادڤي ڤربواتن چلا،
   اداكه ڤݢڠ كڤد لونس؟
  

Labels:

Perang dagang ڤرڠ داݢڠ

Adakah perang perdagangan akan meletup? Trump telah mengenakan tarif ke atas berapa jenis barang. China mengancam akan membalas.

اداكه ڤرڠ ڤرداݢڠن اكن ملتوڤ؟ ترامڤ تله مڠناكن تاريف كاءتس براڤ جنيس بارڠ. چينا مڠنچم اكن ممبالس.

Labels:

Thursday, March 22, 2018

Syarikat Cambridge Analytica شريكت كيمبريدج اناليتيكا

Adakah Syarikat Cambridge Analytica pernah terlibat dengan pilihanraya di Malaysia? Ia disyaki menyalahguna data dari jutaan orang dan terbabit dengan kempen pilihanraya
Presiden Trump.

اداكه شريكت كيمبريج اناليتيكا ڤرنه ترليبت دڠن ڤيليهنراي دمليستا؟ اي دشقي مپالهݢون داتا جوتاءن اورڠ دان تربابيت دڠن كمڤين ڤيليهنراي ڤريسيدن ترامڤ. 

Labels:

Wednesday, March 21, 2018

Pantun, data peribadi داتا ڤريبادي

Syarikat teknologi seperti Google, Amazon dan Facebook adalah raksasa. Jutaan data yang diperolehi syarikat boleh disalahguna. Cambridge Analytica (Facebook) disiasat.

Dunia mengerti buana berubah,
   Manusia cenderung binasa;
Data peribadi diguna salah,
   Usaha melindung pengguna

شريكت تيكنولوݢي سڤرتي ݢوݢيل، امازون دان ۏيسبوك اداله رقساس. داتا يڠ دڤراوليهي بوليه دسالهݢون. كيمبريج اناليتيكا (ۏيسبوك) دسياست.

دنيا مڠارتي بوان براوبه،
   ماءنسي چندروڠ بناس؛
داتا ڤريبادي دݢون ساله،
   اوسها مليندوڠ ڤڠݢون.

Labels:

Tuesday, March 20, 2018

Rawatan Hepetitis C

Jangkitan hati di Malaysia:
Ada ubatan Direct Acting Antiviral (DAA) untuk hepatitis C. Bilangan pesakit virus ini dianggarkan 400,000 orang; 23000 telah berdaftar. Ubatan ini dilaporkan percuma bagi 2000 pesakit.

Pihaknya mesti memelihara para pesakit yang diberitahu kesan ubatan tersebut.

Labels:

Monday, March 19, 2018

Sarang burung سارڠ بوروڠ

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan di Dewan Rakyat bahawa Malaysia ada Memorandum Persefahaman dengan China untuk mewujudkan kepercayaan kepada mutu sarang burung walit Malaysia dari 20,000 rumah burung.
     Alam sekitar adalah penting. Apakah kajian untuk mengetahui sebab-sebab burung berhijrah ke lain kawasan atau negara?

منتري ڤرتانيان دان ايندوستري براساس تاني مپاتاكن دديون رعيت بهوا مليسيا اد ميمورندوم ڤرسۏهمن دڠن چينا اونتوق موجودكن كڤرچاياءن كڤد موتو سارڠ بوروڠ واليت مليسيا. اڤاكه كاجيان اونتوق مڠتاهوءي سبب-سبب بوروڠ برهجفه كلاءين كاواسن اتاو ناݢارا؟

Labels:

Pantun, sukan dan keazaman سوكن دان كاءزمن


Sejarah badminton Malaysia adalah cemerlang. Sekarang apakah kelemahannya?

Taman Muda setakat kesenangan,
   Senaman, kesihatan, sejahtera;
Latihan pemuda berbakat diteruskan,
    Keazaman, kelajuan, stamina.

سجاره بيدمينتون مليسيا اداله چمرلڠ. سكارڠ، اڤاكه كلمهنڽ؟
تامن مودا ستاكت كسنڠن،
   سنامن، كصيحتن، سجهترا؛
لاتيهن ڤمودا برباكت دتروسكن،
   كاءزمن، كلاجون، ستامينا.
  
  

Labels:

Sidang Kemuncak Asean-Aus

Sidang Kemuncak khas Asean-Australia memutuskan untuk menambah kerjasama bagi menentang keganasan. Kita berharap ia akan bantu mencegh serangan ganas.

سيدڠ كمونچق خاص اسيان-اوستراليا مموتوسكن اونتوق منمبهكن كرجاسام باݢي مننتڠ كݢانسن. كيت برهارڤ اي اكن بنتو منچݢه سرڠن ݢانس.

Labels:

Sunday, March 18, 2018

FRIM

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, ada lebih 200 ahli saintis. Pihaknya mesti memelihara mereka  dengan baik.

اينستيتوت ڤڽليديقن ڤرهوتنن مليسيا (FRIM), كڤوڠ، اد لبيه 200 اهلي ساءينتيس. ڤيهقڽ مستي ممليهارا مريك دڠن باءيق.

Labels:

Pantun, membersih gunung.

Ada daya usaha mengangkut ratusan tan sampah dari gunung tertinggi dunia, sebelah Nepal (Everest).

Silat gayung latihan segar,
    Kasih bapa selepas capai masak;
Panjat gunung cabaran besar,
   Bersih sisa selepas sampai puncak.

اد داي اوسها مڠاڠكوت راتوسن تان سمڤه دري ݢونوڠ ترتيڠݢي دنيا سبله نيڤال (ايۏريست).

سيلت ݢايوڠ لاتيهن سݢر،
   كاسيه باڤ سلڤس چاڤاي ماسق؛
ڤنجت ݢونوڠ چابرن بسر،
     برسيه سيسا سلڤس سمڤاي ڤونچق.

Labels:

Saturday, March 17, 2018

Gunung tertinggi ݢونوڠ تدتيڠݢي

Gunung yang tertinggi di dunia, bahagian Nepal, (Everest), ada daya usaha mengangkut ratusan sampah melalui udara. Adakah daya usaha yang serupa untuk membersihkan gunung di Malaysia seperti Gunung Kinabalu?

ݢونوڠ يڠ ترتيڠݢي ددنيا، بهاݢيان نڤل(ايۏريست)، اد داي اوسها مڠاڠكوت راتوسن تان سمڤه ملالوءي اودارا. اداكه داي اوسها يڠ سروڤ اونتوق ممبرسيهكن ݢونوڠ دمليسيا سڤرتي ݢونوڠ كينابالو؟

Labels:

Friday, March 16, 2018

Internet 5G اينترنيت

Orang Malaysia mengguna internet 4G dengan kelajuan 14.83 Mbps berbanding dengan 43.43 Mbps di Singapura. Sekarang Huawei mencuba Rangkaian 5G, paling kurang 50 kali lebih laju daripada 4G.

اورڠ مليسيا مڠݢون اينترنيت 4G دڠن كلاجوان 14.83 Mbps بربنديڠ دڠن 43.43 Mbps دسيڠاڤورا. سكارڠ هواوي منچوبا رڠكايءن 5G, ڤاليڠ كورڠ 50 كالي لبيه لاجو درڤد 4G.

Labels:

Pantun, rangkaian G رڠكاءي

Dunia internet berkembang. Rangkaian 4G akan diganti dengan 5G yang paling kurang 50 kali ganda lebih pantas.

Orang guna Rangkaian G  internet
   Usaha dapat pencapaian 4G pantas;
Orang guna Rangkaian 4G  bistarinet,
   Bila dapat pencapaian 5G lekas?

دنيا اينترنيت بركمبڠ. رڠكاءيان 4G اكن دݢنتي دڠن 5G يڠ ڤاليڠ كورڠ 50 كالي ݢندا لبيه ڤنتس.

اورڠ ݢون رڠكاءيان G اينترنيت،
   اوسها داڤت ڤنچاڤاءيان 4G ڤنتس؛
اورڠ ݢون رڠكاءيان 4G بيستارينيت،
   بيلا داڤت ڤنچاڤاءيان 5G لكس؟

   

Labels:

Thursday, March 15, 2018

Jambatan runtuh جمبتن رونتوه

Minggu lepas, sebuah jambatan enam saluran Universiti Florida, Amerika,siap dibina. Hari ini, ia runtuh. Sekurangnya empat orang terbunuh.
   Menteri Kerja Raya Malaysia kata jambatan-jamabatan dalam negara diperiksa. Kita berharap bahawa semua adalah selamat termasuk jambatan lebuhraya Kepong-Selayang yang tiangnya pernah retak.

ميڠݢو لڤس، سبواه جمباتن انم سالورن اونيۏرسيتي ۏلوريدا، اميريكا، سياڤ دبينا. هاري اين، اي رونتوه. سكورڠڽ امڤت اورڠ تربونوه.
منتري كرجا راي مليسيا كات جمباتن-جمبتن دالم نݢارا دڤريقسا. كيت برهارڤ سموا اداله سلامت ترماسوق جمباتن لبوهراي كڤوڠ-سلايڠ يڠ تياڠڽ ڤرنه رتق.

Labels:

Wednesday, March 14, 2018

FRIM, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

FRIM, Kepong, ada lebih 200 saintis. Adalah penting bahawa para penyelidik dipelihara dengan baik.

Labels:

Lapangan terbang KLIA

Malaysia Airports Holdings Berhad (Syarikat Lapangan Terbang, MAHB) kata ia akan mengembang dan meningkatkan dua terminal KLIA, bukan membinakan terminal ketiga sekarang.
   MAHB mesti memperbaiki perkhidmatan.

شريكت لاڤڠن تربڠ مليسيا (MAHB) كات اي اكن مڠمبڠ دان منيڠكتكن دوا ترمينل KLIA, بوكن ممبينا ترمينل كتيݢ سكارڠ.

شريكت MAHB مستي ممڤرباءيقي ڤرخدمتن.
  

Labels:

Takziah kepada Keluarga Hawking تعزيت

Takziah kepada keluarga mendiang Stephen Hawking, saintis yang menarik minat.

تعزيت كڤد كلوارݢ مندياڠ ستيۏين هاوكين، ساينتيس يڠ مناريق مينت.

Labels:

Tuesday, March 13, 2018

Pantun, cinta tak jujur چونيا تق جوجور

Menjelang pilihanraya, pelbagai tuduhan dan janji dilaungkan. Ada yang berasas dan ada yang tidak.

Hidung dicium, pipi digigit=kasih sayang yang pura-pura sahaja.

Sikap bengis, isi koyak,
  Jagung diminum, gigi sakit;
Cakap manis, janji banyak.
  Hidung dicium, pipi digigit.

منجلڠ ڤيليهنراي، ڤلباݢاي تودوهن دان جنجي دلاوڠكن. اد يڠ براساس دان اد يڠ تيدق.

هيدوڠ دچيوم، ڤيڤي دݢيݢيت=كاسيه سايڠ يڠ ڤورا-ڤورا سهاج.

سيكڤ بڠيس، ايسي كويق،
  جاݢوڠ دمينوم، ݢيݢي ساكيت؛
چاكڤ مانيس، جنجي باڽق،
  هيدوڠ دچيوم، ڤيڤي دݢيݢيت.

Labels:

Pecat Tillerson ڤچت

Tillerson dilaporkan sebagai memanggil Trump si tolol. Trump memecat beliau sebagai Setiausaha Negara Amerika melalui twitter.

تيلرسون دلاڤوركن سباݢاي ممڠݢيل ترامڤ سي تولول. ترامڤ ممچت بليو سباݢاي ستياءوسها نݢارا اميريكا ملالوءي تويتر.

Labels:

Tanah Felda di KL

Datuk Razali kata di Dewan Rakyat bahawa Pengerusi dan Pengarah Besar Felda menandatangani surat kebenaran memberi kuasa wakil penuh kepada Kuala Lumpur Vertical City untuk membangun tanah agensi itu di Kuala Lumpur.
   Laporan perlu diumumkan selepas siasatan.

داتوء رازالي كات دديوان رعيت هاري اين بهوا ڤڠروسي دان ڤڠاره بسر FELDA
مننداتاڠني سورت كبنرن ممبري كواس واكيل ڤنوه كڤد Kuala Lumpur Vertical City اونتوق ممباڠون تانه اݢينسي ايت دكوالا لومڤور.
   لاڤورن ڤرلو دعمومكن سلڤس سياستن.

Labels:

Monday, March 12, 2018

Air di Lembah Pantai

Ada kebuntuan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang, Selangor, kerana berapa sebab termasuk politik. Hutangnya RM6.9 bilion dan Menteri Air memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa bunga  atau faedahnya RM60 juta setahun.

اد كبونتوان ڤنستروكتورن سمولا ايندوستري اير دلمبه كلڠ، سلاڠور، كران ببراڤ سبب ترماسوق ڤوليتيك. هوتڠڽ RM6.9 بيليون دان منتري اير ممبريتاهو ديون رعيت هاري اين بهوا بوڠا اتاو ۏاءدهڽ RM60 جوتا ستاهون.

Labels:

Sunday, March 11, 2018

ايكونومي نݢارا Ekonomi negara

سماس ڤردان منتري منجلسكن كاءداءن ايكونومي نݢارا دديون رعيت هاري اين، تيمبولله ككيچوهن. اداكه ڤراوبهن ايكونومي دنيا سڤرتي براڤ تيندقن اميريكا ترماسوق تاريۏ ترامڤ اكن منججسكن ايكونومي مليسيا؟

Semasa Perdana Menteri menjelaskan keadaan ekonomi negara di Dewan Rakyat hari ini, timbullah kekecohan. Adakah perubahan ekonomi dunia seperti berapa tindakan Amerika termasuk tarif Trump akan menjejaskan ekonomi Malaysia?

Labels:

"Perjanjian besar"

Donald Trump kata bahawa penemuan dengan Kim Jong-un mungkin jadi "Perjanjian besar"./

دونلد ترامڤ كات بهوا ڤنموان دڠن كيم جوڠ-اون موڠكين جادي "ڤرجنجيان بسر".

Labels:

Saturday, March 10, 2018

Pantun, ekonomi digital

Ekonomi digital berkembang. Kelajuan internet Singapura adalah 44.43 Mbps berbanding dengan 14.83 Mbps di Malaysia.

Kita mengerti tabii handal,
Sungguh tabur dalam BistariNet;
Kita hadapi ekonomi digital,
Sungguh labur dalam internet.

ايكونومي ديݢيتل برلمبڠ. كلاجواناينترنيت سيڠاڤورااداله 44.43 Mbps بربنديڠ دڠن 14.83 Mbps دمليسيا.

كيت مڠارتي طابيي هندل،
سوڠݢوه تابور دالم بيستارينيت؛
كيت هادڤي ايكونومي ديݢيتل،
سوڠݢوه لابور دالم اينترنيت.

Labels:

Friday, March 09, 2018

Tarif Trump

Jumlah perdagangan Malaysia dan Amerika Syarikat adalah RM158.1 bilion pada tahun 2017. Adakah tarif Trump (cukai ke atas besi waja dan aluminium) akan menjejaskan Malaysia?

جومله ڤرداݢڠن مليسيا دان اميريكا شريكت اداله RM158.1 بيليون ڤد تاهون 2017. اداكه تاريۏ ترامڤ ( چوكاي كاءتس بسي واج دان الومينيوم) اكن منججسكن مليسيا؟

Labels:

Takziah kpd keluarga Allahyarham Tan Sri Danusi Junid تعزيت

Takziah kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid
تعزيت كڤد اللهيرهم تن سري سنوسي جونيد

Labels:

Thursday, March 08, 2018

ترامڤ تمو كيم Trump temu Kim

دونلد ترامڤ سمبوت جمڤوتن كيم جوڠ-اون اونتوق برتمو. سكاتن اميريكا ترهادڤ كوريا اوتارا برتروسن.

Donald Trump sambut jemputan Kim Jong-un untuk bertemu. Sekatan Amerika terhadap Korea Utara berterusan.

Labels:

Pantun,fajar singsing

Fajar menyingsing orang setaman,
Udara segar insan hebat;
Sedar penting orang bersenam;
Jaga sekadar insan sihat.

ۏاجر مڽيڠسيڠ اورڠ ستامن،
اودارا سݢر انسان هيبت؛
سدر ڤنتيڠ اورڠ برسنم،
جاݢا سكادر انسان صيحت.

Labels:

Wednesday, March 07, 2018

Selamat Hari Wanita Antarabangsa سلامت هاري وانيتا انتارابڠسا

Selamat Hari Wanita Antarabangsa
سلامت هاري وانيتا انتارابڠسا

Labels:

Tuesday, March 06, 2018

Minyak kelapa sawit ميڽق كلاڤ ساويت

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi membincang di Dewan Rakyat mengenai usaha menghalang minyak kelapa sawit di Kesatuan Eropah. Perang Perdagangan ini berlaku bertahun-tahun.  Malaysia mestilah terus mempertahankan minyak ini termasuk pekebun kecil.

منتري ڤراوسهاءن ڤرداݢڠن دان كوموديتي ممبينچڠکن دديون رعيت مڠناءي اوسها مڠهالڠ ميڽق كلاڤ ساويت دكساتوان ايروڤه. ڤرڠ ڤرداݢڠن اين برلاكو برتاهون-تاهون. مليسيا مستي تروس ممڤرتاهنكن ميپق اين ترماسوق ڤكبون كچيل.

Labels:

سيدڠ كوريا اوتارا دان سلاتن sidang Korea Utara dan Selatan

ڤڠروسي كوريا اوتارا كيم زوڠ-اون اكن برسيدڠ دڠن ڤريسيدن كوريا سلاتن مون جي-اين ڤد اڤريل 2018. توڠݢو دان ليهت.
Pengerusi Korea Utara Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in akan bersidang pada April, 2018. Tunggu dan lihat.

Labels:

Transit Laju Massa MRT2

Pada 3 Mac, 2018, satu orang mati dan satu cedera dalam kemalangan MRT2 di Jinjang Utara, Kepong. Kontraktor MRT2 mesti mengumumkan punca kemalangan itu serta keadaan langkah keselamatan.

ڤد 3 مچ 2018، ساتو اورڠ ماتي دان ساتو چدرا دالم كمالڠن MRT2 دجينجڠ اوتارا، كڤوڠ. كونتركتور MRT2 مستي مڠعمومكن ڤونچا كمالڠن ايت سرتا كاءداءن لڠكه كسلامتن.

Labels:

Monday, March 05, 2018

Visa elektronik ۏيسا ايليكترونيك


Datuk Seri Zahid menjelaskan Di Dewan Rakyat visa elektronik para pelancong untuk memasuki Malaysia seperti anggaran 3 juta pelancong China. Sila pastikan kaedah permohonan e-visa adakah baik.

داتوء سري زاحيد منجلسكن دديون رعيت ۏيسا ايليكترونيك ڤارا ڤلنچوڠ اونتوق مماسوقي مليسيا سڤرتي اڠݢارن 3جوتا ڤلنچوڠ چينا. سيلا ڤستيكن كاءده ڤرموهونن e-ۏيسا اداله باءيق.

Labels:

Pantun, Elak hal sensitif ايلق حال سينسيتيۏ

Hidung sudah rampung diatur orang=Orang bodoh yang sombong tidak sedar dirinya dibodohi orang.

Hal sensitif cuba dan rela dielakkan,
Renung telah burung tidur terbang;
Hal sensitif agama dan bangsa dihebohkan,
Hidung sudah rampung diatur orang.

هيدوڠ سوده رمڤوڠ داتور اورڠ = اورڠ بودوه يڠ سومبوڠ تيدق سدر ديريڽ دبودوهي اورڠ.

حال سينسيتيۏ چوبا دان ريلا دايلقكن،
   رنوڠ تله بوروڠ تيدور تربڠ؛
حال سينسيتيۏ اݢام دان بڠسا دهيبوهكن،
  هيدوڠ سوده رمڤوڠ داتور اورڠ.

Labels:

Kos sara hidup كوس سارا هيدوڤ

Dalam titah Ke Bawah Duli Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ditekankan. Kita berharap langkah-langkah diambil dapat mengurangkan kos sara hidup.

دالم تيته كباوه دولي يڠ دڤرتوان اݢوڠ دديون رعيت هاري اين، مجليس تيندقن سارا هيدوڤ نݢارا دتكنكن. كيت برهارڤ لڠكه-لڠكه دامبيل داڤت مڠورڠكن كوس سارا هيدوڤ.

Labels:

Sunday, March 04, 2018

Barah atau kanser باره اتاو كنسر


Mengesan barah atau kanser awal adalah penting. Barah kerongkong (gulet) adalah susah dikesan. Pusat penyelidikan mencuba kamera baru untuk melihatkan barah kerongkong dengan awal. Kita berharap usaha ini berjaya.

مڠسن باره اتاو كنسر اول اداله ڤنتيڠ. باره كروڠكوڠ (ݢوليت) سوسه دكسن اول. ڤوست ڤڽليديقن منچوبا كاميرا بارو باݢي مڠسن باره كروڠكوڠ دڠن اول. كيت برهارڤ اوسها اين برجاي.

Labels:

Saturday, March 03, 2018

Pantun, Perubatan dan perniagaan ڤراوبتن دان ڤرنياݢاءن

Hospital dan doktor adalah untuk menjaga para pesakit. Ada pesakit yang perlu berbaris panjang di hospital awam. Ada yang terpaksa bayar dengan terlalu banyak di hospital swasta.

Doktor dan hospital terima pesakit,
Bukan kerana sifat kebendaan;
Doktor dan hospital juga lendit,
Pastikan ada sifat kemanusiaan.

هوسڤيتل دان دوكتور اداله اونتوق منجاݢا ڤارا ڤساكيت. اد ڤساكيت يڠ ڤرلو برباريس ڤنجڠ دهوسڤيتل عوان. اد يڠ ترڤقسا باير دڠن ترلالو باپق دهوسڤيتل سواستا.

دوكتور دان هوسڤيتل تريما ڤساكيت،
بوكن كران صۏت كبنداءن.
دوكتور دان هوسڤيتل جوݢ لنديت،
ڤستيكن اد صۏت كماءنسياءن.

Labels:

Mata wang siber (crypto) مات واڠ

Bill Gates telah dipetikkan sebagai berkata: Mata wang krypto (siber) membawa maut.

بيل ݢيتس  تله دڤتيقءن سباݢاي بركات: مات واڠ كريڤتي (سيبر) ممباوا ماءوت.

Labels:

Friday, March 02, 2018

Bahang pilihan raya باهڠ ڤيليهن راي

Ketika cuaca terlalu sejuk menyelubungi Eropah dan Amerika Syarikat, bahang menjelang pilihanraya Malaysia semakin panas. Hakikat dan kenyataan?

كتيك چواچ ترلالو سجوق مڽلوبوڠي ايتوله دان اميريكا شريكت، باهڠ منجلڠ ڤيليهنراي مليسيا سماكين ڤانس. حقيقت دان كپاتاءن؟

Labels:

Kolej Perubatan, UMS لولون ڤروبتن

Selepas lebih 10 tahun, Kolej Perubatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), akan mendapat hospital pengajaran yang smart (cerdik). Kita berharap peruntukan RM652 juta akan digunakan dengan smart (cerdik).

سلڤس لبيه 10 تاهون، كوليج ڤراوبتن، اونيۏرسيتي مليسيا سابه (UMS) اكن منداڤت هوسڤيتل ڤڠاجرن يڠ چرديق. كيت برهارڤ ڤراونتوقن RM652 جوتا اكن دݢوناكن دڠن چرديق.

Labels:

Pantun, perlumbaan nuklear

Bom nuklear meletup di Hiroshima pada tahun 1945, lalu tamat Perang Dunia Kedua.  Sejak itu, pelbagai perang masih berlaku. Amerika wujud bom nuklear kecil dan Rusia ada bom nuklear berbagai yang baru. Perlumbaan bom nuklear berterusan.

Manusia hasrat tukar pantai,
Jumpa nuklear sedih peperangan;
Sedia buat nuklear berbagai,
Lumba nuklear masih berterusan.

بوم نوكليار ملتوڤ دهيروشيما ڤد تاهون 1945، لالو ڤرڠ دنيا كدوا تامت. سجق ايت، ڤلباݢاي ڤرڠ برلاكو. اميركا وجود بوم نوكليار كچيل دان روسيا اد بوم نوكليار برباݢاي يڠ بارو. ڤرلومباءن بوم نوكليار برتروسن.

ماءنسي هسرت توكر ڤنتاي،
جومڤا نوكليار سديه ڤڤرڠن؛
سديا بوات نوكليار برباݢاي،
لومبا نوكليار ماسيه برتروسن.

Labels: ,

Thursday, March 01, 2018

Bom nuklear بوم نوكليار

Trump kata Amerika buat bom nuklear lebih kecil. Putin menunjukkan Rusia ada berbagai bom nuklear baru. Perlumbaan bom nuklear berterusan.

ترامڤ كات اميريكا بوات بوم نوكليار لبيه كچيل. ڤوتين منونجوقءن روسيا اد برباݢاي بوم نوكليار بارو. ڤرلومباءن بوم نوكليار برتروسن.

Labels: