Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, July 31, 2017

110 eko rimba di Malaysia 110 ايكو-ريمبا دمليسيا

Menteri Alam Sekitar memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia ada 110 eko rimba (pelancongan hutan) termasuk hutan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia, Kepong. Kita perlu mempertingkatkan kawalan seperti kerjasama dengan negeri-negeri.

منتري علام سكيتر ممبريتاهو ديون رعيت بهوا مليسيا اد 110 بواه ايكو-ريمبا (ڤلنچوڠن هوتن) ترماسوق هوتن اينستيتوت ڤڽليديقن هوتن مليسيا، كڤوڠ. كيت ڤرلو ممڤرتيمبڠكن كاولن سڤرتي كرجاسام دڠن نݢري-نݢري.

Labels:

كوريا اوتارا تيمبق روكيت Korea Utara tembak roket

كوريا اوتارا منيمبق روكيت كلاءوتن جڤون. رومه ڤوتيه اميريكا منيمبق براڤ روكيت ڤمچتن. كتوا ايكسيكوتيۏ بارو، كيلي، ممچتكن ڤڠاره كومونيكاسي بارو، سكاراموچي.

Korea Utara menembak roket ke Lautan Jepun. Rumah Putih Amerika menembak berapa roket pemecatan. Ketua Eksekutif baru, Kelly, memecatkan Pengarah Komunikasi Baru, Scaramucci.

Labels:

Hasil dan hutang negara 2016

Ketua Audit Negara mendapati pada 2016 hasil persekutuan Malaysia adalah RM212.4 bilion (RM219.1 bilion 2015) dan perbelanjaan RM252.2 bilion (RM257.8 bilion 2015). Hutang negara RM648.5 bilion (RM630.5 bilion 2015) atau 52.75% KDNK (54.5% 2015).

Labels:

Sunday, July 30, 2017

بيݢ سكوله برت Beg sekolah berat

موريد سكوله مليسيا مميكول بيݢ برت سمڤاي 10 كيلوݢريم. ترداڤت باڽق سبب سڤرتي كوريكولوم دان سيكڤ ايبو باڤ. اداكه كمنتريان هندق ممڤرتيمبڠكن سمولا مسءله اين?

Murid sekolah Malaysia memikul beg berat, sampai 10 kilogram. Terdapat banyak sebab seperti kurikulum dan sikap ibu bapa. Adakah kementerian hendak mempertimbangkan semula masalah ini?

Labels:

Cara baru mengajar (pantun) چارا بارو مڠاجر(ڤنتون)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Murid-murid berasa bingung.

Guru dilanda cara ajar ihsan,
Murid seolah meraba waktu malam;
Guru cuba cari cara berkesan,
Murid baru sedar lagi faham.

كماهيرن برۏيكير ارس تيڠݢي. موريد٢ براسا بيڠوڠ.

ݢورو دلندا چارا اجر اهسان،
موريد ساءوله مراب وقتو مالم;
ݢورو چوبا چاري چارا بركسن،
موريد بارو سدر لاݢي ۏهم.

; ''

Labels:

ترامڤ تودوه چينا لالو مموجي سي Trump menuduh China lalu memuji Xi

دالم براڤ بولن اين، ترامڤ منودوه چينا لالو مموجي سي چين ڤيڠ. سمالم، كوريا اوتارا ملنچر ساتو لاݢي روكيت. ترامڤ ممبيدس سي يڠ تيدق مڠمبيل برت تويتڽ.

Dalam berapa bulan ini, Trump menuduh China lalu memuji Xi Chin-peng. Semalam,  Korea.Utara melancar satu lagi roket. Trump membidas Xi yang tidak mengambIl berat tweetnya. 

Labels:

Saturday, July 29, 2017

Hutang negara هوتڠ نݢارا

Hutang negara adalah RM685.1 bilion atau 52.3%daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Ia tidak boleh melebihi 55% KDNK.  Jumlah 25.7% hutang kerajaan yang diterbitkan ((bon) dipegang oleh bukan pemastautin seperti Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat. Ini memang membimbangkan.

هوتڠ نݢارا اداله RM685.1 بيليون اتاو 52.3% درڤد كلوارن دالم نݢري كاسر (KDNK). اي تيدق بوليه ملبيهي 55% KDNK. جومله 25.7% هوتڠ نݢارا يڠ دتربيتكن (بون) دڤݢڠ اوليه بوكن ڤمستوطين ين سڤرتي تيمور تڠه، ايروڤه دان اميريكا شريكت. اين ميمڠ ممبيمبڠكن.

Labels:

Friday, July 28, 2017

Sebelum murai berkicau سبلوم موراي بركيچاو

Sorakan (cheer leading) berada di sekolah. Di bandaraya, pertangingan berlangsung di pusat seperti mall، tempat beli-belah yang besar.  Ibu-bapa menjaga anak-anak.

Sebelum murai kicau murid terjaga,
Ibu bapa bawa mereka ke pusat;
Sebelum kedai buka sorakan mula
Ibu bapa jaga di tempat dekat.

سورقن (چير ليديڠ)  براد دسكوله. دبندراي، ڤرتنديڠن برلڠسوڠ دڤوست سڤرتي موءال, تمڤت بلي بله يڠ بسر. ايبو-باڤ منجاݢ انق-انق.

سبلوم موراي كيچاو موريد ترجاݢ،
ايبو باڤ باوا مريك كڤوست;
سبلوم كداي بوك سورقن مولا،
ايبو باڤ جاݢ دتمڤت دكت.

Labels:

كوريا اوتارا لنچر لبيه روكيت Korea Utara lancar lebih roket

Korea Utara melancar lebih banyak roket. Rumah Putih Amerika mengalami pergolakan seperti roket, misalnya perubahan setiauasaha akhbar dan pengarah kakitangannya.

Labels:

ڤروجيق كصيحتن وباما، وباماكير

ترامڤ جنجي ممنسوخکن ڤروجيق كصيحتن وباما، وباماكير. سينيت اميريكا منولق ڤرچوباءن يڠ كتيݢ.
Trump janji memansohkan Obamacare. Senet Amerika menolak percubaan yang ketiga.

Labels:

Wednesday, July 26, 2017

Akta Kebajikan Haiwan انتاو كباجيكن هايون

Menteri Pertanian kata di Dewan Rakyat bahawa Akta Kebajikan Haiwan dikuatkuasa
mulai 1.7.17. Walaupun ia untuk penjagaan haiwan yang dibela, iapun boleh dipakai jika anjing dan kucing terbiar dianiayai.

منتري ڤرتانيان كات دديون رعيت بهوا اكتا كباجيكن هايون دكواتكواس مولاي 1.7.17.والاوڤون اي اونتوق ڤنجاݢاءن هايون يڠ دبلا، ايڤون بوليه دݢوناڤاكاي جك انجيڠ دان كوچيڠ تربيار دانياءا.

Labels:

Jerebu dari Riau dan Aceh

Presiden Jokowi ada kata hendak menangani jerebu kebakaran di Riau dan Sumatra. Sekarang dilaporkan 170 punca kebakaran di Indonesia.Jerebu mula ternampak di  Semenanjung. Rakyat tunggu Najib dan Jokowi berikhtiar.

Labels:

Nisbah 60:40 untuk pelajar sains dan sastera

Timbalan Menteri Pendidikan menjawab soalan Ahli Parlimen Lipis bahawa hanya 40% dari lebih 340,000 calon SPM mengambil matapelajaran sains. Sejak tahun 1967, ada dasar 60:40, 60 pelajar sains berbanding 40 pelajar sastera. Kerajaan hendaklah telus dalam usaha mengatasi kelemahan sistem pendidikan.

Labels:

Tuesday, July 25, 2017

Kiraan sperma 'kurang 40%'

Media melaporkan bahawa kiraan sperma (mani) di kalangan lelaki di negara-negara berindustri 'turun 40%'. Apakah ertinya?

ميديا ملاڤوركن بهوا كيراءن سڤيرما(ماني) دكالڠن للاكي دنݢارا-نݢارا برايندوستري 'تورون 40%'. اڤاكه ارتيڽ?

Labels:

رڠ اوندڠ٢ كݢانسن رومه تڠݢ Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga

Menteri Kebajikan sebut di Dewan Rakyat bahawa beliau sedar 74% mangsa keganasan rumah tangga adalah wanita dan 26% lelaki. Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) adalah untuk mangsa wanita dan lelaki. Yang pentingnya penguatkuasaan.

منتري مناجين سبوت دأيون رعيت بلوام بليو سدر 74%مڠسا كݢانسن رومه تڠݢ اداله ڤرمڤوان دان 26%للاكي. رڠ اوندڠ-اوندڠ كݢانسن رومه تڠݢ(ڤينداءن) اداله اونتوق مڠسا وانيتا دان للاكي. يڠ ڤنتيڠڽ ڤڠواتكواساءن.

Labels:

Monday, July 24, 2017

Soalan penyakit anjing gila سوءال ڤڽاكيت انجيڠ ݢيلا

Lima orang mati kerana penyakit anjing gila di Sarawak. Menteri Kesihatan menjawab soalan Ahli Parlimen Sibu. Ini menimbul emosi. Ada yang berasa hospital tidak ada vaksin yang cukup dan kementerian mengambil langkah yang tidak teratur. Kita berharap pihaknya dapat menambah baik cara menangani masalah tersebut.

ليم اورڠ ماتي كران ڤڽاكيت انجيڠ ݢيلا دساراوق. منتري كصيحتن منجاوب سوءالن اهلي ڤرليمن سيبو. اين منيمبولکن ايموسي. اد يڠ براس هوسڤيتل تيدق اد ۏاكسين يڠ چوكوڤ دان كمنتريان مڠمبيل لڠكه يڠ تيدق تراتور. كيت برهارڤ ڤيهقڽ داڤت منمبه باءيك چارا مناڠني مسءله ترسبوت.

Labels:

Sunday, July 23, 2017

Keganasan rumah tangga كݢانسن رومه تڠݢ

Dewan Rakyat membincang Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga untuk menambah baik perlindungan mangsa. Kita berharap ada penguatkuasaan yang berkesan.

ديون رعيت ممبينچڠ رڠ اوندڠ-اوندڠ كݢانسن رومه تڠݢ اونتوق منمبه باءيك ڤرليندوڠن مڠسا. كيت برهارڤ اد ڤڠواتكواساءن يڠ بركسن.

Labels:

MRT

Datuk Seri Najib memberitahu Dewan Rakyat bahawa setakat ini projek MRT menepati jadual dan menjimatkan RM2 bilion. Beliau mesti mewujudkan ketelusan.

داتو' سري ناجيب ممبريتاهو ديون رعيت بهوا ڤروجيق MRT منڤتي جادوال دان ستاكت اين منجيمتكن RM2 بيليون.  بليو مستي موجودكن كتلوسن.

Labels:

Tikus di bawah katil تيكوس دباوه كاتل

Tikus lintang-pukang di rumah terbiar,
Menjeling berapa orang suntik dadah;
Tikus tunggang-langgang bertengkar liar,
Mengerling orang cengkung di sebelah.

تيكوس لينتڠ-ڤوكڠ درومه تربيار،
منجليڠ براڤ اورڠ سونتيق داده;
تيكوس توڠݢڠ-لڠݢڠ برتڠكر ليار،
مڠرليڠ اورڠ چڠكوڠ دسبله.

Labels:

Saturday, July 22, 2017

Nilai integriti نيلاي اينتيݢريتي

اد چادڠن اونتوق منرڤكن نيلاي اينتيݢريتي دان ڤنچݢهن راسواه دالم كورسوس اونيۏرسيتي. نيلاي-نيلاي اين ڤرلو دسمايكن. ڤميمڤون مستي منونجوق چونتوه تلادن.

Ada cadangan untuk menerapkan nilai integriti dan pencegahan rasuah dalam kursus universiti. Nilai-nilai ini perlu disemaikan. Pemimpin mesti menunjuklan contoh teladan.

Labels:

Musk musang dan ayam

كچردسن بواتن ماءنسي سڤرتي ڤلباݢاي جنيس روبوت دݢوناكن دباپق تمڤت. كيت برهارڤ كچردسن بواتن اين تيدق دسالهݢون. 

ڤتڠ هيدو موسق دڤوكوق رمبوتن،
مالم موسڠ ماكن ايم دسڠكر;
اورڠ وجود روبوت، كچردسن بواتن،
حران لاكوكن كجاهتن بسر.

موسق=كستوري; كجاهتن=دورجان.

Kecerdasan buatan manusia seperti pelbagai. jenis robot digunakan di banyak tempat. Kita berharap kecerdasan buatan ini tidak disalahguna. 

Petang hidu musk di pokok rambutan,
Malam musang makan ayam di sangkar:
Orang wujud robot, kecerdasan buatan,
Haram lakukan kejahatan besar. 

Musk=kesturi;  kejahatan=durjana n




 

Labels:

بوروڠ تيوڠ بركلاهي Burung tiong berkelahi

بوروڠ تيوڠ بركلاهي دڤادڠ،
. ڤنمڤورن ستاكت بوڽي بيسيڠ;
منوڠ اورڠ بركلاهي جادي ڤرڠ،
ڤمبونوهن دان وابق مڽيڠسيڠ.

Burung tiong berkelahi di padang,
Penempuran setakat bunyi bising;
Menung orang berkelahi jadi perang,
Pembunuhan dan wabak menyingsing.

Labels:

Friday, July 21, 2017

Rumah Putih bergelora رومه ڤوتيه برݢلورا

Trump melihat Rumah Putih bergelora. Sean Spicer berhenti sebagai Setiausaha Akhbar dan Anthony Scaramucci mengarah Komunikasi.

ترامڤ مليهت رومه ڤوتيه برݢلورا. شون سڤايسير برهنتي سباݢاي ستياءوسها اخبار دان انطوني سكاراموچي مڠاره كومونيكاسي.

Labels:

وابق تاجون د يامن Wabak taun di Yemen

سلڤس ڤرڠ ساودارا دوا تاهون د يمن، 390000 اورڠ دشقي ساكيت كران وابق تاءون. ڤرڠ مموسنهکن.

Selepas perang saudara dua tahun di Yemen, 390,000 orang disyaki sakit kerana wabak taun. Perang memusnahkan.

Labels: ,

Thursday, July 20, 2017

ڤپاكيت ديمينسيا (ݢيݢيرن ترججس) Penyakit demensia (fikiran terjejas)

Majalah terkemuka Inggeris, Lancet, mencatatkan bahawa perubahan cara hidup termasuk cergas badan dan otak dapat mengurangkan kes demensia satu pertiga.

Labels:

كوريا اوتارا دان سلاتن Korea Utara dan Selatan

كوريس اوتارا منريما جومڤوتن درڤد كوريا سلاتن اونتوق مڠاداكن رونديڠن تنترا. هارڤن?

Korea Utara menerima jemputan daripada Korea Selatan untuk mengadakan rundingan tentera. Harapan?

Labels:

Wednesday, July 19, 2017

انق للاكي ترامڤ ددڤن جاوتنكواس سينيت. Anak lelaki Trump di depan Jawatankuasa Senet

Anak lelaki dan menantu Trump akan dihadap ke depan Jawatankuasa Judiciari Senet Amerika yang menyiasat Rusia. Apakah mereka lakukan?

Labels:

Monday, July 17, 2017

سولنوءيد دان ڤمينت Sukan dan peminat

Sukan hadapi perhatian peminat,
Pemain bersedia tonjol gaya;
Sukan hadapi latihan ketat,
Pemain percaya dapat berjaya.

سوكن هادڤي ڤرهاتيان ڤمينت،
ڤماءين برسديا تونجول ݢاي;
سوكن هادڤي لاتيهن كتت،
ڤماءين ڤرچاي داڤت برجاي.

Labels:

شور ڤربينچڠن انتارا كوريا سلاتن دان اوتارا Syor perbincangan antara Korea Selatan dan Utars

كوريا سلاتن منچادڠكن سوڤاي داءداكن ڤربينچڠن دڠن كوريا اوتارا. جك شور اين دتريما، ڤربينچڠن بوليه مڠورڠكن كتݢڠن.

Korea Selatan mencadangkan supaya diadakan perbincangan dengan Korea Utara. Jika syor ini diterima, perbincangan boleh mengurangkan ketegangan.

Labels:

Federer dari Switzerland

Pemain Switzerland Federer memecah rekod, menang Tenis Grand Slam Wimbledon lapan kali. Usia 36 tahun. Beliau percaya boleh berjaya. Lawannya Cilic dari Croatia telah berusaha.

ڤماءين سويتزرلند ۏيديرا مميچه ريكود، منڠ تينيس ݢريند سلام لاڤن كالي. اوسيا 36 تاهون. بليو ڤرچاي بوليه برجاي. لاونڽ چيليك دري كروءشيا تله براوسها.

Labels:

Sunday, July 16, 2017

داتڠ تيكنولوݢي روبوت Datang teknologi robot

تيكنولوݢي معلومت مڠواساءي دنيا. سكارڠ تيكنولوݢي كچرداسن بواتن مونچول.

ݢلومبڠ دمي ݢلومبڠ مڠݢرق بوت،
ماءنسي تريما سموا ڤروبهن;
سكارڠ تيكنولوݢي داتڠ روبوت،
ماءنسي تريما كچردسن بواتن.

Teknologi maklumat menguasai dunia. Sekarang teknologi kecerdasan buatan muncul.

Gelombang demi gelombang menggerak bot,
Manusia terima semua perubahan;
Sekarang teknologi datang robot,
Manusia terima kecerdasan buatan.

Labels:

ترامڤ لنتيق تاي كوب Trump lantik Ty Cobb

ترامڤ ملنتيق تاي كوب سباݢاي ڤنصيحت خاس اونتوق مڠوروس سياستن روسيا يڠ مناريق. كتيك ڤيليهنراي ڤريسيدن 2016, انقڽ منموءي ڤݢوام روسيا دان بكس ڤݢاواي ڤريسيق روسيا.

Trump melantik Ty Cobb sebagai pensihat khas untuk mengurus siasatan Rusia yang menarik. Ketika pilihanraya presiden 2016, anaknya menemui peguam Rusia dan bekas pegawai perisik Rusia.

Labels:

Saturday, July 15, 2017

Keadaan bebas untuk murid كاءداءن بيبس اونتوق موريس

دنيا ديݢيتل برتوكر. موريد سكوله ماهو بيبس. چارا ڤڠاجارن براوبه. كاءداءن بيبس برلبيه-لبيهن ملمهكن ڤلاجر.
دولو مرڤاتي سيڠݢه دبومبوڠ اتس،
بيبس منربڠ تيڠݢي دان رنده;
ݢورو داڤتي موريد ماهو بيبس،
بيبس برلبيه لمه موريد سكوله.

Dunia digital bertukar. Cara pengajaran berubah.  Murid sekolah mahu keadaan bebas. Keadaan bebas berlebih-lebihan melemahkan pelajar.

Dulu merpati singgah di bumbung atas,
Bebas menerbang tinggi dan rendah;
Guru dapati murid mahu bebas,
Bebas berlebih lemah murid sekolah.

Labels:

يڠ لمه دكواساءي يڠ كوات Yang lemah dikuasai yang kuat

Orang yang kurang mampu tidak akan lepas dari orang yang berkuasa. Bolehkah kita mencegah penganiayaan?

Ke mana kanak pergi dari situ,
Kan nasibnya di tangan ibu bapa;
Ke mana hendak pergi layang itu,
Kan talinya di tangan kita.

اورڠ يڠ كورڠ ممڤو تيدق اكن لڤس دري اورڠ يڠ بركواس. بوليهكه كيت منچݢه ڤڠانياياءن?

ك مان كانق ڤرݢي دري سيتو،
كن نصيبڽ دتاڠن ايبو باڤ;
ك مان هندق ڤرݢي لايڠ ايت،.
كن تاليڽ دتاڠن كيت.

Labels:

Friday, July 14, 2017

Burung merbuk dipikat denak. جروڠ مربوق دڤينتل دنق

Bila merbuk memetik makan dipadang
Dipikat masuk ke perangkap pemburu
Pengguna memetik laman sesawang
Diingat menjenguk perangkap penipu.

بيلا مربوق ممتيق ماكن دڤادڠ،
دڤيكت ماسوق كڤرڠكڤ ڤمبورو;
ڤڠݢون ممتيق لامن سساوڠ،
دءايڠت منجڠوق ڤرڠكڤ ڤنيڤو.

Labels:

Suruhanjaya Komunikasi dan Mulimedia Malaysia (SKMM)

Ada banyak iklan menariik. Setengahnya perangkap.

SKMM menyekat 1990 laman web yang didapati menipu pelanggan sejak Januari 2016 hingga Jun lalu. Inilah disebutkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Labels:

Thursday, July 13, 2017

ترامڤ ديسياست برتروسن Trump disiasat berterusan

ترامڤ دسياست برتروسن كران دشقي چمڤورتاڠن روسيا دالم ڤيليهنراي ڤريسيدن 2016. تتاڤي بليو منسيۏتكن سواسان درومه ڤوتيه سباݢاي هيبت.

Trump disiasat berterusan kerana disyaki campurtangan Rusia dalam pilihanraya presiden 2016. Tetapi beliau menyifatkan suasana Rumah Putih sebagai hebat.

Labels:

ڤرجنجيان راكن ترنسڤاسيۏيك Perjanjian Rakan Trans-PasifikTPPA

ترامڤ باوا اميريكا كلوار دري TPPA. جومله 11 نݢارا برمشوارت دجڤون. ارهڽ براوبه.
Trump bawa Amerika keluar dari TPPA. Jumlah 11 negara bermesyuarat di Jepun. Arahnya berubah.

Labels:

Wednesday, July 12, 2017

Belatuk tahu Taman FRIM cantik بلاتوق تاهو تامن ۏريم چنتيك

بلاتوق بولو ساڠت مناريق،
راجين مماتوق ڤوهون جاتي;
بلاتوق تاهو تامن ۏريم چنتيق،
كاجيان هوتن ايت ڤاتوت تليتي.

Belatuk bulu sangat menarik,
Rajin mematuk pohon jati;
Belatuk tahu Taman FRIM cantik,
Kajian hutan itu patut teliti.

Labels:

Tuesday, July 11, 2017

هاري ڤوڤولاسي دنيا Hari Populasi Dunia

Pada Hari Populasi Dunia, ada 7.6 bilion orang. Dengan penjagaan kesihatan lebih baik, usia orang lebih panjang.

ڤد هاري ڤوڤولاسي دنيا، اد 7.6 بيليون اورڠ. دڠن ڤنجاݢاءن كصيحتن لبيه باءيه، اوسيا اورڠ لبيه ڤنجڠ.

Labels:

Monday, July 10, 2017

تامن اينستيتوت ڤپليديقن هوتن Taman Institut Penyelidikan Hutan

Kementerian sumber Asli mesti kaji semula semua aspek Taman Penyelidikan Hutan Malaysia. Kementerian itu memohon kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menjadikan taman 600 hektar tersebut sebagai warisan dunia.

كمنتريان سومبر عصلي مستي مڠكاجي سمولا سموا اسڤيق تامن ڤپليديقن هوتن مليسيا. اي مموهون كڤد ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو اونتوق منجاديكن تامن 600 هيكتر ترسبوت سباݢاي واريسن دنيا.

Labels:

Pengganas IS dari Raqqa dan Mosul ڤڠݢانس IS دري راقا دان موسول

Pengganas IS telah diusir dari Raqqa, Syria dan Mosul, Iraq. Malaysia pasti mereka jangan meresap masuk negara.

Keluar rumah hujan renyai-renyai timbul ,
Kita naik kereta tentu lambat tiba;
Keluar pengganas dari Raqqa dan Mosul,
Kita pasti jangan resap masuk negara.

ڤڠݢانس IS تله داءوسير دري راقا، سيريا دان موسول، ايرق. مليسيا ڤستي مريك جاڠن مرسڤ ماسوق نݢارا.

كلوار رومه هوجن رڽاي٢ تيمبول
كيت ناءيك كريتا تنتو لمبت تيبا;
كلوار ڤڠݢانس دري راقا دان موسول،
كيت ڤستي جاڠن رسڤ ماسوق نݢارا.

Labels:

Sunday, July 09, 2017

ڤڠݢانس داوسير دري مودول، ايرق Pengganas diusir dari Mosul, Iraq

مليسيا مستي برهاتي٢ تنتڠ ڤڠݢانس مرسڤ ماسوق نݢارا اين. ڤارا ڤڠݢانس IS تله داءوسير دري موسول، ايرق دان راڠاي، سيريا.
Malaysia mesti berhati-hati tentang pengganas meresap masuk negara ini. Para pengganas IS telah diusir dari Mosul, Iraq, dan Raqqa, Syria.

Labels:

اونيت كسلامتن سيبر Unit keselamatan siber

ترامڤ دان ڤوتين منچادڠ سوڤاي دتوبوهڽ اونيت كسلاماتن سيبر اونتوق منچݢه ڤڠݢودمن. اڤ ارتيڽ?

Trump dan Putin mncadangkan supaya ditubuhnya unit keselamatan siber untuk mencegah penggodaman. Apa ertinya?

Labels:

اڠين سڤوي٢. Angin sepoi -sepoi

بوك تيڠكڤ اڠين سڤوي٢ ماسوق،
اڠين سڤوي٢ اوجود راس سنڠ;
بوك سيكڤ تينجاو مات ڤلوڤوق،
ايڠين مندودويكن راسا تنڠ.

Buka tingkap angin sepoi-sepoi masuk,
Angin sepoi-sepoi wujud rasa senang,
Buka sikap tinjau mata pelupuk,
Ingin mendodoikan rasa tenang.

Labels:

تنترا ايرق كجر ڤڠݢانس ISدري مودول Tentera Iraq kejar pengganas IS dari Mosul

تنترا ايرق مڠجر ڤڠݢانس IS دري موسول. سبهاݢيان بندراي ايت موسنه.  سرڠن ݢانس برلاكو دباپق تمڤت ددنيا.

Tentera Iraq mengejar pengganas IS dari Mosul. Senahagian bandaraya itu musnah. Serangan ganas berlaku di banyak tempat di dunia.

Labels:

Saturday, July 08, 2017

Trump dan kejayaan Sidang G20. ترامڤ دان كجاياءن

ترامڤ منݢسكن بهوا سيدڠ كمونچق G20 منچاڤاي كجاياءن منعجوبكن دڠن تياد ڤرستوجوان اقليم دان بليو برالتيزم اونتوق مڠݢون باهن اڤي ۏوسيل سڤرتي باتو ارڠ.

Trump menegaskan bahawa sidang kemuncak G20 mencapai kejayaan menakjubkan dengan tiada persetujuan iklim dan beliau beriltizam untuk mengguna bahan api fosil seperti batu arang.

Labels:

تيكنولوݢي معلومت كيني Teknologi maklumat kini

Teknologi maklumat seperti media sosial membawa kebaikan dan keburukan sepantun usikan seksual dan lain(sexual and other harassments).

Ramai suka melayar internet kini,
Melayar dapat data dan pengetahuan;
Ramai juga dapat mengalami,
Membayar maklumat bawa usikan. 

تيكنولوݢي معلومت سڤرتي ميديا سوسيال ممباوا كباءيكن دان كبوروقن سڤنتون اوسيقن سيكسوال دان لاءين(sexual and other harassments).

راماي سوك ملاير اينترنيت كيني،
ملاير داڤت داتا دان ڤڠتاهوان;
راماي جوݢ داڤت مڠعالمي،
ممباير معلومت باوا اوسيقن.

Labels:

ڤوجوق ترامڤ مڠناءي اقليم Pujuk Trump mengenai iklim

ڤميمڤين 19 نݢارا ڤوجوق ترامڤ مڠناءي اقليم دان ڤرداݢڠن دسيدڠ كمونچق هيمبورݢ، جرمن. ترامڤ مناريك ديري دري ڤرجنجيان ڤاريس، سمبيل منݢسكن كاءوتاماءن اميريكا. اداكه تولق انسور?

Pemimpin 19 negara pujuk Trump mengenai iklim dan perdagangan. Beliau menarik diri dari Perjanjian Paris, sambil menegaskan keutamaan Amerika. Adakah tolak ansur?

Labels:

Friday, July 07, 2017

مننتڠ ڤپيقساءن Menentang penyeksaan

Kita menentang penyeksaan dan berharap Kerajaan Malaysia meratifikasikan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu menentang penyeksaan dan lain layanan atau hukuman zalim, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah.

كيت مننتڠ ڤڽيقساءن دان برهارڤ كراجاءن مليسيا مراتيۏيكاسيكن كونۏينشن مننتڠ ڤڽيقساءن دان لاءين لاينن اتاو حكومن ظاليم، تيدق برڤريكماءنسياءن اتاو منجاتوهكن مارواه.

Labels:

Wednesday, July 05, 2017

Rangking universiti dunia رڠكيڠ اونيۏرسيتي دنيا

Dalam rangking universiti dunia QS, universiti awam Malaysia bertambah baik seperti Universiti Malaya berada lebih baik daripada 150. Penyelidikan adalah penting.

Ada peluang pergi ke universiti,
Pergi ke universiti dapat ilmu;
Ada peluang buat penyelidikan kini,
Dari segi rangking sangat perlu.

دالم رڠكيڠ اونيۏرسيتي دنيا QS, اونيۏرسيتي عوام مليسيا برتمبه باءيك سڤرتي اونيۏرسيتي ملاي براد لبيه باءيك درڤد 150. ڤپليديقن اداله ڤنتيڠ.

اد ڤلواڠ ڤرݢي كاءونيۏرسيتي،
ڤرݢي كاءونيۏرسيتي داڤت علمو;
اد ڤلواڠ بوات ڤپليديقن كيني،
دري سݢي رڠكيڠ ساڠت ڤرلو.

Labels:

Tuesday, July 04, 2017

ڤلورو برڤندو انتارابنو كوريا اوتارا Peluru berpandu antara benua

اميريكا مڠسهكن بهوا سمالم كوريا اوتارا ملنچركن ڤلورو برڤندو انتارا بنوا يڠ بوليه سمڤاي كبݢاراڽ. سلڤس ايت?

Amerika mengesahkan bahawa semalam Korea Utara melancarkan  peluru berpandu antara benua yang boleh sampai ke negaranya.

Labels:

Sunday, July 02, 2017

رڠكيڠ اونيۏرسيتي Ranking Universiti

! دالم رڠكيڠ اونيۏرسيتي دنيا QS, اونيۏرسيتي ملاي اداله لبيه باءيك دري 150.ڤڽليديقن اداله ڤنتيڠ. تتاڤي، كراجاءن مليسيا مڠورڠكن ڤرونتوقن باݢي ڤپليديقن.

Dalam ranking universiti dunia QS, Universiti Malaya adalah lebih baik dari 150. Penyelidikan adalah penting.  Tetapi, Kerajaan Malaysia mengurangkan peruntukan bagi penyelidikan.

Labels:

ترامڤ دان تويتر Trump dan Twitter

ترامڤ كات,  "ساي ݢون ميديا سوشيال بوكن چارا ڤريسيدن. ساي اداله ݢاي ڤريسيدن مودين. اوتاماكن اميريكا. " كيت منجڠك لبيه تودوهن ملالوءي تويتر ترهادڤ نݢارا، ميديا دان ڤرساءورڠن.

Trump kata, "Saya guna media sosial bukan cara presiden. Saya adalah gaya presiden moden. Utamakan Amerika. " Kita menjangka lebih tuduhan twitter terhadap negara, media dan perseorangan.

Labels:

Saturday, July 01, 2017

Ubati penyakit, cara baik biasa اوبتي ڤڽالوت چارا باءيك بياسا

Pesakit mesti cepat diubati,
Ikutilah cara baik biasa;
Pesakit ubati diri sendiri,
Akibatnya nyawa jadi bahaya.

ڤساكيت مستي چڤت داءوبتي،
ايكوتيله چارا باءيك بياسا;
ڤساكيت اوبتي ديري سنديري،
عقيبتڽ ڽاوا جادي بهاي.

Labels:

ترامڤ تق بوليه تاهن كوريا اوتارا لاݢي Trump tak boeh tahan Korea Utara lagi

Trump kata beliau tidak boleh tahan Korea Utara lagi. Beliau mendesak supaya sekutu mengenakan sekatan ke atas negara itu, sambil menambah tekanan terhadap China.

ترامڤ كات بليو تيدق بوليه تاهن كوريا اوتارا لاݢي. بليو مندسق سوڤاي سكوتو مڠناكن سكتن كاءتس نݢارا ايت، سمبيل منمبه تكانن ترهادڤ چينا.

Labels:

بنجير كيلت banjir kilat

كيت ليهت لايڠ٢ هيلڠ،.
بيلا چواچ تيبا٢ مندوڠ;
كيت ليهت بنجير كيلت داتڠ،
بيلا بالا سلامت تيبا منولوڠ.

Kita lihat layang-layang hilang,
Bila cuaca tiba-tiba mendung;
Kita lihat banjir kilat datang,
Bila bala selamat tiba menolong.

Labels: