Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, April 19, 2011

Pendidikan mengenai makanan seimbang

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan mempertimbangkan cara-cara yang berkesan bagi mengurangkan obesiti dan diabetes di kalangan pelajar.

Penguatkusaan yang berkesan dan munasabah adalah penting. Kajian semula langkah-langkah yang diambil perlu diadakan dari semasa ke semasa.

Pada 19.4.2011, Dr Tan mengulas tentang langkah Kerajaan melarang penjualan minuman berkarbonat dan makanan bergula berlebihan di kantin sekolah.

Bilangan orang gemuk termasuk kanak-kanak semakin hari semakin bertambah di negara ini. Satu kajian Kementerian Kesihatan yang dipetikkan oleh media ialah lebih 15% rakyat negara ini mengidap penyakit tidak berjangkit dan 60% daripadanya berumur18 tahun ke bawah. Kegemukan (obesiti) menjadi masalah. Ini bererti para pelajar di sekolah rendah dan menengah berisiko mengidap pelbagai penyakit yang berpunca dari(obesiti, seperti diabetes dan darah tinggi.

Pada 4.4.2011, Jemaah Menteri buat keputusan untuk melarang penjualan minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan di kantin sekolah. Pihak sekolahdiarah merekodkan Indeks Berat Badan (BMI) pelajar di kad laporan pelajar.

Kita berharap semua pelajar mendapat minuman dan makanan seimbang. Langkah-langkah yang berkesan untuk mencapai matlamat ini perlu dicari. Sebelum membuat keputusan tersebut, adakah Jemaah tersebut meninjau keadaan di negara-negara yang menghadapi masalah yang sama?

Terdapat hampir 10,000 buah sekolah di Malaysia. Adakah Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan mempunyai badan kawalan yang berkesan? Larangan terebut adalah dikenakan ke atas kantin di dalam sekolah dan pejaja di luar sekolah.

Apakah langkah untuk mengatasi kesusahan yang di hadapi oleh para pelajar yang miskin? Yang miskin tidak mmpunyai pilihan.

Semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh memainkan peranan. Pendidikan yang berterusan adalah peri mustahak, agar rakyat memahami apakah yang dimaksudkan sebagai makanan yang seimbang.

Dr Tan Seng Giaw