Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, September 30, 2015

ڤغايشتيهارن كبيبسن اينترنيت Pengidytiharan kebebasan Internet

ترداڤت ڤغايشتيهارن كبيبسن اينترنيت دڤرتوبوهن بغسا-بغسا برساتو: ايترنيت يغ بيبس دان تربوك ممڤو ممباوا كڤد دنيا يغ لبيه اوغگول. اي مپنتوه ايكسڤريسي, ايكسيس, كتربوكاءن, اينوۏاسي دان ڤريۏاسي. ماريله كيت مپوكوغ ڤغايشتيهارن اين.
Terdapat Pengisytiharan Kebebasan Internet di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Internet yang bebas dan terbuka mampu membawa kepada dunia yang lebih unggul. Ia menyentuh ekspresi, akses, keterbukaan, inovasi dan privasi. Marilah kita menyokong pengisytiharan ini.

Labels:

93% pengganas pulih

Setiusaha Agung Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi kata bahawa dalam programnya 93% pengganas dapat dipulihkan. Berapa peratus kembali ke jalan tidak betul dalam 5,10,15 dan 20 tahun? Bilangan yang menyertai IS? Pelampau dan pengganas mengancam masyarakat.
ستياءوسها اگوغ كمنتريان دالم نگري داتوء سري الءوي كات بهوا دالم ڤروگرمڽ 93% ڤغگانس داڤت دڤوليهكن. براڤ ڤرستوس كمبالي كجالن تيدق بتول دالم 20 15،10,5 تاهون؟ بيلغن يغ مپرتاي IS? ڤلمڤاو دان ڤغگانس مغنچم مشراكت.

Labels:

Tuesday, September 29, 2015

تيادا ڤغگانسن دجالن الور, كوالا لومڤور. Tiada pengganasan di Jalan Alor, Kuala Lumpur

كدوتاءن اميريكا كلواركن امارن ڤغگانسن دجالن الور ڤد 24 سيۏتيمبر, 2015. ليم هاري كمدين داتوء سري زاحيد اوموم 3 سوسڤيك تله دتاهن. بليو كات تياد ڤربواتن تيروريسمي دان تياد انچمن لغسوغ دمليسيا. كيت برهارڤ ڤمنتاوان دان تيندقءن ڤوليس سنتياس ايۏيكتيۏ.
Kedutaan Amerika keluarkan amaran pengganasan di Jalan Alur pada 24 September, 2015. Lima hari kemudian, Datuk Seri Zahid umum 3 suspek telah ditahan. Beliau kata tiada perbuatan terorisme dan tiada ancaman langsung di Malaysia. Kita berharap pemantauan dan tindakan polis sentiasa efektif.

Labels:

جربو دان ككچيواءن. Jerebu dan kekecewaan

. ككچيواءن.ڤريسيدن جاكوءي كات لغكه ممبرهنتي عملن ممباكرن هوتن بوليه مغمبيل 3 تاهون. كيت موغكين اكن مغالمي بنچان جريبو برتاهون-تاهون لاگي.
Kekecewaan. Presiden Jakowi, Indonesia, kata langkah memberhentikan amalan membakar hutan boleh mengambil 3 tahun. Kita mungkin akan mengalami bencana jerebu bertahun-tahun.

Labels:

NASA kata ada air di bintang siarah Marikh

Ibu pejabat angkasa lepas Amerika (NASA) mengesahkan ada air di bintang siarah Marikh. Usaha akan terus diguna untuk mengesan tanda kehidupan di planet itu.
ايبو ڤجابت اغكاس لڤس اميريكا NASA مغصحكن اد اير دبينتغ سياره ماريخ. اوسها اكن تروس دگون اونتوق مغسن تندا كهيدوڤن دڤلانيت ايت.

Labels:

Monday, September 28, 2015

ڤنجنايهن سيبر(اينترنيت). (Penjenayahan siber (Internet

ڤنجنايهن سيبر برلاكو: ڤريسيقءن دان سرغن منيمبولكن ماءسله كسلاماتن. چينا دان اميريكا شريكت برستوجو مغاداكن كدامايءن سمنتارا.مليسيا مستي سنتياس برهاتي-هايت.
ڤ
Pnjenayahan siber berlaku: perisikan dan serangan menimbulkan masalah keselamatan. China dan Amerika Syarikat bersetuju mengadakan kedamaian sementara. Malaysia mesti sentiasa berhati-hati.

Labels:

Sunday, September 27, 2015

ليگ ڤردان اغگليس.Liga Perdana Inggeris

سلڤس دوا موسيم, منچيستر اونسيتيد كمبالي كنومبور ساتو دالم ليگ. ڤغوروس لويس ۏان گاعل برگمبيرا.
Selepas dua musim, Manchester United kembali ke nombor satu dalam Liga Bolasepak Perdana Inggdris.

Labels:

جربو مروسق.Jerebu merosak

چواچ برجربو مروسقءن ڤلباگاي سگي كهيدوڤن. سكوله ترڤقسا دتوتوڤ. كيت ڤرلو مغامبيل تيندقءن تگس ترهادڤ ڤنجنايه يغ ممباكر هوتن.
Cuaca berjerebu merosakkan pelbagai segi kehidupan. Sekolah terpaksa ditutup. Kita perlu mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah yang membakar hutan.

Labels:

بولاسيڤق EPL: چيلسي 2:2Chelseaنيوكاسيل Newcastle

ڤد ماس ڤرتام, نيوكاسيل برماءين دغن باءيك دان ماس كدوا چيلسي مونچول. ڤرلاونن برموتو.
Pada masa pertama, Newcastle ber.ain dengan baik dan, .masa kedua, Chelsea muncul. Perlawanan bermutu.

Labels:

نيلاي ريغگيت تورون دان كوس ڤروبتن. Nilai ringgit dan kos perubatan

Menteri Perubatan Datuk Sri Doktor Subramaniam kata keturunan nilai ringgit kepada USD1 tukar RM4.36, tidak akan menjejaskan kos di hospital awam. Jika nilai ringgit terus turun, kos ubat dan kelengkapan akan naik. Kerajaan mesti memantau dan membantu rakyat.
منتري كصيحتن داتوء سري دوقتور سوبرامانيام كات كتورونن نيلاي ريغگيت كڤد USD1 توكر RM4.36 تيدق اكن منججسكن كوس دهيسڤيتل عوم. جك نيلاي ريغگيت تروس تورون, كوس اوبت دان كلغكاڤن اكن ناءيك. كراجاءن مستي ممنتاو دان ممبنتو ڤارا ڤساكيت.

Labels:

Saturday, September 26, 2015

كچردسن تيروان دان روبوت. Kecerdasan tiruan dan robot

سلڤس اينترنيت دان تيليۏون بيمبيت, كچردسن تيروان تيمبول. كاجيان داتا بسر ماءوجودكن كچردسن تيروان سڤرتي روبوت يغ اكن دگون دغن لواس ميثلڽ كريتا تنڤا ڤمندو.
Selepas Internet dan telefon bimbit, kecerdasan tiruan timbul. Kajian data besar mewujudkan kecerdasan tiruan seperti robot yang akan diguna dengan luas misalnya kereta tanpa pemandu.

Labels:

ستاندارد ڤنديديقءن د10,000 سكوله. Standarx pendidikan di 10 000 sekolah

كيت برهارڤ منتري ڤنديديقءن مليسيا منومڤوكن ڤرهاتيان كڤد ستاندارد دهمڤير 10,000 سكوله دغن 5.4 جوتا ڤلاجر دان لبيه 400,000 گورو. اداكه كواليتي چوچوق دغن متلامت ڤنديديقءن نگارا ماجو؟
Kita berharap Menteri Pendidikan Malaysia menumpukan perhatian kepada standard di hampir 10,000 sekolah dengan 5.4 juta pelajar dan lebih 400,000 guru. Adakah kualiti cocok dengan matlamat standard pendidikan negara maju?

Labels:

Tulisan khat, luka dan kesakitan yang dahsyat ,توليسن خط لوك دان كساكيتن يغ دهشت

ڤتيقءن دري پوكو اوڤاچارا لبيه 2000 تاهون اين برارتي لوك دان كساكيتن سڤرتي رنچغن ڤپسوايءن ايكونهمي چينا ماءوجودكن لوك دان كساكيتن دنيا ترماسوق مليسيا.ڤريستيوا 1MDB منججسكن كاءيقينن يغ هاروس دڤوليهكن دغن سچڤت موغكين.
Petikan dari Buku Upacara lebih 2000 tahun ini bererti luka dan kesakitan seperti rancangan penyesuaian ekonomi China mewujudkan luka dan kesakitan dunia termasuk Malaysia. Peristiwa 1MDB menjejaskan keyakinan yang harus dipulihkan dengan secepat mungkin.

Labels:

Thursday, September 24, 2015

Premis tanpa lesen. ڤريميس تنڤا ليسين

ميديا ملاڤوركن بهاوا ديون بنداراي مغاتاكن 20.45% ڤريميس دكوالا لومڤور براوڤيراسي تنڤا ليسين. كيت ماهو ديون بنداراي منرغكن سبب يغ سبنرڽ.
Media melaporkan bahawa Dewan Bandaraya mengatakan 20.45% premis di Kuala Lumpur beroperasi tanpa lesen. Kita mahu Dewan Bandaraya menerangkan sebab yang sebenarnya.

Labels:

Takziah kepada keluaga jemaah haji terkorban. تعزياه كڤد كلوارگ جماعه هاجي يغ ترقربن

Lebih 700 jemaah haji terkorban dalam tragedi rempuhan di Mina. Takziah kepada keluarganya.
لبيه 700 جماعه هاجي ترقربن دالم تراگيدي رمڤوهن دمينا. تعزياه كڤد كلوارگڽ.

Labels: ,

بونديسليگا Bundisliga، حرمن Jerman

باءيرن مونيك اداله ڤاسوقن جرمن يغ چمرلغ. دڤرلاونن ليگ, ڤماءين روبيرت ليءوندوسكي 27 منجاريغ ليم گول دالم 9 مينيت. بليو منچاتت سجاره.
Bayern Munich adalah pasukan Jerman yang cemerlang. Di perlawanan liga, pemain Robert Lewandowski 27 menjaring lima gol dalam 9 minit. Beliau mencatat sejarah.

Labels:

Wednesday, September 23, 2015

جربو سمبول سمولا. Jerebu sembul semula

جربو سمبول سمولا. كيت برهارڤ ڤريسيدن جاكوءي مپقسيكن سنديري سڤاي بليو اوسها منچگهڽ داڤت دتروسكن.
Jerebu sembul semula. Kita berharap Presiden Jakowi menyaksikan sendiri supaya usaha mencegahnya dari beliau dapat diteruskan.

Labels:

Selamat Aidiladha. سلامت عيدالاءضح

Selamat Aidiladha سلامت عيدالاءضح

Labels:

Jika 1MDB tiada hendak sembunyi

Jika 1MDB tidak ada apa yang hendak disembunyikan, ia boleh umumkan kebenaran dengan lantang dan terus-terang. Ini adalah cara yang baik untuk mengatasi spekulasi dan khabar angin.
جك 1MDB تيدق اد اڤ يغ هندق دسمبوپيكن, اي بوليه اومومكن كبنرن دغن لنتغ دان تروس ترغ. اين اداله چارا يغ باءيك باگي مغاتسي سڤيكولاسي دان خبر اغين.

Labels:

Tuesday, September 22, 2015

هرگ اوبت ناءيك 5000%. Harga ubat naik 5000%

اوبت Darapim اداله اونتوق راوتن ڤاراسيت Toxoplasmosis دان ستغه ڤساكيت Aids. كيني Turin Phamaceuticals ناءيككن هرگاڽ دري  USD13.50 سبيجي كڤد USD750 سبيجي.كيت تيدق كيرا اڤ السن. ڤربواتن اين امت تيدق واجر.
Ubat Daraprim adalah untuk rawatan parasit Toxoplasmosis dan setengah pesakit AIDS. Kini Turin Pharmaceuticals naikkan harganya dari USD13.50 sebiji kepada USD750 sebiji. Kita tidak kira apa alasan. Perbuatan ini amat tidak wajar.

Labels:

Monday, September 21, 2015

سياستنSiasat 1MDB

تيندقءن كراجاءن مليسيا منغگوه سياستن 1MDB اوليه جاوتنكواس كيرا-كيرا واغ (PAC) سلام همڤير تيگ بولن اداله تيدق واجر. كيني,  گابنور باڠك نگارا تن سري زيتي كات سلساي 1MDB دهولو سبلوم ريغگيت بوليه ڤوليه.
Tindakan Kerajaan Malaysia menangguh siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) selama hampir tiga bulan adalah tidak wajar. Kini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti kata selesai 1MDB dahulu sebelum ringgit boleh pulih.

Labels:

Sunday, September 20, 2015

بولاسيڤق EPL: Bolasepak

ڤرتنديغن تروجا. مارتيال،اوسيا 19 تاهون, يغ بارو سرتاي منچيستر اونايتيد, مماڤركن باكتڽ دان ڤيلي دري سوظمتون تونجوق كبوليهنڽ. ڤغوروس منچيستر اونايتيد, لويس ۏان گعال, نرگمبيرا.
Pertandingan teruja. Martial, usia19 tahun, yang baru sertai Manchester United, memaparkan bakatnya dan Pelle dari Southampton tunjuk kebolehannya. Pengurus Manchester United, Louis van Gaal, bergembira.

Labels:

ڤلن ڤنديديقءن مليسيا (2015-2025) Pelan Pendidika Malaysia


منتري ڤنديديقءن تيغگي داتوء سري ايدريس سبوت مغناءي ڤركوغسيان دان جنام ايستيتوسي اونتوق مناريق ڤلاجر انتارابغسا. سلاءين ايت, كيت مستي وجودكن سيستم لبيه سمڤورنا ترماسوق كناءيكن ڤغكت ڤنشرح يغ چوچوق دغن متلامت هب اتاو ڤوست ڤنديديقءن سرنتاو.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris sebut mengenai perkongsian dan jenama institusi untuk menarik pelajar antarabangsa. Selain itu, kita mesti wujudkan sistem lebih sempurna termasuk kenaikan pangkat untuk pensyarah yang cocok dengan matlamat hab atau pusat pendidikan serantau.

Labels:

روگبي ڤيالا دنيا داغگلند. Rugbi Piala Dunia di England

كيت سقسي جڤون منيوس اۏريكا سلاتن (يع ڤرنه منغ ڤيالا ايت دوا كالي) 32:34. جڤون برجاي دڤرتنديزغن هيبت اين كالي ڤرتام. اسيا بوليه.
Kita saksi Jepun menewaskan Afrika Selatan (yang pernah menang piala itu dua kali) 34:32. Jepun berjaya di peringkat hebat ini kali pertama. Asia boleh.

Labels:

Saturday, September 19, 2015

دۏتر دالم تاليان اونتوق ڤكرجا اسيغ. Daftar dalam talian untuk pekerja asing

داتوء سري زاحيد كات سيستم بارو مندۏتر دالم تاليان ڤكرجا اسيغ اكن دلقساناكن بولن دڤن. ماءسله اين روميت دان ايمڤليكاسي سيريءوس. كيت ڤرلو تمبه اوسها.
Datuk Seri Zahid kata sistem dalam talian baru mendaftar pekerja asing akan dilaksanakan bulan depan. Masalah ini rumit dan implikasi serius. Kita perlu tambah usaha.

Labels:

Friday, September 18, 2015

كسن جربو. Kesan jerebu

نمڤقڽ, ڤريسيدين جاكوءي مليهت كسن جربو ترهادڤ كصيحتن ماءنسي, ايكونومي دان هوبوغن دغن مليسيا دان سيغاڤورا. هوسڤيتل ڤنوه ڤساكيت. بربيليون ريغگيت هيلغ. كيت توغگو ڤپلسايءن.
Nampaknya, Presiden Jakowi melihat kesan jerebu terhadap kesihatan manusia, ekonomi dan hubungan dengan Malaysia dan Singapura. Hospital penuh pesakit. Berbilion ringgit hilang. Kita tunggu penyelesaian.

Labels:

كتيدقتنتوان, ڤرقومن دان ڤنديديكن. Ketidaktentuan, perkauman dan pendidikan.

دغن كاءداءن ڤوليتيك دان ايكونومي يغ تيدق تنتو دان گولوغن يغ عشيق كڤد ڤرقومن, كيت بيمبغ ڤنديديقءن ترماسوق اونيۏرسيتي اكن ترججس.عملن ڤرقومن سريغ مغهالغ اونيۏرسيتي منچاڤاي تاهڤ دنيا.
Dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak tentu dan golongan yang asyik kepada perksuman, kita bimbang pendidikan termasuk universiti akan terjejas. Amalan perkauman sering menghalang universiti mencapai tahap dunia.

Labels:

Thursday, September 17, 2015

جربو دان كباكرن هوتن. Jerebu dan kebakaran hutan

ڤريسيدين ايندونيسيا, جاكوءي, هندق ڤغواتكواساءن تگس منچگه جربو سماس مغومومكن 7 اورغ دتاهن كران شريكتڽ دشكي ممباكر هوتن دسوماترا. سموگ تيندقءن اين بركسن.
Presiden Indonesia, Jakowi, hendak penguatkusaan tegas mencegah jerebu semasa mengumumkan 7 orang ditahan kerana syarikatnya disyaki membakar hutan di Sumatra. Semoga tindakan ini berkesan.

Labels:

كتيدقتنتوان دنيا. Ketidaktentuan dunia

گابنور بڠك نگارا مليسيا تن سري زيتي كات بوات ڤپسوايءن مغهاداڤي كتيدقتنتوان ايكونومي دنيا. كيت ڤرلو كاءيقينن, كاءداءن ستابيل دان ڤنتدبيرن برسيه.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti kata buat penyesuaian menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia. Kita perlu keyakinan, keadaan stabil dan pentadbiran bersih.

Labels: , ,

Ketika ini USD1 tukar توكر RM4.2448 كتيك اين

كتيك اين USD1 بوليه توكر RM4.2448. ڤد ساتو كتيك، اي RM3.26. منتري دان تيمبالن منتري ڤاتوت ممبري لبيه ڤرهاتيان اونتوق ممليهارا نيلاي ريغگيت.
Ketika ini USD1 boleh tukar RM4.2448. Pada satu ketika, ia RM3.26. Menteri dan Timbalan Menteri patut memberi lebih perhatian untuk memelihara nilai ringgit.

Labels:

Wednesday, September 16, 2015

واغ USD1 بوليه توكر USD1 boleh tukar RM3.26

منتري دان تيمبالن منتري ڤاتوت منومڤوكن لبيه ڤرهاتيان موجودكن سواسان اونتوق ممڤرتاهنكن نيلسي ريغگيت دان ايكونومي مليسيا.
Menteri dan Timbalan Menteri patut menumpukan lebih perhatian untuk mewujudkan suasana mempertahankan nilai ringgit dan ekonomi Malaysia.

Labels:

ڤرجنجيان مليسيا. Perjanjian Malaysia

ڤرجنجيان مليسيا, 20 ڤهءين دغن سابه دان 18 ڤوءين دغن ساراوق مستيله دحرمتي سماس مپمبوت هاري مليسيا ك52.
Perjanjian Malaysia, 20 poin dengan Sabah dan 18 poin dengan Sarawak mestilah dihormati semasa menyambut Hari Malaysia ke-52.

Labels:

Tuesday, September 15, 2015

كناكرن دهشت دسوماترا. Kebakaran dahsyat di Sumatra

كماراو دسوماترا مپببكن كباكرن هوتن يغ دپلاكن ماءنسي جادي دهشت دان رياو داشتهاركن ضرورت. جربو منوتوڤي رنتاو اين. رعيت مليسيا تروس مندريتا.
Kebakaran di Sumatra menyebabkan kebakaran hutan yang dinyalakan manusia jadi dahsyat dan Riau diisytiharkan darurat. Jerebu menutupi rantau ini. Rakyat Malaysia terus menderita.

Labels:

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia

Labels:

Monday, September 14, 2015

واغ RM 20 بيليون مليندوغي ايكونومي مليسيا. Wang RM20 bilion untuk melindungi ekonomi Malaysia

داتوء سري ناجيب اوموم واغ RM20 بيليون اونتوق مليندوغي ڤلباگاي سيكتور دري ڤپدرهاناءن ايكونومي دنيا. تمبهن, مليسيا ڤرلو اينتيگريتي, كاءيقينن, كبركسنن دان ڤغوروسن عديل دان سقسام.
Datuk Seri Najib umum wang RM20 bilion untuk melindungi pelbagai sektor dari penyederhanaan ekonomi dunia. Tambahan, Malaysia perlu integriti, keyakinan, keberkesanan dan pengurusan adil dan saksama.

Labels: , , , ,

Saturday, September 12, 2015

ميمورندوم ڤرسۏهمن اونتوق هاڤوس جربو. Memorandum persefahaman untuk hapus jerebu

جربو مپلوبوغي مليسيا. منتري داتوء وان جونايدي هندق مننداتاغني ميمورندوم ڤرسۏهمن دغن ايندونيسيا اونتوق مغهاڤوسكن جربو. تتاڤي, كباكرن دلادغ بسر برتروسن.
Jerebu menyelubungi Malaysia. Menteri Datuk Wan Junaidi hendak menandatangani memorandum persefahaman dengan Indonesia untuk menghapuskan jerebu. Tetapi, kebakaran di ladang besar berterusan.

Labels:

Friday, September 11, 2015

نيلاي ريغگيت ترنده. Nilai ringgit terendah

ڤرتوكرن 1USD اونتوقRM3.876 Z اتو IDRupiah14,388. مات واغ مليسيا دان ايندونيسيا ترجاتوه ڤاليغ رنده دالم 17 تاهون. مليسيا ڤرلو مموليهكن كاءياقينن دان ڤمرينتهن باگي مغهاداڤي كتيدقتنتوان.
Pertukaran USD1 untuk RM3.876 atau IDRupiah 14,388. Mata wang Malaysia dan Indonesia terjatuh paling rendah dalam 17 tahun. Malaysia perlu memulihkan keyakinan dan pemerintahan bagi menghadapi ketidaktentuan.

Labels:

بوچىر معلومت دري جاوتنكواس. Bocor maklumat dari jawatankuasa

اخبر وال ستريت جرنال (WSJ) ملاڤوركن 1MDB تيدق ممباي USD1.4 بيليون كڤد اينترناسيونال ڤيتروليوم اينۏيسمينت (IPIC), دانا ڤلابورن WSJ .UAE تيدق سبوت ناما جاوتنكواس. سلاءين PAC, كتوا اوديت نگارا اكن سياڤكن سياستن  1MDB ڤد هوجوغ تاهون اين. راماي ڤسرتا مشوارت اد تيليۏون بيمبيت.
Akhbar Wall Street Journal (WSJ) melaporkan 1.MDB tidak membayar USD1.4 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC), dana plaburan UAE. WSJ tidak sebut nama jawatan kuasa itu. Selain PAC, Ketua Audit Negara akan siapkan siasatan 1MDB pada hujung tahun ini. Ramai peserta mesyuarat ada telefon bimbit.
  

Labels:

Wednesday, September 09, 2015

شريكت Goldman Sachs كات USD236 بيليون سلامت بورسا ينا.USD236 selamat Bursa China

شريكت Goldman Sachs كات سجق جون 2015, كراجاءن چينا مغگون USD236 بيليون اونتوق مپلامتكن بورسا ساهم يغ ترومبغ-اميغ. چينا سدغ مپسوايكن ايكونومي. دنيا تركنا تمڤياس.
Syarikat Goldman Sachs kata sejak Jun 2015, Kerajaan China mengguna USD236 bilion untuk menyelamat bursa saham yang terumbang-ambing. China sedang menyesuaikan ekonomi. Dunia terkena tempias.

Labels:

Sunday, September 06, 2015

كلولوسن بهاس ايغگريس دالم Kelulusan bahasa Inggeris dalam SPM

رنچغن ڤنديديقءن مليسيا (2013-2015) ممبوات كلولوسن واجيب بهاس ايغگريس دالم سيجيل ڤلاجارن مليسيا (SPM). سكارغ اد كراگوان مغناي حل اين يغ منججسكن كاءيقين.
Rancangan Pendidikan Malaysia (2013-2015) membuat kelulusan wajib bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekarang ada keraguan mengenai hal ini yang menjejaskan keyakinan.

Labels:

ڤاvسوقءن بولاسيڤق مليسيا دهاڤوس. Pasukan bolasepak Malaysia dihapuskan

سيله دهاڤوسكن اوله ايميرياه عرب برساتو, كيت هندق ڤاسوقءن بولاسيڤق مليسيا يغ بوليه دڤرچاي.
Setelah dihapuskan oleh Emiriah Arab Bersatu, kita hendak pasukan bolasepak Malaysia yang boleh dipercayai.

Labels:

Saturday, September 05, 2015

مشوارت ڤنچگهن راسواه انتارابغسا (International Anti-Corruption Conference:(IA

منتري كو نان كات IACC دراسوق كران منگور ڤميمڤين كراجاءن مليسيا. اي بوكن دراسوق. دنيا مودين هندق ڤركارا سڤرتي 1MDB دان سومبغن ڤوليتيك RM2.6 بيليون دجاوب دغن برسيه دان تلوس.
Menteri Ku Nan kata IACC dirasuk kerana menegur pemimpin Kerajaan Malaysia. Ia bukan dirasuk. Dunia moden hendak perkara seperti 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion dijawab dengan bersih dan telus.

Labels:

مشوسرت ڤنچگهن رادوسه انتارابغساMesyuarat (IACC) Pencegahan Rasuah Antarabangsa

منتري كو نان كات IACC دراسوق كرام منگور ڤميمڤين كراجاءن. اي بوكن دراسوق. دبيا مودين هندق ڤركارا سڤرتي 1MDB دان سومبغن ڤوليتيك RM2.6  بيليون دجاوب دغن برسيه دان تلوس.
Menteri Ku Nan kata IACC dirasuk kerana menegur pemimpin Kerajaan. Ia bukan dirasuk. Dunia moden hendak perkara seperti 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion dijawab dengan bersih dan telus.

Labels:

ڤاسوقءن بولاسيڤق مليسيا داوروس اوله اوغ كيم سوي.Pasukan bolasepak Malaysia diurus oleh Ong Kim Swee

Setelah dimusnah oleh Emiriah Arab Bersatu 10 gol lawan 0, pasukan Malaysia diuruskan oleh Ong Kim Swee. Semoga hati pasukan dapat dipulih.
ستله دموسنه اوله ايميرياه عرب برساتو 10 گول لاون 0, ڤاسوقءن مليسيا داوروس اوله اوغ كيم سوي. سموگ هاتي ڤاسوقءن داڤت دڤوليه.

Labels:

Friday, September 04, 2015

ڤرهيمڤونن امن برسيه ڤد و29 دان 30 اوگوس. Perhimpunan aman Bersih pada 29 dan 30 Ogos, 2015

سلڤس ڤرهيمڤونن امن دكوالا لومڤور ڤد 29 دان 30 اوگوس 2015, ڤوليس سواءل ڤميمڤين يرسيه دان ۏيكير كسالهن مميجق گمبر توكوه. اڤاكه تيندقءن كراجاءن سلنجوتڽ ترهادڤ ڤروتيس امن؟
Selepas perhimpunan aman di Kuala Lumpur, polis soal pemimpin Bersih dan fikir kesalahan memijak gambar tokoh. Apakah tindakan Kerajaan selanjutnya terhadap protes aman?

Labels:

بولاسيڤق, مليسيا10:0 ايميرياه عرب برساتو Boladepak, Malaysia 0:10 Emiriad Arab Bersatu

ڤريستاسي مليسيا تيدق بوليه دتريما. كمباليكن سمغت دغن چڤت.
Prestasi Malaysia di Abu Dhabi tidak boleh diterima. Kembalikan semangat dengan cepat.

Labels:

Thursday, September 03, 2015

Syarikat penerbangan MAS jadi MAB.شريكت ڤنربغن MAS جادي MAB

دري 2001 هيغ 2014, كراجاءن مليسيا بنتو MAS دغن جومله RM17.4 بيليون. نام دتوكر كڤد MAB. دري 20000 ڤكرجا، موغكين 11000 اكن هيلغ كرجا. كيت برهارڤ MAB اكن برجاي.
Dari 2001 hingga 2014, Kerajaan Malaysia bantu MAS dengan jumlah RM17.4 bilion. Nama ditukar kepada MAB. Dari 20000 pekerja mungkin 11000 akan hilang kerja. Kita berharap MAB akan berjaya.

Labels:

Serpihan pesawat MH370 سرڤيهن ڤساوت

سايڤ ڤساوت تله تموي دڤولاو رياءونيون. مليسيا ڤرچاي اي سرڤيهن دري MH370. هاري اين ڤيهق ڤرنچيس مغسهكنڽ. كراجاءم مستي تروس ملاين واريس مغسا دغن باءيك.
Sayap pesawat telah ditemui di Pulau Reunion. Malaysia percaya ia adalah dari MH370. Hari ini, pihak Perancis mengesahkannya. Kerajaan mesti terus melayan waris mangsa dengan baik.

Labels:

Wednesday, September 02, 2015

سوروهنجاي ڤنچگهن راسواه ملي(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (M(

بادن SPRM مستيله بنر-بنر بيبس سڤرتي منجادي سوروهنجاي ڤرخيدمتن دغن ڤينداءن اوندغ-اوندغ.
MACC mestilah benar-benar bebas seperti menjadi suruhanjaya perkhidmatan dengan pindaan undang-undang.

Labels:

Jerebu selubungi tanah dan ekonomi Malaysia. جربو سلوبوغي تانه دان ايكونهمي مليسيا

جربو مپلوبوغي تانه دان ايكونومي مليسيا. كيت برهارڤ كراجاءن داڤت ميقينكن ايدونيسيا مغناءي مسءلهڽ دان جاوتنكواس خاس ايكونومي بوليه مغوكوهكن اساس ايكونومي.
Jerebu menyelubungi tanah dan ekonomi Malaysia. Kita berharap Kerajaan dapat meyakinkan Indonesia mengenai masalahnya dan Jawatankuasa Khas Ekonomi boleh mengukuhkan asas ekonomi.

Labels: