Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, October 31, 2018

Pesakit lumpuh kaki

Pesakit lumpuh kaki
     Institut Teknologi Persekutuan Swiss memasang implant denyut nadi di tulang belakang tiga pesakit lumpuh kaki. Mereka boleh jalan. Ujikajian ini akan mengambil berapa tahun. Ia satu harapan.

Labels:

ساكيت لومڤوه كاكي

ساكيت لومڤوه كاكي دان ايمڤلانت
     اينستيتوت تيكنولوݢي ڤرسكوتوان سويتزرلند مماسڠ ايمڤلانت دڽوت نادي دتولڠ بلاكڠ تيݢ ڤساكيت لومڤوه كاكي. مريك بوليه برجالن. اوجيكاجيان اين اكن مڠمبيل براڤ تاهون. اي ساتو هارڤن.

Labels:

تياد ڤڤريقساءن

تياد ڤڤريقساءن
    منتري ڤنديديقن مليسيا بارو ممبوات تويت مڠناءي ڤمنسوخن ڤڤريقساءن تاهون-تاهون 1،2دان 3 سكوله رنده. اي اكن دݢنتيكن دڠن ڤنۏصيرن يڠ بارو. ڤارا ݢورو دان ايبو-باڤ توڠݢو بوتيرن تنتڠ تيندقن ترسبوت.

Labels:

Tiada peperiksaan

Tiada peperiksaan
      Menteri Pendidikan Malaysia baru mengatakan dalaml tweet bahawa mulai tahun 2019, peperiksaan bagi tahun-tahun 1,2 dan 3 sekolah rendah akan dimansuhkan. Para guru dan ibu-bapa tunggu butiran tindakan baru tersebut.

Labels:

Tuesday, October 30, 2018

Hidupan liar

Binatang liar
     Badan Dana Hidupan Liar Dunia (WWF) menerbitkan Laporan Planet Hidup 2018, yang mengatakan bahawa sejak tahun 1970 manusia sudah memusnahkan 60% binatang liar.
     Dalam empat dekad ini, berapa binatang liar telah lenyap dari Malaysia?
    

Labels:

بيناتڠ ليار

بيناتڠ ليار
     بادن دانا هيدوڤن ليار دنيا (WWF) منربيتكن لاڤورن ڤلنيت هيدوڤ 2018 يڠ مڠاتاكن بهوا سجق تاهون 1970 ماءنسي سوده مموسنهكن 60% بيناتڠ ليار.
     دالم امڤت ديكد اين، براڤ بيناتڠ ليار تله لڽڤ دري مليسيا؟
    
    

Labels:

ڤنتون، هوجن دان كريتا

هوجن دان كريتا

كريتا نمڤق بيلڠن ريبوان،
     سدر هوجن داتڠ بنچان؛
كريتا ݢرق دڠن ڤرلاهن،
     بندر درنچڠكن كورڠ سمڤورن.

Labels:

Pantun, Hujan dan Kereta

Hujan dan Kereta

Kereta nampak bilangan ribuan,
     Sedar hujan datang bencana;
Kereta gerak dengan perlahan
     Bandar dirancangkan kurang sempurna.

Ubat bagus

Ubat bagus
     Penyakit seperti kanser adalah biasa. Rawatannya mahal. Ada pilihan semacam ubat yang serupa tetapi lebih murah. Malaysia mesti memastikan kawalan yang berkesan terhadap kualiti ubat.

Labels:

Monday, October 29, 2018

اوبت باݢوس

اوبت باݢوس
     ڤپاكيت سڤرتي كنسر اداله بياسا. راوتنڽ ماهل. اد ڤيليهن سڤرتي اوبت يڠ سروڤا تتاڤي لبيه موره. مليسيا مستي ممستيكن كاولن يڠ بركسن ترهادڤ كواليتي اوبت.

    

Labels:

Bolasepak, Kelab Leicester

Bolasepak Liga Perdana Inggeris
     Takziah kepada keluarga pemilik Kelab Leicester, Vichai Srivaddhanaprabha dan empat orang lain yang terkorban dalam nahas helikopter di stadium sejurus selepas kelabnya berseri dengan West Ham United pada 27 Oktober 2018.
     Mendiang Vichai memimpin Leicester sehingga muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris pada tahun 2016.

Labels:

ڤميليق كلب ليستر

بولاسيڤق ليݢ ڤردان ايڠݢليس
   تعزيت كڤد كلوارݢ ڤميليق كلب ليستر، ۏيچاي سريۏادهاناڤلابا، دان امڤت اورڠ لاءين يڠ ترقربان دالم نحس هيليكوڤتر دستاديوم سجوروس سلڤس ڤاسوقنڽ برسري دڠن ۏيس هيم اونايتيد ڤد 27 اوكتوبر 2018.
     مندياڠ ۏيچاي مميمڤين ليستر سهيڠݢ مونچول سباݢاي جوارا ليݢ ڤردان ايڠݢليس ڤد تاهون 2016.
    

Labels:

Kapal terbang Lion Air terhempas

Nahas
Kapal terbang penumpang Lion Air Indonesia yang membawa 189 orang terhempas pagi ini.
     Takziah kepada keluarga mangsa.

Labels:

كاڤلتربڠ لاءين اعر ترهمڤس

نحس
كاڤل تربڠ ڤنومڤڠ لاءين اعر ايندونيسيا يڠ ممباوا 189 اورڠ ترهمڤس. تعجيت كڤد كلوارݢ مڠسا.

Labels:

Badminton Terbuka Perancis

Badminton Terbuka Perancis
     Para pemain Malaysia berusaha. Pada peringkat akhir, China menang 3 acara, Jepun 1& Korea Selatan 1. Dalam masa peralihan China mula tunjuk prestasi. Chen Long adalah juara perseorangan. Kejohanan Dunia 2019 & Olimpik 2020?

Labels:

بدمينتون، تربوك ڤرنچيس

بينمينتون تربوك ڤرنچيس.
     ڤارا ڤماءين مليسيا براوسها. ڤد ڤريڠكت ڤرتنديڠن اخير، چينا مونچول سباݢاي جوارا دالم تيݢ اچارا، جڤون ساتو دان كوريا سلاتن ساتو. ڤد ماسا ڤراليهن، ڤماءين لام دݢنتيكن دڠن يڠ مودا، چينا بارو مليهت ڤريستاسيڽ.  چين لوڠ منڠ ڤرساءورڠن للاكي. اداكه ڤماءين ايت مولا ممبوات ڤرسياڤن باݢي ڤرتنديڠن دنيا 2019 دان اوليمڤيك 2020؟

Labels:

Sunday, October 28, 2018

Usia Emas

Usia Emas
     Malaysia ada lebih dua juta warga usia emas. Semua pihak sedar. Misalnya, Kerajaan perlu wujud wad usia emas di  hospital awam. Kelantan,Pahang, Perlis dan Terengganu tidak mempunyai doktor pakar geriatrik.

Labels:

اوسيا امس

اوسيا امس
     مليسيا اد لبيه دوا جوتا ورݢ اوسيا امس. سموا ڤيهق سدر.  ميثلڽ، كراجاءن ڤرلو وجود واد اونتوق اوسيا امس دهوسڤيتل عاوم. كلنتن، ڤاهڠ، ڤرليس دان تريڠݢانو تيدق ممڤوڽاءي دوكتور ڤاكر ݢرياتريك.

Labels:

Saturday, October 27, 2018

Cahaya, mendung, jerebu.

Matahari bercahaya, mendung dan jerebu di Petaling Jaya.
     Pagi ini matahari bercahaya, tengah hari mendung, petang hujan, suhu 32 C dan Indeks Pencemaran Udara 60. ?Jerebu. Apakah hasil usaha sama Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia?

Labels:

چهاي، مندوڠ، جربو

چواچ
مندوڠ اتاو جلبو.
     ڤاݢي اين ماتاهاري برچهاي دان تڠه هاري مندوڠ، دان ڤتڠ هوجن. سوهو 32 سيلسيوس دان اينديكس ڤنچمرن اودارا 60 دڤتاليڠ جاي. جربو؟ اڤاكه حاصيل اوسها سام  مليسيا، بروناي، سيڠاڤورا، ثاءلند دان ايندونيسيا؟

Labels:

ڤنتون، مندولت اوندڠ-اوندڠ

ڤمبونوهن
ڤنداڤت ورتاون جامل خاشوجي بربيذا دڠن ڤواق بركواس . ڤمبونوهنڽ دكونسولت ارب ساودي دايستنبول، توركي، مناريق ڤرهاتيان دنيا.

ورتاون ڤنداڤت برسليسيه،
     كراجاءن ميمڠ ساڠت بيڠوڠكن؛
ڤمبونوهن كونسولت ترهيݢيه-هيݢيه،
     كدولتن اوندڠ ساڠت دڤرلوكن.
    
    

Labels:

Pantun, Pembunuhan.

Pembunuhan
     Wartawan Jamal Khashoggi mengeluarkan pendapat yang berbeza dengan puak berkuasa. Pembunuhannya di Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki, menarik perhatian dunia.

Wartawan pendapat berseliseh,
     Kerajaan memang sangat bingungkan;
Pembunuhan konsulat terhegeh-hegeh,
     Kedaulatan undang sangat diperlukan.

Labels:

Friday, October 26, 2018

Durian musang king

Durian musang king dan harimau Malaya.
     Laporan akhbar Guardian menyatakan bahawa hutan ditebang untuk menjadi kebun durian di kawasan harimau seperti Hulu Sempan, Pahang.
     Malaysia mesti menyiasat untuk mengetahui keadaan yang sebenar.

Labels:

دورين موسڠ كيڠ

هريماو
دورين موسڠ كيڠ دان هريماو ملايا.
    لاڤورن اخبر ݢارديان مپاتاكن هوتن دتبڠ اونتوق منجادي كبون دورين دكاواسن هريماو سڤرتي هولو سمڤن، ڤهڠ.
     مليسيا مستي مڽياست باݢي مڠتاهوءي كاءداءن يڠ سبنرڽ.

Labels:

Bekalan elektrik tergendala

Bekalan elektrik tergendala
     Usaha mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan syarikat-syarikat elektrik seperti Tenaga Nasional adalah betul. Tenaga Nasional mempunyai jumlah aset RM99 bilion. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih lapan juta pelanggan.
     Percubaan mencegah masalah bekalan elektrik tergendala adalah penting.
    
    

Labels:

بكالن ايليكتريك ترݢندالا

بكالن ايليكتريك ترݢندالا
    اوسها مڠورڠكن ڤمبازيرن دان منيڠكتكن كچكڤن شريكت-شريكت ايليكتريك سڤرتي تناݢ ناسيونل اداله بتول. تناݢ ناسيونل ممڤوپاءي جومله هرتا لبيه RM99 بيليون. اي ممبري  ڤرخيدمتن كڤد لبيه لاڤن جوتا ڤلڠݢن.       
     ڤرچوباءن منچݢهن مسءله بكالن ترݢندالا ميمڠ ڤنتيڠ.

Labels:

Thursday, October 25, 2018

ڤنتون، لڠيت رونتوه

لڠيت رونتوه
     عالم دبيناس سڤرتي هوتن دموسنه دان ميڽق ڤيترول دݢون مپببكن بنچان: بنجير، تانه رونتوه، كماراو دان تاوۏن.

لڠيت رونتوه بومي چاءير=كهيلڠن اورڠ تمڤت منومڤڠكن هيدوڤ.

لڠيت كتوجوه بومي كورڠ ڤتير،
     عالم دبيناس دان دكوتوري؛
لاڠيت رونتوه بومي داتڠ چاءير،
     عالم دڤليهارا دان دسايڠي.

Labels:

Wednesday, October 24, 2018

Industri kereta


     Tun Mahathir melawat Bangkok untuk mengukuh hubungan Malaysia dengan Thailand.Tun gemar membuat kereta.Apakah pendapatnya mengenai industri kereta negara itu yang kata ia mengeluar lebih dua juta unit setahun seperti Toyota?  Adakah negara jiran membuat kenderaan komersial yang keenam besar di dunia atau yang terbesar in ASEAN?

Labels:

ايندوستري كريتا

ايندوستري كريتا.
     تون محضير ملاوت بڠكوك
اوتوق مڠوكوهكن هوبوڠن مليسيا دڠن ثاءيلند. تون ݢمر بوات كريتا. اڤاكه ڤنداڤت مڠناءي ايندوستري كريتا دثاءيلند؟ نݢارا جيرن كات اي مڠلواركن لبيه دوا جوتا اونيت كريتا ستاهون سڤرتي تويوتا، هوندا دان ميتسوبيشي. اداكه ثاءيلند ممبوات كندراءن كومرسيال كاءنم يڠ تربسر ددنيا؟ اتاو يڠ تربسر داسيان؟

Labels:

Pantun, langit runtuh

Langit runtuh

Alam sekitar dibinasa seperti hutan dimusnah dan minyak petrol diguna menyebab bencana: banjir & tanah runtuh.

Langit runtuh bumi cair= kehilangan orang tempat menumpang hidup.

Langit ketujuh bumi kurang petir,
     Alam dibinasa dan dikotori;
Langit runtuh bumi datang cair,
     Alam dipelihara dan disayangi.

Labels:

Tuesday, October 23, 2018

Teknologi 5G

Teknologi 5G
     Negara-negara seperti China dan Korea Selatan sedang berusaha mendapat teknologi 5 G، rangkaian mudah bergerak generasi ke-5, yang akan membawa muka baru kepada dunia maya termasuk permainan video dan kereta. Apakah peringkat Malaysia?

Labels:

تيكنولوݢي 5G

تيكنولوݢي 5G.
     نݢارا-نݢارا سڤرتي چينا دان كوريا سلاتن سدڠ منداڤت تكنولوݢي 5G يڠ اكن ممباوا موك بارو كڤد دنيا ماي ترماسوق ڤرماءينن ۏيديو دان كريتا. اڤاكه ڤريڠكت مليسيا؟

Labels:

ورتاون هيلڠ

ورتاون هيلڠ.
     جامل خاشوجي لڽڤ دكونسولت ارب ساودي دتوركي ڤد 2 اوكتوبر 2018. ڤريسيدن توركي، ايردوݢن، كات اين ڤمبونوهن ڤوليتيك يڠ درنچڠ ترلبيه دهولو. ترامڤ هنتر ڤارا ڤاكر اونتوق مڽاست. بليو برڤوسيڠ-ڤوسيڠ.

Labels:

Wartawan hilang

Wartawan hilang.
     Jamal Khashoggi hilang di konsulat Arab Saudi di Turkey pada 2 Oktober, 2018. Presiden Turkey Erdogan kata ini pembunuhan politik yang dirancang terlebih dahulu. Trump berpusing-pusing.

Labels:

Murai

Murai

Murai suara lantang dendang,
     Bela alam salur rasa enak;
Murai jaga sarang garang,
     Betina eram telur bela anak.

Labels:

موراي

موراي

موراي سوارا لنتڠ ديندڠ،
     بيلا عالم سالور راسا اينق؛
موراي جاݢ سارڠ ݢارڠ،
     بتينا ارم تلور بلا انق.

Labels:

Monday, October 22, 2018

Kilang sisa jadi tenaga

Sampah di Malaysia
     Setiap Hari, wujud 38,000 tan sampah di negara ini. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebut mengenai tempat sampah dibina kilang sisa jadi tenaga. Ada banyak asal. Penilaian kesan alam sekitar penting.

Labels:

كيلڠ سيسا جادي تناݢ


كيلڠ سيسا جادي تناݢ
     تيمبالن منتري ڤرومهن دان كراجاءن تمڤتن سبوت مڠناءي تمڤت سمڤه دبيناكن كيلڠ سيسا جادي تناݢ اونتوق مناڠني 38،000 تان سمڤه سهاري دمليسيا. اد باڽق اصل. ڤنيلايءن كسن عالم سكيتر ڤنتيڠ.
    
    

Labels:

Senjata nuklear

Senjata nuklear
     Amerika Syarikat dan Rusia mempunyai senjata nuklear yang boleh membasmi manusia di bumi berapa kali.  Trump mengugut untuk menarik Amerika keluar daripada Perjanjian Pasukan Nuklear Jarak Sederhana Amerika dan Rusia 1987, sambil menyentuh China.  Lebih banyak senjata nuklear akan dibina? Persembahan komersial?

Labels:

سنجات نوكليار

سنجات نوكليار.  
     اميريكا دان روسيا ممڤوڽاءي سنجات نوكليار يڠ بوليه ممبسمي ماءنسي دبومي براڤ كالي.  ترامڤ مڠاوݢوت اونتوق مناريق اميريكا درڤد ڤرجنجيان ڤاسوقن نوكليار جارق سدرهان اميريكا دان روسيا 1987، سمبيل مڽنتوه چينا. روسيا اكن ممبالس. ڤرسمبهن كومرسيال؟

Labels:

بنچان بوكيت كوكوس

بنچان بوكيت كوكوس، ڤولاو ڤينڠ.
     ڤاسوقن ڤپلامت سوده منموءي توجوه مڠسا. تيݢ ڤكرجا ماسيه هيلڠ.
     اڤاكه ڤونچا اوتام تانه رونتوه؟

Labels:

Bencana Bukit Kukus

Bencana Bukit Kukus, Pulau Pinang.

Pasukan Penyelamat sudah menemui tujuh mangsa. Tiga pekerja masih hilang.
   Apakah punca utama tanah runtuh?

Labels:

Sunday, October 21, 2018

Penderaan seksual kanak-kanak

Penderaan seksual kanak-kanak.
     Suruhanjaya Siasatan Diraja Australia mendapati bahawa  puluhan ribu kanak-kanak negara itu mengalami penderaan seksual di rumah dan institusi seperti gereja, sekolah dan kelab sukan. Perdana Menteri Scott Morrison minta maaf kebangsaan.
     Apakah yang terjadi dengan keadaan di Malaysia?

Tahun lepas, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat sebut di Dewan Rakyat bahawa daripada 2010 hingga Mei 2017, 22,234 kes penderaan seksual kanak-kanak telah dilaporkan di Malaysia. Bilangan yang sebenar tidak diketahui.

Labels:

ڤندراءن سيكسوال كانق-كانق

ڤندراءن سيكسوال كانق-كانق.
     سوروهنجاي دراج اوستراليس منداڤتي ڤولوهن ريبو كانق-كانق نݢارا ايت مڠعالمي ڤندراءن سيكسوال درومه دان اينستيتوسي سڤرتي ݢراج، سكوله دان كلب سوكن. ڤردان منتري سكوت موريسون مينتا امڤون كبڠساءن.
     اڤاكه ترجادي دڠن كاءداءن دمليسيا؟

     تاهون لڤس، منتري وانيتا، كلوارݢ دان ڤمباڠونن مشاركت سبوت دديون رعيت بهوا دري 2019 هيڠݢ مي 2017، 22،234 كيس ڤندراءن سيكسوال كانق-كانق تله دلاڤوركن. بيلڠن يڠ سبنر تيدق دكتاهوءي.

Labels:

ڤنتون، ممڤلم

ممڤلم

ݢمر ليهت ممڤلم كبون،
     بواه ترلالو ماسق چڠيس؛
سݢر ليهت ممڤلم ڤاݢون،
     بواه بارو ماسق مانيس.

Labels:

Pantun, Mempelam.

Mempelam

Gemar pandang mempelam kebun,
     Buah terlalu masak cengis;
Segar pandang mempelam pagun,
     Buah baru masak manis.

    

Labels:

Saturday, October 20, 2018

Bolasepak Liga Perdana Inggeris

Bolasepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United 2:2 Chelsea (padang sendiri), melega keadaan pengurus Mourinho. Pemainnya Juan Mata tenteram.

Labels:

بولاسيڤق ليݢ ڤردان اڠݢريس

بولاسيڤق
ليݢ ڤردان ايݢريس، منچيستر اونايتيد 2:2 چيلسي (ڤادڠ سنديري)، ملݢا كاءداءن ڤڠوروس موريپو. ڤماءين هوان ماتا تنترم.

Labels:

Senjata nuklear

Senjata nuklear.
     Trump ujar bahawa Amerika Syarikat akan menarik diri daripada Perjanjian Pasukan Nuklear Jarak Sederhana 1987. Beliau mendakwa bahawa Rusia melanggar perjanjian itu.
     Perlumbaan senjata nuklear di antara Amerika dan Rusia meningkat. Korea Utara dipaksa menghapuskan senjata nuklear!

Labels:

ساءيڠن سنجات نوكليار

سنجات
ڤرساءيڠن سنجات نوكليار.   ترامڤ اوجر بهوا اميريكا شريكت اكن مناريق ديري درڤد ڤرجنجيان ڤاسوقن نوكليار جارق سدرهان 1987. بلياو مندعوا بهوا روسيا ملڠݢركن ڤرجنجيان ايت. ڤرلومباءن سنجات نوكليار دانتارا اميريكا دان روسيا منيڠكت. كوريا اوتارا دڤقساكن مڠهاڤوسكن سنجات نوكليار!

Labels:

Pantun, Alam Sekitar dan Bencana

Alam Sekitar dan Bencana.
     Alam sekitar penting. Bangunan sengaja dibina di lereng bukit. Banyak syarat perlu dipatuhi. Jika tidak, alam sekitar terjejas dan bencana berlaku. Misalnya, tanah runtuh di Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang.

Insan kerja fungsi kampung,
     Kirakan untung sebelum binaan;
Bangunan dibina sisi gunung,
     Sediakan payung sebelum hujan.

Labels:

ڤنتون، عالم سكيتر دان بنچان

عالم سكيتر دان بنچان.
     عالم سكيتر ڤنتيڠ. باڠونن سڠاج دبيناكن دليريڠ بوكيت. باڽق شرط ڤرلو دڤاتوهي. جك تيدق، عالم سكيتر ترججس دان بنچان برلاكو. ميثلڽ، تانه رونتوه دبوكيت كوكوس، ڤاي تروبوڠ، ڤولاو ڤينڠ.

انسان كرجا ۏوڠسي كمڤوڠ،
     كيراكن اونتوڠ سبلوم بيناءن؛
باڠونن دبينا سيسي ݢونوڠ،
     سدياكن ڤايوڠ سبلوم هوجن.

Labels:

Tanah runtuh, Bukit Kukus.

Bencana: Tanah runtuh Bukit Kukus, Pulau Pinang.
     Bencana ini menimbus berapa pekerja. Kita berharap semua mangsa dapat dicari dengan cepat. Tahziah kepada keluarga mangsa.
      Siasatan wajar diadakan keatas malapetaka tersebut.

Labels:

تانه رونتوه بوكيت كوكوس

بنچان
تانه رونتوه، بوكيت كوكوس، ڤولاو ڤينڠ.
     بنچان اين منيمبوس براڤ ڤكرجا. كيت برهارڤ سموا مڠسا داڤت دتموءي. تعزيت كڤد كلوارݢ مڠسا.
     سياستن واجر داءداكن كاءتس مالاڤتاك ترسبوت.

Labels:

Friday, October 19, 2018

Tanah runtuh, Bukit Kukus.

Tanah runtuh, Bukit Kukus, Pulau Pinang.
     Setakat ini empat mayat telah ditemui. Kita berharap semua mangsa dapat dibawa keluar. Takziah kepada keluarga mangsa.
     Penyiasatan menyeluruh keatas bencana tersebut perlu diadakan.

Labels:

كاي دان ميسكين

ڤنداڤتن
كاي دان ميسكين.     كراجاءن مليسيا  مڠولڠي بهوا جورڠ ڤنداڤتن دانتارا يڠ كاي دان ميسكين سرتا انتارا قوم تيدق سهاروسڽ ترلالو بسر.
     ڤمنتاوءن ڤروجيق-ڤروجيق مستيله بنر-بنر بركسن، تمڤا راسواه دان كتيريسن.

Labels:

Kaya dan miskin

Kerajaan Malaysia mengulangi bahawa jurang pendapatan di antara yang kaya dan miskin serta antara kaum tidak seharusnya terlalu besar.
     Pemantauan projek-projek mestilah berkesan tanpa rasuah dan ketirisan.

Labels:

Thursday, October 18, 2018

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).            Dalam ucapan membentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, Tun Mahathir kata SPRM akan hanya bertanggungjawab kepada Dewan Rakyat. Jawatankuasa Pilihan yang akan diwujudkan mestilah benar-benar berkesan.

Labels:

Wednesday, October 17, 2018

Kehilangan pemberita

Kelenyapan.

Kehilangan wartawan, Jamal Khashoggi, di konsulat Arab Saudi di Turki menarik perhatian dunia.
     Trump kata beliau hendak mengetahui kebenaran. Urus janji dagang Amerika dengan Arab Saudi berjumlah US$560 bilion.
    

Labels:

ترامڤ دان كهيلڠن ڤمبريتا

كلپڤن
ميستري كهيلڠن ورتاون.     كلپڤن ساءورڠ ڤمبريتا، جمل خاشوغي، دكونسولت ارب ساودي دتوركي مناريق ڤرهاتيان دنيا.
     ترامڤ كات بليو هندق مڠتاهوءي كبنرن. اوروس جنجي داݢڠ اميريكا دڠن ارب ساودي برجومله US$560 بيليون.

Labels:

ڤرݢولقن

ڤرݢولقن.    
اد اورڠ يڠ تيدق سنڠ دڠن راكن يڠ لبيه برڤڠتاهوان دان باءيق. ݢوناكن چارا كوتور اونتوق منچاڤاي حسرت.

اورڠ ماءين بولا سيڤق،
     هادڤي اورڠ لبيه ڤنداي؛
تݢڠ، ماءين سڠاج هاڤق،
     ديري تنڠ لبيه سسواي.

Labels:

Tuesday, October 16, 2018

Ganja

Ganja
     Kanada membenarkan ganja diguna untuk riadah. Ini industri berbilion dolar. Ada orang berkerumun di negara itu bagi habuan.
     Malaysia berperang tak habis-habis dengan dadah termasuk ganja dan ketum atau bia dan biak. Apakah kesan keputusan Kanada?

Labels:

ݢنجا

ݢنجا. 
كانادا ممبنركن ݢنجا دݢون اونتوق رياضه. اين ايندوستري بربيليون دولر. اد اورڠ بركرومون دنݢارا ايت باݢي هابوان.
     مليسيا برڤرڠ دڠن داده تق هابيس-هابيس ترماسوق ݢنجا، كتون اتاو بيا دان بياق. اڤاكه كسن كڤوتوسن كانادا؟

Labels:

Paul Ellen

Paul Ellen
     Microsoft adalah gergasi teknologi. Salah satu pengasasnya, Paul Ellen, meninggal dunia kerana kanser lymphoma, berusia 65. Mendiang memberi sumbangan besar kepada teknologi. Takziah kepada keluarganya.

Labels:

保罗艾伦、

微软是科技巨人,联合创始人保罗.艾伦因淋巴癌逝世,享年65岁。他是亿万富翁和慈善家,对科技界作出大贡献。我们向他的家属深致哀悼!

Labels:

Paul Ellen

Microsoft adalah gergasi teknologi moden. Salah satu pengasas, Paul Ellen, meninggal dunia berusia 65. Mendiang merupakan seorang billionaire dan dermawan yang memberi sumbangan besar kepada teknologi. Takziah kepada keluarga Mendiang.

Labels:

ڤاءول ايلن، ساله ساتو ڤڠاساس ميكروسوۏ


ميكروسوۏ
اداله ݢرݢاسي تيكنولوݢي مودن. ساله ساتو ڤڠاساس ڤاءول ايلن منيڠݢل دنيا براوسيا 65 تاهون. مندياڠ مروڤاكن ساءورڠ بيليوناير دان درماون يڠ ممبري سومبڠن بسر كڤد تيكنولوݢي. تعزيت كڤد كلوارݢ

Labels:

سلامت هاري ماكنن سدنيا

سلامت هاري ماكنن سدونيس

Labels:

Selamat Hari Makanan Sedunia

Selamat Hari Makanan Sedunia

Labels:

Sekatan ekonomi

Sekatan ekonomi.
     Amerika mengenakan sekatan ekonomi terhadap Korea Utara untuk berdekad-dekad. Negara itu mencari jalan bagi hidup dan mendapat senjata nuklear. Sekarang, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, melawat Eropah dengan tujuan melegakan sekatan tersebut.

Labels:

سكتن ايكونومي

سكتن
اميريكا مڠناكن سكتن ايكونومي ترهادڤ كوريا اوتارا برديكد-ديكد. نݢارا ايت منچاري جالن اونتوق هيدوڤ دان منداڤت سنجات نوكليار. سكارڠ، ڤريسيدن كوريا سلاتن، مون جي-اين ملاوت ايروڤه باݢي ملݢاكن سكتن ترسبوت.

Labels:

Monday, October 15, 2018

Hukuman mati dan polis.

Hukuman mati dan polis.
     Setengah orang menyambut baik syor memansuhkan hukuman mati. Adakah ini akan menjejaskan tugas polis di Malaysia?

حوكومن ماتي دان ڤوليس

جوكومن ماتي دان ڤوليس.
     ستڠه اورڠ مڽمبوت باءيق شور اونتوق ممنسوخكن حوكومن ماتي. اداكه ڤمبطلن حكومن اين اكن منججسكن توݢس ڤوليس مليسيا؟
    

Labels:

Pantun, Pergolakan.

Ada orang yang tidak senang dengan rakan yang lebih pengetahuan dan lebih baik. Gunakan cara kotor untuk mencapai hasrat. Pergolakan.

Orang main bola sepak,
     Hadapi orang lebih pandai;
Tegang, main sengaja hapak,
     Diri tenang lebih sesuai.

Labels:

Pekerja asing

Perkara pokok pekerja asing.
     Banyak negara menghadapi masalah pekerja asing dan imigresen. Perkara ini menimbul kontroversi sehingga perubahan politick seperti di Amerika Syarikat. Sambil mengira hasil kajian, Malaysia mestilah menangani perkara ini dengan adil dan berkesan.

Labels:

ڤكرجا اسيڠ

ڤركارا ڤوكوق ڤكرجا اسيڠ.
باڽق نݢارا مڠهادڤي مسءله ڤكرجا اسيڠ دان ايميݢريسن. ڤركارا اين منيمبول كونتروۏرسي سهيڠݢ ڤروبهن ڤوليتيك سڤرتي داميريكا. سمبيل مڠيرا حاصيل كاجيان، مليسيا مستي مناڠني ڤركارا اين دڠن عاديل دان بركسن.

Labels:

Saturday, October 13, 2018

Perubahan iklim dan bencana

Manusia memusnahkan hutan dan mengeluarkan lebih karbon dioksida. Suhu bumi naik. Paras laut bertambah tinggi. Taufan, hurikan, banjir, kemarau dan kebakaran hutan lebih bahaya dan kerap. Presiden Amerika Donald Trump tidak setuju.

Alam manusia ada kehairanan,
     Sengaja ada manusia rosakkan;
Jahanam dunia dibawa insan,
     Kerja sama negara diperlukan.

Labels:

ڤروبهن اقليم دان بنچان

ڤروبهن اقليم
ماءنسي مموسنه هوتن دان مڠلوار لبيه كربون ديوكسيدا. سوهو بومي ناءيق. ڤارس لاءوت تمبه تيڠݢي. تاوۏن، هوريكن، بنجير كماراو دان كبكرن هوتن لبيه بهاي دان كرڤ. ڤريسيدن اميريكا دونلد ترامڤ تيدق ستوجو.

عالم ماءنسي اد كحيرنن،
     سڠاج اد ماءنسي روسقءن؛
جهنم دنيا دباوا انسان،
     كرجا سام نݢارا دڤرلوكن.

Labels:

Bandaraya pintar

Bandaraya pintar.     Warga kota berminat dengan cara bandaraya menjadi pintar seperti Johor Bharu Kota Kinabalu, Kuala Lumpur، Kuching and Pulau Pinang. Misalnya, apakah pengurusan lalulintas dan kawasan lapang?

Labels:

بندراي ڤينتر

بندراي
     ورݢ كوتا برمينت دڠن چارا بندراي مليسيا منجادي ڤينتر سڤرتي جوهو بهارو، كوتا كينابارو، كوالا لومڤور, كوچيڠ دان ڤولاو ڤينڠ منجادي ڤينتر. ميثلڽ، اڤاكه ڤڠوروسن لالولينتس دان تانه لاڤڠ؟

Labels:

Friday, October 12, 2018

Ketidaksaksamaan

Ketidaksaksamaan pendapat.     Masalah ini adalah bersejagat. Ia sangat rumit. Misalnya, 10% orang berpendapatan tinggi di masyarakat terima pendapatan lebih tujuh kali ganda berbanding dengan 10% orang berpendapatan terendah.
     Warga Malaysia berhasrat untuk melihat data ekonomi yang benar dan kecekapan membasmi rasuah serta menguruskan pertumbuhan ekonomi, produktiviti, pengagihan kekayaan dan peluang.

Labels:

كتيدقسقساماءن ڤنداڤتن

كتيدقسقساماءن
مسسءله كتيدقسقساماءن ڤنداڤاتن اداله  برسجاݢت. اي ساڠت روميت. ميثلڽ 10% اورڠ برڤنداڤتن تيڠݢي دمشاركت تريما ڤنداڤتن لبيه توجوه كالي ݢندا بربنديڠ دڠن 10% اورڠ برڤنداڤتن رندى.
     ورݢ مليسيا برحسرت اونتوق مليهت ڤمبسميان راسواه ،داتا ايكونومي نݢارا يڠ سبنر دان كچكڤن مڠوروسكن ڤرتومبوهن ايكونومي،  ڤرودوكتيۏيتي، ڤڠاݢيهن ككاياءن دان ڤلواڠ.

Labels:

Taufan, hurikan

Kita bersimpati dengan mangsa angin yang sangat kencang seperti taufan dan hurikan. Terdapat hurikan Irma, Matthew dan Maria. Kini, hurikan Michael memusnahkan kawasan pantai Florida. Adakah badai tersebut kena-mengena dengan perubahan iklim? Trump ada gagasan sendiri?

Labels:

تاوۏن، هوريكن

تاوۏن
كيت برسيمڤاتي دڠن مڠسا اڠين يڠ ساڠت كنچڠ سڤرتي تاوۏن دان هوريكن ددنيا.  ترداڤت هوريكن ارما، ماثيو دان ماريا. كيني، هوريكن مايكل مموسنهكن كاواسن ڤنتاي ۏلوريدا. اداكه باداي اين كنا-مڠنا دڠن ڤروبهن اقليم؟ ترامڤ اد ݢاݢسن سنديري؟

Labels:

مانيۏيستو

ببن
مانيۏيستو.     تون محضير بركات، "كيت بوات مانيۏيستو اونتوق ڤيليهنراي ك-14 سدڠكن كيت ۏيكير تيدق اكن جادي كراجاءن.
     "سكارڠ، كيت اداله كراجاءن دان مانيۏيستو اين مروڤاكن ببن برت.
     ساي جوݢ مننتڠ ممنسوخکن تول دان اين دماسوقءن دالم مانيۏيستو."

Labels:

Manifesto

Tun Mahathir kata, "Kita buat manifesto untuk pilihanraya ke-14, sedangkan kita fikir tidak akan jadi kerajaan.
     "Sekarang, kita adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban berat.
     "Saya juga menentang memansuh tol dan ini dimasukkan dalam manifesto."
    

Labels:

Thursday, October 11, 2018

Mansuh hukuman mati

Hukuman mati akan dimansuh di Malaysia.     Dewan Rakyat mesti meluluskan rang undang-undang mengenai hal ini. Banyak negara seperti Australia, Kanada dan United Kingdom sudah membatalkan amalan ini. Apakah pendapat anda?

Labels:

بطل حوكومن ماتي

جوكومن
حوكومن ماتي اكن دمنسوخ دمليسيا. ديون رعيت مستي ملولوسكن راڠ اوندڠ-اوندڠ مڠناءي حال اين. باڽق نݢارا تله ممباتلكن عملن اين سڤرتي اوستراليا، كانادا دان اونايتيد كيڠدوم. اڤاكه ڤنداڤت اندا؟

Labels:

Pesakit mental

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa kira-kira 300 juta penduduk dunia ada masalah kemurungan dan 50 juta alami dementia. Kesannya terhadap ekonomi adalah AS$16 trilion menjelang 2030.
     Malaysia mesti mengkaji dasar kesihatan mental dan bilangan warga yang menghidap penyakit mental.

Labels:

ڤپاكيت مينتل

ڤساكيت مينتل
ڤرتوبوهن كصيحتن سدنيا مڠاڠݢركن كيرا-كيرا 300 جوتا ڤندودوق دنيا اد مسءله كموروڠن دان 50 جوتا علامي دمنتيس. كسن ترهادڤ ايكونومي AS16 تريليون  ڤد تاهون 2030.
     مليسيا مستي مڠكاجي داسر كصيحتن مينتل دان بيلڠن ڤساكيت مينتل.

Labels:

Wednesday, October 10, 2018

Dana Khazanah Nasional

Kerajaan Malaysia memiliki Khazanah Nasional Berhad yang dianggap mengguna amalan yang terbaik untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial. Jumlah aset yang boleh jadikan tunai adalah kira-kira RM160 bilion. Ini wang rakyat.

Labels:

دانا خزانه ناسيونل برهد

دانا عوام
كراجاءن مليسيا مميليقي خزانه ناسيونل برهد بڠ داڠݢڤ مڠݢون عملن يڠ ترباءيق اونتوق مڽيمڤن دان مڠوروسكن اسيت كومرسيال. جومله اسيت يڠ داڤت دجاديكن توناي اداله كيرا-كيرا RM160 بيليون. اين واڠ رعيت.

Labels:

Tuesday, October 09, 2018

ڤرڠ داݢڠ اميريكا دان چينا

ڤرڠ
ترامڤ كات اميريكا اكن منڠ دالم ڤرڠ داݢڠ دڠن چينا. بليو ݢون سنجات تاريۏ.
     دانا مات واڠ انتارابڠسا ممبري امرن بهوا ڤرتمڤورن اين 'ريسيكوڽ منجاديكن دنيا اين لبيه ميسكين دان تمڤت يڠ سماكين بهاي.'

Labels:

Perang dagang Amerika dan China

Trump kata Amerika akan menang dalam perang dagang dengan China. Beliau guna senjata tarif.
     Dana Matawang Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa perang tersebut 'risikonya menjadi dunia lebih miskin dan tempat semakin bahaya.'

Labels:

Monday, October 08, 2018

Hadiah Nobel dan Perubahan Iklim

Hadiah Nobel dan Perubahan Iklim.     Dua ahli ekonomi Amerika Syarikat, William D Nordhaus (77) dan Paul M Romer (62) telah dikurniakan Hadiah Nobel Ekonomi 2018. Mereka menggalakkan kerajaan-kerajaan bekerja sama untuk pertumbuhan mampan serta mengatasi perubahan iklim dan akan terus mendesak Trump.

Labels:

هديه نوبيل ايكونومي 2018

هديه
نوبيل دان ڤروبهن اقليم. دوا اهلي ايكونومي اميريكا شريكت ويليومس نورهاءوس دان ڤاءول تومر دكورنياكن هاديه نوبيل ايكونومي 2018. مريك مڠݢالقكن كراجاءن-كراجاءن بكرجاسام اونتوو ڤرتومبوهن ممڤن سرتا مڠاتاسي ڤروبهن اقليم دان اكن تروس مندسق ترامڤ.   

Labels:

欺世盗名

欺世盗名:凭借高位,欺骗世人,偷取名誉。出自《荀子。不苟》。

Labels:

Pantun, Racun perosak.

Pelbagai kimia telah diguna untuk menggandakan hasil tanaman dan ternakan. Penguatkuasaan?

Kita lihat kebun dan ladang,
     Tumbuh hebat hasil tanaman;
Guna ubat racun dan rangsang,
     Sungguh kuat hasil penjagaan?

Labels:

气候变化

气候变化。特朗普不相信这种东西。政府之间小组在韩国开会:科学家们担心,如果地球温度上升超过摄氏1.5度, 后果更加严重,诸如海水上涨越高,而天灾更频繁。

Labels:

Perubahan iklim

Perubahan iklim. Trump tidak percaya terhadapnya.
    Panel Antara Kerajaan bermesyuarat di Korea Selatan. Mereka bimbang jika suhu bumi naik lebih 1.5 Celsius, akibatnya buruk seperti paras laut naik lebih tinggi dan bencana lebih kerap.

Labels:

ڤروبهن اقليم

اقليم
ڤروبهن اقليم. ترامڤ تيدق ڤرچاي ترهادڤڽ. ڤانيل انتارا كراجاءن برمشوارت دكوريا سلاتن مڠناءي مسءله اين. ڤارا ساءينتيس بيمبڠ جك سوهو بومي دبنركن ناءيق لبيه 1.5 سيلسيوس، اقيبتڽ بوروق سڤرتي ڤارس لاءوت ناءيق لبيه چڤت دان لبيه باڽق بنچان.  

Labels:

Sunday, October 07, 2018

ڤنتون، راچون ڤروسق

راچون
ڤلباݢاي كيميا دݢوناكن اونتوق مڠݢنداكن حاصيل تانمن دان ترنقن. ڤڠواتكواساءن؟

كيت ليهت كبوم دان لادڠ،
     تومبوه هيبت حاصيل تانمن؛
ݢون اوبت راچون دان رڠسڠ،
     سوڠݢوه كوات حاصيل ڤنجاݢاءن؟

Labels:

Racun perosak

Racun
     Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kata ia tidak mempertahan pekebun yang melanggar peraturan darihal penggunaan racun perosak. Singapura tidak mengimport salad yang mengandungi terlalu banyak racun perosak. Kementerian berhenti jualan salad itu.
     Malaysia mesti menambah baik keberkesanan kawalan terhadap pemakaian kimia dalam pertanian seperti racun, antibiotik dan pigmen.
   

Labels:

راچون ڤروسق

راچون
كمنتريان ڤرتانيان دان ايندوستري اساس تاني كات اي تيدق ممڤرتاهنكن ڤكبون يڠ ملڠݢر ڤراتورن دريحل ڤڠݢوناءن راچون ڤروسق. سيڠاڤورا تيدق مڠايمڤورت سالد ايءسبرݢ يڠ مڠندوڠي ترلالو باڽق راچون ڤروسق. كمنتريان برهنتي جوالن سالد ترسبوت.
     مليسيا مستي منمبه باءيق كبركسنن كاولن ڤماكايءن كيميا سڤرتي راچون، انتيبيوتيك دان ڤيݢمين.

Labels:

Saturday, October 06, 2018

Perlantikan hakim

Perlantikan Hakim.
Calon Trump Brett Kavanaugh telah berikrar menjadi hakim Mahkamah Agung selepas Senet Amerika mengesah perlantikan dengan 50 lawan 48 undi. Hakim ini dituduh pernah ada salah laku seks. Pengangkatan tersebut berwarna politik.

Labels:

لنتيقن هاكيم

حاكيم
چالون ترامڤ بريت كاۏانور تله براقرار سباݢاي حاكيم مهكامه اݢوڠ سلڤس سينيت اميريكا مڠصحکن ڤرلنتيقن دڠن اوندي 50 لاون 48. حاكيم اين تله دتودوه ساله لاكو سيكس. ڤڠاڠكتن اين برورنا ڤوليتيك.

Labels:

Keganasan seks, alat perang.

Hadiah Keamanan Nobel 2018 telah dikurniakan kepada Dr Denis Mukwege dan Nadia Murad. Sebagai doktor sakit puan Denis merawat ramai mangsa rogol. Nadia, seorang Yazidi, Iraq, pernah diculik pelampau Negara Islam, lalu dijadikan hamba seks. Kedua pemenang menentang keganasan seks sebagai alat perang.

Lawan binatang rogol budak,
     Sedia bantah langkah kotel;
Cakapan tentang tolol hapak,
     Nadia anugerah Hadiah Nobel.

Labels:

ڤنتون، كݢانسن سيكس سباݢاي الت ڤرڠ

كݢانسن
هديه كاءمنن نوبيل 2018 تله دكورنياكن كڤد دوكتور دينيس موكويݢي دان ناديا مورد. سباݢاي دوكتور ساكيت ڤوان، دينيس مراوت راماي مڠسا روݢول. ناديا،  ساءورڠ يازيدي، ڤرنه دچوليو ڤلمڤاو نݢارا اسلم، لالو دجاديكن همبا سيكس. كدوا ڤمنڠ مننتڠ كݢانسن سيكس سباݢاي الت ڤرڠ.
لاون  بيناتڠ روݢول بودق،
     سديا بنته لڠكه كوتيل؛
چاكڤكن تنتڠ تولول هاڤق،
     ناديا انوݢره هديه نوبيل.

Labels:

Keganasan seks

Keganasan seks.     Hadiah Nobel telah dikurnia kepada Dr Denis Mukwege dan Nodia Murad. Sebagai doktor sakit puan, Denis merawat ribuan mangsa rogol. Nodia pernah diculik pengganas negara Islam dan dijadikan hamba seks. Kedua pemenang menentang keganasan seks diguna sebagai alat perang.

Labels:

كݢانسن سيكس سباݢاي الت ڤرڠ

كݢانسن
هديه نوبيل دكورنياكن كڤد دوكتور دينيس موكويݢي دان ناديا مورد. سباݢاي دوكتور ساكيت ڤوان، دينيس مراوت ريبوان مڠسا كݢانسن سيكس. ناديا ڤرنه دچوليق اوليه ڤڠݢانس نݢارا اسلم دان دجاديكن همبا سيكس. كدوا ڤمنڠ مننتڠ كݢانسن سيكس دݢون سباݢاي الت ڤرڠ.

Labels:

Friday, October 05, 2018

Penglihatan kurang upaya

Telefon bimbit boleh diguna untuk pelbagai maksud. Hans, seorang yang penglihatannya kurang (dari Denmark), membuat cara 'jadi mata saya': sukarelawan bantu. Kita berharap orang yang cacat  dapat memakai perkhidmatan ini.

Labels:

ڤڠليهتن كورڠ اوڤاي

ڤڠليهتن
تيليۏون بيمبيت بوليه دݢون دڠن ڤلباݢاي چارا. هانس دري دينمرك يڠ چاچت ڤڠليهتن ممبوات چارا بارو 'جادي مات ساي' . اين ممينجم مات اورڠ بياسا اونتوق منيڠوق بندا. سوكريلاون ممبنتو. كيت برهارڤ اورڠ كورڠ اوڤاي داڤت مماكاي.

Labels:

Pembaikan sekolah

Pembaikan sekolah Malaysia.
Menteri Pendidikan bilang 394 sekolah Malaysia telah dibaiki dalam lima bulan dan akan menumpu kepada pemulihan sekolah sampai keadaan elok dalam bajet 2019. Ibu-bapa dan guru berharap bahawa pelaksanaan boleh diperlihatkan sebagai munasabah.

Labels:

ڤمباءيقن سكوله مليسيا

ڤمباءيقن
منتري ڤنديديقن بيلڠ 394 سكوله مليسيا تله دباءيقي دالم ليم بولن دان منومڤو كڤد مموليه سكوله كڤد كاءداءن ايلوق دالم باجيت 2019. ايبو-باڤ دان ݢورو برهارڤ ڤلقساناءن اكن دڤرليهتكن مناسبه.

Labels:

Thursday, October 04, 2018

Penyiasatan

Penyiasatan tragedi.
Adalah perlu menjalankan penyiasatan tentang punca kematian enam anggota bomba yang berani berusaha menyelamatkan remaja di tebatan lombong, Puchong, Malaysia. Takziah kepada ahli keluarga.

Labels:

ڤپاستن

ڤپاستن
اداله ڤرلو منجالنكن ڤپاستن تنتڠ ڤونچا كماتيان انم اڠݢوت بومبا يڠ براني براوسها مپلامتكن رماج دتبتن لومبوڠ، ڤوچوڠ، مليسيا. تعزيه كڤد اهلي كلوارݢ.

Labels:

Hadiah Nobel

Hadiah Nobel. Tiga saintis meraih hadiah itu: Frances Arnold (Amerika), George Smith (Amerika) dan Gregory Winter (England). Frances menunjukkan wanita hebat seperti lelaki.

Labels: ,

هادياه نوبيل اونتوا كيميا


هاديا
نوبيل. تيݢ ساءينتيس مراءيه هادياه ايت: ۏرنسيس ارنولد (اميريكا)، جورج سميث (اميريكا) دان ݢريݢوري وينتر (اڠݢلند). مريك اوجود ڤروتين چارا ايۏولوسي. ۏرنسيس منونجقءن كبوليهن وانيتا.

Labels:

Wednesday, October 03, 2018

كسلامتن سوسيال مليسيا

كسلامتن سوسيال مليسيا.     اداله ڤرلو باݢي منمبه باءيق كلواسن ڤرليندوڠن، كسقساماءن دان كواليتي كسلامتن سوسيال ترماسوق ڤرتوبوهن كسلامتن سوسيال (PERKESO) دان ۏاءيده هيلڠ اوڤايڽ. تيمبالن ڤردان منتري مروجق كڤد كيرا-كيرا 13.7 جوتا اورڠ يڠ تيدق اد ڤرليندوڠن كسلامتن سوسيال دنݢارا اين.

Labels:

Keselamatan Sosial Malaysia

Keselamatan Sosial Malaysia. 
     Adalah perlu bagi menambah baik keluasan perlindungan, kesaksamaan dan kualiti keselamatan sosial termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan faedah kurang upayanya. Timbalan Perdana Menteri merujuk kepada kira-kira 13.7 juta orang yang tidak ada perlindungan keselamatan sosial di negara ini.

Labels: ,

Tuesday, October 02, 2018

Hadiah Nobel

Tiga saintis menang Hadiah Nobel bidang fizik laser: Donna Strickland (Kanada), Arthur Ashkin (Amerika) dan Gerard Mourou (Perancis). Donna juga mewakili saintis wanita. Dalam bidang sains, lelaki dan wanita tidak boleh dibezakan.

Labels:

هادياه نوبيل

هادياه نوبيل
تيݢ ساءينتيس منڠ هادياه نوبيل اونتوق ۏيزيك بيدڠ ليسر: دونا ستريكلند(كانادا)، ارضور اشكين (اميريكا) دان جيراد مورو (ڤرنچيس). دونا جوݢ مواكيلي ساءينتيس وانيتا. دالم دنيا ساءينس، للاكي دان وانيتا تيدق بوليه دبيزاكن.

Labels:

Datuk Bandar Kuala Lumpur

Datuk Bandar baru, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, kata beliau adalah nadi dan jantung Kuala Lumpur. Kita berharap beliau dapat membawa kebaikan kepada bandaraya ini.

Labels:

داتوء بندر كوالا لومڤور

نادي دان جنتوڠ
داتوء بندر بارو كوالا لومڤور، داتوء نور هاشم اهمد دهلن كات بليو اداله نادي دان جنتوڠ كوالا لومڤور. كيت برهارڤ بليو داڤت ممباوا كباءيقن كڤد بندراي اين.

Labels: