Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, May 29, 2006

Kerajaan mestilah mempertimbang semula cara-cara mengizinkan TNB menaikkan kadar tarif

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menggesa supaya Kerajaan mengkaji semula permasalahan yang dihadapi oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga ia dibenarkan menaikkan tarifnya 12%.

Sebagai syarikat raksasa dengan monopoli di dalam bidang bekalan elektrik, TNB patut boleh mendapat keuntungan yang besar. Tetapi, kita diberitahu bahawa ia menghadapi kesusahan ekonomi. Perhubungan di antara Independent Power Producer (IPP) dengan TNB menimbulkan tanda tanya.

TNB adalah sebuah syarikat yang berkaitan dengan kerajaan. Ia merupakan syarikat raksasa yang mempunyai monopoli. Jika jutaan pelanggan tidak membayar bil, TNB memotong bekalan elektrik. Ini bermakna, adalah mustahil syarikat itu mengalami kerugian. Sekiranya ia mengalami kesusahan ekonomi, masalah pengurusan dan faktor politik metilah wujud.

Yang terpenting sekali, Kerajaan haruslah menjelaskan keadaan IPP dan konsesinya. Adakah ini semata-mata hal perniagaan ataupun disisipkan dengan kerumitan yang sukar dielakkan. Apakah kerumitan ini?