Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, December 31, 2017

Pantun, Tahun Baru تاهون بارو

Rakyat Malaysia kata selamat,
Tahun dulu kira lepaskan;
Rakyat Malaysia sama berhasrat,
Tahun baru bawa ketenteraman.

رعيت مليسيا  كات سلامت،
تاهون دولو كيرا لڤسكن؛
رعيت مليسيا سام برحسرت،
تاهون بارو باوا كتنترمن.

Labels:

Selamat Tahun Baru سلامت تاهون بارو

Selamat Tahun Baru
سلامت تاهون بارو

Labels:

Saturday, December 30, 2017

Pantun, Ketagihan permainan elektronik

Setengah orang tagih kepada permainan elektronik sehingga merosak hidup biasa.  Pertubuhan Kesihatan Sedunia menimbang ketagihan ini sebagai penyakit dalam Klasifikasi Penyakit Antarabangsa.

Padang putih jalan terik,
Pandang jelas tutup mata;
Orang tagih mainan elektronik,
Memang jejas hidup biasa.

Labels:

Permainan elektronik berlebihan ڤرماءينن ايليكترونيك برلبيهن

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menimbang permainan elektronik berlebihan sebagai penyakit dalam Klasifikasi Penyakit Antarabangsa. Permainan keterlaluan ini menjejaskan kehidupan seperti kesihatan, kerjaya dan keluarga.

ڤرتوبوهن كصيحتن سدنيا منيمبڠ ڤرماءينن ايليكترونيك برلبيهن سباݢاي ڤپاكيت دالم كلاسيۏيكاسي ڤپاكيت انتارابڠسا. ڤرماءينن كترلالوان اين منججسكن كهيدوڤن سڤرتي كصيحتن، كرجاي دان كلوارݢ.

Labels:

Friday, December 29, 2017

Liga Perdana Inggeris ليݢ ڤردان اڠݢريس

ارسينل مڠاتاسي كريستل ڤاليس. اي نومبور انم دالم ليݢ. ڤڠوروس ويڠر اد هارڤن مربوت كدودوقن امڤت كاءتس.

Arsenal mengatasi Crystal Palace. Is numbor enam dalam liga. Pengurusan Wenger Ada harapan merebut kedudukan empat ke atas.

Labels:

Thursday, December 28, 2017

Presiden Liberia

George Weah pernah menjadi pemain bolasepak yang hebat. Beliau memain dengan AC Milan dan Paris St Germain. Sekarang, beliau adalah Presiden Liberia, Afrika.

جورج ويا ڤرنه منجادي ڤماءين بولاسيڤق يڠ هيبت.  بليو مماءين دڠن AC Milan دان Paris St Germain. سكارڠ، بليو اداله ڤريسيدن لايبيريا، اۏريكا.

Labels:

Pantun, Tanah FELDA

Ada keraguan mengenai pindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Nilainya dianggar RM200 juta.

Hak FELDA pernah nak silik,
Tempat itu rakyat berharap;
Syak wasangka pindah hak milik,
Hakikat perlu disiasat tetap.

اد كراݢوان مڠناءي ڤيندهن حق ميليق تانه FELDA دجالن سمارق، كوالا لومڤور. نيلايڽ داڠݢركن RM200 جوتا.

حق ۏيلدا ڤرنه نق سيليق،
تمڤت ايتو رعيت برهارڤ؛
شك واسڠكا ڤينده حق ميليق،
حقيقت ڤرلو دسياست تتڤ.

Labels:

تانه FELDA دجالن سمارق Tanah FELDA di Jalan Semarak, KL

توجوان FELDA اداله اونتوق رعيت. سكارڠ تانهڽ دجالن سمارق، كوالا لومڤور، دراݢوءي برڤينده حاق ميليقڽ دڠن چارا تيدق بتول. نيلاي تانه داڠݢركن RM200 جوتا. كيت منوڠݢو لاڤورن سياستن ڤوليس.

Tujuan FELDA adalah untuk rakyat. Sekarang, tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, diragui berpindah hak milik dengan cara tidak betul. Nilai tanah itu dianggarkan RM200 juta. Kita menunggu laporan siasatan polis.

Labels:

Wednesday, December 27, 2017

اوباما دان ميديا سوسيال Obama dan media sosial

اوباما ممبري امرن تنتڠ ڤڠݢوناءن ميديا سوسيال دڠن تيدق برتڠݢوڠجاوب. اڤاكه ڤنداڤت ترامڤ؟

Obama memberi amaran tentang penggunaan media sosial dengan tidak bertanggungjawab. Apakah pendapat Trump?

Labels:

新教育部指示

教育部指示学校根据考试成绩分班。每次有新指示,教师,学生和家长震惊。当局必须协助教师,为学生提供良好的教育。

Labels:

Arahan baru pendidikan ارهن بارو ڤنديديقن

Kementerian Pendidikan hendak memberhentikan pengasingan murid mengikut tahap pencapaian akademik. Setiap kali ada arahan baru, guru, ibu-bapa dan pelajar tercengang. Pihaknya mesti membantu guru dan pelajar untuk kebaikan.

كمنتريان ڤنديديقن هندق ممبرهنتيكن ڤڠاسيڠن موريد مڠيكوت تاهڤ ڤنچاڤاءين اكاديميك. ستياڤ كالي اد ارهن بارو،ݢورو، ايبو-باڤ دان ڤلاجر ترچڠڠ. ڤيهقڽ مستي ممبنتو ݢورو دان ڤلاجر اونتوق كباءيقن.

Labels:

Pendidikan,tidak asing murid

Kementerian Pendidikan Malaysia timbang memberhentikan pengasingan murid mengikut tahap pencapaian akademik. Setiap kali ada arahan baru, guru, ibu bapa dan pelajar mungkin tercengang.

Para cikgu petik dasar,
Pihak kira tujuan didikan;
Cara baru mendidik pelajar
Hendak bawa kemajuan depan.

كمنتريان ڤنديديقن مليسيا تيمبڠ ممبرهنتيكن ڤڠاسيڠن موريد مڠيكوت ڤنچاڤايءن اكاديميك. ستياڤ كالي اد ارهن بارو، ݢورو، ڤلاجر دان ايبو-باڤ موڠكين ترچڠڠ.

ڤارا چيقݢو ڤتيق داسر،
ڤيهق كيرا توجوان ديدقن؛
چارا بارو منديديق ڤلاجر،
هندق باوا كماجوان دڤن.

Labels:

Tuesday, December 26, 2017

Bolasepak Liga Perdana Inggeris

Tottenham Hotspur 5:2 Southampton. Pada tahun 2017, pemain Spurs, Harry Kane, menjaring gol
teramat banyak: 39 gol dalam 36 perlawanan.

Labels:

Pantun, Bandaraya بندراي

Bandaraya tumbuh. Ia mestilah sihat dan hijau.

Kerjaraya Malaysia sembuh tepat,
Sebut paling sesat dan kacau;
Bandaraya Malaysia tumbuh cepat,
Patut paling sihat dan hijau.

ندراي تومبوه. اي مستيله صيحت دان هيجاو.

كرجاراي مليسيا سمبوه تڤت،
سبوت ڤاليڠ سست دان كاچاو؛
بندراي مليسيا تومبوه ڤست،
ڤاتوت ڤاليڠ صيحت دان هيجاو.

Labels:

Bandaraya Malaysia

Bandaraya Malaysia seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuching, Petaling Jaya dan Pulau Pinang patut menjadi paling sihat dan paling hijau.

بندراي مليسيا سڤرتي جوهور بهارو، كوتا كينابالو، كوالا لومڤور، كوچيڠ, ڤتاليڠ جاي دان ڤولاو ڤينڠ ڤاتوت منجادي ڤاليڠ صيحت دان ڤاليڠ هيجاو.

Labels:

Monday, December 25, 2017

Pantun,lapangan terbang selesa لاڤڠن تربڠ سليسا

Lapangan terbang sesak. Kemudahan dan lalulintas mesti ditambahbaik.

Tambang penerbangan lebih murah,
Ramai penumpang tiba Pengkalan Chepa;
Bertandang lapangan lebih susah,
Sampai timbang bina lapangan semula.

لاڤڠن تربڠ سسق. كمودهن دان لالولينتس مستي دتمبه باءيق.

تمبڠ ڤنربڠن لبيه موره،
راماي ڤنومڤڠ تيبا ڤڠكالن چڤا،
برتندڠ لاڤڠن لبيه سوسه،
سمڤاي تيمبڠ  بينا لاڤڠن سمولا.

Labels:

لاڤڠن تربڠ مليسيا Lapangan terbang Malaysia

ڤيهقڽ كات هندق منمبهباءيقءن لاڤڠن تربڠ مليسيا. كوتا بهارو ممرلوكن لاڤڠن بارو. سكارڠ لالولينتس كريتا دلاڤڠن ايت مستي دڤرباءيقي.

Pihaknya kata hendak menambahbaikkan lapangan terbang di Malaysia. Kota Baharu memerlukan lapangan baru. Sekarang, lalulintas kereta di lapangan terbang itu mesti diperbaiki.

Labels:

Malaysian airports

The authorities talk of making Malaysian airports better. Pengkalan Chepa needs a new airport. Now, traffic flows of vehicles need to be improved.

Labels:

Sunday, December 24, 2017

Pantun, salam bahagia. سالم بهاݢيا

Musim perayaan موسيم ڤراياءن

Keadaan pandang sahut keraian
Tegas percayaan dan beraya;
Jutaan orang sambut perayaan
Belas kasihan dan bahagia

كاءداءن ڤندڠ ساهوت كراعياءن،
تݢس ڤرچاياءن دان براي؛
جوتاءن اورڠ سمبوت ڤراياءن،
بلس كسيهن دان بهاݢيا.

Labels:

Selamat Hari Natal سلامت هاري ناتل

Selamat Hari Natal سلامت هاري ناتل

Labels:

Daesh IS terus mengganas

Daesh atau IS telah diusir dari Iraq and Syria. Tetapi, is terus melakukan keganasan.

داءش اتاو IS تله داءوسير دري ايرق دان سيريا. تتاڤي اي تروس ملاكوكن كݢانسن.

Labels:

Saturday, December 23, 2017

Liga Perdana English, Arsenal 3:3 Liverpool.

Bolasepak, EPL: Arsenal 3:3 Liverpool. Liverpool menonjol. Tetapi,pada masa kedua,Arsenal menjaring 3 gol dalam 5 minut. Klopp fikir sentuhan ajaib Wenger.

بولاسيڤق، اردينل 3:3 ليۏرڤول. ليۏرڤول منونجولكن. تتاڤي، ڤد مادا كدوا، ارسينل منجاريڠ 3 ݢول دالم 5 مينيت. كلوڤ فيكير سنتوهن عاجاءيب ويڠر.

Labels:

Pantun, Hari Besar dan balik kampung هاري بسر دان باليق كمڤوڠ

Bandar tawan orang. Hari besar balik desa.

Bandar tumpuan tarik manusia
Kereta penat orang ramai
Bandar sunyian balik desa
Kereta tepat senang sampai

Kereta penat orang ramai
Siap awal datang kerja dan cita
Kereta tepat senang sampai
Siap kawal rancang kota dan desa.

بندر تاون اورڠ. هاري بسر، باليق ديسا. رنچڠ كوتا دان ديسا.

بندر تومڤوان تاريق ماءنسي،
كريتا ڤنت اورڠ راماي؛
بندر سوپياب باليق ديسا،
كريتا تڤت سنڠ سمڤاي.

كريتا ڤنت اورڠ راماي،
سياڤ اول داتڠ كرجا دان چيتا؛
كريتا تڤت سنڠ سمڤاي،
سياڤ كاول رنچڠ كوتا دان ديسا.

Labels:

Friday, December 22, 2017

Penyakit murung

Muzik Korea Selatan adalah popular di dunia. Pada 18 Disember, 2017, seorang penyanyi lelaki, Kim Jonghyun, berumur 27 tahun, membunuh diri kerana kemurungan. Penyakit murung boleh diubati.

Labels:

Bitcoin turun naik besar بيتكوين تورون ناءيق بسر

Minggu ini, nilai Bitcoin jatuh dari kira-kira US$20000 hingga 13000. Turun naik besar. Ia adakah satu jenis judi? Sentiasa berhati-hati.

ميڠݢو اين، نيلاي بيتكوين جاتوه دري كيرا-كيرا US$20000 هيڠݢ 13000. تورون ناءيك بسر. اي اداله ساتو جنيس جودي؟ سنتياس برهاتي-هاتي.

Labels:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Trump ancam menarik balik bantuan kepada negara yang menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak declarasi beliau mengiktirafkan Baitulmuqaddis sebagai ibukota Israel. 128 negara sokong, 9 tentang dan 35 berkecuali. Apakah tindakan Trump seterusnya?

Labels: ,

Pantun, rizab hutan

Jabatan Hutan (Semenanjung) guna dron dan satelit untuk memperluaskan rizab hutan dari 4.9 juta hektar ke 5 juta hektar. Berhentikan semua kegiatan haram.

Helang pandang dari udara,
Nampak kegiatan dalam hutan;
Orang panjang mesti kira,
Rompak hutan haram bukan?

جابتن هوتن (سمننجوڠ) ݢون درون دان ساتليت اونتوق ممڤرلواسكن ريزاب هوتن دري4.9 جوتا هيكتار ك 5 جوتا هيكتار. برهنتيكن سموا كݢياتن حرام.

هلڠ ڤندڠ دري اودارا،
نمڤق كݢياتن دالم هوتن؛
اورڠ ڤنجڠ مستي كيرا،
رومڤق هوتن حرام بوكن؟

Labels:

Thursday, December 21, 2017

Risab hutan Malaysia ريزب هوتن مليسيا

Ketua Pengarah (Semenanjung), Jabatan Hutan Datuk Nor Akhirudin Mahmud berkata jabatannya bertujuan menambah rizab hutan kekal Malaysia dari 4.9 juta hektar ke 5 juta hektar dengan satelit dan dron. Sila pastikan hutan yang sedia ada tidak dicerobohi seperti hutan Institut Penyelidikan Hutan Malaysia FRIM, Kepong, dan kawasan tadahannya.

كتوا ڤڠاره (سمننجوڠ) جابتن هوتن داتوق نور اخيرودين محمود بركات جابتنڽ برتوجوان منمبه ريزب هوتن ككل مليسيا دري4.9 جوتا هيكتر ك5جوتا هيكتر دڠن مڠݢون ساتليت دان درون. سيلا ڤستيكن هوتن يڠ سديا اد تيدق دچروبوهي سڤرتي هوتن اينستيتوت ڤڽليديقن هوتن مليسيا، كڤوڠ، دان كاواسن تادهنڽ.

Labels:

Selamat Solstis Musim Sejuk سلامت سولستيس موسيم سجوق

سلامت سولستيس موسيم سجوق Selamat Solstis Musim Sejuk

Labels:

Pantun, Pekerja Asing

Malaysia pintu tiba penting،
Insan dari Brazil dan Pakistan;
Malaysia perlu pekerja asing,
Pengurusan mesti adil dan berkesan.

Labels:

Pekerja asing

Pekerja asing, sama ada halal atau haram, menimbulkan masalah. Kementerian Sumber Manusia pungut levi. Sistem Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia mestilah berkesan dan adil.

ڤكرجا اسيڠ، سام اد حالال اتاو حرام، منيمبولكن مسءله.كمنتريان سومبر ماءنسي ڤوڠوت ليۏي. سيستم ڤڠوروسن ڤكرجا اسيڠ دمليسيا مستيله بركسن دان عديل.

Labels:

ڤتڠ هوجن Petang hujan

هوجن لبت همڤير ستياڤ ڤتڠ. لالولينتس سسق. بنجير كيلت. اير تورون دالم ستڠه جم. ليهت ساليرن.

Hujan lebat hampir setiap petang. Lalulintas sesak. Banjir kilat. Air surut dalam setengah jam. Lihat saliran.

Labels:

Wednesday, December 20, 2017

Tong sampah baru توڠ سمڤه بارو

Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengadakan tong sampah orang yang baru. Ia menekankan kebersihan. Wargakota berharap semua bekerjasama untuk pengurusan sisa yang berkesan.

مجليس بندراي ڤتاليڠ جاي مڠاداكن توڠ سمڤه اورين بارو. اي منكنكن كبرسيهن. ورݢاكوتا برهارڤ سموا بكرجاسام اونتوق ڤڠوروسن سيسا يڠ بركسن.

Labels:

Pantun, Elak Pulangan Tertinggi ايلق ڤولڠن ترتيڠݢي

Peringat Kelantan kayu kotai,
Salirkan paya ikan mati;
Syarikat pelaburan tipu ramai,
Jangan suka pulangan tertinggi.

ڤريڠت كلنتن كايو كوتاي،
ساليركن ڤاي ايكن ماتي؛
شريكت ڤلابورن تيڤو راماي،
جاڠن سوك ڤولڠن ترتيڠݢي.

Labels:

Tuesday, December 19, 2017

Badak sumbu sakit بادق سومبو ساكيت

Badak sumbu betina, Iman, menghidap barah rahim di Tempat Perlindungan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah. Doktor haiwan cuba memberi rawatan. Pelihara hidupan liar.

بادق سومبو بتينا، ايمن، مڠهيدڤ  باره تاڤين، دتمڤت ڤرليندوڠن هيدوڤن ليار تابين، لاهد داتو، سابه. دوكتور هايون چوبا ممبري راوتن. ڤليهارا  هيدوڤن ليار.

Labels:

Trump iktiraf Baitulmuqaddis ترامڤ اختيرۏ بيالمقدس

Trump iktiraf Jerusalem sebagai ibukota Israel. Amerika menolak resolusi PBB yang disokong oleh 14 negara lain dalam Majlis Keselamatan untuk mengenepikan keputusan Trump. Beliau memperburukkan sengketa Israel-Palestin.

ترامڤ اختيرۏ بيتالمقدس سباݢاي ايبوكوتا  اسراءيل. اميريكا  منولق ريسولوسي PBB يڠ دسوكوڠ اوليه 14 نݢارا لاءين دالم مجليس كسلامتن اونتوق مڠنڤيكن كڤوتوسن ترامڤ. بليو ممڤربوروقءن سڠكيتا اسراءيل دان ڤاليستين.

Labels:

Monday, December 18, 2017

Pantun, kebun durian

Durian Malaysia

Ada kebun durian di Malaysia,
Usahakan pasaran dapat jualan;
Semua dusun durian di negara,
Pastikan buahan selamat dimakan.

دوريان مليسيا

اد كبون دوريان دمليسيا،
اوسهاكن ڤاسرن داڤت جوالن؛
سموا دوسون  دوريان دنݢارا،
ڤستيكن بواهن سلامت دماكن.

Labels:

Durian selamat dimakan دوريان سلامت دماكن

Ramai bimbang mengenai racun serangga dalam durian. Semua dusun mesti memastikan buah-buahan Malaysia adalah selamat dimakan.

راماي بيمبڠ مڠناءي راچون سرڠݢ دالم دوريان.  سموا دوسون مستي ممستيكن بواه-بواهن مليسيا  اداله سلامت دماكن.

Labels:

Utamakan Amerika اوتاماكن اميريكا

Amerika Syarikat adalah negara yang terkuat di dunia. Trump menjadi presidentnya dua belas bulan. Beliau terus melaungkan keutamaan Amerika.

اميريكا شريكت اداله نݢارا يڠ ترموات ددنيا. ترامڤ منجادي ڤريسيدنڽ دوا بلس بولن. بليو تروس ملاوءڠكن كاءوتاماءن اميريكا.

Labels: ,

Sunday, December 17, 2017

Pelampau di Malaysia

Ketua Polis Negara cakap mengenai pemantauan keselamatan di Malaysia, seperti balasan terhadap Trump iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibukota Israel.

Malaysia perlu sentiasa berhati-hati tentang para pelampau dalam pelbagai bentuk. Kesederhanaan di negara majmuk adalah penting.

كتوا ڤوليس نݢارا چاكڤ مڠناءي ڤمنتاوءان كسلامتن دمليسيا سڤرتي بالسن ترهادڤ ترامڤ اخترڤ بيتالمقدس سباݢاي ايبوكوتا اسراءيل.

مليسيا ڤرلو سنتياس برهاتي-هاتي تنتڠ ڤارا ڤلمڤاو دالم ڤلباݢاي بنتوق. كسدرهاناءن دنݢارا مجموق اداله ڤنتيڠ.

Labels:

Pantun, Badminton, Kemahiran, Kesihatan dan Minda

Badminton, Pertandingan Akhir Siri Super Dunia, Dubai, 17.12.2017. Daripada lima perlawanan, China 1, Jepun 2, Indonesia 1 dan Denmark 1. Lee Chong Wei berikhtiar.

Ada negara tak lut saingan,
Tanggungan, kepantasan dan seroda;
Para peserta nak bergelut gelaran,
Kemahiran, Kesihatan dan Minda.

بيدمينتون، ڤرتنديڠن اخير سيري سوڤت دنيا، سيناو، 17.12.17. درڤد ليم ڤرلاونن، چينا 1، جڤون 2، ايدونيسيس 1 دان دينمرك 1. لي چوڠ وي براختيار.

اد نݢارا تق لوت ساءيڠن،
تڠݢوڠن، كڤنتاسن دان سرودا؛
ڤارا ڤسرتا نق برݢلوت ݢلارن،
كماهيرن، كصيحتن دان ميندا.

Labels:

Saturday, December 16, 2017

Pantun, Bitcoin, matawang digital.

Bitcoin, matawang digital, menimbulkan riuh rendah dunia kewangan. Pulangan tinggi. Bank Negara percaya ia adalah penipuan.

Nelayan main perahu dingi,
Rusa berhati buaya terjaga;
Pulangan Bitcoin terlalu tinggi
Semua mesti sentiasa waspada

بيتكوءين، ماتاواڠ ديݢيتل،  منيمبولكن ريوه رنده دنيا كواڠن. ڤولڠن تيڠݢي. بڠك نݢارا ڤرچاي اي اداله ڤنيڤوان.

نلاين ماءين ڤراهو ديڠي،
روسا برهاتي بوايا ترجاݢا؛
ڤولڠن بيتكوءين ترلالو تيڠݢي،
سموا مستي سنتياس وسڤادا.

Labels:

بيتكوءين، ماتاواڠ ديݢيتل Bitcoin, matawang digital

ماتاواڠ ديݢيتل، بيتكوءين، منيمبولكن ريوه رنده اوروس نياݢ. ڤولڠن تيڠݢي. بڠك نݢارا ڤرچاي اي اداله ڤنيڤوان. اورڠ مليسيا برنياݢ بيتكوءين RM75 جوتا دان دنيا لبيه 1.7 تريليون سبولن. سموا مستي وسڤادا.

Matawang digital, Bitcoin, menimbul riuh rendah urus niaga. Pulang tinggi. Bank Negara percaya ia adakah penipuan. Orang Malaysia berniaga dalam Bitcoin RM75 juta sebulan dan dunia lebih RM1.7 trilion. Semua mesti waspada.

Labels:

Friday, December 15, 2017

ڤڠانياءاءن سيكس داوستراليا Penganiayaan seks di Australia

اوستراليا مڠعمومكن لاڤورن سياستن ليم تاهون ترهادڤ ڤڠانياياءن سيكس. اينستيتوسي تيدق ڤليهارا كانق-كانق. كيت ڤستيكن ڤڠانياياءن سيكس سڤرتي اين تيدق برلاكو دمان-مان ترماسوق مليسيا.
Australia mengumumkan laporan siasatan lima tahun terhadap penganiayaan seksual. Institusi tidak pelihara kanak-kanak. Kita pastikan penganiayaan seksual seperti ini tidak berlaku di mana-mana termasuk Malaysia.

Labels:

Australia Sex Abuse Report

Australia has released the report on a five-year inquiry into sexual abuse. Institutions did not protect children. We have to ensure that such abuses do not occur in Malaysia.

Labels:

Pantun, susu bayi سوسو بايي

Siasatan tepung susu bayi yang diragui harus diadakan di Malaysia.

Burung berpusu cari serangga
Ibu bapa jaga susu bayi
Tepung susu pasti diduga
Tentu ada periksa susu ini.

سياستن تڤوڠ سوسو بايي يزڠ دراݢوءي هاروس داداكن دمليسيا.

بوروڠ برڤوسو چاري سرڠݢ،
ايبو باڤ جاݢا  سوسو بايي؛
تڤوڠ سوسو ڤستي ددوݢ،
تنتو اد ڤريقسا سوسو اين.

Labels:

Thursday, December 14, 2017

Kolam simpanan كولم سيمڤنن

Walaupun Kuala Lumpur ada 25 kolam simpanan air dan satu terowong bistari, saliran adalah terpenting. Banjir timbul masalah.

والاوڤون كوالا لومڤور اد 25 ݢولما سيمڤنن اير دان ساتو تروووڠ بيستاري، ساليرن اداله ترڤنتيڠ. بنجير تيمبول مسءله.

Labels:

Kos sara hidup bertambah

Rakyat Malaysia memang menghadapi bertambahnya kos sara hidup. Kerajaan berjanji berapa langkah. Adakah ia berkesan?

رعيت مليسيا مڠهادڤي برتمبهڽ كڤد سارا هيدوڤ. كراجاءن برجنجي ببراڤ لڠكه. اداكه اي بركسن؟

Labels: ,

تڤوڠ سوسو بايي تيمبول كراݢوان Tepong susu bayi timbul keraguan

ڤد اخير اين، تڤوڠ سوسو بايي يڠ لبيه موره منيمبولكن كراݢوان دمليسيا. كراجاءن مستي مڽياست دڠن سڤنوهڽ. 

Pada akhir ini, tepong susu bayi yang lebih murah menimbulkan keraguan di Malaysia. Kerajaan mesti menyiasat dengan sepenuhnya.

Labels:

Wednesday, December 13, 2017

Pantun, Dewan Bandaraya berjaya

Bila Dewan Bandaraya cekap dan wargakota disiplin, Kota berjaya.

Jejentik kurangan dan lengkok jalan,
Bila warga dan Dewan sesama;
Cantik kemudahan dan pokok taman,
Jaga warga dan Dewan Bandaraya.

بيلا ديون بندراي چكڤ دان ورݢاكوتا ديسيڤلين، كوتا برجاي.

ججنتيق كورڠن دان ليڠكوق جالن،
بيلا ورݢ دان ديون سسام؛
چنتيق كمودهن دان ڤوكوق تامن،
جاݢا ورݢ دان ديوان بندراي.

Labels:

15 taman di KL

Kita berjumpa Datuk Bandar pagi ini dan membincangkan hal 15 taman termasuk Taman Metropolitan Kepong (pusat layang-layang). DBKL dan wargakota mesti menyelenggara taman dengan baik.

كيت برجومڤا داتوء بندر ڤاݢي اين دان ممبينچڠکن حال 15تامن ترماسوق تامن ميتروڤوليتن كڤوڠ(ڤوست لايڠ-لايڠ). DBKL دان ورݢاكوتا مستي مپلڠݢارا تامن دڠن باءيق.

Labels:

Pantun, KL bandaraya beralam

Pada 14.12.17, Datuk Bandar Datuk Seri Amin menemui ahli-ahli Parlimen, Kuala Lumpur yang hendak menjadi Eco City.

Belatuk bersandar sebab segan,
Kuala Lumpur mesti berjaya mendalam;
Datuk Bandar jawab soalan,
Kuala Lumpur ni bandaraya beralam.

ڤد 14.12.17، داتوء بندر، داتوء سري امين، منموءي اهلي-اهلي ڤرليمن كوالا لومڤور يڠ هندق منجادي ايكو سيتي.

بلاتوق برسندر سبب سݢن،
كوالا لومڤور مستي برجاي مندالم؛
داتوء بندر جاوب سوالن،
كوالا لومڤور ني بندراي برعلام.

Labels:

Pantun, Jual beli bayi جوال بلي بايي


سڤاسڠ ككاسيه مڠاعلان دالم لامن ويب اونتوق منجوال بايي كمبر مريك تله دتاهن دستاڤق، كوالا لومڤور. مريك مناوركن هرݢ RM15000 ستياڤ بايي برعمور امڤت بولن. كراجاءن مستي مپياست جنايه اين دمليسيا.

تمن دارا جالن تيڠݢي چوچورن،
ممبلا انقڽ دڠن ميمڠ؛
لامن اد اعلان بايي جوالن،
ملقسان تݢسڽ سياستن اوندڠ.

Sepasang kekasih mengiklan dalam laman web untuk menjual bayi kembar mereka telah ditahan di Setapak، Kuala Lumpur. Mereka menawarkan harga RM15000 setiap bayi berumur empat bulan. Kerajaan mesti menyiasat jenayah ini di Malaysia.

Teman dara jalan tinggi cucuran,
Membela anaknya dengan memang;
Laman ada iklan bayi jualan,
Melaksana tegasnya siasatan undang.

Labels:

Tuesday, December 12, 2017

رونديڠن اميريكا دان كوريا اوتارا Rundingan Amerika dan Korea Utara

ستياءوسها اميريكا منجومڤوت كوريا اوتارا اونتوق برونديڠ تنڤا شرط. اخلاص؟

Setausaha Amerika menjumpa Korea Utara untuk berunding tanpa syarat. Ikhlas?

Labels:

Pantun, Internet,Lindungi Kanak-kanak

Internet menguasai kehidupan kanak-kanak. Setiap hari ribuan kanak-kanak masuk dunia siber yang ada benda yang baik dan buruknya.

Malaysia bimbang baik buruk BistariNet,
Binatang lindungi anak-anaknya;
Manusia bimbang baik buruk Internet,
Orang lindungi kanak-kanaknya.

ايترنيت مڠواساءي كهيدوڤن كانق-كانق. ستياڤ هاري ريبوان كانق-كانق ماسوق دنيا سيبر يڠ اد بندا يڠ باءيق دان بوروقڽ.

مليسيا بيمبڠ باءيق بوروق بيستارينيت،
بيناتڠ ليندوڠي انق-انقڽ؛
ماءنسي بيمبڠ باءيق بوروق اينترنيت،
اورڠ ليندوڠي كانق-كانقڽ.ْ

Labels:

Kukuhkan tanggungan Persetujuan Paris كوكوهكن تڠڠوڠن ڤرستوجوان ڤاريس

Presiden Macron, Perancis, menganjur Sidang Kemuncak Paris untuk memperkukuhkan tanggungan terhadap Perstujuan Paris bagi menangani perubahan iklim. Para pemimpin dunia hadir kecuali Trump.

ڤريسيدن ماكرون، ڤرنچيس،
مڠنجور سيدڠ كمونچق ڤاريس اونتوق ممڤركوكوهكن تڠݢوڠن ترهادڤ ڤرستوجوان ڤاريس باݢي مناڠني ڤروبهن اقليم. ڤارا ڤميمڤين دنيا حاضير كچوالي ترامڤ.

Labels:

Monday, December 11, 2017

Pantun, banyak kata jadi dusta باڽق كات جادي دوستا

Kalau gerak berusaha,
Di situlah benih mesti berjaya;
Kalau banyak berkata,
Di sanalah boleh terjadi dusta.

كالاو ݢرق براوسها،
دسيتوله بنيه مستي برجاي؛
كالاو باڽق بركات،
دساناله بوليه ترجادي دوستا.

Labels:

Rangka Tindakan Multimedia

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sebut mengenai Rangka Tindakan Komunikasi Dan Multimedia untuk menjadikan Malaysia negara digital. Beliau mesti menerangkan keadaan jalur lebar, kaitan dengan 4G dan 5G dan keberkesanan BistariNet di 10000 sekolah. Bagaimana Korea Selatan melangkah ke negara digital?

تيمبالن منتري سبوت مڠناءي رڠك تيندقن كومونيكاسي دان مولتيميديا اونتوق منجاديكن مليسيا نݢارا ديݢيتل. بليو مستي منرڠكن كاءداءن جالور ليبر، كاءيتن دڠن 4G دان 5G سرتا كبركسنن BistariNet د10000 سكوله.باݢايمان كوريا سلاتن ملڠكه كنݢارا ديݢيتل؟

Labels:

Sunday, December 10, 2017

Bolasepak, Arsenal1:1Southampton

Pertandingan Arsenal dan Southampton menyeronokkan. Southampton tunjuk kebolehan pada separuh masa pertama. Masa kedua, Arsenal main dengan lebih baik sebagai pasukan terkemuka.

ڤرتنديڠن ارسينل دان سوثمتون مپرونوقءن. سوثمتون تونجوق كبوليهن ڤد سڤاروه ماسا ڤرتام. ڤد ماسا كدوا، ارسينل ماءين دڠن لبيه باءيق سباݢاي ڤاسوقن تركموك.

Labels:

Pantun, melucutkan senjata nuklear ملوچوتكن سنجات نوكليار

Dunia adakan sengketa belaka,
Bolehkah kurangkan sengketa menular?
Manusia simpan senjata bahaya,
Sanggupkah lucutkan senjata nuklear?

دنيا اداكن سڠكيتا بلاك،
بوليهكه كورڠكن سڠكيتا منولر؟
ماءنسي سيمڤن سنجات بهاي،
سڠݢوڤكه لوچوتكن سنجات نوكليار؟

Labels:

لاتيهن مننتڠ كݢانسن د keganasanKLIA2 Latihan menentang

لاتهن مننتڠ كݢانسن داداكن دKLIA2 سڤرتي مڠهادڤي ݢاس توكسيك دان باهن لتوڤن. سلاءين ايت، اوسها ممڤرباءيقي ڤرخيدمتن دسموا لاڤڠن تربڠ اداله ڤرلو.

Latihan menentang keganasan diadakan di KLIA2 seperti menghadapi gas toksik dan bahan letupan. Selain itu, usaha memperbaiki perkhidmatan di semua lapangan terbang adalah perlu.

Labels:

Saturday, December 09, 2017

Trump iktiraf Baitulmuqaddis

Trump iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibukota Israel. Beliau hendak mendapat sokongan dan bersedia menghadapi reaksi dunia. Adakah beliau akan berjaya dengan muslihatnya?

ترامڤ اعتراڤ بيتالمقدس سباݢاي ايبوكوتا اسراعل.بليو هندق منداڤت سوكوڠن دان برسديا مڠهادڤي رياكسي دنيا. اداكه بليو اكن برجاي دڠن مصليحتڽ؟

Labels:

Bina semula pasukan badminton

Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Norza mahu membina semula pasukan badminton dan menarik pemain yang ada semangat berjuang. Kita perlu menambahbaikkan sistem. India, Jepun, Taiwan dan Thailand menunjukkan prestasinya.

ڤريسيدن ڤرساتوان بيدمينتون مليسيا داتوء سري نورزا ماهو ممبينا سمولا ڤاسوقن بيدمينتون دان مناريق ڤماءين يڠ اد سماڠت برجواڠ. كيت ڤرلو منمبهباءيقءن سيستم. اينديا، جڤون ثايون دان ثايلند  منونجقءن ڤريستاسيڽ.

Labels:

Pantun, Perang Israel dan Palestin ڤرڠ اسراعل دان ڤالسطين

Trump insaf anti-kritis,
Adakah ikat sokongan tersedia;
Trump iktiraf Baitulmuqaddis,
Adakah muslihat akan berjaya?

ترامڤ انصاۏ انتي-كريتيس،
اداكه ايكت سوكوڠن ترسديا؛
ترامڤ اعتراۏ بيتالمقدس،
اداكه مصليحت اكن برجاي؟

Labels:

Friday, December 08, 2017

Semangat berbilang bangsa

Rakyat Malaysia mendengar suara untuk semangat berbilang bangsa berkumandang. Adakah tulus ikhlas?

رعيت مليسيا مندڠر سوارا اونتوق سماڠت بربيلڠ بڠسا بركومندڠ. اداكه تولوس اخلاص.

Pantun, dipegang katanya دڤݢڠ كاتاڽ

Bila merbau ditebang paginya,
Maka bersedia petang banjirnya;
Jika kerbau dipegang talinya,
Jika manusia dipegang katanya.

بيلا مرباو دتبڠ ڤاݢيڽ،
مك برسديا ڤتڠ بنجيرڽ،
جك كرباو دڤݢڠ تاليڽ،
جك ماءنسي دڤݢڠ كاتاڽ.

Labels:

بندراي دڠن ݢادڠ راچون. Bandaraya dengan gas beracun

سراماي 16 جوتا باي باوه ساتو تاهون لاهير دبندراي دڠن ݢاس براچون ددنيا. ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو ممبري امارن بهوا ڤنچمرن موڠكين منججسكن اوتق مريك.

Seramai 16 juta bayi bawah satu tahun lahir di bandaraya dengan gas beracun di dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa pencemaran mungkin menjejas otak mereka.

Labels:

Wednesday, December 06, 2017

Trump iktiraf Baitulmuqaddis

Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqadis sebagai ibukota Israel, lalu mencetuskan gempa bumi sejagat.

دونلد ترامڤ مڠاقترۏ بيتالمقدس سباݢاي ايبوكوتا اسراعل، لالو منچتوسكن ݢمڤا بومي سجاݢت.

Akaun Pemindahan Nasional (NTA)

Masyarakat Malaysia semakin tua. Pada tahun 2150, hampir 24% populasi berumur 60 ke atas. Bagaimana menangani perubahan ini? Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggalakkan akaun pemindahan nasional (NTA) sebagai rekabentuk teratur menghitung aliran ekonomi dari satu generasi ke generasi lain untuk seluruh populasi dalam setahun.

مشراكت مليسيا سماكين توا. ڤد تاهون 2050، همڤير 24% ڤوڤولاسي اومور 60 كاتس.باݢايمان مناڠني ڤروبهن اين؟ ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو مڠݢالقءن اكاون ڤميندهن ناسيونل (NTA) سباݢاي ريكابنتوق تراتور مڠهيتوڠ اليرن ايكونومي دري ساتو ݢينراسي كڤد ݢينراسي لاءين اونتوق سلوروه ڤوڤولاسي دالم ستاهون.

Labels:

Tuesday, December 05, 2017

Pantun, Berhenti guna plastik برهنتي ݢون ڤلستيك

Setiap tahun, lebih lapan juta tan plastik dibuang dalam lautan.

Jalan ditar, laluan bebas,
Betik bergula termakan;
Lautan tercemar, hidupan terjejas,
Plastik terpaksa diberhentikan.

ستياڤ تاهون لبيه لاڤن جوتا تان ڤلستيك دبواڠ دالم لاءوتن.

جالن دتار، لالوان بيبس،
بتيق برݢولا ترماكن؛
لاءوتن ترچمر،هيدوڤن ترججس،
ڤلستيك ترڤقسا دبرهنتيكن.

Labels:

8 جوتا تان ڤلستيك دبواڠ دالم لاءوتن ستياڤ تاهون. Lebih 8 juta tan plastik dibuang dalam lautan setiap tahun..

ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو برتيكد مناڠني لبيه 8 جوتا تان ڤلستيك دبواڠ دالم لاءوتن ستياڤ تاهون. هيدوڤن كچيل داسر لاءوت ماكن ميكرو- ڤلستيك. ايكن تلن هيدوڤن كچيل. ڤڽو ماكن ڤلستيك.

برهنتي ݢون ڤلستيك.   

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertekad menangani masalah lebih 8 juta tan plastik dibuang dalam lautan setiap tahun. Hidupan kecil makan mikro plastik, ikan makan hidupan kecil dan penyu telan plastik.

Berhenti guna plastik.

Labels:

Monday, December 04, 2017

Persidangan Internet Dunia Ke-4 ڤرسيدڠن اينترنيت دنيا ك-4

Tajuk Persidangan Internet Dunia Ke-4 di Wu-zhen, China, adalah Membangun Ekonomi Digital untuk Keterbukaan dan Manfaat Dibahagikan.

Ekonomi digital membangun dengan pesat dan keterbukaan dan manfaat dibahagikan dalam dunia siber. Kita berharap bahawa jenayah siber seperti penggodaman dan maklumat palsu dapat diatasi.

تاجوق ڤرسيدڠن اينترنيت دنيا ك-4 اداله ممباڠون ايكونومي ديݢيتل اونتوق كتربوكاءن دان منۏاعت دبهاݢيكن دالم دنيا سيبر.

ايكونومي ديݢيتل بركمبڠ دڠن ڤست. كيت برهارڤ جنايه سيبر سڤرتي ڤڠݢودمن دان معلومت ڤلسو داڤت داتاسي.

Labels: , ,

Laman sebenarnya.my لامن

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ada laman sebenarnya.my untuk menyemak maklumat dari pelbagai sumber sama ada benar atau palsu.

Taman Selayang di kota,
Anak cepat mengerti susu;
Laman sesawang pasti berita,
Elak maklumat isi palsu.

سوروهنجاي  كومونيكاسي دان مولتيميديا اد لامن sebenarnya.my اونتوق مپيمق معلومت دري ڤلباݢاي سومبر سام اد بنر اتاو ڤلسو.

تامن سلايڠ دكوتا،
انق چڤت مڠارتي سوسو؛
لامن سساوڠ ڤستي بريتا،
ايلق معلومت ايسي ڤلسو.

Labels:

Pantun, bulan dekat bumi بولن دكت بومي

Bulan mengelilingi lebih dekat dengan bumi. Peristiwa ini akan muncul semula pada tahun 2034.

Bulan makin dekat dengan bumi,
Gilang gemilang, bulan luar biasa;
Insan ingin pikat akan misteri,
Bintang cemerlang, jalan keluar derita.

بولن مڠليلڠي لبيه دكت دڠن بومي. اي نمڤق برتمبه بسر دان سماكين ترڠ. ڤريستيوا اين اكن مونچول سمولا ڤد تاهون 2034.

بولن ماكين دكت دڠن بومي،
ݢيلڠ ݢميلڠ، بولن لوار بياسا؛
انسان ايڠين ڤيكت اكن ميستري،
بينتڠ چمرلڠ، جالن كلوار دريتا.

Labels:

Bulan lebih terangnya

Bulan bercahaya dengan lebih terangnya. Sekarang, bulan mengelilingi bumi dengan lebih dekat. Maka, ia nampak bertambah besar dan semakin terang. Bulan luar biasa.

بولن برچهاي دڠن لبيه ترڠڽ. سكارڠ، بولن مڠليليڠي بومي دڠن لبيه دكت. مك، اي نمڤق برتمبه بسر دان سماكين ترڠ. بولن لوار بياسا.

Labels:

Sunday, December 03, 2017

Penilaian Impak Alam منيلاءين ايمڤاك عالم

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi sebut mengenai sitem baru bagi penilaian impak alam dengan Jabatan Alam Sekitar membuat keputusan muktamad terhadap projek pembangunan. Apakah had kuasa jabatan tersebut. Adalah perlu mencagah banjir dan tanah runtuh.

منتري سومبر اصلي دان عالم سكيتر داتوء سري وان جونايدي سبوت مڠناءي سيستم بارو باݢي ڤنيلاءين ايمڤاك عالم دڠن جابتن عالم سكيتر ممبوات كڤوتوسن مقتامد ترهادڤ ڤروجيق ڤمباڠونن. اڤاكه حاد كواسا  جابتن ترسبوت؟ اداله ڤرلو منچݢه بنجير دان تانه رونتوه.

Labels:

Laman web sebenarnya.com

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia guna laman sebenarnya.my untuk mengesahkan sama ada maklumat dari pelbagai punca seperti media sosial benar atau palsu. Kita berharap ia boleh membantu orang ramai mengelakkan berita palsu.

Labels:

Saturday, December 02, 2017

Pantun, kerang bulu مرڠ بولو

Puting beliung membawa siput, kerang dan kupang ke Pantai Redang, Sekinchan, Selangor. Ramai memungutnya.

Betik memang lapang ditelan,
Ribut bawa siput sePantai Redang,
Petik kerang, kupang dimakan.
Patut jaga perut sesuai sedang.

ڤوتيڠ  بليوڠ  ممباوا سيڤوت، كرڠ دان كوڤڠ كڤنتاي  ريدڠ، سكينچڠ، سلاڠور، مليسيا.  راماي مموڠوتڽ.

بتيق ميمڠ لاڤڠ دتلن،
ريبوت باوا سيڤوت سڤنتاي ريدڠ؛
ڤتيق كرڠ، كوڤڠ دماكن

Labels: ,

ڤسڤورت مليسيا بارو pasport Malaysia baru

داتوء سري مستۏر علي برسوك ڤد ڤسڤورت مليسيا بارو دڠن چيڤ كسلامتن. اد اورڠ عاشيق ممالسوكنڽ. سموݢ تيدق اد ڤسڤورت ڤلسو.

Datuk Seri Mustafar Ali bersuka pada pasport Malaysia baru dengan cip keselamatan. Ada orang asyik memalsukannya. Semoga tidak ada pasport palsu.

Labels:

Lapangan Terbang KLIA لاڤڠن تربڠ

KLIA adalah sibuk. Kita berharap pemeriksaan keselamatan dan perkhidmatan boleh ditambahbaikkan.

A اداله سيبوق. كيت برهارڤ KLIA لاڤڠن تربڠ
ڤمريقساءن كسلامتن دان ڤرخيدمتن بوليه دتمبهباءيقءن .

Labels:

Pantun, Jaga alam جاݢا عالم

Seraya-menyeraya dalam bandar,
Awas songkok jangan cuai;
Bandaraya jaga alam sekitar,
Cantas pokok dengan sesuai.

سراي-مڽراي دالم بندر،
اوس سوڠكوق جاڠن چواي؛
بندراي جاݢا عالم سكيتر،
چنتس ڤوكوق دڠن سسواي.

Labels:

چنتس ڤوكوق Cantas pokok

اوسها منجاݢ ڤوكوق اداله ڤنتيڠ. بندراي سڤرتي بندراي كوالا لومڤور مستي اد چارا يڠ باءيق اونتوق منچنتس ڤوكوق دڠن سسواي.

Usaha menjaga pokok adalah penting. Bandaraya seperti Bandaraya Kuala Lumpur mesti ada cara yang baik untuk
mencantas pokok dengan sesuai.

Labels: , ,

Friday, December 01, 2017

Pantun, bencana dadah بنچان داده

Dunia sesak sedih manusia,
Tebu harus ditangani munasabah,
Semua pihak gigih berusaha
Perlu terus memerangi dadah.

دنيا سسق سديه ماءنسي،
تبو هاروس دتاڠني مناسبه؛
سموا ڤيهق ݢيݢيه  براوسها،
ڤرلو تروس ممرڠي داده.

Labels:

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Dadah adalah bencana antarabangsa.
Malaysia mengalaminya bertahun-tahun. Pengedar rakus. Penagih lemah. Ia bukan lagi menjadi tajuk berita. Semua pihak perlu terus memeranginya.

Labels: