Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, October 16, 2019

كبوچورن ڤاءيڤ ڤتاليڠ جاي

تيبا-تيبا ڤايڤ بوچور دڤتاليڠ جاي. باڽق كاوسن ترججس. اير سلاڠور بروسها ممڤرباءيقي.
     كيت برهارڤ شريكت ترسبوت داڤت مڠورڠكن ݢڠݢوان بكالن اير.

Labels:

Kebocoran paip PJ

Tiba-tiba paip bocor di Section 16, Petaling Jaya. Banyak kawasan terjejas. Air Selangor berusaha memperbaikinya.
     Kita berharap syarikat tersebut dapat mengurangkan gangguan bekalan air.

Labels:

Tuesday, October 15, 2019

Timur Tengah, tahap meledak

Tahap meledak Timur Tengah.
     Tindakan Trump turun naik. Beliau mungkir janji, meninggalkan orang Kurd dan mengundur tentera Amerika dari  Syria Utara. Turki menyerang kawasan Kurd itu. Orang Kurd minta tolong Syria. Syria, Rusia dan Iran mengukuhkan kedudukan.

Labels:

تاهڤ ملدق تيمور تڠه

تيندقن ترامڤ تورون ناءيق. بليو موڠكير جنجي ترهادڤ اورڠ كورد، لالو اوندور تنترا اميريكا دري اوتارا سيريا. توركي سرڠ كاواسن اورڠ كورد ايت. باڽق نݢارا ممبنته. ترامڤ كنا سكتن كاءتس توركي. اورڠ كورد مينتا تولوڠ درڤد سيريا. سيريا، روسيا دان ايرن مڠوكوهكن كدودوقن.

Labels:

Monday, October 14, 2019

كچدراءن اوتق

كچدراءن اوتق دمليسيا.
          كمالڠن ترافيك دان كچدراءن اوتق دنݢارا اين اداله تركموك ددنيا. كيني، مجله لنسيت، اڠݢلند، مپياركن كڤوتوسن اوجيان كاءتس 9000 ڤساكيت دري باپق نݢارا دان دداڤتي اوبت ترناءيكسميك اسيد اداله مجرب. ڤيهقڽ مستي منيلايكن اوبت ترسبوت.

Labels:

Kecederaan otak

Kecederaan otak di Malaysia.
     Kemalangan trafik dan kecederaan otak adakah tinggi di negara ini. Kini, Jurnal Lancet menunjukkan ubat Tranexamic Acid adalah mujarab untuk kecederaan otak di kalangan 9000 pesakit dari banyak negara. Pihaknya mesti menilaikan ubat tersebut.

Labels:

ڤرليمن بريتيش

ڤرليمن بريتيش تيدق برسڤاكت. ڤردان منتري بوريس جونسون برسوسه ڤايه منجلسكن ڤرستوجوان موڠكين دداڤتي سبلوم بريكسيت (كلوار دري كساتوان ايروڤه) ڤد 31.10.19. اين ممورمكن اݢيندا ڤڠݢوبلن اوندڠ-اوندڠ دالم تيته راتو.

Labels:

Parlimen British

Parlimen British tidak bersepakat. Perdana Menteri Boris Johnson berusaha menjelaskan persetujuan yang mungkin diadakan sebelum Brexit pada 31.10.29. Ini memuramkan agenda penggubalan undang-undang dalam titah Ratu hari ini.

Labels:

Sunday, October 13, 2019

Cerita RM30 juta dan jerebu

Cerita RM30 juta dan jerebu.
          Bajet Malaysia 2020 menyentuh cerita RM30 juta untuk menyelesaikan jerebu rentas sempadan. Tanah gambut dan kebakaran hutan membimbangkan rakyat. Kesabaran dan diplomasi menjadi buah mulut di kedai kopi.

Labels:

چريتا RM30 جوتا اونتوق جربو

چريتا RM30 جوتا دان جربو.
           باجيت مليسيا 2020 مڽنتوه چريتا RM30 بيليون اونتوق مڽلسايکن جربو رنتس سمڤادن. تنه ݢمبوت دان كباكرن هوتن ممبيمبڠكن رعيت. ديڤلوماسي دان كصبرن جادي بواه مولوت.

Labels:

Saturday, October 12, 2019

Malaysia digital

Bajet Malaysia 2020 sebut RM21.6 bilion untuk Malaysia digital secara perkongsian dengan swasta. Rakyat perlu pelaksanaan yang berkesan.
     Syarikat Facebook wujud mata wang maya, Libra, yang berteraskan kepada dolar Amerika. Adakah mata wang digital ini malaikat atau syaitan?

Labels:

مليسيا ديݢيتل

باجيت مليسيا 2020 سبوت RM21 بيليون اونتوق مليسيا ديݢيتل سچارا ڤركوڠسيان دڠن سوستا. رعيت ڤرلو ڤلقساناءن يڠ بركسن.
     شريكت ۏيسبوك وجود مات واڠ ماي، ليبرا، يڠ برترسكن كڤد دولر اميريكا. اداكه مات واڠ ديݢيتل اين ملاءىكت اتاو شيطان؟

Labels:

Friday, October 11, 2019

Bajet Malaysia 2020

Kementerian Pendidikan terus mendapat peruntukan terbesar RM64.1 bilion, hampir 21.6%, daripada jumlah RM297 bilion bajet Malaysia 2020. Ini termasuk RM1.67 bilion untuk program sarapan pagi percuma dan RM735 juta bagi mrmperbaiki dan menyelenggara sekolah-sekolah. Semoga tidak akan berlaku pembaziran dan kecurangan.

Labels:

باجيت مليسيا 2020

كمنتريان ڤنديديقن تروس منداڤت ڤرونتوقن تربسر 64.1 بيليون همڤير 21.6% درڤد جومله 297 بيليون باجيت مليسيا 2020. اين ترماسوق RM1.67 بيليون اونتوق سارڤن ڤاݢي ڤرچوما دان RM735 جوتا باݢي ممڤرباݢايکن دان مپلڠݢارا سكوله-سكوله. سموݢ تيدق اكن برلاكو ڤمبازيرن دان كچورڠن.

Labels:

كلمبڤن ايكونومي دنيا

مسءله-مسءله سڤرتي كلمبڤن ايكونومي دنيا، ڤلابورن دان ايكسڤورت مليسيا لمه، كوس سارا هيدوڤ ناءيق دان هرݢ ماكنن برتمبه تيڠݢي ممبيمبڠكن رعيت.

Labels:

Thursday, October 10, 2019

Kelembapan ekonomi dunia

Masalah-masalah seperti kelembapan ekonomi dunia, pelaburan dan eksport Malaysia lemah, kos sara hidup naik dan harga makanan bertambah tinggi membimbangkan rakyat.

Labels:

Wednesday, October 09, 2019

Pengangguran belia

Pengangguran Belia Malaysia.
          Pengangguran belia adalah sukar diatasi di dunia. Apakah punca-punca di Malaysia?
          Kadar pengangguran belia di negara ini disebutkan sebagai 10.9% berbanding dengan kadar negara 3.3%. Atau 18%? Kita hendak tahu kadar bandar, luar  bandar dan punca-punca yang sebenarnya di negara ini.
         

Labels:

ڤڠاڠݢورن بميا دنيا

ڤڠاڠورن بليا مليسيا
           مسءله ڤڠاڠݢورن بليا اداله سوكر داتسي ددنيا. اڤاكه ڤونچا-ڤونچا دمليسيا؟
          قدر دبݢارا اين دسبوتكن سباݢاي 10.9% بربنديڠ دڠن قدر نݢارا 3.3%. اتاو 18%؟ كيت هندق تاهو قدر ڤڠاڠورن بليا بندر، لوار بندر دان ڤونچا-ڤونچا يڠ سبنر.

Labels:

Tuesday, October 08, 2019

Sarapan Pagi Percuma

Sarapan Pagi Percuma
          Kementerian Pendidikan akan membelanja sampai RM1.67 bilion setahun untuk program tersebut bagi 2.69 juta murid sekolah rendah Malaysia. Jangan membazirkan wang itu.

Labels:

سارڤن ڤاݢي ڤرچوما

سارڤن ڤاݢي ڤرچوما.
          كمنتريان ڤنديديقن اكن ممبلنجا سمڤاي RM1.67 بيليون ستاهون اونتوق ڤروݢرام ترسبوت باݢي 2.69 جوتا موريد سكوله رنده مليسيا. جاڠن ممبازيركن واڠ ايت.

Labels:

Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR)

Pesuruhjaya Tinggi untuk Pelarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mendaftarkan di Malaysia 177,690 pelarian dan pencari suaka, termasuk 153,870 dari Myanmar. Mereka berada di Malaysia bertahun-tahun.
     Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mestilah berusaha menempatkan mereka di negara lain. Jangan bersikap acuh tak acuh.

Labels: ,

ڤسوروهجاي ڤلاريان بڠسا-بڠسا برساتو

ڤسورهجاي ڤلاريان بڠسا-بڠسا برساتو مندۏتركن دمليسيا كيرا-كيرا 177،690 ڤلاريان دان ڤنچاري سواك ترماسوق 153770 دري ميانمر. مريك براد دنݢارا اين برتاهون-تاهون. ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو ميستي براوسها منمڤتكن مريكد دنݢارا لاءين. جاڠن برسيݢڤ اچوه تق اچوه.

Labels:

Sunday, October 06, 2019

Data Kesihatan

Dunia digital berkembang pesat. Misalnya, maklumat para pesakit disimpan sebagai data. Ini boleh diguna untuk kebaikan atau keburukan. Orang awam mesti berhati-hati.

Labels:

داتا كصيحتن

دنيا ديݢيتل بركمبڠ ڤست. ميثلڽ معلومت ڤارا ڤساكيت دسيمڤن سباݢاي داتا. اين  بوليه دݢون اونتوق كباءيقن دان كبوروقن. اورڠ عوام مستي برهاتي-هاتي.

Labels:

Musim hujan

Jerebu hilang kerana musim hujan mengurangkan kebakaran hutan. Negara-negara yang terkena jerebu seperti Malaysia mesti mencuba semula untuk mencegah pencemaran udara tersebut.

Labels:

موسيم هوجن

جربو هيلڠ كران موسيم هوجن مڠورڠكن كباكرن هوتن. نݢارا-نݢارا يڠ تركنا جربو سڤرتي مليسيا مستي چوبا سمولا اونتوق منچݢه ڤنچمرن اودارا ترسبوت.

Labels:

Bolasepak Liga Perdana Inggeris

Bolasepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool 2:1 Leicester. Liverpool menyerang pintu gol Leicester banyak kali tetapi akhirnya sepakan penalti menentukan. Walaupun masih awal musim ini, Liverpool menunjukkan ia bertekad.

Labels:

بولاسيڤق ليݢ ڤردان اڠݢريس

بولاسيڤق ليݢ ڤردان اڠݢريس، ليۏرڤول 1:2 ليستر. ليۏرڤول مڽرڠ ڤينتو ݢول ليستر باڽق كالي، تتاڤي اخيرڽ ڤينالتي مننتوكن. والاوڤون ماسيه اوم موسيم اين، ليۏرڤول منونجوقءن اي برتيكد.

Labels:

Friday, October 04, 2019

Kawalan Air Minum

Kawalan Air Minum
          Air Selangor kata bahawa dalam minggu ini ia menerima 1143 aduan mengenai air busuk. Syarikat Malaysia itu mesti memastikan langkah kawalannya adalah berkesan.

Labels:

كاولن اير مينوم

موتو اير مينوم
          دالم ساتو ميڠݢو اين، اير سلاڠور كات اي منريما 1143 ادوان مڠناءي اير بوسوق. شريكت ايت مستي ممستيكن كاولنڽ اداله بركسن.

Labels:

Thursday, October 03, 2019

Rangkaian 5G

Pada 3.10.2019, perjanjian di antara Maxis dan Huawei untuk membina rangkaian 5G memberi peringatan kepada orang Malaysia bahawa kita mesti menyesuaikan diri dengan zaman kini. Kita berharap perkhidmatan 5G dalam negara adalah bertaraf dunia.

Labels:

رڠكايان 5G

ڤد 3.10.19 ڤرجنجيان دانتارا ميكسيس دان هواوي اونتوق مڠاداكن رڠكاءين 5G ممبري ڤريڠاتن كڤد اورڠ مليسيا بهوا كيت مستي مپسوايكن ديري دڠن زمان كيني. كيت برهارڤ بهوا نݢارا اين اكن اد ڤرخدمتن 5G برتارۏ دنيا.

Labels:

Wednesday, October 02, 2019

Pekak kerana dibuli

Pekak akibat dibuli.
     Seorang pelajar telah tuli telinga kanan kerana dibuli sekolah. Pada 30.9.2019, Mahkamah Tinggi Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM616,634.20 keatas sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar, bekas pembantu kanan sekolah, bekas guru besar, ketua pengarah pendidikan dan kerajaan.
     Apakah pendapat anda?

Labels:

ڤكق كران دبولي

ڤكق كران كنا بولي دسكوله.
     ساءورڠ مڠسا بولي
سكوله مليسيا تله تولي تليڠا كانن عقيبت كنا بولي دسكوله. ڤد 30.9.2019 مهكامه تيڠݢي تريڠݢانو منجاتوهكن حكومن دندا RM616،634.20 كاءتس سمبيلن ڤيهق ترماسوق ليم بكس ڤلاجر، بكس ڤمبنتو كانن سكوله، بكس ݢورو بسر، كتوا ڤڠاره ڤنديديقن دان كراجاءن.
     اڤاكه ڤنداڤت اندا؟
         

Labels:

Tuesday, October 01, 2019

Amalan membuli di sekolah

Dana Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan lapan daripada pelajar yang dikaji mendakwa pernah dibuli di sekolah Malaysia. Ibu-bapa bimbang.
     Pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan berkesan untuk mencegah amalan tersebut.

Labels:

عملن ممبولي دسكوله

تينجاوان 2018 دانا كانق-كانق بڠسا-بڠسا برسات منونجوقءن لاڤن درڤد 10 ڤلاجر مندعوا ڤرنه دبولي دسكوله مليسيا. ايبو-باڤ بيمبڠ.
     ڤيهق يڠ بركناءن مستي مڠمبيل تيندقن بركسن اونتوق منچݢه عملن ممبولي دسكوله.

Labels:

Johnson ada Brexit strategi

Perdana Menteri British Boris Johnson kata beliau ada strategi untuk Brexit ( Britain keluar dari Kesatuan Eropah). Parlimen British dan Kesatuan Eropah hendak tahu isi-kandungannya. Adakah Brexit tanpa persetujuan pada 31.10.19?

Labels:

جونسون اد ستراتيݢي بريكسيت

ڤردان منتري بريتيش بوريس جونسون
كات بليو اد ستراتيݢي اونتوق بريكسيت(كلوار دري كساتوان ايروڤه). كساتوان ايروڤه دان ڤرليمن بريتيش هندق تاهو ايسي-كندوڠنڽ. اداكه بريكسيت تنڤا ڤرستوجوان ڤد 31.10.19؟

Labels:

Pesakit tunggu lama mendaftar

Masalah pesakat meunggu lama berterusan di hospital kerajaan. Misalnya, Hospital Selayang melayan kira-kira 3000 pesakit sehari. Pesakit terpaksa menunggu untuk mendaftar lebih dua jam. Kita berharap Kementerian Kesihatan dapat menambah baik keadaan tersebut.

Labels:

ڤساكيت توڠݢو لام مندۏتر

مسءله ڤارا ڤساكيت منوڠݢو لام برتروسن دهوسڤيتل كراجاءن. ميثلڽ، هوسڤيتل سلايڠ ملاين كيرا-كيرا 3000 ڤساكيت سهاري. ڤساكيت ترڤقسا توڠݢو لبيه دوا جم اونتوق مندۏتر. كمنتريان كصيحتن ڤرلو مڠكاجي چارا منمبه باءيق كاءداءن ترسبوت.

Labels: