Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, April 29, 2008

Dewan Rakyat perlu menyesuaikan dengan suasana baru.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengharapkan semua pihak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru di Dewan Rakyat, agar isu-isu yang pokok dapat dibincangkan.

Pada 30.4.2008, Dr Tan mengambil bahagian di dalam sesi soal-jawab Dewan Rakyat yang disiarkan secara langsung kali pertama untuk setengah jam. Apa yang berlakunya ialah pertikaian di antara ahli-ahli dengan Yang di-Pertua mengenai peraturan mesyuarat.

YB Bukit Gelugur bermula dengan peraturan mesyuarat tentang angkat sumpah ahli-ahli pada 28.4.2008. Semasa mengangkat sumpah ada sesetengah ahli tidak angkat tangan kanan dengan ketara. Yang di-Pertua menolak bantahan itu, lalu mengatakan beliau telah membuat keputusan untuk menerima sumpah semua 222 ahli.

Setelah YAB Perdana Menteri menjawab langkah-langkah untuk menambah baik kualiti kehidupan, seperti menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi mengawalkan inflasi, Badan Pencegah Rasuah dijadikan Suruhanjaya dan sebagainya, Yang di-Pertua tidak membenarkan soalan tambahan langsung. Ini menimbulkan riuh rendah. Sesi soal jawab mestilah ada soalan tambahan. YAB PM meminta sekurang-kurangnya satu soalan diizinkan. Barulah Dewan mengembali tenang.

Usik-mengusik di antara ahli berlaku. YB Pasir Mas membangkitkan bahawa YB Bukit Gelugur tidak meminta izin untuk tidak membangun (beliau duduk dalam kerusi beroda kerana sakit). Perkara seumpama ini perlu dielakkan.

Dalam kira-kira satu jam setengah sesi soal-jawab, hanya tiga soalan dibangkitkan. Bermulalah perbahasan menjunjung kasih ucapan titah diraja yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada 29.4.2008.

Yang di-Pertua mestilah membuat keputusan yang tegas dan bijak mengikut Peraturan Mesyuarat. Semua pihak harus meyesuaikan diri dengan suasana baru Dewan ini.

Dr Tan Seng Giaw

Sunday, April 27, 2008

SPR mestilah adil kepada para pengguna laman web, blog atau SMS untuk berkempen dalam pilihanraya

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaku adil kepada semua pihak yang menggunakan laman (web)sesawang, blog, SMS atau lain teknologi baru di dalam kempen pilihanraya.

Lebih ramai orang akan menggunakan teknologi baru untuk berkempen ketika pilihanraya.

Dr Tan membuat komen terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengatakan bahawa calon dan parti yang memakai teknologi baru boleh dikenakan tindakan oleh SPR jika mereka didapati melanggar peraturan.

Ini bererti SPR sedang mempertimbangkan pindaan ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memperluaskan bidang kuasanya sehingga mencakupi kempen menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.

Kita berharap semua yang berkempen menerusi teknologi moden akan menyebarkan fakta yang sebenar. Yang terpenting sekali ialah SPR wajib memastikan keadilan semasa menjalankan tugas.

Dr Tan Seng Giaw

Thursday, April 24, 2008

Pemusnahan pokok-pokok di Taman Intan Baiduri Kepong

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru semua pihak supaya mengambil perhatian terhadap penghapusan pokok-pokok di persimpangan Jalan Taman Intan Baiduri dan Jalan Kepong-Selayang pada akhir-akhir ini.

Pada 20.4.2008, Dr Tan melawat tempat kejadian, menyaksikan jentolak merambah pokok-pokok yang usirnya mungkin 100 tahun. Ketika itu, tidak ada papan iklan yang menjelaskan apakah kerja yang sedang dibuat oleh pihak yang tertentu.

Pada tempoph hari, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) hendak mengadakan Taman Warisan atau Taman Sains Rimba di sekitar pintu masuk ke institut itu. Taman ini adalah berdampingan dengan tempat pokok-pokok ditebang. Tetapi, kegiatan kemusnahan hutan tersebut bukanlah kerja FRIM.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi FRIM, pada satu ketika, kawasan berkenaan adalah di dalam hutan simpan yang merupakan kawasan FRIM, tetapi telah diberikan kepada syarikat luar ketika persempadanan semula.

Kerajaan Selangor haruslah menyiasat perkara ini, agar ia dapat membuat kenyataan yang berasas. Bagaimanakah hutan simpan boleh diserahkan kepada syarikat itu? Apakah langkah-langkah yang akan diambil?

Dr Tan Seng Giaw