Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, August 21, 2009

Pastikan semua pejabat kerajaan adalah bermesra dengan rakyat

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw meminta Timbalan Perdana Menteri mengkaji secara menyeluruh cara-cara rakyat dilayani di semua pejabat kerajaan sebagai salah satu langkah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Dr Tan mengambil perhatian terhadap hasrat Timbalan Perdana Menteri yang telah membuat banyak komen tentang prestasi dan pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Pada 20 Ogos, 2009, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pendekatan turun padang di kalangan pemimpin kerajaan dan wakil rakyat dilakukan dengan cara yang lebih berkesan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa mereka yang terlibat perlu lebih kreatif termasuk melakukan banyak lawatan mengejut atau tinjauan tidak formal untuk mengetahui masalah sebenar di peringkat akar umbi.

Jika Tan Sri Muhyiddin mempercayai bahawa pendekatan tersebut adalah selaras dengan Gagasan 1Malaysia, maka beliau perlu memastika pemimpin-pemimpin tidak mengeluarkan kenyataan perkauman dan sensitiviti agama.

'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' telah disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain dari mengelakkan sensitiviti kaum dan agama, beliau mestilah mempertimbangkan syor untuk mengkaji secara menyeluruh cara-cara rakyat dilayani di semua jabatan kerajaan. Terdapat lebih 1.2 juta kakitangan awam. Ada yang baik dan ada yang kurang. Apabila orang ramai memergi ke jabatan kerajaan, layanan ke atas mereka adalah penting.

Sekiranya permintaan sesetengah orang adalah tidak munasabah, kakitangan kerjaan harus mempunyai kaedah untuk menanganinya. Sesekali ladenan yang kurang baik dilakukan oleh segelintir kakitangan ke atas rakyat termasuk bekas kakitangan kanan awam.

Dr Tan Seng Giaw

Wednesday, August 19, 2009

Pastikan Konstabel Sukarelawan Polis bermesra dengan rakyat

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong menyerusupaya Konstabel Sukarelawan Polis (PVR) sentiasa bermesra denganrakyat dan memahami peranannya untuk membantu menangkap penjenayah.

Ini adalah penting kerana adakalanya orang ramai mengadu bahawa pasukan sukarelawan seperti Ikatan Rakyat Malaysia (RELA) menyeleweng dan menyinggungkan rakyat. Misalnya pada tempoh hari Rela menangkap pendatang sama ada dengan izin atau tanpa izin, lalu menghantar orang-orang tanahannya ke kem di Melaka. Cara-cara yang munasabah perlu diikuti, termasuk membezakan pendatang dengan dan tanpa izin.

Pada 19.8.2009, Dr Tan mengulas tentang bermulanya PVR bertugas di 11 tempat panas di Kuala Lumpur semalam.

Adalah dilaporkan bahawa 43 orang daripada kumpulan pertama PVR terdiri daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang memulakan tugas di 11 lokasi panas di ibu negara.

Usaha membanteraskan jenayah adalah di buat oleh pihak polis dengan kerjasama rakyat, termasuk pertubuhan sukarelawan. JPAM, Rela dan Rukun Tetangga (RT) merupakan badan-badan yang boleh memberi sumbangan yang bermakna.

Latihan yang berkesan mestilah diadakan untuk menentukan semua ahli JPAM, Rela dan RT mengerti tugas-tugas dan keadaannya. Mereka tidak mempunyai kuasa polis. Apabila memeriksa orang-orang yang mencurigakan, mereka perlu mengikut peraturan yang tertentu. Soal menyalahkan kuasa tidak boleh timbul kerana jika tanggapan rakyat terhadap mereka adalah buruk, maka mereka akan menghadapi kesusahan.

Kadang-kadang terdapat aduan mengenai Rela dan RT. Bilangan RT sudah kurang dengan banyak. Khabarnya, Kerajaan Persekutuan hendak memulihkan RT. Sekali-sekali, segelintir orang menyalahgunakan nama RT untuk mendirikan bangunan di kawasan hijau; bangunan ini dipakai untuk tujuan yang lain.

Kawalan yang ketat haruslah selalu diadakan untuk memastikan PVR tidak menyimpang dari tujuan yang sebenarnya.

Dr Tan Seng Giaw

Monday, August 10, 2009

Beri peluang kepada awam membaca Laporan Pasukan Petugas Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat memberi peluang kepada orang ramai untuk membaca Laporan Petugas Khas PKFZ, agar mereka boleh mengetahui keadaan yang sebenarnya.

Sementara itu, Kerajaan Persekutuan mestilah mempertimbangkan penubuhan Suruhanjya Diraja untuk minyiasat skandal yang begitu rumit. Adakah perbezaan tuntutan pemaju berjumlah RM 930 juta?

Pada 11.8.2009, Dr Tan mengulas tentang penemuan Pasukan Petugas Khas PKFZ yang mengambil masa dua bulan untuk mengkaji permasalahan PKFZ.

Menurut Laporan Pasukan Petugas PKFZ, terdapat perbezaan-perbezaan tuntutan Kuala Dimensi Sdn Bhd di antara RM 500 juta dan RM 1 bilion.

Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang Datuk Lee Hwa Beng telah membuat laporan polis pagi ini mengenai hal ini.

Semalam, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan penemuan tersebut.

Di dalam tempoh labih enam tahun ini, pelbagai masalah berlaku di PKFZ. Siasatan Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya menarik perhatian awam.

Besok, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menaya Peguam Negara di Parlimen beberapa soalan mengenai PKFZ. Beliau pernah mengemukakan beberapa cadangan darihal PKFZ, termasuk syor untuk mengambil alih tanah bagi PKFZ, bukan membeli dengan harga pasaran yang tinggi.

Dr Tan Seng Giaw