Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, June 30, 2014

Tipu daya Macau: penjenayah antarabangsa guna penjahat tempatan

Ada yang mengatakan bahawa terdapat segelintir orang Malaysia yang menipu orang China dan sebaliknya. Geng Macau menggunakan para penjahat tempatan untuk mencuri wang dari akaun bank mangsanya. Mereka menyalahgunakan nama bank khasnya Bank Negara, Maybank dan Ambank serta perasaan orang terhadap aktiviti penyeludupan wang untuk mencungkil butiran dari mangsa yang tidak berdosa. Tipu Acheh gurindam Barus.
    Umumnya,  bank-bank khasnya Bank Negara tidak mendapat maklumat peribadi daripada pelanggannya melalui telefon, SMS atau email.

Sunday, June 29, 2014

Penipuan bank 'Macau'

Sejak Januari 2014, setengah orang Malaysia telah tertipu. Segolongan puak antarabangsa yang dipanggil Golongan Macau mengguna nama Bank Negara, kononnya menyiasat kes penyeludupan wang. Mangsa memberitahu 'pegawai siasatan, IO,' butiran akaun bank dan kad kredit. Para penipu mencuri wang darinya.
     Bank Negara tidak mengambil wang dari akaun; ia membekukan jika perlu. Ia tidak mendedahkan nama dan nombor telefon pegawai siasatan.

Piala Dunia: Messi, Muller, Neymar dan Rodriguez

Bolasepak Piala Dunia, Brazil, 2014: 32 negara sudah buat persiapan untuk menghantar pasukannya ke Brazil. Setiap pasukan berdaya bersaing. Kerana pelbagai faktor seperti gigitan lawannya oleh Luis Suarez (jaring 2 gol) dari Uruguay, 16 pasukan masuk ke peringkat suku akhir. Christiano Ronaldo (masuk 1 gol) balik ke rumah bersama pasukan Portugal.
     Setakat ini, Lionel Messi dari Argentina mendapatkan 4 gol, Thomas Muller dari Jerman 4, Neymar dari Brazil 4 dan James Rodriguez 5. Siapa akan muncul sebagai bintang yang terbaik?

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadan.

Salam Ramadan.

Bintang - bintang terbaik di Piala Dunia?

Bolasepak Piala Dunia, Brazil, 2014: para pemain yang membuat banyak jaringan adalah termasuk Lionel Messi dari Argentina, Thomas Muller dari Jerman,  Neymar dari Belgium dan James Rodriguez dari Columbia.
     Pada 29 Jun,  2014, satu keputusan adalah Columbia 2:0 Uruguay. Columbia mara ke depan. Bintangnya, Rodriguez, menjaringkan dua gol; gol pertamanya hebat. Dia mungkin menjadi pemain yang terbaik di pertandingan ini.

Wednesday, June 25, 2014

Kabinet 2014 yang berkesan?

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib menambah tiga menteri lagi kepada Kabinet yang ahlinya 32 orang, dua dari MCA dan satu dari Gerakan, menjadi jumlah 35. Australia yang populasinya juga lebih 20 juta mempunyai 18 ahli Kabinet. Bolehkah Kabinet yang diperbesarkan itu memberi perkhidmatan baik kepada rakyat.

Monday, June 23, 2014

Pengasingan sampah dan nilai kalori lebih tinggi

Insinerator Shibuya di tengah Tokyo membakar sisa pepejal (sampah) 250 tan sehari. Sisa ini telah diasingkan dan nilai kalorinya adalah lebih tinggi. Pendidikan mengenai pengurusan sisa pepejal di Jepun bermula sejak 80han abad yang lalu.

Saturday, June 21, 2014

Insinerator sampah:kilang, ahli teknik, penyelenggaraan dan pengasingan sampah yang baik

Isu insinerator sisa pepejal (sampah)  menimbulkan kontroversi. Ada yang menyokong. Ada yang menentang. Terdapat insinerator moden di tengah bandaraya seperti Amsterdam, Seoul, Singapura, Taipei dan Tokyo. Insinerator ini mempunyai kilang, ahli teknik, penyelenggaraan dan pengasingan sampah yang terbaik.

Friday, June 20, 2014

Bolasepak Piala Dunia:persembahan terkini menuntu nasib

Bolasepak Piala dunia mendatangkan semangat dan suasana di seluruh dunia. Ia adalah sukan terpopular dan terkomersial.

Para pemenang Piala Dunia yang lalu seperti Brazil, England, Itali, Jerman, Perancis dan Uruguay menghadapi nasib yang tidak serupa.

Persembahan terkini menentukan nasib sesuatu pasukan. Misalnya England1, Uruguay2; Costa Rica 1, Itali 0.Ini bermakna England terkeluar dari pertandingan.

Wednesday, June 18, 2014

Boladepak Piala Dunia: Australia 2: Holland 3.

Bolasepak Piala Dunia, Brazil 2014: Australia 2:Holland 3. Kedua-dua pasukan memain dengan sepakan cepat dan gaya menyerang.  Persembahannya menarik. Walaupun Australia bekerja dengan lebih kuat sedikit, Holland menang.

Tuesday, June 17, 2014

Tindakan berkesan untuk keselamatan Sabah

Pada tempoh hari, tiga penculikan dalam tiga bulan di Sabah, menjejaskan bukan sahaja pelancongan, bahkan juga imej Malaysia. Walaupun pantai Sabah adalah lebih daripada 1000 kilometer dan bilangan pulaunya beratusan, Kerajaan mestilah mengambil tindakan keselamatan yang berkesan, untuk memulihkan keyakinan terhadap negara ini.

Sunday, June 15, 2014

Penyelesaian antara pengurusan dan kesatuan MAS

MAS menghadapi kesusahan khasnya selepas kehilangan ghaib MH370. Setakat ini, Khazanah Holdings Berhad sudah membantunya dengan RM5 billion. Syarikat ini tidak boleh diselamatkan dengan wang rakyat sekali lagi. Pihak pengurusan dan kesatuan-kesatuan MAS mestilah mencapai penyelesaian  yang saling berfaedah untuk kepentingan negara. Pemeliharaan pekerja adalah penting.  Pemeliharaan syarikat dan negara adalah juga penting.

Saturday, June 14, 2014

KWSP dan pelaburannya

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai jumlah aset pelaburan pada 2013 sebanyak RM586.6 bilion dan 20.2% daripadanya dilaburkan di seberang laut. Tahun ini, jumlahnya dianggarkan RM597 bilion. Pihaknya mestilah berhati-hati, bertelus dan akauntabel.

Friday, June 13, 2014

SPRM mesti tunjuk keberkesanan

Syarikat akauntan antarabangsa, Ernst and Young, membuat kajian yang menunjukkan kira-kira 83% peserta di Malaysia mengesahkan syarikatnya mempunyai dasar pencegahan menerima dan memberi rasuah serta kod etika. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mestilah menunjukkan keberkesanannya.

MAS saga dan misteri MH370

MAS saga menghadapi masalah bertahun-tahun. Kehilangan ghaib MH370 menambahkan masalah. Selepas Khazanah Nasional Berhad mengumumkan hasrat untuk menggubal pelan untuk menyelamatkan MAS, ramai berasa bimbang. Setakat ini, Khazanah sudah memberi MAS RM5 bilion. Berapa bilion lagi wang rakyat?

Thursday, June 12, 2014

Pengasingan sampah

Pengasingan sisa pepejal (sampah) kepada pelbagai jenis adalah penting. Ini memudahkan pengendaliannya. Tapak pelupusan sampah sanitari boleh menerimanya dengan lebih senang. Insinerator hanya boleh berfungsi dengan berjaya jika sampah diasingkan.
     Adalah susah untuk melihat amalan pengasingan sampah di Malaysia. Misalnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur belum menyediakan kemudahan untuk mengasingkan sampah. Di negara-negara maju seperti Jepun, Sweden dan Australia, amalan ini diperlihatkan. Berapa tahun diperlukan untuk mencapai tahap ini? 20 tahun?
      Kerajaan hendak negara ini mencapai tahap negara maju pada tahun 2020. Bilakah pengurusan sampah boleh meningkat ke peringkat dunia?
    

Saturday, June 07, 2014

Pantau punca kewangan parti politik

Di Malaysia, ada parti politik yang mempunyai kewangan yang besar. Ini membolehkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti.
     Siapa yang mengawal kewangan tersebut. Terdapat banyak perbahasan mengenai isu ini. Apakah tindakan?
     Kita memerlukan sebuah badan untuk memantau kegiatan tersebut dan cara wang didapati. Kita berkehendakkan masa dan kerja kuat bagi memastikan badan ini adalah berkesan dan adil.

Tuesday, June 03, 2014

Cerita panjang (saga) dan misteri MH370

Malaysia mempunyai cerita panjang (saga) yang terkemuka seperti MAS saga dan Proton Saga. MAS saga ialah cerita panjang menelan wang rakyat. Berapa bilion lagi wang awam yang akan disalahguna?
     Kehilangan ghaib pesawat MH370 memanjangkan lagi cerita MAS. Kita mestilah membantu waris 239 penumpang yang terkorban.
     Misteri MH370 berterusan. Walaupun usaha mencarinya diadakan di selatan Lautan Hindi, pesawat yang malang itu tidak ditemui. Bilakah usaha ini akan berjaya?
     Pengurusan MAS saga haruslah diperbaiki secara menyeluruh. Dunia penerbangan komersial moden menjejaskan prestasi MAS. Cegahkanlah perbuatan orang yang merompak MAS.