ڤيليهنري مليسيا Pilihanraya Malaysia
اد يڠ منكا تاريخ ڤيليهنراي مليسيا. اڤريل تاهون اين 2017 ساتو اڠگاڤن. نصيب نگارا ڤنتيڠ.
Ada yang meneka tarikh pilihanraya Malaysia. April tahun ini 2017 satu anggapan. Nasib negara penting.
اد يڠ منكا تاريخ ڤيليهنراي مليسيا. اڤريل تاهون اين 2017 ساتو اڠگاڤن. نصيب نگارا ڤنتيڠ.
Ada yang meneka tarikh pilihanraya Malaysia. April tahun ini 2017 satu anggapan. Nasib negara penting.
جك تيدق براوسها، سساءورڠ تيدق اكن برجاي. كيت تروس براختيار منچاڤاي هرموني دان ڤرڤادوان دمليسيا.
ساله لڠكه ترتكن،
بتيس ڤندڠ كتياق؛
ڤاته توڠكت برتلكن،
هابيس هولوبالڠ برسياق.
Jika tidak berusaha, seseorang tidak akan berjaya. Kita terus berikhtiar mencapai harmoni dan perpaduan di Malaysia.
Salah langkah tertekan,
Betis pandang ketiak,
Patah tongkat bertelekan,
Habis hulubalang bersiak.
Labels: sentiasa berusaha tanpa putus asa. سنتياس براوسها تنڤا ڤوتوس اسا
ستياڤ نگارا اد عملن، بهاس، قوم اتاو اسڤيك لاءين تيدق سروڤ. كيت مستي ۏهم ڤربيزاءن اين دان ممڤلاجاري اونتوق ماءوجودكن توليرنسي.
لاءين ڤاسڠ لاءين لاتربلاكڠڽ،
لاءين بوبوق لاءين كومبڠڽ؛
لاءين ڤادڠ لاءين بلالڠڽ،
لاءين لوبوق لاءين ايكنڽ.
Setiap negara,ada amalan, bahasa, kaum dan aspek lain yang tidak serupa. Kita mesti faham perbezaan ini dan mempelajari untuk mewujudkan toleransi.
Lain pasang lain latarbelakangnya,
Lain bubuk lain kumbangnya;
Lain padang lain belalangnya,
Lain lubuk lain ikannya.
Labels: Negeri tidak serupa adatpun tidak. نگري تيدق سروڤ ادتڤون تيدق
جربو منججس جوتاءن ڤندودوق دتيمور كاءوت دچينا. دهارڤكن جربو تيدق كمبالي ك مليسيا دان سيڠاڤورا.
Jerebu menjejas jutaan penduduk di Timur Laut China. Diharapkan jerebu tidak kembali ke Malaysia dan Singapura.
Labels: هارڤ جربو تيدق كمبالي ك مليسيا Diharap jerebu tidak kembali ke Malaysia
هاتي اتاو اوتق ماءنسي اداله لوار بياس. كيت ۏيكير. كيت بوات. اد يڠ ساله. اد يڠ بتول. كلواسن هاتي داڤت دگون اونتوق كباءيكن بومي.سبلوم ملاكوكن سسواتو كيت مستي ۏيكير دڠن ماسق-ماسق.
ڤندڠ برادو دهادڤن،
ڤندڠ تيڠگي دتوكيقءن؛
ڤادڠ ڤراهو دلاءوتن،
ڤادڠ هاتي دۏيكيركن.
Hati atau otak manusia adalah luar biasa. Kita fikir. Kita buat. Ada yang salah. Ada yang betul. Keluasan hati dapat diguna untuk kebaikan bumi. Sebelum melakukan sesuatu kita mesti fikir dengan masak-masak.
Pandang beradu di hadapan,
Pandang tinggi ditukikkan;
Padang perahu di lautan,
Padang hati di fikiran.
Labels: هاتي اتاو اوتق ماءنسي لوار بياس Hati atau otak manusia luar biasa
ميديا ماسا ڤبوه دڠن تودوهن. اد يڠ بنر دان اد يڠ تيدق. اد يڠ منچلا اورڠ لاءين تتاڤي ديري سنديري لبيه بوروق.
مڠات تالڠ تاهو ڤتيتيه،
مڠات اورڠ ماهو لبيه؛
مڠات دولڠ ڤاكو سرڤيه،
مڠات اورڠ اكو لبيه.
Media massa penuh dengan tuduhan. Ada yang benar dan ada yang tidak. Ada yang mencela orang lain tetapi diri sendiri lebih buruk.
Mengata talang tahu petitih,
Mengata orang mahu lebih;
Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang aku lebih.
Labels: Mencela orang منچلا اورڠ
سڤرتي يڠ برلاكو داۏغانيستن، سوماليا دان ڤرنچيس، سرڠن تراك دبرلين ممبونوه 12 اورڠ دان منچدراكن سگولوڠن دڤاسر كريسمس. دوتا روسيا كتوركي دبونوه داڠكارا. تعزيت كڤد كلوارگ مڠسا.
Seperti yang berlaku di Afghanistan, Somalia dan Perancis, serangan trak di Berlin membunuh 12 dan mencederakan segolongan di pasar Krismas. Duta Rusia ke Turki dibunuh di Angkara. Takziah kepada keluarga mangsa.
Dalam masyarakat, setiap orang tidak serupa. Kita mesti faham dan menerima perbezaan ini. Misalnya, di sekolah, guru harus pandai mengajar murid-murid yang berbeza kesukaannya.
Lain palang lain paksi,
Lain padang lain padi;
Lain dulang lain kaki,
Lain orang lain hati.
دالم مشاركت، ستياڤ اورڠ تيدق سروڤا. كيت مستي ۏاهم دان منريما ڤربيزاءن اين. ميثلڽ دسكوله، گورو هاروس ڤنداي مڠاجر موريد-موريد يڠ بربيزا كسوكاءنڽ.
لاين ڤالڠ لاءين ڤقسي،
لاءين ڤادڠ لاءين ڤادي،
لاءين دولڠ لاءين كاكي،
لاءين اورڠ لاءين هاتي.
Labels: Berbeza kesukaannya
منتري مستي مپاست سبب اورڠ برڤنداڤتن رنده دمليسيا سوسه منداڤت ميپق ماسق. اڤ سبنرڽ برلاكو؟
Menteri mesti menyiasat sebab orang berpendapatan rendah susah mendapat minyak masak di Malaysia. Apa sebenarnya berlaku?
Dalam kehidupan kita ditimpa pelbagai masalah. Misalnya, semasa banjir besar, seseorang boleh mengalami tanah runtuh, rumah rosak dan nyawa terancam. Bagaimanapun kita mesti membuat persiapan untuk menghadapi cabaran.
Faridah segan main di Tumpat,
Susah jalan ke rumah semula;
Pindah beban kepada lain tempat,
Sudah diheban dihela pula.
دالم كهيدوڤن كيت دتيمڤا ڤلباگاي مسءله. ميثلڽ، سماس بنجير بسر،سساءورڠ بوليه مڠالمي تانه رونتوه، رومه روسق دان پاوا ترانچم. باگايماناڤون، كيت مستي ممبوات ڤرسياڤن اونتوق مڠهادڤي چابرن.
ۏاريده سگن ماءين دتومڤت،
سوسه جالن ك رومه سمولا؛
ڤينده ببن كڤد لاءين تمڤت،
سوده دهيبن دهيلا ڤولا.
ڤڠتهوان دان ڤندڠن جاءوه اداله ڤنتيڠ. نگارا مستي ممستيكن وجودڽ ڤنديديقءن يڠ ماجو يڠ ممبوليهكن رعيت منداڤت ڤڠتاهوان دالم بيدڠ يڠ دمينتي.
ڤلاجر تاگل داونيۏرسيتي،
سيبوق ݢمل داي تاهن ديري؛
ڤلاجر حال ݢاءيتن تيكنولوگي،
لوبوق عقل لاءوتن بودي.
Pengetahuan dan pandangan jauh adalah penting. Negara mesti memastikan wujudnya pendidikan yang maju yang membolehkan rakyat mendapatkan pengetahuan dalam bidang yang diminati.
Pelajar tagal di universiti,
Sibuk kenal daya tahan diri;
Pelajar hal kaitan teknologi,
Lubuk akal lautan budi.
Labels: berpengetahuan. برڤڠتاهوان
Musim bertukar. Kehidupan tidak tentu. Nasib seseorangpun tidak tetap. Misalnya, Hillary Clinton mempunyai harapan untuk menjadi Presiden Amerika. Tetapi nasibnya kurang baik termasuk penggodaman antarabangsa.
Senduk menjadi sungai,
Sungai menjadi senduk;
Lubuk menjadi pantai,
Pantai menjadi lubuk.
موسيم برتوكر. كهيدوڤن تيدق تنتو. ناصيب سساءورڠ تيدق تتڤ. ميثلڽ،
هيلاري كلينتون ممڤوپاءي هارڤن منجادي ڤريسيدن اميريكا. تتاڤي ناصيبڽ كورڠ باءيك ترماسوق ڤڠگودمن انتارابڠسا.
سندوق منجادي سوگاي،
سوڠاي منجادي سندوق؛
لوبوق منجادي ڤنتاي،
ڤنتاي منجادي لوبوق.
Labels: Nasib tidak tetap
Seseorang yang memegang sesuatu jawatan seperti menteri, jika tidak mempunyai kuasa, tindakan dan prestasinya mungkin kurang. Kuasa membuat keputusan adalah penting.
Sungai siput tepinya lalang,
Ijuk sebelah, guar seberang;
Bagai melukut di tepi gantang,
Masuk tak penuh keluar tak kurang.
سساءورڠ يڠ ممگڠ سسواتو جاوتن سڤرتي منتري، جك تيدق ممڤوپاءي كواس، تيبدقءن دان ڤريستاسيڽ موڠكين كورڠ. كواس اونتوق ممبوات كڤوتوسن اداله ڤنتيڠ.
سوڠاي سيڤوت تڤيڽ لالڠ،
ايجوق سبله، گوار سبرڠ؛
باگاي ملوكوت دتڤي گنتڠ،
ماسوق تق ڤنوه كلوار تق كورڠ.
Labels: Jika tiada kuasa, tindakan dan hasilnya tidak ketara جك تياد بركواس، تيبدقءن دان حاصيل تيدق كتارا
ڤگاواي رسمي اميريكا كات روسيا تروس مڠگودن ترماسوق كتيك ڤيليهنراي ڤريسيدن. باكل ڤريسيدن ترامڤ اد ڤنداڤت يڠ لاءين.
Pegawai rasmi Amerika kata Rusia terus menggodam termasuk ketika pilihahraya presiden. Bakal Presiden Trump ada pendapat yang lain.
ستياڤ جاس دبالسكن دڠن بندا يڠ باءيك دان دكنڠي.
اد اوجي اد گلس، كيت ڤرلو كصبرن.
اد سودي اد گالس؛
اد اوبي اد تالس،
اد بودي اد بالس.
Setiap jasa dibalaskan dengan benda yang baik dan dikenangi. Kita perlu kesabaran.
Ada uji ada gelas,
Ada sudi ada galas;
Ada ubi ada talas,
Ada budi ada balas.
Labels: Jasa baik ada balasan baik. جاس باءيك اد بالسن باءيك
ناجيب دان سيان لوڠ مننداتاڠن ڤرجنجيان ريل لاجو تيڠگي دانتارا كوالا لومڤور دان سيڠاڤورا. كوس ڤروجيك لبيه 60RM بيليون. كيت برهارڤ ڤروجيك اين داڤت دلقسان دڠن باءيك.
Najib dan Hsien Loong menandatangan perjanjian Rel Laju Tinggi di antara Kuala Lumpur dan Singapura. Kos projek lebih RM60 bilion. Kita berharap projek ini dapat dilaksana dengan baik.
Labels: ڤروجيك مستي دلقسان دڠن باءيك Projek mesti dilaksana dengan baik
بودي بهاس وجود دكالڠن سموا قوم. اي سنتياس دسمبوت باءيك اوليه راماي. اي بوليه مڠايلقءن كسوسهن.
جرتيه اولڠ باءيكي تانه ساوه،
ڤادي يڠ باءيك دسايڠ جوگ؛
ڤوتيه تولڠ دكندوڠ تانه،
بودي يڠ باءيك دكنڠ جوگ.
Budi bahasa wujud di kalangan semua kaum. Ia sentiasa disambut baik oleh ramai. Ia boleh mengelakkan kesusahan.
Jertih ulang baiki tanah sawah,
Padi yang baik disayang juga;
Putih tulang dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Labels: سنتياس دكنڠي Sentiasa dikenangi
Datuk Seri Ahmad Zahid sebut Transformasi Nasional 2050 (TN50): Malaysia diharap tidak perlu lagi mengimport makanan, malah bahan makanan di seluruh negara juga cukup untuk kegunaan tempatan. Pada 2050, dijangka ada kira-kira 50 juta penduduk.
Ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk pentadbiran cekap dan bersih serta tahap kehidupan dan pendidikan rakyat Malaysia. Sementsra itu, mereka hendak tahu bagaimana Kerajaan mengawal pembaziran dan ketirisan mengenai makanan import.
داتوء سري احمد زاحيد سبوت تنتڠ ترانسۏورماسي ناسيونل 2050: مليسيا دهارڤ تيدق ڤرلو لاگي مڠايمڤورت ماكنن، ماله باهن ماكنن دسلوروه نگارا جوگ چوكوڤ اونتوق كگوناءن تمڤتن. ڤد 2050، دجڠك اد كيرا-كيرا 50 جوتا ڤندودوق.
اين برگنتوڠ كڤد ڤلباگاي ۏكتور ترماسوق ڤنتدبيرن چكڤ دان برسيه سرتا تاهڤ كهيدوڤن دان ڤنديديقن رعيت مليسيا. سمنتارا ايت، مريك هندق تاهو باگايمان كراجاءن مڠاول ڤمبازيرن دان كتيريسن مڠناءي ڤڠايمڤورتن ماكنن .
Labels: 2050 Malaysia tidak perlu import makananمليسيا تيدق ڤرلو ايمڤورت ماكانن د
كران ايكونومي مليسيا كورڠ باءيك سڤرتي كاءداءن دنگارا لاءين، راماي ڤساكيت ڤرگي ك هوسڤيتل دان كلينيك عوام. مريك برهارڤ سيكڤ دان لاينن كاكيتاڠنڽ اداله باگوس.
Kerana ekonomi Malaysia kurang baik seperti keadaan di negara lain, ramai pesakit pergi ke hospital dan klinik awam. Mereka berharap sikap dan layanan kakitanganya adalah bagus.
Labels: هارڤ سيكڤ دان لاينن كاكيتاڠن باگوس. Harap sikap dan layanan kakitangan bagus
Dalam masyarakat majmuk, masalah kecil agama, bahasa dan kaum boleh menjadi besar dan bahaya. Misalnya, pada tempoh hari Dewan Undangan Negeri Perlis meluluskan enakman bahawa dengan persetujuan seorang bapa atau ibu, seorang kanak-kanak menjadi seorang Islam. Ini mewujudkan bantahan dari bukan Islam.
Laut berombak di China Selatan,
Ombak besar dan kecil timbulkan;
Laut nampak kaya kehidupan,
Ombak kecil jangan diabaikan.
دالم مشاركت مجموق، مسءله كچيل اگام، بهاس دان قوم بوليه منجادي بسر دان بهاي. مثلڽ، ڤد تيمڤوه هاري ديون ايوندڠن نگري ڤرليس ملولوسكن اينقمن بهوا دڠن ڤرستوجوان ساءورڠ باڤ اتاو ايبو، ساءورڠ كانق-كانق منجادي ساءورڠ اسلم. اين موجودكن بنتهن دري بوكن اسلم.
لاءوت براومبق دپينا سلاتن،
اومبق بسر دان كچيل تيمبولكن؛
لاءوت نمڤق كاي كهيدوڤن،
اومبق كچيل جاڠن دبياركن.
Labels: Perkara kecil yang dapat mendatangkab bahaya. ڤركارا كچيل داڤت منداتڠكن بهاي
Badan hampir 50% orang Malaysia adalah terlalu berat. Ramai mengidap penyakit kencing manis. Jika kita jaga makanan ini boleh dielakkan. Kos rawatan di hospital swasta mahal. Kerajaan membayar kos di hospital awam.
Jaga badan mengelak ubat,
Cuba awal dapat rawatannya;
Rasa sakit membeli ubat,
Juga sakit nak membuangnya.
بادن همڤير 50% اورڠ مليسيا اداله ترلالو برت. راماي مڠيدڤ ڤپاكيت كمچيڠ مانيس. جك كيت جاگ ماكنن اين بويه داءيلقءن. كوس راوتن دهسڤيتل سواستا مهل. كراجاءن ممباير كوس دهوسڤيتل عوام.
جاگ بادن مڠايلق اوبت،
چوبا اول داڤت راوتنڽ؛
راس ساكيت ممبلي اوبت،.
جوگ ساكيت نق ممبواڠڽ.
Labels: هرگ اوبت ماهل Harga ubat mahal
تعزيت كڤد كلوارگ مڠسا گمڤا بومي داچيه.
Takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi di Acheh.
Labels: تعزيت كڤد كلوارگ مڠسا گمڤا بومي داچيه Takziah kepada keluarga mangsa bumi di Acheh
مسءله تيمبول دالم كهيدوڤن سڤرتي هوبوڠن يڠ بوروق. جك هندق ممبواڠ دندم، تيندقن ميمڠ سوسه دامبيل اونتوق ممولاكن لمبرن بارو.
ددنيا ڤوليتيك، ڤراساءن ڤمرينته دان ڤمبڠكڠ اداله ڤانس. دهارڤكن مريك مڠمبيل يڠ جرنيه. سكررڠ سلڤس 60 تاهون، كراجاءءن كولومبيا دان ڤمبڠكڠ برسنجات FARC برهنتي سڠكيتا دان مننداتاڠني ڤرجنجيان اونتوق منچاڤاي كاءمانن.
اوڠ يڠ تگوه،
امبيل يڠ ڤوتيه؛
بوازڠ يڠ كروه،
امبيل يڠ جرنيه.
Masalah timbul dalam kehidupan seperti hubungan yang buruk. Jika hendak membuang dendam, tindakan memang susah diambil untuk memulakan lembaran baru.
Di dunia politik, perasaan di antara pemerintah dan pembangkang adalah panas. Diharapkan mereka mengambil yang jernih. Sekarang, selepas 60 tahun, Kerajaan Columbia dan pembangkang bersenjata, FARC, memberhentikan sengketa untuk mencapai keamanan.
Awang yang teguh,
Ambil yang putih;
Buang yang keroh,
Ambil yang jernih.
سگلينتير اورڠ يڠ طمع لوبا منيمبولكن مسءله. مريك مڠگون ڤلباگاي چارا اونتوق منچوري واڠ عوام سباپق بربيليون ريڠگيت.
جروڠڽ ڤون ماءو كراڤو،
بوءيهڽ ڤون منجروڠكاو؛
تڤوڠڽ ڤون اي ماءو،
كوءيهڽ ڤون اي ماءو.
Segelintir orang yang tamak loba menimbulkan masalah. Mereka mengguna pelbagai cara untuk mencuri wang awam sebanyak berbilion ringgit.
Jerungnya pun mau kerapu,
Buihnya pun jerungkau;
Tepungnya pun ia mau,
Kuihnya pun ia mau.
Labels: طمع لوبا Tamak loba
مارواه اداله ترڤنتيڠ. اي ممستيكن سساءورڠ ايت ممڤوپاءي كاءيقينن دان دحرمتي سرتا هيدوڤ دڠن كتنڠن.
بواه نڠك رانوم دتڤي،
تواه كيت داڤت مراساءي؛
هيدوڤ تنڤا مارواه تق برارتي،
مارواه داتڠ دري كيت سنديري.
Maruah adalah terpenting. Ia memastikan seseorang itu mempunyai keyakinan dan dihormati serta hidup dengan ketenangan.
Buah nangka ranum di tepi,
Tuah kita dapat merasai;
Hidup tanpa maruah tak bererti,
Maruah datang dari kita sendiri.
Selamat Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa سلامت هاري اورڠ كورڠ اوڤاي انتارابڠسا
Labels: Selamat Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa سلامت هاري اورڠ كورڠ اوڤاي انتارابڠسا
دمشاركت، ڤڠاوسها دهولو ممبوات اساس. اورڠ كمديان برمولا دري اساس ايت دان ستروسڽ.
ستياڤ هاري ڤندڠ بارت داي،
ڤاگي تاهو تياد هوجن سبرڠ؛
ستياڤ اورڠ يڠ برجاي،
ديري داتس باهو اورڠ.
Di masyarakat, pengusaha dahulu membuat asas. Orang kemudian bermula dari asas itu dan seterusnya.
Setiap hari pandang Barat Daya,
Pagi tahu tiada hujan seberang;
Setiap orang yang berjaya,
Diri di atas bahu orang.
Labels: اورڠ دهولو بيبا اساس اونتوق اورڠ كمديان Orang dahulu bina asas untuk orang kemudian
كاءداءن ايكونومي دنيا يغ مورم ممڤڠاروهي ايكونومي نگارا. ڤڠروسن ايكونومي يڠ تيدق چكڤ منججسكن جوگ. ڤلباگاي جنيس مولوت مپوسهكن، سڤرتي مولوت تاجم، بيسا، گاتل، هودوه دان كوتور.
ڤيتيس ڤنتيڠ تياد مورم،
لبيه مورم سودوت ماءنسي؛
كري لمبيڠ تياد تاجم،
لبيه تاجم مولوت ماءنسي
Keadaan ekonomi dunia yang muram mempengaruhi ekonomi negara. Pengurusan ekonomi yang tidak cekap menjejaskan juga. Pelbagai jenis mulut menyusahkan seperti mulut tajam. bisa, gatal, hodoh dan kotor.
Pitis penting tiada muram,
Lebih muram sudut manusia:
Keris lembing tiada tajam,
Lebih tajam mulut manusia.
Labels: كات-كات ماءنسي لبيه تاجم Kata-kata manusia lebih tajam
ورگ كوتا هندق مڠتاهوءي ڤونچا رونتوه ججنتس KL Eco City يڠ مپببكن ساتو ڤكرجا ترقربان دان ساتو اورڠ ماسيه هيلڠ. سياڤ يڠ برتڠگوڠجاوب؟
Wargakota hendak mengetahui punca runtuh jejantas KL Eco City yang menyebabkan satu pekerja terkorban dan satu lagi masih hilang. Siapa yang bertanggungjawab?
Kita menunggu peluang untuk berjaya dalam hidup. Kita menggunakab peluang dengan sepenuhnya..
Orang tunggu pergi Zanzibar,
Sambil luangkan masa petang;
Orang tunggu dengan sabar,
Ambil peluang yang datang.
كيت منوڠگو ڤلواڠ اونتوق برجاي دالم هيدوڤ. كيت مڠگون ڤلواڠ يڠ داتڠ دڠن سڤنوهڽ..
اورڠ توڠگو ڤرگي زنزيبر،
سمبيل لواڠكن ماس ڤتڠ؛
اورڠ توڠگو دڠن سابر،
امبيل ڤلواڠ يڠ داتڠ.
Labels: Ambil peluang yang datang