Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, October 14, 2008

Penambahan penduduk di Kuala Lumpur ke 2.2 juta?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw minta Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab. Hakim menyatakan cara-cara yang digunakan bagi meningkatkan kependudukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari 1.4 juta ke 2.2 juta pada 2020.

Dr Tan membangkitkan darihal bilangan penduduk KL di dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur(PSKL) yang diwartakan pada November 2004. Draf Pelan Tempatan iaitu Pelan Bandar Raya KL 2020 (PBRKL2020) telah terlewat lebih dua tahun.

Menurut DBKL, pelan struktur telah menganggarkan jumlah penduduk KL seramai 1.6 juta pada 2005, perlu ditambahkan sejumlah 0.6 juta penduduk dalam tempoh 15 tahun. Cadangannya adalah unit kediaman dan ruang pekerjaan akan diwujudkan bagi menampung keperluan 2.2 juta penduduk dan 1.4 juta pekerjaan serta pertambahan 11 laluan rel yang baru, laluan khas bas dan pembangunan 14 pusat daerah.

Kini, DBKL telah menerima 5,147 pandangan awam. Ia melanjutkan tempoh pendengaran sehingga Jun, 2009.

Saya akan bangkitkan perkara kependudukan di KL ketika masa pendengaran. Pokoknya, pelan struktur melibatkan bukan sahaja KL bahkan juga seluruh Lembah Klang. Kawasan lain mempunyai pelan struktur sendiri. Ramai penduduk pindah ke luar KL. Bagaimana DBKL boleh menambahkan bilangan penduduk di pusat bandar?

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home