Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, January 17, 2008

Menteri Kewangan mesti turun ke pasar untuk mengetahui kadar kenaikan harga barang

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menilai semula kadar inflasi kini sama ada seperti yang disbutkan naiknya 2 hingga 2.5% . Harga barang-barang haruslah disekat dengan berkesan untuk menghilangkan kebimbangan para pengguna.

Harga minyak mentah adalah RM100 setong, harga tepung gandum dan gas industri dan lain-lain sudah naik. Rakyat khuatir ia akan melambung lagi.

Dr Tan menyentuh ulasan Tan Sri Nor Mohamed bahawa inflasi ialah 4% dan Kerajaan mampu mengekalkannya.

Kenaikan harga barangan tidak membayangkan angka Kerajaan bahawa inflasi meningkat 2 hingga 2.5%. Para pengguna mengalami naiknya harga barang-barang sebanyak 30-60%.

Minak mentah berharga US100 setong. Bilakah Kerajaan akan membenarkan harga petrol dan gas dinaikkan? Bila harga petrol dan gas melambung, kesan ke atas harga barang lain adalah besar.

Sekarang, gas 14 kg dijual RM24 setong. Jika dinaikkan 27 sen sekilo, maka ia menjadi RM 27.78 setong.

Menteri Kewangan harus turun ke pasar sendiri untuk membeli barang. Beliau boleh menampakkan sama ada kenaikan harga itu 2% atau 30% hingga 60% atau lebih.

Peruntukan bajet 2008 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna ialah RM 430 juta termasuk hal pengguna RM 46 juta. Adakah ini boleh digunakan dengan berkesan? Kita menekankan bahawa Kerjaan perlu menghalang kenaikan harga barang dengan seboleh-bolehnya. Jangan menggunakan kadar inflasi yang tidak membayangkan keadaan yang sebenarnya.

Dr Tan Seng Giaw

Sunday, January 06, 2008

Beri perhatian & cari rumusan tentang yuran tambahan sekolah

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menganjurkan supaya Menteri Pelajaran memberi perhatian kepada yuran tambahan untuk kegiatan sekolah, agar perasaan ibubapa dapat dikurangkan.

Dr Tan mengeluarkan kenyataan tentang yuran tambahan sekolah pada on 6.1.2008.

Pada 7 September, 2007, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan YAB Dato' Seri Abdullah membentangkan Bajet 2008 di Dewan Rakyat. Peruntukan bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah ialah RM 16.4 bilion. Mulai 1 Januari, 2008, yuran-yuran sekolah diberhentikan, dan 5.7 juta pelajar adalah layak untuk skim pinjaman buku teks.

Para ibubapa mengalu-alukan persekolahan percuma (untuk seseorang, bukan untuk negara yang membayar). Tetapi, perasaannya mengenai yuran tambahan adalah berlainan. Saya memberi peringatan kepada Menteri Pelajaran tentang hal ini di dewan Rakyat, ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan peruntukan bagi kementeriannya pada Disember lepas.

Ini menjadi kenyataan tatkala 500,000 pelajar baru mengumpul di sekolah-sekolah minggu lepas. Bagi ibubapa di sekolah-sekolah Cina dan Tamil, emosi darihal yuran tambahan tidak begitu tinggi kerana mereka sudah biasa dengan hal ini.

Pada umumnya, sekolah-sekolah mengenakan yuran untuk kegiatan tambahan termasuk tuisyen seperti kelas komputer.Menteri Pelajaran mestilah memberi jaminan kepada para ibubapa bahawa tidak wujudnya penyelewengan terhadap kutipan yuran tambahan.

Pada 5 Januari, 2008, Hisham berkata,"Tanyalah hati nurani anda (ibubapa)! Wang ini adalah untuk sekolah anak anda, untuk kebaikan mereka. Jika anda mampu, sila memberi sumbangan. Jika tidak, saya tidak memaksa anda. Tetapi, tanya sendiri sama ada layak untuk bantuan."

Satu garis panduan menyebutkan bahawa yuran tambahan tidak seharusnya lebih dari RM 38 untuk sekolah rendah dan tidak lebih dari RM 55 untuk sekolah menengah. Hisham menjelaskan kadar RM 25 atau RM 35 (bagi seorang pelajar).

Saya percaya bahawa Menteri Pelajaran tidak perlu berasa marah darihal yuran tambahan. Beliau akan mendapati bahawa emosi sesetengah ibubapa tidak begitu tinggi. Beliau haruslah mencari rumusan yang berkesan untuk mententeramkan ibubapa yang risau.

Dr Tan Seng Giaw

Thursday, January 03, 2008

Minyak cecah AS$ 100 (RN 331.56) setong:pastikan bekalan cukup

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan memastikan bekalan gas, petrol, tepung dan sebagainya yang cukup, ketika wujudnya tekanan ke atas harga minyak, gas dan lain-lain.

Sementara itu, Perdana Menteri YAB Dato' Seri Abdullah dan timbalannya YAB Dato' Seri Najib mestilah berbincang dengan syarikat-syarikat gergasi minyak untuk menentukan harga gas dan petrol. Adalah diharapkan langkah ini akan mengurangkan kekhuatiran orang ramai.

Dr Tan mengulas kenaikan harga minyak mentah dunia yang mencatatkan paras rekod tetinggi AS$ 100 setong semalam. Rakyat bimbang.

Harga minyak melambung naik. Ini menimbulkan kesan yang luas. Walaupun Malaysia mengeluarkan minyak mentah dan kelapa sawit yang boleh meredakan tekanan kenaikan minyak mentah, tetapi terdapat kesannya terhadap industri, pengangkutan, kapal laut, kapal terbang, Tenaga Nasional Berhad (TNB). Sebahagian besar bahan api TNB adalah gas. Maka, adalah tidak hairan jika ianya sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar bayaran elektrik secara beransur.

Setakat ini, YAB Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau belum membuat keputusan untuk mengizinkan kenaikan harga petrol dan gas. Ada yang menjangkakan bahawa harga barang-barang ini akan naik bila-bila masa sahaja.

Dengan suasana sedemikian, mungkin terdapat sesetengah syarikat yang menyimpankan petrol dan gas, mengakibatkan kekurangan bekalannya. Malam tahun baru 2008, mesej pendek SMS telefon bimbit disebarkan dengan luasnya; para pemandu membawa kereta berbaris panjang di stesen-setesen minyak. Oleh itu, kita mendesakkan Kerajaan supaya mengambil langkah yang berkesan untuk memastikan tidak ada kekurangan bekalan petrol. gas, tepung dan lain-lain.

Sesetengah orang meramalkan bahawa harga petrol dan gas tidak akan naik sebelum pilihanraya umum. Selepas pilihanraya, harganya akan melambung tinggi. Kita berharap YAB Perdana Menteri lebih memandang berat tentang kebajikan rakyat, lalu mencegahkan inflasi yang menjejaskan umum.

Dr Tan Seng Giaw

Tuesday, January 01, 2008

Legakan kebimbangan pengguna darihal kenaikan harga gas

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan memberitahu rakyat sama ada harga gas asli akan naik pada tahun baru 2008, agar kebimbangannya akan diatasi.

Kenaikan harga tepung gandum, gas untuk industri dan lain-lain sudah menarik perhatian ramai.

Dr Tan mengkhuatiri bahawa khabar angin mengenai kenaikan harga gas akan menjadi kenyataan. Walaupun Kerajaan mengatakan indeks harga pengguna hanya tambah lebih 2 mata, tetapi para pengguna menghadapi ketinggian harga 30% hingga 60% di pasar.

Meskipun Kerajaan tidak membenarkan harga gas bertambah lagi pada 2007, permulaan 2008 menimbulkan kegelisahan. Harga minyak mentah dunia kekal pada lebih AS$90 setong. Bilakah Kerajaan akan mengizinkan harga gas dan petrol lebih tinggi? Pada 1 Januari, 2008, khabar angin melalui mesej pendek SMS tentang kenaikan harga petrol, menyebabkan para pembawa kereta berbaris panjang di stesen-stesen sehingga habis jualan minyak. Ada yang menjangka bahawa harga minyak akan naik selepas pilihanraya umum.

Kini, gas dalam tong 12 kilogram dijual RM 21 dan RM 24 untuk tong 14 kg. Khabarnya, setiap kg akan tambah 24 sen, atau 27 sen atau 60 sen. Jika ditambahkan 27 sen sekilo, maka 14 kg akan naik RM 3.78 iaitu RM 27.78 setong.

Kenaikan harga tepung gandum mengakibatkan lebih tinggi harga roti, kek, mi da sebagaianya. Kesan tambahnya harga gas adalah luas. Misalnya, sebahagian besar bahan bakar Tenaga Nasional Berhad adalah gas; ia sedang menimbangkan cara untuk menaikkan kadar bayaran elektrik. Ini bukan perkara luar biasa. Restoran, penjaja, pedagang, industri, dan penduduk kediaman dan lain-lain menggunakan gas secara langsung atau tidak langsung.

Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna mestilah menggunakan peruntukan RM 430 juta bagi 2008 dengan berkesan, khasnya menguruskan hal pengguna dengan efektif. Perdana Menteri YAB Dato' Seri Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Seri Najib haruslah memperbincangkan dengan para pembekal gas dan petrol mengenai harganya, dengan tujuan untuk mencegahkan inflasi.

Dr Tan Seng Giaw