Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, April 20, 2009

Mengapa pilihanraya kecil sebelum 2008 bukan pambaziran wang rakyat?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menjelaskan mengapa sebelum 2008, pilihanraya kecil dialu-alukan oleh Barisan Nasional (BN) terutamanya Umno, tetapi sekarang tidak lagi?

Najib berkata," kita bukan takut kalah kepada mereka, tetapi pilihanraya kecil membazirkan semata-mata."

Adalah dipercayai bahawa sebuah pentadbiran mestilah bersih dan beramanah, tanpa mengira BN atau Pakatan Rakyat (PR). Jika seorang menteri atau exco dibukti dan disahkan bersalah kerana rasuah, dia wajib meletakkan jawatan dan menghadapi tindakan undang-undang.

Pilihanraya kecil haruslah diadakan jika perlu ataupun jika terdapat kedaan yang tidak dapat dielakkan. Ia merupakan sebahagian daripada demokrasi berparlimen.

Pada 16.4.2009, bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai ahli undangan negeri Penanti. Beliau yang berusir 34 tahun itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dengan rasuah kegiatan kuari.

Biasanya, BN mengalu-alukan pilihanraya kecil. Selepas 8 March, 2008, suasana berubah.

Dr Tan Seng Giaw

Friday, April 17, 2009

Kaji semula langkah menangani jenayah

Timbalan Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giiaw menyeru supaya polis mengkaji semula keberkesanan langkah-langkah menangani jenayah termasuk ragut dan samun di seluruh negara terliput Kuala Lumpur.

Kerjasama di antara rakyat dengan polis adalah penting. Adakah Rakankop berkesan? Langkah-langkah seperti rondaan perlu diperbaiki.

Pada 17.4.2009, Dr Tan membuat komen terhadap kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah semalam.

Menurut Datuk Ku, jenayah ragut antara Januari hingga 14 April 2009 mencatatkan 1,206 kes berbanding dengan 606 kes pada tempoh yang sama tahun lepas, iaitu pertambahan 600 kes atau 99% Dalam tempoh yang serupa, kes samun tanpa senjata meningkat dari 1,249 kes hingga 2,254 kes , iaitu 80.5%.

Polis mengerah 400 anggota untuk operasi di bandaraya ini bagi mencegah jenayah, misalnya sekatan motosikal dan pemeriksaan rumah. Semoga operasi ini berjaya.

Sebenarnya, kita perlu memperbaiki bilangan dan keberkesanan anggota polis. Gaji anggota mestilah cocok dengan tugasnya. Kita haruslah menambahkan bilangan anggota dari 90,000 hingga 150,000 seperti yang dirancangkan. Kualiti dan komposisi kaum dalam pasukannya mestilah dipertingkatkan.

Pada tempoh hari, terdapat kes-kes ragut dan samun di Jinjang dan Kepong terliput Kepong Baru. Rondaan polis ditambahkan. Tetapi, para penduduk Kepong Baru melihat bahawa bilangan rondaan sudah kurang sekarang. Selepas satu bulan operasi tersebut akan dinerhentikan. Adakah kes-kes janayah akan kembali ke paras tinggi?

Kita wajib mengkaji semula langkah-langkah yang diambil polis untuk mencegah jenayah, seumpama kerjasama di antara rakyat dengan polis. Kita akan terus memberi perhatian kepada usaha mencegah jenayah.

Dr Tan Seng Giaw

Monday, April 06, 2009

Perdana Menteri baru mesti tunjuk keutuhannya

Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah mengesahkan bahawa beliau benar-benar mempunyai keutuhan atau integriti.

Hanya bergantung kepada media dan blog sendiri untuk memaparkan begitu sempurna keperibadian dan jasanya tidak akan mencapai hasratnya.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw membuat komen terhadap kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam satu interbiu TV3 pada 3 April, 2009. Beliau berkata, " Saya hanya berharap bahawa orang awam mengambil sikap terbuka dan positif ketika menilaikan kepimpinan saya, dan memberi peluang bagi saya menunjukkan kepimpinannya..."

Minggu lepas, Najib telah berikrar menjadi Perdana Menteri yang ke-6 untuk negara ini. Bulan lalu, saya memberitahu beliau di dalam Dewan Rakyat bahawa seorang Perdana Menteri haruslah menjadi negarawan yang mewakili semua lapisan masyarakat termasuk setiap parti politik. Tetapi, pada Februari yang lalu, beliau mewujudkan dwi Menteri Besar dan dwi kerjaaan. Perbuatan ini bukan bersifat negarawan.

Perdana Menteri baru patut menunjukkan beliau adalah terbuka dan positif. Beliau telah dikatakan terlibat dengan pelbagai skandal. Misalnya, di dalam pembelian kapal selam dari Perancis, beliau telah disebutkan sebagai terbabit dengan rasuah RM 500 juta. Beliau mestilah membuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak berdosa. Sebuah kapal selam sudah diserahkan kepada Malaysia dan sebuah lagi masih ditunggu.

Najib sudah menekankan bahawa integriti adalah terpenting sekali. Adalah tepat baginya untuk membikin serupa dengan yang telah dicakapkan.

Dr Tan Seng Giaw