Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, October 13, 2008

Kaji semula Bajet Malaysia 2009

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya Kerajaan mengkaji semula Bajet 2009, cocok dengan krisis kewangan dunia semasa kerana bajet ini telah dibentangkan lebih satu bulan dahulu sebelum krisis ini muncul.

Dr Tan membuat syor ini disebabkan keadaan ekonomi di Malaysia yang menghadapi krisis ekonomi antarabangsa pada 12.10.2008.

Pergolakan politik Malaysia dengan Perdana Menteri bersara sebelum tempoh mencetuskan buah fikiran. Krisis ekonomi dunia melihat saham terjatuh 30% di Amerika Syarikat, 40% di Eropah dan 30-60% di Asia. Ini mungkin beterusan satu tahun atau lebih.

Malapetaka subprime Amerika dan kehilangan etika kewangan menyebabkan kebangkrapan syarikat seperti bank-bank. Ini telah menjejaskan ekonomi dunia. A.S. sentiasa menentang pemiliknegaraan dan memupukkan keusahawanan bebas; ia sudah menjadi sebuah negara yang hebat untuk memiliknegara syarikat di dalam sejarah. Pada mulanya, Kongres meluluskan USD 700 bilion untuk menyelamatkan syarikat-syarikat; jumlah yang diperlukan mungkin mencecah berbilion dolar.

Dana Matawang Antarabangsa (IMF) meperuntukkan USD200 billion bagi membantu negara-negara yang susah. Singapura ditimpa kemerosotan ekonomi menurut definisinya. Terdapat pertukaran Perdana Menteri lebih awal dan pergelutan kuasa oleh sesetengah pemimpin, seolah-olah melupakan tsunami kewangan dunia.

Setakat ini, tidak ada gejala yang menunjukkan Malaysia sedang menuju ke krisis seperti 1998. Tetapi, kita hendaklah sediakan payung sebelum hujan. Misalnya, dalam 10 tahun ini, langkah-langkah telah diambil untuk memperkuatkan sektor perbankan. Bolehkah ini menyelamatkan bank-bank kita dari kemelut tersebut?

Bajiet 2009 adalah RM 207.9 billion, 154.2 billion bagi mengurus dan RM 53.7 billion pembangunan. Ketika krisis dunia ini, adakah peruntukan yang cukup bagi semua sektor? Jika peruntukan tidak cukup, maka perbahasan terhadapnya tidak bererti.

Setelah Bajet 2009 dibentangkan lebih satu bulan yang lepas, Dewan ditangguhkan semasa Ramadan. Ia dibahas selepas Hari Raya. Wujudnya perubahan. Sekiranya, bajet dikemukakan sesudah Adilfitri, ia boleh didebatkan tanpa menunggu sebulan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home