Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, January 29, 2014

Selamat Tahun Baru.

Selamat Tahun Baru.

Monday, January 20, 2014

Visi pendidikan dan kursus latihan

Malaysia memerlukan sistem pendidikan yang baik. Setiap Menteri Pendidikan cuba meninggalkan satu pelan bermula dengan Penyata Razak pada 1956 dan kini Pelan Muhyiddin 2013. Visinya ialah mencapai tahap dunia dalam 15 tahun, iaitu pada 2028.
     Hari ini, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin menyampaikan visi di Forum Pendidikan Dunia, London. Visi dan aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pendidikan adalah hebat. Sementara itu, Menteri Pendidikan 11 Dato' Seri Idris hendak melatih 9000 guru untuk memperbaiki bahasa Inggerisnya. Adakah kursus-kursus ini benar-benar berkesan?
     Sebelum 2011,Kerajaan membelanjakan RM8 bilion untuk melaksanakan projek Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematiks dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Guru-guru menyertai banyak kursus. Tetapi, PPSMI tidak berjaya.
     Adakah kursus-kursus pendidikan di Malaysia berbeza dengan kursus-kursus di Armenia, Australia, Canada, Korea Selatan, Singapura dan Amerika Syarikat? Kita berkehendakkan kursus-kursus yang berkesan, cocok dengan visi pendidikan.

Wednesday, January 15, 2014

Jawatankuasa khas untuk kos sara hidup

Rakyat Malaysia menghadapi kenaikan harga barang-barang dan kos sara hidup. Keadaan ekonomi adalah tidak cerah.
     Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas untuk menangani secara bersepadu kenaikan kos sara hidup dan harga barang-barang.
     Semoga jawatankuasa tersebut adalah benar-benar berkesan.

Monday, January 13, 2014

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Saturday, January 11, 2014

ISA disalahgunakan

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1970  boleh disalahgunakan; ia dimansuhkan pada 2012. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid mengatakan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012 adalah cukup. Tetapi, beliau berkeinginkan ISA dikembalikan. Kami berharap beliau dapat mengesahkan bilangan kes penyalahgunaan ISA dari 1970 hingga 2012.

Wednesday, January 08, 2014

Kabinet dan loji insinerator sampah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan hasratnya untuk membina tiga loji insinerator moden termasuk di Taman Beringin, Kepong.  Kabinet Malaysia mestilah mempertimbangkan projek ini termasuk cara untuk menjaga keselamatan wargakota. Kajian penilaian alam sekitar secara menyeluruh (DEIA) perlu diadakan. Rakyat di Kepong tidak mahu pencemaran.

Tuesday, January 07, 2014

Kanak-kanak belajar di sekolah atau pusat tuisyen?

Malaysia mempunyai 10, 000 buah sekolah dan ribuan pusat tuisyen. Ibu-bapa menerima risalah mengenai pusat-pusat ini. Di manakah murid belajar: sekolah atau pusat tuisyen? Kementerian Pendidikan mestilah menyiasat.

Monday, January 06, 2014

Hakikat mengenai pengubahsuaian bangunan parlimen

Bangunan parlimen bocor. Kerja pengubahsuaian bermula pada 2011. Adalah dikatakan ia akan siap pada Februari 2016 dengan kosnya RM520 juta. Ini kerja pengubahsuaian, bukan pembinaan semula. Mengapa masa yang diambil lima tahun? Berapa kali pelan telah diubah?  Apakah yang sebenarnya berlaku? Kita memerlukan ketelusan.