Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, October 16, 2008

Semua majlis tempatan termasuk DBKL mestilah membantu semasa krisis ekonomi

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya 144 pihakberkuasa tempatan menyediakan langkah-langkah yang berkesan bagi membantu semua pihak termasuk pekedai kecil dan peniaga.

Ini adalah perlu terutamanya kerana krisis ekonomi dunia berpunca dari skandal subprime di Amerika Syarikat (AS). Sifat ketamakan memusnahkan.

Cara-cara untuk menyelamatkan ekonomi dari kegawatan ini telah diambil oleh AS, Eropah, Jepun dan lain-lain. Pada peringkat awal, parlimen AS meluluskan USD 7,00 bilion untuk menolong.

Negara ini mempunyai 144 buah majlis tempatan. Mereka haruslah mempertingkatkan usaha bagi membantu rakyat. Misalnya Dewan Bandaraya KL mengatakan ia sentiasa berusaha membantu semua wargakota menghadapi tekanan inflasi seperti menyediakan pusat-pusat penjaja dan mewujudkan Bazaria Larut Malam di sekitar KL serta mengurangkan kadar sewa gerai sehingga 25%.

Semua pihak patut mematuhi kepada undang-undang. Pihak-pihak tempatan juga haruslah menghapuskan segala kepincangan dan memberi peluang kepada para penduduk termasuk peniaga dan penjaja agar mereka dapat bernafas. Kalau para penguatkuasa adalah terlalu ketat dan tidak fleksibel, maka rakyat akan menderita.

Krisis ekonomi memerlukan langkah-langkah yang benar-benar dapat membantukan semua pihak. Sikap para penguatkuasa yang liberal adalah penting.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home