Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, September 07, 2006

Amalkan etika dan integriti

Sambungan ucapan Timabalan Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan Undang-undang Perbekalan (Bajet) 2007 di Dewan Rakyat pada 7.9.2006.

Dari Pulau Tambun ke Pekan,
Menggunakan tenaga nelayan;
Tekun dan sabar asas kejayaan,
Rajin dan usaha kesenangan.

Bolehkah Kerajaan merangsangkan rakyat semua kaum tekun dan rajin untuk menjayakan Misi Nasional? Misi ini adalah berlandaskan kepada peningkatan nilai ekonomi, keupayaan pengetahuan dan kualiti hidup, menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan mengukuhkan keupayaan institusi.

Amalkan etika dan integriti

Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) disemua kementerian, jabatan,dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam dua tahun ini. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dan Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan.

YAB megatakan bahawa pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang.

PIN mensasarkan Tekad 2008 untuk mengurangkan gejala rasuah, meningkatkan kecekapan, tadbir urus korporat dan etika perniagaan, kualiti hidup dan memantapkan institusi keluarga. Adalah diharapkan ahli-ahli parlimen mendahului semua sektor untuk menghayati dan meangamalkan TEKAD 2008.

Ahli-ahli parlimen haruslah membantu PIN mewujudkan mekanisme menyeluruh untuk melibatkan sektor-sektor seumpama sektor swasta, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, agama, media, wanita, belia dan pelajar dalam gerakan pemantapan integriti secara bersepadu.

Dalam dua tahun ini IIM telah menganjurkan hampir 800 program di seluruh negara. Saya berharap program-program ini diadakan juga di sekolah-sekolah dan institusi-institusi perguruan. Menurut IIM, ia sedang menubuh cawanga-cawangan di peringkat negeri, menerbitkan bahan bacaan ilmiah dalam pelbagai bahasa, melibatkan agensi dunia seperti United Nations Development Programme (U.N.D.P.) dan membangunkan satu Indeks Integriti Nasional yang dimulakan di negeri Perak. Langkah-langkah ini adalah preventif. Jeremy Pope dari UNDP sedang menolong IIM menggubalkan Malaysian Integrity Source Book.

Profesor Datuk DR Syed Hussein Alatas, seorang tokoh intelektual, tidak mengambil berat indeks itu. Beliau berkata:

“Pemimpin kalau bersungguh-sungguh hendak berjihad menentang rasuah mesti bersedia untuk mati syahid politik. Kalau tidak bersedia, bagaimana hendak berjihad membanteras rasuah?”

Laporan IIM perlu dikemukakan di parlimen untuk perbahasan setiap tahun.

Langkah punitif ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang menyiasat lalu membawa kes-kes rasuah ke mahkamah. Isu keberkesanan BPR mewujudkan kontroversi. BPR haruslah bebas. Kita sentiasa mencadangkan supaya dijadikan BPR hanya bertanggungjawab kepada parlimen, bukan kepada Jabatan Perdana Menteri seperti sekarang.

Monday, September 04, 2006

Hapuskan pembaziran di dalam bajet expansionary untuk mencapai Misi Nasional

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan wujudkan kaedah untuk mencegah pembaziran di semua peringkat sebagai salah satu langkah untuk mencapai objektif bajet 2007.

Pelbagai bentuk pembaziran termasuk rasuah adalah dianggarkan jumlah berbilion-bilion ringgit setiap tahun. Jika pembaziran ini dapat diberhentikan, maka peruntukan RM159.4 bilion (RM112.9 bilion mengurus dan RM46.5 bilion pembangunan) bagi bajet 2007 boleh digunakan dengan berkesan untuk mencapai objektifnya.

Ringkasan ucapan Dr Tan ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Bajet) 2007 di Dewan Rakyat pada 7.9.2006.

Saya bangun mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dengan perasaan bimbang kerana wujudnya pelbagai masalah. Walaupun YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan anggaran pertumbuhan ekonomi 5.8%(bukan 6.0% yang dianggarkan dalam bajet 2006), jangkaan pelaburan swasta meningkat 10.1%, anggaran akaun semasa imbangan pembayaran negara lebihan 16.7% daripada Keluaran Negara Kasar (KNK), anggaran hasil RM134.81 bilion dan defisit bajet terus berkurangan daripada 3.8% pada tahun 2005 keapda 3.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kelemahan-kelemahan seperti pembaziran dan kekurangan integriti berterusan.

Misi Nasional adalah berdasarkan kepada lima teras utama untuk meningkatkan nilai ekonomi, keupayaan pengetahuan, menangani ketidakseimbangan sosioekonomi, kualiti hidup dan keupayaan institusi. Salah satu usaha yang terpenting untuk mencapai misi ini ialah integriti. Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) telah ditubuhkan di semua kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Diharapkan etika dan integriti di kalangan rakyat, khasnya di golongan ahli parlimen akan meningkat.

YAB mengatakan bahawa gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu gagasan yang semakin menawan imaginasi pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Ia sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi menguruskan kejayaan dan mengatasi kelemahan dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Semua pihak mestilah menghayati dan mengamalkan kemantapan integriti. Kita haruslah meningkat peranan perkhidmatan awam, sektor swasta, parlimen,kehakiman, ketua audit negara, masyarakat madani dan badan-badan bukan kerajaan. Dalam tempoh dua tahun ini, IIM telah menganjurkan hampir 800 program bertema integriti di seluruh negara, menubuh cawangan-cawangan, menerbit bahan bacaan ilmiah pelbagai bahasa, melibatkan agensi-agensi dunia seperti United Nations Development Programme (U.N.D.P.) dan membangunkan satu indeks integriti nasional bermula dengan negeri Perak. Semua ini adalah langkah-langkah preventif. Adakah indeks seumpama ini berkesan? Profesor Alatas mempercayai indeks ini tidak bermakna. Beliau berpendapat pemimipin-pemimpin mestilah bersedia mati syahid untuk etika dan integriti. Laporan IIM wajib dikemukakan ke parlimen.

Langkah punitif adalah Badan Pencegah Rasuah (B.P.R.) yang menyiasat dan membawa kes-kes rasuah ke mahkamah. Sekarang, BPR adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia mestilah bebas. Kita sentiasa mencadangkan supaya B.P.R. hendaklah hanya bertanggungjawab kepada parlimen.

Pengurusan projek yang efektif

RM46.5 bilion merupakan peruntukan pembangunan yang terbesar di sejarah bajet. RM27.5 bilion daripadanya adalah untuk pelbagai projek pembinaan pada tahun 2007. Ini merupakan bajet yang paling expansionary (berpengecutan) di sejarah Malaysia. Kerajaan tidak lagi berhemat (no more fiscal prudence). Kita berharap pengurusan semua projek juga mencapai tahap yang tinggi. Biasanya, sesuatu projek melalui proses rekabentuk(design), pengambilan-alihan tanah, penilaian, penawaran dan pemberian tender serta implementasi mengambil masa satu hingga dua tahun. Isu pengambilan tanah adalah rumit. Pengurusan projek yang lebih cekap bermakna tempoh dari design hingga pelaksanaan patutlah di pendekkan kepada kurang dari satu tahun. (akan disambung)