Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, March 21, 2008

Kaji pelaksanaan semua 125 syor Suruhanjaya Diraja Polis

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan mengkaji semula dengan secepat mungkin pelaksanaan 125 syor Suruhajaya Diraja untuk perjalanan dan pengurusan Polis Diraja Malaysia, termasuk Suruhanjaya Bebas Polis darihal Aduan dan Salah Laku (IPCMC).

Setakat ini, polis telah menunaikan banyak syor Suruhanjaya Diraja, umpamanya skim perkhidmatan, kenaikan pangkat, gaji dan ganjaran.

Pada 22.3.2008, Dr Tan mengulaskan kenyataan semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menganai penukaran moto dan lencana polis pada 25.3.2008, Hari Polis Ke-201.

Moto polis akan diubah dari Mesra, Cepat, Tepat kepada Tegas, Adil, Berhemah. Ini mungkin akan membawa perubahan besar. Cadangan Suruhanjaya ialah Mesra, Cekap dan Beramanah. Ini adalah jelas bahawa pihak polis tidak menerimanya.

Sejak 2005, lencana yang dipakainya ialah 'Anti Rasuah', yang akan dipinda kepada 'Integriti Amalan Kita'. Sebenarnya, ada polis yang bersih dan cekap, tetapi segelintirnya menyeleweng. Kita menggalakkan para anggota polis yang bersih dan cekap.

Pada 30.8.2006, Kementerian Keselamatan Dalam Negara yang kini dikembalikan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negara menjawab soalan di dalam Parlimen bahawa polis sudah melaksanakan 101 syor Suruhanyaja, iaitu 81% dan 18 lagi yakni 14% adalah di dalam pertimbangan; 6 syor tidak akan dipakai. Pada 29.3.2007, polis mengatakan bahawa 102 atau 82% cadangan sudah ditunaikan walhal 23 atau 18% masih dalam pertimbangan.

Menurut Suruhanjaya, jadual waktu untuk melaksanakan 125 cadangan ialah dari Ogos 2005 hingga Mei 2008. Apakah tindakan terhadap baki 82% yang masih belum dipakai termasuk IPCMC?

Pihak polis tidak setuju dengan IPCMC. Salah satu sebabnya ialah suruhanjaya bebas ini hanya menumpukan kepada polis, bukan lain jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kastam. Negara-negara semacam Australia dan United Kingdom mempunyai Ombudsman untuk pelbagai jabatan. Tetapi, ini adalah tidak berkesan. Kemudian, mereka menubuhkan suruhanjaya bebas bagi aduan dan salah laku polis.

Dr Tan Seng Giaw

Tuesday, March 18, 2008

Timbang tubuh Suruhanjaya Diraja Kehakiman

Timbang tubuh Suruhanjaya Diraja Kehakiman

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Menteri baru di Pejabat Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim, yang bertanggungjawab tentang hal ehwal undang-undang, mempertimbangkan dengan serius penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat semua aspek Kehakiman.

Dr Tan menampakkan YAB Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merombak dan mengemaskinikan Kabinet. Bilangan ahli telah dikurangkan dari 90 kepada 68 dan jawatan setiausaha parlimen telah dibatalkan.

Pilihanraya umum 8 Mac, 2008 melihatkan majoriti Barisan Nasional telah dikurangkan dari 2/3 di Parlimen: BN 140 anggota dan Pembangkang 82. Pembangkang telah mengambil lebih 40 tahun untuk mencapai matlamat ini. Trend ini adalah sihat. Pengemaskinian Kabinet juga adalah ke arah yang betul.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim mengepalai firma peguam yang terbesar di negara, terutamanya bidang korporat. Kita berharap beliau dapat memberi nafas baru kepada Kehakiman, seperti menyebarkan nama baiknya di dalam dan luar negara. Mudah-mudahan perkara-perkara seumpama cerita siasatan pita video Lingam yang mencatatkan seorang peguam menulis keputusan perbicaraan bagi hakim tidak akan berulang.

Suruhanjaya Diraja pita video Lingam mempunyai hak-hak batasan; kita sedang menunggu laporannya. Sementara itu, kita pandang kelemahan-kelemahan di Kehakiman ketika siasatan dijalankan di mahkamah tinggi.

Zaid Ibrahim pernah meluahkan pendapat mengenai Kehakiman di Parlimen sesi yang lalu. Kita mempercayai bahawa beliau perlu mengetahui hal kehakiman dari semua sudut. Beliau mestilah mempertimbangkan dengan benar-benar pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat Kehakiman.

Dr Tan Seng Giaw

Saturday, March 01, 2008

Ceramahs: Dr Tan Seng Giaw

Di Bahagian Pilihanraya Kepong, Dr Tan Seng Giaw, DAP, menentang Lau Hoi Keong, Gerakan (BN).

Sejak 24.2.2008, hari penamaan calon, Dr Tan Seng Giaw telah mengadakan empat ceramah besar dan beberapa ceramah kecil. Ceramah-ceramah yang akan dilangsungkan adalah seperti berikut:

3.2.2008 Padang, Jalan Prima 2, Metro Prima, Batu 7 Jalan Kepong.

5.3.2008 Padang, Jalan Bengkudu, Kepong Baru.

6.3.2008 Padang Besar, Jinjang Utara.

Dr Tan telah membangkitkan isu-isu politik, ekonomi, kebudayaan, agama, pendidikan dan sebagainya. Misalnya, keperluan mengadakan pembangkang yang kuat, perang terhadap inflasi, toleransi agama, pembasmian segala bentuk pelampau dan usaha untuk meletakkan universiti-universiti Malaysia di taraf dunia. Kini, universiti-universiti kita adalah tidak termasuk di dalam 200 universiti yang terbaik di dunia.

Dr Tan Seng Giaw