Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, August 31, 2017

Hari Raya Korban عيدالاءضح

Musang bersarang di bawah atap,
Hendakkan elak pengesanan;
Memang golongan golak, derita kerap,
Hidupan pandai dan menyesuaikan.

موسڠ برسارڠ دباوه اتڤ،
هندقكن ايلق ڤڠسنن;
ميمڠ ݢولوڠن ݢولق، دريتا كرڤ،
هيدوڤن ڤنداي دان مپسوايكن.

Labels:

Selamat aidiladha سلامت عيدالاءضح

Selamat aidiladha

سلامت عيدالاءضح.

Labels:

Wednesday, August 30, 2017

Trump, 'rundingan bukan cara selesai'

Korea Utara melancar roket ke atas udara Jepun. Perdana Menteri Abe ulas 'ini teruk sekali, tidak pernah berlaku. ' PBB selar 'sangat mengejutkan'. Trump buat tweet, 'rundingan bukan cara penyelesaian'. Menteri Pertahanannya,  Mattis, kira, 'kita tidak pernah elak penyelesaian diplomatik. ". Sementara itu, Kim Jong-un menimbang langkah seterusnya.

Labels: ,

سوارا مرديك Suara Merdeka

Hari Kebangsaan 2017

Merpati putih terbang dengan gagah,  Suara Merdeka dilaungkan berulangan;
Bertali jalur gemilang kibar megah,
Semua orang hasratkan negara aman.

مرڤاتي ڤوتيه تربڠ دڠن ݢاݢه،
سوارا مرديك دلاءوڠكن براولڠن;
برتالي جالور ݢميلڠ كيبر مݢه،
سموا اورڠ حسرتكن نݢارا امن.

Labels:

سلامت مرديك Selamat Merdeka

سلامت مرديك Selamat Merdeka Malaysia

Labels:

Tuesday, August 29, 2017

ڤينڠت مليسيا دسوكن سي Pingat Malaysia di Sukan SEA

Di Sukan SEA KL 2017,140 ahli sukan Malaysia dapat 140 pingat emas daripada jumlah 315 pingat diperolehi. Menteri Pendidikan Tinggi berasa gembira kerana lebih satu pertiga emas dipungut oleh pelajar universiti.

Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan Tinggi mesti menjelaskan cara menyeimbangkan kegiatan dalam dan luar bilik darjah bagi para pelajar.

دسوكن سي 2017, KL, سراماي 140 اهلي سوكن مليسيا داڤت ڤيڠت امس (جومله ڤيڠت دڤروليهيڽ 315). منتري ڤنديديقن تيگي براس ݢمبيرا كران لبيه درڤد ساتو ڤرتيݢ امس دڤوڠوت ڤلاجر اونيۏرسيتي.

منتري ڤنديديقن دان منتفي ڤنديديقن تيڠݢي مستي منجلسكن چارا مپاءيمبڠكن كݢياتن دالم دان لوار درجه باݢي ڤارا ڤلاجر.

Labels:

Monday, August 28, 2017

كجوهنن بيدمينتون دنيا 2017 Kejohanan Badminton Dunia

Kejohanan Badminton Dunia 2017 berlangsung di Glasgow, Scotland.

Pemain dari pelosok dunia,
Kejuaraan badminton bulan lapan;
Pemain mahir, azam dan sedia,
Juara jamin daya ketahanan.

كجوهنن. يدمينتون دنيا 2017 برلڠسوڠ دݢلسݢو، سكوتلند.

ڤماءين دري ڤلوسوق دنيا،
كجواراءن بيدمينتون بولن لاڤن;
ڤماءين ماهير، عزم دان سديا،
جوارا جامين داي كتاهنن.

Labels:

روكيت سمڤاي جڤون Roket sampai Jepun

Korea Utara melancar roket ke Jepun. Perdana Menteri Abe kata ini adalah ancaman kepada negaranya. Amerika menekankan bahawa ia bukan ancaman kepadanya.

كوريا اوتارا ملنچر روكيت كجڤون. ڤردان منتري ابي كات اين اداله انچامن كڤد نݢاراڽ. اميريكا منكنكن بهوا اي بوكن انچامن كڤدڽ.

Labels:

Kejohanan Badminton Dunia, Glasgow كجوهنن بيدميبتو دنيا، ݢلسݢو، 2017

كجوهنن بيدمينتون دنيا ممڤرليهتكن كاءداءن اوجا، جڠكاءن دان ككچيواءن. چينا داڤت دوا ڤيڠت امس، دينمارك ساتو، ايدونيسيا ساتو دان جڤون ساتو. ايكسيلسين مڠهالڠ لينڠ دن دري ڤيڠت امس ݢاءنم.  چوڠ وي دبرهنتيكن ڤد ڤوسيڠن ڤرتام. ڤرتنديڠن اخير ڤرساءورڠن وانيتا دانتارا اوكوهارا دان سيندو ممڤاميركن داي كتاهنن، كعزمن دان كماهيرن. اداكه رنچڠن مليسيا تڤت?

Kejohanan Badminton Dunia memperlihatkan keadaan teruja, jangkaan dan kekecewaan. China dapat 2 emas, Denmark 1, Indonesia 1 dan Jepun 1. Axelsen menghalang Lin Dan dari pingat emas keenam. Chong Wei diperhentikan pada pusingan pertama. Pertandingan akhir perseorangan wanita di antara Okuhara dan Sindhu mempamerkan daya ketahanan, keazaman dan kemahiran. Adakah rancangan Malaysia tepat?

Labels:

Sunday, August 27, 2017

Anwar Ibrahim dalam penjara انوار ايبراهيم دالم ڤنجارا

سلڤس لبيه 10 تاهون دڤنجارا، انوار ايبراهين تابه منڠݢوڠ.

Selepas lebih10 tahun dipenjara, Anwar Ibrahim tabah menanggung.

Labels:

Sukan SEA 2017 سوكن سي

Malaysia mendapat 219 pingat di Sukan SEA 2017. Tahniah kepada pasukan negara.

مليسيا منداڤت 219 ڤيڠت دسوكن سي 2017. تهنيءه كڤد ڤاسوقن نݢارا.

Labels:

Pantun, hujan lebat هنجر. لبت

ݢوروه دان كيلت سابوڠ-مڽابوڠ،
ڤندودوق هادڤي هوجن لبت;
ݢوروه تاكوتي ڤكرجا ڤاريت ݢابوڠ،
ڤندودوق چاري كمودهن هيبت.
Guruh dan kilat sabung-menyabung,
Penduduk hadapi hujan lebat;
Guruh takuti pekerja parit gabung,
Penduduk cari kemudahan hebat.

Labels:

Saturday, August 26, 2017

Tambah usaha cegah rasuah تمبه اوسها چݢه راسواه

تيمبالن ڤسوروهجاي ڤنچݢه راسوه سبوت مڠناءي ڤينداءن اكتا سوروهنجاي ڤنچݢه راسواه دان مڠموك راڠ اوندڠ‌٢ ليابيليتي كورڤورت اونتوق منمبه اوسها منچݢه راسواه دكالڠن ڤݢاواي عوام دان ايكسيكوتيۏ كورڤورت. يڠ ترڤنتيڠ سكالي ايله ڤسوروهجاي مستي بيبس.
Timbalan Pesuruhjaya Pencegah Rasuah sebut mengenai pindaan Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah dan mengemuka Rang Undang-Undang Liabiliti Korporat untuk menambah usaha mencegah rasuah di kalangan pegawai awam dan eksekutif korporat.

Yang terpenting sekali Pesuruhjaya mesti bebas.

Labels:

كوريا اوتارا لنچر تيݢ روكيت Korea Utara lancar 3 roket

Korea Utara melancar tiga roket jarak dekat. Apakah tindak balas Amerika? Guruh dan kilat sabung-menyabung?

كوريا اوتارا ملنچر تيݢ روكيت جارق دكت. اڤاكه تيندق بالس اميريكا? ݢوروه دان كيلت سابوڠ-مپابوڠ?

Labels:

Friday, August 25, 2017

Kebaikan dan keburukan IT كباءيكن دان كوروقن

Menjelang Hari Merdeka, kita merenung kebaikan dan keburukan teknologi maklumat (IT). Tempias IT seperti penggodaman, penipuan dan pengabaian kegiatan sosial adalah nyata. Bagaimana kita mengatasi gejala buruk ini?

منجلڠ هاري مرديكا، كيت مرنوڠ كباءيكن دان كبوروقن تيكنولوݢي معلومت (IT). تمڤياس IT سڤرتي ڤڠݢودمن، ڤنيڤوان دان ڤڠاباءين كݢياتن سوسيال اداله ڽات. باݢايمان كيت مڠاتاسي ݢجالا بوروق اين?

Labels:

Thursday, August 24, 2017

مليسيا راكن ڤاليڠ دكت Rakan paling dekat Amerika

ترامڤ مپيۏتكن مليسيا سباݢاي ساله ساتو راكن ڤاليڠ دكت دان منجومڤوت داتوء سري ناجيب ملاوت رومه ڤوتيه ڤد 12 سيڤتيمبر 2017. ترامڤ ممباوا اميريكا كلوار دري ڤرجنجيان راكن ترنس ڤاسيۏيك (TPPA ) يڠ منججسكن 11 نݢارا ترماوق مليسيا. جابتن كعديلن اميريكا سدڠ سياست 1MDB.
Trump menyifatkan Malaysia sebagai salah satu rakan paling dekat dan menjemput Datuk Seri Najib melawat Rumah Putih pada 12 September, 2017. Trump membawa Amerika keluar dari TPPA. Ini menjejaskan 11 negara termasuk Malaysia. Jabatan Keadilan Amerika menyiasat 1MDB.

Labels:

Orang muda selalu terbuka اورڠ مودا سلالو تربوك

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Seri Mohd Hashim kata orang muda (pengundi) selalu terbuka. Ya, mereka patut diberi peluang untuk mendapat maklumat yang benar termasuk kerja suruhanjaya bebas.

ڤڠروسي سوروهنجاي ڤيليهنراي داتوء سري محمد هاشيم كات اورڠ مودا (ڤڠوندي) سلالو تربوك. يا، مريك ڤاتوت دبري ڤلواڠ اونتوق منداڤت معلومت يڠ بنر ترماسوق مرجاݢوڠ سوروهنجاي. يبس.

Labels:

Wednesday, August 23, 2017

Bendera Indonesia terbalik

Bendera Indonesia terbalik ketika pembukaan Sukan SEA 2017. Adakah ini berkaitan dengan laman web digodamkan? Suruhanjaya Multimedia mestilah menyiasat sama ada laman-laman web diserang. Kegiatan jenayah siber sering berlaku.

Labels:

Disiplin sekolah


Kes disiplin pelajar berlaku di dalam dan luar sekolah. Ia mungkin rumit dan membayangkan keadaan di masyarakat. Kementerian Pendidikan Malaysia mesti menjelaskan bagaimana setiap kes diselesaikan dalam satu minggu. Kes paling teruk seperti kematian kerana gejala buli?

Labels:

Tuesday, August 22, 2017

Peranan saintis ڤرانن ساءينتيس

Sultan Perak bertitah saintis perlu memainkan peranan penting dalam kemajuan sains dan teknologi. Ini betul. Semua terutamanya Kerajaan terpaksa adil dan munasabah. Setengah saintis muda dan berbakat berhijrah ke negara lain. 

سولت ڤيرق برتيته ساينتيس ڤرلو مماءينكن ڤرانن ڤنتيڠ دالم كماجوان ساينس دان تيكنولوݢي. اين بتول. سموا تروتاماڽ كراجاءن ترڤقسا عديل دان مناسبه. ستڠه ساينتيس مودا دان برباكق برهجره كنݢارا لاءين.

Labels:

ڤساكيت كنسر ڤايودارا مليسيا Pesakit kanser payudara Malaysia

Menteri Pembangunan Wanita kata pesakit kanser payudara Malaysia hendak bantuan. Kerajaan perlu memperuntukkan RM10 juta untuk meringankan beban mereka.

منتري ڤمباڠنن وانيتا كات ڤساكيت كنسر ڤايودارا مليسيا هندق بنتوان. كراجاءن ڤرلو ممڤرونتوقءن RM10 جوتا اونتوق مريڠنكن ببن مريك.

Labels:

اميريكا دان اغنيستن Amerika dan Afghanistan

بريتيش ڤرنه دتيوس داۏغانيستن. سوۏيت اونيون لاري دري نݢارا ايت دالم كاءداءن سربا ساله. اميريكا برڤرڠ دسيت 16 تاهون. كيني اد 8400 اڠݢوتا تنتراڽ.
تاهون لڤس، ترامڤ ممكيق هندق اميريكا تاريك ديري دري نݢارا ترسبوت. هاري اين بليو كات تيدق بوليه منريما ڤڠوندورب لكس.
British pernah ditewas di Afghanistan. Soviet Union lari dari negara itu dalam keadaan serba salah. Amerika berperang di situ 16 tahun. Kini ada 8400 anggota tenteranya.

Tahun lepas, Trump memekik hendak Amerika tarik diri dari negara tersebut. Hari ini, beliau kata tidak boleh menerima pengunduran lekas.

Labels:

Sunday, August 20, 2017

لاتيهن تنترا بسر٢ن Latihan tentera besar-besaran

Amerika dan Korea Sekatan menjalankan latihan tentera besar-besaran. Korea Utara menyifatkan perbuatannya seperti meletakkan api di bumbungan (singaja mencari bahaya). Adakah Korea Utara akan melancarkan roket lagi?

Labels:

(Pantun)Sukan SEA سوكن سي

سوكن جادي اينتي صيحت دسماي،
جاݢ سماڠت منڠ جاڠن سومبوڠ;
سوكن سي داوسي ڤوليس راماي،
سموا ڤسرتا داڤت دڤفرليندوڠ.

Sukan jadi inti sihat di semai,
Jaga semangat menang jangan sombong;
Sukan SEA diawasi polis ramai,
Semua peserta dapat diperlindung.

Labels:

سوكن سي دان كسلامتن Sukan SEA dan keselamatan

سوكن سي برمولا دكوالا لومڤور. باݢايمان كيت وجود كسلامتن باݢي 15000 ڤسرتا دري ڤلباݢاي بݢارا? اداكه 8000 اڠݢوتا ڤوليس دمرات تمڤت چوكوڤ? بوليهكه سموا لڠكه ممبري ڤرليندوڠن?

Sukan SEA bermula di Kuala Lumpur. Bagaimana kita wujud keselamatan bagi 15000 peserta dari pelbagai negara? Adakah 8000 anggota polis di merata tempat cukup? Bolehkah semua langkah memberi perlindungan?

Labels:

Saturday, August 19, 2017

اميريكا دان اورن Amerika dan Iran

باڽق نݢارا منمبه ڤرداݢڠن دڠن ايرن. ترامڤ منݢسكن بهوا ڤرجنجيان نوكليار دڠنڽ مروڤاكن 'اوروس جنجي يڠ ڤاليڠ تروق'. اڤ بريكوتڽ?
Banyak negara menambah perdagangan dengan Iran? Trump menegaskan bahawa perjanjian nukliar dengannya adalah 'urus janji yang paling teruk. ' Apa berikutnya?

Labels:

Trump and Iran nuclear deal

As countries increase trade with Iran, Trump insists the nuclear agreement with the nation is 'the worst deal'. What next?

Labels:

Kambing dan harimau (pantun) كمبيڠ دڠن هاريماو

Donald Trump dan Kim Jung-un berbalas perasaan, ibarat harimau dengan kambing. Tetapi, harimau ini kaki terkena duri.

Pekan leka dengan saujana,
Sebagai Kuching dengan Tebrau;
Lawan Amerika dengan Korea Utara,
Sebagai kambing dengan harimau.

دونالد ترامڤ دان كيم جوڠ-اون  بربالس ڤراساءن، ايبارت هاريماو دڠن كمبيڠ. تتاڤي، هاريماو اين كاكي تركن دوري.

ڤكن لكا دڠن ساوجان،
سباݢاي كوچيڠ دڠن تبراو;
لاون اميريكا دڠن كوريا اوتارا،
سباݢاي كمبيڠ دڠن هاريماو.

Labels:

Punca gejala buli

Kejadian buli sehingga mangsa cedera parah membimbangkan.
Pelbagai faktor menyebabkan pelajar nakal. Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir sebut empat punca: pemakanan, persekiraran, teknologi dan masyarakat. Apa penyelesaian?

كجاديان بولي سهيڠݢ مڠسا چدرا ڤاره ممبيمبڠكن. ڤلباݢاي فكتور مپببكن ڤلاجر ناكل. منتري ڤنديديقن داتوء سري مهاطير سبوت امڤت ڤونچا: ڤماكنن، ڤرسكيترن، تيكنولوݢي دان مشاركت. اڤاكه ڤپلسايان?

Labels:

Thursday, August 17, 2017

Masalah pekerja asing مسءله ڤكرجا اسيڠ

Kerajaan Malaysia membuat dasar and mengambil tindakan mengenai pekerja asing, PADI dan PATI bertahun-tahun.  Masalah bertambah. Apa sahaja kadar levi progresif, yang pentingnya mewujudkan cara adil dan munasabah serta membasmikan penyelewengan.

كراجاءن مليسيا ممبوات داسر دان مڠمبيل تيندقن مڠناءي ڤكرجا اسيڠ، PADI دان PATI اونتوق برتاهون٢. مسءله برتمبه. اڤ سهاج قادر ليۏي ڤروݢريسيۏ، يڠ ڤنتيڠڽ وجودكن چارا عديل دان مناسبه سرتا ممبسميكن ڤڽليويڠن.

Labels:

سرڠن ݢانس Serangan ganas

Serangan ganas berlaku lagi. Sebuah van membunuh sekurang-kurangnya 13 orang di Barcelona, Espanyol. Takziah kepada keluarga mansa.

سرڠن ݢانس برلاكو لاݢي. سبواه ۏان ممبونوه سكورڠ٢ڽ 13 اورڠ دبارسلونا، ايسڤانيول. تعزيت كڤد كلوارݢ مڠسا.

Labels:

Wednesday, August 16, 2017

ماس ڤوربا Masa purba (pantun)

Pergi kunjung ke zoo negara,
Jadi biasa dengan dunia binatang;
Pergi kunjung ke muzium purba,
Jadi biasa dengan masa gemilang.

ڤرݢي كونجوڠ كزوو نݢارا،
جادي بياسا دڠن دنيا بيناتڠ;
ڤرݢي كونجوڠ كموزيوم ڤوربا،
جادي بياسا دڠن ماس ݢميلڠ.

Labels:

Merdeka 31 Ogos 1957

Kita sambut Hari Kemerdekaan. Kita terus berikhtiar menghapuskan faham unggul bangsa dalam masyarakat majmuk Malaysia.

كيت سمبوت هاري كمرديكاءن. كيت تروس براختيار مڠهاڤوسكن فهم اوڠݢول بڠسا دالم مشاركت مجموق مليسيا.

Labels:

Faham unggul banga فهم اوڠݢول بڠسا

Faham unggul bangsa menyebabkan kemarahan. Kekaburan Trump terhadap para pengunggul orang putih menjadikan orang marah.

فهم اوڠݢول بڠسا مپببكن كمارهن. ككابورن ترامڤ ترهادڤ ڤارا ڤڠاوڠݢول اورڠ ڤوتيه منجادي اورڠ ماره.

Labels:

Penternakan moden ڤنترنقن مودن

Penternakan moden seperti ayam, itik, khinzir dan lembu mengguna antibiotik. Ia wujud kuman yang tahan antibiotik. Ini bahaya. Media melapor pertambahan penggunaan antibiotik di penternakan Asia termasuk China. Ini membimbangkan. Apakah keadaan di Australia, Amerika dan Eropah?

ڤنترنقن مودن سڤرتي ايم، ايتيق دان لمبو مڠݢون انتيبيوتيك. اي وجود كومن يڠ تاهن انتيبيوتيك. اين بهاي. ميديا ملاڤور ڤرتمبهن ڤڠݢوناءن انتيبيوتيك دڤنترنقن اسيا. ترماسوق چينا. اين ممبيمبڠكن. اڤاكه كاءداءن داوستراليا، ايروڤه دان اميريكا?

Labels:

Tuesday, August 15, 2017

لنچر روكيت كݢوام Lancar roket ke GuamBerhent

Kim Jong-un hendak melancar roket ke Guam, Amerika. Beliau berhenti sementara untuk memandang Trump. Adakah peluang bagi rundingan damai?

كيم جوڠ-اون هندق ملنچر روكيت كݢوام، اميريكا. بليو برهنتي سمنتارا اونتوق ممندڠ ترامڤ. اداكه ڤلواڠ باݢي رونديڠن داماي?

Labels:

Monday, August 14, 2017

ݢڠݢوان سيبر Gangguan siber

Dari Januari hingga Julai, 2017, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menerima sebanyak 1,150 aduan kerana gangguan dalam talian termasuk buli siber. Suruhanjaya tersebut dan polis perlu mengawal. Kita sentiasa mengawas.

دري جنواري هيڠݢ جولاي 2017, سوروهنجاي كومونيكاسي دان مولتيميديا منريم سباپق 1150 ادوان عوام كران ݢڠݢوان تاليان ترماسوق بولي سيبر. سوروهنجاي ترسبوت ڤرلو مڠاول. كيت سنتياس مڠاوس.

Labels:

اخير ترامڤ سبوت ڤڠعڠݢول اورڠ ڤوتيه Akhirnya Trump sebut pengunggul orang putih

اخيرڽ ترامڤ سبوت ڤارا ڤڠعڠݢول اورڠ ڤوتيه دكݢانسن چارلوتسۏيل، ۏيرجينيا، اميريكا. دوا ڤناصيحت بليو ملتق جاوتن كران كراݢوان.

Akhirnya, Trump sebut para pengunggul orang putih di keganasan Charlottesville, Virginia, Amerika. Dua pnasihat beliau letak jawatan kerana keraguannya.

Labels: ,

كومونيكاسي سيلڠ بوداي Komunikasi silang budaya

داتوء سري زاحيد سبوت تنتڠ كومونيكاسي سيلڠ بوداي دان ڤڠايلۋن ڤميتقن اتاو ڤرڤچهن دالم مشراكت معجموق.
كاءوتاماءن اداله ڤارا ڤميمڤين مليسيا مڠايلقءن ايسو بڠسا دان اݢام يڠ سنسيتيۏ.

Datuk Seri Zahid sebut tentang komunikasi silang budaya dan pengelakan pemetakan atau perpecahan dalam masyarakat majmuk.

Keutamaan adalah para pemimpin Malaysia mengelakkan isu bangsa dan agama yang sensitif.

Labels: ,

Saturday, August 12, 2017

كݢانسن دۏيرجينيا، اميريكا Keganas di Virginia, Amerika,,

تيݢ اورڠ ماتي دچالوتسۏيل، اميريكا. اد ڤرهيمڤونن راس، ڤڠاوڠݢول بڠسا ڤوتيه دان اورڠ ۏاسيس. ترامڤ كات باڽق ڤيهق بتول-بتول بنچي، تعسوب دان ݢانس. كݢانسن تروس برلاكو.

Tiga orang mati di Charlottesville, Virginia, US. Ada perhimpunan ras, pengunggul bangsa putih dan orang Fasis. Trump kata banyak pihak betul-betul benci, taksub dan ganas. Keganasan terus berlaku.

Labels:

Trump dan tweet ترامڤ دان تويت

Kim Jong-un mungkin lebih mahir dalam teknologi maklumat. Apabila Trump mengancam melalui tweet untuk membuat Kim sesal, yang kedua menjengkelkannya.

كيم جوڠ-اون موڠكين لبيه ماهير دالم تيكنولوݢي معلومت. اڤبيلا ترامڤ مڠانچم ملالوي تويت اونتوق ممبوات كيم سسل، يڠ كدوا منجيڠكيلكنڽ.

Labels:

Friday, August 11, 2017

سكندال تلور Skandal telur

Skandal telur Eropah menjejsaskan lebih 15 negara seperti pengeluar besar, Belanda. Telur tercemar mengandungi fipronil yang boleh merosak buah pinggang, hati dan kelenjar tiroid. Racun ini diguna untuk kutu dan sengkenit ayam. Adakah telur in Malaysia selamat?

سكندال تلور ايروڤه منججسكن لبيه 15 نݢارا سڤرتي ڤڠلوار بسر بلندا. تلور ترچمر مڠندوڠي ۏيبرونيل يڠ بوليه مروسق بواه ڤيڠݢڠ، هاتي دان ملنجر تيرويد. راچون اين دݢون اونتوق كوتو دان سڠكنيت ايم. اداكه تلور دمليسيا سلامت?

Labels:

Thursday, August 10, 2017

سكيم انويتي ۏيتران Skim anuiti veteran

تيمبالن منتري ڤرتاهنن بنتڠ راڠ اوندڠ‌٢ اونتوق مميندا اكتا تابوڠ اڠكتن تنترا باݢي منوبوهكن سكيم انويتي ۏيتران. تنترا ممڤرتاهن مليسيا. كيت ممليهارا عسكر لشكر. كيت ڤرلو ممستيكن اورڠ يڠ برسيه دان ماهير دلنتيق اونتوق مڠوروسكن سكيم انويتي ۏيتران.
Timbalan Menteri Pertahanan bentang rang undang-undang untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera bagi menubuhkan skim anuiti veteran. Tentera mempertahan Malaysia. Kita memelihara askar lasykar. Kita perlu memastikan orang yang bersih dan mahir dilantik untuk menguruskan skim anuiti veteran.

Labels:

Trump dan kata lebih kuat ترامڤ دان كات لبيه كوات

Kim Jong-un siapkan roket untuk Guam. Trump guna kata yang lebih kuat, "Hal yang mereka tidak sangka akan berlaku ke atasnya. "

كيم جوڠ-اون سياڤكن روكيت اونتوق ݢوام. ترامڤ ݢون كات يڠ لبيه كوات، "حال يڠ مريك تيدق سڠك اكن برلاكو كاءتسڽ.

Labels:

Wednesday, August 09, 2017

RCEP, Rundingan kerjasama Komprehensif Economi Serantau

Menteri Perdagangan Antarabangsa cuba melegakan Dewan Rakyat mengenai Rundingan Kerjasama Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP). Malaysia menumpukan perhatian kepada keseragaman dalam prosedur, akses pasaran dan pelaburan. 

Selepas rundingan 12 negara termasuk Malaysia selama lima tahun, Trump mengeluarkan Amerika daripada Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) .

منتري ڤرداگڠن انتارابڠسا چوبا ملݢاكن ديون رعيت مڠناءي رونديڠن كرجاسام كومڤريهنسيۏ ايكونومي سرنتاو (RCEP). 16 نݢارا ترماسوق مليسيا مرونديڠ. مليسيا منمڤوكن ڤرهاتيان كڤد كسراݢمن ڤروسيدور، اكسيس ڤاسرن دان ڤلواڠ ڤلابورن.

سلڤس رونديڠن 12 نݢارا مليڤوتي مليسيا سلام ليم تاهون، ترامڤ ممباوا اميريكا كلوار درڤد ڤرجنجيان راكن ترانسڤاسيۏيك (TPPA). ڤرجنجيان اين مليڤوتي ڤاسرن اميريكا دان كانادا.

Labels: ,

Berkata siang melihat-lihat (pantun). برݢته سياڠ مليهت-ليهت

Berkata siang melihat-lihat,
berkata malam mendengar-dengar=Jika hendak membicara sesuatu, harus berhati-hati, jangan sampai menyinggung orang.

Matahari siang sinar berkilat-kilat,
Matahari benam bunyi hingar-bingar; 
Berkata siang melihat-lihat,
Berkata malam mendengar-dengar.

بركات سياڠ مليهت-ليهت، بركات مالم مندڠر-دڠر. اين برارتي جك هندق ممبيچارا سسواتو، هاروس برهاتي-هاتي، جاڠن سمڤاي مپيڠݢوڠ اورڠ.

ماتاهاري سياڠ سينر بركيلت-كيلت،
ماتاهاري بنم بوبي هيڠر-بيڠر;
بركات سياڠ مليهت-ليهت،
بركات مالم مندڠر-دڠر.

Labels:

ݢنجا حلال دكانادا Ganja halal di Kanada

كانادا اكن مڠحلالکن ݢنجا. اداله داڠݢركن بهوا نݢارا ايت اكن تمبه حاصيل US$22.6 بيليون ستاهون. 

Kanada akan menghalalkan ganja. Adalah dianggarkan bahawa negara itu akan tambah hasil US$22.6 bilion setahun.

Labels:

Taziah kepada keluarga Kerk Kim Hock تعزيت ݢلدڠ كلوارݢ كيرك ݢيم هوك

Takziah kepada keluarga Kerk Kim Hock تعزيت كڤد كلوارݢ كيرك ݢيم هوك

Labels:

文化宫殿,Istana Budaya

文化部长对大马的文化中心感到高兴。我们希望他能够告诉大家他认为吉隆坡文化宫殿,Istana Budaya, 的维持和基本设施,是否符合国际水准。

Labels:

Tuesday, August 08, 2017

انچامن ترامڤ دان كيم Ancaman Trump dan Kim

كيم جوڠ-اون ممڤرتيمبڠ سرڠن روكيت كݢوان، اميريكا. دونالد ترامڤ اكن مڠهادڤي دڠن لنتڠ، ݢلورا دان اڤي. كمودين?

Kim Jong-un mempertimbang serangan roket ke Guam, Amerika. Donald Trump akan menghadapi dengan lantang, gelora dan api. Kemudian?

Labels:

Istana Budaya

Menteri Kebudayaan gembira dengan pusat-pusat budaya. Apakah tahap penyelenggaraan dan kemudahan di Istana Budaya berbanding dengan standard antarabangsa?

منتري كبوداياءن ݢمبيرا دڠن ڤوست-ڤوست بودايا. اڤاكه تاهڤ ڤپلڠݢاراءن دان كمودهن دايستان بودايا بربنديڠ دڠن ستندرد انتارابڠسا.

Labels:

Korea Utara dan roket angkasaكوريا اوتارا دان روكيت اڠكاس ا

اميريكا دان كوريا اوتارا برموسوه لبيه 70 تاهون. كوريا اوتارا مڠوجي بوم نوكلير دان روكيت انتارا بنوا. اميريكا منمبه سكاتن دان انچامن ترهادڤڽ.

لايڠ٢ ملايڠ دلڠيت ،
كوريا اوتارا لنچر روكيت اڠكاس،
ڤيوڠيڠ تق لاين ايكونومي دهيمڤيت،
كوريا اوتارا دسكتكن اميريكا.

Amerika dan Korea Utara bermusuh lebih 70 tahun. Korea Utara menguji bom nuklear dan roket antara benua. Amerika menambah sekatan dan ancaman terhadapnya.

Layang-layang melayang di langit,
Korea Utara lancar roket angkasa;
Pyongyang tak layan ekonomi dihimpit,
Korea Utara disekat Amerika.

Labels:

Monday, August 07, 2017

Muzik Malaysia موزيك مليسيا

جيرن كيت سڤرتي ايندونيسيا دان طايلند اكتيۏ دالم سموا اسڤيق موزيك. كيت برهارڤ منتري كبوداياءن دان منتري مولتيميديا منرڠكن اڤاكه تاهڤ موزيك  مليسيا بربنديڠ دڠن جيرنڽ?

Jiran kita seperti Indonesia dan Thailand aktif dalam semua aspek muzik. Kita berharap Menteri Kebudayaan dan Menteri Multimedia menerangkan apakah tahap muzik Malaysia berbanding dengan jirannya.

Labels:

تيكنولوݢي كوانتوم Teknologi kuantum

ساءينتيس سدڠ مڠكاجي تيكنولوݢي كوانتوم سڤرتي دڠن ساتليت چينا. اداكه كومڤوتر كوانتوم اكن وجود دالم ليم تاهون?

Saintis sedang mengkaji teknologi kuantum seperti dengan satelit China. Adakah komputer kuantum akan wujud dalam lima tahun?

Labels:

Sunday, August 06, 2017

Dasar Warga Emas Negara داسر ورݢ امس نݢارا

Timbalan Menteri Kejajikan sebut di Dewan Rakyat banyak langkah untuk pelaksanaan dasar dan pelan tindakan warga emas Malaysia. Ukurannya termasuk yang sihat dan mampu dan sebaliknya. Kita perlu pemantauan yang berterusan.

تيمبالن منتري كباجيكن سبوت دأيون رعيت باڽق لڠكه اونتوق ڤلقساناءن داسر دان ڤلن تيندقن ورݢ امس نݢارا. اوكورنڽ ترماسوق يڠ صيحت دان ممڤو دان سباليقڽ. كيت ڤرلو ڤمنتاوءن يڠ برتروسن.

Labels:

Ketagihan telefon bimbit

Telefon bimbit bersejagat. Ketagihannya menjejaskan kesejahteraan seperti mengurangkan keyakinan diri kanak-kanak.

تيليۏون بيمبيت برسجاݢت. كتاݢيهنڽ منججسكن كسجهتراءن سڤرتي مڠورڠكن كياكينن ديري كامق٢.

Labels:

(Pantun)Menang tidak sombong منڠ تيدق سومبوڠ

Petang nampak pelari latih di Kepong,
Megah boleh mewakili negara;
Menang tidak boleh sombong,
Kalah tidak boleh putus asa.

ڤتڠ نمڤق ڤلاري لاتيه دكڤوڠ،
مݢه بوليه مواكيلي نݢارا;
منڠ تيدق بوليه سومبوڠ،
كآله تيدق بوليه ڤوتوس اسا.

Labels:

Bom atom di Hiroshima

72 tahun yang lalu, bom atom meletup di Hisroshima dan Nagasaki, Jepun. Bom ini menggerunkan, ngeri dan menakutkan. Ratusan ribu menderita. Dunia mesti memastikan tidak akan berlaku lagi.

72 تاهون يڠ لالو، بوم اتوم ملتوڤ دهيروشيما دان ناݢاساكي، جڤون. بوم اين مڠݢرونكن، ڠري دان مناكوتكن. راتوسن ريبو مندريتا.  دنيا مستي ممستيكن اي تيدق اكن برلاكو لاݢي.

Labels:

Saturday, August 05, 2017

Rasmi, Amerika keluar Perjanjian Paris راسمي، اميريكا كلوار دري ڤرجنجيان ڤاريس

سمالم، ناءيب ڤريسيدن، ماءيك ڤينس، مناريق اميريكا كلوار درڤد ڤرجنجيان ڤاريس سچارا راسمي. ترامڤ تيدق ڤرچاي كڤد ڤروبهن اقليم. دنيا ڤرچاي.

Semalam, Naib Presiden, Mike Pence, menarik Amerika keluar daripada Perjanjian Paris. Trump tidak percaya kepada perubahan iklim. Dunia percaya.

Labels:

(Pantun)Tasik Chini تاسيق چيني

Tasik Chini rizab dunia jati
Orang Jakun bersara hidup harian
Tasik Chini teratai sedia mati
Orang Jakun nak alam pulih sekalian

تاسيق چيني ريزب دنيا جاتي،
اورڠ جاكون برسارا هيدوڤ هاريان;
تاسيق چيني تراتاي سديا ماتي،
اورڠ جاكون نق علام ڤوليه سكاليان.

Labels:

SPM, STPM, Matrikulasi dan A Level

Keputusan SPM diumum enam bulan selepas pengambilan peperiksaan. Para pelajar tunggu. Ada Tingkatan Enam, Matrikulasi dan A Level. Menteri Pendidikan Tinggi perlu mengkaji kesusahan para pelajar Malaysia.

كڤوتوسن SPM دعموم انم. ولنت سلڤس ڤڠمبيلن ڤڤريقساءن. اد تيڠكتن انم، ماتريكولاسي دان A Level. منتري ڤنديديقن تيڠݢي ڤرلو مڠكاجي كسوسهن ڤارا ڤلاجر مليسيا.

Labels:

Thursday, August 03, 2017

Penyakit demam Denggi

Di Dewan Rakyat, Menteri Kesihatan kata bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia, lebih 328 orang dijangkiti penyakit demam Denggi. Walaupun ada pasukan khas, e-denggi, rotong-royong dan pendidikan, nyamuk Aedes membiak dan Denggi
berterusan.

Labels:

Bukti untuk perkara yang disebut

Samun sakal berdarah tangan bererti sesuatu perkara atau tuduhan mesti ada bukti.

Perairan di rantau ini tenang,
Lanun pecah kapal di lautan;
Perbicaraan lanun dari Sipitang,
Samun sakal berdarah tangan.

سامون ساكل برداره تاڠن برارتي سسواتو ڤركارا اتاو تودوهن مستي اد بوقتي.

ڤرايرن درنتاو اين تنڠ،
لانون ڤچه كاڤل دلاءوتن;
ڤربيچاراءن لانون دري سيڤيتڠ،
سامون ساكل برداره تاڠن.

Labels:

تانم 82 جوتا ڤوكوق Tanam 82 juta pokok

منتري علام سكيتر كات دديون رعيت بهوا ڤيهقڽ تله منانم 82 جوتا ڤوكوق دمليسيا ترماسوق 5.5 جوتا ڤد تاهون 2016. براڤ اكن تروس منومبوه?

Menteri Alam Sekitar kata di Dewan Rakyat bahawa pihaknya telah menanam 82 juta pokok di Malaysia termasuk 5.5 juta pada tahun 2016. Berapa akan terus menumbuh?

Labels:

Wednesday, August 02, 2017

IPG jadi Kolej Politeknik IPG جادي كوليج ڤوليتيكنيك

Menteri Pendidikan mengesahkan bahawa daripada 27 Institut Pendidikan Guru, 10 akan ditukar menjadi Kolej Vokasional dan Politeknik. Kita berharap menteri dapat memastikan kualiti kolej adalah tinggi.

منتري ڤنديديقن مڠصحكن بهوا درڤد 27 انستيتوت ڤنديديقن ݢورو، 10 اكن منجادي كوليج ۏوكاشيونل دان ڤوليتيكنيك. كيت برهارڤ منتري داڤت ممستيكن كواليتي كوليج اداله تيڠݢي.

Labels:

Bukit bukau digondolkan بوكيت-بوكاو دݢوندولكن

Ada bukit-bukau telah digondolkan di negara seperti pemusnahan di Tanah Tinggi Cameron. Adakah bukit-bukau ini dimiliki persendirian? Kerajaan mestilah bertindak dengan berkesan untuk memelihara alam sekitar. ""

اد بوكيت-بوكاو يڠ دݢوندولكن دنݢارا سڤرتي تانه تيڠݢي كيميرون. اداكه بوكيت. بوكاو اين دميليقي ڤرسنديريان? كراجاءن مستيله برتيندق دڠن برݢسن اونتوق ممليهارا علام سكيتر.

Labels: