Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, April 30, 2016

سلامت هاري بوروه.Selamat Hari Buruh

سلامت هاري بوروه. Selamat Hari Buruh

Labels:

توليسن خط، بولتله سوده تيكدڽ اونتوق ممبوات سسواتو.

توليسن خط اين برمعنا بولتله سوده تيكدڽ اونتوق ملاكوكن سسواتو. اي اداله ڤتيقن بيدلن دري ريكود سجاره اوليه سي ماچيان لبيه 2200 تاهون. كيت مستي ممڤوپاءي كاعزمن اونتوق برتاهون-تاهون باگي اوبه ڤلباگاي ڤركارا سماچم ڤرليمن دان اوروسن واڠ رعيت ميثلڽ 1MDB دڠن جومله هوتڠ RM50 بيليون.

Labels:

Wednesday, April 27, 2016

گابنور بڠڬ نگارا بارو. Gabenor Bank Negara baru

بڠك نگارا داڤت گابنور بارو داتوء محمد ايبراهيم ڤد 1.5.16. بليو اداله تيمبالن كڤد تن سري زيتي. كيت برهارڤ بلياو بنر-بنر ڤروۏيسيونل ممبنتو مڠوروس داسركاءواڠن، ايندوستري كاءواڠن دان ڤرتومبوهن ايكونومي مليسيا.
Bank Negara dapat gabenor baru Datuk Muhammad Ibrahim pada 1.5.2016. Beliau adalah timbalan kepada Tan Sri Zeti. Kita berharap beliau benar-benar profesional mengurus dasar kewangan, industri kewangan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Labels:

Saturday, April 23, 2016

175 نگارا تنداتاڠن ڤرجنجيان ڤاريسSebanyak 175 negara tandatangan perjanjian Paris

سباپق 175 نگارا د ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو مننداتاڠني ڤرجنجيان ڤاريس، اونتوق مموتوڠ ڤڠلوارن كاربون دان مڠهدكن كناءيكن سوهو بومي ك 1.5°C. بوقتي بومي سماكين ڤانس ميقينكن.
Sebanyak 175 negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menandatangan Perjanjian Paris untuk memotong pengeluaran karbon dan menghadkan kenaikan suhu bumi kepada 1.5°C. Bukti bumi semakin panas meyakinkan.

Labels:

گابنور بڠك نگارا بارو. Gabenor Bank Negara baru

كيت ڤرلو ساءورڠ ڤاكر يڠ تيدق دمانيڤولاسي اوليه ڤوليتيك ڤارتي سباگاي گابنور بڠك نگارا بارو. ڤاسرن مستي ميقينكن اورڠ ايت. تن سري زيتي اكن برسارا.
Kita perlu seorang pakar yang tidak dimanipulasikan oleh politik parti sebagai Gabenor Bank Negara baru. Pasaran mesti meyakinkan orang itu. Tan Sri Zeti akan bersara.

Labels:

Bintang pop Prince meninggal dunia. بينتزڠ وڤ ڤرينس منيڠگل دنيس

بينتڠ ڤوڤ ڤرينس منيڠگل دنيا. مندياڠ براوسيا 57 تاهون. راماي د دونيا ممبري ڤڠحرمتن كڤد سينساسي ڤوڤ اين.
Bintang pop Prince meninggal dunia. Mendiang berusia 57 tahun. Ramai di dunia memberi penghormatan kepada sensasi pop ini.

Labels:

Friday, April 22, 2016

توليسن خط، ڤتيقن دري سجاره دينستي جين. Tulisan khat, petikan dari Sejarah Dinasti Jin.

توليسن خط اداله ڤتيقن بيدالن دري سجاره دينستي جين. اي برارتي بيارله ترجوال پاوا،جاڠن ترجوال نام. لبيه 1600 تاهون لڤس، ساءورڠ ڤپاير تاو يوانميڠ بكرجا سباگاي ڤگاواي د داءره. بلياو تيدق ماهو مڠامڤو ڤگاواي كانن، لالو ملتقءن جاواتن.
Tulisan khat adalah petikan bidalan dari Sejarah Dinasti Jin. Ia bererti biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama. Lebih 1600 tahun lepas, seorang penyair, Tao Yuanming, bekerja sebagai seorang pegawai di daerah. Beliau tidak mahu mengampu pegawai kanan, lalu meletakkan jawatan.

Labels: ,

كتوا ڤگاواي ايكسيكوتيۏ MAS

شريكت Malaysia Airline Berhad دان ايبو شريكت Khazanah National Berhad مناڠني ڤرلتقءن جاواتن كتوا ڤگاواي ايكسيكوتيۏ(CEO) شروكت MAS, ايچيق Chritoph Mueller.كيت تيدق تاهو سبب بليو هندق ڤرگي. كيت ماهو CEO يڠ ڤنداي. جاڠنله چريتا ڤنجڠ كگاگلن MAS دبياركن براولڠ.
Syarikat Malaysia Airline Berhad dan ibu syarikat Khazanah National Berhad menangani perletakan jawatan ketua eksekutif (CEO) MAS, Encik Christoph Mueller. Kita tidak tabu sebab beliau hendak pergi. Kita mahu CEO yang pandai. Janganlah cerita panjang kegagalan MAS dibiarkan berulang.

Labels:

Thursday, April 21, 2016

Hari Bumi Sedunia ke-46.

Pada Hari Bumi Sedunia yang ke-46, marilah kita memelihara alam sekitar seperti kitar semula sampah dan beli buah-buahan tempatan.

Labels:

ڤريسيدن اوباما ملاوت تيمور تڠه دوا هاري. Presiden Obama melawat Timur Tengah dua hari

ڤريسيدن اوباما ملاوت تيمور تڠه دوا هاري اونتوق منداڤت لبيه سوكوڠن باگي مڠهادڤي IS اتاو داءش. 19 ورگ مليسيا دڠن IS دلاڤوركن تربونوه د سيريا.
President Obama melawat Timur Tengah dua hari untuk mendapat lebih sokongan bagi menghadapi IS atau Daesh. 19 warga Malaysia dengan IS dilaporkan terbunuh di Syria.

Labels:

Wednesday, April 20, 2016

Ujian Integriti Malaysia untuk polis

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid melancarkan Ujian Integriti Malaysia untuk mentafsir nilai, sikap dan kelakuan anggota polis. Orang awam mengambil berat hal ini.
تيمبالن ڤردان منتري داتوء سري زاحيد دان كتوا ڤوليس نگارا تن سري خاليد ملنچركن اوجيان اينتيگريتي مليسيا اونتوق منتۏسير نيلاي، سيكڤ دان كلاكوان آڠگوتا ڤوليس. اورڠ عوام مڠمبيل برت حل اين.

Labels:

Saturday, April 16, 2016

توليسن خط برارتي دالم كاءداءن سربا ساله، ريبادي سساءورڠ ترنمڤق.Tulisan khat bererti dalam serba salah, peribafi seseorang ternampak.

توليسن خط اداله بيدلن دري سجاره دينستي هان كمودين، لبيه 2000 تاهون. اي برارتي دالم سواسان كاچاو-بيلاو، ڤريبادي سساءورڠ ترنمڤق. هاري اين، 1MDB ترهوتڠ RM50 بيليون. حال اين منيمبولكن سواسان هورو-هارا ڤولتيك مليسيا. لام-كلاماءن، ڤريبادي اورڠ-اورڠ يڠ بركناءن  اكن دكتاهوءي.
Tulisan khat ini adalah bidalan dari Sejarah Dinasti Han, lebih 2000 tahun. Ia bererti dalam suasana kacau-bilau, peribadi seseorang ternampak. Hari ini, 1MDB terhutang RM50 bilion. Hal ini menimbulkan suasana huru-hara politik Malaysia. Lama-kelamaan, peribadi orang-orang berkenaan akan diketahui.

Labels:

Friday, April 15, 2016

كماراو ڤنجڠ منججس بكالن اير. Kemarau panjang menjejaskan bekalan air

كماراو ڤنجڠ د مليسيا مروسقءن بكالن اير ميثلڽ د جوهر، كده، ڤاهڠ، ڤيرق دان سلاڠور. كيت برهارڤ سموا ڤيهق تراوتام سوروهنجاي ڤرخيدمتن اير، شريكت بكالن اير دان ڤارا ڤڠگون براوسها ممبنتو.
Kemarau panjang di Malaysia merosakkan bekalan air, misalnya Johor, Kedah, Pahang, Perak dan Selangor. Kita berharap semua pihak terutama Suruhanjaya Perkhidmatan Air, Syarikat Bekalan dan para pengguna berusaha membantu.

Labels:

Thursday, April 14, 2016

ڤنتقصيرن براساس سكوله (Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS

ڤنتقصيرن براساسكن سكوله (PBS) اداله ڤنيلاءين گورو يڠ مرنچڠ دان ملاڤوركن ڤركمبڠن موريد. كيت برهارڤ ڤارا گورو دلاتيه دان دبري ڤلواڠ اونتوق منجالنكن كرجا دڠن عديل دان بركسن.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah penilaian guru yang merancang dan melaporkan perkembangan murid. Kita berharap para guru dilatih dan diberi peluang untuk menjalankan kerja dengan adil dan berkesan.

Labels:

Wednesday, April 13, 2016

سويتزرلند سياست Switzerland siasat 1MDB

سويتزرلند مپاست 1MDB اونتوق منچاري بوقتي باگي مڠهادڤ ڤساله ك مهكامه. جاوتنكواس كيرا-كيرا واڠ نگارا منداڤتي شريكت ايت تيدق مڠيكوت گاريسڤندوان جاوتنكواس ڤوتراجاي سڤرتي لارڠن شريكت بركاءيتن دڠن كراجاءن ممينجم دڠن ترلالو باپق. 1MDB ترهوتڠ RM50 بيليون.
Switzerland menyiasat 1MDB untuk mencari bukti bagi membawa pesalah ke mahkamah. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendapati bahawa 1MDB tidak mengikut garispanduan Jawatankuasa Putrajaya seperti syarikat berkaitan dengan kerajaan dilarang meminjam dengan terlalu banyak. 1MDB terhutang RM50 bilion.

Labels:

Tuesday, April 12, 2016

ڤڠگوليڠن قاداۏي د ليبيا. Penggulingan Gaddafi di Libya

كواس-كواس بارت د بلاكڠ ڤڠگوليڠن قاداۏي د ليبيا گاگل. ڤريسيدن اوباما كات كسالهن يڠ تربوروق اداله ككورڠن رنچڠن سلڤس ايت. IS اتاو داءش برتاڤق د ليبيا يڠ بركاءداءن كاچاو بيلاو.
Kuasa-kuasa Barat di belakang penggulingan Gaddafi di Libya gagal. President Obama kata kesalahan yang terburuk adalah kekurangan rancangan selepas itu. IS atau Daesh bertapak di Libya yang berkeadaan kacau-bilau.

Labels:

Monday, April 11, 2016

بنتڠ لاڤورن 1MDB د ديون رعيت. Bentang laloran 1MDB di Dewan Rakyat

جاوتنكواس كيرا-كيرا واڠ نگارا (PAC) ممبنتڠكن لاڤورن مڠناءي 1MDB د ديون رعيت مليسيا ڤد 7 اڤريل 2016. اهلي PAC مستيله ڤاتوه كڤد اينتيڤاتي لاڤورن ايت سڤرتي وجودڽ كلمهن دان ككڠن لمباگ ڤڠاره دان ڤيهق ڤڠوروسن دڠن هوتڠ منچچه RM50 بيليون.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentang Laporan mengenai 1MDB di Dewan Rakyat Malaysia pada 7April, 2016. Ahli PAC mestilah patuhi kepada intipati laporan itu seperti wujudnya kelemahan dan kekangan Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan dengan hutang mencecah RM50 bilion.

Labels:

Sunday, April 10, 2016

ڤppد 2014، 1MDB مڠهادڤي مسءله اليرن توناي. Pada 2014, 1MDB menghadapi masalah aliran tunai

ڤد 2014، 1MDB مڠهادڤي مسءله اليرن توناي. ڤيهق ڤڠوروسن دان لمباگ ڤڠاره هندق منچاري واڠ توناي دڠن مناور ساهم عوام ڤرمولاءن شريكت ميليقيڽ Edra Energy Berhad. كران ڤلباگاي سبب، اوسها ايت تيدق برجاي. شريكت ايت روگي RM665 جوتا. هوتڠ سباپق RM2 بيليون تيدق داڤت دبياي.
Pada 2014, 1MDB menghadapi masalah aliran tunai. Pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah hendak mencari wang tunai dengan menawar saham awam permulaan syarikat milikinya, Edra Energy Berhad. Kerana pelbagai sebab, usaha itu tidak berjaya.  Syarikat berkenaan rugi RM665 juta. Hutang sebanyak RM2 bilion tidak dapat dibiaya.

Labels:

بولاسيڤق ليگ ڤردان ايڠگريس، ارسينل 3:3 ويس هيمLiga Perdana Inggerisk

ارسينل دان ويس هيم مربوت كدودوقن امڤت ڤاسوقن ك اتس دالم ليگ. دڠن كڤوتوسن سري، مريك ترڤقسا بكرج دڠن لبيه كوات.
Arsenal dan West Ham merebut kedudukan empat pasukan ke atas dalam liga. Dengan keputusan seri, mereka terpaksa bekerja dengan lebih kuat.

Labels:

Saturday, April 09, 2016

اهلي ڤرليمن ڤرتي-ڤرتي اوتم دان Ahli parlimen parti-parti utama dan PAC

لاڤورن جاوتنكواس كيرا-كيرا واڠ نگارا (PAC) دستوجوي اوليه اهلي-اهلي دري باريسن ناسيونل دان ڤمبڠكڠ. 1MDB دالهامكن سباگاي ڤمڠكين ڤمباڠونن اونتوق مڠگالقءن كماسوقءن ڤلابورن لڠسوڠ اسيڠ ك دالم نگارا. اي گاگل دان هوتڠ RM50 بيليون. كيت چوبا داڤتكن بوكتي ترهادڤ ڤارا ڤساله.
Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) disetujui oleh ahli-ahli dari Barisan Nasional dan Pembangkang. 1MDB digalakkan sebagai pemangkin pembangunan untuk menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing ke dalam negara. Ia gagal dan hutang RM50 bilion. Kita cuba dapatkan bukti terhadap para pesalah.

Labels:

Tulisan khat, menyuruh kapak menyelam beliung. توليسن خط، مپوروه كاڤق مپلم بليوڠ

Labels:

Wednesday, April 06, 2016

لاڤورن جاوتنكواس كيرا-كيرا واڠ نگارا ترهادڤ Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara terhadap 1MDB.

هاري اين، كيت بنتڠكن لاڤورن جاوتنكواس كيرا-كيرا واڠ نگارا، PAC, ترهادڤ 1MDB دديون رعيت. كلمهن لمباگ ڤڠوروسن كتارا دان ڤيهق ڤڠوروسن بوات ايكوت كهندق. جاڠن مپوروه كاڤق مپلم بليوڠ.
Hari ini, kita bentangkan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Dewan Rakyat. Kelemahan Lembaga Pengarah ketara dan pihak pengurusan buat ikut kehendak. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung.

Labels:

راڠ اوندڠ-اوندڠ اينستيتوت ڤپليديقن ڤرهوتنن مليسيا 2016.FRIM Rang Undang-Undang Penyelidikan Perhutanan

ديون رعيت بينچڠ راڠ اوندڠ-اوندڠ FRIM اونتوق ممڤربادنكن دان منمبهكن كگياتن كوميرسيل. اينستيتوت ايت ممبري باپق سومبڠن دڠن كڤاكرن دان تيكنولوگي. كيت ڤرلو كاولن سڤرتي جاوتنكواس علم د ديون اوتوق ممنتاوڽ.
Dewan Rakyat bincang Rang Undang-Undang FRIM untuk memperbadankan dan menambahkan kegiatan kormersil. Institut itu memberi banyak sumbangan dengan kepakaran dan teknologi. Kita perlu kawal seperti jawatankuasa alam di Dewan untuk memantaunya.

Labels:

Sunday, April 03, 2016

اير هوجن د مليسيا.Air hujan di Malaysia

مليسيا اد موسيم كماراو دان موسيم هوجن دغن اعكليم سڠت بوروق سڤرتي ال نينيو دري سماس ك سماس. هوجن ستياڤ تاهون دسيۏتكن سباپق 390 جوتا كولم برسايز اوليمڤيك. اداكه كيت گوناكن 10% درڤدڽ؟ باگايمان ريزب هوتن دان كاواسن تادهن دڤيليهارا؟ اداكه نگري-نگري منجاگ سومبير اير؟ اد اورڠ ممبازير اير.
منتري سومبر اصلي دان علم سكيتر داتوء سري ۏان جونايدي مڠكاجي سموا اسڤيق دڠن توجوان مڠگوبل اوندڠ-اوندڠ اونتوق مميليهارا سومبر اير دان كاواسن تاداهن. كيت ممنتاو.
Malaysia ada musim kemarau dan musim hujan dengan iklim sangat buruk seperti El Nino dari semasa ke semasa. Hujan setiap tahun disifatkan sebanyak 390 juta kolam bersaiz Olimpik. Adakah kita gunakan 10% daripadanya. Bagaimana rizab hutan dan kawasan tadahan dipelihara? Adakah negeri-negeri menjaga sumber air? Ada orang membazir air.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi mengkaji semua aspek dengan tujuan menggubal undang-undang untuk memelihara sumber air dan kawasan tadahan. Kita memantau.

Labels:

Saturday, April 02, 2016

توليسن خط دري يڠ سيوڠ لبيه 2000 تاهون. Tulisan khat dari Yang Xiong, lebih 2000 tahun

توليسن خط اين اداله ڤتيقن دري يڠ سيوڠ، دينستي هان، لبيه 2000 تاهون. اي برارتي لبيه تربوك دالم ڤوليتيك دان لبيه بيبس دالم ڤرچاكڤن. سموا دلاين دڠن لبيه عديل. كيت برهارڤ.

Tulisan khat ini adalah petikan dari Yang    Xiong, lebih 2000 tahun. Ia bererti bahawa adalah lebih terbuka dalam politik dan lebih bebas dalam percakapan. Semua di layan dengan lebih adil


Labels:

كنچه ڤروتون. Kancah Proton

ڤد 1983، كيت ممبريتاهو ديون رعيت بهاوا كنچه ڤروتون اكن ممباوا كسوسهن كڤد نگارا. اد يڠ كات ڤلباگاي بنتوان منچچه همڤير RM40  بيليون. لمڤور جرلوس.
Pada 1983, kita memberitahu Dewan Rakyat bahawa kancah Proton akan membawa kesusahan kepada negara. Ada yang kata pelbagai bantuan mencecah hampir RM40 bilion. Lumpur jerlus.

Labels:

مانچيستر اونايتيد حسرت كدودوقن 3 ڤاسوقن ك اتس دالم ليگ. Manchester United hasrat kedudukan 3 pasukan teratas dalam liga

ڤڠوروس مانچيستر اونايتيد ۏان گاعل برحسرت ممباوا ڤاسوقن ك 3 تراتس دالم ليگ ڤردان ايڠگريس. امڤت ڤاسوقن تراتس لايق سرتاي ليگ جوارا-جوارا ايروڤه. تاهون اين، مانچيستر اونايتيد تركلوار دري ليگ جوارا-جوارا اول. ڤرتنديڠن سڠيت.
Pengurus Manchester United van Gaal berhasrat membawa pasukan ke 3 teratas dalam Liga Perdana Inggeris. Empat padukan teratas layak sertai Liga Juara-Juara Eropah. Tahun ini, Manchester United terkeluar dari Liga Juara-Juara awal. Pertandingan sengit.

Labels:

ڤنچوليقءن د سابه Penculikan di Sabah

كراجاءن مليسيا كات بهاوا كاءداءن كسلامتن د ڤرايرن سابه تركاول. تتاڤي، ڤنتاي ڤنجڠ. امڤت اورڠ دچوليق. كيت توڠگو.
Kerajaan Malaysia kata bahawa keadaan keselamatan di perairan Sabah terkawal. Tetapi, pantai panjang. Empat orang diculikkan. Kita tunggu.

Labels:

Friday, April 01, 2016

ثرلالو گموق. Terlalu gemuk

مجاله ڤروبتن بريتيش، لنسيت (ڤيساو بده كچيل)، بركات بهاوا دري 641 جوتا اورڠ ثرلالو گموق د دنيا، 18% اداله للاكي دان 21% ڤرمڤوان. كيت كورڠكن ماكن، لالو تورونكن برت بادن.
Majalah perubatan Britisn, Lancet (pisau bedah kecil), berkata bahawa dari 641 juta orang terlalu gemuk di dunia, 18% adalah lelaki dan 21% perempuan. Kita kurangkan makan, lalu turunkan berat badan.

Labels: