Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, September 29, 2019

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan alam sekitar

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Latheefa Koya membuat strategi menyeluruh untuk menangani alam sekitar seperti pemburu gelap dan pencemar. Masalah ini adalah rumit. Kita berharap strategi tersebut adalah adil dan lestari.

Labels:

سوروهنجاي ڤنچݢهن راسواه دان علام سكيتر

كتوا ڤسوروهجاي سوروهنجاي ڤنچݢهن راسواه مليسيا لاضيۏا قويا ممبوات ستراتيݢي مڽلوروه اونتوق مناڠاني علام سكيتر سڤرتي ڤمبورو ݢلڤ دان ڤنچمر. مسءله اين اداله روميت. كيت برهارڤ سترتيݢي ترسبوت اداله عاديل دان ليستاري.

Labels:

Parlimen British

Parlimen British wujud sejak tahun 1707. Dalam 3 tahun ini  , Brexit (keluar dari Kesatuan Eropah) menjadikan Britain dan Parlimennya dibahagikan kepada dua. Sejak Boris Johnson bergelar Perdana Menteri, perbahasan Parlimen sangat panas. Perkataan seperti humbug (berpura-pura, karut), too cowardly (pengecut dahsyat) dan surrender (penyerah kalah) digunakan. Sejak 1957, perdebatan Parlimen Malaysia adalah hangat juga.

Labels:

Saturday, September 28, 2019

ترامڤ كات تاهو تنتڠ علام

ترامڤ كات،" ساي تاهو مڠناءي علام سكيتر، لبيه درڤد باڽق اورڠ." اڤاكه مقصود؟  بنچان سماچم جربو، بنجير، تاوۏن، كماراو، ڤولاو تڠݢلم دان كلاڤرن؟
     جوتاءن اورڠ دنيا مڠاداكن بنتهن اقليم سوڤاي سموا كراجاءن مڠمبيل تيندقن يڠ برارتي سڤرتي منچݢه كباكرن هوتن يڠ مپببكن جربو.

Labels:

Trump kata beliau tahu alam

Trump kata,"  says tahu mengenai alam sekitar, lebih daripada banyak orang." Apa maksudnya? Bencana semacam jerebu, banjir, kemarau dan kelaparan?
     Jutaan orang dunia mengadakan bantahan iklim supaya semua kerajaan buat kerja yang bererti seperti mencegah kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu.

Labels:

Friday, September 27, 2019

Bantahan iklim

Bantahan iklim
     Ada orang Malaysia bimbang bila melihat perubahan iklim yang berterusan. Pemuda Greta Thunberg menggalak belia dunia membangkit supaya semua kerajaan membersihkan udara. Misalnya, semalam 500000 pelajar mengadakan bantahan iklim di Kanada.

Labels:

بنتهن اقليم

بنتهن اقليم
     اد اورڠ مليسيا بيمبڠ بيلا مليهت ڤروبهن اقليم يڠ برتروسن. ڤمودا ضونبيرݢ مڠݢالق بليا دنيا بڠكيت سوڤاي سموا كراجاءن مڠمبيل تيندقن بركسن باݢي ممبرسيكن اودارا. ميثلڽ، سمالم 500000 ڤلاجر مڠاداكن بنتهن اقليم دكانادا. 

Labels:

Akta Jerebu Rentas Sempadan

Orang Malaysia memerhati Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang dikuatkuasakan oleh Singapura sejak tahun 2014. Adakah ia berkesan? Kita cari cara-cara yang efektif untuk mencegah kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu.

Labels:

اكتا ڤنچمرن جربو رنتس سمڤادن

اورڠ مليسيا ممرهاتي اكتا ڤنچمرن جربو رنتس سمڤاتن يڠ دكواتكواساكن اوليه سيڠاڤورا سجق 2014. اداكه اي بركسن؟ كيت چاري چارا-چارا ايۏيكتيۏ اونتوق منچݢه كباكرن هوتن يڠ مڠعقيبتكن جربو.

Labels:

Thursday, September 26, 2019

Pantun, Internet Lebih Baik.

Internet Lebih Baik
     Kerajaan Malaysia meluluskan RM21.6 bilion untuk hubungan digital yang bertaraf tinggi diseluruh negara dalam lima tahun. 5G?

Internet tiba negeri Malaysia,
     Tapi khidmat tetap kurang memuaskan;
Internet dibina bumi Malaysia,
     Bagi khidmat cekap sepanjang zaman.

اينترنيت لبيه باءيق
     كراجاءن مليسيا ملولوسكن RM21.6 بيليون اونتوق هوبوڠن ديݢيتل يڠ برتارۏ تيڠݢي دسلودوڤ مليسيا دالم ليم تاهون. 5G?
اينترنيت تيبا نݢري مليسيا،
     تاڤي خدمت تتڤ تيدق ممواسكن؛
اينترنيت دبينا بومي مليسيا،
     باݢي خدمت چكڤ سڤنجڠ زمان.

更好网络
     大马政府通过216亿令吉,在五年内使高水准数码串通全马。?5G

网络来大马多年,
      但服务令人不满;
网络在大马改良,
      让服务效率使然。

Better Internet
     The Malaysian Government has approved RM21.6 billion for digital connections of high standard throughout the country within five years. 5G?

Internet has been in Malaysia,
     But it's service is not satisfactory;
Internet is being improved throughout Malaysia
     Let it be effective with durability.
    

Labels:

Kematian 14 orang Batek, Sungai Koh, Gua Musang.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyiapkan laporan mengenai kematian 14 orang Batek di Kampung Sungai Koh, Gua Musang, Kelantan. Sila umumkan laporan itu.

Labels:

لاڤورن كماتيان 14 اورڠ باتيق، ݢوا موسڠ.

كمنتريان كصيحتن مليسيا مپياڤكن لاڤورن مڠناءي كماتيان 14 اورڠ باتيق دكمڤوڠ سوڠاي كوه، ݢوا موسڠ، كلنتن. سيلا عمومكن لاڤورن ايت.

Labels:

Wednesday, September 25, 2019

سياساتن ڤندعواءن ترامڤ

سياستن ڤندعواءن ڤريسيدن ترامڤ.
          كوڠݢريس اميريكا برمولا سياستن ڤندعواءن ترامڤ كران ملالوءي تيليۏون بليو سوروه ڤريسيدن اوكراءين ممريقسا ڤرنياݢاءن هنتر، انق جو بيدون، داوكراءين. جو اداله باكل چالون اوتاما ديموكرت يڠ اكن مننتڠ ترامڤ دالم ڤيليهن راي ڤريسيدن 2020.
     اڤ حقيقت؟

Labels:

Siasatan pendakwaan Trump

Kongres Amerika bermula siasatan pendakwaan Trump kerana melalui telefon beliau suruh Presiden Ukraine memeriksa perniagaan Hunter, anak Joe Bidon, di Ukraine. Joe adalah bakal calon utama Demokrat yang akan menentang Trump dalam pilihanraya presiden2020.
     Apakah hakikat?

Labels:

Pelajar Malaysia pulang dari Risu

Pelajar Malaysia pulang dari Riau, Indonesia.
          Seramai 306 pelajar Malaysia telah dibawa pulang  atau pergi ke Jakarta kerana Indeks Pencemaran Udara di Riau adalah melepasi paras 500.
Semoga pihaknya mencegah kebakaran hutan.

Labels:

ڤلاجر. ليسيس ڤولڠ دري رياو

ڤلاجر مليسيا دباوا ڤولڠ دري رياو، ايندونيسيا.
          سراماي 306 ڤلاجر مليسيا تله دباوا ڤولڠ اتاو ڤرݢي كجاكرتا كران اينديكس ڤنچمرن اودارا ملڤسي ڤارس 500 دريول. سموݢ ڤيهقڽ منچݢه كباكرن هوتن.

Labels:

Tuesday, September 24, 2019

ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو

سڤرتي بياسا، ڤردان منتري مليسيا اكن بروچڤ دڤرهيمڤونن اݢوڠ ك-74، ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو، نيو يورك، مڠناءي براڤ ايسو سڤرتي ريۏورماسي ڤرتوبوهن ايت، روهيڠيا دان مولتيلترليسما. دالم اوچاڤنڽ ترامڤ مڠوتاماكن اميريكا شريكت دان ڤاتريوت.

Labels:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Seperti biasa, Perdana Menteri Malaysia akan berucap di Perhimpunan Agung Ke-74, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York, mengenai berapa isu seperti reformasi pertubuhan itu, Rohingya dan multilateralism. Dalam ucapannya, Trump mengutamakan Amerika Syarikat dan patriot.

Labels:

Gemps bumi undang-undang di London

Gempa bumi undang-undang di London.
     Mahkamah Agung Britain memberi keputusan bahawa penangguhan Parlimen oleh Boris Johnson adalah tidak sah di sisi undang-undang. Penangguhan seperti ini menafikan kawalan Parlimen. Dewan tersebut kembali bersifang. Perdana Menteri British itu menegaskan bahawa Brexit akan berlaku pada 31.10.2019.

Labels:

ݢمڤا بومي اوندڠ-اوندڠ دلوندون

هاري اين، مهكامه اݢوڠ  بريتاين ممبري كڤوتوسن بهوا ڤنڠݢوهن ڤرليمن اوليه  بوريس جونسون اداله تيدق صح دسيسي اوندڠ-اوندڠ دڠن سبولت سوارا اوليه 11 حاكيم. ڤرليمن كمبالي برسيدڠ. ڤردان منتري بريتيش ايت منݢسكن بريتاين اكن كلوار دري كساتوان ايروڤه (بريكسيت) ڤد 31.10.2019.

Labels:

Monday, September 23, 2019

Jenayah siber

Dunia digital melihat lebih jenayah siber. Ada banyak jenis komplot penipuan seperti komplot Macau. Puluhan ribu mangsa Malaysia terperdaya dengan kerugian ratusan juta ringgit.
     Semua orang mesti berwaspada. Apakah keberkesanan pasukan petugas?

Labels:

جنايه سيبر

دنيا ديݢيتل مليهݢ ڤلباݢاي جنايڤ سيبر. اد باڽق جنيس كومڤلوت سڤرتي كومڤلوت ماكاو. ڤولوهن ريبو مڠسا مليسيا ترڤداي دڠن كروݢيان راتوسن جوتا ريڠݢيت.
     سموا اورڠ مستي بروسڤادا. اڤاكه كبركسنن ڤاسوقن ڤتوݢس سيبر؟

Labels:

Malaysia Dan bahan api fosil

Malaysia dan bahan api fosil
     Pengeluar batu arang besar adalah termasuk China, India, Amerika Syarikat, Australia, Kesatuan Eropah, dan Indonesia. Malaysia membeli batu arang untuk janakuasa elektrik.
     Di Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York, apakah akan Malaysia nyatakan mengenai bahan api fosil dan kerja Jabatan Pihak Berkuasa Pembanunan Tenaga Lestari?

Labels:

مليسيا دان باهن اڤي ۏوسيل

ڤڠلوار باتو ارڠ بسر اداله ترماسوق چينا، اينديا، اميريكا شريكت، اوستراليا، كساتوان ايروڤه دان ايندونيسيا. مليسيا ممبلي باتو ارڠ اونتوق جاناكواسا ايليكتريك.
     دسيدڠ كمونچق تيندقن اقليم ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا  برساتو دنيو يورك، اڤاكه اكن مليسيا پاتاكن مڠناءي باهن اڤي ۏوسيل دان كرجا جابتن ڤيهق بركواسا ڤمباڠونن تناݢ ليستاري؟

Labels:

Sunday, September 22, 2019

Badminton Terbuka China 2019

Pada 22.1.19, Carolina Marin dari Espanyol cedera serius di lutut kanan. Beliau terus melatih tangan walaupun kaki tidak bergerak. Pada 22.9.2019 pertandingan akhir Terbuka Chins, Marin berusaha dengan sungguh untuk mengatasi Tai Tzu Ying, johan bertahan, dalam 3 game. Muka berlinang air mata. Ahli sukan unggul berazam nengatasi halangan.

Labels:

بدمينتون تربوك چينا، چاڠ ضو

ڤد 22.1.19، ڤماءين بدمينتون، كارولينا مارين، دري ايسڤانيول چدرا سيريوس لوتوت كانن. بليو تروس ماءين دڠن تاڠن والاوڤون كاكي تيدق برݢرق. ڤد 22.9.2019 مارين بروسها دڠن سوڠݢوه اونتوق ملاون داي زو يڠ، لالو منڠ ڤرتنديڠن اخير وانيتا دالم تيݢ ݢيم. اهلي سوكن يڠ اوڠݢول برعزم مڠاتاسي هالڠن

Labels:

Saturday, September 21, 2019

ڤوكوق هوتن اونتوق كاواسن تادهن

كاواسن تادهن اير مليسيا
     كراجاءن ملاك هندق منانم سمولا ڤوكوق هوتن دكاواسن تادهن يڠ دبوات لادڠ. كيت برهارڤ حسرت اين دچاڤاي. باپق كاواسن سهرتي سوكو مودا، كده،  مستي دڤليهارا دڠن بركسن. اي مروڤاكن كاوسن تادهن ڤولاو ڤينڠ. سموا كاواسن تادهن ڤاتوت دورتا دان دجاݢاكن دڠن باءيق. 

Labels:

Pokok hutan untuk kawasan tadahan

Kerajaan Melaka hendak menanam pokok hutan semula dalam kawasan tadahan air yang dibuat ladang. Kita berharap hasrat ini dicapai. Banyak kawasan harus dipelihara seperti Ulu Muda, Kedah, yang merupakan kawasan tadahan Pulau Pinang. Semua kawasan tadahan di Malaysia perlu diwarta dan dijagakan dengan baik.

Labels:

Friday, September 20, 2019

Pantun, Langit Jerebu.

Langit Jerebu
     Iklim berubah, hutan terbakar. Jerebu menyelubungi. Penderitaan meliputi pelbagai bidang seperti Pendidikan. Sekolah ditutup. Jutaan murid Malaysia terkandas dalam rumah.

Langit membiru bunga teratai,
     Murid belajar dalam sekolah:
Langit jerebu buaya tersadai,
     Murid bersandar dalam rumah.

اقليم بروبه، هوتن ترباكر. جربو مڽلوبوڠي. ڤندريتاءن مليڤوتي ڤلباݢاي بيدڠ سڤرتي ڤنديديقن. سكوله دتوتوڤ. جوتاءن موريد مليسيا برسندر دالم رومه.

لاڠيت جربو

لاڠيت ممبيرو بوڠا تراتاي،
     موريد بلاجر دالم سكوله؛
لاڠيت جربو بوايا ترساداي،
     موريد برسندر دالم رومه.

气候变化,森林燃烧。烟霾密佈。各领域如教育出现苦痛。学校停课。超过百万名大马学生留在家里。

霾天气

蓝天的荷花盛开,
     学生在学校学习;
烟霾天鱷鱼等待,
     学生在家里休息。

Climate changes, forests burn. Haze dominates. Sufferings occur in various fields such as education. Schools are closed. More than a million Malaysian pupils play at home.

The Hazy Sky

The blue sky and the lotus flower,
     Pupils are at school learning;
The hazy sky and the crocodile glowers,
     Pupils are at home playing.

Labels:

Jutaan murid bantah perubahan iklim

Hari ini, jutaan murid dan orang dewasa di 162 negara membantah terhadap kekurangan tindakan yang berkesan untuk menangani perubahan iklim di dunia.

هاري اين، جوتاءن موريد دان اورڠ ديواسا د162 نݢارا ممبنته ترهادڤ  ككورڠن تيندقن يڠ بركسن اونتوق مناڠني ڤروبهن اقكليم دنيا.

Labels:

Thursday, September 19, 2019

لبيه 2،400 سكوله دتوتوڤ كران جربو

لبيه 2،400 سكوله دتوتوڤ دمليسيا كران  جربو. اد يڠ كات نݢارا مستي ݢوبل اوندڠ-اوندڠ  بركسن اونتوق مڠحكوم اورڠ يڠ ممباݢر هوتن. سمنتارا ايت، موسيم هوجن بلوم داتڠ.

Labels:

Lebih 2400 sekolah ditutup

Lebih 2400 buah ditutup kerana jerebu di Malaysia. Ada yang kata negara mesti gubal undang-undang berkesan untuk menghukum orang yang membakar hutan. Sementara itu, musim hujan belum datang lagi.

Labels:

Wednesday, September 18, 2019

Selamat Hari Pahlawan

Selamat Hari Pahlawan
烈士节快乐!
Happy Heroes' Day
سلامت هاري ڤهلاون

Labels:

ڤريسيدن جوكو امبيل تيندقن تݢس

ڤريسيدن جوكو هندق اورڠ يڠ مپببكن كباكرن هوتن دايدونيسيا دحوكوم. سموݢ تيندقن تݢس داڤت منچݢه جربو.

Presiden Joko hendak orang yang menyebabkan kebakaran hutan Indonesia dihukum. Semoga tindakan tegas dapat mencegah jerebu.

Labels:

Malaysia Airlines

Tun Mahathir says that there is no Malaysian investor confident enough to take over Malaysia Airlines. How does its management achieve world standard?

Labels:

مليسيا ايرلاءينس

تون محضير كات تيدق اد ڤلابور چوكوڤ منتڤ اونتوق امبيل اليه مليسيا ايرلاءينس. باݢايمان ڤڠوروسن شريكت ڤنربڠن ايت داڤت منچاڤاي تاهڤ دنيا؟

Labels:

Tuesday, September 17, 2019

Sekolah ditutup kerana jerebu

Setakat ini, 636 sekolah ditutup dan 445,249 murid berada di rumah kerana jerebu di Malaysia. Pihak yang berkenaan perlu bekerja lebih kuat untuk mengatasi bencana ini.

Labels:

سكوله دتوتڤ كران جربو

ستاكت اين، 636 سكوله دتوتوڤ دان 445،249 موريد براد درومه كران جربو دمليسيا. ڤيهق يڠ بركناءن ڤرلو بكرجا لبيه كوات اونتوق مڠاتاسي بنچان اين.

Labels:

Perhimpunan Hari Mslaysia

Walaupun ada jerebu, perhimpunan Hari Malaysia berlangsung di berapa negeri dengan terkumandang suara perpaduan semalam. Kita berharap udara bersih akan wujud bagi perkumpulan seperti ini tahun depan.

Labels:

ڤرهيمڤونن دالم جربو

والاوڤون اد جربو، ڤرهيمڤونن هاري مليسيا برلڠسوڠ دبراڤ نݢري دڠن تركومندڠ سوارا ڤرڤادوان سمالم. كيت برهارڤ اودارا يڠ برسيه اكن وجود باݢي ڤركومڤولن دان سوارا سڤرتي اين تاهون دڤن.

Labels:

Monday, September 16, 2019

Kemudahan minyak Aramco dirosak

Tidak mahu perang
          Amerika Syarikat dan Rusia boleh membinasakan bumi manusia berapa kali.
           Pada tempoh hari, dron Houthi Yemen merosak kemudahan minyak Arab Saudi. Dahsyat. Trump kata rupanya Iran yang bertanggungjawab. Beliaupun dapat membuat kemusnahan semacam ini banyak kali. Tetapi, Amerika tidak ingin perang.

Labels:

كمودهن ميڽق عرب ساودي دروسق

تيدق ماهو ڤرڠ
          اميريكا شريكت دان روسيا بوليه ممبناس بومي ماءنسي براڤ كالي دڠن سنجات نوكليار.
          ڤد تيمڤوه هاري، درون هوثي يمن مروسق كمودهن ميڽق عرب ساودي. دهشت. ترامڤ كات روڤاڽ ايرن يڠ برتڠݢوڠجاوب. بليوڤون داڤت ممبوات كموسنهن سماچم اين باڽق كالي. تتاڤي، اميريكا تيدق ايڠين ڤرڠ.
         

Labels:

جربو عالم مليسيا

عالم مليسيا تروس ترليڤوت جربو. سديكيت هوجن تيدق مڠوبه كاءداءن. كيت برهارڤ موسيم هوجن چڤت داتڠ.

Alam Malaysia terliput jerebu. Sedikit hujan tidak mengubah keadaan. Kita berharap musim hujan cepat datang.

Labels:

Sunday, September 15, 2019

كتݢڠن سلت ڤرسي

كتݢڠن سلت ڤرسي
     حوثي دري يمن ݢون درون اونتوق مڠبوم كمودهن ميڽق ارمكو، عرب ساودي. اين منججسكن ڤاسرن ميڽق.
     اميريكا شريكت مپالهكن ايرن. اڤاكه تيندقنڽ؟

Ketegangan Selat Parsi
     Houthi dari Yeman mengguna dron untuk mengebom kemudahan minyak Aramco, Arab Saudi. Ini menjejaskan pasaran minyak.
     Amerika Syarikat menyalahkan Iran. Apakah tindakannya?
    

Labels:

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia
马来西亚日快乐!
Happy Malaysia Day
سلامت هاري مليسيا

Labels:

Beli barang-barang buatan orang Malaysia

Beli barang buatan orang Malaysia
购买马来西亚人制造的货物
Buy goods made by Malaysians
بلي بارڠ  بواتن اورڠ مليسيا

Labels:

Saturday, September 14, 2019

ڤپاكيت الزايمر

سيڤتيمبراداله بولن ڤپاكيت الزايمر (هيلڠ عقل، ايڠتن) دنيا. دنيا اد لبيه 50 جوتا ڤپاكيت الزايمر ترماسوق لبيه 130000 دمليسيا. ترداڤت دوكتور ڤاكر اوسير امس يڠ منجاݢ ڤساكيت الزايمر.

September adalah Bulan Penyakit Alzheimer's (hilang akal, ingatan) Dunia. Dunia ada lebih 50 juta pesakit Alzheimer's termasuk lebih 130,000 di Malaysia. Terdapat Doktor Pakar Usia Emas yang menjaga pesakit Alzheimer's.

Labels:

Hujan di berapa tempat

Ada hujan di berapa tempat seperti Petaling Jaya di Malaysia. Kita berharap ini boleh mengurangkan jerebu.

Labels:

هوجن دستڠه تمڤت

اد هوجن دستڠه تمڤت سڤرتي ڤتاليڠ جاي دمليسيا. كيت برهارڤ بهوا اين بوليه مڠورڠكن جربو.

Labels:

Friday, September 13, 2019

سورت ڤردان منتري

ديڤلوماسي اداله ديڤلوماسي. ڤردان منتري تون محضير هنتر سورت كڤد ڤريسيدن جوكو بركناءن جربو. كباكرن هوتن برتروسن. كيت توڠݢو هوجن.

Diplomasi adalah diplomasi. Perdana Menteri hantar surat kepada Presiden Joko berkenaan jerebu. Kebakaran hutan berterusan. Kita tunggu hujan.

Labels:

Selamat Perayaan Kuih Bulan

Selamat Perayaan Kuih Bulan
中秋节快乐!
Happy Mid-Autumn Festival
سلامت ڤراياءن كوءيه بولن

Labels:

Thursday, September 12, 2019

Persepsi salah mengenai jerebu

Banyak faktor menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu seperti kebakaran pokok padi, tanah gambut, serta cuaca panas dan kering yang menjadi lebih teruk kerana perubahan iklim.
     Saya pernah fikir bahawa masalah jerebu boleh diselesai dengan cepat. Saya membuat salah. Presiden Joko kata bahawa beliau hendak membuat sesuatu, tetapi kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatra menyukarkan. Kita terpaksa mengatasi berapa perkara semacam amalan lama, penguatkuasaan lemah, perubahan iklim dan diplomasi.

Labels:

ڤرسيڤسي ساله مڠناءي جربو

باڽق ۏكتور مپببكن كباكرن هوتن دان جربو سڤرتي كباكرن ڤوكوق ڤادي، تانه ݢمبوت سرتا چواچ ڤانس دان كريڠ يڠ دجادي لبيه تروق كران ڤروبهن اقليم.
     ساي ڤرنه ۏيكير مسءله جربو بوليه دسلساي دڠن چڤت. ساي ممبوات ساله. ڤريسيدن جوكو كات بليو هندق ممبوات سسواتو، تتاڤي كباكرن هوتن دكاليمنتن دان سومترا مپوكركن. كيت ترڤقسا مڠاتاسي براڤ ڤركارا سماچم عملن لام، ڤڠواتكواساءن لمه، ڤروبهن اقليم دان ديڤلوماسي.

Labels:

Wednesday, September 11, 2019

لبيه جربو

لبيه جرب
     اير باتو كوتوب سلاتن دان اوتارا سماكين چاير. ڤارس لاءوتن ناءيق. لبيه هوتن ترباكر ترماسوق دايندونيسيا. جربو سلوبوڠ نݢارا اين. اورڠ مليسيا براسا دوكاچيتا. 

Lebih jerebu
     Air batu Kutub Selatan dan Utara semakin cair. Paras lautan naik. Lebih hutan terbakar termasuk di Indonesia. Jerebu selubungi negara. Orang Malaysia berasa dukacita.

Labels:

Ketagihan

Ketagihan e-rokok (vaping)
     Syarikat besar melabur berbilion dolar untuk e-rokok berperisa dengan alat paip yang menarik. Jutaan perokok termasuk kanak-kanak menghisap e-rokok dengan gaya (vaping). Ada yang sakit dan mati.
     Malaysia melihat vaping semakin popular. Berapa sakit dan mati? Sebab?

كتاݢيهن e-روكوق
     شريكت بسر ملابور بربيليون دولر اونتوق e-روكوق برڤريسا دڠن الت ڤايڤ يڠ مناريق.جوتاءن ڤروكوق ترماسوق كانق-كانق مڠهيسڤ e-روموق دڠن ݢاي (ۏيڤيڠ). اد يڠ ساكيت دان ماتي.
     مليسيا مليهت ۏيڤيڠ منجادي ڤوڤولر. براڤ ساكيت دان ماتي؟ سبب؟
         

Labels:

Tuesday, September 10, 2019

Perubahan iklim dan kebakaran

ڤروبهن اقليم جوݢ مڠعقيبتكن لبيه كباكرن هوتن، دري الاسكا كاءمازون، اوستراليا، ايسڤنيول، كاليمنتن دان سومترا. جلبو سلاڤوتي براڤ نݢارا ترماسوق مليسيا. براڤ كراجاءن هندق مڠمبيل تيندقن. سموݢ مريك براختيار.
Perubahan iklim juga mengakibatkan lebih kebakaran hutan, dari Alaska ke Amazon, Australia, Sepanyol, Kalimantan dan Sumatra. Jerebu selaputi negara-negara termasuk Malaysia. Berapa kerajaan hendak mengambil tindakan. Semoga mereka berikhtiar.

Labels:

Monday, September 09, 2019

Akta keluar drpd Eropah

Rang undang-undang Brexit dengan perjanjian?
          Parlimen British meluluskan Rang Undang-Undang keluar daripada Kesatuan Eropah dengan perjanjian. Ratu Elizabeth telah diperkenankan.
Perdana Menteri Johnson mencari jalan. Beliau mungkin tidak mengguna peluru berpandu.

Labels:

اكتا كلوار ايروڤه دڠن ڤرجنجيان

ڤرليمن بريتيش ملولوسكن رڠ اوندڠ-اوندڠ ممستيكن بريتاين كلوار درڤد كساتوان ايروڤه دڠن ڤرجنجيان. ڤد 9.9.19 راتو ايليزابيث دڤركننكن. ڤردان منتري جونسون منچاري جالن. بليو موڠكين تيدق مڠݢون ڤلورو برڤندو.

Labels:

Sunday, September 08, 2019

Tenis Terbuka Amerika

Kekuatan tahan lasak, kemahiran dan kuasa mental.
          Di Tenis Terbuka Amerika, peringkat akhir perseorangan lelaki, Nadal menang nipis mengatasi Medvedev dalam lima set. Pemain veteran Espanyol dan jaguh muda Rusia itu menunjuk kekuatan tahan lasak kemahiran dan kuasa mental.

Labels:

تينيس تربوك اميريكا

ككواتن تاهن لاسق، كماهيرن دان كواس مينتل.
          دتينيس تربوك اميريكا ڤرتنديڠن  ڤرساءورڠن للالت ڤريڠݢيتن اخير، نادل منڠ نيڤيس مڠاتاسي ميدۏيديۏ دالم ليم سيت. ڤماءين  ۏيترين ايسڤانويل ايت دان جاݢوه مودا روسيا تونجوق ككواتن تاهن لاسق، كماهيرن دان كواس مينتل.

Labels:

Jerebu berulang

Kebakaran hutan bertambah di Sumatra dan Kalimantan. Jerebu selubungi negara-negara jiran seperti Malaysia. Presiden Joko mengurangkan kebakaran. Kita berharap beliau cuba lagi.

Labels:

جربو برولڠ

كباكرن هوتن دسومترا دان كاليمنتن  برتمبه. جربو سلوبوڠي نݢارا-نݢارا جيرن سڤرتي مليسيا. ڤريسيدن جاكو مڠورڠكن بيلڠن كباكرن. كيت برهارڤ بليو چوبا لاݢي.

Labels:

Saturday, September 07, 2019

Huru hara Brexit lagi

Huru hara Brexit lagi
     Perdana Menteri British, Johnson, terus bersifat ranggi. Menterinya، Amber Rudd، letak jawatan kerana memperlihat Johnson sibuk hendak mengeluarkan daripada Kesatuan Eropah tanpa perjanjian.

Labels:

هورو هارا بريكسيت لاݢي

هورو هارا بريكسيت لاݢي
          ڤردان منتري بريتيش، جونسون، تروس برصۏت رڠݢي. منتريڽ، امبر رود، ملتق جاوتن كران جونسون هندق كلوار دري كساتوان ايروڤه تنڤا ڤرجنجيان.  

Labels:

Friday, September 06, 2019

Bolasepak, Piala Dunia

Pertandingan Bolasepak Kumpulan G, Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, 6.9.2019: Malaysia 3:2 Indonesia di Jakarta. Para penyokong Malaysia diserang.
     Presiden Indonesia mestilah memastikan keganasan seperti ini tidak berlaku. Bila pertandingan diadakan di Kuala Lumpur، Malaysia perlu menjaga keselamatan pemain dan penyokong Indonesia.

ڤرتنديڠن بولاسيڤق كومڤولن G, ڤيالا دنيا 2022/ڤيالا اسيا 2023. ڤد 6.9.2019. مليسيا 2:3 ايندونيسيا دجاكرتا. ڤارا ڤڽوليڠ مليسيا دسرڠ.
     ڤريسيدن ايندونيسيا مستي ممستيكن كݢانسن سڤرتي اين تيدق برلاكو. بيلا ڤرتنديڠن داءداكن دكوالا لومڤور، مليسيا ڤرلو منجاݢ كسلامت ڤماءين دان ڤپوكوڠ ايندونيسيا.

Labels:

Thursday, September 05, 2019

بولي دالم تاليان

مسءله بولي دالم تاليان برلاكو دسلوروه دنيا. دانا كانق-كانق بڠسا-بڠسا برساتو ملاڤوركن بهوا 30% ڤمودا مليسيا يڠ دكاجي تركنا بولي دالم تاليان . سلاءين درڤد مڠهارڤكن سموا اورڠ برهاتي-هاتي، اڤاكه ڤنداڤت ساودارا-ساوداري؟

Labels:

Buli dalam talian

Masalah buli dalam talian berlaku di seluruh dunia. Dana Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan 30% pemuda Malaysia yang dikaji terkena buli.
     Selain daripada mengharapkan bahawa semua orang berhati-hati, apakah pendapat saudara-saudari?

Labels:

Wednesday, September 04, 2019

Huru hara Parlimen British

Huru hara Parlimen British
     Kesatuan Eropah menonton kerenah Perdana Menteri Johnson: Brexit tanpa perjanjian dan pilihan raya pada 15.10.19. Para ahli menewaskan perdana menteri dua kali. Ragam baru?

Labels:

هورو هارا ڤرليمن بريتيش

هورو هارا ڤارليمن بريتيش
          كساتوان ايروڤه منونتون كرينه ڤردان منتري جونسون: بريكسيت تنڤا ڤرجنجيان دان ڤيليهن راي ڤد 15.10.2019. اهلي-اهلي منيوس جونسون كالي كدوا. راݢم بارو؟

Labels:

Pantun, Kuasa Mental.

Kuasa Mental
         
Pemain serta latihan sering,
     Betapa mahirnya tingkat kesukanan;
Pemain serta kejohanan penting,
     Kuasa mentalnya sangat diperukan.

كواس مينتل
          ڤماءين سرتا لاتيهن سريڠ،
                بتاڤ ماهيرڽ تيڠكت كسوكنن؛
          ڤماءين سرتا منجهنمکن ڤنتيڠ،
               كواس مينتلڽ ساڠت دڤرلوكن.

精神力量 (毅力)
         
球员为训练常来,
     技术纯熟已加强;
参加重要锦标赛,
     要保持精神力量。

Mental Strength

Players take part in regular training,
     The skills of high level are attained;
Players take part in important tournament that's coming,
     The mental strength must be maintained.

Labels:

Tuesday, September 03, 2019

Huru hara Brexit

Huru hara Brexit
     Sifat ranggi Perdana Menteri British, Johnson, tentang Brexit (keluar dari Eropah) tanpa perjanjian adalah diikuti dengan kekalahan di Parliamen. Para ahli berazam memaksa Johnson menjadikan Brexit dengan perjanjian. Adakah mereka akan berjaya?

Labels:

هورو هارا بريكسيت

صۏت رڠݢي ڤردان منتري بريتيش تنتڠ بريكسيت (كلوار دري ايروڤه)، اداله داءيكوتي دڠن ككالهن بليو دڤرليمن. ڤارا اهلي برعزم ممقسا بليو منجاديكن بريكسيت دڠن ڤرجنجيان. اداكه مريك اكن برجاي؟

Labels:

Monday, September 02, 2019

Lebih tarif

Amerika Syarikat dan China mengenakan lebih tarif terhadap negara masing-masing. Kedua-dua pihak tidak berganjak. Trump bercakap lantang. Dunia menderita.

Labels:

لبيه تاريۏ

اميريكا شريكت دان چينا مڠناكن لبيه تاريۏ ترهادڤ برڠن دري نݢارا ماسيڠ-ماسيڠ. كدوا-دوا ڤيهق تيدق برݢنجق. ترامڤ برچاكڤ لنتڠ. دنيا مندريتا.

Labels:

Perang Dunia Kedua

Lapan puluh tahun lalu, Nazi Jerman menceroboh Poland dan membunuh rakyat secara beramai-ramai. Ini adalah tindakan pertama Perang Dunia Kedua.
     Semoga tindakan perang dunia seperti ini tidak akan berulang.

Labels:

ڤرڠ دنيا كدوا

لاڤن ڤولوه تاهون لالو، جرمن نازي منچروبوه ڤولند دان ممبونوه رعيت سچارا براماي-راماي. اين اداله تيندقن ڤرتام ڤرڠ دنيا كدوا دايروڤه.
     سموݢ تيندقن ڤرڠ دنيا سڤرتي اين تيدق اكن برولڠ.

Labels:

Sunday, September 01, 2019

Selamat Awal Muharam

Selamat Awal Muharam
Happy Islamic New Year
伊斯兰新年快乐!
سلامت اول محرم

Labels: