Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, March 30, 2006

Kehairanan terhadap 9 menteri masih menghantar memorandaum kepada Perdana Menteri

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong berasa pelik binti hairan mengapa sembilan menteri bukan Islam masih mengemukakan memorandum mengenai kes Moorthy kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah diskursi di dalam Kabinet.

Peristiwa perebutan jenazah M Moorthy atau Mohamad Abdullah menimbulkan ketegangan. Pada 22 Disember, 2005, Mahkamah Tinggi Syariah memutuskah bahawa jenazah Moorthy dikebumikan segera mengikut cara Islam. Moorthy meninggal dunia pada 20 Disember, 2005 setelah jatuh sakit pada 11 November, 2005. Beliau tidak memberitahu isterinya darihal pemelukan Islam.

Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan mengizinkan Mahkamah Tinggi Syariah membuat keputusan tentang kes ini.

Mahkamah Tinggi Sivil menolak permohonan S. Kalaimmal, balu M Moorthy, untuk mengebumikan jenazah suaminya mengikut adat Hindu. Kemudian, sembilan menteri mengemukakan satu memorandum terhadap hal ini. Memorandum ini ditarik balik oleh mereka selepas nasihat daripada YAB.

Hari ini, 30 Mac, 2006, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Haji Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz membongkar di dalam Parlimen bahawa peristiwa tersebut telah dibincangkan dengan panjang lebar di dalam Kabinet dua minggu sebelum memorandum itu.

Adalah menghairankan bahawa setelah perbincangan panjang lebar, sembilan menteri masih hendak membentanghkan satu memorandum terhadap isu ini.

Dr Tan bertanya Nazri mengenai perkara tersebut. Beliau suruh pergi menanya sembilan menteri itu, lalu menolak cadangan untuk mengadakan suruhanjaya atau majlis di antara agama serta cadangan meminda Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri tersebut menggunakan 91% majoriti Barisan Nasional di dalam perbahasannya. Beliau cenderung kepada tirani (tyranny) dan keangkuhan majoriti. Sambil memujikan Islam Hadhari, beliau kurang menghiraukan prinsip-prinsipnya seperti perlindungan hak kumpulan minoriti dan wanita.

Thursday, March 23, 2006

Atasi kelemahan projek-projek kerajaan seperti MRR2

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Kerajaan supaya mengambil iktibar kelemahan-kelemahan Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8)seperti cerita panjang keretakan Jejambat Kepong (Middle Ring Road 2, MRR2).

Bentangkanlah laporan lengkap MRR2 di Parlimen di mana pada 31 Mac, 2006, Kerajaan akan membentangkan RMK9.

Komen Dr Tan mengenai pemasangan waktu malam rangka keluli bagi 31 tiang melintang MRR2 mulai hari ini, 24 Mac, 2006 selama tiga malam. Dr Tan akan berada di jejambat itu pada jam 10 malam ini.

Pada 22 Mac, 2006, sekali lagi Dr Tan membangkitkan cerita panjang MRR2 di Dewan Rakyat.
Pada Januari, 2005, konsultan British menyeru supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengadakan kerja kalis air di jejambat itu dengan segera. Tetapi, JKR barulah berbuat demikian selepas 14 bulan seruan tersebut. Keretakan bertambah buruk. Peletupan dan kerutuhan boleh berlaku.

Pada 2 Februari, 2006, Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu terpaksa membawa isu ini ke YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengumumkan keesokan hari kerja bermula untuk memperbaiki keretakan tiang-tiang jejambat berkenaan. Kos anggaran konsultan British ialah RM18 juta. Dua menggu kemudian, JKR melobi untuk menggunakan kosultan Jerman dengan jumlah perbelanjaan RM40 juta.

Ikhtisar ucapan Dr Tan mengenai MRR2 adalah seperti berikut:

"Penekanan ke atas pendidikan di RMK8 adalah betul. Tetapi, kelemahan-kelemahannya juga ketara seperti pembaziran, kekurangan tender dan pemantauan tidak bertaraf dunia.

Misalnya keretakan 31 tiang MRR2 di Kepong membongkarkan masalah di Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan dan konflik di JKR. Kegagalan rekabentuk (design fault) dan perlantikan sekurang-kurangnya lapan konsultan asing membingungkan. Menteri Kerja Raya hendak konsultan British dengan belanja RM18 juta untuk memperbaiki keretakan. Sebaliknya JKR mahu konsultan Jerman dengan perbelanjaan RM40 juta. Menteri menang pusingan pertama melalui YAB PM dan JKR menang pusingan kedua menerusi Kabinet. Yang kalahnya rakyat. Yang hilang jutaan ringgitnya orang awam.

Kerajaan haruslah membentangkan laporan kisah panjang MRR2 di Dewan ini dengan seberapa segera. "