Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru !

Timbalan Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengucapkan

Selamat Tahun Baru !

Tahun 2009 adalah terjejas dengan kemerosotan ekonomi dunia. Rakyat Malaysia mengalami keadaan yang kurang baik.

Mudah-mudahan 2010 akan membuka tirai yang cerah dengan ekonomi dunia semakin pulih. Rakyat semua kaum boleh menikmati suasana yang lebih selesa.

Politik Malaysia berubah. Ramai rakyat terdedah kepada dunia moden dengan teknologi maklumat. Apa yang berlaku di dalam dan luar negara diketahui oleh ramai dengan cepat. Fikiran orang ramai adalah cocok dengan perkembangan semasa.

Bulan lepas ketika belah bahagian dipanggil di Dewan Rakyat untuk meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) dengan jumlah RM191.5 bilion, Barisan Nasional (BN) mempunyai 63 undi dan Pakatan Rakyat (PR) 63 undi, Yang di-Pertua membuang undi untuk BN. Ini adalah detik sejarah.

Kita hendak menyaksikan pendidikan ditambahbaikkan dari tadika ke institut pengajian tinggi dengan peruntukan bagi 2010 RM57.5 bilion, iaitu kira-kira 27% dari jumlah bajetnya. Jika peruntukan ini boleh digunakan dengan berkesan, maka pendidikan 2010 akan berkembang dengan teratur.

Semoga rakyat Malaysia hidup di alam keamanan dan keharmonian.

Dr Tan Seng Giaw

Wednesday, December 30, 2009

Pengerusi SPR perlu timbang semula syor bagi penamaan calon tiga hari

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw minta Pengerusi Suruhanjya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof supaya mempertimbangkan semula kewajaran syornya bagi tempoh bertenang selama 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari untuk pencalonan.

Menurut Tan Sri Abdul Aziz syor-syor untuk meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 adalah bagi mengelakkan kekecohan dan keganasan dari penyokong-penyokong parti bertanding.

Pada 30 Disember, 2009 Dr Tan membuat ulasan terhadap cadangan tersebut oleh Pengerusi SPR yang akan membentangkan pindaan itu di Parlimen pada tahun depan.

Mengikut laporan media, tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pembuangan undi berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.

Jika cadangan itu diluluskan, maka mereka yang melanggarnya boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun.

Walaupun Tan Sri Abdul Aziz menumpukan perhatian kepada kelakuan para penyokong parti bertanding, beliau patut mengkaji suasana politik pada keseluruhannya termasuk peranan semua pihak seperti polis untuk mengawal keadaannya.

Demokrasi berparlimen bererti semua pihak menggunakan cara aman dan mematuhi kepada undang-undang. Pihak polis mestilah menunjukkan bahawa ia benar-benar tidak memihak kepada sesiapapun. Dengan keadaan politik yang semakin hari semakin berubah dan pendidikan yang sesuai, maka lama kelamaan suasana baik untuk pencalonan dan pembuangkan undi akan wujud.

Dr Tan Seng Giaw

Monday, December 14, 2009

Memperketatkan langkah keselamatan untuk mesin wang

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya langkah-langkah yang ketat diadakan untuk menjaga keselamatan termasuk bagi pelanggan-pelanggan di tempat-tempat mesin-mesin wang.

Pada 14.12.2009, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heong menjawab soalan YB Azan Ismail mengenai mesin-mesin wang.

Menurut Timbalan Menteri, tahun ini terdapat 11 kes pencurian wang dari mesin-mesin wang di seluruh negara. Lapan kes berjaya melarikan jumlah RM2.4 juta.

Kita tidak tahun bilangan kes yang tidak dilaporkan kepada polis. Semoga semua mangsa membuat laporan polis yang mestilah mewujudkan suasana senang bagi mereka berbuat demikian.

Adanya beribu-ribu mesin wang di negara ini. Para penjenayah memang berminat dengan mesin-mesin ini. Jika kaedah keselamatan berkesan, adalah sukar bagi mereka untuk berjaya. Bagaimanapun, penjenayah akan terus mencari jalan untuk mengatasi kekangannya. Semua pihak patut sentiasa memperketatkan langkah-langkah keselamatan untuk mesin-mesin wang.

Dr Tan Seng Giaw

Saturday, December 12, 2009

Menteri Pelajaran bentang Laporan Tragedi Kuala Dipang, Perak, di Parlimen.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan bahawa Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin membentangkan laporan mengenai tragedi Kuala Dipang di Dewan Rakyat sebelum sesi ini ditangguhkan.

Pada 7.12.2009, Dr Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan usul YB Ngeh Koo Ham bahawa perbelanjaan bagi perkara Maksud Bekalan/Pembangunan 41 supaya gaji Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dipotongkan sebanyak RM 10.

Melanting menuju tampuk
Berkata menuju benar.

Usaha membentangkan usul ini adalah dengan maksud untuk menarik perhatian Menteri Pelajaran mengenai kelemahan-kelemahannya. Memang ada perkara-perkara yang baik yang telah dilakukan seperti memberi peruntukan kepada sekolah menengah bukan kebangsaan dan memberhentikan PPSMI selepas membelanjakan lebih RM5 bilion. Tetapi, terdapat kekurangan-kekurangan di dalam kementeriannya.

Misalnya, cara-cara YB Pagoh mengendalikan Tragedi Kuala Dipang yang mengorbankan tiga murid. Pada mulanya, beliau tidak menunjukkan perasaan simpati dengan spontan. Tindakan disyaki berdolak-dalik.

Kita berharap beliau boleh mengemukakan laporan Tragedi Kuala Dipang di Dewan sebelum sesi ini ditangguhkan supaya rakyat dapat mengetahui apakah sebenarnya berlaku dengan tragedi tersebut. Seterusnya, langkah-langkah boleh diambil untuk mengatasi kelemahan-kelemahannya.

Usaha untuk membolehkan para pelajar cerdik pandai bagi mendapat pendidikan yang sesuai dan mencapai potensinya adalah betul. Program YAB mencungkil bakat disertakan dengan serentak projek isteri YAB Perdana Menteri. Nampaknya, ada dwi menteri pelajaran. Kita mestilah mengelakkan program yang bertindih.

Sementara itu, lebih 80% murid dan pelajar haruslah dididik dengan baik. Kita tidak boleh menumpukan perhatian hanya kepada murid atau pelajar Kelas-Kelas A, B dan C sahaja. Kita juga perlu mencari jalan-jalan untuk mendidik majoriti murid dan pelajar dengan tepat agar mereka dapat hidup dengan cara yang bermakna di dalam masyarakat.

Peruntukan Kementerian Pelajaran RM 30 bilion adalah hampir 17% dari RM191.5 jumlah bajet 2010. Peruntukan ini wajib digunakan dengan berkesan tanpa ketirisan.

Dr Tan Seng Giaw