Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, November 30, 2017

Syarikat minyak raksasa

Adakah syarikat-syarikat minyak raksasa membayar lelaki 22% lebih berbanding dengan wanita? Kerajaan mesti menyiasat. Diskriminasi terhadap wanita tidak boleh diterima.

اداكه شريكت -شريكت رقساسا ميڽق ممباير للاكي 22% لبيه بربنديڠ دڠن وانيتا؟ كراجاءن مستي سياست. ديسكريميناسي ترهادڤ وانيتا تيدق بوليه دتريم.

Labels:

Pantun, Sempena Maulud Nabi

Selamat Maulud Nabi. Semoga bumi dikurniakan keamanan.

Badai junjung hari jadi,
Hamba sedia dekati jiran;
Ramai renung hari bererti,
Semoga dunia jadi aman.

Labels: ,

Pasukan khas melawan penceroboh ڤاسوقن خاصه ملاون ڤنچروبوه

Jenayah mencuri-curi binatang liarb adalah teruk. Pengarah, Jabatan Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan, cakap mengenai pasukan hidupan liar khas dengan 50 renjer yang dilengkapkan dengan senjata api. Malaysia perlu langkah berkesan.

جنايه منچوري-چوري بيناتڠ ليار اداله تروق. ڤڠاره جابتن هوتن سابه، داتوء سم مامن, چاكڤ مڠناءي ڤاسوقن هيدوڤن ليار خاص دڠن 50 رينجر يڠ دلڠكڤكن دڠن سنجات اڤي. مليسيا ڤرلو لڠكه بركسن.

Labels:

Tuesday, November 28, 2017

موسيم تڠكوجوه دان بنجيرMusim tengkujuh dan banjir X.

S,كتيك ڤنتاي تيمور، مليسيا، مڠهادڤي موسيم تڠكوجوه دان بنجير، ݢونوڠ اݢوڠ، بالي، براڤي. اين ڤرايستيوا سمولا جادي.

Ketika Pantai Timur, Malaysia, meghadapi musim tengkujuh dan banjir, Gunung Agung, Bali, berapi. Ini peristiwa semula jadi.

Labels:

Tahap universiti

Semasa berbahas peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi di Dewan Rakyat, kita membangkit tahap universiti, penyelidikan, peruntukan dan daya menarik bakat. Menteri sentuh kerjasama dengan universiti-universiti luar negara, prestasi kejuruteraan Universiti Malaya dan kualiti penyelidikan.
Pastikan peruntukan sepantun untuk penyelidikan sampai ke universiti.

سماسا بربحث ڤرونتوقن كمنتريان ڤڠاجيان تيڠݢي دديون رعيت، كيت ممبڠكيت تاهڤ اونيۏرسيتي، ڤڽليديقن، ڤراونتوقن دان داي مناريق باكت. منتري مپنتوه كرجاسام دڠن اونيۏرسيتي لوار نݢارا ڤريستاسي كجوروتراءن اونيۏرسيتي ملاي دان كواليتي ڤڽليديقن.
ڤستيكن ڤرونتوقن سڤرتي اونتوق ڤڽليديقن سمڤاي كاونيۏرسيتي.

Labels:

Monday, November 27, 2017

Berat badannya berlebihan برت بادنڽ برلبيهن

Kira-kira 50% orang Malaysia berat badannya berlebihan dan hampir 20% gemuk gedempol. Ambillah tindakan: kurangkan makan. Senaman adalah untuk jadi sihat.

كيرا-كيرا 50% اورڠ مليسيا برت بادنڽ برلبيهن دان همڤير 20% ݢموق ݢديڤول. امبيلله تيندقن: كورڠكن ماكن. سنمن اداله اونتوق جادي صيحت.

Labels:

Pantun, Dewan Rakyat ديون رعيت

Tempuh perbahasan untuk Bajet 2018 di Dewan Rakyat telah disingkatkan kepada hanya 20 hari. Para ahli merebut untuk peluang berucap. Ada yang mengikut senarai giliran.

Semua ahli patut bentuk kemahiran,
Cuba bahas bersuara di Dewan;
Para ahli rebut untuk ucapan,
Masa bahas terpaksa dipendekkan.

تيمڤوه ڤربحثن اونتوق باجيت 2018 دديون رعيت تله دسيڠكتكن كڤد هاڽ 20 هاري. ڤارا اهلي مربوت اونتوق  ڤلواڠ براوچڤ. اد يڠ مڠيكوت سناراي ݢيليرن.

سموا اهلي ڤاتوت بنتوق كماهيرن،
چوبا بحث برسوارا دديون؛
ڤارا اهلي ربوت اونتوق اوچاڤن،
ماسا بحث ترڤقسا دڤنديقءن.

Labels:

Sunday, November 26, 2017

Pantun, pembaziran jabatan. ڤمبازيرن جابتن

Semua sabit datang Dewan,
Ramai hadir mendengar;
Ketua Audit bentang laporan,
Pelbagai bazir dibongkar.

سموا ثابيت داتڠ ديون،
راماي حاضير مندڠر؛
كتوا اوديت بنتڠ لاڤورن،
ڤلباݢاي بزير دبوڠكر.

Labels:

ڤپاكيت بولي Penyakit buli

مجليس سوسيال نݢارا مليسيا هندق مڠاد ڤروݢرام برسڤادو سوسيال اونتوق مناڠني ڤپاكيت ممبولي.

ڤمبولي دان مڠساڽ اداله ساكيت. مڠسا بوليه ماتي. كيت برهارڤ ڤروݢرام ترسبوت سوڠݢوه بركسن.

Majlis Sosial Negara, Malaysia, hendak mengada program sosial bersepadu untuk menangani penyakit membuli.

Pembuli dan mangsanya adalah sakit. Mangsa boleh mati. Kita berharap program tersebut sungguh berkesan.

Labels:

Tampang muka warga emas تمڤڠ مول ورݢ امس

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hendak mewujudkan data (tampang muka) untuk warga emas di Malaysia. Ini mesti dibuat dengan baik.

كمنتريان وانيتا، كلوارݢ دان مشراكت هندق ماءوجودكن داتا (تمڤڠ موك) اونتوق ورݢ امس دمليسيا. اين مستي دبوات دڠن باءيك.

Labels:

Saturday, November 25, 2017

كسلامتن كاواسن ڤرومهن

تيمبالن منتري دالم نݢري سبوت مڠناءي كسلامتن كاواسن ڤرومهن. كمنتريان مستي مڠكاجي كاءداءن ترماسوق اوندڠ-اوندڠ، شريكت كسلامتن دان كسن ترهادڤ ڤارا ڤندودوق.

Timbalan Menteri Dalam Negeri sebut mengenai keselamatan kawasan perumahan. Kementerian mesti mengkaji undang-undang, syarikat keselamatan dan kesan terhadap para penduduk.

Labels:

Pantun, cegah kanser payudara چݢه كنسر ڤايودارا

Cegah kanser payudara (buah dada)

Singgah kera dekat rumah,
Kena kotor bersih cepat;
Barah payudara dapat cegah,
Jumpa doktor lebih tepat.

چݢه كنسر ڤايودارا (بواه دادا)

سيڠݢه كرا دكت رومه،
كنا كوتور برسيه چڤت؛
باره ڤايودارا داڤت چݢه،
جومڤا دوقتور لبيه تڤت.

Labels:

Friday, November 24, 2017

Pantun, Guru ݢورو

Terdapat jutaan guru di dunia. Malaysia ada 430,000 guru, ribuan di sekolah swasta  dan beribu-ribu guru bersara. Mereka mempunyai dedikasi, disiplin dan komitmen.

Perguruan sedar insan kecil
Hakiki beringin pengajaran;
Kawasan bandar dan terpencil
Dedikasi, disiplin, tanggungan.

ترداڤت جوتاءن ݢورو ددنيا. مليسيا اد 430000 ݢورو، ريبوان دسكوله سوستا دان بريبو-ريبو ݢورو برسارا. مروݢي ممڤوڽاءي ديديكاسي، ديسيڤلين دان كوميتمين.

ڤرݢوروان سدر انسان كچيل،
حاقيقي بريڠين ڤڠاجارن؛
كاواسن بندر دان ترڤنچيل،
ديديكاسي، ديسيڤلين، تڠݢوڠن.

Labels:

Keluar lebih ayam pedaging كلوار لبيه ايم ڤداݢيڠ

Datuk Seri Dr Zahid menggesa syarikat penternakan ayam mengeluar ayam pedaging lebih 1.5 juta ayam sehari untuk menambahkan eksportnya 30%. Negara mesti memastikan ubat seperti antibiotik tidak disalahguna dalam penternakan.

داتوء سري دوقتور ذاحيد مڠݢسا شريكت ڤنترنقن ايم مڠلوار لبيه 1.5 جوتا ايم سهاري اونتوق منمبهكن ايكسڤورتڽ 30%. نݢارا مستي ممستيكن اوبت سڤرتي انتيبيوتيك تيدق دسالهݢون دالم ڤنترنقن.

Labels:

Thursday, November 23, 2017

ڤنداتڠ اسيڠ دمليسيا Pendatang asing di Malaysia

كراجاءن كات اد 1.7 ڤكرجا اسيڠ دمليسيا دان سجق 1990 لبيه 563000 تله دهنتر باليق كنݢارا اصل. داڠݢركن ترداڤت لبيه 6 جوتا ڤنداتڠ دالم نݢارا. كيت راسا بيڠوڠ.

Kerajaan kata ada 1.7 juta pekerja asing di Malaysia dan sejak 1990 lebih 563000 orang telah dihantar balik ke negara asal. Dianggarkan terdapat lebih 6 juta pendatang dalam negara. Kita rasa bingung.

Labels:

Pantun, manangani bencana dadahمناڠني بنچان داده

Pelbagai usaha lindungi manusia,
Dadah bencana insan memang susah;
Pelbagai usaha tangani bencana,
Apakah cara berkesan tentang dadah?

ڤلباݢاي اوسها ليندوڠي ماءنسي،
داده بنچان انسان ميمڠ سوسه؛
ڤلباݢاي اوسها تاڠني بنچان،
اڤاكه چارا بركسن تنتڠ داده؟

Labels:

Bencana dadah

Dadah adalah bencana antarabangsa. Malaysia bersusaha untuk mencegah. Presiden Duterte, Filipina, berperang terhadap dadah dan membunuh ribuan. Adakah beliau mengubah cara?

داده اداله بنچان انتارابڠسا.مليسيا براوسها اونتوق منچݢه.ڤريسيدين دوترتي، ۏيليڤينا،برڤرڠ ترهادڤ داده دان ممبونوه ريبوان. اداكه بلياو مڠوبه چارا؟

Labels:

Wednesday, November 22, 2017

Pantun, telefon semasa pandu

Telefon semasa pandu

Pondok Selayang nampakkan aman,
Kasihan bila runtun sama sepupu;
Seronok sembang dengan kawan,
Jangan guna telefon semasa pandu.

تيليۏون سماس ڤندو

ڤوندوق سلايڠ نمڤقءن امن،
كاسيهن بيلا رونتون سام سڤوڤو؛
سرونوق سيمبڠ دڠن كاون،
جاڠن ݢون تيليۏون سماس ڤندو.

Labels:

Bandaraya Eko

Kementerian Wilayah Persekutuan hendak mencapai matlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Eko. Kita mendesak di Dewan Rakyat supaya pihaknya menjaga pokok dan taman. Bila pokok ditebang seperti Projek MRT di Jalan Kepong, pokok baru mesti di tanam untuk mewujudkan alam semula jadi.

كمنتريان ويلايى ڤرسكوتوان هندق منچاڤاي متلامت منجاديكن كوالا  لومڤور سباݢاي بندراي ايكو. كيت مندسق دديون رعيت سوڤاي ڤيهقڽ منجاݢ ڤوكوق دان تامن. بيلا  ڤوكوق دتبڠ سڤرتي ڤروجيق MRT دجالن كڤوڠ، ڤوكوق بارو  مستي دتانم اونتوق ماءوجود عالم سمولا جادي.

Labels:

چاوڠن ديون بندراي كوالا لومڤوCawangan Dewan Bandaraya

اهلي ڤرليمن كڤوڠ ممڤرايڠتكن ديون رعيت بهوا كيت ممرلوكن چاوڠن ديون بندراي بارو دجنجڠ ترماسوق ديون سرباݢون يڠ مودين. ڤيهقڽ مستي مڠكاجي بيلڠن ديون يڠ دݢون دڠن سڤنوه دان  يلڠن يڠ تربيار.

Ahli Parlimen Kepong mengingatkan Dewan Rakyat bahawa kita memerlukan cawangan Dewan Bandaraya Baru di Jinjang  termasuk Dewan Serbaguna yang moden. Pihaknya mesti mengkaji bilangan dewan yang diguna dengan sepenuhnya dan bilangan yang terbiar di Kuala Lumpur.

Labels:

Tuesday, November 21, 2017

Jujur, tidak berat sebelah, adil

Tamadun China, Islam dan Kristian ada nilai sejagat seperti jujur, tidak berat sebelah dan adil. Adakah media moden dapat mengamalkan nilai-nilai tersebut?

تمدون چينا، اسلم دان كريستيان اد نيلاي سجاݢت سڤرتي تيندقن جوجور، تيدق برت سبله دان عاديل. اداكه ميديا مودين داڤت مڠعملكن نيلاي-نيلاي ترسبوت؟

Labels:

Pantun, graduan menganggur

Lebih 25,000 graduan menganggur di Malaysia.

Pergi universiti nak kerjaya,
Di universiti hak bangga;
Kembali k:omuniti tak kerja,
Kaji hakiki dak jaya.

لبيه 25000 ݢرادوان مڠاڠوت دمليسيا.

ڤرݢي اونيۏرسيتي نق كرجاي،
داونيۏرسيتي حق بڠݢ؛
كمبالي كومونيتي تق كرجا،
كاجي حاقيقي دق جاي.

Labels:

Sunday, November 19, 2017

Lebih 24.5 juta pelayar internet ڤلاير اينترنيت

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia sebut di Dewan Rakyat bahawa lebih 24.5 juta orang Malaysia melayar internet dan 89.3 peratus daripadanya main media sosial. Ada orang salahgunakan. Kita perlu kawalan yang berkesan.

تيمبالن منتري كومونيكاسي دان مولتيميديا سبوت دديون رعيت بهوا لبيه 24.5 جوتا اورڠ مليسيا  ملاير اينترنيت دان 89.3% درڤدڽ ماءين ميديا سوسيال. اد اورڠ سالهݢوناكن. كيت ڤرلو كاولن يڠ بركسن.

Labels:

Saturday, November 18, 2017

Pantun, budaya sejagat

Budaya adalah intipati satu kaum. Ia ada juga kewujudan sejagat.

Penerbangan layang-layang secepat,
Dunia sentiasa mengagumkan;
Kebudayaan memang sejagat,
Manusia bersusaha mengekalkan.

بوداي اداله اينتيڤاتي ساتو قوم. اي اد جوݢ كاءوجودن سجاݢت.

ڤنربڠن لايڠ-لايڠ سچڤت،
دنيا سنتياس مڠاݢومكن؛
كبودايءن ميمڠ سجاݢت،
ماءنسي براوسها مڠكلكن.

Labels:

سكيم لاتيهن 1مليسيا (SLIM) Skilm Latihan 1Malaysia

مليسيا اد لبيه 25،000 ݢرادوان مڠڠݢور. سكيم لاتيهن 1مليسيا چوب ممبنتو. مسءله اين روميت. ڤيهقڽ ڤرلو مڠكاجي اسڤيك ترسبوت. اڤاكه كاءداءن ݢرادوان مڠڠݢور دجرمن؟
Malaysia ada lebih 25,000 graduan menganggur di Malaysia. Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) cuba membantu. Masalah ini rumit. Pihaknya perlu mengkaji aspek tersebut. Apakah keadaan graduan menganggur di Jerman?

Labels:

Friday, November 17, 2017

Pantun, abaikan panggilan anih

Komputer atau siber adalah baik semacam maklumat dan buruk seperti penipuan.

Pandai kanak komputer dimainkan,
Lupakan makan membiar baca,
Ramai nampak siber mengganjilkan ,
Abaikan permintaan luar biasa.

كومڤوتر اتاو سيبر اداله باءيك سماچم معلومت دان بوروق سڤرتي ڤنيڤوان.

ڤنداي كانق كومڤوتر دماءينكن،
لوڤاكن ماكن ممبيار باچ،
راماي نمڤق سيبر مڠݢنجيلكن،
ابايكن ڤرمينتاءن لوار بياسا.

Labels:

Pantun, musim tengkujuh موسيم تڠكوجوه

Lazim puyuh rimba bersukaria,
Cuma dinampak tentu bersembunyi;
Musim tengkujuh bomba bersedia,
Semua pihak perlu berhati-hati.

لازيم ڤويوه ريمبا برسوكريا،
چوما دنمڤق  تنتو برسمبوڽي؛
موسيم تڠكوجوه بومبا برسديا،
سموا ڤيهق ڤرلو برهاتي-هاتي.

Labels:

Thursday, November 16, 2017

Musim tengkujuh

Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim, kata 12000 ahli bomba bersedia untuk menghadapi musim tengkujuh. Kita berharap bahawa semua pihaknya adalah  sungguh bersiap sedia.

Labels:

Wednesday, November 15, 2017

Monsun Timur Laut

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebut di Dewan Rakyat tentang ramalan Kaji Cuaca semasa Monsun Timur Laut hujan lebih tetapi bukan luar biasa. Jika keadaan berubah menjadi cemas seperti berlaku di Yunani sekarang, kita berharap pihaknya akan bersedia untuk menghadapinya.

منتري ساءينس، تيكنولوݢي دان اينوۏاسي سبوت دديون رعيت تنتڠ راملن كاجي چواچ سماس مونسون تيمور لاءوت، هوجن لبيه تتاڤي بوكن لوار بياس. جك كاءداءن براوبه منجادي چمس، كيت برهارڤ ڤيهقڽ اكن برسديا اونتوق مڠهادڤيڽ.

Labels:

انق ڤندا ݢرݢاسي نوان نوان Anak panda gergasi Nuan Nuan

انق ڤندا ݢرݢاسي, نوان-نوان, ناءيك كاڤل تربڠ ڤولڠ ك چينا سمالم. سموݢ ايبو باڤڽ, سيڠ سيڠ دان لياڠ لياڠ, ملاهير انق كدوا.

Anak panda gergasi, Nuan Nuan, naik kapal terbang pulang ke China semalam. Semoga ibu bapanya, Xing Xing Dan Liang Liang, melahir anak kedua.

Labels:

Pantun, KBAT

KBAT, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi,
dilaksana di 8000 buah sekolah Malaysia.

Layanan dikir pentas dinyanyi,
Tetap dirayakan dengan gembira;
Kemahiran berfikir aras tinggi,
Harap dijayakan dengan sempurna.

كماهيرن برۏيكير ارس تيڠݢي، KBAT, دلقسان د8000 بواه سكوله مليسيا.

لاينن ديكير ڤنتس دپاپي،
تتڤ دراياكن دڠن ݢمبيرا؛
كماهيرن برۏيكير ارس تيڠݢي،
هارڤ دجاياكن دڠن سمڤورنا.

Labels:

Tuesday, November 14, 2017

KBAT, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Timbalan Menteri Pendidikan ujar di Dewan Rakyat bahawa KBAT, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, dilaksanakan serentak di lebih 8000 sekolah rendah Malaysia. 282 sekolah dikenalpasti.

Adakah KBAT akan dilaksanakan dengan sepenuhnya pada 2020? Apakah reaksi murid dan Ibu bapa? Adakah lebih ramai murid mendapat tuisyen swasta?

Labels:

Monday, November 13, 2017

Pantun, Berani kerana benar براني كران بنر

كراني سام سدر،
سبوت سام ݢاݢه؛
براني كران بنر،
تاكوت كران ساله.
(تاكوت اكن توهن).
Kerani sama sedar,
Sebut sama gagah;
Berani kerana benar,
Takut kerana salah. (Takut akan Tuhan.)

Labels:

Penguasaan Bahasa Inggeris ڤڠواساءن بهاس اڠݢريس

Datuk Seri Idris menegaskan di Dewan Rakyat tentang Malaysia English Assessment (MEA) dan Common European Framework of Reference (CEFR) untuk menguasai Bahasa English. Semoga ia dilaksanakan dengan berkesan.

داتوء سري ادريس منݢسكن دديون رعيت تنتڠ ڤڠواساءن اڠݢليس مليسيا (MEA) دان رڠك روجوقن عام ايروڤه اونتوق مڠواساءي بهاس ايݢريس. سموݢ اي دلقساناکن دڠن بركسن.

Labels:

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu

Para pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kata paras karbon dioksida meningkat dalam empat tahun ini kerana penggunaan bahan bakar karbon seperti batu arang dan petrol. Paras karbon dioksida naik. Iklim berubah menyebabkan lebih bencana.

Labels:

Pantun, jenayah siber جنايه سيبر

Keselamatan siber

Budak nyah-nyah siber selalu,
Kemajuan cepat digunakan;
Banyak jenayah siber berlaku,
Keselamatan sangat diperlukan

كسلاماتن سيبر

بودق په-په سيبر سلالو،
كماجوان چڤت دݢوناكن؛
باڽق جنايه سيبر برلاكو،
كسلامتن ساڠت دڤرلوكن.

Labels:

Sunday, November 12, 2017

Pelarian Rohingya di Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebut di Dewan Rakyat bahawa Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merekodkan 62,153 pelarian Rohingya di Malaysia. Bilangan yang sebenar tidak diketahui. Kerana keadaan di Myanmar, lebih satu juta pelarian melari ke Bangladesh.

منتري جابتن ڤردان منتري سبوت دديون رعيت بهوا ڤسوروهجاي تيڠݢي ڤلاريان ڤرتوبوهن بڠسا-بڠسا برساتو مريكودكن 62،153 ڤلاريان روهيڠيا دمليسيا. بيلڠن يڠ سبنر تيدق دكتاهوي. كران كاءداءن د ميانما لبيه ساتو جوتا ڤلاريان ملاتي ك بڠفلاديش.

Labels:

Pantun, Shah Alam

Shah Alam, ibukota Selangor, Malaysia.

Shah Alam bandar terancang,
Bangunan, jalan dan taman cantik;
Bah hitam gemar datang,
Tambahkan saluran dan saliran baik.

شاه عالم، ايبو كوت نݢري سلڠور، مليسيا.

شاه عالم بندر ترنچڠ،
باڠونن، جالن دان تامن چنتيق؛
باهڠ هيتم ݢمر داتڠ،
تمبهكن سالورن دان ساليرن باءيك.

Labels:

Saturday, November 11, 2017

Shah Alam dan air melimpah

Shah Alam adalah bandaraya Selangor yang dirancangkan. Bangunan, jalan dan taman cantik. Tetapi, banjir kilat boleh berlaku. Saliran mesti ditambahbaikkan lagi.

شاه عالم اداله بندراي سلڠوت يڠ درنچڠكن. باڠونن، جالن دان تامن چنتيق. تتاڤي، بنجير كيلت بوليه برلاكو. ساليرن مستي ديتمبهباءيككن لاݢي.

Labels:

Pantun, projek belanar ڤروجيك بلانر

ڤروجيق بلانر Projek belanar
Projek-projek pembinaan belanar. Longkang, parit dan sungai sampai laut tidak berubah.

Merpati selidik bandar pusat,
Petir nyalakan kilat memanah,
Pelbagai projek jalar pesat,
Air hujan lebat melimpah.

ڤروجيق-ڤروجيق ڤمبيناءن بلانر. لوڠكڠ، ڤاريت دان سوڠاي سمڤاي لاءوت تيدق براوبه.

مرڤاتي سليديق بندر ڤوست،
  ڤتير پالاكن كيلت ممانه؛
ڤلباݢاي ڤروجيك باڠن ڤست،
اير هوجن لبت مليمڤه.

Labels:

ڤرجنجيان راكن سلوروه ڤاسيفيك TPPA

دڤرهيمڤونن APEC دۏيتنم، 11 نݢارا ترماسوق مليسيا، تروس ممݢڠ كڤد ڤرجنجيان راكن سلوروه ڤاسيۏيك (TPPA) تنڤا اميريكا. اين ممبوات اورڠ برۏيكير.
Di Perhimpunan APEC Di Vietnam, 12 negara termasuk Malaysia memegang kepada Perjanjian Rakan Seluruh Pasifik (TPPA) tanpa Amerika. Ini membuat orang berfikir.

Labels:

Friday, November 10, 2017

Pantun, cerun jalan

Jumlah 946 cerun di jalan-jalan persekutuan, Semenanjung, Malaysia, adalah sangat berbahaya.

Ribuan cerun dekat lebuhraya,
Berhak berjalan dengan aman;
Ratusan cerun sangat berbahaya,
Mustahak kawalan dan pemulihan.

جومله 946 چرون دجالن-جالن ڤرسكوتوان، سمننجوڠ، مليسيا، اداله ساڠت بربهاي.

ريبوان چرون دكت لبوهراي،
برحق برجالن دڠن امن؛
راتوسن چرون ساڠت بربهاي،
مستحق كاولن دان ڤموليهن.

Labels:

Cerun jalan persekutuan چرون جالن ڤرسكوتوان

Menteri Kerja Raya kata ada 16,454 cerun di jalan-jalan persekutuan, Peninsula. Jumlah 946 daripadanya adalah sangat berbahaya. Pihaknya mesti mewujudkan kawalan, amaran dan baikpulih yang berkesan.

منتري كرجا راي كات اد 16،454 چرون دجالن-جالن ڤرسكوتوان، ڤينينسولا. جومله 946 درڤدڽ اداله ساڠت بربهاي. ڤيهقڽ مستي ماءوجودكن كاولن، امارن دان باءيكڤوليه يڠ بركسن.

Labels:

Thursday, November 09, 2017

Pantun, risiko usia emas ريسيكو اوسيا امس

Ketika banjir Pulau Pinang, enam warga Malaysia terkorban. Tiga daripadanya usia emas.

Kata emas gelar usia tinggi,
Malaysia rasa hati detik;
Masa cemas cabar usia lampai,
Usaha jaga jadi baik.

كتيك بنجير ڤولاو ڤينڠ، انم ورݢ مليسيا ترقربان. تيݢ درڤدڽ اوسيا امس.

كات امس ݢلر اوسيا تيڠݢي،
مليسيا راسا هاتي دتيق؛
ماس چمس چابر اوسيا لمڤاي،
اوسها جاݢا جادي باءيك.

Labels:

Pantun, bantuan mangsa banjir بنتوان مڠسا بنجير

Manga banjir berapa negeri di Malaysia memerlukan bantuan.

Benua tiruan tampa hilir,
Kerap tepat capai tujuan;
Semua bantuan mangsa banjir,
Harap cepat sampai sasaran.

مڠسا ببراڤ نݢري  دمليسيا ممرلوكن بنتوان.

بنوا تيروان تمڤا هيلير،
كرڤ تڤت چاڤاي توجوان؛
سموا بنتوان مڠسا بنجير،
هارڤ چڤت سمڤاي ساسرن.

Labels:

Wednesday, November 08, 2017

Mangsa banjir مڠسا بنجير

Mangsa banjir di berapa negeri memerlukan bantuan. Datuk Seri Najib sebut mengenai RM1 billion untuk 13 projek di Pulau Pinang yang dikenalpasti Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kita berharap jabatan itu dapat peruntukan tersebut. Semoga semua projek sampai sasaran.

مڠسا بنجير دبراڤ نݢري ممرلو بنتوان. داتوء سري ناجيب سبوت مڠناءي RM1 بيليون اونتوق 13 ڤروجيك دڤولاو ڤينڠ يڠ دكنلڤستي جابتن ڤڠايرن دان ساليرن.
كيت برهارڤ جابتن ايت داڤت ڤراونتوقن ترسبوت.سموݢ سموا ڤروجيك سمڤاي ساسرن.

Labels:

انسان يڠ ترقربان كران بنجير Insan yang terkorban kerana banjir

تعزيت كڤد انسان يڠ تركربان كران بنجير دڤولاو  ڤينڠ.

Takziah kepada keluarga insan yang terkorban kerana banjir di Pulau Pinang.

Labels:

Bantu mangsa banjir بنتو مڠسا بنجير

Mangsa banjir di berapa negeri seperti Kedah dan Pulau Pinang memerlukan bangunan. Datuk Seri Najib sebut jumlah RM1 billion yang membabitkan 13 projek Di Pulau Pinang yang  dikenalpasti Jabatan Pengairan dan Saliran. Semoga semua bantuan sampai sasaran.

مڠسا بنجير دبراڤ نݢري سڤرتي كده دان ڤولاو ڤينڠ ممرلي بنتوان. داتوء سري ناجيب سبوت جومله RM1 بيليون يڠ ممبابيت 13 ڤروجيك دڤولاو ڤينغ يڠ دكنلڤستي جابتن ڤڠايرن دان ساليرن. سموݢ سموا بنتوان سمڤاي ساسرن.

Labels:

Pantun, bencana menimpa.

Dahulu kawasan Asrama Sekolah Chung Ling, Pulau Pinang, tidak dilanda banjir. Kita pancing di sungai kecil. Sekarang iklim berubah. Banjir menimpa.

Pelajar pancing intim sekolah,
Tiada banjir suka melanda;
Dengar sering iklim berubah,
Dara zahir bencana menimpa.

دهولو، كاواسن اسراما  سكوله چوڠ ليڠ، ڤولاو ڤينڠ، تيدق دلندا بنجير. كيت ڤنچيڠ دسوڠاي كچيل.سكارڠ اقليم براوبه. بنجير منيمڤا.

ڤلاجر ڤنچيڠ اينتيم سكوله،
تياد بنجير سوك ملندا؛
دڠر سريڠ اقليم براوبه،
دارا زاهير بنچان منيمڤا.

Labels:

Tuesday, November 07, 2017

Iklim berubah

Lima puluh tahun lepas, saya tinggal di Asrama Sekolah Menengah Chung Ling. Ketika itu, tidak ada banjir. Sekarang banjir sering menimpa. Iklim berubah. Malapetaka melanda.

Labels:

RM2.5 bilion untuk ubat-ubatan. اوبت-اوبتن

Bajet Malaysia 2018 memperuntuk RM2.5 billion bagi ubat-ubatan di hospital dan klinik awam. Wang ini mesti diguna dengan sewajarnya. Tolong jangan bazir.

باجيت مليسيا 2018 ممڤراونتوقءن RM2.5 بيليون باݢي اوبت-اوبتن دهوسڤيتل دان كلينيك عاوم. واڠ اين مستي دݢون دڠن سواجرڽ. تولوڠ جاڠن بازير.

Labels:

Monday, November 06, 2017

Bayaran hospital swasta بايرن هوسڤيتل سوستا

Menteri Kesihatan ujar di Dewan Rakyat bahawa sejak tahun 2006, bermula kawalan ke atas kadar bayaran di hospital swasta di Malaysia. Semoga wujudnya bayaran munasabah.

منتري كصيحتن اوجر دديون رعيت بهوا سجق تاهون 2006، برمولا كاولن كاءتس قادر بايرن دهوسڤيتل سوستا دمليسيا. سموݢ وجودڽ بايرن مناصبه.

Labels:

Pantun,Putih dikata hitam. ڤوتيه خلاف هيتم

بيلا موسڠ ݢيات ڤنجت،
يڠ تينديه دبوك مالم؛
اد اورڠ نيات جاهت،
يڠ ڤوتيه دكات هيتم.

Bila musang giat panjat,
Yang tindih dibuka malam;
Ada orang niat jahat,
Yang putih dikata hitam.

Labels:

Sunday, November 05, 2017

Dana RM190 juta دانا

Timbalan Menteri Pendidikan kata di Dewan Rakyat bahawa 269 sekolah telah diadakan bidang kreatif, teknologi dan vokasional. Dana RM190 juta dalam bajet 2018 adalah untuk maksud ini. Kita berharap dana ini diguna dengan baik.

تيمبالن منتري ڤنديديقن كات دديون رعيت بهوا 260 سكوله تله داداكن بيدڠ كرياتيۏ، تيكنولوݢي دان ۏوكاسيونل. دانا RM190 جوتا دالم باجيت 2018 اداله اونتوق مقصود اين.

Labels:

Pantun, Banjir jejas kehidupan

Iklim, alam dan saliran ada kena-mengena dengan banjir yang menjejas kehidupan.

Kadir pandang jelas kecuaian,
Sihir turut sangka menyelisih;
Banjir memang jejas kehidupan,
Air surut kerja memulih.

اقليم، عالم دان ساليرن اد كنا-مڠنا دڠن بنجير يڠ منججسكن كهيدوڤن.

كادير ڤندڠ جلس كچوايءن،
سيهير توروت سڠك مپليسيه؛
بنجير ميمڠ ججس كهيدوڤن،
اير سوروت كرجا مموليه.

Labels: , ,

Saturday, November 04, 2017

Pantun, banjir dan mangsa بنجير دان مڠسا

براڤ نݢري مليسيا دلندا بنجير. مڠسا سوسه. ڤروبهن اقليم، كموسنهن عالم دان مسءله ساليرن تيدق دسلسايكن.

حاضير ڤادڠ راسا ݢليسه،
كيدل دتكن جيڤلق كانن؛
بنجير براولڠ مڠسا سوسه،
حال ساليرن تيدق دسلسايكن.

Berapa negeri Malaysia dilanda banjir. Mangsa susah. Perubahan iklim,kemusnahan alam dan masalah saliran tidak diselesaikan.

Hadir padang rasa gelisah,
Kidal ditekan jiplak kanan;
Banjir berulang mangsa susah,
Hal saliran tidak diselesaikan.

Labels:

Banjir di berapa and negeri بنجير سبراڤ نݢري

Berapa negeri seperti Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang di Malaysia dilanda banjir. Mangsa menderita. Perubahan iklim, kemusnahan alam dan masalah saliran tidak diselesaikan.

براڤ نݢري سڤرتي كده، ڤيرق، ڤرليس دان ڤولاو ڤينڠ دمليسيا  دلندا بنجير. مڠسا مندريتا. ڤروبهن اقليم، كموسنهن عالم دان مسءله ساليرن تيدق دسلسايكن.

Labels:

Zon Perdagangan Bebas Digital, Sepang زون ڤرداݢڠن بيبس ديݢيتل

Pengasas Alibaba Jack Ma kata Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) adakah direka khusus bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kita berharap PKS "dapat peluang.

ڤڠاساس اليبابا جيك ما كات زون ڤرداݢڠن بيبس ديݢيتل (DFTZ) اداله دريكا خوصوص باݢي ممبنتو ڤراوسهاءن كچيل دان سدرهان (PKS).

كيت برهارڤ PKS داڤت ڤلواڠ.

Labels:

Pantun, taman awam تامن عوام

Anggota berlari dara memeram
Perlu naiki taman keamanan,
Wargakota rekreasi hingga malam,
Perlu baiki keadaan keselamatan.

اڠݢوتا برلاري دارا ممرم،
ڤرلو ناءيكي تامن كاءمانن؛
ورݢاكوتا ريكرياسي هيڠݢ مالم،
  ڤرلو باءيكي كاءداءن كسلامتن.

Labels:

Friday, November 03, 2017

تامن عوام Taman awam

اداكه ديون بندراي كوالا لومڤور منيمبڠ رايوان ورݢ كوتا سوڤاي ممبوك تامن عوام هيڠݢ 10 مالم؟ كيت مستي ممباءيكي كسلامتن دان ڤڽلڠݢاراءن.

Adakah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menimbang rayuan warga kota supaya membuka taman awam hingga 10 malam? Kita mesti membaiki  keselamatan dan penyelenggaraan.

Labels:

Thursday, November 02, 2017

289877 kebakaran dalam 7 tahun

Menteri Perumahan memberitahu Dewan Rakyat sejak 2010 hingga September 2017, ada 289877 kebakaran di Malaysia termasuk 81840 kebakaran bangunan.

Penguatkuasaan dan pendidikan mestilah berkesan. Rakyat perlu sentiasa sedar.

Labels:

Wednesday, November 01, 2017

Banjir kilat

Pada 30 Oktober, 2017, banjir kilat di Leboh Raya Persekutuan menyebabkan dua pelajar mati di parit. Takziah kepada keluarga mangsa.

Menteri Wilayah Perskutuan Ku Nan sebut di Dewan Rakyat mengenai saliran baru dan simpanan limpahan air untuk mengatasi banjir kilat.

Sila pastikan saliran diperbaiki sesuai dengan pembangunan.

Labels:

Banjir kilat بنجير كيلت

Pekan hebat petir sebat,
Tolong naiki pentadbiran pakar;
Hujan lebat banjir kilat,
Tolong baiki saliran bandar.

ڤكن هيبت ڤتير سبت،
تولوڠ ناءيكي ڤنتدبيرن ڤاكر؛
هوجن لبت بنجير كيلت،
تولوڠ باءيكي ساليرن بندر.

Labels:

Naib Canselor Universiti Malaya

Profesor Tan Sri Dr Mohd Amin Jalaludin cuba memperbaiki standard Universiti Malaya sebagai Naib Canselor. Kita berharap Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim, yang mengambil alih jawatan itu, akan meninggikan lagi tahap universiti tersebut.

ڤروۏيسور تن سري دوقتور محمد امين چوبا ممڤرباءيكي ستاندارد اونيۏرسيتي ملاي سباݢاي ناءيب چانسلور. كيت برهارڤ داتوق Ir Dr عبدل رحيم هاشيم، يڠ مڠامبيل اليه جاوتن ايت، اكن منيڠݢيكن لاݢي تاهڤ اونيۏرسيتي ترسبوت.

Labels: