Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, August 31, 2019

Tenis Terbuka Amerika

Dalam pertandingan perseorangan wanita, Tenis Terbuka Amerika (Grand Slam), nombor 1 dunia Osaka menewas Gauff (15 tahun) 6:3, 6:0, lalu menyenangkan Gauff.
          Menang, rendah diri; kalah, tak kecewa.

Labels: ,

تينيس تربوك اميريكا

دالم ڤرتنديڠن ڤرساءورڠن وانيتا تينيس تربوك اميريكا (ݢرند سليم)، نومبور 1 دنيا اوساكا منيوس ݢوۏ (15 تاهون) 6:3، 6:0، لالو مپنڠكن ݢوۏ.
          منڠ، رنده ديري؛ كاله، تق كچيوا.

Labels:

Friday, August 30, 2019

Selamat Hari Merdeka

Selamat Hari Merdeka
大马国庆日快乐!
Happy Merdeka Day
سلامت هاري مرديك

Labels:

ڤلن اينترنيت ناسيونل

باڠك دنيا مڠكاجي ڤلن اينترنيت ناسيونل باڽق نݢارا سڤرتي اينيسياتيۏ اينترنيت ناسيونل 2010، مليسيا، دان ڤلن ۏيبريساسي دان كنيكتيۏيتي ناسيونل 2019-2023، مليسيا يڠ اكن منلن بلنجا RM21.6 جوتا.
     كيت برهارڤ كواليتي ڤرخدمتن اينترنيت (ديݢيتل) نݢارا اين اكن منچاڤاي تارۏ دنيا.

Labels:

Serat optik dan rangkaian

Bank Dunia mengkaji pelan internet nasional banyak negara seperti Initiative Internet Nasional 2010, Malaysia, dan Pelan Fiberisasi dan Konektiviti Masional 2019-2023, Malaysia, yang akan menelan belanja RM21.6 bilion.
     Kita berharap kualiti perkhidmatan internet (digital) akan mencapai taraf dunia.

Labels:

Thursday, August 29, 2019

Pantun, Sarapan Pagi

Sarapan Pagi Percuma

Pada 27.8.2019, Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan program sarapan pagi percuma bagi 2.7 juta murid sekolah rendah.

Murid jalan pergi kota,
     Pelajaran dapat juga kejayaan;
Murid makan pagi percuma,
     Makanan sihat tanpa pembaziran.

سارڤن ڤاݢي ڤرچوما

ڤد 27.8.2019، كمنتريان ڤنديديقن مليسيا مڠعمومكن ڤروݢرم سارڤن ڤاݢي ڤرچوما اونتوق 2.7 جوتا. وريد.

موريد جالن ڤرݢي كوتا،
     ڤلاجرن داڤت جوݢ كجاياءن؛
موريد ماكن ڤاݢي ڤرچوما،
     ماكنن صيحت تنڤا ڤمبازيرن.

免费早餐
     2019年8月27日,大马教育宣布为二百七十万学提供费早餐。

学生行走到城市,
     有时也成功读书;
免费早餐供服食,
     勿浪费健康食物。

Free Breakfast

On 27.8.2019, Education Ministry, Malaysia, announced the programme to give free breakfast to 2.7 million pupils.

Pupils go to town for lessons,
     Do well also in their efforts;
Pupils eat free breakfast given,
     Don't waste healthy breakfast.

Labels:

Wednesday, August 28, 2019

Kuku besi

Kuku besi

Perdana Menteri British, Johnson, menggantung sidang parlimen selama lima minggu, sehingga 14.10.2019 untuk menghalang  bantahan ahli-ahli  terhadap Britain kekuar dari Eropah (Brexit pada 31.10.19) tanpa perjanjian. Kecoh.

Labels:

كوكو بسي

كوكو بسي

ڤردان منتري بريتيش، جونسون،  مڠݢنتوڠ سيدڠ ڤرليمن ليم ميڠݢو، سهيڠݢ 14.10.2018 اونتوق مڠهالڠ اهلي-اهلي ممبنته ترهادڤ كلوارن دري ايروڤه (بريكسيت) تنڤا ڤرجنجيان. كيچوه.

Labels:

Tuesday, August 27, 2019

Gangguan rangkaian

Mulai 21.8.2019, gangguan rangkaian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ini menimbulkan syak wasangka. Apakah sebenarnya terjadi?

Labels:

Sarapan pagi percuma

Kementerian Pendidikan sebut tentang sarapan pagi percuma bagi 2.7 juta murid sekolah rendah Malaysia. Kita hendak tahu cara program ini akan dilaksanakan untuk mencegah masalah-masalah seperti pembaziran, makanan basi dan pembekal yang tidak bertanggungjawab.

Labels:

سارڤن ڤاݢي ڤرچوما موريد مليسيا

كمنتريان ڤنديديقن سبوت تنتڠ سارڤن ڤاݢي ڤرچوما باݢي 2.7 جوتا موريد سكوله رنده مليسيا. كيت هندق تاهو چارا ڤلقساناءن اونتوق منچݢه مسءله سڤرتي ڤمبازيرن، ماكنن باسي دان ڤمبكل يڠ تيدق برتڠݢوڠجاوب.

Labels:

Monday, August 26, 2019

Kumpulan G7 bantu padam kebakaran hutan

Kumpulan G7 (negara-negara berindustri) membantu Brazil memadam kebakaran hutan Amazon dengan jumlah wang yang kecil seperti US$20 juta pada peringkat awal.
     Walaupun kebakaran hutan di Indonesia dan Malaysia adalah kecil berbanding dengan kejadian di Amazon, jerebu tetap wujud.

Labels:

سومبڠن كچيلG7

كومڤولن G7 (نݢارا-نݢارا برايندوستري) ممبنتو برازيل اونتوق ممادم بنچان كباكرن هوتن امازون دڠن جومله واڠ يڠ كچيل سڤرتي US$20 جوتا ڤريڠݢي اول.
     والاوڤون كباكرن هوتن دايندونيسيا دان مليسيا اداله كچيل بربنديڠ دڠن كجاديان  دامازون، جلبو تتڤ وجود.

Labels:

Trump bercakap

Minggu lepas Trump menuduh Macron. Minggu ini beliau memuji Presiden Perancis di Sidang Kemuncak G7. Trump kata tarif Amerika menyakitkan China. Lebih cakap daripada bertindak. Perang dagang berterusan.

Labels:

ترامڤ برچاكڤ

ميڠݢو لڤس ترامڤ منودوه ماكرون. ميڠݢو اين بليو مموجي ڤريسيدن ڤرنچيس دسيدڠ كمونچق G7. ترامڤ كات تاريۏ اميريكا مپاكيتكن چينا. لبيه چاكڤ درڤد برتيندق. ڤرڠ داݢڠ برتروسن.

Labels:

Sunday, August 25, 2019

Dadah dan polis

Perkara pokok dadah adalah selalu rumit. Ketua Polis Malaysia Datuk Abdul Hamid Bador sedang mengurus masalah lebih 100 anggota polis diuji positif dadah. Beliau mungkin juga hendak menambah baik keadaan kerja dan kebajikan polis.

Labels:

داده دان ڤوليس

ڤركارا ڤوكوق داده اداله سلالو روميت. كتوا ڤوليس مليسيا سدڠ مڠوروس  مسءله لبيه 100 اڠݢوتا داءوجي كنچيڠ ڤوسيتيۏ داده. بليو موڠكين هندق جوݢ منمبه باءيق كاءداءن كرجا دان كباجيكن ڤوليس.

Labels:

سيدڠ كمونچق G7

هاري اين ترامڤ برسارڤن دڠن ماكرون دسيدڠ كمونچق G7, ڤرنچيس. اداكه كموڠكينن ڤرڠ ماتاواڠ اكن ملتوڤ؟

Labels:

Sidang Kemuncak G7

Trump bersarapan pagi dengan Macron di Sidang Kemuncak G7 (7 negara berindustri) di Perancis. Adakah kemungkinan perang matawang akan meletup?

Labels:

Friday, August 23, 2019

كباكرن هوتن امازون

اڤي مموسنهكن 2.4 هيكتر هوتن دليݢولند، جوهور بهارو. ريبوان كباكرن هوتن امازون مپببكن ڤريسيدون بولسونارو، برازيل،  برتڠكر دڠن ڤريسيدن ماكرون، ڤرنچيس. بولسونارو هندق تنترا برازيل ممادم كباكرن ترسبوت. اقيبت؟

Labels:

Kebakaran hutan Amazon

Api memusnahkan 2.4 hektar hutan di Legoland, Johor Bahru. Ribuan kebakaran hutan Amazon menyebabkan Presiden Bolsorano, Brazil, bertengkar dengan Presiden Macron, Perancis. Kemudian, Bolsorano hendak tentera Brazil memadam kebakaran tersebut. Akibat?

Labels:

Thursday, August 22, 2019

كباكرن هوتن امازون

كباكرن هوتن امازون برللواسا. بنچان دهشت. ڤرسيسيدن برازيل كات بليو تيدق ممڤو ممادمكن اڤي ايت، لالو منودوهكن ڤرسيدن ماكرون، ڤرنچيس، ممنتيڠكن ديري كران ممبڠكيت بنچان ترسبوت.

Labels:

Kebakaran hutan Amazon

Kebakaran hutan Amazon berleluasa. Binasa dahsyat. Presiden Brazil, Bosorano, kata beliau tidak mampu memadamkan api itu, lalu menuduh Presiden Macron, Perancis, berkepentingan diri kerana sentuh malapetaka  tersebut.

Labels:

Johnson temu Merkel

Semalam, Perdana Menteri British, Johnson, menemui Chancellor German, Merkel. Chancellor suruh Johnson menyiapkan syor baru bagi rancangan Brexit dalam 30 hari. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Theresa May, mengambil tiga tahun untuk perjanjian Brexit yang ditolak oleh Parliamen British.

Labels:

جونسون تمو مركل

ڤردان منتري بريتيش تمو چنسلر جرمن، مركل، سمالم. مركل سوروه جونسون سياڤكن شور رنچڠن بارو بريكسيت دالم 30 هاري.  سبلوم اين بكس ڤردان منتري ثريسا مي امبيل تيݢ تاهون اݢت ڤرجنجيان بريكسيت يڠ تيدق دتريما ڤرليمن بريتيش.

Labels:

Wednesday, August 21, 2019

Mesej palsu

Mesej tercatat dalam internet yang kata bencana akan menimpa anda kelak adalah satu penipuan.

Labels:

ميسيج ڤلسو

ميسيج ترچاتت اينترنيت  يڠ كات سسواتو بنچان اكن منيمڤا اندا كلق اداله ساتو ڤنيڤوان.

Labels:

Amerika jual 66 buah F16V kpd Taiwan

Amerika Syarikat menjual 66 buah jet pejuang F16V berharga US$8 bilion kepada Taiwan. China akan membalas.

Labels:

اميريكا جوال 66 بواه جيت ڤجواڠ F16V

اميريكا شريكت منجوال 66 بواه جيت ڤجواڠ F16V برهرݢ US$6 بيليون كڤد تاءيون. چينا اكن ممبالس.

Labels:

Tuesday, August 20, 2019

ڤلورو برڤندو جارق سدرهان

اميريكا شريكت مڠوجي ڤلورو برڤندو جارق سدرهان بارو اونتوق ممبري امرن كڤد چينا دان روسيا. دمان روكيت بارو اين اكن دليق؟ ايروڤه؟ اسيا؟

Labels:

Peluru berpandu jarak sederhana

Amerika Syarikat menguji peluru berpandu jarak sederhana baru untuk memberi amaran kepada China dan Rusia. Di mana roket baru ini akan diletak? Eropah? Asia?

Labels:

Suntikan RM300 juta kpd Mas

Media melaporkan bahawa syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Berhad, menyuntik RM300 juta lagi kepada Malaysia Airlines untuk ia terus beroperasi.
     Cerita berbingkai Mas menyedihkan. Kita perlu pengurusan bertaraf dunia.
    

Labels:

چريتا بربيڠكاي مس

ميديا ملاڤوركن شريكت ڤلابورن كراجاءن, خازنه ناسيونل برحد, مپونتيق RM300 جوتا لاݢي كڤد مليسيا ايرلاينس (مس) اونتوق تروس بروڤراسي.
     چريتا  بربيڠكاي مس مپديهكن. كيت ڤرلو ڤڠوروسن برتارۏ دنيا.
    

Labels:

Monday, August 19, 2019

Perjanjian Pasukan Nuklear Jarak Sederhana

Amerika Syarikat dan Rusia ada peluru berpandu nuklear yang cukup memusnahkan bumi manusia berapa kali. Mereka pernah tandatangan Perjanjian Pasukan Nuklear Jarak Sederhana. Rusia menunjuk-nunjuk roket baru. Sekarang, Amerika menarik diri daripada perjanjian itu, lalu menguji roket jarak sederhana.

Labels:

ڤرجنجيان ڤلورو برڤندو جارق سدرهان

اميريكا شريكت دان روسيا اد ڤلورو برڤندو نوكليار يڠ بوليه مموسنهکن بومي  ماءنسي براڤ كالي. مريك تنداتاڠن ڤرجنجيان ڤاسوقن نوكليار جارق سدرهان. روسيا منونجوق-نونجوق روكيت بارو. اميريكا مناريق ديري درڤد ڤرجنجيان ايت، لالو مولا اوجي روكيت جارق سدرهان.

Labels:

Pantun, Ikhtiar Menjalani.

Ikhtiar Menjalani

Pemain badminton serta kejohanan,
     Ikhtiar menyampai, gabung terpandai;
Pemain badminton ada pencapaian,
     Ikhtiar menjalani, untung menyudahi.

اختيار منجالني

ڤماءين بدمينتون سرتا كجوهنن،
     اختيار مڽمڤاي، ݢابوڠ ترڤنداي؛
ڤماءين بدمينتون اد ڤنچاڤايان،
     اختيار منجالني، اونتوڠ مڽودهي.

竭尽所能

世羽赛球队参加,
     聚集好手有才能;
球员竞赛表现佳,
     主要是竭尽所能。

To the best abilities

Players take part in badminton championships,
     Gather and train best players in the facilities;
Players try to get good results in the championships,
     Perform to the best of their abilities.

Labels:

Sunday, August 18, 2019

Pertandingan Badminton Dunia

Persatuan Badminton Malaysia menghantar 21 pemain ke Pertandingan Badminton Dunia di Basel, Switzerland, pada 19-25 Ogos, 2019.
   Ikhtiar menjalani, untung menyudahi.

Labels: ,

ڤرتنديڠن بدمينتون دنيس

ڤرساتوان بدمينتون مليسيا مڠهنتر 21 ڤماءين كڤرتنديڠن بدمينتون دنيا دباسيل، سويتزرلند ڤد 19-25 اوݢوس، 2019. اختيار منجالني، اونتوڠ مپودهي.

Labels:

Britain keluar Kesatuan Eropah

Britain akan keluar dari Kesatuan Eropah (Brexit) pada 31.10.2019. Jika keluar tanpa persetujuan, akibatnya hebat. Perdana Menteri British baru Johnson hendak menemui Presiden Perancis Macron dan Chancellor Merkel, Jerman. Adakah mereka akan dapat mengelakkan Brexit tanpa persetujuan?

Labels:

بريتيش كلوار دري كساتوان ايروڤه

بريتاين اكن كلوار دري كساتوان ايروڤه ڤد 31 اوكتوبر، 2019. جك تيدق اد ڤرستوجوان لاݢي، اقيبتڽ هيبت. ڤردان منتري بريتيش بارو جونسون هندق منموءي ڤريسيدن ڤرنچيس ماكرون دان چنسلور جرمن مركل. اداكه مفيك اكن داڤت ايلق كلوارن ايروڤه تنڤا ڤرستوجوان؟

Labels:

Thursday, August 15, 2019

Kenyataan berasaskan kebenaran

Kenyataan perlu berasaskan kebenaran, bukan emosi.

Labels:

كپاتاءن براساسكن كبنرن

كپاتاءن ڤرلو براساسكن كبنرن، بوكن ايموسي.

Labels:

Trump tweet Xi

Saham Dow Jones Industrial Average, Amerika, jatuh 800 Mata dan Sovereign Long-term Bonds turun. Donald Trump mengirim Tweet kepada Xi Jin-ping: " seorang pemimpin hebat" dan "orang yang baik".
     Adakah Trump hendak memberhentikan perang dagang di antara Amerika dan China?

Labels:

ترامڤ تويت سي

ساهم دق جونس ايندوسترياليس ايۏريز اميريكا جاتوه 800 ماتا دان سوۏرين بون جڠكا ڤنجڠ تورون.دونلد ترامڤ تويتسي جين ڤيڠ: "ساءورڠ ڤميمڤين هيبت" دان "ساءورڠ يڠ باءيق".
     اداكه ترامڤ هندق ممبرهنتيكن ڤرڠ داݢڠ دانتارا اميريكا دان چينا سرتا مپمڤايكن ڤرستوجوان؟

Labels:

Tuesday, August 13, 2019

Lapangan Terbang Kuala Lumpur

Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) adalah yang ke-12 tersibuk di dunia dengan 75 juta penumpang setahun. Ia ada tanda teknologi digital. Ia mesti menambah baik perkhidmatan, penyelenggaraan seperti tandas dan layanan terhadap syarikat dan penumpang penerbangan kos rendah. Jadi ke-10 tersibuk di dunia?

Labels:

لاڤڠن تربڠ كوالا لومڤور

لاڤڠن تربڠ كوالا لومڤور اداله يڠ ك12 ترصيبوق ددنيا دڠن 75 جوتا ڤنومڤڠ ستاهون. اي اد تندا تيكنولوݢي ديݢيتل. اي مستي منمبه باءيق ڤرخدمتن، ڤڽلڠݢاراءن سڤرتي تندس دان لايانن ترهادڤ شريكت دان ڤنومڤڠ ڤنربڠن كوس رنده. جادي 10 يڠ ترصيبوق ددنيا؟

Labels:

KLIA

Kuala Lumpur International Airport is the 12th busiest airport in the world with 75 million passengers a year. There are signs of digital technologies. We need improvement on services and maintenance such as toilets and its treatment of low-cost carriers and passengers. 10th busiest airport?

Labels:

Guru

.Guru

Guru adalah penting. Semua pihak terutama Kementerian Pendidikan mesti melayan mereka dengan sewajarnya.

Ibu harap anak diajar,
     Jadi orang dianggap berguna;
Guru tetap hendak mengajar,
     Jadi orang dianggap utama.

ݢورو

ݢورو اداله ڤمريڠ. سموا ڤيهق تروتاماڽ كمنتريان ڤنديديقن مستي ملايان مريك دڠن سواجرڽ.

ايبو هارڤ انق داءجر،
     جادي اورڠ داءڠݢڤ برݢون؛
ݢورو تتڤ هندق مڠاجر،
     جادي اورڠ داءڠݢڤ اوتام.

教师
教师是重要的。各方面尤其是教育部必须妥善对待他她们。

父母望子受教育,
     长大都能够成才;
教书持续度朝夕,
     为人师表获爱戴。

Teachers

Teachers are important. All concerned especially the Education Ministry must treat them well.

Parents hope children go on learning,
     Growing up to have good achievement;
Teachers wish to go on teaching,
     Deserving to have good treatment.

Labels:

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara adalah lebih 300 di Miri dan Kuala Baram, Sarawak. Tempat lain di Malaysia kurang daripada 100. Jabatan Alam Sekitar hendak mengguna Plan Tindakan Kebakaran Terbuka Nasional dan Plan Tindakan Jerebu Nasional untuk mengatasi masalah Ini.
     Kita berharap tindakan tersebut adalah berkesan.

Labels:

اينديكس ڤنچمرن اودارا

اينديقس ڤنچمرن اودارا دميري دان كوالا بارم، ساراوق، اداله لبيه 300 دان دتمڤت لاءين دمليسيا كورڠ درڤد 100. جابتن عالم سكيتر هندق ݢون ڤلن تيندقن كباكرن تربوك ناسيونل دان ڤلن تيندقن جربو ناسيونل اونتوق مڠاتسي مسءله اين.
     كيت برهارڤ تيندقن اين بركسن.

Labels:

Sunday, August 11, 2019

Pantun, Bau Kayu Terbakar

Bau Kayu Terbakar

Hutan terbakar reput tertentu,
     Kena tahu sekutu sekitar;
Kawasan cemar selaput jerebu,
     Rasa bau kayu terbakar.

باءو كايو ترباكر

هوتن ترباكر رڤوت ترتنتو،
     كنا تاهو سكوتو سكيتر؛
كاوسن چمر سلاڤوت،
     راسا باءو كايو ترباكر.

燃烧木材的味道

森林大火毁熔融,
     熟知四周的邻国;
污染地烟霾蒙蒙,
     嗅烧木材味道多。
    
The Smell of Wood Burning

Forest fires destroy everything,
     Think of neighbouring nations;
Many areas see haze spreading,
     Smell of wood burning in the regions.
    

    

Labels:

Selamat aidiladha

Selamat Aidiladha
哈芝节快乐!
Happy Eid Adha
سلامت عيدالاءضحى

Labels:

Saturday, August 10, 2019

Perebutan dagang

Perebutan dagang di antara Amerika Syarikat dan China berterusan. Dunia mengekot. Banyak negara termasuk Malaysia terpaksa membuat persiapan untuk menghadapi cabaran ini.

Labels:

ڤربوتن داݢڠ اميريكا دان چينا

ڤربوتن داݢڠ دانتارا اميريكا شريكت  دان چينا  برتروسن. دنيا مڠيكوت. باڽق نݢارا ترماسوق مليسيا ترڤقسا ممبوات ڤرسياڤن مڠهادڤي چابرن اين.

Labels:

Jerebu di Malaysia

Setelah lima menteri Asean berikrar untuk memantau api hutan dan jerebu dari Indonesia, jerebu menyelubungi Malaysia seperti di Klang dan Petaling Jaya. Mereka perlu menambah usaha.

Labels:

جربو دمليسيا

ستله ليم منتري اسين براقرار ممنتاو اڤي هوتن دان جربو دري اي.ايندونيسيا، ڤنچمرن اين ملندا مليسيا سڤرتي دكلڠ دان ڤتالينڠ جاي. مريك ڤرلو منمبهكن اوسها.

Labels:

Friday, August 09, 2019

Pembunuh beramai-ramai

Minggu lepas, dua penjenayah yang membunuh 31 mangsa mengguna media sosial untuk menyebar perutusan kebencian. Adakah kemungkinan membina alat internet bagi mencegah  bakal pembunuh jenis ini?

Labels:

الت اينترنيت اونتوق منچݢه باݢل ڤمبونوه

ميڠݢو لڤس، دوا ڤنجنايه يڠ ممبونوه 31 مڠسا داميريكا شريكت مپيبر ڤروتوسن كبنچيان ملالوءي ميديا سوسيال. اداكه كموڠكينن ممبينا الت اينترنيت اونتوق منچݢه باكل ڤمبونوه جنيس اين.

Labels:

كمروسوتن ايكونومي

ڤرڠ داݢڠ دانتارا اميريكا شريكت دڠن چينا برتمبه بوروق. راماي بيمبڠ مڠناءي كمروسوتن ايكونومي يڠ اكن منججسكن باپق نݢارا ترماسوق مليسيا.

Labels:

Kemerosotan ekonomi

Perang dagang di antara Amerika Syarikat dengan China bertambah buruk. Ramai bimbang mengenai kemerosotan ekonomi yang akan menjejaskan banyak negara termasuk Malaysia.

Labels:

Thursday, August 08, 2019

Pencemaran jerebu

Kebakaran hutan berlaku semasa musim panas. Jerebu merentas sempadan. Sekarang, lima negara Asean, Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand berikrar memantau dan mencegah jerebu. Kita berharap penyelarasan mereka adalah baik.

Labels:

ڤنچمرن جربو

كباكرن هوتن برلاكو سماسا موسيم ڤانس. جربو مرنتس سمڤادن. سكارڠ ليم نݢارا اسيان، بروناي، ايندونيسيا، سيڠاڤورا، مليسيا دان ثاءيلند هندق ممنتاو دان منچݢه ڤنچمرن جربو. كيت برهارڤ ڤڽلارسن مريك اداله باءيق.

Labels:

Wednesday, August 07, 2019

كوات اونتوق كباءيقن دان كبوروقن

اڤ يڠ كوات اونتوق كباءيقن اد جوݢ كوات اونتوق كبوروقن. مليسيا ممڤوپاءي باكت. ڤيهقڽ مستي منمبه باءيق ڤڠاجرن ساءينس دان تيكنولوݢي دسكوله دان اونيۏرسيتي.

Labels:

Kuat untuk kebaikan dan keburukan

Apa yang kuat untuk kebaikan ada juga kuat untuk keburukan. Malaysia mempunyai ramai bakat. Pihaknya mesti menambah baik kursus sains dan teknologi dalam sekolah dan universiti.

Labels:

Kebencian

Semalam Trump melawat El Paso, Amerika, di mana 22 orang di bunuh oleh penjenayah yang membenci orang bukan putih. Beliau berjanji membuat sesuatu terhadap semua jenis kebencian.
     Kita tidak mahu kebencian yang merosakkan Malaysia.

Labels:

كبنچيان

سمالم ترامڤ ملاوت ايل ڤاسو، اميريكا دمان 22 اورڠ دبونوه اوليه ڤنجنايه يڠ ممبنچي اورڠ بوكن ڤوتيه. ترامڤ برجنجي ممبوات سسواتو ترهادڤ سموا جنيس كبنچيان.
     كيت تيدق ماهو كبنچيان يڠ منڤيمبولكن ڤمبونوهن.

Labels:

Tuesday, August 06, 2019

Pembunuhan ramai

Fahaman perkauman dan kebencian
     Trump pernah mengguna perkataan perkauman dan kebencian. Pada 3.8.2019, pejenayah perkauman membunuh 31angsa di Ameriks , Trump mengutuk fahaman perkauman, kebencian dan keunggulan orang putih.
     Malaysia perlu mencegah penyakit fahaman perkauman, kebencian dan keunggulan sesuatu kaum.

ڤمبونوهن راماي

ڤرقومن دان كبنچيان
     ترامڤ ڤرنه مڠݢون ڤركاتاءن برباءو ڤرقومن دان كبنچيان. ڤد 3.8.2019، 22 اورڠ دبونوه دايل ڤاسو دان 9 مڠسا دبونوه دديتون، اميريكا، اوليه ڤنجنايه براونصور ڤرقومن. ڤد 5.8.2019، ترامڤ مڠوتوق ۏهمن ڤرقومن دان كبنچيان دان كاوڠݢولن اورڠ ڤوتيه.
     مليسيا ڤرلو منچݢه ڤپاكيت ۏهمن ڤرقومن، كبنچيان دان كاءوڠݢولن سسواتو قوم.

Labels:

Bekalan elektrik tergendala

Pada 4.8.2019, bekalan elektrik tergendala di Java, Indonesia. Hampir 30 juta orang terperanjat. Adakah turbin stesen elektrik rosak?
     Kita berharap kejadian seperti ini tidak akan berlaku di Malaysia.

Labels:

بكلن ايليكتريك ترݢندالا

ڤد 4.8.2019، بكلن ايليكتريك ترݢندالا دجاۏا، ايندونيسيا. همڤير 30 جوتا اورڠ تركجوت. اداكه كروسقن تورباءين؟
     كيت برهارڤ كجاديان سڤرتي اين تيدق اكن برلاكو دمليسيا.

Labels:

Monday, August 05, 2019

Lif berhenti mengejut

Malaysia ada banyak lif. Pada 2.8.2019, lif pangsapuri Projek Perumahan Rakyat, Kerinchi, Kuala Lumpur, berhenti mengejut. Lapan penduduk tercedera. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mesti menyiasat sebab kejadian tersebut.

Labels:

ليۏ برهنتي مڠجوت

مليسيا اد باڽق ليۏ. ڤد 2.8.2019، ليۏ ڤڠساڤوري ڤروجيك ڤرومهن رعيت، كرينچي، كوالا لومڤور، برهنتي مڠجوت. لاڤن ڤندودوق چدرا. ديون بندراي كوالا لومڤور مستي مپاست سبب كجاديان ترسبوت.

Labels:

Lif berhenti mengejut

Ada banyak lif di Malaysia. Pada 2.8.2019, lif pangsapuri Projek Perumahan Rakyat, Kerinchi, Kuala Lumpur, berhenti mengejut. Lapan penduduk tercedera. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mesti menyiasat sebab kejadian tersebut.

Labels: , ,

Sunday, August 04, 2019

برݢو للاكي مودا اينديا

دالم ڤرتنديڠن اخير بدمينتون تربوك ثاءيلند،  برݢو للاكي مودا اينديا، رڠكي دان شيتي، مڠاتاسي ڤاسڠن چينا، لي دان ليو،(نومبور 2 دنيا). ڤاسڠن مودا ايت برماءين دڠن باءيق تنڤا مڠيرا سياڤ لاونڽ. دالم سوكن، اڤاڤون بوليه برلاكو.

Labels:

Akhir Bergu lelaki, Badminton Thailand Terbuka

Dalam Pertandingan Akhir Badminton Terbuka Thailand, pasangan lelaki muda India, Ranki dan Shetty mengatasi pasangan China Li dan Liu (nombor 2 dunia). Pasangan muda bermain dengan baik, tidak mengendahkan siapa lawannya. Dalam sukan, apapun boleh berlaku.

Labels:

Badminton Terbuka Thailand

Dalam Badminton Terbuka Thailand, para pemain Malaysia berikhtiar sampai suku dan separuh akhir. Pemain perseorangan lelaki dan wanita serta bergu campuran mesti terus berusaha.

Labels:

بدمينتون تربوك ثالند

دالم بدمينتوب تربوك ثاءيلند، ڤارا ڤماءين مليسيا براختيار سمڤاي سوكو دان سڤاروه اخير. ڤماءين ڤرساءورڠن للاكي دان وانيتا سرتا برݢو چمڤورن مستي تروس براوسها.

Labels:

Friday, August 02, 2019

Pencemaran Sungai Selangor

Bulan lepas, pencemaran disel di Sungai Selangor, Malaysia, menjejaskan bekalan air untuk satu juta rumah. Bilakah siasatan polis terhadap kes ini akan selesai?

Labels:

ڤنچمرن سوڠاي سلاڠور

بولن لڤس، ڤنچمرن ديسيل دسوڠاي سلاڠور، مليسيا، منججسكن بكلن اير اونتوق ساتو جوتا رومه. رعيت هندق تاهو بيلاكه سياستن ڤوليس ترهادڤ كيس اين اكن سلساي؟

Labels:

Thursday, August 01, 2019

Pantun, Api Hutan.

Api Hutan dan Jerebu.
     Musim panas melihat kebakaran hutan berulang di Kalimantan, Sumatra dan Riau, Indonesia. Orang Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand menghadapi jerebu. Lima menteri Asean berikrar memantau pencemaran jerebu.

Api hutan tetap berjalan,
     Serbu jerung bimbang derita;
Api hutan asap Kalimantan,
     Jerebu selubung padang Malaysia.

اڤي هوتن دان جربو
     موسيم ڤانس مليهت كباكرن هوتن براولڠ دكاليمنتن، سوماترا دان فوسي. اورڠ بروناي، ايندونيسيا، مليسيا، سيڠاڤورا دان ثايلند مڠهادڤي جربو. ليم منتري اسيان براقرار ممنتاو ڤنچمرن جربو.

اڤي هوتن تتڤ برجالن،
     سربو جروڠ بيمبڠ دريتا؛
اڤي هوتن اسڤ كاليمنتن،
     جربو سلوبوڠ ڤادڠ مليسيا.

林火与烟霾

在炎热天气,印尼加里曼丹,苏门达腊和廖内经常有林火。大马,泰国,汶来, 新加坡和印尼面对烟霾。东盟五国部长承诺监管烟霾污染。

林火经常在热天,
     鲨魚攻击会痛苦;
加里曼丹的乌烟,
     烟雾笼罩大马土。

Forest fires and haze

Forest fires often occur in Kalimantan, Sumatra and Riau, Indonesia, during hot seasons. Haze may descend on Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapore and Thailand. Five Asean ministers have declared that the countries will monitor haze pollution.

In hot weather, forest fires wreak havoc,
     Shark attacks may cause great pain;
In Kalimantan, forest fires give rise to smog,
     In Malaysia, haze covers many places without rain.
.
    

    

Labels:

كباكرن هوتن رياو

ميديا ملاڤوركن بهوا اد كباكرن هوتن درياو، ايندونيسيا. اورڠ مليسيا مڠهادڤي جربو برولڠ. ڤريسيدن جوكو برجنجي اونتوق ممبوات سسواتو. اڤ ترجادي؟

Labels:

Kebakaran hutan Risu

Media melaporkan kebakaran hutan di Riau, Indonesia. Orang Malaysia menghadapi jerebu yang berulang. Presiden Joko  berjanji membuat sesuatu. Apa terjadi?

Labels:

ڤميسهن سيسا

كمنتريان ڤرومهن دان كراجاءن تمڤتن مليسيا هندق ڤميسهن سيسا دلاكوكن دايندوستري، اورݢنيساسي دان اينستيتوسي كومرسيل. اڤاكه ماس اونتوق منچاڤاي متلامت؟

Labels: