Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Friday, May 21, 2010

Suasana segar mestilah diwujudkan di IPTA

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi pendapatnya bahawa suasana di institut pengajian tinggi awam (IPTA) mestilah siselubungi dengan kesegaran termasuk kebebasan bercakap asalkan siswa siswi mempunyai bukti.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin patutlah mengkaji sebab-musabab Sudut Pidato IPTA sunyi sepi sejak dilancarkan Januari lalu.

Kebebasan berucap bukan untuk merosakkan univerisiti atau menjejaskan masyarakat. Ia bagi siswa siswi mengemukakan pendapat yang berasas. Ini merupakan latihan yang bermakna.

Dr Tan mengulas berita mengenai keengganan para pelajar berucap di Sudut Pidato di IPTA kerana bimbang berhadapan dengan tindakan.

Terdapat 20 buah IPTA di negara ini. Bagi IPTA yang mempunyai Sudut Pidato, kita berharap para pelajar boleh menampil ke hadapan untuk meluahkan pandangan yang mempunyai bukti, bukan khabar angin. Ini boleh menggalakkan mereka mengejar pengetahuan dan kajian serta meluaskandan pemandangannya.

Pihak Hal Ehwal Pelajar IPTA haruslah menganggap pidato siswa dan siswi sebagai latihan akademik, bukan menggolong mereka sebagai puak kiri atau kanan, konservatif atau progresif.

Menteri Pengajian Tinggi mempunyai tanggungjawab untuk menggalakkan siswa siswi menggunakan Sudut Pidato. Pihak IPTA dan Majlis Perwakilan Pelajar juga harus memainkan peranan.

Orang Malaysia termasuk para pelajar perlu memahami sensitiviti agama dan ras. Di dalam ucapannya, kita terpaksa berhati-hati, sentiasa mengelakkan sensitiviti ini.

Dr Tan Seng Giaw

Tuesday, May 18, 2010

Bagaimana rakyat mendapat manfaat dari projek Kerajaan?

Apakah cara-cara memastikan orang awam benar-benar memperolehi manfaat dari projek-projek Kerajaan?

Tahun lalu, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM6.7 bilion bagi merangsang ekonomi. Kemudian, pelbagai projek dilaksanakan. Misalnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)mengenalpasti tapak semacam tanah di Jalan Jambu Jerteh, Jinjang Selatan, untuk projek dewan masyarakat. Orang-orang di sekitarnya tidak membantah.

Terdapat projek dewan masyarakat yang serupa di padang Jalan Jinjang Damai, Jinjang Utara. Ada orang yang membantah dengan alasan-alasan seperti masalah pengurusan dewan dan perosak dan pencuri harta awam termasuk komputer dan sebagainya.

Dari pakej rangsangan ekonomi, RM600,000 telah diperuntukkan bagi dewan 30' X 100' termasuk bilik serbaguna dan bilik komputer. Buat sementara itu, kita mengetepikan soalan sama ada projek ini betul-betul berharga RM600,000, para penduduk mestilah melihatnya dari pelbagai segi. Adakah projek ini baik? Adakah ia buruk?

Mulai esok, kami akan mengutip suara para penduduk di sekeliling tapak projek tersebut pada waktu petang setiap hari untuk satu minggu. Keputusan petikan suara ini akan disampaikan kepada DBKL.

Pada 19.5.2010, Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw bersama-sama penduduk berjumpa dengan wakil-wakil DBKL di tapak mengenai cadangan projek tersebut. Hari ini, DBKL hendak mendapat pandangan orang ramai tentang projeknya. Langkah ini adalah betul.

Berapa tahun ini, adanya persepsi ramai terhadap projek-projek kerajaan: pihaknya membuat keputusan , melantik kontrakter dan melaksanakannya tanpa menghirau pandangan para penduduk. Jika hendak mendapat pandangan pelbagai pihak,ini tentu akan mengambil masa. Penyelesaian secara tolak ansur boleh dicapai, tanpa mengambil masa yang terlalu panjang.

Yang pentingnya, kerajaan diperlihatkan tidak terlibat dengan penyelewengan bila merancang dan melaksanakan projek.

Minggu leapas, ada penduduk menampak orang mengukur padang tersebut, diikuti dengan papan iklan yang memaparkan cadangan projek dewan masyarakat. Wujudlah khabar-khabar angin. Misalnya, masjid akan dibina.

Para remaja menggunakan padang itu untuk bola sepak, bola keranjang dan layang-layang. Walaupun, ia bukan bertaraf antarabangsa, mereka boleh memain bola sepak.

Menurut pelan lakar DBKL, ruang untuk bola sepak sedia ada tidak akan terjejas. Yang ditambah di tepinya ialah sebuah dewan.

Dr Tan Seng Giaw

Wednesday, May 12, 2010

SPRM perlu kewangan yang lebih & kakitangan yang cekap untuk memerangi rasuah

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi bahawa Kerajaan Pusat mestilah memperuntukkan sekurang-kurangnya RM350 juta untuk bajet tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM haruslah menunjukkan ia adalah benar-benar berkesan untuk memerangi rasuh di dalam negara.

Mahkamah Koroner mestilah membuat keputusan yang tidak berat sebelah tentang kes Teoh Beng Hock yang menjejaskan imej SPRM. Keadilan patut diperlihatkan.

Rakyat memberi perhatian keapda birokrasi, kemunduran dan rasuah di negara ini. Institusi-institusi seperti SPRM haruslah memainkan peranan yang berkesan untuk sentiasa memerangi rasuah.

Dr Tan telah berucap di Dewan Rakyat mengenai kewangan Istitut Integriti Malaysia (IIM)dan SPRM. Jika institusi-institusi ini hendak berfungsi dengan efektif, ia memerlukan bajet yang lebih dan kakitangan yang cekap, yang berlagak dengan berani tanpa memihak sebelah.

Kita memahami bahawa terdapat ekonomi yang lembab dan banyak kementerian sudah kurang peruntukannya. Tetapi, ini tidak seharusnya menjejaskan SPRM.

Tahun ini anggara bajet SPRM adalah RM324 juta. Tetapi, Kerajaan hanya memberi RM167.6 juta sahaja. Ia mencadangkan petrtambahan kakitangan 900 orang. Yang didapati hanya 76. Itupun dibuat dengan cara tukar-menukar sahaja.

Apa yang ketara adalah pegawai-pegawai kanan Independent Commission Against Corruption (ICAC) Hong Kong telah memberi syarahan kepada kakitangan SPRM yang hendak meniru ICAC dan lain-lain agensi. Nisbah kakitangan dan kes ICAC adalah 1:4, walhal MACC 1:12.

SPRM memerlukan kewangan yang lebih dan kakitangan yang cekap. Saya akan mengulangi seruan ini.

Dr Tan Seng Giaw