Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, July 31, 2018

Mesej pengganas

Mesej pengganas:
Para pengganas mahir mengguna dunia siber. Mereka membuat dan mengirim mesej untuk orang-orang yang mudah tertipu. Apakah langkah berkesan Malaysia untuk menghadapi mesej-mesej tersebut?

Labels:

ڤراوتوسن ڤڠݢانس

ميسيج ڤڠݢانس:
ڤارا ڤڠݢانس ماهير مڠݢون دنيا سيبر. مريك ممبوات دان مڠيريم ميسيج كڤد اورڠ-اورڠ يڠ موده ترڤڠاروه. اداكه لڠكه مليسيا بركسن اونتوق مڠهادڤي ميسيج-ميسيج يڠ برتوكر ترسبوت؟

Labels:

10,000 sekolah

10،000 sekolah Malaysia:
Air ada pasang surutnya. Suasana pun berubah di sekolah. Menteri menekankan cara-cara baru seperti untuk Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Teknologi. Murid, ibu-bapa dan guru minta tolong: tentukan arah yang dapat diikut dengan berkesan. Kementerian mesti mengenang pasang surutnya.

Labels:

10000 سكوله

10,000 سكوله مليسيا:
اير اد ڤاسڠ سوروتڽ. سواسان ڤون براوبه دسكوله. منتري منكنكن چارا-چارا بارو سڤرتي اونتوق بهاس اڠݢليس، ساءينس، ماتيماتيك دان تيكنولوݢي. موريد، ايبو-باڤ دان ݢورو مينتا تولوڠ: تنتوكن اره يڠ داڤت دايكوت دڠن بركسن. كمنتريان مستي مڠنڠ ڤاسڠ سوروتڽ.

Labels:

مليسيا دان ڤاسرن كريتا

مليسيا دان ڤاسرن كريتا:
تون محطير هندق مڠكاجي سمولا داسر اوتوموتيۏ ناسيونل ترماسوق ڤياوايءن دالم سكاتن ايمڤورت دان مليندوڠي ايندوستري. باݢايمان مليسيا داڤت مپسوايكن ديري دڠن ڤاسرن كريتا دنيا؟

Labels:

Universiti ambil pelajar

Universiti mengambil pelajar

Ramai pelajar lepasan sekolah menengah memohon untuk memasuki universiti awam. Pada tahun akademik 2018/2019, 3800 pelajar berjaya. Sistem pengambilan mestilah adil dan munasabah.

Labels:

اونيۏرسيتي، ڤڠمبيلن ڤلاجر

اونيۏرسيتي مڠمبيل ڤلاجر

راماي ڤلاجر لڤسن سكوله منڠه مموهون اونتوق مماسوقي اونيۏرسيتي عوان. سجومله 3،800 ڤلاجر برجاي اونتوق تاهون اكاديميك 2018/2018. سيستم ڤڠمبيلن مستي عاديل دان مناسبه.

Labels:

Monday, July 30, 2018

Dasar Automotif Nasional

Malaysia dan pasaran kereta:
Tun Mahathir hendak mengkaji semula Dasar Automotif Nasional termasuk piawaian dalam sekatan import dan melindungi industri. Bagaimana Malaysia dapat menyesuaikan diri dangan pasaran kereta dunia?

رقساس كيني

رقساس كيني ترديري درڤد ميديا سوسيال، اينترنيت، دنيا ماي دان كچردسن بواتن. اد يڠ باءيق. اد يڠ بوروق. ستڠه ڤڠاوسها منجادي ترسڠت كاي. ڤڠݢودم مڽرڠ. كوچر-كاچير. يڠ موده ترتيڤو ترڤداي. رقساس اين مڽوروڠ دڠن كجم.

Labels:

Raksasa kini

Raksasa kini terdiri daripada media sosial, internet, dunia maya dan kecerdasan buatan. Ada yang baik. Ada yang buruk. Setengah pengusaha menjadi tersangat kaya. Kanak-kanak ketagih permainan maya. Penggodam menyerang. Kucar-kacir. Yang mudah tertipu terpedaya. Raksasa ini menyorong dengan kejam.

Labels:

Kebakaran hutan

Trump terus memanggil media sebagai 'musuh rakyat'. Beliau sedang menghadapi kira-kira 80 kebakaran hutan besar-besaran di Amerika. Api Carr atau Api Taufan memusnahkan tanah hampir 95,000 ekar,  berpindah lebih-kurang 40,000 rakyat dan membunuh lebih enam orang di California. Adakah beliau menganggap perubahan iklim sebagai salah satu sebab bencana tersebut?

Labels:

Sunday, July 29, 2018

كباكرن هوتن

كباكرن هوتن
ترامڤ تروس ممڠݢيل ميديا سباݢاي 'موسوه رعيت'.  بليو مڠهادڤي كيرا-كيرا 80 كيس كباكرن هوتن بسر-بسرن داميريكا. اڤي كار اتاو اڤي تاوۏان، ساله ساتو درڤد لاڤن كيس، دكيليۏورنيا مموسنهكن همڤير 95،000 ايكر، برڤينده لبيه كورڠ 40،000 رعيت دان ممبونوه لبيه انم اورڠ. اداكه ترامڤ اڠݢڤ ڤروبهن اقليم سباݢاي ساله ساتو سبب بنچان ترسبوت؟

Labels:

Perbaikan sekolah Malaysia

Perbaikan sekolah Malaysia:
Kementerian Pendidikan Malaysia mengatakan bahawa bangunan 3000 sekolah dalam negara perlu diperbaiki. Sekolah-sekolah ini mendesak supaya peruntukan bagi perbaikan dipantau dengan berkesan dan hanya kontraktor yang mampu dilantik.

Labels:

ڤرباءيقن سكوله مليسيا

ڤرباءيقن سكوله مليسيا:
كمنتريان ڤنديديقن مليسيا مڠاتاكن باڠونن 3000 سكوله دالم نݢارا ڤرلو دڤرباءيقي. سكوله-سكوله اين مندسق سوڤاي ڤراونتوقن باݢي ڤرباءيقن دڤنتاو دڠن بركسن دان هاث كنتركتور يڠ ممڤو دلنتيق.

Labels:

Gempa bumi Lombok

Gempa Bumi Lombok:
Takziah kepada lebih 14 orang terkorban. Kita bersimpati dengan nasib para mangsa. Indonesia adalah disifatkan oleh ahli-ahli vulkanologi sebagai terletak dalam lingkaran api.

Labels:

ݢمڤا بومي لومبوق

ݢمڤا بومي لومبوق:
تعزيت كڤد كلوارݢ لبيه 14 اورڠ ترقربان. كيت برسيمڤاتي دڠن ناصيب ريبوان مڠسا. ايندونيسيا تله دصۏتكن اولي اهلي ۏولكانولوݢي سباݢاي ترلتق دالم ليڠكرن اڤي.

Labels:

Pantun, Hari Harimau Dunia.

Hari Harimau Dunia

Berapa harimau liar lagi di dunia? Adakah harimau Malaya kurang daripada 300 ekor?

Hutan bolehkan harimau menjelajah,
     Bumi perlukan alam persekitaran;
Hutan samakan harimau dimusnah,
     Bumi wajibkan  haram pembinasaan.

Labels:

ڤنتون، هاري هريمو دنيا

براڤ هريمو ليار ددنيا؟ اداكه هريمو ملايا كورڠ درڤد 300 ايكور؟

هاري هريمو دنيا

هوتن بوليهكن هريمو منجلاجه،
     بومي ڤرلوكن عالم ڤرسكيترن؛
هوتن ساماكن هريمو دموسنه،
     بومي واجبكن حرام ڤمبيناساءن.

Labels:

Hari Harimau Dunia

Hari ini Hari Harimau Dunia. Berapa harimau liar lagi di dunia? Adakah harimau Malaya kurang dari 300 ekor? Bagi setiap penceroboh dan pedagang haram yang ditahan, berapa lagi tidak dikesan? Adakah kerajaan-kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan sanggup mengguna lebih sumber dan usaha?

Labels:

هاري هريمو دنيا

هاري اين اداله هاري هريمو دنيا. اد براڤ هريمو ليار لاݢي ددنيا؟ اداكه بيلڠن هريمو ملايا كورڠ درڤد 300 ايكور؟ باݢي ستياڤ ڤنچروبوه دان ڤداݢڠ حرام يڠ دتاهن، براڤ لاݢي تيدق دكسن؟ اداكه كراجاءن-كراجاءن تمڤتن، نݢري دان ڤرسكوتوان سڠݢوڤ مڠݢون لبيه سومبر دان اوسها؟

Labels:

Saturday, July 28, 2018

كماتيان HFMD

كتوا ڤڠاره كصيحتن مليسيا سبوت تنتڠ ساءورڠ بودق للاكي برعمور دوا تاهون دساراوق كران دشكي جڠكيتن ۏيروس تاڠن، كاجي دان مولوت HFMD. دالم همڤير توجوه بولن اين، اد لبيه 36000 كيس ڤپاكيت اين دمليسيا. كيت مستي منمبه باءيق لڠكه منچݢه ڤپاكيت ترسبوت.

Labels:

Kematian HFMD

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebut tentang kematian seorang budak lelaki berumur dua tahun di Sarawak kerana disyaki jangkitan virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Dalam hampir tujuh bulan ini, ada lebih 36,000 kes penyakit ini di Malaysia. Kita mesti menambah baik langkah-langkah mencegah penyakit tersebut.

Labels:

Pantun, Bulan Kemerah-merahan

Bulan kecemerlangan pukau seluruh,
     Juga matahari ceria dan berkuasa;
Bulan kemerahan gerhana penuh,
     Semoga jadi dunia aman bahagia.

Labels: , ,

ڤنتون، بولن كميره-ميرهن

بولن كچمرلڠن ڤوكاو سلوروه،
     جوݢ ماتاهاري چريا دان بركواس؛
بولن كميره-ميرهن ݢرهان ڤنوه،
سموݢ جادي دنيا امن بهاݢيا.

Labels:

Bulan kemerah- merahan

Awal pagi ini, kita menyaksikan bulan kemerah-merahan, seperti matahari waktu senja. Gerhana penuh memukau. Semoga ia membawa keamanan dan kebahagiaan.

Labels:

بولن كميره-ميرهن

اول ڤاݢي اين، كيت مپقسيكن بولن كميره-ميرهن سڤرتي ماتاهاري وقتو سنجا. ڤمندڠن ݢرهان ڤنوه مموكاو. سموݢ اي ممباوا كاءمنن دان كبهاݢياءن.

Labels:

Friday, July 27, 2018

حال ڤكرجا اسيڠ

حال ڤكرجا اسيڠ سلالو رنچم. جك نيڤل تتڤ مڠحارم ورݢاڽ منجادي جاݢ دمليسيا، كاءداءن برسليرق. اين مستي داءتسي دڠن عاديل دان مناسبه.

Labels:

Hal pekerja asing

Hal pekerja asing selalu rencam.  Jika Nepal tetap mengharam warganya jadi jaga di Malaysia, keadaan berselerak. Masalah ini mesti diatasi dengan adil dan munasabah.

Labels:

ڤنتون، اوڠكيت باتو

مڠاوڠكيت باتو دبنچه: ملاكوكن ڤكرجاءن يڠ برت دان سوكر.

براڤ نݢري دمليسيا سڤرتي سابه، ساراوق دان تريڠݢانو مڠلواركن ميڽق. ڤركارا ڤوكوق رويالتي دبينچڠ. اداكه 20%؟ كراجاءن ڤرسكوتوان بلوم ممبوات كڤوتوسن.

مسءله حاصيل ميڽق نݢري،
     ممبڠكيت ايسو دسابه؛
مسءله تمڤيل باڽق رويالتي،
     مڠاوڠكيت باتو دبنچه.

Labels:

Thursday, July 26, 2018

اكتا كسالهن كسلامتن

اد ڤڠݢانس ددالم دان لوار مليسيا. دالم ليم تاهون اين، لبيه 800 اورڠ ڤرنه دتاهن دباوه اكتا كسالهن كسلاماتن (لڠكه-لڠكه خاس) 2012. ڤوليس هاروس ممستيكن هاڽ ڤڠݢانس دتڠكڤ.

Labels:

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Kangkah Khas) 2012 (SOSMA)

Ada pengganas di dalam dan luar Malaysia. Dalam lima tahun ini, lebih 800 orang pernah ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Polis harus memastikan hanya pengganas ditangkap.

Labels:

خازنه

كمستيان خازنه ناسيونل برحد مليسيا  اداله سوڠݢوه-سوڠݢوه منجاݢ نݢارا.

Labels:

Khazanah

Kemestian Khazanah Nasional Berhad Malaysia adalah sungguh-sungguh menjaga negara.

Wednesday, July 25, 2018

Penyakit kaki, tangan dan mulut

Sejak awal tahun ini, lebih 35,000 kanak-kanak di Malaysia mengidap penyakit kaki, tangan dan mulut: demam, ulser dalam mulut dan ruam di kaki dan tangan. Air liur dan najisnya ada virus yang berjangkit dengan sentuhan. Jabatan Kerajaan, sekolah dan ibu-bapa perlu bekerjasama. Wujud kebersihan. Pesakit mesti minum air. Basuhlah tangan dengan air mencuci atau sabun.

Labels:

ڤپاكيت كاكي، تاڠن دان مولوت دمليسيا

سجق اول تاهون اين، لبيه 35،000 كانق-كانق مڠيدڤ ڤپاكيت كاكي، تاڠن دان مولوت دمليسيا : دمم، اولسر دالم مولوت دان روام دكاكي دان تاڠن. اير ليور دان ناجيسڽ اد ۏيروس يڠ برجڠكيت دڠن سنتوهن. جابتن كراجاءن، سكوليه دان ايبو-باڤ ڤرلو بكرجاسام. وجود كبرسيهن. ڤساكيت مستي مينوم اير. باسوهله تاڠن دڠن اير منچوچي اتاو سابون.

Labels:

Air dan marikh

Siantis Eropah mengguna gelombang radio untuk menemui 'sekelompok air' di bawah muka bintang marikh. Ini perlu disahkan berapa kali.

Labels:

ماريخ دان اير

ساءينتيس ايروڤه مڠݢون ݢلومبڠ راديو اونتوق منموءي 'سكلومڤوق اير' 20 كيليميتر لواسڽ دباوه موك بينتڠ ماريخ. اين ڤرلو دصحكن براڤ كالي.

Labels:

Pantun, perkara pokok peka

Malaysia ada berbilang agama.
Perkara pokok peka.

Malaysia hadapi berapa agama,
     Perkara pokok mudah tersinggung;
Bersedia tangani perkara peka,
     Laksana tokok langkah teragung.

Labels:

Tuesday, July 24, 2018

Perkara peka

Ada perkara pokok agama dan kaum yang mudah tersinggung di Malaysia. Langkah-langkah berkesan termasuk undang-undang adalah penting untuk menangani perkara pokok yang peka ini.

Labels:

ڤركارا ڤيكا

اد ڤركارا ڤوكوق اݢام دان قوم يڠ موده ترسيڠݢوڠ دمليسيا. لڠكه-لڠكه بركسن ترماسوق اوندڠ-وندڠ اداله ڤنتيڠ اونتوق مناڠني ڤركارا ڤوكوق يڠ ڤيكا اين.

Labels:

Cuaca terlalu panas

Cuaca terlalu panas menimpa banyak negara seperti Algeria, Amerika, Australia, China, Greece, India, Jepun, Kanada, Rusia, Sweden dan United Kingdom. Kebakaran hutan memusnahkan. Inilah bencana.

Kejadian tersebut bukan perkara semula jadi sahaja. Perubahan iklim adalah penting.

Labels:

چواچ ترلالو ڤانس

چواچ ترلالو ڤانس منيمڤا باڽق نݢارا سڤرتي الجيريا، اميريكا، اوستراليا، چينا، اينديا، ايڠلند، يوناني، جڤون، كانادا، روسيا، سويدين. كباكرن هوتن مموسنه. اينله بنچان.

كجاديا ترسبوت بوكن ڤركارا سمولا جادي سهاج. ڤروبهن اقليم اداله ڤنتيڠ.

Labels:

Monday, July 23, 2018

Menteri Ekonomi Malaysia

Menteri Hak Ehwal Ekonomi Malaysia menjawab di Dewan Rakyat bahawa Dasar Ekonomi Baru dan Model Ekonomi Baru akan dikaji semula. Dasar ini membawa pelbagai kesan.

Rakyat perlu dasar ekonomi yang adil dan boleh dilaksanakan tanpa penyelewengan seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kelakuan merenggangkan jurang.

Labels:

منتري ايكونومي مليسيا

منتري ايكونومي مليسيا منجاوب دديون رعيت بهوا داسر ايكونومي بارو دان موديل ايكونيمي بارو اكن دكاجي سمولا. داسر ترسبوت ممباوا ڤلباݢاي كسن.

رعيت ڤرلو داسر ايكونومي يڠ عاديل دان داڤت دلوساناكن تمڤا ڤڽليويڠن سڤرتي راسواه، ڤڽالهݢوناءن كواس دان كلاكوان مرڠݢڠكن جورڠ.

Labels:

Satu jenis kuinin

Amerika Syarikat meluluskan satu jenis kuinin dos tunggal, Tefenoquine, untuk malaria berulang-ulang. Adalah dianggarkan bahawa lebih 8.5 juta orang di dunia mengidap penyakit seperti ini.

Kita mesti memantau penggunaan ubat tersebut.

Labels:

مالاريا دان ساتو جنيس كوءينين

اميريكا شريكت ملولوسكن ساتو جنيس كوءينين دوس توڠݢل، تيۏينوكوءين، اونتوق مالاريا براولڠ-اولڠ. اداله داڠݢركن لبيه 8.5 جوتا اورڠ ددنيا مڠيدڤ ڤپاكيت سڤرتي اين.

كيت مستي ممنتاو ڤڠݢوناءن اوبت ترسبوت.

Labels:

Sunday, July 22, 2018

Pantun, Lantikan kerana jasa

Lantikan Kerana Jasa.

Nikmati isi hebat terbilang,
     Rambutan kecantikan kerana baka;
Universiti jadi sangat cemerlang,
     Lantikan berteraskan kepada jasa.

Labels:

ڤنتون، ڤرلنتيقن برترسكن جاس

لنتيقن كران جاس

نعمتي ايسي هيبت تربيلڠ،
     رمبوتن كچنتيكن كران باك؛
اونيۏرسيتي جادي ساڠت چمرلڠ،
     لنتيقن برترسكن كڤد جاس.

Labels:

Perlantikan profesor

Bagaimana universiti-universiti yang terbaik di dunia melantikkan pentadbir dan profesor? Menteri Pendidikan Malaysia menyebutkan mengenai Gerak dan perlantikan pentadbir dan profesor di universiti-universiti di Malaysia.

Labels:

ڤرلنتيقن برترسكن جاس

باݢايمان اونيۏرسيتي-اونيۏرسيتي يڠ ترباءيق ددنيا ملنتيق ڤنتدبير دان ڤروۏيسور؟ منتري ڤنديديقن مليسيا مڽبوت مڠناءي ݢرقن اكيديميك مليسيا (Gerak) دان ڤرلنتيقن برترسكن كڤد جاس.

Labels:

راوتن كنسر

اد باڽق جنيس راوتن كنسر. كچردسن بواتن دݢوناكن اونتوق ڤپليديقن دان راوتن كنسر ترماسوق داتا ݢنيتيك. اين ممبنتو ڤساكيت.

Labels:

Rawatan kanser

Ada banyak jenis rawatan untuk kanser. Kecerdasan buatan digunakan untuk penyelidikan dan rawatannya termasuk data genetik.  Ini membantu pesakit.

Labels:

ايلقكن ڤرڠ

ڤرڠ اد باڽق بنتوق. ساله ساتوڽ ڤرڠ داݢڠ. ترامڤ بردݢيل مڠاداكن تاريۏ. داڤتكه دنيا ايلقكن ڤرڠ.

داڤتكه ڤرڠ دايلقكن؟

ترامڤ ڤڠݢيل راكن ضعيۏ،
     ايڠتكه سديا ڤوتركن بلالڠ؛
ترامڤ بردݢيل اداكن تاريۏ،
     داڤتكه دنيا ايلقكن ڤرڠ؟

Labels:

Saturday, July 21, 2018

Perang tak dapat dielakkan

Perang ada banyak bentuk. Salah satunya perang dagang. Trump berdegil mengadakan tarif. Dapatkah perang dielakkan?

Trump pangil rakan daif,
     Ingatkah sedia putarkan belakang;
Trump berdegil adakan tarif,
     Dapatkah dunia elakkan perang?

Labels:

Dasar Perumahan Baru

Kita berharap bahawa Dasar Perumahan Baru dapat mengatasi masalah pokok di Malaysia dan memudahkan semua pihak khasnya para pembeli.

Labels:

داسر ڤرومهن نݢارا بارو

كتت برهارڤ داسر ڤرومهن نݢارا بارو داڤت مڠاتاسي مسءله ڤوكوق دمليسيا دان ممودهكن سموا ڤيهق خاسڽ ڤارا ڤمبلي.

Labels:

Friday, July 20, 2018

Muzik, kesenian dan kesusasteraan

Di Malaysia, setiap Menteri Pendidikan baru mengenakan kegiatan baru. Sekarang, muzik, kesenian dan kesusasteraan dirancangkan. Kita berharap menteri dapat benar-benar membantu guru dan murid dengan rancangan ini.

Labels:

موزيك، كسنيان دان كسوساستراءن

دمليسيا، ستياڤ منتري ڤنديديقن بارو مڠناكن كݢياتن بارو. سكارڠ، موزيك، كسنيان دان كسوساستراءن درنچڠكن. كيت برهارڤ منتري داڤت بنر-بنر ممبنتو ݢورو دان موريد دڠن رنچڠن اين.

Labels:

Musik, kesenian dan kesusasteraan

Di Malaysia, setiap Menteri Pendidikan baru mengenakan kegiatan baru. Sekarang, muzik, kesenian dan kesusasteraan dirancangkan. Kita berharap menteri dapat benar-benar membantu guru dan murid dengan rancangan ini.

Labels:

Serangan siber di Singapura

Serangan siber di Singapura menjejaskan data 1.5 juta pesakit termasuk Lee Hsien Loong. Adakah cara untuk mencegah serangan seperti ini termasuk di Malaysia?

Labels:

سرڠن سيبر دسيڠاڤورا

سرڠن سيبر دسيڠاڤورا منججسكن داتا 1.5 جوتا ڤساكيت ترماسوق لي سيان لوڠ. اداكه چارا منچݢه سرڠن سڤرتي اين ترماسوق دمليسيا؟

Labels:

Thursday, July 19, 2018

Senaman

Laporan dari Sydney, Australia, menunjukkan senaman sederhana boleh membantu pesakit kanser. Ini munasabah.

Labels:

برسنم اونتوق ڤساكيت كنسر

لاڤورن دري سيدني، اوستراليا، منونجوقءن سنامن سدرهان بوليه ممبنتو ڤساكيت كنسر. اين مناسبه.

Labels:

دنيا سيبر

دنيا سيبر اداله روميت. ڤريسيق اميريكا ممڤرچايءي بهوا روسيا ݢون سيبر اونتوق ماسوق چمڤور دالم ڤيليهن راي ڤريسيدن اميريكا ڤد تاهون 2016. 11 اورڠ روسيا تله دهادڤکن كمحكامه. اداكه ڤڠݢون سيبر مليسيا ترليبت دڠن تيدق دسدري؟ اڤاكه چارا اونتوق ممستيكن كستابيلن دنيا سيبر؟

Labels:

Dunia siber

Dunia siber adalah rumit. Perisik Amerika mempercayai Rusia guna siber untuk masuk campur dalam pilihan raya presiden Amerika pada tahun 2016. 11 orang Rusia telah dihadapkan ke mahkamah. Adakah pengguna siber Malaysia terlibat dengan tidak disedari? Apakah cara untuk memastikan kestabilan dunia siber?

Labels:

Wednesday, July 18, 2018

12 budak dan jurulatih bolasepak

12 budak berumur 11 hingga 16 tahun dan jurulatih bolasepak yang diselamatkan dari Gua Tham Luang, Thailand, telah balik ke rumah. Dalam sidang akhbar antarabangsa, seorang yang berusia 11 tahun mencerita tentang cubaan menggalakkan rakan-rakan terus bertahan dan jangan putus asa dalam tempoh sembilan hari kelaparan. Jurulatih memelihara semangat mereka.

Labels:

12 بودق دان نورولاتيه

12 بودق برعمور11هيݢ 16 تاهون دان جورولاتيه بولاسيڤق يڠ دسلامتكن دري ݢوا طام لواڠ، ثاءيلند، تله باليق كرومه. دالم سيدڠ اخبر انتارابڠسا، ساءورڠ يڠ براوسيا 11 تاهون منچريتاكن تنتڠ چوباءن مڠݢالقءن راكن-راكنڽ تروس برتاهن دان جاڠن ڤوتوس اسا دالم تيمڤوه كلاڤرن سمبيلن هاري. جورولاتيه ممليهارا سماڠت مريك. 

Labels:

Google kena denda

Kesatuan Eropah mengenakan denda US$4.34 bilion ke atas Google yang mengguna sistem Android dalam telefon bimbit. Google membela diri. Adakah ia melanggar undang-undang anti-amanah? Sistem Android juga disukai ramai di Malaysia.

Labels:

Google ݢوݢل ددندا US$4.34 بيليون

كساتوان ايروڤه مڠناكن US$4.34 بيليون كاءتس ݢوݢل يڠ مڠݢون سيستم اندرويد دالم تيليۏون بيمبيت. ݢوݢل ممبيلا ديري. اداكه اي ملڠݢر اوندڠ-اوندڠ انتي-امانه؟ سيستم اندرويد جوݢ دسوكاي راماي دمليسيا.

Labels:

اوجيان داره باره بهاي كيليت

اد لاڤورن دري اوستراليا مڠناءي اوجياب داره اونتوق باره بهاي كوليت, ميلانوما. كيت ترڤقسا توڠݢو براڤ تاهون باݢي كاجيان يڠ بوليه دڤرچايءي.

Labels:

Ujian darah barah bahaya kulit

Ada laporan dari Australia mengenai ujian darah untuk barah bahaya kulit, melanoma. Kita terpaksa tunggu berapa tahun bagi kajian yang boleh dipercayai.

Labels:

12 بودق دان جورولاتيه

12 بودق دان جورولاتيه يڠ دسلامتكن دري ݢوا طام لواڠ اكن باليق كرومه. سلڤس ڤڠالامن ڤاهيت، كيت برهارڤ مريك اكن كمباكي ككهيدوڤن بياس.

Labels:

12 budak dan jurulatih

12 budak dan jurulatih bolasepak yang diselamatkan dari Gua Tham Luang akan balik rumah dari hospital. Selepas pengalaman pahit, kita berharap mereka akan kembali ke kehidupan biasa.

Labels:

Tuesday, July 17, 2018

Perpaduan

Semalam, Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong bertitah supaya hentikan ungkapan terhadap isu-isu sensitif antara kaum dan menyambut baik cadangan mewujud Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat. Semoga perpaduan terus wujud.

Labels:

ڤرڤادوان

سمالم، كباوه دوكي يڠ دڤرتوان اݢوڠ برتيته سوڤاي هنتيكن اوڠكيتن ترهادڤ ايسو-ايسو سنسيتيۏ انتارا قوم دان مڽمبوت باءيق چادڠن ماءوجودكن مجليس ڤرونديڠن كحرمونيان رعيت. سموݢ ڤرڤادوان تروس وجود.

Labels:

ڤرڤوترن

دوا هاري يڠ لڤس، ترامڤ مڠاوجركن بهوا روسيا تيدق منچمڤور تاڠن دالم ڤيليهن راي اميريكا ڤد تاهون 2016. هاري اين، بليو مڠاتاكن بهوا روسيا ڤرنه ماسوق چمڤور.

Labels:

Perputaran

Perputaran. Dua hari yang lepas, Trump megujar Rusia tidak mencampurtangan dalam pilihanraya Amerika pada 2016. Hari ini, beliau mengata Rusia pernah masuk campur.

Labels:

Monday, July 16, 2018

ڤيليهن دڠن سقسام

اورڠ يڠ اكن دجاديكن واكيل ددالم سسواتو ڤرتوبوهن هندقله دڤيليه دڠن سقسام.

ڤيليهن دڠن سقسام

كلوارݢ سنڠ دان سجهترا،
     ڤندڠ اورڠ مروسقءن هاتي سوڠݢوه؛
نݢارا تنڠ دان برجاي،
     ڤندڠ اورڠ دجاديكن ݢنتي توبوه.

Labels:

Terumbu karang Malaysia

Ada penyelam yang mengatakan bahawa terumbu karang di Malaysia terjejas, misalnya di sekitar pulau-pulau peranginan. Malaysia mestilah mengkaji kawasan terumbu karang yang rosak dan cara memulihnya.

Labels:

ترومبو كارڠ

اد ڤڽلم يڠ كات ترومبو كارڠ دڤرايرن مليسيا ميثلڽ دڤولاو-ڤولاو ڤراڠينن تله ترججس. مليسيا مستي مڠكاجي كلواسن ترومبو كارڠ يڠ سوده روسق دان چارا مموليهڽ.؟

Labels:

Trump and Putin Summit

Trump tunggu Putin selama kira-kira satu jam untuk sidang kemuncak dengan Putin yang sibuk dengan perkara selepas bolasepak Piala Dunia. Kedua-dua pemimpin setuju bahawa Rusia tidak mencampurtangan dengan pilihanraya Amerika. Adakah ini benar atau nampaknya benar?

Labels:

ترامڤ تمو ڤوتين

ترامڤ توڠݢو ڤوتين سلام كيرا-كيرا ساتو جم دهيلسينكي، ۏينلند، اونتوق برسيدڠ كمونچق دڠن ڤوتين. كدوا-دوا ڤميمڤين ستوجو بهوا روسيا تيدق منچمڤورتاڠن دڠن ڤيليهن راي اميريكا ڤد تاهون 2016. اداكه اين بنر اتاو نمڤقڽ بنر؟

Labels:

Putin dan Trump

Trump tunggu Putin selama kira-kira satu jam untuk sidang kemuncak dengan Putin yang sibuk dengan perkara selepas bolasepak Piala Dunia. Kedua-dua pemimpin setuju bahawa Rusia tidak mencampurtangan dengan pilihanraya Amerika. Adakah ini benar atau nampaknya benar?

Labels:

Sunday, July 15, 2018

ڤرتيكايءان تارف ترامڤ Pertikaian tarif Trump

Tarif Trump dan pembalasan dari pelbagai negara menjejaskan dunia termasuk Malaysia yang jadi sebahagian daripada rantaian bekalan.

تاريف ترامڤ دان ڤمبالسن درڤد ڤلباݢاي نݢارا منججسكن دنيا ترماسوق مليسيا يڠ جادي سبهاݢيان درڤد رنتايءان بكالن.

Labels:

تينيس ويمبلدون Tenis Wimbledon

جوكوۏيك 2:6، 2:6، 6:7 اندرزون

جوكوۏيك دري سربيا تله جادي جوارا
تينيس ويمبلدون امڤت كالي. ستله مموليه دري كچدراءن، بليو برعزام. اندرسون دري اۏريكا سلاتن براختيار براڤ تاهون. اخيرڽ بليو سمڤاي كڤرتنديڠن ڤريڠكت اخير، چوما لتيه دان جوكوۏيك بركاءداءن لبيه باءيق.

Jokovic 6:2, 6:2, 7:6 Anderson

Djokovic dari Serbia telah jadi juara tenis Wimbledon empat kali. Setelah memulih daripada kecederaan, beliau berazam. Anderson dari Afrika Selatan berikhtiar berapa tahun. Akhirnya beliau sampai ke pertandingan peringkat akhir, cuma letih dan Jokovic berkeadaan lebih baik.

Labels: , ,

Bolasepak Piala Dunia بولاسيڤق ڤيالا دنيا

Dengan sangat hebat Perancis meraih Piala Dunia setelah mengatasi Croatia yang berani. Presiden Macron tiba di Moscow untuk menyaksi tiga sepakan gol yang cantik.

دڠن ساڠت هيبت ڤرنچيس مراءيه ڤيالا دنيا ستله مڠاتاسي كروايا يڠ براني. ڤريسيدن ماكرون تيبا دموسكو اونتوق مپقسيكن تيݢ سيڤقن ݢول يڠ چنتيق.

Labels:

Saturday, July 14, 2018

تينيس ويمبلتون ڤريڠكت اخير Tenis Wimbledon peringkat akhir

Pemain veteran Serena Williams  (Amerika) lawan Angelique Kerber (Jerman). Ada yang beranggapan Serena akan menang. Tetapi, Kerber main dengan tekal, lalu muncul sebagai juara.

ڤماءين ۏيتران اميريكا، سرينا ويليامس، لاون انݢيليك كربر، جرمن. اد يڠ براڠݢڤن انݢيليك اكن منڠ. تتاڤي، انݢيليك ماءين دڠن تكل، لالو مونچول سباݢاي جوارا.

Labels:

Trump dan pembantah

Trump bermain golf di padang sendiri di Scotland dan terus berdepan dengan para pembantah. Beliau mengulangi hasrat untuk menanding semula jawatan presiden Amerika.

ترامڤ برماءين ݢوۏ دڤادڠ سنديري دسكوتلند دان تروس بردڤن دڠن ڤارا ڤمبنته. بليو مڠولڠي حسرتڽ اونتوق مننديڠ سمولا جاوتن ڤريسيدن اميريكا.

Labels:

Universiti swasta اونيۏرسيتي سواستا

Masalah benda palsu dan tulen mengelirukan. Baru-baru ini, China mengumumkan 392 universiti palsu di negara itu. Di Malaysia, media sosial senaraikan lebih 60 universiti swasta. Malaysia mestilah memastikan semua sekolah, kolej dan universiti adalah tulen dan standardnya tinggi.

مسءله بندا ڤلسو دان تولين مڠليروكن. بارو-بارو اين، چينا مڠصحكن 392 اونيۏرسيتي ڤلسو دچينا. دمليسيا، ميديا سيسيال مپنارايكن لبيه 60 اونيۏرسيتي سواستا. مليسيا مستيله ممستيكن سموا سكوله، كوليج دان اونيۏرسيتي اداله تولين دان برستاندارد تيڠݢي.

Labels:

12 budak dan jurulatih

12 budak dan jurulatih yang diselamatkan dari Gua Tham Luang akan keluar dari hospital pada 19.7.18. Mereka tidak boleh pergi ke Piala Dunia pertandingan peringkat akhir pada 15.7.18. Manchester United dan Barcelona masing-masing menjemput mereka.

Labels:

Friday, July 13, 2018

Banjir di Jepun بنجير دجڤون

Perubahan iklim mengakibatkan kacau-bilau. Sekarang, lebih 200 mangsa terkorban dan kira-kira dua juta orang terjejas kerana banjir besar di Jepun.

ڤروبهن اقليم مڠعقيبتكن كاچاو-بيلاو. سكارڠ، لبيه 200 مڠسا ترقربان دان كيرا-كيرا دوا جوتا اورڠ ترججس كران بنجير بسر دجڤون.

Labels:

Thursday, July 12, 2018

تينيس ويمبلتون، سڤاروه اخير Tenis Wimbledon, separuh akhir

سلڤس ملاهيركن انق دان بريحت 18 بولن سيرينا مونچول ڤد ڤريڠكت اخير كالي يڠ 10. اين منونجوقءن كعزمان دان كوميتمينڽ.

Selepas melahirkan anak dan berehat 18 bulan, Serena muncul pada peringkat akhir kali  yang ke-10. Ini menunjukkan keazaman dan komitmennya.

Labels:

ڤرڠ تاريۏ Perang tarif

ڤرڠ تاريۏ ترامڤ برتروسن. باڽق نݢارا ترماسوق مليسيا ترججس. چينا، اينديا, كانادا، كساتوان ايروڤه دان ميكسيكو ممبالس. سوهو ڤاسرن ناءيق تورون سڤرتي دمم.

Perang tarif Trump berterusan. Banyak negara termasuk Malaysia terjejas. China, India, Kanada, Kesatuan Eropah dan Mexico membalas. Suhu pasaran naik turun seperti demam.

Labels:

Wednesday, July 11, 2018

Pesta bolasepak ڤيستا بولاسيڤق

ڤيستا بولاسيڤق ڤيالا دنيا منيمبولكن ڤلباݢاي كݢياتن. سلاين ڤارا ڤمينت سيبوق مليهت ڤرلاونن، ڤرجوديان دان ڤرتاروهن وجود.

Pesta bolasepak Piala Dunia menimbulkan pelbagai kegiatan. Selain para peminat sibuk melihat perlawanan, perjudian dan pertaruhan wujud.

Labels:

Pantun, Lepas Putih

Lepas putih hitam tak dapat: apa yang diharapkan tidak dapat, sedangkan yang ada pula hilang.

Lepas Putih

Semua harga lepas nak dikurang,
     Jelas terpilih silam hak hebat;
Semua benda lepas nak dibuang,
     Lepas putih hitam tak dapat.

لڤس ڤوتيه هيتم تق داڤت: اڤ يڠ دهارڤكن تيدق داڤت، سدڠكن يڠ اد ڤولا هيلڠ.

لڤس ڤوتيه

سموا هرݢ لڤس نق دكورڠ،
     جلس ترڤيليه سيلم هاق هيبت؛
سموا بندا لڤس نق دبواڠ،
     لڤس ڤوتيه هيتم تق داڤت.

Labels:

بولاسيڤق ڤيالا دنيا، سڤاروه اخير Bolasepak Piala Dunia, Separuh Akhir

ايڠلند چوبا دڠن برسوڠݢوه-سوڠݢوه. تتاڤي كرواتيا تكل دان براوليه ݢول كمنڠن دالم ماس تمبهن. سبواه نݢارا دڠن بيلڠن ڤندودوق امڤت كرواتيا داڤت ماجو كڤريڠكت اخير.

England cuba dengan bersungguh-sungguh. Tetapi, Croatia tekal dan beroleh gol kemenangan dalam masa tambahan. Sebuah negara dengan bilangan penduduk empat juta dapat maju ke peringkat akhir.

Labels:

Piala Dunia Peringkat Akhir

Persekutuan Kesatuan-Kesatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjemput 12 budak dan jurulatih bolasepaknya untuk menghadiri perlawanan akhir Piala Dunia di Moscow pada 15.7.2018. Selepas diselamatkan dari Gua Tham Luang, Chiang Rai, Thailand, mereka berada di hospital sekurang-kurangnya tujuh hari.

Labels:

Pantun, Ungkit Batu ڤنتون اوڠݢوت باتو

Berapa negeri Malaysia seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu mengeluarkan minyak. Perkara pokok royalti dibincang. Kerajaan Persekutuan belum membuat keputusan.

Mengungkit batu di bencah: melakukan pekerjaan yang berat dan sukar.

Ungkit Batu

Masalah hasil minyak negeri,
     Membangkit isu di Sabah;
Masalah tampil banyak royalti,
     Mengungkit batu di bencah.

Labels:

Tuesday, July 10, 2018

Piala Dunia, Separuh-Akhir ڤيالا دنيا سڤاروه-اخير

Kedua pasukan mempunyai para pemain yang terkemuka. Harapan bagi mereka menjaring banyak gol tidak terlaksana. Pengalaman Perancis membawa pasukannya kepada peringkat akhir.

كدوا ڤاسوقن ممڤوڽاءي ڤارا ڤماءين يڠ تركموك. هارڤن باݢي مريك منجاريڠ باڽق ݢول تيدق ترلقسان. ڤڠالامن ڤرنچيس ممباوا ڤاسوقنڽ كڤد ڤريڠكت اخير.

Labels:

Gua Tham Luang

Dalam sembilan hari, seramai 13 orang tidak ada makanan, hanya titisan air. Mereka mengguna zat makanan dan lemak yang tersimpan dalam badannya. Mereka perlu kawalan perubatan, sambil dipastikan tidak ada jangkitan kuman.

دالم سمبيلن هاري، 13 اورڠ تيدق اد ماكنن، هاڽ تيتيسن اير. مريك مڠݢون زاي ماكنن دان لمق يڠ ترسيمڤن دالم بادن. سلڤس دسلامتكن مريك ڤرلو كاولن ڤراوبتن، سمبيك دڤستيكن تيدق اد جڠكيتن كومن.

Labels:

Gua Tham Luang

Dalam sembilan hari, seramai 13 orang tidak ada makanan, hanya titisan air. Mereka mengguna zat makanan dan lemak yang tersimpan dalam badannya. Mereka perlu kawalan perubatan, sambil dipastikan tidak ada jangkitan kuman.

دالم سمبيلن هاري، 13 اورڠ تيدق اد ماكنن، هاڽ تيتيسن اير. مريك مڠݢون زاي ماكنن دان لمق يڠ ترسيمڤن دالم بادن. سلڤس دسلامتكن مريك ڤرلو كاولن ڤراوبتن، سمبيك دڤستيكن تيدق اد جڠكيتن كومن.

Labels:

Pantun, Pilih Dengan Saksama

Orang yang akan dijadikan wakil di dalam sesuatu perkara hendak dipilih dengan saksama.

Pilihan Dengan Saksama

Keluarga senang dan sejahtera,
     Pandang orang merosakkan hati sungguh;
Negara tenang dan berjaya,
     Pandang orang dijadikan ganti tubuh.

Labels:

Monday, July 09, 2018

چالو مهكامه اݢوڠ Calon mahkamah agung

ترامڤ منچلونكن بريت كاۏانوه سباݢاي حاكين مهكامه اݢوڠ اميريكا شريكت اونتوق مڠݢنتي انتوني كينيدي يڠ برسارا. مريك منݢسكن كدولتن اوندڠ-اوندڠ دان كبيبسن كحاكيمن. تون محطير سبوت يڠ سروڤا.

Trump mencalonkan Brett Kavanaugh sebagai hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk menggantikan Anthony Kennedy yang bersara. Mereka menegaskan kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman. Tun Mahathir sebut yang serupa.

Labels:

ڤپلاماتن ݢوا اوتارا ثاءيلندPenyelamat gua Utara Thailand

لاڤن بودق تله دسلامتکن. ڤڽلم يڠ ڤاكر ڤرلو ڤرسياڤن يڠ چوكوڤ اونتوق ممباوا باكي ليم اورڠ دري ݢوا يڠ بهاي ايت.

Lapan budak telah diselamatkan. Penyelam yang pakar perlu persiapan yang cukup untuk membawa baki lima orang dari gua yang bahaya itu.

Labels:

Sunday, July 08, 2018

Bolasepak Piala Dunia بولاسيڤق ڤيالا دنيا

Bolasepak membawa kegembiraan atau kesedihan. Pasukan Rusia bermain dengan bagus dan mara ke peringkat suku akhir. Kali ini, Croatia bernasib baik dan maju ke peringkat separuh akhir.

بولاسيڤق ممباوا كݢمبيراءن اتاو كسديهن. ڤاسوقن روسيا برماءين دڠن باݢوس دان مارا كڤريڠكت سوكو اخير. كالي اين، كرواتيا برنصيب باءيق دان ماجو كڤريڠكت سڤاروه اخير.

Labels:

Penyelamatan gua

90 penyelam bekerja sama untuk membawa empat budak keluar dari gua itu. Kerja diteruskan.

Sebelum dijumpai, 12 budak berada dalam kegelapan, hanya minum titisan air dari stalaktit (tiang batukapur) tanpa makanan. Dalam sembilan hari, jurulatih bolasepaknya menopang semangat mereka. Sungguh mengagumkan.

90 ڤڽلم بركرجا سام مڠلواركن امڤت بودق دري ݢوا. كرجا دتروسكن.

سبلوم دجومڤاءي، 12 بودق براد دالم كݢلڤن، هاڽ مينوم تيتيسن اير دري ستيليكتيت (تياڠ باتوكاڤور) تنڤا ماكنن. دالم سمبيلن هاري، جورولاتيه بولاسيڤقڽ منوڤڠ سماڠت مريك. سوڠݢوه مڠاݢومكن.

Labels:

Tugas penyelamat gua Utara Thailandتوݢس ڤپلامت ݢوا اوتارا ثاءيلند

Pasukan penyelamat membekal oksigen kepada 12 budak dan jurulatihnya. Pihaknya membuat persiapan untuk membawa mereka keluar dari gua itu. Ada risiko.

ڤاسوقن ڤپلامت ممبكل اوكسيݢين كڤد 13 بودق دان جورولاتيهڽ. ڤيهقڽ ممبوات ڤرسياڤن اونتوق ممباوا مريك كلوار دري ݢوا ايت. اد ريسيكو.

Labels:

Demokrasi berparlimen stabil ديموكراسي برڤرليمن ستابيل

Setengah orang menanya bagaimana menjadikan demokrasi berparlimen Malaysia stabil. Selain penukaran kerajaan secara aman, pemisahan kuasa dan kedaulatan undang-undang, adalah perlu mengamalkan nilai-nilai seperti benar-benar bersih dan penerimaan pertentangan pendapat.

ستڠه اورڠ مناڽ باݢايمان منجاديكن ديموكراسي برڤرليمن مليسيا ستابيل. سلاءين ڤنوكرن كراجاءن سچارا امن، ڤميسهن كواس دان كدولتن اوندڠ-اوندڠ، اداله ڤرلو مڠعملكن نيلاي سڤرتي بنر-بنر برسيه دان ڤنريماءن ڤرتنتڠن ڤنداڤت.

Labels:

Saturday, July 07, 2018

Bolasepak Piala Dunia

At the quarter-final stage, England 2:0 Sweden. For the first time in 28 years England overcame Sweden to go into the semi-final. She has had favourable fixtures and luck. She is winning.

Labels:

Pantun, Lagak Padang

Cakap besar tetapi tidak bererti.

Legak Padang

Ribut semantan badai petang,
     Tegak bincang renong berisi;
Rebut jawatan pandai menang,
     Legak Padang omong Betawi.

چاكڤ بسر تتاڤي تيدق برارتي.

لݢق ڤادڠ

ريبوت سمنتن باداي ڤتڠ،
     تݢق بينچڠ رنوڠ برايسي؛
ربوت جاوتن ڤنداي منڠ،
     لݢق ڤادڠ اوموڠ بتاوي.



Labels:

Omong Brazil اوموڠ برازيل

Ada yang beromong Brazil akan menang Piala Dunia 2018. Persembahan Brazil menarik. Tetapi, dalam perlawanan dengan Belgium semalam, nasib dan kecergasannya kurang.

اد يڠ براوموڠ بهوا برازيل اكن منڠ ڤيالا دنيا 2018. ڤرسمبهن برازيل مناريق. تتاڤي، دالم ڤرلاونن دڠن بيلݢيوم سمالم نصيب دان كچرݢسنڽ كورڠ.

Labels:

Friday, July 06, 2018

بولاسيڤق ڤيالا دنيا، سوكو اخير Bolasepak Piala Dunia suku akhir

برازيل برسمبه دان برنصيب كورڠ سديكيت دڠن ݢول سنديري. بيلݢيوم تݢڤ،لالو ماجو كڤريڠكت سڤاروه اخير. بولا ايت بولت.

Brazil bersembah dan bernasib kurang sedikit dengan gol sendiri. Belgium tegap, lalu maju ke peringkat separuh akhir. Bola itu bulat.

Labels:

بولاسيڤق ڤيالا دنيا Bolasepak Piala Dunia

كدوا ڤاسوقن اد تراديسي. ڤرنچيس ماءين لبيه سديكيت دان برنصيب باءيق: ݢول دري ۏارين دن ݢريزمين. ڤرنچيس مارا كسڤاروه اخير.

Kedua pasukan ada tradisi. Perancis bermain dengan lebih sedikit dan bernasib baik: gol dari Varane dan juga Griezmann. Perancis mara ke separuh akhir.

Labels:

هوتن مليسيا Hutan Malaysia

لبيه 10 هيكتر هوتن دنيا هيلڠ ستياڤ ساءت. كيت برهارڤ منتري عالم سكيتر داڤت مڠسهكن كلواسن كاوسن هوتن مليسيا.

Lebih 10 hektar hutan dunia hilang setiap saat. Kita berharap Menteri Alam Sekitar dapat mengesahkan keluasan kawasan hutan Malaysia.

Labels:

Thursday, July 05, 2018

Tugas penyelamat gua Utara Thailand توݢس ڤپلامت ݢوا

Ini musim hujan. Ratusan ribu liter air dipam dari gua setiap hari. Fibre-optic dipasangkan. Bolehkah 12 budak dan jurulatih guna tweet empat kilometer dari permukaan?

اين موسيم هوجن. راتوسن ريبو ليتر اير دڤام دري ݢوا ستياڤ هاري. واير ڤيبر-اوڤتيك دڤاسڠ. بوليهكه 12 بودق دان جورولاتيهڽ ݢون تويت امڤت كيلوميتر دري ڤرموكاءن؟

Pantun,Tepuk Tangan Sebelah

Media sosial ada baik dan buruk. Misalnya, berita palsu termasuk cela-mencela.

Tepuk Tangan Sebelah

Orang dihina berasa sangat marah,
     Sibuk tahan maruah, takkan sunyi;
Serang cela media hangat darah,
     Tepuk tangan sebelah, takkan berbunyi.

ميديا سوسيال اد باءيق دان بوروق. ميثلڽ، بريتا ڤلسو ترماسوق چلا-منچلا.

تڤوق تاڠن سبله

اورڠ دهينا براسا ساڠت ماره،
     سيبوق تاهن مارواه، تقءن سوڽي؛
سرڠ چلا ميديا هاڠت داره،
     تڤوق تاڠن سبله تقءن بربوڽي.ْ

社交网络有好也有坏。例如,有人谩骂,胡说八道。

置之不理

被侮辱觉得生气,
     维护尊严忙驳斥;
血压高谩骂肆意,
     置之不理是上策。

Social media is good and bad. For example,fake news including insults.

It takes two to quarrel

When insulted a person is furious,
     Busy rebuttals as dignity is worth defending ;
The blood boils as media attacks are serious,
    Needing two persons to keep quarreling.

    

Labels:

Wednesday, July 04, 2018

توݢس ڤپلامت ݢوا اوتارا ثاءيلند

12 بودق دان جورولاتيهڽ دالم ݢوا بسر اوتارا ثاءيلند سوده اد ماكنن برتناݢ تيڠݢي دان جوݢ دوقتور اونتووق منچݢه جڠكيتن كومن سڤرتي ڤڽكيت كينچيڠ تيكوس.

12 budak dan jurulatihnya dalam his besar Utara Thailand sudah ada makanan bertenaga tinggi dan juga doktor untuk mencegah jangkitan kuman seperti penyakit kencing tikus.

Labels:

Tarik pelacong تاريق ڤلنچوڠ

Nampaknya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya meneruskan usaha untuk menarik pelacong China. Sebenarnya, para pelancong suka suasana termasuk kemudahan yang baik.

ممڤوڽاءي، كمنتريان ڤلنچوڠن، سني دان بوداي منروسكن اوسها اونتوق مناريق ڤلنچوڠ چينا. سبنرڽ، ڤارا ڤلنچوڠ سوك سواسان ترماسوق كمودهن يڠ باءيق.

Labels:

Pantun,Kehuru-haraan

Kegiatan yang sia-sia mendatangkan kerugian.

Kehuru-haraan

Urus keadaan dengan cekap,
     Sopan manis, jalan hak cepat;
Cetus huru-haraan dengan hendap,
     Umpan habis, ikan tak dapat.

كݢياتن يڠ سيا-سيا منججسكن كدودوقن نݢارا.

كهورو-هاراءن

اوروس كاءداءن دڠن چكڤ،
     سوڤن مانيس، جالن حاق چڤت؛
چتوس هورو-هارا دڠن هندڤ،
     اومڤن هابيس، ايكن تق داڤت.

社会混乱

情势有效得处理,
     有条理实事速迅:
触发混乱暗地里,
     徒劳无功而遭损。

Disturbances

Manage the situation effectively,
     With nice, frank and fast outcome;
     Spark off disturbances covertly,
     With fruitless and awful harm.
    

Labels:

بولاسيڤق ڤيالا دنيا 3.7.2018

ڤريستاسي سويدين اداله لبيه سديكيت بربنديڠ دڠن سويتزيرلند. اي همڤير منداڤت ساتو ݢول لاݢي. ڤرلاونن سويدين دڠن ايڠلند ساڠت مناريق.

Labels:

توݢس ڤپلامت ݢوا اوتارا ثاءيلند Tugas penyelamat gua Utara Thailand

توݢس ڤپلامت ݢوا اوتارا ثاءيلند: 12 بودق دان جورولاتيه بولاسيڤقڽ مينوم اير دري تيتيسن ستالاكتيت (تياڠ باتوكاڤور) ݢوا بسر اونتوق سلام سمبيلن هاري. سكارڠ مريك تله دبكلكن ماكانن دان اوبتن.

Tugas penyelamat gua, Utara Thailand: 12 budak dan jurulatih bolasepaknya minum titisan air dari stalaktit (tiang batukapur) selama sembilan hari. Sekarang, mereka telah dbekalkan makanan dan ubatan.

Labels:

Tuesday, July 03, 2018

Berita palsu terus timbul

Berita palsu terus timbul daripada pelbagai jenis orang. Apakah tindakan ke atas mereka? Pergaduhan memerlukan dua orang.

Labels:

بولاسيڤق ڤيالا دنيا 3.7.2018

اين اداله ڤرلاونن برڤانس بارن. كدوا ڤاسوقن برسري. ايڠلند تيدق ڤرنه منڠ دالم سيڤقن ڤينلتي ڤيالا دنيا. كالي اين، اي مڠاتسي موسيبتڽ، لالو مارا كڤريڠكت سوكو اخير. 

Ini adalah perlawanan berpanas baran. Kedua pasukan berseri. England tidak pernah menang dalam sepakan penalti Piala Dunia. Kali ini ia mengatasi musibatnya, lalu mara ke peringkat suku akhir.

Labels:

ڤيالا دنيا 2.7.18 Piala Dunia

جڤون ماءين دڠن كبرانيان. تتاڤي، ڤارا ڤماءين بيلݢيوم يڠ ترنام مڠوبه كاءداءن دان مارا كسوكو اخير.
Jepun main dengan keberanian. Tetapi, para pemain Belgium yang bernama mengubah keadaan dan mara ke suku akhir.

Labels:

بڠك دان بورسا Bank dan bursa

سيكتور بڠك برهاتي-هاتي دان بورسا ساهم ݢوݢوڤ. اينديكس كومڤوسيت 1677.91 (1896.03ڤد اڤريل 2018). اداكه سبب يڠ اكن منداتڠكن لبيه كروݢيان لاݢي؟
Sektor bank berhati-hati dan bursa saham gugup. Indeks komposit 1677.91 (1896.03 pada April 2018). Adakah sebab yang akan mendatangkan lebih kerugian lagi?

Labels: