Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, July 30, 2014

Nahas MH17 : Sekatan baru Amerika dan Eropah terhadap Rusia

Nahas MH17 : Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mengenakan sekatan baru terhadap Rusia untuk menjejaskan ekonominya. Bolehkah langkah ini membantu mencari dan membawa pulang baki jasad mangsa dari kawasan bencana Timur Ukraine?

Jerebu bertahun - tahun

Jerebu adalah masalah bertahun - tahun kerana cuaca panas dan kebakaran hutan di Indonesia dan Malaysia seperti lebih 400 titik panas di Indonesia. Adakah ia akan berterusan sehingga September?

Tuesday, July 29, 2014

Nahas MH17 : Risiko penerbangan di angkasa zon perang

Nahas MH17 : Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa ( ICAO ) sedang menimbang risiko penerbangan di angkasa zon perang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib melawat Belanda untuk membincang masalah jasad mangsa dengan Perdana Menterinya. Tetapi, pasukan antarabangsa tidak boleh menjalankan penyiasatan di kawasan kejadian Timur Ukraine.

Monday, July 28, 2014

PSukan Komanwel: Pasukan badminton Malaysia cemerlang

Sukan Komanwel Glasgow: Pasukan badminton campuran ( lelaki dan perempuan ) Malaysia menunjukkan semangat pasukan yang kuat dan tabah sehingga memenangi pingat emas. Ia menjadi juara  berturut - turut. Ini adalah kali yang ketiga.

Nahas MH17:Layan jasad mangsa dengan maruah

Nahas MH17: Pasukan siasatan tidak boleh masuk ke kawasan kejadian kerana pertempuran. Persetujuan gencatan senjata? Kita perlu mencari baki jasad mangsa dan membawa keluar dari kawasan perang dengan maruah.

Nahas MH17:UN guarantees security for MH17 investigation?

Nahas MH17: Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB), sejak April 2014 pertempuran di Timur Ukraine menyebabkan lebih 1100 kematian dan 3400 kecederaan. Menteri Luar Rusia mahu keselamatan penyiasatan tragedi MH17 dijamin oleh PBB. 

Sunday, July 27, 2014

Nahas MH17: Di dalam zon perang.

Nahas MH17: Kerajaan Kiev sedang menempor dengan puak pemisah untuk menghalau dari kawasan kejadian di Timur Ukraine. Bagaimana pasukan - pasukan polis dan siasatan antarabangsa berfungsi?

Nahas MH17: Malaysia hantar 68 ahli polis.

Nahas MH17: Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengatakan bahawa Malaysia mencapai persetujuan lagi dengan puak pemisah untuk memberi laluan selamat kepada pasukan polis antarabangsa ke kawasan bencana di Timur Ukraine. 68 anggota polis Malaysia akan menyertai pasukan itu. Australia, Belanda dan Malaysia adalah negara - negara utama. Adakah persetujuan ini akan dipatuhi?

Saturday, July 26, 2014

Nahas MH17 : Pasukan Australia Bersifat Bukan Ancaman

Nahas MH17 : Perdana Menteri Australia Abbott akan menghantar pasukan yang bersifat bukan ancaman (190 ahli polis dan pakar) kepada kawasan kejadian di Timur Ukraine, untuk membantu mencari mayat mangsa yang masih berada di situ serta menolong kerja siasatan. Apakah langkah lanjut Perdana Menteri Datuk Seri Najib?

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

' Insinerator'Beringin: perbezaan antara Jepun dengan Malaysia

' Insinerator'Beringin: Ada perbezaan di antara Jepun dengan Malaysia: Jepun beriklim sederhana. Ia membuat insinerator. Ia mengasingkan sampah. Ia mengurus dan menyelenggara dengan berkesan. Sebaliknya, Malaysia adalah negara tropika. Ia tidak membuat insinerator. Ia tidak mengasingkan sampah. Pengurusan dan penyelenggaraan Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Jepun.

Friday, July 25, 2014

Nahas MH17 : Misi polis antarabangsa?

Nahas MH17: Australia  menghantar lebih 100 polis dan tentera ke London dengan tujuan untuk memergi ke Donetsk, Ukraine. Belanda mahu membawa 40. Malaysia belum membuat keputusan.
     Adakah Australia, Belanda dan Ukraine bersetuju untuk mengadakan misi polis antarabangsa di tempat kejadian Timur Ukraine? Ini mestilah diluluskan oleh parlimen; perdana menteri sudah letak jawatan.

Nahas MH17 : Australia hantar 100 polis. Malaysia 45?

Nahas MH17 : Lapan hari selepas bencana di Timur Ukraine, kawasan kejadian tidak dijaga. Australia hendak menghantar 100 polis. Belanda 40. Adakah Malaysia akan menempatkan 45 polis di kawasan tersebut?

Wednesday, July 23, 2014

Nahas MH17:Rawatan Dan Pencarian Mayat

Nahas MH17: Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi Australia yang mengandungi 'rawatan dan pencarian mayat dengan profesional, bermaruah dan penghormatan. Semua pihak mestilah memastikan kawasan bencana 35 kilometer persegi di Timur Ukraine adalah selamat dan tidak dicemari.

Tuesday, July 22, 2014

Nahas MH17:usul tergempar dan halangan di kawasan perang

Nahas MH17: Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencadangkan usul tergempar di Dewan Rakyat untuk menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga 298 mangsa, mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan menembak jatuh pesawat, menubuhkan badan bebas antarabangsa bagi menyiasat secara menyeluruh punca bencana serta membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
       Timur Ukraine adalah kawasan perang yang penuh dengan halangan. Kita mestilah bekerja dengan sedaya upaya untuk mengatasi rintangan.

Nahas MH17:sahkan bilangan mayat yang dibawa ke Amsterdam

Nahas MH17: Ketua pasukan penyiasatan Belanda Jan Tuinder mengatakan bahawa bilangan mayat mangsa yang diangkut ke Kharkiv, Ukraine, adakah hanya 200, bukan 298. Kita mestilah mengesahkan sama ada ini benar.

Nahas MH17 mayat dibawa ke Amsterdam.

Nahas MH17: Kapal terbang tentera Holland membawa 282 mayat & 87 serpihan ( 16 mangsa lagi ) dari Bandaraya Kharkiv, Ukraine, ke Amsterdam.Para pakar antarabangsa seperti dari Holland, Australia, dan Malaysia akan mengenalpasti identiti mayat.

Nahas MH17: Mayat dan identiti DNA

Nahas MH17: Setelah menyerahkan kotak hitam kepada wakil Malaysia,  puak penentangan Ukraine membawa oleh keretapi mayat mangsa pesawat ditembak jatuh dari Timur Ukraine ke bandar Kharkiv. Keretapi itu mempunyai peti-peti sejuk. Di manakah pasukan pakar negara akan menjalankan ujian DNA untuk mengenalpasti identiti mangsanya?

Monday, July 21, 2014

Nahas MH17:Resolusi PBB

Nahas MH17 : Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB) mengundi usul Australia dan resolusinya adalah untuk menyiasat sepenuhnya bencana yang mengorbankan 298 nyawa. Dengan kotak hitam yang di serahkan kepada pihak Malaysia, laluan terjamin ke tempat kejadian dan kerjasama semua pihak, kita berharap dapat mengenalpastikan orang yang melancarkan peluru berpandu SA11 yang menghancurkan pesawat MH17.

Nahas MH17:Holland mengetuai siasatan?

Nahas MH17:  Jumlah 298 orang adalah mangsa bencana MH17 dan 189 daripadanya ialah warga Holland. Kiev mengatakan bahawa Holland mengetuai pasukan siasatan; pakar forensiknya berada di kawasan kejadian dengan luasnya 34 kilometre per segi. Laluan tanpa halangan adalah sangat penting.

Sunday, July 20, 2014

Nahas MH17:tunggu tindakan

Nahas MH17: Kita menunggu lebih tiga hari untuk mendapat laluan bagi pasukan siasatan ke kawasan bencana di Timur Ukraine, kajian menyeluruh, mayat dibawa pulang, kotak hitam dan jenayah dihadap ke mahkamah.

Bawa balik mayat mangsa bencana MH17

Nahas MH17: Mayat penumpang pesawat yang telah ditembak jatuh di Timur Ukraine, seperti 44 orang Malaysia, mestilah dibawa balik dengan secepat mungkin.

Pangsapuri: kekurangan kelengkapan bomba

Hari ini, Dr Tan Seng Giaw dengan ahli - ahli DAP dan para penduduk melihat masalah kekurangan kelengkapan bomba dan lif kecemasan tidak berfungsi di Taman Mutiara Fadason, Jinjang Utara. Masalah ini berlaku di setengah-setengah pangsapuri di Malaysia.
     Dr Tan akan membangkit masalah ini sekali lagi di parlimen. Bilakah langkah penyelesaian yang berkesan boleh dikuatkuasakan? .

Di mana kotak hitam MH17?

Nahas MH17: Setelah pesawat itu ditembak jatuh di Timur Ukraine, di mana kotak hitamnya? Semua pihak mestilah memastikan kotak isyarat ini ditemui.

Nahas MH17: masuk ke kawasan bencana sepenuhnya

Nahas MH17:lebih dua hari selepas pesawat itu ditembak jatuh di Timur Ukraine, terdapat aduan mengenai hal penyiasat tidak boleh masuk ke kawasan kejadian dengan sepenuhnya. Semua pihak mestilah memastikan pasukan siasatan boleh masuk ke tempat bencana tanpa halangan.

Saturday, July 19, 2014

Pelihara bukti di kawasan nahas MH17

Nahas MH17: Dari Moscow ke kawasan nahas MH17 di Timur Ukraine, perjalanan boleh mengambil 24 jam. Kawasan itu adalah kira - kira 10 km per segi. Semua pihak mestilah memelihara bukti di tempat bencana.

Friday, July 18, 2014

Jalan masuk ke kawasan bencana MH17 di Timur Ukraine

Nahas MH17: Pasukan siasatan antarabangsa yang bebas mestilah diberi jalan masuk dan peluang untuk menyiasat di kawasan malapetaka MH17 di Timur Ukraine. Ia haruslah mencari punca tragedi ini.

Profesionalisme untuk menangani nahas MH17

Nahas MH17: Kerajaan Malaysia mestilah diperlihatkan menunjukkan profesionalisme dalam usaha untuk menangani malapetaka ini dan menyampaikan simpati dan bantuan sebagai keutamaan kepada keluarga 295 mangsa.

Thursday, July 17, 2014

Nahas MH17: pasukan siasatan antarabangsa.

Nahas MH17: Malang tak berbau. Pada 8 Julai, 2014, MH370 hilang ghaib. Pada 18 Julai, 2014, MH17 telah ditembak jatuh di Timur Ukraine dengan 295 orang terkorban. Pasukan siasatan antarabangsa mestilah ditubuhkan dengan segera, untuk menyiasat punca nahas tersebut.

Nahas MH17:Takziah kepada keluarga 295 mangsa.

Nahas MH17 : Takziah kepada keluarga 295 mangsa.

Wednesday, July 16, 2014

DEIA untuk projek insinerator di Taman Beringin, Kepong.

Projek insinerator Taman Beringin, Kepong: Jepun mempunyai 1,200 buah insinerator. Kajian penilaian alam ( DEIA ) adalah dibuat sebelum insinerator - insinerator tersebut dibina. Projek Taman Beringin mestilah ada DEIA terlebih dahulu dan rakyat harus diberitahu mengenainya.

Sunday, July 13, 2014

Bolasepak Piala Dunia final:Jerman jadi juara

Argentina 0 : 1Germany. Selepas 24 tahun, Jerman menjadi juara semula. Kedua-dua pasukan bermain dengan baik. Mario Gotze meledak gol yang cantik dan mencatat sejarah.

Kemenangan dan kekalahan adalah sementara sahaja

Bolasepak Piala Dunia untuk menentu tempat ketiga: Brazil 0:3 Holland. Kecederaan mental Brazil berterusan. Holland bermain dengan baik; ia mengambil iktibar dari pengalaman pertandingan yang lepas sebagai naib johan dan ketiga. Juara Piala Dunia yang lepas Sepanyol mengalami kekalahan. Brazil pernah menang lima kali. Kemenangan dan kekalahan adalah sementara sahaja.

Saturday, July 12, 2014

Bolasepak Piala Dunia final : semangat Argentina akan naik pada saat genting?

Piala Dunia final: Walaupun ramai meramalkan kemenangan jentera Jerman, saya mempercayai bahawa semangat Argentina akan naik pada saat genting.

Pelampau dan militan di Malaysia

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid mengatakan bahawa universiti adalah pusat merekrut militan. Kita hendak tahu keberkesanan langkahnya seperti penapisan, pengawalan dan penahanan [ penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah Khas ) 2012]. Pelampau dan militan mengancam keselamatan negara.

Wednesday, July 09, 2014

Bolasepak Piala Dunia, sepakan penalti menentu nasib

Piala Dunia separuh akhir:Argentina 0 ( 4 )-(2) 0 Holland . Sepakan penalti menentukan nasib. Argentina akan menghadapi jentera Jerman. Argentina dan Holland bermain dengan berkesan dan pertahanannya baik. Mereka terus seri selepas tambahan masa.

Tuesday, July 08, 2014

Bolasepak Piala Dunia separuh akhir:cemerlangan lawan kemuraman

Bolasepak Piala Dunia Separuh Akhir:Brazil 1-7 Jerman. Jerman adalah cemerlang. Kegemerlapan.Tetapi, 200 juta orang Brazil menangis.Hujan lebat. Pertandingan ini membelanja US $ 11 billion.

Cegah pencerobohan dan penculikan di Sabah?

Datuk Seri Najib menstruktur semula Eastern Sabah Security Command ( ESSCom ) untuk memperbaiki keselamatan Pantai Timur Sabah. Kepanjangan pantainya adalah lebih  1000 km. Kita berharap tindakan ini akan membendung pencerobohan dan penculikan. 

Monday, July 07, 2014

Piala Dunia separuh akhir: pengadil perlu tegas dan adil

Bolasepak Piala Dunia separuh akhir: Brazil lawan Jerman. Persaingan ini mesti senget. Pengadil Mexico Marcos Rodrigues terpaksa tegas dan adil untuk mengurangkan kesalahan. Misalnya, bila Brazil lawan Columbia, banyak kesalahan berlaku: Neymar cedera di belakang dan Rodriguez menangis.

JAS mesti bantu:ribuan bangau di Jinjang Utara.

Bangau adalah burung yang terlindung di bawah undang - undang di Malaysia. Ribuan bangau di Jinjang Utara, di belakang Sekolah Jinjang Tengah, menggembirakan para pencinta alam. Tetapi, mereka menyinggung para penduduk dengan kebisingan, najis, bau dan bulu. Jabatan Alam Sekitar mestilah membantu.

Tenis Terbuka Wimbledon, pertandingan akhir lelaki dasyat

Pertandingan Tenis Terbuka Tahunan Wimbledon adalah selama lebih 100 tahun. Ia adalah termasyhur di dunia.
     Federer (32) dari Switzerland telah menjadi juara bahagian lelaki sebanyak tujuh kali. Semalam dia menghadapi pemain Serbia, Djokovic (27), di peringkat akhir lelaki. Persembahan kedua-dua pemain itu dasyat dengan penonjolan kemahiran luar biasa. Djokovic memerlukan 5 set untuk menang dengan tipis.
     Pertandingan akhir wanita adalah kurang menarik. Kvitova (24) dari Czech menewaskan pemain Kanada Bouchard (20) dengan straight set 6-3,6-0.
     Kvitova menjuarai pertandingan wanita perseorangan pada 2011. Kerana pelbagai faktor termasuk tekanan selepas memenangi Grand Slam,  permainannya merosot. Kini, Kvitova mengembali ke tahap biasa, lebih handal dari Bouchard.
     Keluarga Bouchard menyokong dia dengan sepenuhnya. Dia berhijrah dari Kanada ke Miami, Amerika Syarikat, untuk memasuki Sekolah Tenis. Bakatnya dapat dididik. Bouchard perlu meningkatkan kebolehannya.

Saturday, July 05, 2014

Tindakan tegas dan adil terhadap orang yang mewujud ketegangan etnik

Ketegangan etnik: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menyebut tentang ketegangan etnik yang boleh mewujud peristiwa yang tarikhnya beliau tidak mahu cakap. Beliau mestilah mengambil tindakan yang tegas dan adil terhadap orang yang menimbulkan ketegangan etnik.

Piala Dunia: teringin menang mengenepikan keindahan bolasepak

Piala Dunia: Brazil 2 : 1 Columbia. Persaingan adalah terlalu senget sehingga pemain sensasi Brazil Neymar tercedera masuki hospital. Pemain cemerlang Columbia Rodriguez menangis ketika meninggalkan gelanggang. Dia memperoleh gol keenam melalui penalti. Pengadil Carballo melihat banyak faul seperti 31 dari pasukan Brazil.
     Kapten Brazil Thiago Silva merembat 1 gol dan David Luiz melengkung bola sepakan bebas masuk dalam pintu gol. Keinginan untuk menang dan kesungguhan permainan menjadi kedua-dua pasukan terlupa keindahan persembahan.

Friday, July 04, 2014

Piala Dunia:ketagihan dan kesungguhan untuk memenang

Piala Dunia: Jerman 1 : 0 Perancis. Jerman mara ke depan. Taktik dan psikologi Jerman adalah lebih sedikit berbanding dengan Perancis. Mats Hummels menandukkan 1 gol untuk menentukan nasib. Ketagihan untuk menang dan kesungguhan Jerman membawa pasukan itu ke peringkat separuh akhir buat kali ke empat berurut - turut. Kedua-dua pasukan bermain untuk menang bukan untuk keindahan persembahan.

Thursday, July 03, 2014

Posting untuk guru mesti adil dan munasabah

Malaysia mempunyai lebih 400,000 guru. Adalah sangat rumit untuk posting (meletakkan guru di sesuatu sekolah) dan memastikan standardnya.
     Pada tempoh hari, isu posting misalnya guru bahasa Cina menarik perhatian. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khir Mohd Yusof mengatakan bahawa 'menjadi guru, seorang mestilah menerima posting dari kementeriannya.'
     Posting guru haruslah adil dan munasabah.